BAB
30
“AKU
pelik
betul dengan hidup kau ni Zara.” Kata Nuha sambil menolak troli.
“Apa yang peliknya? Aku rasa biasa saja.” Balas Zara
sambil berjalan perlahan beriringan dengan Nuha. Asyik matanya memandang sambil
memilih barang yang mahu dibeli. Sebenarnya tidak ada apa pun yang mahu dibeli.
Kehadirannya disitu sekadar mahu menemani Nuha membeli kelengkapan seharian
anaknya.
“Memanglah kau rasa biasa. Tapi orang yang memandang
pasti rasa pelik.”
Zara diam. Sambil menarik sebungkus kampit
gula-gula, segala kandungan yang terdapat di plastik gula-gula itu dipandang
tajam dan mula membaca. Tiba-tiba bungkusan yang berada ditangannya direntap
kasar oleh Nuha.
“Woi! Kau ni kenapa?” Tanya Zara geram cuba mengawal
suaranya. Dengan suasana keliling yang kurang orang, dia yakin pasti ramai yang
mendengar dia bertempik.
“Aku tengah cakap dengan kau ni.!”
“Ye..aku dengar. Cakap sajalah.!” Balas Zara lalu
bungkusan yang dirampas Nuha tadi dirampas kembali.
“Sampai bila kau nak macam ni Zara.? Aku tahu kau kecewa
dengan dia. Tapi salahkah kalau kau beri dia peluang?”
“Peluang apa Nuha? Cuba kau jelaskan pada aku. Peluang
yang macam mana harus aku beri? Macam mana aku nak bagi peluang kalau hati aku
sakit? Tengok sekarang ni. Dah tiga bulan. Ada dia pernah datang jumpa aku? Haram.!!!”
Ujar Zara lalu meletakkan kembali bungkusan gula-gula tadi. Hilang seleranya
mahu memiliki gula-gula itu bila Nuha membuka topik perbualan yang sememangnya
tak ingin dibualkan.
“Tak salahkan kalau kau yang mulakan dulu? Dulu kau yang
beria-ria tunggu dia.”
“Itu dulu punya cerita. Sekarang punya cerita aku
tak tahu nak ramalkan macam mana.”
“Kau tak kasihan dekat dia?”
“Dia ada kasihankan aku? Dari aku pilih dia baik aku
pilih bekas tunang aku yang mula-mula tu.!” Tempelak Zara berang.
“Fairuz? Oh please
Zara! Aku tak dapat bayangkan penerimaan ayah kau.”
“Ayah aku okey.
Dia dah boleh terima siapa saja pilihan aku lepas ni. Tapi kau jangan risaulah.
Aku takkan pilih dia sebab dia pun dah jumpa seseorang.” Kata Zara lagi. Masih
ingat lagi perkhabaran dari Fairuz Imsyar seminggu selepas dia berpisah dengan
Aqil Muaz. Walaupun sedikit rasa cemburu, jauh di sudut hatinya dia rasa lega.
Namun kata-kata terakhir Fairuz Imsyar buat dia rasa sebak.
“Abang tak mahu paksa Zara terima abang. Abang tahu
Zara sedang bersedih sekarang. Tak patutlah kalau abang ambil kesempatan di
saat Zara sedang berduka. Tapi abang harap sangat kalau Zara jadikan abang
sebagai sandaran atau tempat Zara meluah rasa yang terpendam. Abang tahu soal
hati dan perasaan ni tak boleh nak dipaksa-paksa. Dan abang yakin Zara tak akan
terima lagi abang. Bila abang dapat tahu Zara dah bertunang untuk kali ke dua,
abang rasa penantian abang dah berakhir. Doa dan harapan abang agar Zara kekal
bahagia dengan pilihan Zara. Nak tak nak abang akhirnya terima seseorang untuk
menggantikan tempat Zara. Walaupun dia tak cantik macam Zara, cukuplah sekadar
untuk berkongsi hati. Abang yakin dia mampu bahagiakan abang. Tapi bila abang
dapat berita tentang Zara baru-baru ni, abang menangis. Kalau boleh masa tu
jugak abang nak balik dapatkan Zara. Tapi abang harus sedar yang abang dah mula
beri kata dan harapan pada seseorang. Jadi abang redha atas segala ketentuan
dariNya.”
“Woi! Sempat lagi melamun?”
“Hah! kau cakap apa?” Zara tersentak. Hampir
terjatuh bungkusan ditangannya.
“Aku cakap aku lega dengar cerita ayah kau boleh
terima Fairuz semula. Fuhh! Lega aku.” Ujar Nuha sambil mengurut dadanya.
Zara tergelak kecil lihat riaksi Nuha. Faham sangat
kenapa sahabatnya bersikap begitu. Semuanya gara-gara kerana dia melihat
sendiri pederitaan Zara dahulu selepas
putus tunang dengan Fairuz Imsyar.
“Habis tu
sekarang macam mana?”
“Macam mana, macam mana? Macam tu la..!” Zara jawab
acuh tak acuh.
Sebenarnya dia dah malas memikirkan tentang dirinya yang masih sendiri. Bukan dia tidak teringinkan kehidupan bahagia seperti Nuha dan kawan-kawannya yang lain. Berita tentang Nuha hamil untuk kali kedua lagilah buat dia semakin kuat cemburu pada sahabatnya itu.
Sebenarnya dia dah malas memikirkan tentang dirinya yang masih sendiri. Bukan dia tidak teringinkan kehidupan bahagia seperti Nuha dan kawan-kawannya yang lain. Berita tentang Nuha hamil untuk kali kedua lagilah buat dia semakin kuat cemburu pada sahabatnya itu.
“Aku serius ni!”
“Aku tahu..”
“Please
Zara! Luangkan hati kau untuk terima dia.”
“Siapa?” Zara tanya pura-pura tidak faham.
Nuha sudah mula bosan dengan sikap Zara. Jelingan
tajam dilemparkan pada Zara yang tersengeh-sengeh.
“Kan aku dah cakap. Aku takkan terima dia lagi
walaupun aku masih sayangkan dia.”
“Habis, kau nak terus mendera dan menyiksa hati kau
tu? Apa yang kau dapat? Usia kita bukan semakin kebelakang Zara. Aku takut kau
menyesal kerana tak berusaha mencari kebahagiaan.”
“Aku bahagia, Nuha. Aku tak menyusahkan orang. Aku
tak ganggu hidup orang. Aku bahagia dengan cara hidup aku sekarang. Hidup aku
lebih tenang.”
“Jangan hipokrit Zara. Wajah kau jelas menceritakan
segala-galanya apa yang bergolak dalam diri kau tu.”
Zara terdiam. Diakui setiap bait kata Nuha itu. Akan
tetapi, apalah daya yang ada pada dirinya andai sudah terukir nasibnya begitu.
Cinta yang diharapkan selalu saja hadapi kegagalan hingga dia tidak sanggup
lagi terima cinta dari mana-mana lelaki. Mungkin benarlah kata emaknya yang dia
kena mandi bunga. Tapi untuk apa? Untuk menarik perhatian orang lain? Bolehkah
dia terima orang lain sedangkan hatinya masih kuat pada Aqil Muaz.
“Hati aku dah tawar, Nuha. Aku tak mahu menangis
lagi kerana lelaki. Aku tak mahu lagi mendera badan aku dengan aktiviti yang
aku tak suka buat. Aku penat. Cukuplah dua kali aku merasa. Tak sanggup kalau
terjadi untuk kali ke tiga.”
Sejak berpisah dengan Aqil Muaz, susut badannya
semakin ketara. Bukan kerana tidak makan, tapi kerana meluangkan masa di pusat
boxing. Dia sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh sampai ke tempat begitu
sedangkan selama ini, sukan itulah yang paling dia benci. Apa yang dia sedar
ialah, hobi barunya itu muncul selepas dia sedar tiada lagi periuk belanga yang
harus disental. Sejak itu dia mula melangkah ke kelab yang terdiri dari
jurulatih yang berbadan tegap dan sasa.
Bila berada di pusat itu, dia rasa lega kerana dapat
melepaskan geram. Samalah situasinya bila dapat menyental periuk belanga dan
kuali di dapur. Namun sejak akhir-akhir ini, dia dah malas hinggakan jurulatih
kelab itu menelefonnya bertanyakan khabar dirinya yang sudah dua kali tidak
datang. Yang sebenarnya dia tidak selesa dengan pandangan nakal kaum adam yang
berada di kelab itu.
“Tapi kau masih harapkan diakan?”
“Mengharap tak semestinya terima dia bulat-bulat.
Lagipun dia tak pernah cintakan aku. Aku yang tebal muka anggap dia sukakan
aku. Sedangkan hakikatnya dia buat semua tu untuk abangnya. Bukan untuk aku.”
“Kau tanya dia sendiri?”
“Tak perlu tanya. Telinga aku ni masih boleh
terdengar-dengar apa yang dia cakap dengan abang dia fasal aku. Aku tak sangka
sanggup dia mainkan perasaan aku dan kelaurga aku. Nasib baik aku tak ceritakan
hal ni pada mak ayah aku dekat kampung. Kalau tak, dah tentu teruk dikerjakan
oleh ayah aku.”
AQIL
MUAZ
tersenyum hambar selepas menerima sms dari Adib Mirza yang menyatakan akan
datang ke rumahnya beberapa hari lagi. Jantungnya bergoncang deras. Rasa
bersalah kembali menghimpit dada. Sudah lama Adib Mirza tidak menjengah datang
ke rumahnya. Dia tahu dia bersalah. Salah kerana berusaha melarikan diri dari
abangnya sendiri. Niatnya yang sebenar ialah mahu memberi ruang kepada Adib
Mirza supaya terus dengan niat asal untuk meraih cinta Zara walaupun sudah
berkali-kali Adib Mirza menyatakan yang dia tidak lagi mahu mengharap pada yang
tak sudi. Namun selepas dia menerima kehadiran Datin Basyriah, hatinya kuat
mahu terus lenyapkan diri dari Adib Mirza. Namun siapa dia untuk menolak takdir
yang telah Allah tetapkan pada setiap insan? Dia buntu.
Hatinya semakin tertekan bila dia dipersalahkan oleh
Datin Basyariah kerana menjadi punca perpisahan antara abangnya dan Zara.
Kehadiran yang tak disangka-sangka pagi itu benar-benar buat dia rasa nak
menangis. Sudah lama telinganya tidak berdesing mendengar tengkingan dan
herdikan oleh wanita itu. Namun kerana rasa hormat, dia terpaksa tadah telinga.
“Kau tahu kenapa aku datang sini?” Soalan pertama
yang keluar dari Datin Basyariah setelah kakinya melangkah masuk ke dalam rumah
Aqil Muaz. Liar matanya memandang persekitaran rumah. Walaupun rumah kecil itu
kelihatan kemas, dia bagai sesak nafas berada dalam tempat sempit begitu.
Melihat kebisuan Aqil Muaz, Datin Basyariah terus
berbicara dengan lagak angkuh dan sombong. Sejak sampai tadi punggungnya
langsung tidak dilabuhkan ke sofa. Mungkin tidak selesa setelah melihat
persekitaran rumah yang didiami Aqil Muaz. Almaklumlah..rumah bujang.
“Memanglah tak tahu sebab kau tu kayu, batu! Tak ada
persaan. Apa yang kau dah buat pada anak aku, hah? Aku tahu kaulah punca anak
aku dah tak seperti orang. Siang malam hanya buat hal sendiri. Kau ni tak ubah
macam mak kau. Perampas!! Tak suka lihat orang lain bahagia. Pentingkan diri
sendiri.!”
Aqil Muaz sudah mula faham mengapa ibu tirinya
tiba-tiba datang ke rumahnya. Pasti ada kaitan dengan apa yang terjadi antara
Adib Mirza dan Zara.
“Kau sendiri tahu anak aku lebih dulu sukakan
perempuan tu, kenapa kau masuk jarum? Nak tunjuk hebat? Kalau hebat sangat,
kenapa pada hak orang? Cari saja orang lain.!”
Aqil Muaz terus membisu. Tiada guna dia melayan ibu
tirinya berdebat suara. Yakin yang dia akan kalah di awal pembuka kata. Jika
diterangkan kedudukan sebenar pun belum tentu wanita berusia lima puluhan itu
akan terima.
“Kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa yang anak
aku pandang pada kau ni. Nak kata bawa tuah, tak juga! Bawa bala, adalah.!
Sebab kebaikan yang anak aku beri, kau berani ambil kesempatan dan kau
pijak-pijak kepala dia. Manusia jenis apa kau ni, hah? Tak kenang budi
langsung. Agaknya kau memang suka nak lihat dia jatuh.? Betulkan?”
“Mama..!” Aqil Muaz cuba membela dirinya, tapi cepat
saja dipangkah Datin Basyariah.
“Sekarang kau cakap dengan aku. Apa yang kau nak
sebenarnya dari anak aku? Rumah? Duit? Kau bagitahu berapa nilai yang kau nak.
Aku akan bagi asalkan kau jauhkan diri dari anak aku. Aku tak mahu nasib sial
kau tu berjangkit pada anak aku pula.!”
“Saya tak mahu semua tu. Saya pun mampu dapat semua
tu dengan hasil titik peluh saya. Tak payahlah mama susah-susah nak keluarkan
duit untuk saya. Saya hanya nakkan abang saya saja. Tapi kalau mama anggap saya
ni sebagai pembawa malang pada abang Adib, saya akan jauhkan diri dari dia.
Mama jangan risau. Lepas ni saya tak akan kacau lagi hidup anak mama.”
Sejak kejadian itu, sebarang panggilan atau pesanan
ringkas dari Adib Mirza, tidak dilayan. Dia tahu pasti Adib Mirza hairan dan
pelik dengan tindakannya. Tapi biarlah begitu asalkan tiada pihak yang kecewa
dan marah.
Sepatutnya seawal dulu dia sedar diri. Kehidupannya dengan
Adib Mirza jauh berbeza walaupun mereka dari titisan darah bapa yang sama.
Tapi, ibarat kata pepatah, air yang dicincang pasti tak akan putus. Samalah
situasinya dengan Adib Mirza. Datanglah apa pun jua dugaan bala bencana untuk
pisahkan dirinya dengan Adib Mirza, pasti yang maha kuasa tidak mengizinkan
kerana tuhan telah takdirkan mereka berdua kekal bersama sebagai saudara
sebapa. Dengan erti kata lain, hanya kematian saja yang dapat memisahkan
mereka.
Tapi bagaimana pula dengan perasaannya terhadap
gadis yang dicintai? Apakah dia berdosa berniat mahu membahagiakan orang-orang
yang dia sayang? Baginya dia tak salah jika tindakan begitu diambil. Tapi bila
menyedari kelukaan hati Zara, dia mula dihimpit rasa bersalah. Makin bersalah
bila melihat sendiri keadaan fizikal Zara yang ketara susut dari bentuk badan.
“Kenapa awak menyiksa diri awak? Please Zara! Berhenti mendera fizikal
awak. Saya sayangkan awak. Saya rindukan awak.”
Rintihan hati yang selalu menjerit-jerit dalam
benaknya. Diikutkan rasa hati yang merindu, ingin saja gadis itu ditemui segera
dan melaungkan rasa cinta, sayang, kasih
dan rindu agar apa yang dipendamkan bebas dari kemelut hatinya yang
rawan. Ingin dipujuk hati yang rajuk itu dan ingin dirawat agar hati gadis itu
menerimanya kembali. Namun apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak
perbuatan, sendiri buat sendirilah tanggung.
No comments:
Post a Comment