PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 10 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 10

FAZHAN bergegas masuk ke dalam bilik Dato Hamdan bila diberitahu oleh setiausaha Dato Hamdan. Hatinya jadi tak tenteram selepas diberitahu bahawa perjumpaan itu penting. Fazhan cuba mencari kesalahannya seandainya dia ada melakukan kesalahn. Namun dia buntu kerana jawapan yang dicari tiada diketemui.

“Ada apa uncle?” Tanya Fazhan sejurus selepas duduk mengadap Dato Hamdan. Wajah serius Dato Hamdan dipandang tepat. Dalam hati sudah mula syak yang ada masalah dalam syarikat kerana wajah Dato Hamdan jelas sedang dalam kemarahan.

“Budak berhingus tu memang sengaja nak cabar uncle.!” Kata Dato Hamdan tegas walaupun perlahan.
Fazhan keliru. Dalam hati tertanya-tanya siapa yang Dato Hamdan maksudkan.

Siapa uncle?” Hairan Fazhan melihat amarah Dato Hamdan.

“Siapa lagi kalau bukan Fir Luqman. Uncle dah agak selama ni banyak tender yang lepas dari tangan kita berpunca dari dia.” Bentak Dato Hamdan berang. Fail yang berada di tangannya dilemparkan di hadapan Fazhan.

Fazhan tarik nafas dalam dan lepaskan perlahan. Bila mendengar nama itu, hatinya juga turut merasa apa yang Dato Hamdan rasa. Fail yang dilemparkan oleh Dato Hamdan dibuka dan dibaca. Fazhan mengeluh lagi. Jika dilihat kertas kerja yang syarikat Dato Hamdan buat memang baik. Tapi bila tahu tender yang diharapkan lepas ketangan syarikat Fir Luqman, dia yakin kehebatan Fir Luqman jauh lebih hebat dari Dato Hamdan.

Memang sejak dulu diakui kehebatan sahabatnya itu. Dulu Fir Luqman pernah ditawarkan berkerja di sebuah syarikat antarabangsa yang berpusat di United Kingdom. Semuanya gara-gara kerana Fir Luqman berani memprotes sikap dan tatacara kerja syarikat antarabangsa itu dan berani membuat cadangan. Bila mendapat tawaran itu,  Fir Luqman menolak dengan alasan tidak mahu berjauhan dengan Malaysia. Namun kini Fazhan tahu alasan yang sebenar mengapa Fir Luqman tidak mahu ke sana. Sudah tentu Nirmala sebabnya.

“Habis, uncle nak buat apa?” Tanya Fazhan teruja. Sebelum ini pun Dato Hamdan pernah mengadukan hal ini padanya. Namun Dato Hamdan tidak pernah memintanya uruskan masalah itu. Padanya mungkin Dato Hamdan ada cara sendiri untuk mengatasi masalah itu.

“Nantilah dulu. Uncle tengah buntu sekarang ni. Tapi uncle memang perlukan bantuan An. Boleh? Sambil-sambil tu An cuba-cubalah fikir apa kita nak buat.”

“Boleh uncle! Uncle cakap apa saja. Nanti An usahakan.” Balas Fazhan yakin. Dalam hati dia sudah nekad mahu menjatuhkam Fir Luqman.

Uncle tak pergi melawat Mala dan anaknya?” Fazhan cuba menukar topic perbualan. Hatinya tak senang melihat Dato Hamdan begitu.

“Apa guna uncle pergi rumah anak derhaka tu? Anak tak kenang budi!” Bentak Dato Hamdan kasar. Mendengar nama itu umpama menyimbah minyak di bara api yang berasap.

Fazhan terkejut. Patutlah bila soal Dato Hamdan disuarakan pada Fir Luqman, sahabatnya itu seakan mengelak. Terdetik rasa simpati pada Amil Zaquan. Jika diingat balik, usia Amil Zaquan sudah masuk lima bulan. Dalam usia yang masih bayi itu, anak kecil yang tidak mengerti apa-apa masih tidak mengenali siapa datuknya.

Fazhan melangkah penuh keyakinan keluar dari bilik Dato Hamdan sambil tersenyum. Ketika itu hanya wajah Nirmala bermain di mata.

“Encik Fazhan, ada orang cari Encik Fazhan tadi. Saya cakap Encik Fazhan sedang meeting. Dia pesan nanti dia datang semula.” Setiausahanya tiba-tiba bersuara ketika Fazhan ingin masuk ke biliknya.

“Siapa? Saya ada temujanji dengan dia ke hari ni?” Tanya Fazhan curiga. Jika diingat apa yang setiusahanya pesan seawal pagi tadi, dia tidak ada apa-apa temujanji dengan sesiapa hari itu.

“Tak ada temujanji tapi dia kata sepupu Encik Fazhan.”

Fazhan cuba fikir-fikir. Sepupunya banyak. Tapi yang mana satu?

“Lelaki?”

“Perempuan. Cantik and seksi! Macam model. Girlfriend Encik Fazhan ek?” Sakat setiausahanya sambil tersengeh-sengeh. Sudah maklum yang ketuanya itu tidak ada teman wanita. Kadang-kadang dia hairan dengan sikap ketuanya itu. Dengan memiliki sifat-sifat jejaka pilihan wanita, ketuanya itu masih kini bersendiri walaupun umur sudah mahu masuk dua puluh lima tahun.

“Huh! Merepek sajalah awak ni.” Ujar Fazhan sambil geleng kepala lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Di dalam bilik Fazhan mula tercari-cari siapa gerangan wanita datang mencarinya dengan mengaku sebagai sepupunya. Jika dihitung jumlah sepupunya hampir-hampir mencecah lima puluh orang semuanya termasuk lelaki. Kalau yang perempuan memang tak ramai. Mungkin dalam sepuluh atau dua belas orang tapi tak ada yang seksi meksi. Semuanya bagai mumia yang bertudung litup.

Akhirnya Fazhan hanya abaikan saja soal itu. Dalam fikirannya sekarang ialah bagaimana mahu mencari jalan untuk jatuhkan Fir Luqman sekali gus mendapatkan Nirmala. Jika diingat balik, sahabatnya itu mempunyai pengaruh yang kuat dari pihak luar negara. Jadi tak hairanlah kalau Fir Luqman berjaya mendapat tender yang bernilai ratusan juta ringgit itu. Namun dia yakin Fir Luqman bukanlah jenis yang suka mencari kesenangan atas usaha dan bantuan orang. Semuanya diusahakan sendiri.


FAZHAN speaking! Siapa di sana?” Jawab Fazhan selepas menjawab panggilan telefon yang telah disambungkan dari setiausahanya.

“Wei! Aku ni. Syarine! Takkan tak ingat kot..!?”

Berkerut kening Fazhan sejurus mendengar suara ceria di hujung talian. Tercari-cari siapa Syarine yang dimaksudkan. Setahunya tiada nama itu dalam senarai sepupu-sepapatnya.

“Salah orang kot awak ni! Saya tak ada kenalan nama Syarine.” Balas Fazhan curiga. Malah tahu kot-kot ada yang sengaja nak mengenakannya.

“Akulah..! Syarifah Zarina Syed Zain. Takkan tak ingat kot!” Bentak Syarine manja.

Fazhan kembali berfikir lagi. Seketika kemudian dia tersenyum. Wajah si pemanggil sudah berada dalam ingatannya. Baru dia tahu siapa di hujung talian. Sememangnya suara itu adalah pemilik sepupunya iaitu anak kepada ibu saudaranya yang telah berkahwin dengan seorang jutawan yang berketurunan Syed.

“Woi! Baru sekarang kau cari aku? Ingatkan dah jadi orang Korea, kau lupa kat aku.!” Balas Fazhan ceria. Sepupunya itu memang rapat dan mesra dengannya sejak kecil. Bila umur mereka sepuluh tahun, keluarga Syarine berhijrah ke Korea. Sejak itu hubungan mereka terputus.

Sorrylah bro! aku sibuk. Sekarang aku ada kat Malaysia. Aku nak jumpa kau sekarang. Aku datang office ek? Rindulah..!” Balas Syarine lagi.

Terkekeh-kekeh Fazhan ketawa mendengar rengekan Syarine.

“Kau dekat mana sekarang ni sebenarnya? Tak payah datang officelah..! aku sibuk sekarang ni. Apa kata kita jumpa petang ni lepas aku habis kerja. Aku jemput kau.”


HABIS waktu kerja, bergegas Fazhan keluar untuk berjumpa dengan Syarine. Hampir lima belas tahun dia tak dengar khabar berita sepupunya itu. Sudah pasti banyak yang ingin dikongsikan bersama. Fazhan sudah maklum dengan sikap sepupunya yang tak pernah kering idea bila berbual.

Sampai depan hotel dari jauh dia dapat melihat seorang gadis tinggi lampai sedang menanti di lobi. Tersenyum-senyum Fazhan melihat perwatakan gadis itu. Dalam hati dia yakin itulah sepupunya yang seratus peratus berubah dari watak dulu. Jika dulu, Syarine yang dia kenal amat pemalu tapi peramah. Pakaian pun sopan saja. Tidak pernah dilihat wajah Syarine tanpa tudung di kepala. Tudung yang dipakai pun mesti labuh hingga paras pinggang. Tapi sekarang bila melihat penampilan Syarine yang tak ubah seperti seorang model, dia yakin Syarine sekarang bukan yang dulu. Apa yang boleh buat dia yakin si gadis itu adalah Syarine, adalah kerana tahi lalat yang berada di atas bibir masih jelas kelihatan.

“Hampir-hampir aku tak kenal kau tadi. Nasib baik tahi lalat tu kau tak buang. Kalau tidak, sah-sah aku tak mengaku kau saudara aku.” Tempelak Fazhan sejurus selepas Syaraine melabuhkan punggungnya di sebelah Fazhan tempat penumpang. Kereta terus saja digerakkan menuju ke destinasi yang dituju. Sejak di pejabat tadi, cadangnya hanya mahu membawa Syarine ke tempat makan-makan sahaja. Tapi bila melihat penampilan terbaru Syarine, dia yakin Syarine pasti tak kisah jika dia membawa sepupunya itu ke kelab malam.

“Aku pramugari. Sambil-sambil tu aku sedang menjinakkan diri dalam bidang modeling. Takkanlah model nak pakai bertutup bagai!” Bentak Syarine geram sambil menjeling selepas sedar kata-kata dari Fazhan berbaur sindiran.

 “Apa cerita sekarang? Nampak macam bukan Syarifah Zarina pulak. Macam mana Syarifah Zarina boleh jadi Syarine ni? Mentang-mentanglah dah jadi model, nama pun kau ubah ek! Kan bagus kau jadi model muslimah. Model jugak!” Sindiran dan usikan Fazhan buat Fazhan menyeringai bila mendapat cubitan dari Syarine.

“Kau jangan nak sindir-sindir aku ek! Sekarang kau bawak aku pergi makan. Aku lapar. Makanan dalam hotel tu entah apa-apa rasa. Aku nak makan nasi.”

“Pandai ke kau makan nasi?” Sindir Fazhan lagi.

“Dekat korea pun aku makan nasi. Bezanya nasi dekat sana tak sama macam kat sini. Kau jangan terkejut, aku pun masih boleh makan sambal belacan dengan ulam petai.”

Sekali lagi Fazhan ketawa. Sepupunya itu memang ribut ramah tamah kalau berbual. Tanyalah apa pun pasti ada saja jawapan yang dia nak beri. Terpulang pada siapa yang mendengar boleh terima atau tidak.
Sampai ditempat yang dituju, Fazhan dan Syarine mula buat pesanan. Terkejut Fazhan melihat menu pilihan Syarine. Dua pinggan nasi putih, semangkuk kari kepala ikan merah, semangkuk gulai tempoyak, Sayur kangkung goring belacan, ikan kurau masin goreng, sambal belacan dan ulaman serta  dua gelas jus tembikai tersedia atas meja.

“Ni orang ke hantu raya yang nak makan ni?” Tanya Fazhan hairan.

“Akulah yang nak makan.” Jawab Syarine selamba walaupun tahu soalan Fazhan itu adalah soalan perli.

“Boleh habis ke? Aku tengok kau ni macam setahun tak makan. Badan cekeding saja.”

“Dah lama aku tak makan semua ni. Suruh mama aku masak, dia kata dah tak reti. Sebab selama ini hanya pembantu rumah yang buatkan semua. Pembantu rumah pula semua orang sana, manalah dia orang tahu masakan kita.”

Petang itu banyak yang diceritakan. Bukan saja cerita dari Syarine, malah Fazhan tak lokek bercerita mengenai dirinya. Bila soal hati dan perasaan dibualkan, Fazhan jadi kelu untuk berterus terang. Malu akan dirinya yang masih belum berpunya sedangkan menurut Syarine, dia sudah mempunyai teman lalaki yang ke sembilan selepas putus cinta kali ke lapan. Paling buat Syarine teruja bercerita bila dia mengatakan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

“Carilah sorang bro! umur kita sekarang lagi lima tahun nak masuk tiga puluh.”

“Bukan tak ada. Masalahnya orang tu yang tak mahu kat aku.”

“Cari yang lain. Dalam Malaysia ni aku lihat perempuan ramai yang cantik-cantik. Dengan perwatakan kau ni, aku yakin dengan petik sekali berduyun-duyun yang datang dekat.”

“Tu aku tahu. Masalahnya nak cari yang betul-betul berkenan di hati tu memang payah.”

“Siapa dia? Boleh aku tahu?”

“Anak bos aku. Isteri kepada kawan baik aku.”

What?” Tempik Syarine kuat. Bila sedar suaranya sudah melebihi, tertoleh-toleh Syarine ke sekeliling restauran bila mendapati ramai pengunjung memandangnya. Tersengeh-sengeh Syarine angkat tangan pada semua tanda minta maaf.

“Wei..! dah habis ke makhluk tuhan berketurunan hawa dalam dunia ni? Bini orang jugak yang kau gilakan, apa fasal?” Tanya Syarine pelik. Terhenti sebentar suapan nasi ke mulutnya. Jarinya yang masih bersisa kuah kari dijilat hingga licin. Sedap sangat rasanya menu pilihannya itu.

Lalu segara Fazhan bercerita mengenai gadis idamannya pada Syarine. Baginya ketika itu, meluahkan apa yang dirasa pada Syarine boleh meredakan perasaannya. Jauh di sudut hatinya agar sepupunya itu dapat menolong walaupun sekadar pandangan  dan cadangan.

“Kau boleh tolong aku macam mana nak dapatkan dia?” Soalan Fazhan buat Syarine tergamam.

“Kau gila sawan ke apa? Walaupun kau tengok aku ni macam ni, tapi aku masih tahu hal haram dan tak haram, tau tak? Berdosa kalau kita ada usaha nak menjatuhkan rumahtangga orang, tau!” Syarine tidak boleh terima apa yang Fazhan harapkan darinya. 

“Aku cuma nakkan dia jadi milik aku.”

“Aku tahu tu..! Tapi kau kena sedar, dah orang tak suka, tak payahlah kau nak terhegeh-hegeh kat orang. Cari je yang lain..!”

“Tak nak! Aku nak dia jugak.!” Bentak Fazhan tegas walaupun perlahan.

“Aku ni perempuan, bro! Tapi aku tahu bagaimana perasaan lelaki yang kecewa. Sekarang kau kecewa, tapi seandainya kau berjaya dapat dia, boleh ke kau hidup bahagia? Bagaimana dengan perasaan suami dia pulak? Aku tak yakin kau bahagia kalau kau dapat miliki dia. Sorry bro! aku tak boleh tolong.” Syarine masih dengan keputusannya. Terlintas juga di fikiran mahu melihat wajah si hawa yang Fazhan gilakan.
Fazhan mengeluh berat mendengar pandangan Syarine. Bukan dia tak fikir semua tu, cuma dia sendiri tak boleh nak kawal perasaan dia pada Nirmala.

Syarine terdiam selepas berhujah panjang. Jauh di sudut hatinya sedikit rasa simpati pada sepupunya itu. Habis nasi sepinggan, dia habiskan pula nasi di pinggan Fazhan setelah lihat Fazhan seakan kurang berselera. Licin nasi yang dimakan, dia beralih pula meratah lauk pauk dan sayur-sayuran yang berbaki. Tersenyum-senyum Fazhan melihat telatah Syarine.

“Kau kawin dengan aku jelah!” Tiba-tiba Fazhan bersuara. Hampir-hampir tersembur kuah masak tempoyak ke muka Fazhan ketika Syarine sedang rakus menghirup.

“Kau ni memang bingailah bro! Tak nampak aku tengah buat apa ni? Kalau ye pun kau dah terdesak sangat, takkan aku yang kau nak? Tak ingin aku kawin dengan orang suku-sakat sepupu sepapat. Tak berkembang anak-anak aku nanti.” Tempelak Syarine geram. Fazhan hanya ketawa mengekek dengan kata-kata Syarine. Bila Syarine meneruskan menghirup kuah yang berbaki, Fazhan mengeluh lagi.

“Macam nilah bro..! Aku boleh tolong kau. Tapi aku nak kau rahsiakan dari sesiapa termasuk abi atau mama dan papa aku. Kalau dia orang tahu aku bersekongkol dengan penjenayah cinta macam kau, habislah aku. Aku yakin lepas ni aku dah tak boleh balik sini dah.”

Fazhan tersenyum lega mendengar harapan yang Syarine suarakan. Walaupun masih belum tahu apa yang Syarine maksudkan, dia rasa dia ada peluang.

Okey! Aku janji. Apa rancangan kau?”

Syarine tersenyum-senyum melihat ketidaksabaran Fazhan. Apabila perut dirasakan sudah menyendat, Syarine mula susun atur rancangan. Fazhan yang mendengar hanya terangguk-angguk serius.


KELUAR dari restaurant mewah itu, mereka habiskan masa di sebuah kelab malam. Tak dapat dibayangkan keadaan Syarine ketika itu. Hampir tersembur mata Fazhan melihat kegagahan Syarine menghirup air syaitan yang dipesan. Fazhan pun apa kurangnya. Dia juga tak sesekali lepaskan peluang meneguk air kegemarannya itu. Bila sudah hampir ke jam satu pagi, barulah mereka pulang. Itupun setelah sama-sama hampir tidak sedarkan diri.

Namun siapa sangka, malang datang tanpa beri alamat yang lengkap. Usahkan bau, bayang pun tak pernah ditunjuk. Kerana mata yang berat, kereta Fazhan tak dapat dikawal ketika melalui sebuah trafik light. Sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan tidak sempat Fazhan mengelak. Sudahnya kereta itu melencong masuk kearah lain demi mengelak dari dilanggar kereta Fazhan. Fazhan tergamam bila kereta itu berasap selepas melanggar pembahagi jalan. Paling buat dia terkejut ialah kedua-dua mangsa itu adalah Fir Luqman dan Nirmala.


FAZHAN tersedar dari lamunan bila mendengar rengekan Anis Humaira. Bergegas dia bangun mendapatkan anak kecilnya yang berumur dua bulan itu. Segera Fazhan mendukung Anis Humaira dan menepuk-nepuk belakang Anis Humaira. Harapnya biarlah Anis Humaira menyambung lenanya. Namun entah kenapa, pujukannya itu langsung tak memberi kesan. Lantas Fazhan ke dapur membuat susu sambil mendukung Anis Humaira.

“Anak papa haus ke?” Kata Fazhan perlahan. Ubun kepala Anis Humaira di kucup lembut.

Sampai di ruang dapur, Fazhan agak terkejut bila mendengar seperti ada seseorang di dapur. Melangkah perlahan diayun hingga di muka pintu dapur. Walaupun agak terkejut, hatinya tersenyum lebar melihat Nirmala sedang menyediakan susu  untuk Anis Humaira.

Fazhan dapat rasa Nirmala sedar kedatangannya di situ.

“Mala buatkan susu untuk Anis ke?” Tanya Fazhan lembut. Namun pertanyaan itu langsung tiada berjawab.
Nirmala menusingkan badannya selepas susu siap dibancuh. Botol yang terisi dengan susu, dipegang lalu digoncang-goncang hungga berbuih. Sambil melangkah ke arah Fazhan, Anis Humaira diambil dan digendong lalu dibawa naik semula ke bilik tanpa memandang Fazhan. Sambil berjalan Anis Humaira disuapkan dengan susu tadi tanpa pedulikan pandangan mata Fazhan yang masih melekap ke arahnya.
Ketika enak lena tadi, Nirmala tersentak bila mendengar tangisan seorang bayi. Terasa bagai suara Amil Zaquan yang menangis. Lantas segera dia bangun dan menuju ke dapur untuk buatkan susu. Ketika dia sampai di dapur, barulah dia sedar, yang menangis tadi adalah Anis Humaira. Karana rasa tanggungjawab, dibuatkan juga susu untuk anak perempuannya itu.

Fazhan tersenyum lega. Dia tahu sikap sebenar Nirmala bagaimana. Takkan selam-lamanya Nirmala bersikap keras hati. Tambah lagi pada anak kecil seperti Anis Humaira. Sedari awal lagi dia tahu sifat  yang Nirmala miliki. Mustahil Nirmala tidak rasa simpati pada Anis Humaira. Fazhan yakin, Nirmala mendengar suara tangis Anis Humaira tadi. Dan sebab itulah Nirmala bergegas ke dapur menyiapkan susu untuk anaknya.

“Terima kasih sayang..!” Ucap Fazhan sendiri sambil tersenyum. Dalam hati dia bersyukur kerana Nirmala seakan boleh menerima Anis Humaira walaupun masih boleh belum menerima dirinya.

Langkah diatur semula menuju ke biliknya untuk tidur. Fazhan sudah mula merancang untuk hari esok. Memandangkan esok hari jumaat, dia barcadang mahu ambil cuti. Ada sesuatu yang ingin ditunjukkan pada Nirmala. Rasanya Nirmala pasti tak menolak dengan rancangannya itu.

No comments: