PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 30 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

30
AIDIL
Keputusan aku tak dipengaruhi oleh mana-mana pihak melainkan dari hati, minda dan perasaan aku sendiri.

AKU sampai di rumah tepat jam tujuh pagi. Mengantuknya hanya tuhan saja yang tahu. Aku cadang lepas ni aku nak tidur puas-puas. Lepas selesai kerja aku semalam aku pergi rumah Yazid kawan sekolah aku dulu. Memandangkan kawan aku ni aktif dalam sukan, aku pun terikut-ikut minat sukan bola. Semalaman aku tak tidur sebab kawan-kawan aku ajak lepak pulak di kedai mamak tengok bola. Sekali-sekali melepak rasa seronok pulak. Tapi aku tak sukalah buat aktiviti ni selalu. Aku cepat jemu.

“Dil ke mana semalam? Langsung tak balik. Puas mak dengan daddy telefon. Kenapa tak jawab?” Makcik Mazuin mula menyoal.

“Dil lepak kat rumah kawan semalam. Cadangnya memang nak balik awal tapi bila dah dapat ngadap bola, jadi ralit pulak.”

“Lain kali kalau tak balik, bagitahulah awal-awal. Risau mak semalam.”

“Kenapa mak? Lain macam je Dil tengok mak ni.” Aku seperti dapat meneka sesuatu.

“Zikri kemalangan semalam. Betul-betul depan rumah dia. Semalam Nur telefon minta mak datang.”

Aku angkat kening.

“Teruk ke mak?” Aku tanya seperti tiada apa yang belaku. Dalam hati sempat aku kata padan muka.

“Tak tahulah! Masa dia call mak semalam, Nur kata belum tahu apa-apa berita lagi sebab Zikri masih dalam wad kecemasan.”

Err..mak nak pergi ke? Kalau mak nak pergi, Dil boleh temankan. Lagipun hari ni dengan esok, Dil memang sengaja ambil cuti.”

Ish! Mak nak pergi macam mana? Kaklongkan tengah sarat sekarang ni. Bila-bila masa saja boleh beranak. Kalau ikutkan tarikh, esok kaklong dah kena masuk wad.”

Aku angguk kepala. Tak tahu nak jawab apa. Kalau makcik Mazuin dah cakap macam tu, aku ikut saja.

“Hah! Apa kata kalau Dil yang pergi melawat.” Cadang Makcik Mazuin tiba-tiba. Aku tersentak bagai beruk tertelan biji durian.

“Seganlah Dil. Kalau mak ada, Dil okey.”

“Nak segan apanya? Dil bukan tak biasa dengan Nur.”

Aduhai! Makcik Mazuin ni macam tak faham pulak perasaan aku pada anak dia.

“Nantilah. Kalau Dil senang, Dil pergi tengok.”

“Yalah!” Makcik Mazuin seakan mengalah. Aku pulak terus melangkah menuju ke bilik. Di ruangan mata hanya nampak bantal dan tilam serta selimut tebal aku saja.

Badan aku yang letih, aku hempaskan atas katil empuk. Rasa selesa sangat. Sambil berbaring, aku memandang siling. Tiba- tiba bibir seksi aku terukir sebuah senyuman manis. Hati aku berbunga-bunga. Dah terbayang-bayang keadaan Zikri yang cedera parah. Puas hati aku bila selesai misi yang aku rancang sejak seminggu yang lalu. Aku tak rasa pun nak pergi melawat. Yang aku tunggu sekarang ialah menanti berita kematian dia agar aku dapat Nur aku balik. Tapi kalau aku tak pergi sekarang, bila lagi aku ada peluang untuk tunjukkan rasa tanggungjawab aku pada dia? Aku rasa aku kena tunggu seminggu dua lagi. Kalau aku pergi sekarang, nampak sangat aku tak sabar. Jadi aku kena jual mahal sikit. Hmm..aku rasa planing aku ni dah cantik. Cuma tinggal nak hias saja lagi.

“Dil..! Cepat! Tolong kaklong ni..!”

Aku yang bagai ulat beluncas melompat turun dari katil selepas mendengar jeritan dari makcik Mazuin. Baru nak berangan-angan dah ada yang kacau. Nasib baik aku tak tidur lagi, kalau tak dah tentu kepala aku sakit. Tergesa-gesa aku keluar dari bilik dan turun ke bawah. Bila aku sampai di bawah aku lihat banyak darah meleleh keluar dari celah kaki Kak Zana.

“Cepat Dil! Bawak kaklong pergi hospital.” Tempik makcik Mazuin lagi.

Aku yang bagai tersedar dari mimpi terus mengangkat kak Zana menuju ke kereta. Nasib baik Kak Zana kecil saja orangnya. Agak-agaknya macam ni kot berat Nur. Sebab dari pandangan mata aku lihat Kak Ana tak ubah macam Nur.

“Sabar-sabar! Tahan sikit sayang, kejap lagi kita sampai.” Aku cakap pelahan sambil menghidupkan enjin kereta.

“Sayang mana pulak ni Dil? Kau ni sempat lagi berangan. Kaklong dah tak boleh sabar dah ni. Cepat sikit! Dah nak terkeluar dah ni..!” Tempik Kak Ana kuat.

Aku tersentak dengar suara nyaring Kak Ana. Terkemik-kemik muka aku menahan malu. Sempat aku ketuk-ketuk kepala aku kerana leka berkhayal. Nasib baik sebut sayang. Kalau sebut nama Nur tadi, sah-sah kepala aku dihempuk Kak Zana dekat stereng kereta.

“Maksud Dil, Dil cakap dekat anak saudara Dil yang nak keluar ni..!” Ujarku cuba beri alasan yang munasabah. Harap-harap Kak Zana tak terus salah tafsir.

“Cepat Dil.! Nasib baik Dil ada dekat rumah. Kalau tak, terpaksalah daddy yang bawak.” Kata emak sejurus selepas kereta yang aku pandu sudah berada atas jalan raya.

“Tulah! Kalau abang Amer ada kan senang!”

“Dia out station, kaklong nak buat macam mana? Dah kerja dia macam tu.”

“Dah-dah! Jangan cakap banyak. Tumpukan pada jalan. Ana boleh tahan ke?” Tanya emak lembut pada Kak Ana lepas bebel dekat aku.

“Inyaallah boleh mak! Kalau Ana tahu nak turun tanda darah sekali dengan air, dah lama Ana stay awal-awal dekat hospital tu. Sebelum ni cuma darah saja.”

“Bukan sama..!” Balas Makcik Mazuin perlahan sambil menggosok-gosok pinggang Kak Ana. Aku tersenyum mendengar perbualan dua beranak itu. Kalau isteri aku nanti macam mana pulaklah ek? Di mata aku sekarang asyik membayangkan Nur sedang mengandungkan anak aku. Pasti comel-cemol macam aku.

“Kalau dah tersenyum-senyum tu tak lain tak bukan, beranganlah tu! Cepat sikit!!” Tempelak Kak Ana dari tempat duduk belakang.

“Cepat Dil. Jangan berangan!.” Sambung Makcik Mazuin pula. Aku tersenyum malu. Hisy! Kak Ana ni..dalam sakit-sakit macam tu pun sempat lagi dia nak membebel. Aku geleng kepala. Pelik betul dengan orang perempuan ni.

Di hospital aku dan Makcik Mazuin sabar menunggu Kak Ana yang sedang berada dalam bilik persalinan. Seketika kemudian bayang Abang Amer dan anak-anak dia kelihatan. Mungkin abang Amer baru ambil anak-anak dia dari sekolah kot.

“Mama mana paksu?” Tanya Marsya.

“Ada kat dalam. Sabar ek? Kejap lagi bolehlah Marsya dengan Misya tengok adik baru.” Aku cuba pujuk anak-anak Kak Zana.

“Paksu, tokmak.! Tadi masa Misya lalu dekat bawah tadi, Misya tengok ada orang patah kaki sebab eksiden. Teruk sangat! Habis badan dia penuh dengan darah. Hii! Geli Misya tengok darah tu.”

Wajah Abang Amer yang tadi gelisah menati berita Kak Zana bertukar kepada senyuman hambar. Menarik agaknya topik yang baru dibuka oleh Misya tadi.

“Langar lari. Tengok tadi macam mangsa tak ada peluang hidup.” Sampuk Abang Amer perlahan.

“Tak senanglah hidup orang yang langgar tu. Apa dia ingat negara tak ada undang-undang. Sesuka hati nak langgar orang.”

Aku telan liur dengar Makcik Mazuin membebel.

“Mak ni marah macam kena dekat anak mak pulak.” Aku kata sambil tersenyum lucu.

“Mestilah marah. Semalam Zikri kena. Tak tahulah apa nasib dia sekarang. Zikri tukan anak menantu mak!” Makcik Mazuin bentak geram.

“Zikri kena langgar lari?” Abang Amer tanya terkejut lalu duduk sebelah emak menanti cerita.

Haah! Nur telefon semalam. Dia kata ada saksi bagi tahu yang kereta tu sengaja nak langgar Zikri. Tapi saksi tak sempat nak ambil nombor plat kereta sebab orang tu bawa laju sangat.”

Aku lepaskan keluhan lega.
“Kalau langgar dengan kelajuan yang melampau, silap-silap tak ada harapan. Ke muka pengadilanlah jawabnya orang tu. Kasihan Nur dengan Zikri. Baru je bergelar pengantin baru. Nasib baik tak ada anak lagi. Kalau tidak, susah Nur nanti.” Kata Abang Amer geram.

“Mak tak pergi melawat dia?” Abang Amer tanya Makcik Mazuin.

“Kasihan pulak dekat Ana. Nak suruh mak kamu, dia pun dah tak larat. Lagipun mak memang nak jaga Ana kali ni.” Balas Makcik Mazuin pada Abang Amer. Abang Amer mengeluh berat. Rasa bersalah agaknya.

“Tulah! Saya serba salah pulak. Tambah-tambah Ana beranak kembar pulak kali ni.”

Aku melopong dengar ayat Abang Amer. Anak kembar?

“Betul ke Abang Amer? Kaklong beranak kembar?” Aku tanya bagai tak percaya. Bila Abang Amer tersenyum sambil angguk kepala, aku tersenyum lebar. Wah..! aku dah berangan-angan. Paling buat aku teruja bila Abang Amer bagitahu dua-dua baby boy. Serta merta kisah Zikri dan Nur tadi hilang begitu saja. Lega sekejap aku rasa. Sejak tadi dada aku asyik berdebar-debar saja dengar makcik Mazuin berbual dengan Abang Amer tentang kemalangan yang menimpa Zikri.

“Pelik jugak. Dalam sejarah keluarga Abang Amer, tak ada lagi kembar.” Kata Abang Amer hairan.

“Rezeki tu! Tuhan nak bagi rezeki bukan Dia tengok keturunan ada kembar ke tak ada. Bersyukurlah sebab dia bagi dua lelaki. Maknanya sekarang dah ada dua pasang anak kamu. Tak payah nak jeles-jeles tengok orang lain ada anak lelaki.” Kata Makcik Mazuin sambil tersenyum pada Abang Amer.

“Saya memang harap lelaki kali ni mak. Alhamdulillah..! Allah kabulkan doa saya.” Ucap Abang Amer riang.

Hampir sejam aku, Makcik Mazuin dan Abang Amer menanti, akhirnya penantian berakhir tepat jam sepuluh pagi, Kak Zana selamat lahirkan anak-anaknya tanpa sebarang masalah. Aku rasa beruntung sebab Abang Amer memberi kesempatan pada aku agar azankan salah seorang anaknya. Dah terbayang-bayang di mata aku jika aku azankan anak aku dan Nur nanti. Bahagia sangat!

No comments: