PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 8 Kata Hati Tak Terkata

BAB 8

Lima bulan yang lalu….

 “ZARA balik esok, boleh?” Suara Puan Azizah kedengaran di hujung talian.

“Tak bolehlah mak. Hari sekolah ada lagi seminggu. Lagipun cuti sekolah minggu depan dah nak mula. Nanti Zara baliklah..!” Balas Zara setelah emaknya berkali-kali menggesa agar dia segera pulang. Sejak dua hari lalu emaknya menelefon dari perak agar dia cepat pulang ke kampung kerana ada urusan penting. Bila ditanya tidak pula emaknya menyatakan sebab.

“Seminggu lagi? Lama tu!”

“Apa halnya ni mak? Cuba mak terus terang. Zara tak senang hati dengar suara mak kalut semacam.”

“Fairuz ada telefon Zara?”

“Tak ada. Kenapa?”

“Dia dah balik belum?”

Ermm..dah kot!”

“Kot? Tunang sendiri balik pun kamu tak pasti? Zara nak kawin ke taknak?”

“Mak tanya apa ni? Majlis dah tetap minggu pertama cuti sekolah nikan.? Apa yang mak risau sangat?”

“Sebab tu mak nak Zara balik cepat. Kalau boleh hari ni jugak.”

“Biar betul mak! Johor ke perak bukan dekat. Paling cepat pun enam jam atas jalan. Mak tak sayang nyawa Zara ke?”

“Serba salah mak nak cakap. Ada baiknya, Zara balik dan tahu sendiri. Tak apalah. Mak tunggu Zara balik.” Ujar Puan Azizah lagi lalu menamatkan talian.

Zara termanggu sendiri selepas berbual dengan emaknya yang membuat panggilan dari kampung. Walaupun hatinya sudah mula tak sedap, dia cuba tenangkan hati. Harapannya agar tidak ada apa yang buruk berlaku di kampung. Walaupun suara emaknya sedikit kalut, dia tarik nafas lega bila diberitahu kesihatan ayah serta opahnya juga sihat sahaja.

Zara cuba pula hubungi Fairuz Imsyar. Namun panggilannya langsung tiada berjawab. Ingin dihubungi pula nombor telefon rumah orang tua Fairuz Imsyar, tapi rasa malu pada bakal mertuanya walaupun bakal mertuanya amat menyayanginya seperti anak sendiri.

Kali terakhir Fairuz Imsyar hubunginya ialah dua bulan lalu. Itu pun sekadar mahu beritahu yang dia akan pulang tidak lama lagi. Tapi tidak pula perkatakan tentang majlis mereka yang bakal berlangsung. Memang sejak Fairuz Imsyar melanjutkan pelajarannya ke UK, mereka hanya berurusan dalam email. Faham dengan jarak dan kos bayaran telefon, Zara cuba memahami masalah tunangnya.


MUSIM  cuti sekolah bermula, Zara mula siapkan diri mahu pulang ke kampung. Cadangnya mahu pulang malam semalam selepas tamat sesi persekolahan. Bila fikirkan keadaan rumahnya yang belum berkemas, dia ambil keputusan untuk bertolak pagi jumaat. Tak sabar dia mahu bertemu dengan orang tuanya. Paling buat dia teruja ialah ingin bertemu dengan tunangnya yang lama tidak diketemu. Sudah terbayang-bayang riaksi malu-malu bila berdepan dengan tunangannya nanti.

Perjalanannya tamat ketika tiba di halaman rumahnya kira-kira jam empat petang. Melihat suasana rumahnya yang kekal seperti dulu, dia sedikit aneh. Kebiasaannya jika ada majlis kenduri kawin, seminggu sebelum majlis, rumah pengantin sudah riuh rendah dengan kedatangan jiran tertangga yang datang membuat kuih atau kerisik. Paling tidak pun, rumah sudah pasti berganti langsir atau bercat baru.

“Dah sampai pun anak mak.” Sergah Puan Azizah ceria sambil menyambut Zara naik ke atas rumah.

Zara tersenyum sambil mencium ke dua pipi tua emaknya.

“Ayah mana mak?”

“Ayah pergi rumah Pak Mail.”

“Oh! Ayah beli lembu ek? Berapa ekor?”

Puan Azizah tidak segera menjawab malah hanya mengeluh lemah.

“Kenapa mak? Lembu tak ada ke? Kalau tak ada kita beli daging jelah..!”

“Zara, kalau mak cakap, Zara jangan marah terkejut ek.”

“Kenapa mak? Pak Mail tak bagi beli lembu dia ke? Zara tahu, dia marah sebab ayah tolak pinangan dia dulu. Bukan Zara tak suka dekat anak dia si Raqib tu, tapi Zara anggap dia macam abang Zara je.”

“Bukan sebab tu. Sebenarnya…!” Puan Azizah tak dapat teruskan kata-kata. Amat berat sekali dia mahu menceritakan hal sebenar apa yang terjadi dua minggu yang lalu. Dia yakin hati anak perempuannya pasti akan terluka.

“Sebenarnya apa mak?” Zara kalut bertanya. Melihat wajah sunggul Puan Azizah, hatinya mula tak senang.

“Keluarga Fairuz datang dua minggu lepas. Mereka  putuskan pertunangan Zara dan Fairuz.”

Zara melopong mata dan mulut.

“Tapi kenapa?” Zara sudah seperti tak senang duduk. Dadanya sakit yang amat sangat. Serta merta air matanya laju meluncur jatuh ke pipi gebunya.

“Mereka kata Fairuz dah kawin dengan orang sana.”

Sekali lagi jiwanya bagai direntap hebat hingga dia tak sanggup lagi mahu berdiri.

“Apa salah Zara, mak? Sampai hati dia buat Zara macam ni.” Raung Zara kecewa. Tubuh emaknya dipeluk erat. Tak tahu apa yang harus dikatakan lagi setelah impiannya musnah.

“Zara tak salah. Zara anak mak yang paling baik. Dia yang tak pandai hargai Zara. Sabarlah nak! Jangan ikutkan sangat hati tu. Mak yakin satu hari nanti dia  akan tahu siapa Zara yang sebenarnya dan dia akan menyesal.” Pujuk Puan Azizah setelah melihat Zara tak henti-henti menangis.

Malam itu hingga jam tengah malam baru Zara lelapkan matanya. Bersinar mata Puan Azizah dan Encik Tahir melihat persekitaran dapur. Periuk belanga dan kuali yang hitam berkarat dicuci dan disental. Pinggan mangkuk yang bersusun dirak pinggan dicuci kembali hingga hatinya puas. Faham sangat dengan perangai anak mereka jika Zara marah atau geram. Pada periuk belanga dan kualilah serta pinggan mangkuklah tempat Zara melepaskan geram. Nasib baik tak dihempaskn hingga pecah. Tak fasal-fasal mereka kena beli yang lain.

“ASSALAMUALAIKUM..!” Laung Zara dari luar rumah setelah tiba depan halaman rumah orang tua Fairuz Imsyar. Mendengar jawab salam dari luar rumah, Zara rasa lega. Dia yakin suara itu ada suara bakal ibu mertua tak jadinya.

“Zara! Masuklah. Dah lama Zara tak balik. Ibu rindu sangat. Bila balik?” Teruja Puan Murni menyambut lembut seperti tiada apa yang terjadi.

Zara tersenyum manis dengan layanan Puan Murni.

“Sampai petang semalam. Tak apalah ibu. Zara sekejap je ni. Zara cuma nak bagi ni..” Ujar Zara sambil mencari-cari sesuatu dalam beg tangannya. Namun pencariannya terhenti bila namanya disebut seseorang. Zara kelu lidah bila menatap wajah Fairuz Imsyar di hadapannya.

“Masuklah dulu. Kita cakap kat dalam. Tak elok berbual depan pintu. Nanti habis semua hal rumah tangga kita orang tahu.” Kata Puan Murni lembut lalu segera masuk ke dalam setelah melihat Zara tepat merenung Fairuz Imsyar yang sedang berdiri disamping seeorang perempuan berambut perang.

“Abang minta maaf. Bukan niat abang nak..”

“Cukup! Aku tak perlukan penjelasan lengkap dari orang macam kau. Aku datang ni pun sebab nak bagi balik barang kau.” Ujar Zara lalu membuka pintu keretanya dan mengeluarkan barang-barang hantaran yang pernah diberikan oleh Fairuz Imsyar ketika mereka bertunang lapan tahun lalu. Barang-barang hantaran yang dibungkus dalam plastik besar berwarna hitam di lemparkan sahaja depan Fairuz Imsyar.

Please! Dengar dulu apa yang abang nak cakap. Abang tak ada niat nak putuskan hubungan ni. Percayalah cakap abang!” Pantas Faruz Imsyar cuba berterus terang.

“Kalau aku percaya, apa yang kau nak buat? Tinggalkan bini kau dan pilih aku? Mati hidup semula pun aku takkan kembali pada kau.” Ujar Zara geram lalu melangkah untuk masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Beg tangannya diselongkarkan hingga berjumpa dengan kotak baldu berwarna biru. Dengan rasa berang yang bersarang di dada, dilemparkan kearah Fairuz hingga hampir-hampir terkena kepala isteri Fairuz.

Terkejut Fairuz Imsyar  dan Jenifer dengan tindakan luar kawalan Zara. Fairuz Imsyar hanya menggeleng kepala kerana sedari awal lagi sudah faham dengan sikap Zara yang sedikit kasar. Dan kerana sikap Zara itulah dia mudah jatuh suka dan sayang hingga ambil keputusan mahu berumahtangga dengan Zara. Namun takdir penentu segalanya.

“Tu baru sikit. Ikutkan hati kepala kau aku pecahkan.!” Kata Zara kasar lalu mahu segera beredar dari situ. Tidak mahu berlama-lama di situ kerana hatinya sakit bila melihat lengan Fairuz Imsyar dirangkul erat oleh perempuan mat salih. Rasa tertipu sangat setelah dia setia menanti. Dua tahun bercinta, lapan tahun bertunang. Jarak masa yang lama dia rasa kerana habis masanya menanti lelaki yang tidak setia. Baginya setianya hanya sia-sia.

“Siapa itu?” Tanya Jenifer terkial-kial bersoal dalam bahasa melayu. Tiga bulan selepas berkahwin dengan Fairuz, sudah banyak perkataan bahasa melayu yang dipelajari.

Langkah Zara terhenti. Dia berpaling dan wajah Fairuz Imsyar dipandang tepat. Terangkat kening Zara mendengar soalan Jenifer yang bunyinya sedikit pelik. Dalam hati sempat dia mengejek gaya Jenifer bercakap.

“My loved!” Jawab Fairuz sebak sambil merenung tepat ke wajah Zara lalu mengangkat barang hantaran yang diberikan oleh Zara tadi untuk masuk ke dalam biliknya. Perasaan isterinya tidak penting lagi ketika itu kerana dia benar-benar kecewa. Biar Jenifer tahu, dia tidak pernah ada apa-apa perasaan pada isterinya itu walaupun tahu perempuan mat salih itu sudah lama memujanya.

 “What!!?” Tempik Jenifer berang sambil melihat Fairuz berlalu meninggalkannya di situ. 

Zara segera berlalu dari situ setelah mendengar jawapan Fairuz Imsyar. Zara tahu Fairuz Imsyar ikhlas berkata begtu setelah melihat mata Fairuz sedikit berkaca. Jika nak dibandingkan dengan hatinya dan hati Fairuz, dia lebih rasa tersiksa kerana terpaksa lepaskan buah hatinya pada orang lain.


“SUDAHLAH  tu! Mari makan. Dah dua hari Zara tak makan. Tak guna Zara bersedih. Dia pun dah jadi milik orang lain.” Suara Encik Tahir kedengaran di meja makan. Sejak anak perempuannya putus tunang, hatinya jadi tak senang melihat keadaan Zara seperti orang kematian suami. Ikutkan hati, mahu saja dipaksa Fairuz Imsyar berkahwin juga dengan Zara. Tapi bila Zara sendiri yang tegas tidak mahu, dia terpaksa akur dan rasa lega.  Tambah puas bila penampar sulungnya hinggap di pipi Fairuz Imsyar. Bukan kerana tidak jadi berkahwin dengan anaknya, tetapi kerana kesalahan yang bekas tunang anaknya itu memang tidak boleh dimaafkan.

“Ayah dengan mak makanlah dulu. Kalau Zara lapar, Zara makan.” Ujar Zara lemah. Sejak tadi matanya begitu asyik di kaca tv. Rancangan apa, dia sendiri tidak tahu kerana fikirannya hanya fikirkan Fairuz Imsyar sahaja.

“Kelmarin dengan semalam pun Zara cakap macam tu. Tapi tak makan pun. Penat mak masak makanan kegemaran Zara ni. Zara makan sikit ek? Mak suap nak?” Puan Azizah cuba kembalikan keceriaan Zara. Sudah habis pujuk dia terhadap Zara. Namun anak perempuannya tetap begitu.

Zara hanya menggeleng lemah lantas bangun dari duduknya lalu melangkah  ke dapur.

“Nak kemana tu?” Encik Tahir bertanya. Seperti faham sesuatu.

“Nak ke dapur.”

“Dah habis semua periuk belanga pinggan mangkuk Zara cuci, nak buat apa lagi kat dapur tu?”

Lantas segera kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Malu seketika dengan sindiran ayahnya. Untuk duduk di meja makan sambil menjamu selera dengan orang tuanya, rasanya mungkin tidak. Bukan dia tak rasa lapar. Tapi entah kenapa seleranya bagai tertutup untuk menjamah makanan walaupun sedikit.

“Saya nak bawa anak kita tu jumpa Ustaz Borhan dekat masjid tu.” Puan Azizah mula bersuara setelah kelibat Zara hilang dari pandangaannya.

“Nak buat apa?” Tegas Encik  Tahir bertanya hairan.

“Kembalikan semangat dia.”

Huh! Tak payah. Anak kita tu bukan sakit. Dia dah besar. Dia cikgu sekolah. Boleh fikir sendiri mana baik dan buruk. Tak payahlah awak nak besar-besarkan masalah. Sejak dulu lagi abang memang tak berkenan dengan budak Fairuz tu. Awak tak dengar apa mak bapak budak tu kata hari tu.? Dia diperangkap dengan budak perempuan tu lepas berparti. Dari situ kita dah tahu macam mana perangai dia dekat sana. Abang bersyukur sebab anak kita tak jadi dengan dia.” Bentak Encik Tahir sambil mencedukkan gulai ikan masak tempoyak ke dalam pinggan nasinya.

“Saya pun tahu semua tu. Tapi kasihan anak kita tu. Dah lama dia tunggu si Fairuz tu. Tup-tup jadi macam ni pulak.”

“Cari saja yang lain. Banyak lagi orang lelaki yang boleh dibuat pemimpin. Kalau anak kita kawin dengan si Fairuz tu, abang yakin takkan kekal lama mereka tu.”

Ish! Abang ni. Macam tu pulak. Kata-kata abang tu macam doa tau!”

“Abang tahu! Tapi awak cuba fikir. Awak suka ke bermenantukan budak Fairuz tu bila awak dah tahu dia kaki minum?”

Puan Azizah terdiam. Kelu lidahnya mahu menjawab soalan suaminya. Memanglah dia setuju dengan pendapat suaminya. Namun bila fikirkan perasaan Zara, dia serba salah. Tambah-tambah lagi belum diketahui cerita sebenar dari mulut Fairuz Imsyar sendiri kerana Fairuz Imsyar hanya berdiam semasa ditanya selepas mendapat hadiah dari telapak tangan suaminya.

Zara diam dalam bilik sambil mendengar perbualan emak dan ayahnya. Walaupun rasa marah, terkilan, bersedih dan kecewa, jauh disudut hatinya, dia bersyukur kerana tidak ada jodoh dengan Fairuz Imsyar. Baru hari ini dia tahu selama ini hubungannya dengan Fairuz Imsyar tidak mendapat restu dari ayahnya. Namun dia tetap tidak dapat melupakan Fairuz Imsyar  dengan mudah.

Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama lelaki itu. Jika dikikis, dibuang hari-hari pun tak mungkin habis kerana kenangan itu terlekat kemas, utuh dan kukuh di sanubarinya. Masakan boleh dilupakan begitu saja. Fairuz Imsyar adalah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya setelah bermacam-macam usaha yang lelaki itu lakukan demi mendapat perhatiannya.  Kerana kesungguhan itulah yang membawa kepada kepercayaan dan keyakinan dalam diri Zara untuk terima Fairuz Imsyar sebagai teman hidupnya dunia akhirat. Tapi bila telah terjadinya perkara sebegini, tidak disangka rasa sayang dan kasih yang dirasa ketika dulu kini bertukar kepada benci yang teramat sangat.

Jika dulu dia bermati-matian mempertahankan cintanya jika ada yang cuba menyangkal rasa cintanya pada Fairuz Imsyar. Bersungguh-sungguh dia menyatakan bahawa Fairus Imsyar adalah segla-galanya dan sama sepertinya.

Zara beralih pandang pada telefon bimbitnya yang sejak tadi tak henti-henti berdering. Dia tahu siapa di talian. Baginya tak guna lagi Fairuz Imsyar  terus menghubunginya. Walau seratus juta alasan yang dicipta, kenyataan tetap tidak boleh berubah. Fairuz sudah sah menjadi milik orang lain. Akhirnya Zara menitipkan email pada Fairuz Imsyar agar lelaki itu tidak terus berharap.

-Salam.. Zara terima semuanya jika sudah takdir kita begini. Terus terang Zara cakap yang sebenarnya Zara memang susah nak terima. Abang berhak tentukan siapa yang layak menjadi suri hidup abang. Walaupun Zara terkilan dengan keputusan abang ni, Zara akan terus belajar terima hakikat.-

-Harapan Zara agar abang teruskan hidup abang dengan isteri abang dalam rukun dan damai. Perasaan Zara tak usahlah abang risaukan. Zara tahu jaga diri Zara sendiri. Selama  abang dekat sana pun, abang jarang nak ambil tahu hal Zara. Zara tahu abang sibuk. Dan kenyataan sibuk yang abang pernah cakapkan dulu, akhirnya Zara faham setelah melihat dia di sisi abang.-

-Zara tahu abang masih sayangkan Zara.  Tapi Zara sendiri tak tahu apa perasaan Zara sekarang pada abang. Yang Zara rasa sekarang, Zara tak boleh lupakan abang. Tipulah kalau Zara kata Zara tak marah. Siapa tak marah kalau apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Bertahun Zara tunggu abang. Tapi ini yang Zara dapat.-

-Zara marah, sedih, geram, sakit hati dan cemburu pada dia. Tapi apa guna Zara luahkan semua ni pada abang jika dia sudah berhak ke atas abang.? Doa Zara agar abang bahagia bersama dia. Belum terlewat lagikan jika Zara ucapkan selamat pengantin baru pada abang? Harapan Zara agar abang lupakan Zara seperti mana Zara sedang berusaha untuk lupakan abang. Zara tahu tugas ini terlalu sukar untuk Zara lakukan. Tapi Zara akan cuba. Dan Zara yakin abang pasti akan berjaya lupakan Zara kerana sesungguhnya abang memang sejak awal lagi sudah berjaya lupakan Zara.. Jika tidak, mana boleh dia jadi milik abang. Betul tak?-

-Please..! berhenti hubungi Zara. Kerana Zara tak mahu ada apa-apa ikatan lagi dengan abang. Salam dari ZARA..

Zara mengesat pipi basahnya setelah email pada Fairuz Imsyar selamat dihantar. Rasanya itu sudah cukup buat Fairuz Imsyar faham apa yang dia rasa dan harapkan.

No comments: