PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 34 Kata Hati Tak Terkata

BAB 34
 “APALAH cerita adik-adik abang tu sekarang..?” Tanya Madiha mengeluh.

“Entahlah! Abang pun dah tak tahu nak buat apa. Zara tu degil sangat. Kasihan Qil. Asyik makan hati je. Dah kena kata macam-macam pun dia masih nakkan Zara.”

“Setia betul diakan? Agak-agak abanglahkan, macam manalah agaknya Qil tu kalau abang betul-betul jadi dengan Zara dulu?”

Ermm..lagi teruk kot dari sekarang.” Balas Adib Mirza lalu sama-sama ketawa dengan Madiha.
Setahun usia perkahwinan mereka rasa bahagia sangat. Adib Mirza bersyukur kerana sepanjang tempoh pertunangan hinggalah majlis nikah dan bersanding, hubungannya dengan Madiha sering dilindungi dari sebarang dugaan dan masalah. Semakin bahagia bila Madiha disahkan hamil.

Takde cara lain ke bang?”

“Otak abang dah tumpul nak berfikir. Sayang ada idea?”

Ermm..ada kot! Tapi tak tahulah abang nak ikut atau tak.”

“Usulkan.”

Ermm..apa kata kita nikahkan saja dia orang tu?”

Adib Mirza tersentak. Cadangan isterinya dianggap sebagai langkah melampau.

“Diha tahu yang Zara tu masih sayangkan Aqil. Diha rasa tak salah kalau kita buat macam tu.”

“Mana sayang tahu?”

“Abang kenal Nuha? Kawan baik Zara. Kalau abang nak tahu, Nuha tu kakak ipar Diha. Suaminya Helmi tu abang sepupu Diha.”

Really? Kenapa abang tak tahu?”

“Sebab masa majlis kita, dia tak datang sebab abang Helmi kena pergi Sarawak. Masa tulah Diha tahu cerita tentang Zara. Nuha yang cerita semua. Jadi Diha rasa kita patut buat macam yang Diha rancangkan. Rancangan ni pun idea dari Nuha juga.”

“Zalim namanya tu..!”

“Tak! Demi kebahagiaan mereka berdua, Diha rasa kita patut buat macam tu. Cuba abang bawa berbincang dengan Aqil, keluarga Zara dan kelaurga angkat Aqil. Diha yakin Zara tak boleh menolak bila tahu dia dah jadi isteri pada orang yang dia tunggu selama ni. Mungkin pada permulaan ada masalah sikit. Tapi sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka.”

Hmm..Nantilah abang fikirkan. Berat jugak cadangan sayang ni. Abang takut Qil tak setuju.”

“Diha yakin Qil akan setuju. Buat masa sekarang ni, abang bincang dengan keluarga Zara sebab dia orang pun harap sangat Aqil jadi dengan Zara.”

“Tu abang tahu. Masalahnya boleh ke mereka tu berdamai?”


QIL tak setuju!” Bantah Aqil Muaz keras. Belum habis diterangkan secara jelas, Aqil Muaz sudah membantah. Tak sanggup dia melukakan hati Zara lagi.

“Kita cuba dulu.”

“Abang ingat soal kawin boleh dicuba-cuba? Seriuslah bang!” Jelas Aqil Muaz tidak puas hati. Rancangan itu dianggap melampau sangat.

“Qil dengarlah dulu apa abang Adib nak cakap. Kak Diha tahu susah nak jalankan rancangan ni. Maksud cuba pada abang Adib tu bermakna ada plan-plan lain yang akan menyusul selepas itu. Satu Qil kena tahu, Zara memang harapkan Qil selama ni.”

“Qil tak percayalah! Kalau dia benar-benar harapkan Qil, kenapa dia sanggup pecahkan mulut Qil ni? Tengok situ dah tahu dia memang bencikan Qil.”

Madiha menggeleng kepala sambil mengeluh berat. “Kalau Qil nak tahu, Kak Diha kenal sangat dengan Nuha kawan baik Zara. Dia dah ceritakan semuanya pada akak. Selama ni Zara memang tunggu Qil. Memang dia marahkan Qil. Tapi perasaan dia masih sama macam dulu. Qil boleh tanya sendiri pada Nuha.”

Aqil Muaz hilang kata-kata. Tak pasti apa lagi yang harus dikatakan. Mengenang kembali apa yang diluahkan oleh Zara padanya beberapa bulan lalu, benar-benar buat hatinya tercabar. Dia yakin, jika tak kerana perbualan malam itu dengan Adib Mirza, sudah tentu masalah ini dapat diselesaikan.

“Qil takut rasa bencinya pada Qil akan berlipat-lipat ganda lagi. Qil tak sedap hatilah bang, Kak Diha..! Zara tu bukan macam Kak Diha. Silap haribulan Qil ni dismachdownkannya..!”

Adib Mirza dan Madiha ketawa mengekek. Memang mereka tahu Zara jenis yang kasar, tetapi dalam kasar-kasar, ada lembutnya.

“Qil nak, tak nak? Terus terang dengan abang. Semuanya akan abang uruskan.”

“Qil tak yakinlah bang!” Ujar Aqil Muaz selepas berdesit kasar.

“Tak yakin yang mana? Tak yakin boleh jadi suami?”

“Bukan tu..!”

“Oh..maksud Qil, Zara?”

Aqil Muaz tidak menjawab. Malah hanya memberi jawapan dengan mengeluh kesah. Tak dapat bayangkan bagaimana peneriman Zara andai cadangan merapu abang dan kakak iparnya itu diteruskan. Sikap Zara yang sebenar jelas dipertontonkan depan matanya enam bulan lalu benar-benar buat dia terkejut. Jika orang lain sudah pasti tinggalkan gadis seperti itu. Tapi bila sedar sayang dan kasihnya masih terpahat kukuh pada si gadis keras kepala seperti Zara, dia tidak boleh lari dari kenyataan. Dan mungkin juga kerana sayang, gadis itu harus dilepaskan. Tidak guna lagi terus menagih kasih andai kata sindiran dan penghinaan yang bakal didengari dari mulut Zara. Dan dia yakin, kemarahan Zara akan berlebih-lebih lagi.

“Qil rasa..baik Qil lepaskan saja dia. Qil dah tak sanggup dengar herdikan. Sejak kecil sampailah dah dewasa, Qil ni asyik jadi mangsa herdik je. Dengan mama dulu Qil boleh bertahan sebab Qil ada abang. Tapi sekarang Qil tak sanggup lagi kena herdik apatah lagi dari orang yang Qil sayang. Siapa yang nak bela Qil? Abang? Kak Diha? Takkan Qil nak mengadu dekat mak bapak dia kot..!”

Adib Mirza dan Madiha berpandangan sayu sesama sendiri. Faham apa yang disampaikan oleh Aqil Muaz.
“Qil! Dengar sini. Sebelum kita teruskan rancangan kita ni, Qil kena faham apa itu suami dalam islam.”

Aqil Muaz termanggu.

No comments: