PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 26 Kata Hati Tak Terkata

BAB 26
ZARA menopang dagu sambil jari telunjuk tangan kanannnya melakar-lakar sesuatu atas meja makan. Selepas sarapan pagi dia tidak tahu nak buat apa lantas menghabiskan masanya dengan termenung.

“Elok sangatlah anak dara perangai macam tu. Dari buang masa termenung, baik tolong mak sidai kain.” Bebel Puan Azizah. Sudah tiga hari Zara pulang ke kampung kerana cuti sekolah semester pertama. Sejak hari pertama hinggalah hari ini anaknya itu banyak termenung.

Zara tersengeh malu lantas menoleh kearah Puan Azizah yang sedang berdiri di belakangnya.

“Mak letak je raga kain tu dekat situ. Nanti Zara buat. Ayah mana mak?” Tanya Zara malas.

“Ada dekat depan laman tu. Tengah belek mesin rumput. Kejap lagi nak ke kebun.” Jawab Puan Azizah sambil memerhatikan gelagat Zara yang seperti kematian suami. Simpati dengan nasib anak gadisnya yang baru putus tunang untuk kali kedua. “Zara ni kenapa? Sejak balik mak tengok asyik termenung je! Zara masih ingatkan dia lagi ke?” Tanya Puan Azizah sambil menarik kerusi meja makan lalu duduk bersebelahan dengan Zara.

Ish, mak ni..! ke situ pulak. Bukan sebab tu..!” Jawab Zara sambil memuncungkan mulutnya.

“Habis, sebab apa?”

Zara sudah mula berat mulut mahu bersuara. Sejak dapat mesej dari Adib Mirza seminggu lalu hatinya jadi tak senang.

“Zara rimas dengan gangguan orang tak malu ni.”

“Siapa?”

Zara tarik nafas dalam dan deras saja dilepaskan.

“Abang kepada Aqil Muaz. Adib Mirza.”

“Adib Mirza? Siapa tu?” Berkerut wajah Puan Azizah bertanya. Sebelum ini tidak pernah pula dia mendengar nama itu di tubir mulut anaknya.

“Dialah penyebab Aqil putuskan pertunangan kami.” Lemah Zara menjawab.

“Penyebab? Apa sebenarnya ni? Cuba Zara terang satu persatu pada mak. Pening kepala mak.!”

“Aqil dapat tahu abang dia ada hati dekat Zara. Tapi abang dia tak tahu kami dah bertunang. Aqil jadi serba salah. Jadi Aqil terpaksa lepaskan Zara pada abang dia sebab nak balas budi abang dia yang banyak berjasa pada dia sejak dia kecil. Zara tak mahu, mak! Zara sayangkan Aqil. Zara tak pernah ada hati pada Adib.”

“Oh..macam tu kisahnya..! Tapi kenapa sampai macam tu sekali? Tak ada cara lain ke nak balas budi?”

“Tak tahulah mak. Yang Zara terkilan sangat tu, kenapa dia pengecut sangat nak berterus terang pada abang dia? Zara pula yang kena jadi mangsa.!”

“Aqil tukan baik orangnya. Sanggup korbankan orang yang dia sayang semata-mata mahu bahagiakan orang yang dia sayang.”

“Baik apa macam tu? Zara yang teruk!” Rungut Zara geram.

“Mak yakin dia turut rasa apa yang Zara rasa. Mungkin dia yakin Zara akan bahagia dengan Adib. Sebab tu dia yakin lepaskan Zara pada orang lain.” Ujar Puan Azizah sayu. “Apa pendapat Zara tentang Adib? Zara kenal dia?”

“Zara kenal. Dia memang lelaki yang baik. Kerja bagus. Berharta. Anak orang berpangkat. Cuma satu saja yang Zara tak berkenan.”

Puan Azizah menanti bait kata seterusnya dari mulut Zara.

“Mak dia tu datin. Tapi sombong.! Beria-ria datang serang Zara dengan bakal menantu dia, konon-kononnya Zara goda anak dia. Sedangkan anak dia yang terhegeh-hegeh dekat Zara!”

“Zara suka dia?” Tanya Puan Azizah selepas tawanya reda setelah mendengar cerita Zara.

“Ish..tak ingin Zara! Zara anggap dia kawan je. Kalau Zara tahu nak jadi macam ni, awal-awal lagi Zara ajak Qil kawin masa bertunang hari tu.”

Sekali lagi Puan Azizah ketawa. Lucu melihat muka anak tunggalnya yang cemerut.

“Kalau Zara tak mahu, cakap sajalah tak mahu. Apa  yang susah sangat?”

“Zara dah cakap dekat dia. Tapi orang jenis tak tau malu tu bukan reti bahasa. Nak tunggu Zara cakap bahasa arab versi jerman baru dia nak faham kot!" UjarZara dengan nada geram.

Puan Azizah terkekeh-kekeh ketawa melihat telatah Zara. 

"Terus terang saja yang Zara dah bertunang dengan Qil."

"Zara tak sampai hati pulak sebab Zara dah janji dengan Qil, tak mahu cakap hal ni dekat Adib."

"Hurmm..susahlah macam tu!"

"Masalahnya sekarang Adib nak datang sini hantar wakil meminang. Zara tak mahu!”

“Hm..meminang..bukan dia nak bawak lari pun..!”

“Mak cakap senanglah. Bukan dia datang pinang mak!”

“Kalau dia datang pinang mak, dia tahulah nasib dia. Kali ni baru kepala ayah kamu tumbuh tanduk!”

Zara ketawa besar. Hilang sejenak kerisauan yang menyesak minda dan benaknya.

“Tak payah risau! Nanti mak bincang dengan ayah. Tahulah apa ayah nak buat.”

“Buat apa mak? Mak jangan buat benda yang bukan-bukan! Malu Zara nanti.”

“Alah..! kacang je tu..!” Ujar Puan Azizah lalu bangun dan keluar ke laman. Niat asal mahu menyapu sampah kerana daun kering yang gugur sudah memenuhi laman. Tapi dek kerana ada hal yang lebih penting dan harus diselesaikan, niat asal itu harus dilupakan dulu. Bila terpandangkan suaminya yang sibuk membetulkan mata pisau mesin rumput, dia tersenyum-senyum.


ADIB MIRZA cuba mengecam jalan seperti yang telah diberitahu oleh Aqil Muaz. Pada mulanya dia beria-ria mahu mengajak Aqil Muaz menemaninya. Tapi Aqil Muaz beralasan ada kelas tuisyen yang perlu dilakukan pada anak-anak muridnya yang bakal menduduki peperiksaan tingkatan tiga. Akhirnya ia terpaksa akur dan nekad mahu pergi sendiri berjumpa dengan keluarga Zara.

Bukan niatnya mahu membelakangkan mamanya Datin Basyariah. Cuma kalau boleh biarlah dia kenal-kenal dulu dengan keluarga Zara kerana tahu sikap ibunya yang mementingkan status.

Assalamualaikum!” Laung Adib Mirza dari luar. Dia yakin di hadapannya sekarang adalah rumah keluarga Zara kerana kereta waja milik Zara elok tersadai di bawah rumah.

“Waalaikummussalam..! ye? Cari siapa?” Tanya Puan Azizah hairan. Melihat penampilan pemuda yang bertubuh sasa dan tinggi di hadapannya, buat dia tidak berkelip memandang.

“Betulkan ini rumah Cikgu Zara?”

“Ha..betul-betul! Zara ada dekat dapur tengah memasak. Jemputlah naik.!”

“Saya Adib. Adib Mirza.” Kata Adib Mirza memperkenalkan dirinya sambil hulurkan tangan bersalam dengan Puan Azizah.

Puan Azizah tersentak. Baru tahu inilah wajah pemuda yang tergila-gilakan anak gadisnya. Bergegas dia ke dapur memanggil Zara agar menemui tetamu yang baru datang.

“Ya Allah Zara..! hensemnya orang yang gila dekat kamu tu! Dah tak ada ratu cantik lain ke yang dia nak buat bini? Kenapa kamu juga yang dia dia pandang?” Kalut Puan Azizah bertanya setelah kakinya menjejak ke lantai dapur.

“Mak cakap apa ni?” Zara hairan melihat kekalutan Puan Azizah. Tangannya yang sedang memegang sudip untuk mengangkat ikan yang siap digoreng hampir terlepas kerana terkejut dengan sergahan tiba-tiba Puan Azizah.

“Tu! Dekat depan tu. Anak raja mana yang datang, entah! Hensem gilerr..!”

“Siapa?”

“Orang yang kamu tak nak tu lah..!”

“Adib?” Tanya Zara tergamam.

Puan Azizah laju mengangguk.

“Dah-dah! Kamu pergi ke depan. Biar mak yang siapkan air.”

“Tak naklah Zara.! Mak ajelah yang pergilah layan dia. Zara tengok, mak yang galak sangat dekat dia!”

Alah! Pergi jelah. Kalau mak layan, nanti tumbuh tanduk betul-betul ayah kamu tu, baru tahu! Pergilah! kejap lagi ayah balik dari kebun, biar ayah pulak yang cakap dengan dia."

“Mak dah cakap dekat ayah fasal ni?”

“Sebelum ayah ke kebun tadi mak dah cerita. Tapi ayah diam je.”

Zara mengeluh. Kebisuan tanpa jawapan itulah yang buat dia rasa tak senang.


ADIB MIRZA tersenyum lebar melihat Zara melangkah ke arahnya. Berada dalam rumah kampung hatinya jadi tenang walaupun pada mulanya kedatangannya tadi diiringi dengan rasa debar yang menggoncang jiwa.

“Awak sihat?” Lembut Zara bertanya.

“Alhamdulillah! Awak?”

“Saya sihat.”

Bestkan duduk dekat kampung ni. Tenang je.”

“Nanti saya bawak awak jalan-jalan keliling kampung. Tu pun kalau awak sudi.” Zara cuba menceriakan suasana sedangkan hatinya bagai nak runtuh melihat Adib Mirza segak berada di hadapannya. Namun entah kenapa hatinya tidak langsung terpikat pada lelaki itu.

“Seribu kali sudi.”

Zara tersenyum mesra.

“Zara! Kedatangan saya ke sini..”

“Awak! Saya rasa ada baiknya awak rehat dulu. Saya tahu awak penat memandu dari selatan ke utara. Hal tu, kita biarkan dulu.” Serius Zara pantas memotong kata-kata Adib Mirza sambil merenung tepat ke mata Adib Mirza.

Adib Mirza mengangguk tanda setuju. Mungkin ada benarnya apa yang Zara katakan. Memandangkan dia memerlukan rehat kerana badannya memang terasa penat.

“Ha..jemput minum dulu Adib. Sementara nak makan tengahari, apa kata pekena dulu teh tarik makcik ni. Pulut serunding pun ada. Zara yang buat pagi tadi.” Sergah Puan Azizah ramah sambil berjalan mendekati Zara dan Adib Mirza. Tersenyum-senyum dia dari jauh tadi melihat Zara ramah melayan tetamu.  Entah kenapa dia begitu berkenan dengan watak Adib Mirza. Melihat wajah pemuda itu dia bagai tidak percaya yang Adib Mirza adalah abang kepada Aqil Muaz.

“Terima kasih makcik. Buat susah-susah je. Kebetulan saya memang tak makan lagi ni. Memang langkah kanan sungguh saya ke sini.!”

Puan Azizah tersenyum senang mendengar pertuturan Adib Mirza.

"Berbuallah dulu ek. Makcik ada kerja sikit dekat dapur.” Ulas Puan Azizah lagi lalu bangun dan melangkah pergi.

“Awak memang dari rumah ke?” Zara bertanya sekadar berbahasa basi. Melihat Adib Mirza makan dia pula terasa lapar. Lantas kuih yang berasaskan pulut itu diambil. Perlahan-lahan dimasukkan ke dalam mulut lalu mengunyah perlahan.

“Sebenarnya saya ada projek dekat Tanjung Malim. Petang semalam sampai. Pagi tadi saya sibuk dekat side. Ni baru ada peluang datang sini.”

“Pandai awak cari ek?”

“Bolehlah! Kebetulan saya ramai kawan dekat erea Perak ni. Tanya je. Kalau malu bertanya, sesatlah saya. Silap-silap dah sampai Siam.” Adib Mirza tersengeh-sengeh hingga menerbitkan riaksi lucu dalam diri Zara.

“Really?” Zara bagai tidak percaya. Mengekek dia ketawa mendengar celoteh Adib Mirza.

Adib Mirza tersenyum sambil mengangguk.

“Hm..kalau macam tu awak pergi mandi dulu. Lepas tu rehat. Kejap lagi kita makan tengahari sama-sama. Ayah saya pun dah nak balik ni.”

Adib Mirza tersenyum riang melihat keramahan Zara berbual. Seperti tidak percaya Zara akan melayannya baik begitu. Selama ini dia agak terkilan kerana Zara langsung tidak mahu melayannya selepas dia meluahkan perasaannya pada Zara. Tapi selepas melihat layanan Zara tadi, dia seperti mendapat keyakinan baru bahawa Zara pasti menjadi miliknya.

Okey! Saya turun ambil beg baju saya kejap dalam kereta.” Kata Adib Mirza lalu mahu melangkah turun mendapatkan beg pakaiannya di dalam kereta.

Zara hanya mengangguk sambil melihat susuk tubuh lelaki itu hilang dari pandangan. Dengan rasa berat hati, kakinya diayun melangkah ke sebuah bilik tidur kosong yang biasanya digunakan untuk bilik solat. Ligat tangannya mengeluarkan beberapa biji toto dan bantal dari almari besar. Mendengar namanya dilaung dari luar, cepat-cepat dia keluar.

“Awak rehatlah dalam bilik ni. Jangan risau. Tak akan ada yang mengganggu. Rumah saya ni memang sunyi. Almaklumlah..saya bukan ada adik beradik lain. Tapi sebelum awak rehat, mandi dulu tau! Busuklah!” Usik Zara sambil mengibas-ngibaskan tangan ke hidungnya.

Tersenyum malu Adib Mirza lantas baju ditubuhnya dihidu.

“Mana ada busuk. Wangi lagi ni!”

Zara ketawa lucu melihat telatah Adib Mirza.

“Jom saya tunjuk bilik air. Tapi minta maaflah. Rumah saya ni tak ada pemanas air. Tahan jelah kalau kena mandi air sejuk.” Ujar Zara lalu ketawa kecil.

Adib Mirza tersenyum-senyum sambil mengangguk. Faham dengan apa yang Zara sampaikan.

“Makcik masak apa tu?” Tegur Adib Mirza ketika melalui kawasan dapur untuk menuju ke bilik air.

“Kari daging. Adib makan tak daging?”

“Saya ni semua masuk makcik. Tolak kayu dengan batu je.” Balas Adib Mirza ramah lantas terus menuju ke bilik air yang dimaksudkan oleh Zara tadi.

“Kalau tak tahan sejuk, awak jerit jelah.”

“Kenapa? Awak nak tolong panaskan?”

“Gatal!” Gerutu Zara sambil menjeling geram. Melihat Adib Mirza galak ketawa, dengan tidak sengaja pinggang Adib Mirza dicubit sekuat hati. Setelah menyedari ketelanjurannya, cepat-cepat dia berdar dari situ. Malu beb..!

Adib Mirza mengetap bibir menahan senyum melihat Zara yang merona sebelum gadis itu pergi. Hatinya berlagu riang melihat Zara malu-malu dengannya. Hatinya kuat berkata, hati Zara akan ditawan. Namun dia terima andai Zara menolak walaupun hatinya terluka.


SELESAI menjamu selera, masing-masing melangkah ke ruang tamu. Zara pula kalut mengemas dapur dan meja makan. Sebentar lagi perbincangan akan berlansung. Zara yang sejak tadi hilang selera makan sudah tidak tentu arah mahu bernafas. Semasa makan tadi pun dia tidak tertelan nasi ditekaknya. Keramahan Adib Mirza melayan ayahnya berbual dikuatiri akan menjerat perasaan Encik Tahir sekali gus ayahnya akan jatuh sayang pada lelaki itu.

Langkah diayun penuh sopan sambil berhati-hati membawa kopi untuk Encik Tahir dan Adib Mirza. Sudah menjadi kebiasaan pada ayahnya jika selesai makan. Kopi panas harus dihidangkan.

“Awak tak kisahkan minum kopi lepas makan?” Tanya Zara ketika sampai di depan Adib Mirza. Ketika melangkah ke situ tadi, perbualan masih berkisahkan cerita-cerita kosong.

“That okey. Saya tak kisah.” Balas Adib Mirza perlahan sambil tersenyum. Matanya tak lepas memandang raut wajah Zara yang sudah mula melabuhkan punggung di sisi Puan Azizah.

“Pakcik tahu tujuan dan niat kamu datang sini. Pakcik tak kisah siapa pilihan Zara. Selama ni pun kalau ada yang bertanyakan tentang anak dara pakcik ni, kami sebagai orang tua akan tanya dulu pada tuan punya badan.” Encik Tahir sudah mula membuka bicara. Tenang dan bersahaja. Sementara Adib Mirza terus saja membetulkan duduknya agar selesa.

Adib Mirza mengangguk faham tanpa membalas kata-kata Encik Tahir. Sementara Zara yang duduk selesa di sebelah Puan Azizah, hanya tunduk membisu mendengar hujah ayahnya.

“Pakcik tahu niat kamu tu baik. Tapi pakcik harap kamu janganlah berkecil hati kalau Zara menolak. Keputusan semua di tangan dia. Kami hanya menurut saja. Faham-faham sajalah. Zara ni saja harta kami yang ada. Bahagia dia, bahagialah kami. Kecewa dia, terlukalah kami.”

“Saya ikhlas pakcik. Niat saya memang nak kan Zara jadi suri saya.”

Encik Tahir terangguk-angguk tanda faham. Dalam hati sempat memuji keberanian Adib Mirza datang bersendirian berjumpa dengannaya.

“Masuk kamu dah lima puluh orang tanya tentang Zara.”

Zara melopong. Dia sendiri tidak tahu siapa yang Encik tahir maksudkan. Setahu dia hanya empat saja. Mana datang pulak lagi empat puluh enam? Melihat Adib Mirza turut tersentak, dia mengetap bibir menahan senyum. Mungkin ini tektik ayahnya.

“Yang datang semua cakap macam yang kamu cakap tadi. Ikhlas, jujur, sanggup bersusah payah untuk bahagiakan anak pakcik. Tapi cuma dua saja yang Zara terima. Itupun tak juga kekal hingga ke jinjang pelamin. Kamu tahu Zara pernah bertunang dua kali?”

Adib Mirza lemah menggeleng kepala.

“Setahu saya cuma sekali.” Ujar Adib Mirza sambil merenung ke wajah Zara yang berlagak tenang.

“Dua kali. Kali pertama dengan orang dekat. Orang sekampung. Kali kedua dengan orang jauh sangat! Baru berapa minggu lepas keluarga lelaki tu datang minta putus. Sebab apa? Itu pakcik sendiri tak tahu. Kalau kamu nak tahu kamu tanya sendiri dekat Zara.”

“Maknanya selama ni awak tunangan orang? Sebab tu awak jauhkan diri dari saya? Masyaallah..! Kenapa awak tak terus terang pada saya? Demi Allah saya tak akan ganggu awak kalau saya tahu awak tunangan orang. Sebab saya ke awak putus?” Sayu Adib Mirza meluah rasa dan bertanya di hadapan Zara, Encik Tahir dan Puan Azizah. Kesal sungguh dirasa ketika itu.

Zara tidak terus menjawab tapi sekadar menunduk diam. Serba salah dia mahu menyatakan hal yang sebenar di hadapan Adib Mirza. Mengingatkan kata-kata dan harapan Aqil Muaz agar merahsiakan tentang mereka, Zara semakin rasa tertekan. Namun jika difikir balik, kalau tak berterus terang, dia balik yang terpaksa menjerut rasa.


“SAYA minta maaf kalau saya dah mengganggu awak.” Kata Adib Mirza perlahan sambil menunduk. Sesekali wajah Zara yang berada di sebelahnya dikerling pandang.

“Awak tak salah.” Balas Zara lemah sambil menguis-nguis tanah dengan hujung kakinya.

Selepas berbincang dengan Encik Tahir dan Puan Azizah tadi, mereka disuruh berbincang elok-elok sebelum membuat keputusan. Encik Tahir dan Puan Azizah tahu apa yang bermain dalam fikiran anak mereka. Jadi apa yang menjadi pilihan Zara, mereka turutkan saja.

“Tapi saya tetap salah sebab menjadi punca awak putus dengan tunang awak.” Bentak Adib Mirza lembut. Lemah segala sendi, luluh hatinya, berkecai impiannya bila dapat tahu apa yang terjadi. Paling buat dia rasa bersalah, dia adalah punca perpisahan itu terjadi.

“Adib! Saya serba salah nak cakap sebenarnya. Tapi kalau saya tak cakap, saya takut saya akan menyesal seumur hidup saya.” Ujar Zara gelisah.

“Saya sudi mendengar.” Jawab Adib Mirza tenang.

“Awak jangan terkejut. Memang saya dah bertunang tiga bulan yang lalu. Sepatutnya kami nikah cuti sekolah ni. Dan majlisnya kami rancang nak buat cuti semester ke dua nanti.”

“Tapi kenapa awak tak terus terang?”

“Saya tak mahu heboh-heboh. Takut tak jadi.”

“Tunang awak tahu fasal saya? Sebab tu dia marah dan putuskan dengan awak?”

Zara menggeleng lemah. “Bukan sebab tu!” Zara berdesit perlahan. Berat mulutnya mahu berterus terang. "Sebenarnya dia nak saya pilih awak jadi pengganti dia. Dia kata awak mampu bahagiakan saya. Dia kata awak baik.”

Terangkat kening Adib Mirza mendengar penjelasan Zara. Hairan! Mengapa tunang Zara mahu memberi peluang padanya? Apakah dia kenal lelaki itu?

“Siapa dia?”

“Awak ingat tak lelaki yang saya pendamkan perasaan saya selama ni.? Alhamdulillah dia terima saya. Saya gembira lalu setuju dengan pendapat dia untuk bertunang. Ikutkan dia, memang dia nak kawin terus. Tapi saya menolak sebab takut tak sempat memandangkan cuti sekolah bakal berakhir masa tu.”

“Dia kenal saya?”

Zara mengeluh berat dan kemudian mengangguk perlahan.

“Awak cerita hal saya pada dia?” Tanya Adib Mirza terkejut.

Zara menggeleng kepala.

“Dia memang kenal awak. Kenal sangat-sangat sampai saya sendiri pun timbul rasa cemburu pada awak sebab dia lebih sayangkan awak. Bagi saya dia terlalu baik tapi baiknya tu tak bertempat hingga sanggup korbankan cintanya demi awak.”

Tajam renungan Adib Mirza ke wajah Zara. Dalam hati dan fikirannya masih mencari gerangan empunya diri yang Zara maksudkan. Terlintas juga di fikiran wajah seseorang. Namun dia tidak mahu terus bersyakwasangka.

“Boleh saya tahu siapa?”

Zara bangun dari tempat duduknya lalu berjalan sedikit kehadapan membelakangkan Adib Mirza. Pandangannya dilontarkan ke hadapan memandang sekumpulan kambing sedang menjamah pucuk pokok mempelam yang daunnya berjuntai ke tanah. Zara tarik nafas dalam lalu melepaskan perlahan-lahan. Lama dia berdiam sambil memikirkan jawapan yang harus diudarakan pada Adib Mirza.

“Saya dah janji dengan dia yang saya takkan bocorkan rahsia ni. Saya sayangkan dia. Saya hormatkan dia. Walaupun saya marah dan terkilan atas apa yang dia buat pada saya, saya masih cintakan dia. Bagi saya dia lelaki pengecut. Takut mengakui kebenaran. Saya tahu dia hormat dan sayang pada awak. Tapi tak sepatutnya dia buat macam ni pada saya dan keluarga saya.”

Zara berpaling memandang wajah sayu Adib Mirza.

“Saya minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintan awak sekali gus harapan dia untuk saya terima awak. Saya terlalu sayangkan dia. Saya tak mahu nanti, andai saya terima awak, hati saya masih pada dia. Saya tahu awak baik dan niat awak ikhlas. Tapi izinkan saya terus menyintai dia.”

Adib Mirza terangguk-angguk tanda faham dan terima segala permintaan Zara. Bibirnya terukir senyuman manis. Walaupun hatinya bagai dihiris pisau tajam, akan dia cuba rawat hingga lukanya sembuh.

“Kita masih boleh berkawankan?”

“Yupp! Sudah semestinya. Tapi saya takut nak kawan dengan awak. Takut kena serang lagi dengan Datin dan Cik Aliyana awak tu!” Ujar Zara sambil menjeling manja.

Adib Mirza tergelak besar.

“Samseng jalanan awak tak takut, tapi dengan mereka awak takut pulak. Hairan!” Sindir Adib Mirza lalu meneruskan tawa besarnya. Lucu sedikit melihat telatah Zara.

“Samseng jalanan tu saya tak takut sebab saya tak hormatkan dia. Tapi dengan mama awak saya kenalah hormat sebab dia orang tua.”

“Saya minta maaf atas apa yang mama saya buat pada awak. Tapi apa yang awak dah cakap pada mama saya sampai dia berubah fikiran agar saya teruskan niat saya menyuting awak?”

Zara terangkat kening terkejut.

“Really? Mama awak terima saya?” Tanya Zara terkejut. Tergelak dalam hati bila ingat balik apa yang berlaku di hadapan rumahnya.

Adib Mirza tersenyum sambil mengangguk.

Zara merenung wajah bersih Adib Mirza. Ada ketenangan dan kelainan rasa dalam perasaannya. Renungannya dibalas penuh asyik hingga Zara tertunduk malu. Baru tersedar Adib Mirza lebih kacak dari Aqil Muaz. Cepat-cepat dihalau perasaannya itu kerana kini Aqil Muaz tetap di hatinya.

“Boleh saya tahu apa kekurangan saya?” Tiba-tiba Adib Mirza bertanya setelah soalannya tadi Zara menjawab dengan riaksi yang memukau jiwa. Hatinya berbunga seketika bila membals tenungan dengan gadis yang sedang berada di hadapannya.

“Awak tak ada apa-apa kekurangan, Adib. Awak terlalu sempurna hingga saya rasa saya tak layak untuk awak. Awak ada rupa yang kacak. Mungkin orang akan  kata saya rabun jauh atau rabun dekat sebab tak pandang kearah tu. Awak ada kerjaya dan harta yang saya rasa sampai tujuh keturunan pun takkan habis harta awak tu. Mungkin orang akan kata juga saya ni mati akal sebab tak pernah nak fikirkan untuk mengaut harta awak. Dalam erti kata yang lain awak lelaki yang paling sempurna pernah saya jumpa. Tapi saya tak tahu kenapa saya buta mata dan hati untuk pandang awak. Emak saya harap saya terima awak. Dari cakap ayah tadi pun saya yakin dia nak saya pilih awak. Tapi hati saya menidakkan impian orang tua saya tu. Saya rasa bersalah kerana tak dapat tunaikan permintaan orang tua saya. Tapi andainya saya terima awak, bolehkah hati saya bahagia. Ya! Saya tahu awak akan berusaha bahagiakan saya. Tapi sampai bila awak akan berusaha? Tak ada jaminan. Saya takut sampai masa awak akan bosan dengan saya dan akan tinggalkan saya. Awak ada segala-galanya. Dah tentu ramai yang memandang. Tengok cara Cik Aliyana awak tu, sudahlah. Makan hati saya tau!” Luah Zara sayu.

Adib Mirza tersenyum nipis. “Kalau saya ada segala-galanya, kenapa awak tak cuba pandang saya?”

“Sebab saya tak layak, awak.! Kehidupan kita berbeza. Saya orang kampung. Awak dari bandar. Jauh sangat beza kehidupan kita.”

“Tapi kita boleh cubakan?”

“Cuba? Ada pulak istilah cuba-cuba dalam perkahwinan? Awak jangan buat lawak! Kalau percubaan gagal, awak nak tinggalkan saya? Macam tu?”

“Maksud saya kita boleh cuba dulu kenal hati budi masing-masing sebelum melangkah jauh.” Gugup Adib Mirza menjawab setelah tersedar akan kesilapan dalam susun atur ayatnya.

“Bila hati saya dah mula suka dan sayangkan awak, tiba-tiba awak bosan dengan saya. Saya macam saya?”

“Tak mungkin terjadi.”

“Itu kata awak sekarang. Masa akan datang? Ada jaminan?” Tanya Zara sinis sambil tersenyum.

Adib Mirza terdiam. Kaku lidahnya tak tahu menjawab. Wajah Zara ditenung dalam. Sedikit kecewa kerana Zara tidak mempercayai kejujuran dan keikhlasannya.

“Saya rasa baik kita kawan biasa saja. Saya senang macam ni.”
“Tapi awak kembali sendiri sekarang ni. Tak salahkan kalau saya mencuba nasib.” Adib Mirza masih belum mengalah.

Zara tersenyum lucu. Kagum dengan Adib Mirza kerana masih bersungguh-sungguh mencuba nasib.

“Okey! Saya terima.” Ujar Zara sambil tersenyum selepas hampir setengah minit berfikir.

“Apa yang okey? Terima saya?” Tanya Adib Mirza pinta kepastian. Bibirnya sudah mula mahu mengukir senyuman lebar.

“Maksud saya, saya terima alasan awak untuk mencuba nasib. Awak tahukan saya masih sayangkan dia dan masih harapkan dia.”

Adib Mirza sudah mula mencipta senyuman lebar di bibirnya.
“Saya faham dan saya akan cuba berusaha sampai awak jatuh ketangan saya.”

“We will see! Satu kesilapan, padah akibatnya.” Tegas Zara berpesan walaupun senyuman di bibir jelas terukir manis.

Zara dan Adib Mirza melangkah lambat beriringan bersama naik ke atas rumah semula. Walaupun masih ada keputusan yang tergantung, itu sudah cukup buat hati masing-masing menarik nafas lega. Keputusan Zara untuk memberi Adib Mirza peluang terpaksa dibuat demi menjaga hati orang tuanya dan hati Adib Mirza. 

“Saya nak tanya awak. Apa perasaan awak pada adik saya. Maksud saya sepanjang awak kenal dia, apa pendapat dan pandangan awak tentang dia?” Selepas pertemuan lalu dia dapat rasa ada sesuatu antara Aqil Muaz dan Zara.

Zara terkesima. Wajah Adib Mirza dipandang tajam. Namun perlahan-lahan dia tersenyum lebar sebelum menjawab.

No comments: