BAB 14
ADIB
MIRZA merengus
kasar sambil menghempaskan tubuhnya atas kerusi empuknya. Sakit hatinya dengan
apa yang terjadi di perkarangan pejabatnya tadi. Jika tidak dikira sabar, sudah
lama dibasuh gadis pilihan mamanya tadi.
Sebelum ini mamanya sudah berkali-kali memberitahu
tentang diri Aliyana. Namun dia tidak pernah nak ambil pusing. Baginya gadis
seperti Aliyana bukanlah gadis yang baik untuk dijadikan teman hidup.
Tambah-tambah lagi dia sendiri tahu bagaimana perangai Aliyana yang sebenarnya.
Namun bila teringatkan wajah Zara, dia tersenyum
sendiri dan ada rasa bersalah dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Hampir dua
jam dia bersama Zara di café, hatinya masih belum puas. Kalau boleh dia mahu
selama-lamanya dengan Zara. Mendengar setiap kata yang keluar dari bibir Zara,
memberi seribu ketenangan dalam dirinya. Lantas telefon bimbit dicapai lalu
nama Zara dicari sambil bibirnya tersenyum manis.
“Saya minta maaf fasal tadi.”
“That
ok.
Saya tak kisah pun. Saya faham.” Jawab Zara tenang sambil ketawa.
“Tapi awak dah salah faham. Antara saya dengan dia,
tak ada apa-apa hubungan.” Adib Mirza cuba mengubah pandangan Zara. Tidak mahu
Zara beranggapan bahawa dia dan Aliyana ada hubungan istimewa.
“Okey! Saya faham. Awak nak kata dia
bukan kekasih awak. Macam tu? Encik Adib Mirza, saya tak kisahlah kalau betul
dia kekasih awak pun. Lainlah kalau saya ni kekasih awak, barulah saya nak buat
perang dingin beku.” Jawab Zara lagi sambil ketawa.
“Awak percaya dia bukan kekasih saya?”
“Mm..tak tahulah! Dari apa yang saya tengok dan dengar
tadi, dia macam kekasih awak.” Balas Zara lalu ketawa kecil.
“Dia bukan kekasih saya!” Bentak Adib Mirza
perlahan. Risau jika Zara beranggapan Aliyana adalah kekasihnya.
“Okey-okey..!
saya percaya. Okeylah awak. Saya
sedang memandu ni. Lain kali kita sembang lagi. Saya tengah tunggu panggilan
dari seseorang ni.”
“Siapa?” Adib Mirza mula tak senang hati.
“Adalah..!” Balas Zara sambil ketawa kecil lalu
menamatkan talian.
Adib Mirza tersentak. Tak dapat dibayangkan siapa
yang dinantikan oleh gadis pujaannya itu. Hatinya sedikit tergugat. Hingga
tamat waktu kerja, satu kerja pun tidak dibuat kerana fikirannya kusut
memikirkan tentang Zara.
“KENAPA Adib buat macam
tu pada Lia. Kasihan dia!” Tegur Datin Basyariah ketika Adib Mirza melalui
kawasan laman. Melihat Adib Mirza seakan cuba melarikan diri, cepat-cepat dia
meletakkan bekas makanan ikan di tepi kolam. Lalu melangkah mendapatkan Adib
Mirza yang sedang membuka kasut untuk masuk ke dalam rumah.
“Mama pun yang pandai-pandai buat temujanji Dib
dengan dia, kenapa? Kenapa tak tanya Dib dulu?” Tanya Adib Mirza berang. Tak
faham bagaimana mahu dijelaskan pada Datin Basyariah yang dia tidak pernah
sukakan pada Aliyana.
“Dia kan bakal isteri Dib!” Tegas Dtin Basyariah
bersuara.
“Dib tak pernah beri kata putus untuk terima dia
sebagai teman hidup Dib. Mama yang buat rancangan dan mama yang buat keputusan.
Adil ke macam tu.?”
“Mama pilih dia sebab mama yakin dia mampu
bahagiakan Dib.” Datin Basyariah tegas dengan keputusannya.
“Macam mana nak bahagia kalau Dib tak pernah simpan
apa-apa perasaan pada dia.” Adib Mirza cuba menyangkal.
“Dib tak cuba lagi. Cuba Dib dekati dia. Kenal hati
budi dia.” Datin Basyariah cuba memujuk.
“Anak kawan mama tu tak payah nak cuba-cuba sebab
Dib kenal sangat dengan orang macam tu. Kalau betul dia mampu bahagiakan Dib,
kenapa senang-senang menengking Dib depan kawan Dib tadi? Bagus ke perempuan
macam tu?”
“Sepatutnya kawan Dib tu yang kena tengking. Bukan Dib.!”
“Kawan Dib tu tak salah apa-apa!” Tegas suara Adib
Mirza walaupun nadanya sudah mula menurun sedikit.
“Membela nampak! Ada apa-apa ke?” Tanya Datin
Basyariah sinis. Dari apa yang Aliyanan adukan tadi, dia yakin Adib Mirza
sedang dilamun cinta. Sebelum ini Adib Mirza tak pernah keluar dengan mana-mana
perempuan selain dirinya. Mendengar khabaran itu, hatinya mula tak senang.
“Buat masa ni memang tak ada. Tapi Dib dah merancang
nak jadikan dia isteri Dib. Dib sukakan dia.” Jelas Adib Mirza tenang. Membayangkan
wajah jelita Zara, di tersenyum sendiri.
“Mama tak izinkan!” Suara lantang Datin Basyariah
kedengaran hingga Adib Mirza sedikit terkejut. Hilang terus wajah Zara dari
lamunannya.
“Hidup Dib biar Dib yang tentukan. Selama ni Dib
ikut semua telunjuk mama sebab Dib fikir mama tak ada sesiapa kecuali Dib. Tapi
mama tak pernah kasihankan Dib. Jangan sampai Dib ambil keputusan macam yang
Qil buat.” Ugut Adib Mirza tegas. Harapannya agar Datin Basyariah faham
situasinya.
“Dib dah pandai mengajar mama sekarang. Baguslah
macam tu. Amalkan selalu. Dib kena ingat, selagi mama bernyawa, Dib kena patuh
pada arahan mama.” Tinggi semakin tinggi nada suara Datin Basyariah. Panas yang
dirasa keranan Adib Mirza semakin pandai memerintah. Makin panas bila Adib
Mirza berani menyebut nama Aqil Muaz di hadapannya sedangkan selama ini Adib
Mirza sendiri tahu bagaimana perasaannya pada Aqil Muaz.
“Dib dah dewasa mama. Dib bukan anak-anak lagi yang
mama boleh perintahkan macam dulu. Dib bukan Qil yang senang-senang boleh tunduk
diam dengar segala arahan mama.”
“Mama tak peduli. Dib kena kawin juga dengan Lia!”
Hatinya makin panas mendengar anaknya menyebut nama Aqil Muaz.
“Dib hanya akan kawin dengan Zara.”
“Siapa Zara? Oh! Jadi budak tu nama Zara? Dib dah
kenal hati budi dia? Entah-entah dia ada niat tak baik pada Dib.”
“Zara bukan perempuan macam tu. Dia seorang guru.
Ciri-ciri seorang perempuan yang layak untuk dikasihi sebagai isteri memang ada
pada Zara. Walaupun Dib baru kenal dia, Dib tahu dia mampu bahagiakan Dib.”
Pertahankan gadis kesayangan adalah perkara yang perlu dibuat untuk meyakinkan
Datin Basyariah. Untuk tidak mahu panjang berjela berdebat, Adib Mirza segera
melangkah naik ke bilik meninggalkan mamanya yang sedang tajam memandangnya.
Jika hal-hal lain dia boleh patuh pada arahan mamanya. Tapi soal hati dan
perasaan biarlah dia yang tentukan sendiri.
Datin Basyariah sudah hilang idea mahu terus
berdebat dengan anak tunggalnya. Selepas mendengar aduan dari Aliyana tadi, dia
mula membayangkan wajah Zara. Apakah gadis itu secantik Aliyana? Adakah Zara
itu datang dari keluarga terhormat? Seandainya benar apa yang difikirkan, dia
akan pertimbangkan kehendak Adib Mirza. Namun setelah mendengar dari mulut Adib
Mirza sendiri yang Zara seorang guru, hatinya bagai dibakar. Mengingat kembali
peristiwa tiga puluh tahun yang lalu, hatinya semakin membahang.
“AWAK ni
tiap kali malam minggu selalu tak balik, awak pergi mana?” Datin Basyariah mula
bersoal ketika Dato Azam Muiz melangkah masuk ke dalam rumah. Sejak tiga bulan lalu diperhatikan suaminya selalu
tidak pulang ke rumah pada setiap malam minggu.
“Selama ni awak tak pernah tanya pun. Kenapa
tiba-tiba nak ambil tahu?” Tanya Dato Azam Muiz hairan.
“Eh! Awak tukan suami saya. Saya berhak tahu semua
tu.”
“Dah enam tahun kita kawin, baru sekarang awak nak
mengaku yang saya ni suami awak?”
“Awak jangan nak naikkan darah saya. Pandai awak
pusing cerita. Saya tanya mana awak pergi tiap kali malam minggu. Awak ada
perempuan lain ye?”
“Kalau betul saya ada perempuan lain, ada awak
kisah?”
“Mestilah saya kisah. Saya nikan isteri awak.!”
“Isteri?” Dato Azam Muiz ketawa mengejek.
“Awak jagan ingat saya tak tahu apa yang awak buat
di belakang saya.!”
“Apa yang saya buat?” Keningnya terangkat pinta
jawapan dari Datin Basyariah.
“Awak jangan ingat saya akan izinkan awak berkahwin
lain. Sedar sikit, harta yang awak kaut selama ni pun datang dari hasil arwah
suami saya. Kalau saya tak kawin dengan awak, dah lama awak duduk merempat.!”
Tempik Datin Basyariah. Sakit hatinya mendengar suaminya berkata begitu.
“Itulah modal awak tiap kali bercakap. Saya tak
pernah lupa di mana tempat saya. Tapi satu yang awak kena tahu, arwah suami
awak tinggalkan harta pada awak setelah dia hampir-hampir muflis. Kalau tak
kerana saya yang bangkitkan semula syarikat dia, dah lama awak pun jadi macam
dia.” Balas Dato Azam Muiz berang.
“Awak sengaja
cari fasal dengan saya.”
“Siapa yang mulakan? Selama ni pun ada awak ambil
tahu fasal saya dan Adib? Awak sibuk berkempen sana sini. Orang lain yang
bertanding, kenapa awak yang beria-ria berkempen? Berapa bayaran yang awak
dapat? Duit awak habis, saya juga yang awak cari.”
“Awak jangan nak ungkit fasal duit saya dan aktiviti
saya dekat luar. Tak ada kena mengena dengan awak pun.”
“Memanglah tak ada kena mengena, tapi bila tak ada
duit pandai pula awak minta pada saya.”
“Jadi sekarang awak nak mengungkit?”
Dato Azam Muiz mengeluh berat sambil menggeleng.
“Sudahlah membebel. Saya penat. Kalau awak nak terus
bebel, tunggu saya lepas berehat. Lepas tu kalau awak nak cakap tak henti-henti
pun saya tak kisah.”
“Semalam awak ke mana?” Tanya Datin Basyariah kasar
ketika Dato Azam Muiz mahu melangkah naik ke bilik.
“Saya tidur dekat rumah saya. Awak tak ingat rumah
saya? Rumah yang awak pernah kata macam setinggan dulu tu. Saya rasa awak pun
patut tinggal sana supaya awak boleh belajar erti susah.” Ujar Dato Azam Muz
lalu segera meninggalkan isternya terkebil-kebil di situ.
“AWAK terus terang
dengan saya. Siapa perempuan tu?”
“Siapa yang awak maksudkan ni?”
“Awak jangan ingat saya buta. Saya tengok sendiri
awak berjalan berpimpin tangan dengan betina tu.” Herdik Datin Basyariah. Sakit
hatinya ketika keluar dari pejabat rakannya Datin Mona. Ikutkan hati mahu saja
dia pergi meenyerang dua manusia yang berada lima meter dari tempat dia
berdiri. Bila mengenangkan langkahnya itu bakal memalukan dirinya sendiri, dia
terpaksa lupakan niatnya itu.
“Jangan merepeklah! Awak ingat saya ni teruk sangat.
Awak sorang pun payah saya nak handle.
Inikan pulak nak pasang dua tiga.” Balas Dato Azam Muiz bersahaja.
Datin Basyariah terdiam dengan kata-kata Dato Azam
Muiz. Walaupun jawapan yang Dato Azam Muiz berikan tadi sedikit melegakan, dia
masih belum puas hati. Dalam hati dia nekad untuk mencari jawapan sebenar. Dia
yakin dua mnusia yang berada di depannya tadi adalah suaminya dan seorang
wanita yang tidak dikenalinya.
TIGA
hari penyiasat upahannya mencari jawapan pada permasalahannya, akhirnya semua
terjawab. Dan wanita kacukan melayu cina yang bernama Sofea Lee itu ditemui
ketika wanita itu sedang keluar dari perkarangan sebuah sekolah rendah.
“Awak Sofea Lee?”
“Ye saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Puan
ada anak yang bersekolah di sini ke?” Tanya Sofea Lee lembut.
Datin Basyariah hanya memandang sinis wajah Sofea
Lee. Rasa meluat dengan kelembutan yang ada dalam diri Sofea Lee. Selepas
mendapat tahu yang suaminya ada menyimpan perempuan lain, hatinya menjadi
panas. Paling buat dia panas bila mendapat tahu perempuan itu seorang guru yang
sepatutnya mempunyai nilai-nilai yang
baik pekerti.
“Memang ada. Aku nak kau tolong jauhkan dari dari
suami aku. Kau kenal Dato Azam Muiz? Dia suami aku. Orang macam kau ni aku dah
kenal sangat. Pandang suami orang untuk kepentingan sendiri saja. Dah tak ada
lelaki lain yang kau nak kepit? Laki aku juga yang kau pandang. Kenapa? Sebab
laki aku banyak duit? Kau harus tahu, duit dia duit aku. Harta yang dia ada
sekarang ni semua dari aku. Dia hanya menumpang senang.”
Datin Basyariah tersenyum sinis melihat Sofea Lee
diam menikus. Dalam hati dia rasa puas hati kerana sudah berjaya menghalau
pengganggu rumahtangganya sedangkan hakikat sebenar dia masih tidak tahu.
Sejak pertemuan itu, hatinya sedikit lega melihat
Dato Azam Muiz sudah mula lekat di rumah. Hanya sekali sekala sahaja suaminya
keluar daerah kerana urusan kerja. Namun beberapa tahun kemudian, dia
dikejutkan dengan berita kemalangan Dato Azam Muiz dengan Sofea Lee. Hatinya sedih bercampur marah bila sedar,
suaminya masih berhubung dengan Sofea Lee. Seminggu selepas kejadian,
jantungnya bagai direntap hebat bila peguam yang dilantik oleh Dato Azam Muiz
datang ke rumah bersama seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun. Bila
dikhabarkan kanak-kanak itu adalah anak kepada Dato Azam Muiz dan Sofea Lee, dia
bagai kerasukan kerana tidak dapat terima kenyataan yang selama ini dia dan
Sofea Lee bermadu. Tidak disangka selama ini dia ditipu bulat-bulat oleh Dato
Azam Muiz.
Kerana amanah dan wasiat yang ditinggalkan oleh Dato
Azam Muiz padanya, Datin Basyariah terpaksa terima Aqil Muaz tinggal di rumah
itu. Jika tidak, separuh harta yang Dato Azam Muiz tinggalkan akan menjadi
milik rumah anak yatim pilihan Dato Azam Muiz di mana Aqil Muaz akan berada di
rumah anak yatim itu. Dan separuh lagi diletakkan atas nama Adib Mirza.
Manakala Datin Basyariah hanya menjadi
pemilik kekal rumah yang dia tinggal sekarang. Ini bermakna semua harta
peninggalannya akan menjadi milik Aqil Muaz dan anak lelakinya Adib Mirza.
Sejak itu hidupnya semakin tertekan. Setiap hari
hatinya panas jika terpandangkan wajah Aqil Muaz di hadapannya. Dan setiap kali
suara Aqil Muaz kedengaran, dia akan menjerit agar kanak-kanak itu diam. Jika
Aqil Muaz berdegil, habuan darinya pasti kanak-kanak itu terima.
Bukan dia tidak rasa simpati pada Aqil Muaz. Bila
mengenangkan apa yang dilakukan oleh Dato Azam Muiz dan Sofea Lee, dia bagai
hilang ingatan. Dan pada Aqil Muaz tempat dia melepas geram.
Selepas Aqil Muaz dapat melanjutkan pelajaran dalam
bidang perguruan, hatinya sedikit senang kerana tidak perlu lagi memandang anak
itu di dalam rumahnya. Namun selepas beberapa tahun, anak suaminya itu kembali
semula ke rumahnya. Hidupnya kembali tertekan. Tapi kini dia sudah boleh
bernafas kerana Aqil Muaz dikhabarkan sudah memiliki rumah sendiri. Sejak awal
lagi dia sukar terima anak itu, dan selama-lamanya jugalah dia tak akan terima
Aqil Muaz sebagai anaknya.
No comments:
Post a Comment