PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 21 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 21

“CUBA tokwan teka. Antara ikan keli jantan dengan ikan keli betina, siapa yang lebih menarik?” Tanya Amil Zaquan sambil asyik melihat Pak Jamil menyiang ikan keli yang baru disauk dari kolam ikan.

Semalam sebelum tidur, Amil Zaquan meminta agar dibuat lagi ikan keli bakar seperti semalam. Permintaan itu pantas saja dipersetujui oleh Mak Biah. Awal-awal pagi tadi, Pak Jamil sudah ke belakang rumah menyauk sepuluh ekor ikan keli yang dipeliharanya. Dipilih ikan yang besar-besar agar cucunya puas makan. Melihat anak kecil itu makan semalam, benar-benar mengingatkan mereka pada arwah Fir Luqman.

Nirmala dan Mak Biah yang sibuk menyediakan bahan untuk masak makan tengahari tersentak lalu ketawa lucu mendengar soalan lucu Amil Zaquan. Melihat wajah Pak Jamil yang berkerut-kerut berfikir, makin menggamatkan suasana.

“Ikan keli betina lah..! Bila berenang, terlentok-lentok manja. Muka pun comel je!” Sampuk Mak teruja lalu menjengukkan kepala keluar pintu dapur.

Ish! Mana betul macam tu.! Ikan keli jantanlah yang menarik..! cuba tengok misai dia, panjang macam misai tokwan. Badan dia besar. Isi dan kulit keras. Muka pun segak macam tokwan.” Balas Pak Jamil membangkang jawapan isterinya sambil menggayakan seseorang yang gagah perkasa.

“Betina!” Pangkah Mak Biah serius.

“Jantan!” Pantas Pak Jamil bersuara tegas. Tak puas hati sungguh dengan jawapan isterinya.

Tergaru-garu Amil Zaquan melihat Mak Biah dan Pak Jamil bertegang urat hanya kerana ikan keli. Tergeleng-geleng kepala dia hairan.

“Okey-okey. Cukup! Mil dah tahu jawapannya.”

“Apa dia?” Tanya Nirmala turut teruja ingin tahu.

“Jawapannya..! Tanya Siti Nurhaliza. Sebab dia kata ‘Biarlah Rahsia’.” Jawab Amil Zaquan lalu ketawa mengekek-ngekek.

Hish! Budak bertuah ni. Main-main pulak dia. Ingat tadi betullah dia nak bagi jawapan.” Rungut Mak Biah geram. Akhirnya dia sendiri ketawa.

“Tapikan Tokwan..percaya tak kalau Mil kata ikan keli semua jantan.?”

Berkerut-kerut muka Pak Jamil selepas mendengar soalan Amil Zaquan. Sementara Mak Biah dan Nirmala terdiam tak tahu nak jawab apa sambil cuba berfikir.

“Kalau semua jantan, macam mana ikan keli boleh membiak? Kalau tak ada keli betina, tak adalah anak ikan keli.” Pak Jamil cuba mencari alasan logik.

“Yelah Mil! Betul cakap tokwan tu. Macam mana Mil boleh cakap ikan keli ni semua jantan?” Nirmala mula bersuara setelah melihat Amil serius dengan faktanya. Inilah kali pertama dia mendengar sejenis ikan yang hanya punya satu jantina sahaja.

“Cuba tengok ikan-ikan keli ni. Semua ada misai macam tokwan. Jantanlah tu..!” Ujar Amil Zaquan lalu sekali lagi tawanya kembali berderai.

“Amil!” Jerit serentak Mak Biah dan Nirmala kerana geram dengan telatah Amil Zaquan. Dan akhirnya Nirmala dan Mak Biah turut ketawa mengekek kerana sama-sama malu bila dikenakan oleh Amil Zaquan.

Pak Jamil tersenyum hambar melihat Amil Zaquan terkekeh-kekeh ketawa sambil berlalu dari situ. Melihat Amil Zaquan umpama seperti berdepan dengan Fir Luqman.

“Yah tahu tak. Dulu soalan yang mula-mula tadi tu, pernah arwah Fir tanya dekat abang.  Jawapan yang Amil bagi tadi pernah abang bagi pada arwah. Bila tengok Amil ketawa tadi, abang rasa macam arwah pulak. Rindunya abang dekat dia!” Sayu Pak Jamil bersuara sambil matanya tak lekang melihat Amil Zaquan yang berlalu pergi hingga hilang dari pandangannya.

“Yelah bang! Yah pun rasa macam tu. Malam esok Yah cadang nak panggil orang masjid datang rumah buat tahlil untuk dia. Dah lama kita tak buat tahlil untuk arwah. Kebetulan anak isteri dia pun ada, mesti dia seronok.” Ujar Mak Biah juga dalam nada sayu. Kelihatan matanya sedikit berair.

“Elok jugak tu. Ikan keli dalam kolam pun banyak lagi. Bolehlah kita masak banyak-banyak esok. Bila tengok kolam tu, makin rindu abang pada dia.”

“Yelah..! kolam tukan ilham dari arwah. Dia yang bertukus lumus beria-ria nak buat. Bila tengok anak dia makan ikan keli semalam, Yah rasa berbaloi usaha dia siapkan kolam tu. Tak sangka anak dia pun suka ikan tu.”

Nirmala cepat-cepat menyeka air matanya ketika mendengar perbualan Mak Biah dan Pak Jamil. Terbayang-bayang di mata keriuhan sewaktu arwah Fir Luqman bersungguh-sungguh menyiapkan kolam itu. Ketika itu dia dan Fir Luqman mengikut Jefri pulang ke kampung bercuti. Pada mulanya Pak Jamil tidak bersetuju memandangkan dia tidak ada masa nak menjaga. Tambah pula dia tiada pengalaman menjaga kolam ikan. Namun setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar, akhirnya Pak Jamil bersetuju. Tambah-tambah lagi pendapatan yang diperolehi dari jualan ikan keli itu amat menguntungkan jika dibuat bersungguh-sungguh.

Kadang-kadang terfikir juga bagaimana Fir Luqman tahu perihal penjagaan ikan darat itu. Bila ditanya, barulah mereka tahu. Yang sebenarnya dia pernah mengikuti kursus perikanan air tawar di Kuala Selangor selepas tamat STPM.

“Abang tak suka Mala macam ni. Abang tak marah Mala ingat dia, tapi jangan sampai hangit masakan Mala.” Tegur Fazhan sambil memeluk pinggang Nirmala dari belakang. Kepala Nirmala dikucup lembut.
Nirmala terkejut lalu cepat-cepat menutup api dapur. Bila tersedar, Nirmala tersenyum malu sambil mengetap bibir. Sakit hatinya bila tersedar dia hanya sedang masak air dalam cerek.

“Abang saja nak kenakan Mala ek! Teruk betullah abang ni…” Rungut Nirmala sambil mengetil lengan Fazhan. Api dapur dihidupkan semula kerana air yang dijerang tadi belum mendidih.

“Lain kali kalau nak berangan, pastikan semua kerja siap dulu. Lepas tu nak berangan sampai ke Arab Saudi pun abang tak kisah. Kalau terbakar macam mana? Bahayalah sayang..!” Bebel Fazhan sambil menarik hidung kecil Nirmala.

Okey..! Mala minta maaf. Lain kali Mala janji Mala tak buat lagi.”

Promise?”

“Yupp! I’m promise.” Kata Nirmala sambil mengangkat tangan tanda bersumpah.

“Abang nak ikut Jefri pergi sungai. Mala nak ikut?”

Nirmala mengetap bibir sambil berfikir. Nafas dilepaskan terlalu berat dirasa. Terlalu banyak kenangan dia dan Fir Luqman di situ.

“Kalau Mala tak mahu pergi, abang tak kisah. Abang bawak Amil saja.” Ujar Fazhan setelah sedar Nirmala seakan berat mahu ikut serta.

Ermm..abang pergilah. Mala banyak lagi kerja nak buat ni. Takkan nak tinggal dekat mak sorang. ” Nirmala cuba beralasan. Yang sebenarnya dia masih tidak mampu ke situ kerana dia akan banyak fikirkan arwah Fir Luqman.

Fazhan mengangguk tanda terima alasan Nirmala. Dalam hati dia tahu sesuatu. Kerana tidak mahu Nirmala tertekan, diabaikan saja persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya ketika itu.

Nirmala mengeluh lemah melihat Fazhan berlalu dari situ. Bila melihat Fazhan dari belakang, susuk tubuhnya tak ubah seperti Fir Luqman. Nirmala geleng-geleng kepala menyesali ketelanjurannya berangan.


“KAN aku dah cakap. Dia takkan pergi tempat tu. Dekat situ banyak kenangan dia dengan arwah. Kalau kena kat kau pun, pasti kau buat macam tu jugak. Kan dia dalam prosos melupakan arwah.” Tempelak Jefri perlahan bila Fazhan tiba di hadapannya sambil geleng kepala.

Tadi Fazhan beria-ria mengajak Jefri ke tempat perkelahan selepas Jefri bercerita tentang tempat yang menarik pengunjung di hujung minggu. Fazhan jadi lebih teruja bila Jefri beritahu yang tempat itu merupakan tempat Nirmala dan arwah Fir Luqman berdating.

“Apa yang menarik dekat tempat tu?”

“Biasalah. Tempat berkelah. Mandi-mandi. Best tau! Sejuk giler airnya. Rugi kalau kau tak cuba.”

“Aku tak biasalah tempat-tempat macam tu. Tapi kalau nak cuba, boleh jugak. Mala biasa ke situ?”

“Tiap kali datang sini, itulah tempat wajib yang dia nak pergi selepas  kebun asam gelugur abah aku. Biasanya dia pergi petik daun asam gelugur buat bekal berkelah. Dia dengan arwah memang sekepala. Suka sangat cicah daun tu dengan garam sambil berdating. Tapi kau jangan salah anggap pulak. Biasanya dia orang berdating depan aku. Apa yang dia orang bualkan semua masuk dalam telinga dengan poket aku.”

Fazhan tersenyum lucu mendengar cerita Jefri. Ingin dinikmati pengalaman itu jika ada kesempatan. Tapi oleh kerana Nirmala masih baru selepas berpantang, terpaksalah ditangguhkan dahulu hajatnya itu. Fazhan sendiri telah mencuba pucuk asam gelugur yang menjadi minat isterinya. Ternyata dia boleh terima makanan itu walaupun kurang menggemari makanan yang masam.

Tiga minit memandu motosikal modenas Pak Jamil ke tempat perkelahan, akhirnya mata Fazhan dan Amil Zaquan teruja melihat keindahan semulajadi yang berada depan mata mereka.

“Wah..! bestnya papa..! Mil nak mandilah..”

“Tak takut ke?” Tanya Jefri bila melihat Amil Zaquan teruja melebihi Fazhan.

“Alah..mandi dekat tempat cetek sajalah..!”

Jefri tersenyum mendengar jawapan Amil Zaquan. Perilaku Amil Zaquan mengingatkan dia pada sahabat baiknya Fir Luqman.

“Sebijik macam bapak dia.!” Gumam Jefri perlahan.

“Ramai orang hari ni. Malulah aku nak mandi.” Kata Fazhan sambil matanya berkeliaran memandang sekeliling. Tuala yang disangkut di bahunya diletakkan dalam raga motosikal.

“Hari ni hari minggu, bro! Dah tentu ramai orang. Kalau nak tunggu orang tak ada baru kau nak mandi, datang hari isnin. Kompem kau sorang saja yang ada dekat tempat ni.” Sindir Jefri yang hairan dengan sikap Fazhan.

Fazhan tersengeh malu. Seumur hidupnya belum lagi merasa pengalaman mandi air sesejuk begini. Jika dulu tempat perkelahan yang biasa dia pergi hanyalah laut atau pulau-pulau. Itupun tak pernah dijejakkan kakinya untuk mandi. Tapi kali ini dia seperti teruja mahu mencuba walaupun hati masih tak sanggup menyentuh air sejuk itu.

“Aku cabar kau berendam dalam sungai tu selama sepuluh minit. Kalau tak aku cakap dekat Mala. Biar termalu muka kau tu.”

Fazhan melopong mendengar cadangan Jefri.

“Wei..! Kejam kau Jef! Malulah aku kalau macam tu..! Aku tak tahan sejuklah. Kalau aku demam macam mana?”

“Hai! Bini ada, apa kisahkan? Dia boleh jaga kalau kau demam. Lagipun inilah peluang untuk kau bermanja-manja dengan dia.” Bisik Jefri di telinga Fazhan. Takut juga kalau-kalau Amil Zaquan mendengar. Kalau si kecil tu tahu, sah direpotkan pada Nirmala. Tak fasal-fasal dia balik yang kena nanti.

Fazhan mengetap bibir sambil tersenyum. Kepalanya diangguk-angguk. Dirasakan cadangan Jefri itu agak menarik. Dengan semangat, dia mula melangkah masuk ke dalam air. Tekekeh-kekeh Amil Zaquan melihat gelagat Fazhan yang menggeletar menahan sejuk.

Steady papa! Caiyok-caiyok!” Jerit Amil Zaquan yang sedang melompat di dalam air yang cetek.

“Sepuluh minit bro.!” Laung Jefri yang juga sudah bersedia mahu terjun sambil ketawa besar. Dalam hati dia berbangga dengan Fazhan. Melihat Fazhan seperti melihat diri Fir Luqman. Jiwa sayu dan sebaknya ditahan agar tidak terus mengingati arwah Fir Luqman.


FAZHAN menggigil kesejukan ketika sampai depan rumah. Begitu juga dengan Amil Zaquan dan Jefri. Namun Fazhan yang paling teruk. Bibirnya sudah pucat kebiruan. Mengekek-ngekek Jefri dan Amil Zaquan ketawa melihat keadaan Fazhan.

“Apalah papa ni. Air sejuk macam tu pun tak tahan. Cuba tengok Mil dengan uncle. Steady je!” Usik Amil Zaquan sambil ketawa lucu.

“Mil tak apalah..! Kulit cap buaya. Papa ni cap semut je.” Jawab Fazhan yang masih terketar-ketar.
Deheman Jefri menghentikan perbualan Amil Zaquan dan Fazhan setelah melihat Nirmala turun tangga menghampiri mereka sambil membawa tuala.

“Macam mana? Seronok tak? Wah..! pandai anak ibu mandi sungai. Tak sejuk ke?” Tanya Nirmala sambil mengelap rambut Amil Zaquan dengan tuala yang dibawa turun dari rumah.

“Seronoklah  bu..! nanti Mil nak pergi lagi. Tapi Mil nak pergi dengan ibu pulak. Dengan papa tak best la. Kulit dia manja sangat. Tak tahan sejuk.”

Nirmala tersenyum mendengar cerita Amil Zaquan. Wajah Fazhan dipandang sekilas. Seketika kemudian, senyumnya mati. Wajah Fazhan diperhatikan lama. Kepala Fazhan disentuh lembut.

“Panas badan abang. Abang demam ek?”

“Sejuk sangat tadi. Sikit saja ni. Kejap lagi okey lah..”

“Dah tahu tak tahan sejuk, kenapa mandi jugak?”

Jefri sudah tersenyum-senyum pada Fazhan. Harap-harap rancangannya berjaya. Mendengar panggilan yang Nirmala kenakan pada Fazhan, buat dia yang rasa malu dan teruja. Dalam hati dia bersyukur.

“Dah! Jom masuk cepat. Abang masuk bilik air mandi air sejuk. Jangan mandi air panas pulak. Nanti lagi panas badan tu. Nanti lepas makan tengahari, abang makan ubat.” Nirmala resah melihat Fazhan yang masih menggigil kesejukan.


MELIHAT Fazhan hanya luak separuh saja nasi dipinggan, Nirmala turut terhenti makan. Risau lihat suaminya yang tiba-tiba demam hingga menggigil. Dia sendiri tidak menyangka Fazhan jadi begitu jika terlalu sejuk. Tengahari tadi, dia lihat Fazhan masih dalam keadaan yang elok walaupun beberapa kali bersin selepas mandi. Tapi bila malam menjelma, demamnya semakin teruk. Ubat yang dimakan siang tadi, seperti tak memberi apa-apa kesan.

“Abang rehat dalam biliklah. Nanti Mala bawak ubat.” Ujar Nirmala lalu memimpin Fazhan hingga ke bilik.

“Pergi klinik teruslah. Teruk sangat mak tengok.” Ujar Mak Biah resah.

“Ada ke klinik buka malam-malam ni?”  Suara Pak Jamil kedengaran.

“Ye tak ye jugakkan.!” Balas Mak Biah kecewa.

“Sikit saja mak. Kejap lagi lepas makan ubat, okeylah ni.” Jawab Fazhan lemah sambil berlalu meninggalkan meja makan. Dia sendiri tidak menyangka demam yang dicipta sendiri akan jadi sebegini teruk. Rasa menyesal pulak. Namun kerana mahu merapatkan diri dengan Nirmala, terpaksalah dia ikut saja cadangan merepek Jefri.

Dua minit selepas makan ubat, Fazhan sudah terlena. Namun Nirmala semakin gelisah bila Fazhan masih menggigil kesejukan walaupun sudah tiga lapis toto tebal dijadikan selimut suaminya. Nirmala hampir menitiskan air mata melihat keadaan Fazhan.

“Kita pergi hospital bang.! Risaulah Mala tengok abang macam ni.” Kejut Nirmala di sisi Fazhan.

“Dah malam sangat la..!” Ujar Fazhan lemah. Matanya masih tertutup rapat.

Nirmala cuba berfikir. Ada benarnya juga kata-kata Fazhan tadi. Tambah pula kalau nak ke hospital, jaraknya memang jauh.

 “Mala peluk abang.!” Pinta Fazhan terketar-ketar. Matanya masih terpejam rapat.

Nirmala merenung dalam-dalam wajah merah Fazhan. Akhirnya dengan nekad di hati, dia rapatkan diri ke sisi Fazhan lalu memeluk erat hingga terdengar dengkuran halus Fazhan menandakan Fazhan sudah terlena namun dia tetap risau bila Fazhan masih sejuk menggigil. Tiba-tiba Nirmala teringatkan sesuatu.

“Buka baju bang.” Arah Nirmala perlahan. Namun Fazhan sudah tidak sedarkan diri. Terketar-ketar jemari Nirmala mahu membuka butang baju di badan Fazhan. Melihat badan Fazhan tanpa berbaju, dadanya berombak kencang. Akhirnya dengan perlahan-lahan baju ditubuhnya ditanggalkan juga. Nirmala merapatkan tubuhnya hingga tersentuh dengan tubuh Fazhan yang sedang menggigil. Harapannya agar dengan cara itu, kesejukan di tubuh Fazhan dapat dikurangkan.

Sepuluh minit dalam keadaan begitu, akhirnya Fazhan tidak lagi menggigil kesejukan. Lega hati Nirmala melihat Fazhan nyenyak tidur. Perlahan-lahan Nirmala bangun lalu mengenakan baju ke tubuhnya semula. Harapannya juga agar Fazhan tidak menyedari apa yang telah dilakukan. Merah mukanya bila ingat balik apa yang dilakukan tadi. Teringat pada Fir Luqman yang pernah berbuat begitu padanya ketika dia demam panas selepas disahkan hamilkan Amil Zaquan.

Fazhan tersenyum lebar setelah Nirmala keluar dari bilik meninggalkannya lena sendiri. Bila ingat kembali saat-saat dia dipeluk erat oleh Nirmala tadi, hatinya bagai nak menjerik suka. Walaupun dia dalam keadaan mamai, dia masih boleh sedar apa yang berlaku. Melihat kesungguhan Nirmala, dia yakin Nirmala sudah jatuh sayang padanya.

Fazhan menyentuh dahinya. Di situlah tempat Nirmala meletakkan kucupan lembut sambil mengelus rambutnya. Fazhan tersenyum sendiri. Masih dapat dirasa kelembutan tangan Nirmala membelainya tadi. Kalau boleh dia mahu Nirmala ulang kembali saat-saat tadi. Dalam diam dia ucapkan terima kasih pada Jefri.
Mengingatkan kembali kata-kata Jefri tentang apa yang diadukan oleh Amil Zaquan  di meja makan semalam, memang buat dirinya tersenyum sampai ke telinga. Tidak disangka Nirmala sudah mula menyimpan perasaan padanya seperti yang dia rasa sebelum ini. Walaupun masih rasa was-was, dia yakin Nirmala akan kekal bersamanya hingga ke akhir hayat.

“Terima kasih Fir. Kerana izinkan aku hidup bahagia. Aku janji akan bahagiakan anak dan isteri kau hingga akhir hayat aku.” Ucap Fazhan sebelum meneruskan lenanya. Sebelum lelap, sempat disedekahkan al-fatihah pada Fir Luqman.

No comments: