BAB
22
SELESAI
membeli barang-barang untuk majlis mereka nanti, Zara mengajak Aqil Muaz
berhenti makan di restauran nasi kandar yang bertempat di Nusa Damai. Entah
kenapa tiba-tiba dia teringin makan hidangan itu. Pada mulanya Aqil Muaz
mengajak Zara terus ke butik untuk menempah pakaian pengantin mereka namun
terpaksa dibatalkan memandangkan jam sudah menunjukkan ke pukul dua belas
tengahari. Jam satu setengah tengahari nanti pasti mereka sibuk pula mahu ke
sekolah. Lantas Aqil Muaz mencadangkan agar tempahan itu dibuat minggu hadapan.
Bagi Zara tidak ada masalah. Apa saja yang Aqil Muaz fikir baik, dia ikut sahaja.
Bagi Zara tidak ada masalah. Apa saja yang Aqil Muaz fikir baik, dia ikut sahaja.
“Awak tahu macam mana nak buat nasi kandar ni?”
Tanya Aqil Muaz selepas hidangan tiba dihadapan mereka. Melihat riaksi Zara
yang tidak sabar menjamah, dia ketawa lucu.
“Tak pandailah. Tapi makan saya pandai la..” Balas
Zara lalu mengekek ketawa.
“Abang saya suka makan nasi ni, macam awak. Lagi
satu, abang saya pandai memasak tau!”
“Ye? Mm..kalau macam tu saya memang boleh hiduplah
dengan abang awak. Sehati sejiwa. Tapi fasal memasak saya kurang sikit. Tapi
kalau saya kawin dengan abang awak, okey
jugak. Senang sikit kerja saya. Tak payah susah-susah nak kena masak sebab dah
ada tukang masak dekat rumah.” Usik Zara lalu ketawa bila menerima hadiah
jelingan sinis Aqil Muaz.
“Nanti saya kenalkan awak dengan abang saya.” Ucap
Aqil Muaz selepas malu dengan riaksinya tadi.
“Selalu ke abang awak datang sini?” Tanya Zara lalu
menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Jarang. Tapi kalau dia ada urusan dekat sini, dia
mesti datang jumpa saya.”
“Sayang betul abang awak dekat awak.”
“Saya pun sayang abang saya. Hanya dia yang saya ada
di muka bumi ni. Saya tak tahu apa akan jadi pada saya kalau dia tak ada. Saya
sanggup korbankan apa saja untuk dia.”
“Maknanya awak sanggup korbankan cinta awak juga?”
“Ish! Ke
situ pulak. Cinta saya milik saya. Tak boleh ditukar milik.”
“Ermm..boleh
percaya ke?”
“InsyaAllah..!” Ujar Aqil Muaz sambil tersenyum
manis.
“Untung awak ada abang. Saya juga yang tak ada adik
beradik.” Suara Zara seakan menjauh.
“Tapi awak ada orang tua yang sayangkan awak.”
Zara tersenyum hambar melihat wajah suram Aqil Muaz.
Dia tahu Aqil Muaz rindukan belaian kasih ayah dan ibunya.
“Tak lama lagi orang tua saya pasti akan jadi orang
tua awak juga. Saya yakin awak akan lebih dimanjakan dari saya. Tambah lagi
dengan ayah. Tak sabar-sabar dia nak anak lelaki.” Teruja Zara memujuk.
Aqil Muaz tersegeh malu. Memang dia juga sedar akan
hal itu. Semenjak dia mula mengenali Encik Tahir dan Puan Azizah, di lebih
dihargai dan dilayan baik. Umpama dia anak kandung pada pasangan suami isteri
itu pula hingga kadang-kadang menerbitkan rasa cemburu pada diri Zara.
“Amboi! Sedap menjamu selera. Tak ajak abang pun.”
Zara dan Aqil Muaz tersentak mendengar teguran dari
Adib Mirza. Pantas kedua-duanya memanggung kepala melihat empunya suara.
Terpegun sejenak Adib Mirza melihat Zara berada di
situ. Dari jauh tadi dia melihat Aqil Muaz sedang makan dengan seseorang. Namun
dia tidak menyangka Zara adalah orangnya.
“Abang? Abang buat apa dekat sini.” Aqil Muaz kalut
bertanya. Gelisah seketika bila melihat Adib Mirza seakan tergamam melihat
Zara.
“Abang jumpa kline
dekat pusat bandar tadi. Tiba-tiba teringin nak makan nasi kandar.” Jawab Adib
Mirza gugup. “Apa khabar Zara?” Soalan Adib Mirza menyentak perasaan Aqil Muaz.
Tak sangka abangnya mengenali Zara.
“Sihat. Awak?” Zara kembali bertanya sekadar
berbahasa. Bibir nipisnya tetap menampakkan segaris senyuman nipis.
“Alhamdulillah..! tak sangka awak kenal adik saya.
Tak sangka juga boleh jumpa dekat sini.”
“Oh! Saya pun baru tahu awak abang dia.” Balas Zara
bersahaja.
“Jemput makan sekali, bang!” Sampuk Aqil Muaz
setelah mula tidak senang dengan pandangan Adib Mirza pada Zara.
“Tak apalah. Abang bungkus saja. Kawan abang tengah
tunggu dalam kereta tu. Lepas ni nak pergi tengok side.” Jawab Adib Mirza sambil mengarahkan jari telunjuknya kearah
keretanya yang tersadai elok tepi restaurant. Kelihatan beberapa orang lelaki
di dalamnya.
“Datang rumah tak?”
“Pukul lima abang datang rumah Qil. Malam ni abang
masak special.”
“Happy nampak!
Ada good news ke?” Tanya Aqil Muaz
teruja sambil hulurkan kunci rumahnya pada Adib Mirza.
“Pandai adik abang. Malam nanti kita cerita.” Ujar
Adib Mirza sambil menyambut huluran gugusan kunci rumah Aqil Muaz sambil
matanya tak lepas menatap wajah manis Zara. Fahamlah dia bahawa adiknya akan
terus ke sekolah dan akan sampai ke rumah jam tujuh malam. Jadi sempatlah dia
siapkan makan malam untuk adiknya nanti.
Zara diam sambil mengalihkan pandangannya kearah
lain. Tidak ingin melihat Adib Mirza lagi. Sejak tadi hinggalah kelibat Adib
Mirza hilang dari pandangan, hatinya bagai tak senang. Mengingatkan kembali
luahan hati Adib Mirza padanya beberapa bulan lalu, dia jadi hilang selera
untuk lama di situ.
“Apa pendapat awak tentang abang saya.?” Soalan Aqil
Muaz menyentak lamunan Zara.
“Maksud awak?” Zara bertanya setelah kurang pasti
maksud soalan Aqil Muaz.
“Yelah..maksud saya, orangnya macam mana? Awak dah
kenal dia sebelum nikan?”
“Ermm..okey.!”
Ringkas Zara menjawab selepas menyedut jus oren seteguk. Sekadar menyembunyikan
rasa gugup.
“Okey je?
Lain?”
“Ermm..dia baik. Jujur Sopan, berkarisma, menarik.”
“Tertarik tak?” Soal Aqil Muaz mengusik. Niat nak
menguji sebenarnya.
“Ish awak
ni..!” Zara merengus sambil menjeling geram.
“Cerita dekat saya. Bila awak kenal abang saya.
Sebelum ni awak tak pernah cerita pun pertemuan tu dekat saya.” Pinta Aqil Muaz
serius.
“Bukan saya tak mahu cerita. Bagi saya benda tu tak
ada apa-apa yang menarik pun nak dikongsi. Tapi kalau awak nak tahu, saya akan
cerita. Awak ingat tak tangan saya yang cedera ni?” Tanya Zara sambil menunjukkan
tangan kirinya.
“Hmm..”
Aqil Muaz angguk perlahan.
“Dialah yang selamatkan saya.”
“Wow!
Realy?” Aqil Muaz tersentak. Bibirnya tersenyum melihat
Zara mengangguk berkali-kali. Tiba-tiba dia teringatkan cerita Adib Mirza
pernah menyelamatkan seorang guru dari seorang samseng jalanan. Namun hatinya
tiba-tiba mula tak senang. Kata-kata abangnya malam tu masih kuat terlekat di
pendengarannya. Baru dia sedar akan pandangan pegun Adib Mirza terhadap Zara
tadi. Kini dia sedar, gadis yang telah mencuri hati abangnya adalah tunangnya
sendiri.
“Lepas tu ada jumpa dengan dia lagi?” Hati Aqil Muaz
sudah mula dilanda cemburu.
“Sekali. Sebab saya nak bagi balik tayar kereta yang
dia pinjamkan pada saya hari tu. Tapi dia menolak. Dia kata dia hadiahkan pada
saya.”
“Lepas tu?” Aqil Muaz semakin gelisah.
“Ada sekali. Tapi kali ni dia yang rancang nak jumpa
saya.”
“Kenapa?” Debaran di dada semakin bergoncang hebat.
“Awak ni banyak soallah.!” Ucap Zara selepas
berdesit kasar. Rimas dengan pelbagai soalan Aqil Muaz. Walaupun soalannya
ringkas, dia bagai berat mulut mahu menjawab. Sebenarnya dia tidak mahu
mengecewakan perasaan Aqil Muaz.
“Saya cuma nak tahu.”
“Dah macam penyiasat csi pulak saya tengok awak
ni.!”
Aqil Muaz ketawa mengekek melihat wajah Zara yang
sedang menahan geram.
Zara mengeluh lega. Soalan terakhir Aqil Muaz tadi
dibiarkan tanpa menjawab. Dalam hati berharap agar Aqil Muaz tidak bertanya
lagi soalan itu.
“Lepas ni hantar saya balik.”
“Sempat ke? Sejam je lagi nak pukul satu setengah.”
“Sempat! Lagipun saya tak selesalah pergi sekolah
badan berpeluh macam ni. Saya kena mandi.”
“Nak saya jiruskan?”
“Gatal!” Gerutu Zara sambil menjeling. Malu bila
Aqil Muaz bergurau begitu.
“Lepas kawin nanti kita tengok siapa yang paling
gatal. Awak atau saya.”
“Awaklah yang gatal. Belum kawin lagi dah
berangan-angan nak mandikan anak dara orang.” Tempelak Zara geram.
“Saya cuma cakap je!”
“Dahlah. Tegak bulu roma saya cakap macam ni.
Seram!”
Aqil Muaz semakin galak ketawa. Melihat wajah Zara
yang terkulat-kulat malu, dia tahu Zara kurang selesa bergurau begitu. Jadi dia
harus bersabar.
TAMAT
sesi persekolahan Aqil Muaz sampai rumah tepat jam tujuh malam., Aqil Muaz
tersenyum lebar melihat kereta Adib Mirza elok terpakir di kawasan pakir kuaters
guru. Makin lebar senyumannya bila berdiri di hadapan pintu. Haruman bau
masakan menusuk ke hidungnya. Dia tahu Adib Mirza sedang masak sesuatu.
Faham dengan hobi abangnya jika ada masa lapang.
Jika dulu dia sering menjadi pengadil setiap kali Adib Mirza mencuba resepi
terbaru. Kerana rasa hormat dan sayang, tidak pernah diberikan komen yang
mendukacitakan Adib Mirza. Semuanya sedap saja. Semuanya enak dan puas hati di
mata, mulut , lidah, tekak dan perutnya.
Sebenarnya dia tahu apa yang Adib Mirza
cita-citakan. Kerjaya sebagai seorang chef terkenal adalah cita-cita sebenar
Adib Mirza. Namun kerana desakan Datin Basyariah, Adib Mirza terpaksa lupakan
cita-citanya itu dan beralih pada kerjaya sebagai seorang jurutera.
“Amboi bang! Harum sampai keluar. Abang masak apa
sebenarnya ni?” Tegur Aqil Muaz selepas memberi salam. Lebar senyumannya
melihat Adib Mirza sibuk di dapur.
“Nasi arab. Dah lama abang nak try. Tapi tak ada masa. Kebetulan hari ni abang datang sini, bolehlah
abang cuba. Qil cuba rasa. Sedap tak?”
Sudu dicapai lalu sedikit nasi yang berwarna kuning
keemasan yang masih panas, dicedukkan sedikit. Sebelum itu sempat dihembuskan
agar sejuk sebelum disuapkan ke mulut Aqil Muaz.
“Macam mana? Sedap tak?” Tanya Adib Mirza sambil
menunggu Aqil Muaz memberi komen. Wajah Aqil Muaz ditatap penuh sabar.
Tersenyum lebar Adib Mirza bila melihat Aqil Muaz tak bersuara tapi hanya mampu
mengangkat ibu jarinya tanda sedap.
“Sedaplah bang! Mana dapat resepi ni?”
“Kawan abang chef dari mesir datang minggu lepas.
Kebetulan dia ada seminar dekat hotel JB. Dia yang bagi resepi ni.”
“Kalau hari-hari Qil makan macam ni, gemuklah Qil.!”
Ucap Aqil Muaz lalu ketawa kecil.
“Zara pandai masak tak?” Adib Mirza bertanya tanpa
memandang wajah Aqil Muaz. Tangannya hanya sibuk mengacau ayam tandoori atas
dapur.
Tersentak Aqil Muaz mendengar soalan tiba-tiba Adib
Mirza. Tiba-tiba abangnya menyebut nama bakal isterinya, dia sudah mula tak
senang duduk. Aqil Muaz tergaru-garu kening mahu menjawab. Yang sebenarnya dia
sendiri tidak pasti sama ada Zara pandai masak atau tidak.
“Ermm..tak
tahulah bang. Qil tak pernah tanya pulak. Tapi dari caranya, macam pandai kot!”
Jujur Aqil Muaz menjawab walaupun nadanya sedikit gugup.
“Makin cantik dia abang tengok. Qil ada apa-apa ke
dengan dia? Mesra abang tengok.” Adib Mirza cuba serkap jarang sambil tersenyum
sinis. Dari penglihatannya hubungan Aqil Muaz dan Zara bukan sekadar kenalan
biasa. Namun andainya tiada apa-apa hubungan antara keduanya, dia boleh tarik
nafas lega.
“Kawan jelah bang! Kebetulan dia pun sama macam Qil.
Sebab tu kami boleh jadi kawan.” Bohong Aqil Muaz gugup. Tak sanggup melukakan
hati dan perasaan Adib Mirza. Dia tahu abangnya juga ada simpan perasaan pada
Zara.
Adib Mirza tersenyum lebar sambil terangguk-angguk.
Dalam fikirannya dia masih ada peluang untuk terus mendekati gadis itu. Semakin
dia yakin bila Aqil Muaz ada andai adiknya itu sanggup membantunya.
“Boleh Qil tolong abang?”
“Tolong apa bang?”
“Qil ingat tak abang pernah cerita tentang seorang
cikgu yang abang selamatkan dulu?”
“Qil tahu. Zara dah cerita tadi.”
“Abang dah jatuh hati pada dia dari pandang pertama.
Siang malam abang cuba lupakan dia, tapi abang tak boleh. Kemana-mana abang
pergi, abang mesti bayangkan dia. Beberapa minggu sebelum dia balik kampung,
abang ada luahkan perasaan abang pada dia, tapi dia menolak. Abang kecewa. Bagi
abang tiada yang layak selain dia yang boleh menjadi pendamping abang. Boleh
tak Qil pujuk Zara terima abang?”
Aqil Muaz tergamam. Dadanya rasa sesak. Nafasnya
seakan berhenti berdenyut. Darahnya mengalir sudah tidak ikut aliran yang
betul. Tertanya-tanya dia dalam hati, apakah dia sedang bermimpi? Namun dia
sedar, itulah realiti. Tangannya digenggam mencari kekuatan. Dicuba sabarkan
hatinya.
“Qil tak boleh janji. Tapi Qil akan cuba. Abang
jangan risau ek!” Itu saja yang boleh dikatakan pada Adib Mirza untuk menjaga
hati abangnya. Baginya tak salah jika dia sanggup korbankan cintanya untuk
abangnya yang selama ini banyak berkorban untuk dirinya. Bila ingat kembali
jasa-jasa Adib Mirza, dia yakin, sampai mati pun dia tak termampu nak membayar
dan membalas.
“Terima kasih Qil. Abang tahu Qil mesti tolong
abang.”
Aqil Muaz tersenyum hambar sambil mengangguk lemah.
Lantas Adib Mirza ditinggalkan di situ sendirian. Langkahnya diatur lemah
hingga ke dalam biliknya. Rebah jua tubuhnya sambil berlutut dan akhirnya dia
terduduk lemah. Kakinya tidak mampu lagi untuk berdiri. Dalam diam, akhirnya
dia menangis. Tiada apa yang mampu dilakukan ketika itu selain berdoa pada
tuhan agar dikuatkan hatinya untuk terima dugaan seberat itu.
Deringan telefon bimbitnya mengejutkan lamunannya.
Aqil Muaz tahu siapa dihujung talian. Hatinya kuat untuk menjawab panggilan
itu, namun disamping itu hatinya berkata jangan. Baginya mungkin inilah masanya
untuk dia membalas semua jasanya pada Adib Mirza. Dan malam itu Aqil Muaz cuba
menyusun strategi agar Zara jauh dari hidupnya.
“Qil! Abang tunggu dekat dapur. Cepat sikit. Abang
dah lapar ni.” Laung Adib Mirza dari luar pintu bilik. Selepas solat maghrib
tadi, lama dia menanti Aqil Muaz. Namun adiknya masih belum menampakkan bayang.
Aqil Muaz tersedar. Wajahnya diraup kasar. Matanya
tepat memandang ke arah jam dinding. Sudah jam lapan lima belas minit malam.
Baru sedar masanya banyak dihabiskan dengan melamun. Sambil beristigfar, Aqil
Muaz segera bangun untuk membersihkan badannya sekaligus menunaikan solat
maghrib yang sudah tentu singkat waktunya.
No comments:
Post a Comment