PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 12 Kata Hati Tak Terkata

BAB 12
BERPELUH-PELUH Aqil Muaz menyediakan juadah jualannya. Sejak petang semalam dia tidak henti-henti menyiapkan gerai rojak buahnya bersama ahli Persatuan bola sepak. Memandangkan tiada gerai yang menjual rojak buah, Aqil Muaz ambil kesempatan menjual makanan itu.

 “Cikgu jemput awek cikgu datang ek?” Kamarul muridnya dari tingkatan lima selaku ketua kelab bola sepak berbisik di sisi Aqil Muaz. Tersengeh-sengeh dia memandang gurunya yang sedikit terkejut.

“Mana ada!” Cepat-cepat Aqil Muaz menyangkal selepas berdesit. Rimas bila anak-anak muridnya asyik mengusiknya begitu. Sejak ada anak-anak muridnya terserempak dengannya sedang  berjalan berduaan dengan Zara di komplek Angsana Johor Baharu, kecoh satu sekolah kata dia sedang bercinta dengan awek cun. Kerana berita itu jugalah, ramai cikgu-cikgu di sekolah asyik tanya, bila nak makan nasi minyak. Paling ketara ialah mulut dari Cikgu Fauziah yang juga merupakan sepupu pada Zara. Kadang-kadang usikan itu buat dia terhibur dan seronok. Kan bagus kalau jadi kenyataan..!

Eleh..! cikgu jangan nak tipu. Kami tahu awek cikgu datang hari ni.” Usik Kamarul lagi.

“Dia bukan cikgu sekolah ni.!” Aqil Muaz cuba beralasan. Sambil-sambil itu matanya tepat memandang kearah tangannya yang lincah memotong buah jambu batu. Jambu batu yang siap dipotong dadu, dimasukkan ke dalam plastik lalu serbuk asam ditabur. Lidi dimasukkan. Bila siap diserahkan kepada dua murid perempuan yang baru sebentar meminta makanan itu. Bayaran berupa kopon diambil lalu mengucapkan terima kasih. Namun kerjanya tidak selesai di situ. Tangannya masih lincah memotong lagi pelbagai buah-buahan kerana ada pelanggan yang meminta rojak buah pula.

“Memanglah dia bukan cikgu sekolah ni. Tapi hari ni siapa-siapa pun boleh datangkan..” Balas Kamarul lagi sambil tersengeh.

 Memang tiga hari lepas dia ada jemput Zara datang ke majlis hari kantin sekolahnya hari ini. Tapi Zara seperti malas nak melayannya bercakap. Dia sedar, Zara seakan berubah sikap selepas pertemuan di Komplek Pusat Bandar seminggu yang lalu.  Paling  buat dia rasa bersalah setelah pagi tadi melihat ada berpuluh-puluh miss call dari Zara. Baru dia teringatkan telefon bimbitnya yang tidak dicas semula selepas kehabisan bateri. Aqil Muaz yakin pasti Zaranya sedang merajuk. Dia bertambah yakin bila panggilan dan smsnya sejak tadi, langsung gadis itu tidak balas.

“Dah! Awak jangan ganggu saya. Saya tengah sibuk ni. Tak fasal-fasal nanti rojak buah jadi rojak jari. Apa kata awak pergi basuh buah dalam bakul tu. Kejap lagi mesti lagi ramai pelanggan yang nak beli rojak kita ni.” Gesa Aqil Muaz tegas sambil matanya begitu asyik ke arah tangannya yang sedang menghiris buah atas papan pemotong. Takut juga jika jarinya yang terhiris. Memandangkan hanya gerainya saja yang menjual rojak buah, dia yakin pasti dia tak menang tangan. Nak mengharapkan anak-anak muridnya menghiris buah, dia tak yakin. Takut kalau terhiris jari, dia pulak yang kena bersoal jawab dengan ibu bapa.

“Rojak jari ada bang..?” Tanya satu suara manja.

“Rojak jari tak..!” Suara Muaz hilang setelah mengangkat mukanya mahu menjawab soalan dari seorang pelanggan. Melihat wajah di hadapannya, dia tersenyum sambil menggigit bibir menahan malu setelah mendengar beberapa suara tawa anak muridnya dari belakang. Baru tersedar dengan kata-kata Kamarul tadi. Rupanya anak muridnya sudah lama sedar kehadiran Zara di situ.

“Rojak jari tak ada. Tapi rojak cubit dengan jari ada.! Nak?” Seloroh Aqil Muaz sambil tersenyum malu selepas diusik Zara. “Bila datang? Tak call pun!”

“Dah lama dah. Dari pagi tadi sibuk tolong Cikgu Fauziah menjual nasi lemak. Lagipun kalau call orang tu, nak ke orang tu jawab?” Suara Zara seakan menjauh. Sakit hatinya bila penat merajuk seminggu lalu tapi langsung tidak Aqil Muaz pedulikan. Ditambah lagi dengan peristiwa semalam, lagilah dia makan hati. Kerana sudah malas memendam rasa, dia mengalah juga akhirnya.

Sorry! Phone habis bateri. Pagi tadi baru perasan.”

“That okey! Okeylah. Saya nak pergi gerai Cikgu Fauziah. Nak tolong dia kejap.” Ujar Zara perlahan seakan menjauh. Niatnya datang situ sekadar mahu tunjuk muka saja. Tidak mahu Aqil Muaz menganggap dia tidak sudi datang ke program hari kantin setelah dijemput.

“Oh..tak aci macam ni! Saya yang penat-penat dekat sini awak tak mahu tolong pun!” Tempelak Aqil Muaz dengan nada menjauh.

“Cikgu Fauziah tu sepupu saya. Awak tu siapa nak saya tolong bagai?” Kata Zara perlahan. Sengaja mahu mengusik. Dari gerai Cikgu Fauziah tadi, dia perhatikan Aqil Muaz tidak menang tangan melayan pelanggan. Kerana rasa ingin menolong, dia cuba tebalkan muka menghampiri gerai itu.

“Buat-buat tanya pulak. Boyfriend sendiri pun dah tak ingat?” Tanya Aqil Muaz dengan nada geram. Ikutkan hati mahu saja dia cubit-cubit mulut Zara. Harapannya juga agar Zara faham kata-katanya itu bukan sekadar gurauan.

Boyfriend tak rasmi. Buat apa.?” Zara semakin seronok berdebat. Mendengar gurauan Aqil Muaz itu, hatinya bagai melompat riang. Tak dapat bayangkan betapa riangnya hati andai apa Aqil Muaz katakan tadi menjadi kenyataan.

“Bukan selama ni saya memang boyfriend awak ke? Baiklah! Sekarang, dengan rasminya saya jadi boyfriend awak. Awak jadi girlfriend saya. Saya nak awak tolong saya jual rojak saya pulak.” Tegas Aqil Muaz bersuara sambil menarik tangan Zara agar berada di sebelahnya

Zara sedikit terkejut. Tangannya yang masih terasa sakit dengan kejadian semalam diusap lembut. Tidak mahu Aqil Muaz tahu kejadian itu. Dia yakin pasti Aqil Muaz tak henti-henti bertanya.

“Kenapa?” Tanya Muaz setelah melihat Zara seperti menahan kesakitan. Rasanya tadi tak sekeras mana pun tangan Zara ditarik.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Zara tersengeh-sengeh. Lengannya yang bersarung ditarik-tarik hingga ke pangkal tapak tangannya agar luka di pergelangan tangannya tidak kelihatan pada pandangan mata  Aqil Muaz.

“Tolong saya ek?” Ujar Aqil Muaz setelah melihat Zara tersenyum.

“Kalau saya taknak?” Zara kembali mengusik.

“Nak merajuk sekerat hari.” Jawab Aqil Muaz cuba raih simpati.

Zara ketawa kerana tahu Aqil Muaz sekadar mahu bergurau. Selepas pertemuan di Komplek Pusat Bandar seminggu lalu, dia merajuk. Namun sampai sudah, Aqil Muaz tidak datang memujuk. Akhirnya dia nekad mahu terus simpan perasaan dan terus mengharap agar Aqil Muaz akan segera sedar akan perasaannya. Tapi seandainya Aqil Muaz bukan dicipta untuk dirinya, dia redha.

Zara tersenyum malu setelah sedar banyak mata yang sedang memerhatikannya dengan Aqil Muaz. Lantas segera mengambil alih tempat Aqil Muaz dan memulakan kerja memotong buah. Tergamam seketika Aqil Muaz bila melihat Zara lincah memotong. Baginya Zara sudah biasa dengan kerja-kerja dapur.

“Takkan tengok saja bang! Tolong-tolonglah sama.” Zara menyergah setelah sedar Muaz hanya jadi pemerhati.

Kalut dengan sergahan itu, Muaz pantas menyediakan bekas untuk memasukkan buah yang siap dipotong dan digaul dengan kuah rojak. Sejuk telinganya bila mendengar Zara memanggilnya begitu. Hatinya berlagu riang seandainya apa yang dihajatkan selama ini benar-benar menjadi.

Woit! Nasi lemak aku tak habis lagi ni. Kau kipnep pembantu aku apa fasal? Tak boleh jadi ni!” Suara Cikgu Fauziah lantang kedengaran dari gerainya sambil bercekak pinggang.

“Kau yang ambil girlfriend aku, tak cakap. Aku ambillah balik!” Aqil Muaz menyampuk lalu ketawa mengekek. Sedar, Cikgu Fauziah sekadar bergurau.

Suara gelak tawa dari murid, guru serta pengunjung yang datang buat Zara menahan malu. Namun tidak sesekali dia mengangkat muka kerana tahu ramai yang sedang memandangnya. Memandangkan dia bukan kakitangan sekolah itu, dia yakin pasti ramai yang tertanya-tanya akan kehadirannya di situ.

“Zara! Aku tahulah kau sayang giler kat boyfriend kau tu. Tapi janganlah tinggalkan aku.!” Jerit Cikgu Fauziah yang berada selang tiga buah gerai dari gerai  Aqil Muaz.

Berkerut-kerut muka Zara sambil menggigit bibir. Hampir terhiris jarinya mendengar gurauan melampau Cikgu Fauziah. Sambil memotong buah, kepalanya tunduk tak berani diangkat memandang Aqil Muaz. Tak mahu Aqil Muaz perasan mukanya yang sudah bertukar pada warna pink panther. Geram dengan sikap lepas mulut Cikgu Fauziah. Bukan dia tidak kenal dengan sepupunya itu. Kalau bercakap tak mahu pandang kiri kanan.

Aqil Muaz tergamam. Kelu lidahnya tidak tahu nak jawab apa pada Cikgu Fauziah. Wajah Zara yang menunduk dipandang.

“Awak sayang saya ek?” Bisik Aqil Muaz perlahan sambil mendekatkan dirinya di sebelah Zara. Melihat wajah Zara yang terkemik-kemik selepas mendengar suara lantang cikgu Fauziah tadi, dia rasa ada sesuatu yang Zara dan Cikgu Fuziah sembunyikan.

“Merepeklah.!” Jawab Zara menahan rasa debar di dada. Malu kalau Aqil Muaz tahu dia ada perasaan pada lelaki itu walaupun itu yang diinginkan selama kenal dengan lelaki itu.

“Kalau awak tak mahu cakap, nanti saya tanya sendiri dekat cikgu Fauziah.” Selepas tahu Cikgu Fauziah adalah sepupu Zara, dia yakin cikgu beranak tiga itu tahu sesuatu tentang perasaan Zara.

“Tanyalah! Saya tak takut. Saya takut awak yang malu nanti. Cikgu Fauziah tu kalau bercakap, faham-faham sajalah. Lima belas batu boleh dengar.”

Aqil Muaz mengeluh kecewa. Namun dia nekad mahu berjumpa dan bertanya sendiri dengan Cikgu Fauziah. Selama ni pun dia dapat rasa perasaan Zara sama sepertinya, cuma dia takut mahu meluahkan.

“Tadi abang. Sekarang awak pulak.!” Rungut Aqil Muaz perlahan. Riak rajuknya jelas kelihatan hingga menerbitkan rasa lucu pada Zara.

Zara ketawa kecil sambil tangannya kalut mengaut buah yang siap dipotong lalu dimasukkan ke dalam bekas untuk Aqil Muaz gaulkan dengan kuah rojak.

“Yelah abang sayang! Cepat buat kerja tu. Pelanggan dah ramai yang tunggu. Kalau saya layan rajuk abang, sampai esok tak habis.” Bisik Zara lalu ketawa mengekek.

Aqil Muaz mengetap bibir menahan senyum. Malu bila dengar Zara berkata begitu dengan manja. Harap-harap impiannya menjadi kenyataan.

No comments: