BAB
24
NIRMALA
melabuhkan tubuhnya yang penat atas sofa ketika sampai dari pejabat tadi. Dia
sendiri tidak tahu kenapa badanya terasa penat yang amat sangat hari ini. Nak
kata banyak kerja, rasanya tak juga.
Matanya liar memandang keliling rumah. Sunyi sepi. Wajah Mak
Tun dan Pak Mihat juga tidak kelihatan. Mungkin sedang berjemaah bersama-sama.
Tadi ingin diteruskan pemanduan terus ke rumah Dato Hamdan, tapi bila kenangkan
badannya yang semakin lemah, dia ambil keputusan untuk rehat sebentar di
rumahnya sahaja.
Telefon bimbitnya dicapai untuk menghubungi Fazhan. Niatnya
untuk menyuruh Fazhan datang menjemputnya di situ kerana badannya tiada daya
untuk memandu.
Lama menanti, panggilan masih belum berjawab. Dicuba lagi
hingga kali ke tiga. Akhirnya panggilannya berjawab. Tapi jantungnya sedikit
berdebar bila panggilannya dijawab oleh seorang perempuan. Cepat-cepat
diputuskan talian. Jiwanya jadi tak senang. Degup jantung yang semakin deras
tadi, masih lagi pantas berkerja. Akhirnya dia terlelap di situ juga kerana
penat berfikir.
“ADA call masuk tadi. Elok aku jawab, terus
terputus.” Kata Syarine bersahaja.
“Siapa?”
“Bini kau kot! Ada nama dia dekat skrin.”
“Kau dah tahu isteri aku yang call, yang kau memandai jawab kenapa?” Berang Fazhan bertanya.
Kalut diambil telefon bibit yang ditinggalkan atas meja.
“Sakit telinga aku
Bayak kali dia call. Aku jawab
la..!”
“Hish! Takde fasal cari fasal. Balik nanti, masak aku. Kau
cakap apa dekat dia?”
“Tak sempat nak cakap apa. Elok kata hello, terus putus.” Jelas Syarine.
Fazhan mengetap bibir sambil cuba membuat panggilan pada
Nirmala. Namun panggilan langsung tak berjawab. Hatinya semakin tidak tentu
arah. Sudah dapat diagak, pasti Nirmala fikir yang bukan-bukan tentang dirinya
dan Syarine.
Ketika mahu pulang dari pejabat tadi, dia dikejutkan dengan
kehadiran Syarine. Kerana sudah lama tidak jumpa, digagahkan juga mengikut
kehendak sepupunya itu keluar minum. Seawalnya dia tegas pada Syarine agar air
syaitan penyebab tragedi lima tahun lalu tidak akan disentuh lagi. Dan dia
bersyukur kerana Syaraine juga berperasaan begitu.
Akhirnya Fazhan sekadar menghantar mesej.
“Risau betul aku tengok kau. Tak payah nak risaulah.
Nanti-nanti dia mesti call kau
balik.”
Fazhan lemah mengeluh lalu duduk semula berhadapan dengan
Syarine.
“Akhirnya dapat jugak kau miliki dia. Berbaloi jugaklahkan
kemalangan hari tu. Lain yang kita rancang, lain pulak yang jadi.”
Fazhan sudah mula tak senang hati dengan perbualan Syarine.
“Aku harap kau tak cerita pada sesiapa. Terutama pada Mala.
Aku tak mahu tengok dia menangis lagi. Cukuplah sebelum ni aku tengok dia
tersiksa rindukan arwah suami dia. Aku yakin kalau dia tahu hal ni, mati hidup
semula pun dia takkan maafkan aku. Ini rahsia antara kita-kita saja. Aku tak
sanggup nak berpisah dengan dia. Cukuplah selama ni aku rasa rasa bersalah pada
arwah suami dia.”
“Tak ada maknanya aku nak cerita hal ni pada dia. Buat apa?
Buang masa aku saja. Dari aku bercerita hal orang, baik aku cerita hal aku.”
Tempelak Syarine lalu menyedut jus oren di hadapannya.
Fazhan tersenyum kelat. Bila melihat parut di dahi Syarine
dia rasa bersalah. Jika dulu wajah Syarine tidak ada cacat cela. Tapi selepas
kemalangan itu, dahinya berparut kesan daripada hentakan yang kuat di cermin
kereta ketika kejadian. Dan kerana parut itu jugalah dia teruk dileter oleh ibu
saudaranya, mama kepada Syarine. Paling
teruk dia mendapat hadiah penumbuk sulung dari papa Syarine. Namun Fazhan masih
boleh tarik nafas lega kerana sepupunya itu selamat.
“Rilaxlah
bro! kau ingat aku ni kejam sangat ke?” Ujar Syarine sambil tersenyum
seribu makna selepas melihat Fazhan masih membisu berselang dengan wajah suram.
Wajah Fazhan dipandang jelik. Sakit hatinya masih terasa hingga kini. Peristiwa
lalu tak mungkin dilupakan begitu saja. Kerana kemalangan itu dia hilang sumber
pendapatan. Kerana kemalangan itu juga dia hilang orang yang dia sayang. Dan
kerana itu jugalah dia pulang untuk menuntut hutang. Mungkin dia tak akan
berterus terang pada Nirmala untuk memusnahkan Fazhan, tapi dia akan gunakan
cara lain agar hubungan Fazhan dan Nirmala musnah.
“I mintak maaf,
Syarine. Bukan I tak mahu tolong You. Tapi You kena faham keadaan you
sekarang. Kalau syarikat terus ambil you
jadi model, bankrupt lah syarikat I. Apa kata you ikut cadangan I buat
pembedahan plastic. Kompem I ambil you jadi model I. Lagipun you cuma model sampingan saja dekat sini. You ada kerjaya sebagai pramugari. Apa nak hairankan?”
Syarine meremgus kasar. Sudah beribu kata pujuknya pada
kedua orang tuanya agar bersetuju dia menjalani pembedahan plastic. Namun papa dan mamanya tetap tidak bersetuju.
Selang beberapa minggu dia terserempak dengan kekasihnya
sedang berjalan berpimpin tangan dalam sebuah shoping komplek. Sakit hatinya bertambah terasa bila dia kenal
siapa si gadis yang berjaya merampas kekasihnya.
“Cermin dulu rupa you
sebelum mengaku diri tu sebagai kekasih I!”
Hingga kini sudah lama kejadian itu berlaku, namun kata-kata
penghinaan dua insan itu telah membulatkan hatinya untuk terus berdendam dengan
Khir Fazhan. Bila mendapat tahu yang
sepupunya itu sedang bahagia dengan isteri yang diangaukan dulu, hatinya
semakin tertekan.
FAZHAN
resah ketika tiba depan pagar rumah.
Kereta Nirmala tiada kelihatan. Fikirannya sudah mula tak tentu arah.
Sangkaannya pasti Nirmala syak yang bukan-bukan selepas mendengar suara Syarine.
Namun jika ditanya oleh Nirmala, mampukah dia meceritakan tentang Syarine.
Kalau boleh dia memang tak mahu Nirmala berjumpa dengan Syarine. Takut kalau
rahsia terbesar yang disimpan terbongkar. Bukan dia tidak tahu dengan Syarine
kalau dapat bersembang. Habis semua nak diceritakan.
Fazhan cuba menghubungi Nirmala. Namun masih belum tiada
tanda-tanda panggilannya akan berjawab. Akhirnya Fazhan terus memandu laju ke arah
rumah arwah Fir Luqman.
Hatinya lega bila melihat kereta Nirmala elok terpakir depan
rumah bersebelahan dengan kereta milik arwah Fir Luqman. Menggeleng kepalanya
bila melihatkan pagar yang tidak berkunci, lantas Fazhan ambil keputusan untuk
terus masuk. Sekali lagi dia geleng kepala kerana pintu rumah juga tidak
berkunci. Masuk ke dalam, dia lihat Nirmala sedang enak lena atas sofa tanpa
sesiapa menemani.
“Sayang! Bangun sayang.” Kejut Fazhan lembut sambil
menggoyangkan tubuh kecil Nirmala.
Nirmala tersenyum bila melihat wajah Fazhan depan mata.
“Kenapa tidur sini? Kenapa tak masuk bilik? Pagar tak kunci,
grill dengan slinding door pun tak kunci. Tidur pulak dalam gelap-gelap macam
ni. Kenapa tak balik.? Risau abang tunggu Mala dekat rumah. Mak Tun mana?”
“Mak Tun dengan suami dia balik kampung. Mala penat nak drive
balik. Badan Mala lemah sangat. Tangan Mala tiba-tiba rasa kebas nak pegang
stereng kereta. Mala call abang
banyak kali sebab nak suruh abang jemput Mala dekat sini, tapi tak dapat. Abang
pergi mana?”
“Abang makan dengan sepupu abang tadi. Dia baru balik dari
oversea. Mungkin Mala call abang masa
abang ke toilet kot.”
Nirmala terdiam sambil mengeluh.
“Mala nak balik tak?” Fazhan cuba mengalihkan perhatian
Nirmala agar jangan memikirkan hal tadi. Melihatkan wajah suram Nirmala, dia
dapat rasa Nirmala sedang berfikirkan sesuatu.
“Nak! Tapi mala tak larat nak bangun.”
“Sakit sangat ke?” Fazhan bertanya lembut. Jemari Nirmala
diusap lembut.
“Tak sakit tapi tak larat. Rasa macam nak demam.” Lemah
suara Nirmala dalam kemanjaan.
“Abang dukungkan ye?” Cadang Fazhan sambil tersenyum.
Nirmala tersenyum mendengar pelawaan Fazhan. Senyumannya semakin
lebar bila Fazhan hadiahkan kucupan lembut di dahinya ketika membawanya keluar
ke kereta.
“Dah berat Mala sekarang. Ada orang baru ke?” Seloroh Fazhan
sambil ketawa kecil.
“Ish! Abang ni..ke situ pulak.!”
“Kalau ada pun apa salahnya!”
“Anis kecil lagilah bang! Baru masuk dua tahun. Lagipun
dokter tak benarkan Mala mengandung lagi selagi Anis tak cukup tiga tahun.
Bahaya untuk kesihatan Mala sebab luka pembedahan dulu masih belum sembuh
elok.”
Fazhan tersenyum sambil meletakkan Nirmala dalam kereta
bahagian penumpang hadapan. Melihat Nirmala hanya tersenyum, dia mengeluh lega.
Selepas memastikan semua pintu dan pagar berkunci, dia teruskan pemanduannya ke
rumah Dato Hamdan.
“Mala tak apa-apa ke? Abang tengok macam jauh berfikir.”
“Tak ada apa-apalah. Mala panat sikit. Balik nanti lepas
mandi dan solat, Mala nak terus tidur. Esok abang hantar Mala ke rumah Mala ye!
Mala nak ambil kereta Mala.” Jelas Nirmala lemah. Sesekali kepalanya
tertoleh-toleh memandang Fazhan yang sedang memandu.
“Nak kerja juga ke? Mala kata nak demam.”
“Lepas tidur malam ni, okeylah!”
“Tapi kalau esok tak okey
jugak, abang tak benarkan Mala kerja.”
“Tak bolehlah bang! Kerja banyak dekat office. Lagipun projek baru nak start
sekarang ni.”
“Kalau jadi apa-apa siapa yang susah? Mala jugakkan? Abang
tak sanggup tengok Mala sakit.”
“Okey! Mala ikut
cakap abang. Lagipun esok Mala tak ada apa-apa temujanji.”
“Hmm..macam tulah isteri abang! Esok abang balik awal. Kita
makan sama-sama ek?”
Nirmala tersenyum hambar mendengar cadangan Fazhan. Tak
pasti apakah kata-kata Fazhan tadi hanya sekadar mahu tutup salah atau
sebaliknya. Hatinya bimbang jika satu hari nanti, apa yang diharapkan dari
lelaki yang bergelar suaminya itu bertindak di luar dugaan demi orang ketiga.
Yang sebenarnya hatinya masih tak senang bila teringatkan
suara manja di hujung talian ketika dia menghubungi Fazhan tadi. Jantung nya
tak henti-henti berdegup bila teringatkan kembali perkara itu. Namun bila
Fazhan kata dia makan dengan sepupunya yang baru balik dari oversea, hatinya
cuba menerima walaupun hakikat yang sebenarnya dia sukar nak terima.
Nirmala membuang pandangannya ke luar jendela. Tidak mahu
lagi melihat wajah suaminya. Bikin hatinya tak henti-henti berfikir. Melihat
lampu-lampu jalan yang menerangi jalan menghilangkan rasa gundah di jiwa. Jika
boleh dia memang tak mahu memikirkan lagi hal itu. Tapi apakan daya. Sedar akan
kebiasaan yang wujud dalam setiap anak hawa, pasti tak lari dari sifat cemburu
dan syak wasangka. Ingin ditanya segera pada Fazhan, namun tak sampai hati.
Melihat wajah suaminya yang letih berkerja, Nirmala hanya mampu pendamkan saja.
Pada pendapatnya, mungkin ada masa dan ketika dia akan bertemu juga dengan
sepupu yang Fazhan maksudkan tadi.
No comments:
Post a Comment