PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 1 Kata Hati Tak Terkata

BAB 1
Cintailah sesuatu  itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika.  Bencilah engkau pada sesuatu itu sekadar saja. Kemungkinan benci itu akan menjadi kecintaan pada satu ketika.

NUHA tersenyum melihat gelagat Zara yang berkerut-kerut wajah. Melihatkan buku yang sahabatnya itu pegang, dia dapat rasa ada sesuatu yang menarik di dalamnya. Lantas segera dia melangkah mendekati sahabatnya itu setelah yakin apa yang dicari sejam lalu berjaya ditemui dan kini berada ditangannya.

Hoi! Dari jauh aku tengok kau beria-ria menelaah. Mengalahkan budak sekolah study nak jawab soalan periksa saja. Ada apa-apa yang menarik ke dalam buku tu?” Tanya Nuha pada Zara yang sedikit terkejut dengan sergahan tadi walaupun perlahan. Nuha ketawa kecil bila bahunya ditampar perlahan oleh Zara.

“Tak ada apalah. Aku saja tengok buku ni. Nampak macam menarik.” Ujar Zara perlahan tanpa memandang wajah Nuha kerana matanya terlalu asyik pada muka surat buku yang dipegang.

“Nak beli ke tak?” Tanya Nuha kembali sambil mengangkat kening. Faham dengan sahabatnya yang gemarkan buku bercorak motivasi. Petang semalam selepas tamat waktu persekolahan, beria-ria Zara mengajaknya ke pesta buku yang diadakan di Pusat Bandar Pasir Gudang. Dalam rasa malas diturutkan jua  demi menjaga perasaan sahabatnya.

“Tak tahulah. Nampak buku ni macam menarik.” Ujar Zara perlahan lalu meletakkan kembali buku yang berjudul “Rahsia Cinta”. Melihatkan Nuha yang sudah mendapat buku yang dicari, dia tahu Nuha mahu segera pulang. Tujuannya datang ke pesta buku hujung tahun itu hanyalah sekadar mencari novel “Kerana Terpaksa Aku Relakan”. Bukan dia tidak pernah membaca novel tersebut, tapi kerana novel kesayangannya itu tertinggal dalam bas semasa pulang dari kampung minggu lalu. Kerana kecewa, dia nekad mahu membeli buku itu. Namun dia kecewa kerana menurut penjaga buku di pesta buku itu tadi, novel yang terdapat di situ adalah novel-novel terbaru. Seandainya dia mahu mendapatkan novel impiannya itu, dia harus menunggu cetakan yang baru kerana stok untuk novel itu sudah habis.

“Kalau rasa menarik, beli sajalah. Aku dah dapat buku yang aku cari.” Ujar Nuha lagi sambil menunjukkan tiga buah buku ditangannya berserta senyuman manis.

Zara menyebikkan mulut melihat telatah Nuha. Sedikit cemburu kerana dia juga yang masih tercari-cari. Buku motivasi cinta yang berwarna merah jambu lembut itu dipandang lagi. Perasaannya 50-50 mahu membeli buku itu. Tapi akhirnya dia melangkah jua mengajak Nuha ke tempat pembayaran selepas ambil keputusan agar abaikan saja buku bercorak motivasi tadi. Namun ketika menanti Nuha membuat pembayaran, Zara berubah fikiran. Disimpulkan hatinya untuk mendapatkan buku yang dipegang tadi. Ada sesuatu yang menarik dalam buku itu yang boleh dijadikan panduan.

“Kau tunggu kejap ek. Aku nak belilah buku tadi.” Kata Zara perlahan pada Nuha lalu melangkah semula ke tempat buku yang dilihat tadi.

Bila sampai di situ, kelihatan seorang pemuda sedang berdiri di situ sambil membelek-belek buku yang ingin dimiliki tadi. Dalam rasa debar dan malu-malu, dipaksa tebalkan muka menegur pemuda itu demi mendapatkan apa yang dihajatkan.

“Assalamualaikum!” Sapa Zara lembut.

“Waalaikummussalam..!” Balas Aqil Muaz tersentak lalu memalingkan pandangannya ke arah Zara. Terpaku seketika melihat wajah Zara yang comel dan bertudung. Pada pandangan mata Aqil Muaz, pasti Zara seorang yang berkerjaya sebagai seorang setiausaha atau seorang yang berkerja di pejabat.

“Buku yang dekat tangan awak tu, awak nak beli ke?” Tanya Zara lembut sambil menunjukkan buku yang berada di tangan Aqil Muaz. Melihatkan kehairanan wajah pemuda itu, Zara tersenyum sambil mengetap bibir.

Ermm..belum lagi. Tapi tak tahu sama ada nak beli atau tidak. Baru nak belek tengok isi kandungan.” Balas Aqil Muaz selepas tersedar dari keterujaan menatap wajah bersih Zara. Dalam firasatnya, sudah pasti gadis di hadapannya itu mahu mendapatkan juga buku yang berada di tangannya.

“Mm..sebenarnya saya dah pegang dulu buku tu tadi. Tapi 50-50 nak beli. Tiba-tiba sekarang ni rasa macam nak beli pulak. Kalau awak taknak beli, bagi pada saya sajalah.” Terang Zara malu-malu sambil mengharap. Melihatkan wajah tenang Aqil Muaz, dia yakin rayuannya akan dilayan.

Aqil Muaz tersenyum dalam diam. Melihat wajah Zara yang malu-malu, timbul niat mahu mengusik.

“Oh..! kalau awak yang pegang dulu, maknanya awak boleh belilah buku ni?” Tanya Aqil Muaz sinis.

“Bukan macam tu maksud saya. Sebenarnya saya memang nak sangat buku tu. Bagi dekat saya sajalah ek.” Zara merayu sambil tersengeh menayangkan barisan giginya yang bersih..

“Senang betul awak cakap. Okey! Kalau macam tu saya letak balik buku ni.” Ujar Aqil Muaz yang tersenyum sinis lalu meletakkan buku tadi di tempat asal.

Zara yang tidak mengerti maksud tersirat Aqil Muaz, lantas terus ingin mencapai buku tadi tapi sedikit terkejut bila lelaki itu mengambil semula buku tadi.

“Saya pun dah pegang sekejap tadi. 50-50 nak beli. Tapi sekarang rasa tergerak nak beli pulak. Sekarang buku ni dah ada di tangan saya. Jadi saya nak pergi buat pembayaran sekarang. Minta lalu..!” Terang Muaz sinis lantas terus berlalu dari situ meninggalkan Zara yang termanggu.

Zara mengetap gigi menahan geram. Tebal berinci-inci mukanya bila diperlakukan sebegitu. Dengan rasa dup-dap jantung di dada, laju saja langkahnya mengekori pemuda itu dari belakang. Nekad dalam hati, mahu mendapatkan juga buku tadi.

“Adik, buku yang macam ni ada lagi tak?” Tanya Zara selepas merampas buku di tangan Aqil Muaz lalu disuakan kepada salah seorang penjaga buku yang sedang berdiri di sebelah casher.

“Maaflah kak! Buku ni tinggal satu naskah saja.”

“Macam mana saya nak dapatkan buku ni.?” Zara masih berusaha.

“Dalam buku tu di bahagian belakang, ada alamat. Kalau kakak nak cepat, boleh hubungi penulis sendiri. Mungkin dia ada stok. Tapi harganya sedikit mahal dari harga hari ni sebab hari ni sempena pesta buku.” Jelas penjaga buku tadi.

Zara lantas mengeluarkan pen dan buku nota kecilnya lantas menyalin alamat si penulis. Aqil Muaz yang sedikit tergamam dengan kekalutan Zara, hanya memandang bersahaja.

“Apa kata awak yang ambil alamat ni. Buku ni biar dekat saya saja. Saya sanggup bayar untuk awak.” Kata Zara tiba-tiba sambil menghulurkan kertas yang mengandungi alamat si penulis.

“Mana boleh! Saya yang pegang dulu buku ni.” Ujar Aqil Muaz lantas merampas kembali buku tadi di tangan Zara.

“Banyak cantik awak! Buku ni saya yang pegang dulu.” Zara masih pertahankan kata-katanya.

“Siapa cakap? Ada bukti ke yang buku ni awak yang pegang.? Ramai pengunjung dalam gerai ni. Tak munasabah langsung kalau awak cakap awak yang pegang dulu.”

“Maksud saya sebelum awak pegang, saya yang pegang dulu.”

“Mana boleh macam tu. Sekarang saya yang nak bayar dulu. Maknanya saya yang layak pada buku ni. Betul tak?” Jelas Aqil Muaz sambil minta keputusan pada dua orang casher di hadapannya.

Zara semakin berang bila dua orang casher tadi mengangguk tanda setuju dengan pendapat Muaz. Dalam fikirannya, sudah tentu dua orang casher yang berumur dalam lingkungan 20an itu ingin menarik perhatian bila berdepan dengan lelaki muda seperti Aqil Muaz.

“Apa fasal ni Zara? Lama aku tunggu dekat luar.” Suara Nuha menyentak fikiran Zara.

“Tak ada apalah! Jom balik!” Ujar Zara sambil menahan marah lalu terus berlalu di situ. Sempat lagi dia menghadiahkan jelingan tajam pada Muaz. Melihat senyuman ejek dari lelaki itu, buat dia rasa macam nak tenyeh-tenyeh mulut lelaki itu dengan pen yang dipegang.

“Encik nak bayar ke buku ni?” Tanya seorang casher di situ selepas bayang Zara hilang dari pandangan mereka bertiga.

“Taklah! Saya sengaja nak usik dia. Berlagak sangat! Suka hati dia je nak suruh orang ikut cakap dia.!” Jawab Aqil Muaz sambil tersenyum lucu. Mengingatkan kembali riak muka Zara tadi, buat dia mahu ketawa besar.

Ish! Encik ni. Beria-ria kami ingat encik nak beli buku ni. Tak baik tau encik buat kakak tu macam tu. Mesti dia frust.”

Eleh! Frustlah konon. Dia frust atau korang yang frust sebab saya tak jadi beli buku ni?” Tempelak Muaz sambil tersenyum sinis.

“Kami pun frust juga. Setiap buku yang dijual, kami dapatlah sikit komisyen. Tambah lagi buku ni tinggal satu saja. Kalau kakak tu yang beli tadi, mesti dah habis buku ni dekat sini. Apalah encik ni..!” Jawab seorang lagi casher sedikit kecewa.

Muaz tersenyum hambar kerana sedikit terasa dengan penerangan casher tadi. Lantas dikeluarkan dompetnya lalu mengeluarkan sekeping wang lima puluh ringgit dan membuat pembayaran pada buku tadi. Bila melihat senyuman lebar dua orang casher itu, Muaz turut tersenyum. Baginya, satu ketenangan jika pulihkan hati orang yang telah dikecewakan. Tapi bila terkenangkan hati gadis yang telah dikecewakan tadi, dia mengeluh berat. Tak pasti bila boleh dia pulihkan hati yang kecewa itu.

Tersenyum lucu dia sendiri bila melihat cara Zara berjalan tadi. Dalam hati sempat menggelarkan Zara berjalan seperti “itik gembo” kerana badan Zara yang sedikit berisi dan melentik seperti Ziana Zain buat Muaz beristigfar panjang. Walaupun Zara hanya mengenakan blaous longgar dan berslack, Zara tetap kelihatan seksi.


“SUDAH-SUDAHLAH tu..! Nanti kita cari dekat tempat lain. Buku tu bukan jual dekat satu tempat saja. Kedai buku dalam negeri johor ni banyak. Apa yang kau susah sangat?” Pujuk Nuha setelah melihat muncung Zara masih kelihatan sejak keluar dari ruangan pesta buku tadi.

“Aku bukan susah hati tapi panas hati dengan perangai mamat “ayam katik” tadi.” Ujar Zara geram.

Mengekek-ngekek Nuha mendengar gelaran yang Zara kenakan pada lelaki yang berlagak bagus tadi. Mendengar cerita Zara tadi, dia turut rasa geram walaupun diakui sahabatnya itu turut bersalah.

“Suka hati kau je nak panggil dia “ayam katik”. Tak baik tau gelarkan orang dengan binatang.” Kata Nuha lembut sambil ketawa mengekek walaupun dalam hati dia turut bersetuju dengan gelaran yang Zara kenakan. Dengan ketinggian lebih dua inci antara mamat itu dan Zara, dia tahu kenapa Zara memanggil lelaki tadi ayam katik. Sebenarnya tidaklah terlalu rendah. Tapi bila melihatkan ketinggian lelaki itu hampir-hampir sama dengan mereka yang mempunyai tinggi seratus lima puluh lapan sentimeter, memang boleh dikatakan ketegari rendah pada kaum lelaki yang sepatutnya mempunyai ketinggian lebih dari seratus enam puluh  sentimeter.

Zara terdiam mendengar bebelan Nuha. Bukan dia tidak tahu apa yang Zara katakan tadi, cuma perasaan marahnya itu yang membawa dia berfikir begitu.

“Tapikan, aku rasa macam kena je gelaran yang kau cakap tu.” Ujar Nuha lalu ketawa besar.

Melihatkan Nuha ketawa terbahak-bahak, Zara akhirnya turut menghamburkan ketawa.

Handsome jugak aku tengok. Tapi sayang, katik..!” Ejek Zara lalu semakin galak dia dan Nuha ketawa.

“Dah terpikat ke?” Usik Nuha sambil matanya tajam memandang ke hadapan menumpukan perhatian pada pemanduan.

“Huh! Tak ada maknanya aku nak terpikat pada “ayam katik” tu. Encik aku yang jauh tu aku nak letak mana? Lagipun lepas peristiwa tadi, hati aku yang sakit ni buat aku makin meluat-luat benci tengok dia.” Tempelak Zara geram dengan usikan Nuha.

“Kau jangan macam tu Zara. Kau pernah dengar ayat ni tak? Kebiasaannya, orang yang kita suka tu, tak mustahil akan bertukar kepada benci. Dan orang yang kita benci tu tak mustahil akan bertukar kepada rasa sayang, cinta, kasih dan rindu.”

“Mana boleh macam tu..!” Zara kalut menyangkal kata-kata Nuha.

“Boleh! Pernah terjadi pada ramai orang termasuk aku dan tak mustahil kalau jadi juga pada kau.”

Zara terdiam sejenak memikirkan kata-kata Nuha. Kata-kata yang Nuha sebutkan tadi ada iras-iras seperti yang terdapat dalam buku motivasi yang yang dibaca di pesta buku tadi. Bila ingat kembali sejarah cinta Nuha dengan Helmi yang kini sudah setengah tahun menjadi pasangan suami isteri, Zara hilang kata-kata. Jika dulu Nuha cukup bencikan Helmi kerana lelaki itu sedikit sombong ketika menjadi guru di sekolah tempat mereka mengajar. Hanya kerana Helmi anak orang berada, Nuha jadi benci pada lelaki itu setelah Helmi menyifatkan Nuha seperti gadis kampong yang selekeh. Sejak itu mereka sering bermusuhan dan asyik bertengkar jika bersua.

Namun siapa tahu, setiap perkara yang berlaku sudah ditetapkan oleh yang maha esa. Satu hari, tayar kereta Nuha pancit di tengah jalan. Nasibnya terpaksa dia terima bila Helmi yang sudi menghulurkan bantuan ketika itu.  Sejak itu barulah Nuha kenal siapa Helmi yang sesungguhnya bukanlah seperti yang ditafsirkan selama ini. Begitu juga dengan Helmi. Dan sejak itu, dari rasa benci yang meluat-luat bertukar pada rasa rindu, sayang dan cinta. Hasil dari perasaan itu, mereka selamat dinikahkan enam bulan lalu.

“Esok kau hantar aku dekat bengkel ek? Tokey bengkel tu telefon aku tadi, bagitau kereta aku dah siap.” Kata Zara cuba mengubah tajuk bualan. Berbual mengenai perasaan buat dia tak tahu nak kata apa. Terbayang-bayang wajah tunangnya Fairuz Imsyar yang kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Harapannya agar perasaan sayang yang menggunung-gunung pada Fairuz Imsyar takkan berubah kepada rasa benci. Begitu juga diharapkan agar tunangnya itu juga sama rasa sepertinya. Dia yakin lima bulan lagi Fairuz Imsyar akan pulang. Dan dia pasti, selepas ini dia akan sibuk mahu menguruskan majlis perkahwinan mereka  seperti yang dijanjikan oleh Fairuz Imsyar selepas lelaki itu sah menjadi tunangannya lapan tahun lalu. Cincin di jari dipandang sambil tersenyum malu.

No comments: