PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 23 Kata Hati Tak Terkata

BAB 23
MASUK hari ini sudah seminggu Aqil Muaz tidak melayan sebarang panggilan atau sms Zara. Zara sabar menanti kerana mengikut perjanjian, hari ini dia dan Aqil Muaz akan ke butik untuk menempah pakaian pengantin mereka. Namun hingga ke petang Zara menunggu, bayang Aqil Muaz langsung tidak kelihatan. Akhirnya dia terpaksa mengajak Nuha untuk menemaninya.

 Zara semakin tertekan. Bermacam-macam andaian yang dibuat untuk memujuk hatinya. Kini Aqil Muaz semakin menyepi. Zara semakin gelisah memandangkan hari bahagia mereka hampir tiba.

“Kau tak cuba pergi jumpa dia sendiri?” Tanya Nuha resah seakan tahu apa yang bergelodak dalam diri Zara.

“Seganlah aku. Nanti apa pulak kata orang. Dahlah dia tinggal di kuaters guru. Mesti banyak mata-mata cikgu yang memandang.”

“Korang memang ada masalah ke?” Nuha serius bertanya. Sejak tahu Zara dan Aqil Muaz sudah mengikat tali pertunangan cuti sekolah yang lalu, dialah manusia yang banyak ucap kata syukur. Tapi bila mendapat berita tentang apa yang baru berlaku dalam diri sahabatnya, dia sudah mula hilang ceria. Melihat wajah resah gelisah Zara, dia turut merasa.

“Entah! Setahu aku selama ni aku okey je dengan dia. Tak pernah nampak pun dia boring kalau keluar dengan aku. Bertengkar, lagilah tak pernah. Setakat merajuk manja tu, biasalah!” Jawab Zara lalu melepaskan keluhan berat.

“Majlis tinggal dua bulan saja lagi. Aku rasa baik kau bincang dengan keluarga kau dulu.” Cadang Nuha lembut.

“Aku nak cakap apa? Nak batalkan? Tak fasal-fasal timbul tanduk berapi kepala ayah aku tu.” Bentak Zara perlahan. Tak dapat dibayangkan apa tindakan yang ayahnya akan ambil jika majlisnya terpaksa dibatalkan. Mengingatkan kembali cerita tentang Fairuz Imsyar yang bengkak mulut sebab kena penampar dengan ayahnya, dia jadi seram.

“Cakaplah kau nak mintak tangguh dulu. Kau bagilah apa-apa alasan yang munasabah sikit bagi keluarga kau faham sementara kau cari jalan nak selesaikan masalah ni.”

“Alasan apa yang munasabah sekarang ni? Aku dah tak boleh nak fikir. Fikiran aku berserabut.” Bentak Zara lemah. Matanya sudah mula berkaca. Menanti masa saja empangan itu pecah.

Nuha memeluk tubuh Zara memujuk sahabatnya itu agar bertenang. Dalam hati dia sempat berdoa agar sahabatnya itu sabar dan kuat terima dugaan. Dia sendiri mengaku yang dia tidak kuat jika dugaan seperti itu melanda dirinya. Mengimbas kembali peristiwa yang melanda Zara dan Fairuz Imsyar, hatinya kadang-kadang risau jika Zara semakin parah seperti peristiwa lalu.

“Kau jangan risau. Akukan ada..” Pujuk Nuha lembut.

Zara nekad mahu berjumpa dengan Aqil Muaz namun dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya memandangkan Aqil Muaz sering melarikan diri darinya. Teringat dia semasa pertemuan dengan Aqil Muaz di Komplek Pusat Bandar tiga hari lalu. Sakitnya hati tuhan saja yang tahu. Terjerit-jerit dia memanggil nama lelaki itu, namun sedikit pun pandangan lelaki itu tidak berkalih ke arahnya. Tebalnya muka hanya tuhan saja yang tahu. Nasib baiklah ketika itu tidak ramai yang lalu lalang di situ.

Tertanya-tanya dalam hatinya, mengapa Aqil Muaz tiba-tiba beriaksi begitu. Sudah puas diperah otak dan mengimbas kembali mindanya mencari kesalahan yang pernah dibuat hingga lelaki itu bersikap demikian. Namun otaknya masih tumpul mencari jawapan.

Namun ada yang lebih merimaskan dia sejak Aqil Muaz cuba menjauhkan diri darinya. Adib Mirza. Ya! Adib Mirza sering munculkan diri disaat dia mengharapkan kehadiran Aqil Muaz. Kadang-kadang terfikir juga dibenak fikiran yang perubahan Aqil Muaz ada kena mengena dengan Adib Mirza. Ini kerana perubahan itu bermula selepas pertemuan mereka berdua dengan Adib Mirza seminggu lalu. Namun kerana tidak mahu salah tafsiran, dibuang jauh-jauh andaian itu.

“Kenapa kau tak tanya sendiri dekat abang dia?” Tanya Nuha selepas selesai menemani Zara menempah baju. Memandangkan hari ini hari cuti, dia dengan rela hati menawarkan diri untuk menemani Zara. Walaupun sibuk dengan rumahtangga, dicuba luangkan masa untuk sahabat yang dikenali semenjak di UiTM hampir sepuluh tahun yang lalu.

“Malaslah aku! Nanti abang dia fikir apa pulak. Mesti lagi banyak soalan yang dia tanya. Tambah-tambah lagi abang dia pernah luahkan perasaan dekat aku. Menceritakan perihal aku dan Aqil pada dia, umpama memberi seribu peluang untuk dia dekat diri dengan aku. Taknak aku!”

“Hai..susah sungguh kalau orang cantik ni. Banyak sangat peminat. Paling teruk bila adik abang minat pada orang yang sama. Aku pun tak tahu nak tolong macam mana. Kalau aku belum kawin, bolehlah aku ambil sorang.” Usik Nuha berserta dengan keluhan. Mengekek-ngekek Nuha ketawa selepas terima ketilan berbisa dari Zara.

“Yang aku geram tu kenapa dia diamkan diri? Kalau ada masalah, kongsilah sama-sama. Kalau dah ada orang lain pun aku tak kisah. Terus terang dengan aku. Aku terima dari dia terus menyiksa aku macam ni.” Rungut Zara meluahkan segala yang terpendam.

“Apa kata aku temankan kau pergi jumpa dia dekat rumah dia?”

“Aku seganlah, Nuha. Nampak sangat macam aku ni kemaruk sangat dekat dia. Kalau dia benar-benar ikhlas pada aku, dia takkan layan aku macam ni.”

“Habis, kau nak buat apa sekarang? Takkan kau nak terus tunggu!”

“Entah! Aku tak tahu. Buat masa ni aku nak fikir jalan alasan yang aku nak bagi pada keluarga aku di kampung untuk tunda majlis ni. Aku yakin sangat ayah aku mesti mengamuk sakan.” Ulas Zara lalu keluhan berat dilepaskan. Memikirkan masalah yang menimpanya sekarang buat kepalanya semakin berat bertan-tan. Tak dapat dibayangkan andai perpisahan yang terjadi. Tapi dia harus terima. Namun sebelum itu, penjelasan harus diketahui dahulu dari mulut Aqil Muaz sendiri. Dan dia tak akan rasa simpati jika nasib Aqil Muaz sama seperti Fairuz Imsyar ketika berhadapan dengan ayahnya nanti.


AQIL MUAZ merenung jauh ke hadapan. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain layang-layang menarik minatnya untuk lama di Taman Layang-layang di mana tempat dia selalu berjoging setiap kali cuti sekolah. Namun petang ini dia tiada mood untuk berjoging. Sejak sampai tadi, masanya hanya dihabiskan dengan melamun.

Apa yang difikirkan? Sudah tentulah berkisahkan tentang gadis yang dirindui. Rasa bersalah bagai bertimba-timba datang menghentam kepalanya hingga kadangkala dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerja malah pada apa jua yang dilalui seharian.

Pernah juga terfikir untuk abaikan perasaan Adib Mirza. Namun dia tidak sanggup. Sayang dan hormat pada satu-satunya saudara yang dia ada di muka bumi Allah ini menguasai segalanya.

“Apa mama buat ni? Mama dah gila ke?” Tempik Adib Mirza berang bila melihat kepala Aqil Muaz berlumuran darah selepas dihentam dengan batang mop lantai oleh Datin Basyariah.

“Dib jangan kurang ajar dengan mama! Mama tahu apa yang mama buat!”

“Tapi apa yang mama buat ni tak betul. Kasihan Aqil. Dia budak lagi. Tak ada daya nak menghalang atau mempertahankan diri. Mama nak bunuh dia ke?” Herdik Adib Mirza sambil memeluk Aqil Muaz yang menangis teresak-esak di dalam bilik air.

“Adib tak tahu apa yang mak anak haram  ni buat belakang kita.dengan papa Dib!”

“Dib tahu mama. Dib tahu semua rahsia papa dengan aunty Sofie. Papa sendiri yang ceritakan pada Dib. Mereka tak salah!” Ujar Adib Mirza lalu mengambil tisu yang tergantung dalam bilik air dan membasahkan sedikit lantas dilap sedikit–sedikit di kepala Aqil Muaz.

“Dib cakap apa ni?” Tanya Datin Basyariah tergamam.

“Sudahlah mama. Jangan mendera Aqil lagi. Dia adik Dib. Dib tak ada adik lain selain dia. Sakit dia sakit juga Dib.” Rayu Adib Mirza lalu mencempung tubuh kurus Aqil Muaz lalu diletakkan atas katil. Bergegas dia mendapatkan telefon bimbit lantas nombor dokter peribadi yang dilantik keluarganya dicari.

“Dib nak telefon siapa tu?”

“Dokter Syafik.”

“Dib dah melampau!”

“Mama lagi melampau! Budak kecil ni mama dera tanpa rasa simpati. Apa yang dia tahu mama? Dia datang rumah kita ni pun tak dipinta. Ini undang-undang yang tetapkan. Sepatutnya mama harus pegang amanah papa ni. Tapi mama tak ikhlas. Mama terima dia sebab takut harta papa jatuh ke tangan pihak lain.” Kata Adib Mirza lalu meletakkan kembali telefon bimbitnya selepas menghantar mesej pada Dokter Syafiq.

 Faham sangat dengan dokter pilihan keluarganya itu sering sibuk. Peti ubat dicapai lalu mengeluarkan kapas dan ubat. Penuh hati-hati dia melakukan kerja hingga Aqil Muaz langsung tidak bersuara.

“Apa yang Dib tahu fasal papa dengan perempuan simpanan papa tu? Kenapa mama tak tahu?” Tanya Datin Basyariah garang. Sakit hatinya melihat Adib Mirza memanjakan Aqil Muaz.

Aunty Sofie bukan perempuan simpanan papa. Dia isteri sah papa. Dah lama mereka kawin. Cuma mama saja yang tak tahu. Mama tak tahu sebab mama tak pernah nak ambil tahu tentang papa. Selama ni pernah ke mama ambil berat fasal papa. Mama sibuk dengan aktiviti mama sampai abaikan papa dan Dib. Dib banyak belajar berkeluarga dengan aunty Sofie. Aunty Sofie tak pernah pilih kasih antara Dib dan Aqil. Walaupun Aunty Sofie bukan datang dari keluarga terhormat macam mama, dia seorang ibu yang baik. Sayang pada anak-anak termasuk Dib. Hormat pada papa. Jauh sangat dengan sikap mama yang ego tak bertempat.”

Turun naik nafas Datin Basyariah mendengar hujah Adib Mirza. Sakit hatinya selepas mengetahui kebenaran.

“Dib minta maaf sebab kurang ajar dengan mama. Terus terang Dib cakap yang Dib tak sanggup lagi tengok adik Dib didera begini. Dib sayangkan mama. Dip tak mahu mama masuk penjara atas alasan mendera kanak-kanak bawah umur. Dan selepas ni kalau Dib tahu mama masih mendera adik Dib, Dib tak teragak-agak telefon polis. Ingat tu mama!” Lembut sekali kata-kata Adib Mirza namun ada nada ketegasan di hujung ayatnya.

Datin Basyariah merengus kasar lalu melangkah pantas keluar dari bilik Adib Mirza. Dentuman pintu bilik yang dilepaskan oleh Datin Bayariah menggambarkan betapa sakitnya hatinya dengan apa yang terjadi.

“Aqil sabar ek. Lepas ni mama dah tak boleh apa-apakan Qil. Abang ada untuk Qil.” Pujuk Adib Mirza lembut sambil menyapu ubat diluka kepala Aqil Muaz yang sudah mula kering. Berkerut-kerut wajahnya sedangkan yang luka adalah Aqil Muaz, bukan dia. Namun dia dapat merasa apa yang Aqil Muaz rasa ketika itu.

Suara kanak-kanak nyaring menangis menyentak lamunan Aqil Muaz. Matanya liar mencari dari arah mana suara tangis itu. Terpaku sejenak melihat seorang kanak-kanak lelaki yang mungkin berumur sepuluh tahun sedang memujuk adik perempuannya. Hatinya tersentuh melihat adegan itu. Dia yakin bagaimana riaksi kanak-kanak lelaki itu memujuk, begitulah yang ditunjukkan oleh Adib Mirza dahulu.

“Kenapa ni dik?” Aqil Muaz bertanya selepas langkahnya terhenti di hadapan kanak-kanak tersebut.

“Layang-layang adik saya tersangkut atas pokok tu. Saya dah cuba panjat nak ambil tapi tak boleh.”

Aqil Muaz tersenyum lalu kepalanya didongakkan ke atas pokok yang disebut oleh kanak-kanak tadi. Dengan mudah sahaja Aqil Muaz mula memanjat pokok yang tidaklah terlalu tinggi baginya dan akhirnya layang-layang tadi sudah selamat sampai menjejak tanah.

“Terima kasih abang!” Ucap kanak-kanak tadi lalu beredar dari situ.

Aqil Muaz tersenyum puas sambil melihat saja kanak-kanak itu beredar pergi. Melihat keperibadian kanak-kanak lelaki tadi makin buat dia rasa rindukan Adib Mirza. Baginya Adib Mirza adalah segala-galanya. Baginya juga, tanpa Adib Mirza tak mungkin dia berdiri lagi di muka bumi Allah ini. Tanpa Adib Mirza juga, dia pasti tak dapat merasa menghirup udara milik Allah ini. Dan sejak itu dia nekad dalam hati untuk berkorban apa saja demi Adib Mirza meskipun nyawanya dipertaruhkan.


“CIK ZARA!”
Zara berpaling ke belakang selepas mendengar namanya dilaungkan. Pintu pagar rumahnya yang baru nak dibuka selepas Nuha menghantarnya pulang, dilepaskan. Tersentak bila melihat Aliyana bersama seorang wanita yang agak bergaya berjalan penuh gaya menghampirinya. Dalam hati sudah dapat menduga sebab kehadiran dua perempuan yang semakin mendekat dengannya.

“Cik Aliyana! Buat apa di sini?” Tenang Zara bertanya. Sesekali matanya berkilas pandang pada wajah sombong di sebelah Aliyana.

“Kenapa? Terkejut?”

“Buang masa saya saja nak terkejut biawak atau terkejut kura-kura tengok Cik Aliyana. Tapi saya hairanlah jugak sebab mana ada orang macam Cik Aliyana tinggal di kawasan rumah macam saya ni. Setahu saya rumah Cik Aliyana bertaraf banglo.” Sinis Zara menjawab. Sejak pertama kali bertemu dengan Aliyana, Zara sudah mula rasa kurang selesa dengan pandangan mata Aliyana yang lebih memandang rendah pada golongan sepertinya.

“Kau jangan nak sindir akulah! Aku datang ni sebab nak kasi warning dekat kau.”

Warning apa Cik Aliyana? Kalau setakat nak suruh saya jauhkan diri dari Mr. Adib Mirza awak tu, baik awak balik saja. Awak dengan dia sama saja. Muka tak malu. Dah orang tak ingin, masih lagi tersua-sua tunjuk muka. Selama ni pun bukan saya yang cari dia. Dia yang terhegeh-hegeh dekat saya.” Ujar Zara lantas pintu pagar dibuka dan cuba meloloskan diri. Namun cepat saja Datin Basyariah menarik kasar tangan Zara hingga Zara hampir-hampir terjatuh. Nasib baiklah tangannya sempat mencapai pintu pagar.

“Kamu dengar sini. Aliyana bakal menantu aku. Hanya dia saja yang layak untuk Adib Mirza.”

“Oh! Jadi puan yang berlagak ala-ala datin ni ibu kepada Adib Mirza?” Zara ketawa sinis. “Kasihan Adib Mirza dapat ibu macam ni.” Zara menggeleng-geleng kepalanya.

“Memang aku datin. Datin Basyariah. Ibu kepada Adib Mirza.” Angkuh Datin Basyariah memperkenelkan diri.

Terangkat kening Zara hingga keluasan matanya membesar. Walaupun sedikit terkejut, dia cuba melindungi kegugupannya. Barulah ia tahu, inilah wajah ibu tiri Aqil Muaz yang pernah diceritakan oleh Hajah Esah dulu. Walaupun Hajah Esah tidak menceritakan semua nasib sebenar Aqil Muaz, dia sudah dapat mengagak bagaimana sifat Datin Basyariah yang sebenar.

“Ada saya kisah? Datin ke, Dato ke..bagi saya sama saja. Kalau mati nanti, tak juga pak imam sebut gelaran datin tu. Apa puan ingat saya hairan sangat dengan pangkat puan tu. Ingat saya takut? Tak perlulah puan berlagak sombong dengan apa yang puan ada di muka bumi ni. Sementara je pun..! Seeloknya puan balik, buat solat taubat. Minta ampun pada tuhan. Fikirkan balik dosa-dosa puan pada suami dan anak-anak puan. Dan paling utama dosa puan pada Allah.”

“Kau dah melampau Zara! Hormat sikit pada Datin! Aku pun tak tahu apa yang kau dan racunkan fikiran Adib sampai dia asyik sebut nama kau. Kau pakai ubat guna-guna ye?”

Zara semakin galak ketawa mendengar kata-kata Aliyana. Tak sangka zaman sekarang masih ada golongan yang masih percayakan jampi serapah macam tu. Seketika kemudian Zara kembali serius.

Haah! Memang aku ada guna ubat guna-guna pada Adib Mirza. Kenapa? Kau nak? Kalau kau nak aku boleh bagi. Tak payah bayar. Aku bagi free. Tapi aku tak tahulah munjadi atau tidak kalau kau yang buat. Biasanya benda-benda macam ni menjadi pada golongan yang jahat macam aku ni saja. Golongan baik-baik dan terhormat macam kau selalunya payah nak menjadi.” Ujar Zara geram.

“Jadi betullah kau guna-gunakan anak aku?”

Sekali lagi Zara ketawa sambil menggeleng kepala.

“Aku tak sangka masih ada golongan kelas bawahan macam korang ni. Benda nyata susah nak percaya. Tapi kalau berkaitan dengan kerja-kerja syaitan ni cepat saja korang nak ikut dan percaya. Pelik!”

“Jangan kurang ajar!” Herdik Datin Basyariah berang.

“Siapa yang kurang ajar? Korang berdua datang rumah aku, marah-marah maki hamun aku, apa ke jadahnya? Sekarang siapa yang kurang ajar? Baik korang pergi sebelum aku repot polis.” Herdik Zara perlahan. Takut juga ada jiran-jiran yang mendengar perbalahan mereka.

“Ingat Zara! Kalau aku tahu kau rapat dengan Adib Mirza, siap kau!” Balas Aliyana berang sambil melangkah pergi dari situ. Namun langkahnya dengan Datin Basyariah terhenti setika bila mendengar suara Zara.

 “Woi! Kau cakap dekat buah hati kau tu, aku pun tak ingin orang macam dia. Tak sesuaii..! Duit ringgit dia banyak sangat untuk dia lambakkan pada aku. Baik dia sedekahkan saja pada golongan yang memerlukan. Dan aku rasa golongan macam kau lagilah tak sesuaii..!” Balas Zara bersahaja. Sempat lagi dia menjelirkan lidah pada Aliyana dan Datin Basyariah.


Zara menghempaskan tubuhnya atas sofa di ruang tamu. Kejadian tadi masih baru dan panas hatinya mungkin sedikit lambat mahu surut padam. Namun dia cuba redakan perasaannya. Sebelum ini bukan dia tidak pernah diserang begitu. Tapi kali ini sabarnya sudah tidak boleh ditahan lagi Aliyana sudah berani bawa geng dan berani menyerangnya di rumah. Akhirnya Zara nekad mahu berjumpa dengan Adib Mirza. Tapi dia tidak pasti bila.

No comments: