BAB 9
KHIR FAZHAN termenung panjang di
balkoni biliknya yang sebelum ini dihuni bersama Nirmala. Malam ini dia yakin
hanya dia dan anaknya Anis Humaira yang berada dalam bilik itu. Selepas solat
isyak, dia tidak lagi keluar dari bilik itu malah hanya menghabiskan waktu termenung.
Kata-katanya pada Nirmala tadi ada kalanya dirasa keterlaluan. Tapi jika tak
meluahkan begitu, nasib Anis Humaira pasti akan lebih teruk.
Sedari sejak tadi,
dia sendiri tidak tahu sudah berapa kali dia mengeluh panjang. Rasa berat
sangat dugaan yang datang kali ini. Rasanya tiada tempat dia mahu mengadu dan
minta pendapat. Ingin diadukan pada Dato Hamdan, namun rasa simpati pula jika
membebankan perasaan mertuanya itu. Nak diceritakan pada abinya, dia rasa malu.
Sudah maklum perkahwinannya dengan Nirmala memang mendapat halangan dari abinya
sejak dulu walaupun halangan itu tidaklah sekeras mana. Teringatkan pula pada
Jefri sahabatnya yang memahami sikap Nirmala, namun dia rasa janggal pula.
Tidak sepatutnya masalah rumahtangga diceritakan pada orang luar walaupun
adakalanya sahabat amat perlu ketika itu.
Wajah Fir Luqman yang
sedang menahan kesakitan terbias seketika. Setiap kali teringatkan sahabatnya
itu, Fazhan pasti bertimba-timba rasa bersalah. Genggaman erat jemari Nirmala
dan sahabatnya itu jelas membuktikan kasih mereka kasih abadi. Kadang-kadang
terfikir di fikiran, apa yang perlu dijawab pada Fir Luqman di sana nanti andai
Fir Luqman bertanya mengapa dia lakukan semua itu.
Fazhan melangkah
malas menuju ke katil. Gambar perkahwinannya dengan Nirmala dipandang tepat.
Baginya tiada hari yang membahagiakan selain dari hari itu. Wajah Nirmala yang
sedang tersenyum lebar buat dia rasa mahu membalas senyuman itu. Dirasakan
ketika itu Nirmala sedang melemparkan senyuman ikhlas khas buatnya seorang sahaja.
Terimbas sejenak pertama kali melihat senyuman itu, hatinya sudah terpikat.
Fazhan tersenyum sendiri bila ingat kembali detik-detik itu.
TUJUH TAHUN LALU..
“Bila aku dah kata I love You pada seseorang, aku yakin
hanya dia milik aku.” Kata Nirmala manja. Air botol mineral di teguk
berkali-kali.
“Confident la kawan kita sorang ni..!”
“Mestilah aku yakin.
Manusia di muka bumi ni memang Allah dah tetapkan setiap pasangannya. Macam
aku, keyakinan terletak pada hati kuat mengatakan dia yang aku nanti.”
“Wah..romantiknya..!”
“Siapa yang kau
maksudkan tu?”
“Alah..kau ni. Buat-buat
tak tahu pulak. Siapa lagi..? Abang Man dialah..! Aku pun kalau boleh nak cari
macam abang Man. Baik, sopan, pandai. Yang paling aku suka abang Man tu warak
orangnya. Janggut sejemput dia tu nampak macho.”
Berderai tawa tiga
gadis yang sedang galak berbual di tepi tasik. Mungkin mereka sedang berehat
selepas penat berjoging. Melihatkan keadaan mereka berpakaian, Fazhan yakin
mereka bertiga baru lepas berjoging. Dalam tiga-tiga gadis itu ada seseorang
yang buat matanya terus ingin memandang. Jarak dua meter dari tempat dia
melepak, memang dapat dia lihat jelas wajah yang sedari awal tadi menjadi
perhatiannya. Ingin dia melangkah ke arah kumpulan gadis itu untuk berkenalan,
tapi bila mendengarkan nama abang Man yang kawannya sebut, dia bantutkan
hasrat. Namun begitu dia tahu nama panggilan pada si gadis yang dipuja. ‘Lala’
Itulah nama yang dia dengar dari mulut kawan-kawannya.
Siapa abang Man?
Ingin dilihat wajah jejaka yang sudah berjaya membuka pintu hati si gadis untuk
menerima sebuah cinta. Hebat sangatkah jejaka itu? Adakah dia datang dari
keluarga ternama? Andai itu yang menjadi pilihan si gadis, dia terpaksa
mengalah walaupun hati tak rela.
Sebenarnya itu bukan
kali pertama Fazhan melihat Nirmala itu di situ. Masuk ini sudah lima belas
kali dia cuba merenung wajah manis itu dari jauh. Ingin didekat namun hati
masih takut-takut kerana Nirmala seringkali ditemani oleh dua rakannya.
Sebelum ini Fazhan
tidak pernah melayan sebarang perempuan. Walaupun dia seringkali ke kelab
malam, dia tidak pernah ada girlfriend.
Baginya perempuan memuakkan, membosankan, menyebalkan dan bikin buat hatinya
tak tenteram. Bukan tak ada yang cuba-cuba berdamping dengannya, tapi dia yang
selalu menolak. Pernah juga dia cuba untuk memiliki seorang gadis untuk
menjadi teman wanitanya, tapi entah kenapa dia cepat bosan. Bukan kerana
perempuan itu tidak baik atau berkelakuan buruk, cuma dia sendiri yang susah
nak melayan kerenah perempuan.
Namun kali ini dia
hairan dengan sikapnya yang tiba-tiba boleh senang-senang jatuh hati pada
Nirmala yang dia jumpa di Taman Rekriasi. Kadang-kadang dia rasa dia sudah gila
pada Nirmala. Masakkan tidak..! Fazhan sanggup berada di tepi tasik itu setiap hari
menanti kemunculan Nirmala. Masuk hari ini sudah hampir dua bulan Fazhan
menjadi pengunjung setia Taman Rekriasi itu. Walaupun Nirmala tidak datang,
Fazhan setia menanti hingga ke pukul enam petang.
Namun siapa sangka,
mungkin Allah memang hendakkan mereka berjumpa dan akhirnya mereka ditemukan
dengan cara tak sengaja. Yang pasti pertemuan itu seperti mahu hati Fazhan bagai
dikoyak dan dibakar.
“Punyalah lama kita
berkawan, baru sekarang kau nak tunjuk makwe kau! Hampeh punya kawan.!”
Tempelak Fazhan geram.
“Makwe dia cun giler
wei!. Takkan dia senang-senang nak tunjuk dekat kau.!” Balas Jefri tersenyum
nipis. Fir Luqman hanya tersengeh malu.
“Kau kenal?” Tanya
Fazhan pada Jefri.
“Tak kenal fasal apa
pulak! Kawan baik aku merangkap anak angkat keluarga aku.” Balas Jefri tenang.
“Kenapa? Kau takut
aku rampas makwe kau? Ke..kau takut makwe kau yang terpikat kat aku?” Fazhan
berseloroh ditujukan pada Fir Luqman.
“Tak ada maknanya..!
Bukan aku tak mahu tunjuk, dia yang malu nak kenal dengan korang. Dia memang
jenis pemalu. Ni pun aku ajak sebab lepas ni kita orang nak pergi tengok
cincin. Kalau tak, jangan haraplah dia nak setuju.” Terang Fir Luqman
bersahaja.
“Wah! Nak dirikan
masjid rupanya kawan aku ni..! Dalam diam kau ek? Apa-apa pun, tahniah sebab
tak lama lagi kau bakal menamatkan zaman teruna kau.!” Berdekah-dekah Fazhan
dan Jefri ketawakan Fir Luqman yang tersipu-sipu malu.
“Apalah korang ni.
Cakap macam tu pulak kat aku. Salah ke kalau aku kawin sekarang? Lagipun aku
dengan dia kawan dah lama. Sejak zaman belajar lagi. Tak eloklah kalau aku
lambat-lambatkan. Lagipun dia sempurna di mata aku. Aku tak mahulah dia jadi
tontonan di mata umum.”
Sekali lagi Fazhan
dan Jefri menghamburkan tawa.
“Itulah..! cari makwe
yang cun giler. Siapa suruh?” Sakat Jefri pula.
“Dah itu yang aku
dapat. Aku bersyukur. Kalau datang seribu dugaan pun, aku redha demi sayang aku
pada dia. Aku yakin setiap dugaan yang aku dan dia terima, pasti ada hikmahnya.
Walaupun hikmah tu bukan ditujukan pada aku, aku terima. Dalam islam pun kita
tak boleh terlalu menyintai pasangan kita lebih dari yang berkuasa, jadi aku
terima segala qada dan qadar dari Allah.”
“Jadi kau tak
kisahlah kalau satu hari nanti, bila kau dah tak ada di muka bumi Allah ni,
isteri kau lepas ke tangan orang lain?” Tanya Jefri hairan.
“Bila aku pergi dulu,
aku tunggu dia dekat sana. Tapi ditakdirkan dia jumpa pengganti aku, aku kena
redha. Mungkin di sana nanti Allah dah sediakan bidadari macam dia untuk aku.
Sebab tu aku redha atas ketentuan yang Allah dah tetapkan untuk aku dan dia.”
Kata-kata Fir Luqman
buat Fazhan dan Jefri temanggu seketika. Kata-kata itu benar-benar memberi
kesan pada mereka berdua.
“Kalau macam tu, ditakdirkan
kau pergi dulu, aku cup dia dulu!”
Jefri berseloroh. Fazhan hanya tersengeh. Melihat wajah Fir Luqman hanya
beriaksi biasa, Fazhan kembali serius.
“Semuanya terpulang
pada dia. Di dunia aku hanya layak memimpinnya ketika aku bergelar suami pada
dia. Tapi bila aku dah tiada, semua keputusan terletak di tangannya.” Jawab Fir
Luqman lalu senyum tersirat pada Fazhan.
“Kau rasa-rasa Mala
setia tak pada kau?” Tanya Jefri serius.
“Aku yakin dia setia.
Tapi kalau dah Allah tetapkan dia bukan milik aku dekat sana, aku terima.”
Ketika hanya menjadi
pendengar sahaja pada perbualan Jefri dan Fir Luqman, mata Fazhan terancap pada
sebujur wajah manis yang sedang mendekati mereka. Masa itu hanya tuhan saja
yang tahu betapa gembiranya bila gadis yang dipuja berada dekat depan mata.
Hampir-hampir dia terlupa pada dua rakan yang sedang berbual di hadapannya.
“Assalamualaikum
semua..! Sorry abang, Mala lambat
sikit.” Ucap Nirmala sambil menyuakan tangannya yang berlapik dengan tudung
labuhnya lalu bersalam tunduk hormat
pada Fir Luqman. Suara lembut Nirmala memberi salam menggegarkan degupan
jantung Fazhan. Hampir tak terkeluar suara Fazhan ketika menjawab salam itu.
Pada ketika itu baru dia sedar bidadari
yang dipuja selama ini milik orang merangkap sahabatnya sendiri.
“Tak apa..! abang pun
bukan lama sangat pun dekat sini.” Balas Fir Luqman lembut.
“Nak pergi sekarang
ke?” Suara lembut Nirmala kembali kedengaran.
Fazhan sudah mula tak senang duduk. Selama ini dia rasa ada peluang untuk mendekati Nirmala. Namun selepas apa yang ditonton sebentar tadi, hatinya sudah rasa terluka cedera parah.
Fazhan sudah mula tak senang duduk. Selama ini dia rasa ada peluang untuk mendekati Nirmala. Namun selepas apa yang ditonton sebentar tadi, hatinya sudah rasa terluka cedera parah.
“Nantilah dulu. Ni
abang nak kenalkan kawan abang sejak zaman kita belajar dulu. Khir Fazhan. Dia
ni anak Pak Haji. Sebab tu jarang-jarang nak kenal dengan perempuan.” Seloroh
Fir Luqman lalu tersengeh pada Fazhan yang hanya serius sambil memandang tepat
pada Nirmala. Bila Nirmala hanya tunduk dan tersenyum, barulah Fazhan membalas
senyuman Nirmala.
Fazhan seperti dipukau
ketika Nirmala lebarkan senyuman padanya sebentar tadi. Ikutkan hati mahu saja
dia berterus terang. Tapi bila sedar dia masih waras, dipendamkan saja niat
merapunya tu.
“Jangan pandang
lama-lama, An. Orang punya tu! Lebam bijik mata kau nanti.” Suara usikkan Jefri
menyentak pandangan Fazhan pada Nirmala. Tersengeh-sengeh Fir Luqman pada
Nirmala. Manakala Nirmala terangkat kening memandang kekasihnya.
SEMINGGU selepas perjumpaan itu, sekali lagi
Fazhan berjumpa dengan Nirmala yang ketika itu sedang berjalan berdua dengan
Fir Luqman di pusat membeli belah. Pada mulanya ingin dibiarkan saja. Tapi
kerana hati yang tak tahan merindu pada wajah Nirmala, ditebalkan muka menegur
mereka berdua.
“Banyak memborong!”
Teguran Fazhan buat Nirmala dan Fir Luqman terkejut.
“Tak banyak pun.
Sikit saja ni..” Balas Fir Luqman sambil menunjukkan beg kertas yang dipegang.
Di ketika itu Fazhan ambil peluang merenung wajah Nirmala hingga Nirmala rasa
tidak selesa.
“Abang berbuallah
dulu ek. Mala nak ke ladys kejap.”
Ucap Nirmala perlahan sambil mendekatkan wajahnya disisi Fir Luqman. Fir Luqman
hanya mengangguk. Fazhan yang memandang, rasa cemburu di hati. Dalam hati, dia
sudah mula menyumpah kerana Nirmala pergi dari situ.
“Bila majlis?” Tanya
Fazhan menutup rasa kecewa melihat Nirmala pergi.
“Dua minggu lagi.”
“Wah..! tak lama dah
tu. Seronoklah kau!”
“Alhamdulillah..!
doakan aku selamat ye!” Kata Fir Luqman ceria. Fazhan hanya tersengeh. Dalam
hati bukan doa selamat berbahagia yang diucapkan untuk kawannya itu tapi doa
agar jodoh mereka tiada berkekalan.
PAGI itu Fazhan melangkah ke tempat kerja
seperti biasa. Ketika sampai di depan pintu pejabatnya, dia terkejut bila
melihat Nirmala keluar dari bilik Dato Hamdan. Ingin ditegur tetapi melihat
Nirmala hanya menunduk sambil berlalu, dilupakan saja hasratnya. Tambah-tambah
lagi bila melihat wajah Nirmala sedikit mendung. Namun dia pelik mengapa
Nirmala ada di situ.
“Siapa tu?” Tanya
Fazhan pura-pura pada setiausahanya Betty.
“Itu Cik Mala. Anak
tungal Dato.” Jawab Betty selamba tanpa mengetahui niat ketuanya. Fazhan
sedikit terkejut hingga terangkat keningnya.
Barulah Fazhan tahu.
Rupanya selama ini dia berkerja dengan syarikat milik keluarga Nirmala. Dan
ketika itu, Fazhan mula buat andaian kenapa Nirmala memandang Fir Luqman.
Padanya ketika itu, Nirmala hanya inginkan lelaki yang berpangkat seperti Fir
Luqman memandangkan Fir Luqman memiliki syarikat sendiri. Walaupun syarikat Fir Luqman masih baru, dia
yakin Fir Luqman mampu menjadikan syarikatnya gah seperti Syarikat Dato Hamdan.
Dia kenal dengan Fir Luqman bukan sehari dua. Cita-cita dan daya usaha
sahabatnya itu sudah diketahui sejak dulu lagi. Sahabatnya itu kuat berusaha
dan tidak mahu mengalah dalam apa jua yang ingin dilakukan.
“Dia buat apa dekat
sini? Kerja ke?”
“Tak tahulah Encik
Fazhan. Saya kurang pasti. Setahu saya Cik Mala memang tak berminat nak buat
kerja-kerja pejabat walaupun dia ada kelulusan dalam bidang ni. Sebab tu dia cuma
kerja sambilan dekat sini. Kadang-kadang dia tolong buat kerja dekat syarikat
tunangnya Fir Luqman.”
“Habis, dia minat
apa?” Tanya Fazhan lagi. Hatinya bagai direntap mendengar nama sahabatnya itu.
“Melukis. Kalau Encik
Fazhan nak tahu, semua lakaran-lakaran bangunan yang ada dalam syarikat ni, Cik
Mala yang lukis. Gambar-gambar yang tergantung dalam syarikat ni pun dia yang
lukis. Cantikkan?”
Fazhan
terangguk-angguk setuju kata-kata Betty. Diakui bakat Nirmala memang luar
biasa. Selama ini dia anggap semua ciptaan bangunan yang ada dalam simpanan
syarikat Dato Hamdan dilukis oleh arkitek terkenal. Tak sangka orangnya adalah
anak Dato Hamdan sendiri.
Bunyi telefon di meja
Betty menyedarkan Fazhan dia sudah lama berbual dengan setiausahanya itu lantas
dia berlalu masuk ke dalam biliknya. Elok dia melangkah, Betty bersuara semua.
“Encik Fazhan! Dato
nak jumpa. Dia suruh masuk bilik dia sekarang.”
Fazhan hanya
mengangguk lalu terus melangkah ke bilik Dato Hamdan.
“Duduk An. Uncle ada hal sikit nak bincang dengan
An.”
“Hal apa uncle? Macam serius saja.?”
“Memang serius. An
tahukan, uncle dengan abi An dah lama
berkawan. Dulu kami pernah bercadang nak berbesan. Tapi tak jadi sebab
abang-abang An semua dah ada pilihan sendiri. Sekarang harapan uncle hanya pada An saja. Tapi masalah uncle sekarang ialah anak uncle dah ada
pilihan sendiri pulak. Kalau boleh uncle
memang nakkan An jadi menantu uncle.”
Fazhan sudah mula
tersenyum-senyum. Dalam hati dia bagai nak ketawa besar. Namun disabarkan hati.
“Kalau hati dia dah
ada yang lain, takkan saya nak tebalkan muka tunjuk depan dia, uncle! Malulah saya..”
“Uncle bukan nak paksa An. Tak apalah. Kalau An tak mahu, uncle tak boleh paksa.”
“Nantilah uncle. An bincang dengan abi dulu.
Sebenarnya An memang suka dah lama pada Mala. Tapi bila kenangkan dia dah ada
Fir, An terima walaupun tak rela.”
“Jadi An kenallah
Mala?” Tanya Dato Hamdan hairan. Melihat Fazhan hanya tersenyum dan mengangguk,
dia tersenyum senang.
“An jangan risau okey! Uncle akan usahakan agar An jadi menantu uncle.”
“Tapi..boleh ke uncle? Setahu An perkahwinan mereka lagi
dua minggu.”
“Ingat An. Usaha itu
tangga kejayaan. Tanpa usaha kita takkan dapat apa-apa hasil. Jadi selagi ada
peluang, kita kena gunakan sebaik mungkin.”
Fazhan tersenyum
lebar. Sudah terbayang-bayang Nirmala menjadi miliknya. Pada ketika itu
perasaan Nirmala ataupun Fir Luqman tidak dihiraukan. Apa yang penting ketika
itu, Nirmala harus jadi miliknya.
HARI yang tak mahu dia jumpa akhirnya
datang jua. Hati Fazhan diruntun duka di saat dua mempelai bermanis muka atas
pelamin. Sebak. Itulah yang dia rasa ketika itu. Mahu ditangiskan apa yang
terjadi, dia tak ada daya. Mahu dihamukkan, dia tiada kuasa. Siapa dia untuk
memaksa orang yang seawalnya memang tiada rasa pada dirinya? Kadang-kadang
terfikir jua dalam dirinya bahawa dia sudah gila. Gila pada milik orang yang terang-terang
menunjuk tidak sukakan dirinya.
Tugas sebagai
pengapit yang diserahkan oleh Fir Luqman padanya terpaksa diserahkan pada
Jefri. Dia tiada daya untuk berdiri di sebelah Fir Luqman atas pelamin. Tambah-
tambah lagi bila berdekatan dengan Nirmala.
Rancangannya bersama
Dato Hamdan terpaksa dilupakan selepas Nirmala ugut tidak akan pulang ke rumah
jika Dato Hamdan terus menghalang hubungannya dengan Fir Luqman. Mungkin Dato
Hamdan lemah dengan ugutan itu, akhirnya Nirmala bersatu juga dengan Fir Luqman.
Fazhan faham situasi Dato Hamdan. Memandangkan hanya itulah satu-satu anak yang
dia ada, Dato Hamdan terpaksa mengalah.
“Sabarlah An. Mungkin
Mala bukan jodoh An. Uncle turut rasa
kesal dengan apa yang jadi. Uncle
harap An masih ada usaha untuk bahagia. Bunga bukan sekuntum An.” Pujuk Dato
Hamdan pada Fazhan yang hanya duduk jauh memandang mempelai sedang bersanding.
“Uncle janganlah risau. Tahulah saya nanti. Lagipun orang tak sudi
pada saya ni. Buat apa saya nak terhegeh-hegeh. Saya yakin, kalau jodoh saya
ada dengan dia, pasti tak kemana. Andainya jodoh saya dengan orang lain, saya
kena terima.”
“Uncle kagum dengan An. Beruntung siapa yang dapat An.”
“An lagi beruntung
kalau dapat Mala, uncle.” Ucap Fazhan
sayu. Matanya masih terancap di raut wajah Nirmala.
MASUK hari ini genap lima bulan Nirmala dan
Fir Luqman menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Begitulah juga pada Fazhan
yang masih meneruskan hari-harinya di samping kerja-kerja pejabat di syarikat
Dato Hamdan dengan tenang dan bersahaja. Namun siapa sangka, di balik
ketenangan wajah pemuda itu, tersimpan seribu cita-cita demi mendapatkan apa
yang dihajatkan. Dosa pahala memang tak diendahkan lagi. Apa yang penting,
keinginannya haruslah diutamakan.
Setiap hari, Fazhan
tebalkan muka ke rumah Fir Luqman demi melihat wajah yang dirindui. Bukan dia
tidak tahu kerimasan yang terpancar di wajah Nirmala. Namun dia buat-buat tak
faham. Sejak Nirmala berpindah ke rumah yang dibeli oleh Fir Luqman, hatinya
berlagu riang kerana sering ke situ dengan alasan mahu berjumpa dengan Fir
Luqman. Jika dulu dia malu nak ke rumah Dato Hamdan kerana tiada alasan yang
munasabah. Tapi kini dia boleh tarik nafas lega. Dapat melihat wajah Nirmala
setiap hari sudah cukup buat dia bernafas.
Namun sampai bila dia
boleh tarik nafas lega? Berita tentang kehamilan Nirmala yang baru disampaikan
oleh Fir Luqman benar-benar menyentak fikirannya. Sebagai sahabat dia
seharusnya rasa gembira dengan berita itu. Namun tidak pada Fazhan. Cemburunya
menggunung-gunung. Kalau boleh dia tak izinkan anak Fir Luqman lahir dari rahim
Nirmala. Namun siapa dia untuk menentukan hak orang? Rancangan untuk
mandapatkan Nirmala terpaksa dilupakan untuk sementara waktu. Jadi sepanjang
tempoh Nirmala hamil, Fazhan nekad untuk tidak kerumah Fir Luqman kerana waktu
Nirmala begitu, dia yakin layanan Fir Luqman semakin berlebih-lebih. Hatinya
pasti bertambah sakit jika melihat adengan seperti itu.
“Dah lama kau tak
datang rumah aku, kenapa?” Fir Luqman mulakan perbualan sewaktu mereka makan
tengahari di café berhampiran tempat kerja. Walaupun mereka kerja berasingan,
mereka sering keluar bersama ketika waktu rehat.
“Saja..! Takkan
hari-hari aku nak lepak kat rumah kau. Seganlah aku..! nanti apa pula kata
Mala. Korang pun mesti nak privacy.
Kalau ada aku sah-sah korang susah nak berdrama swasta.”
Sindiran Fazhan yang
Fir Luqman rasakan sekadar gurauan hanya buat Fir Luqman tersengeh malu. Diakui
semenjak Nirmala berbadan dua, hanya tuhan saja yang tahu betapa lebihnya
layanan yang diberikan pada Nirmala hingga semua kerja rumah tidak diizinkan
Nirmala buat. Dari seorang pembantu rumah, kini sudah menjadi dua. Semuanya
kerana Nirmala.
“Dalam dunia ni aku
hanya ada dia. Aku tak bernasib baik macam kau dan Jefri yang masih mempunyai
orang tua dan adik beradik. Kau sendiri tahukan kehidupan aku sejak dulu.
Korang berdualah adik beradik aku. Sejak isteri aku wujud dalam hidup aku, aku
tak perlu bimbang lagi. Bila dia disahkan hamil, hidup aku semakin lebih
bermakna. Aku hanya harapkan dia untuk menyambung zuriat aku. Dapat sorang pun
jadilah.”
Fazhan terdiam
mendengar luahan hati Fir Luqman. Dalam hati dia tersentuh dengan kata-kata
itu. Memang sejak dulu hanya dia dan Jefri tempat Fir Luqman bergantung. Namun
Fir Luqman tidak pernah mengharapkan wang ringgit sebagai tanda simpati. Apa
yang diharapkan adalah kasih sayang serta keikhlasan dalam bersahabat. Fazhan
tahu Fir Luqman bukan berasal dari keluarga berada. Namun kerana berkat usaha
dan kerajinannya membuat pelbagai pekerjaan untuk teruskan pengajian, dia mampu
berada di tahap yang lebih dari dia dan Jefri.
“Anak apa yang kau
harapkan?”
“Tentulah lelaki.
Anak aku tu nanti bakal menyambung genersi aku. Aku harap dialah yang bakal
mewarisi apa yang aku uasahakan selama ini. Kau tahukan, aku tak ada adik
beradik. Jadi hanya pada anak aku tu saja harapan aku. Bila dia dah kawin aku
nak dia serahkan pula pada anak cucu dia.”
“Tinggi sungguh
harapan kau Fir. Aku tak yakin aku boleh berada setaraf dengan kau. Kau
tengoklah aku sekarang. Boleh kerja dengan orang saja. Nak buka company sendiri macam kau dengan Jefri,
aku rasa tak mampu.”
“Boleh..! Kau bukan
tak boleh buat tapi sengaja malas nak buat. Aku kenal kau bukan sehari dua, An.
Tapi siapa sangka mungkin rezeki kau ada pada isteri kau nanti. Jangan risaulah
kawan..!” Pujuk Fir Luqman bila melihat Fazhan seperti berputus asa.
Dalam hati Fazhan
ketika itu adalah menyalahkan Fir Luqman yang sudah merampas nyawanya. Baginya
semua harapan dan cita-cita yang dikejar selama ini musnah apabila tahu Nirmala
rupanya milik Fir Luqman.
GENAP sembilan bulan sepuluh hari, berita
tentang Nirmala selamat melahirkan seorang bayi lelaki diterima dari mulut Fir
Luqman sendiri. Tak tahu apa yang Fazhan rasa ketika itu. Gembira, cemburu,
marah dan suka bersilih datang berganti. Gembira dan suka kerana Nirmala
selamat. Marah dan cemburu kerana layanan Fir Luqman pada Nirmala semakin buat
hatinya pedih terhiris.
Simpati pada Nirmala
bila dapat tahu dia hanya menghabiskan pantangnya di rumah Fir Luqman. Fazhan
tahu marah Dato Hamdan masih berbaki. Mungkin sebab itu Nirmala buat keputusan
untuk menjaga anaknya sendiri. Terbayang di ruang mata seandainya tempat Fir
Luqman diambil alih olehnya. Sudah pasti Nirmala tidak perlu bersusah payah
menjaga anaknya sendiri. Tapi bila dapat tahu Fir Luqman menyediakan dua orang
pembantu rumah untuk menjaga Nuirmala, hatinya lega. Dia tahu Fir Luqman mampu.
Tambah-tambah lagi bila dapat tahu kehadiran Maklong Hasmah dalam rumah itu
menambahkan keselesaan hatinya.
Sebulan selepas
Nirmala keluar dari Hospital, Fazhan dan Jefri kerap datang menziarah. Pada
mulanya Fazhan hanya datang sendiri, tapi apabila kedatangannya sering hanya di
sambut oleh Fir Luqman, dia mula rasa segan kerana Nirmala tidak pernah
tunjukkan diri. Jadi dia terpaksa mengajak Jefri menemaninya. Jefri yang
sememangnya rapat dengan Nirmala sejak dulu hanya akur tanpa mengetahui niat
sebenar Fazhan. Yang sebenarnya bukan Jefri tidak tahu perasaan sebenar Fazhan
pada Nirmala, cuma dia hanya anggap Fazhan sekadar suka melihat perwatakan
Nirmala yang sopan dan lemah lembut. Siapa yang tak suka dan berkenan pada
gadis seperti itu? Kalau Pak Imam pun pasti tak lepas kesempatan jika diberi
peluang.
No comments:
Post a Comment