PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 13 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 13

NIRMALA melangkah penuh yakin sambil menuruni anak tangga. Baju kurung kuning lembut bersama tudung labuh berwarna kuning cair menyerlahkan kejelitaannya dan kelembutannya. Selepas solat asar tadi, Nirmala mula bersiap kemas. Tertanya-tanya dia sendiri. Bagaimanalah agaknya penampilannya sepanjang ingatan dia belum pulih. Jika dia jenis yang suka mendedahkan aurat, rasa berdosa yang teramat sangat sudah tentu pada yang maha kuasa. Paling memalukan jika arwah Fir Luqman tahu akan hal itu. Tapi bila melihat gambar perkahwinannya dengan Fazhan, dia boleh lepas nafas lega. Walaupun penampilannya agak moden dari dulu, dia bersyukur kerana dia masih menjaga tatasusila berpakaian.

Fazhan tergamam melihat penampilan Nirmala. Dia terpegun. Dalam hati dia ucap syukur kerana Nirmala yang dia kenal buat pertama kali dahulu kini sudah berada depan matanya. Hampir-hampir dia menghirup kopi panas yang baru dihidangkan oleh pembantu rumah tadi kerana leka memerhatikan isterinya.

“Amboi..cantiknya anak maklong ni. Mala nak pergi mana? Kan baru balik je. Rehatlah dulu.”

“Mala nak balik rumah Mala, maklong. Apalah agaknya jadi dengan rumah abang Luqman tu.”

“Tak payahlah Mala pergi sana lagi. Mala tinggallah dekat sini. Anak-anak mala kan ada di sini” Sampuk Dato Hamdan tenang.

Sepantas kilat wajah Dato Hamdan ditatap tepat, tajam dan ada sinar kebencian  di situ.

“Bukankah dulu ayah yang haramkan kami anak beranak jijak lantai rumah ayah ni. Kenapa sekarang baru nak kami tinggal dekat sini? Kalau tak kerana sikap ayah, hidup Mala takkan jadi macam ni.”

“Mala! Kenapa cakap macam ni dengan ayah?” Tegur Fazhan tegas walaupun lembut.

“Awak diam! Siapa awak nak menegur saya? Jangan anggap awak galas tanggungjawab ni, arwah Luqman akan restu.” Bentak Nirmala kasar.

Terus saja Fazhan kelu lidah. Baginya tiada guna bertegang urat dengan orang yang masih tidak boleh terima kenyataan.

“Sabar Mala. Maklong tahu Mala tak boleh terima berita tentang Luqman. Tapi itukan sudah takdir. Kalau Mala terus macam ni, Maklong yakin mesti Luqman tak tenang dekat sana. Istigfar banyak-banyak. Ingat tuhan. Mala tak boleh berterusan macam ni. Maklong takut nanti Mala jatuh sakit.” Pujuk Maklong Hasmah sambil memeluk Nirmala.

“Macam mana Mala nak terima, maklong? Mala terima abang Luqman pergi walaupun Mala sedih dia pergi dengan cara macam tu. Tapi yang Mala  tak boleh terima bila Mala bukan lagi milik abang Luqman sedangkan dia pernah kata akan setia menanti Mala walaupun dia pergi dulu.” Herdik Nirmala lalu teresak-esak dalam pelukan maklong Hasmah.

“Fazhan dah jadi suami Mala. Jadi Mala kena terima dia. Tambah lagi Anis tu kecil sangat lagi. Tak patutlah kalau Mala tinggalkan dia.”

Pelukan di tubuh tua Maklong Hasmah dilepas perlahan. Wajah Dato Hamdan dipandang tepat.

“Ayah seronokkan lihat hidup Mala macam ni? Memang ini yang ayah harapkan dari dulu. Betul tak? Tahniah ayah, sebab impian ayah untuk menantukan Khir Fazhan Haji Bakhtiar tercapai. Tapi Mala tetap tak boleh terima dia.”

“Ayah tak salah dalam hal ni. Abang yang salah.” Pantas Fazhan bersuara. Kasihan dia lihat Dato Hamdan yang kelu lidah.

“Wah! Hebat Dato Hamdan. Dah ada pembela sekarang ni. Tahniah sekali lagi.” Kata Nirmala sinis pada Dato Hamdan sebelum beralih pada Fazhan.

“Memang awak salah pun.! Salah kerana dalam diam menyintai isteri orang. Salah kerana bersahabat dengan seorang sahabat yang mudah percaya pada sahabatnya hingga tak sedar ada niat tak baik dalam diri sahabatnya. Tapi saya berterima kasih pada awak kerana mendidik anak kami menjadi anak yang baik. Terus terang saya cakap yang saya tak boleh terima awak. Seawal dari dulu lagi memang saya takkan boleh terima awak. Saya minta maaf.” Kata Nirmala lantas keluar dari rumah itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

“An ikut dia, ayah, maklong!”

“Tak payahlah An. Lagipun kita tahu mana dia pergi.”

“An takut dia buat perkara yang tak betul nanti..!”

“An janganlah risau. Mala bukan perempuan yang macam tu. Maklong kenal dengan anak maklong tu. Marah dia tak lama. Maklong yakin nanti dia balik. Dia bukan boleh berenggang lama dengan anak dia. Lagipun maklong tahu kenapa dia nak balik situ.” Kata Maklong Hasmah sayu. Maklong Hasmah yakin, sudah tentu surat yang pernah Fir Luqman titipkan untuk Amil Zaquan yang menjadi buruan Nirmala sekarang. Tambah pula, surat itu Nirmala sendiri tak tahu apa yang dituliskan oleh arwah suaminya.


DATO HAMDAN menghabiskan masa petangnya di bilik bacaan. Potrek isterinya yang pernah dilukis sendiri oleh Nirmala, ditatap penuh asyik hingga tak sedar masa sedang berlalu. Jika dapat diputarkan kembali masa lalu, akan diperbetulkan, diperelokkan dan diperindahkan agar tiada lagi cacat cela dalam keluarganya.

Hampir tiga puluh tahun yang lalu hidupnya pernah terisi indah apabila mendapat berita tentang kehamilan isterinya setelah hampir lima tahun mendirikan rumahtangga. Walaupun perkahwinannya dengan Mazidah atas keterpaksaan keluarga, dia terima dan bahagia. Layanan Mazidah benar-benar membawanya mengenal realiti alam berumahtangga. Namun siapa sangka, insan yang disayangi pergi untuk selamanya selepas melahirkan Nirmala. Baginya cukuplah Nirmala seorang sahaja anaknya sebagai pengubat rindu pada arwah isterinya.

Namun kini Dato Hamdan kecewa lagi bila ditinggalkan pergi oleh satu-satunya anak yang dikasihi. Melihat langkah Nirmala pergi tadi, jiwanya sebak. Kata kesal tiada guna lagi ketika itu. Walaupun tahu itu sudah takdir, jauh disudut hatinya masih tetap rasa kesal. Jika tidak kerana sikapnya yang mementingkan darjat dan keturunan, sudah pasti anaknya tidak jadi begitu.

Dato Hamdan berjalan malas menuju ke jendela lalu melabohkan punggungnya di sebuah kerusi yang mengadap jendela. Pandangannya jauh ke arah sebuah pokok besar dimana terukir sesuatu yang indah dan sukar untuk dia kikis buang.

“Ayah kena ingat tau! Dalam hati ayah ada emak. Dalam hati emak ada ayah. Tapi dibalik hati ayah dan emak, ada hati Mala. Dan dalam hati Mala ada hati ayah dan emak.” Kata Nirmala sambil mengukir perkataan ”Mala Lve  Emak n Ayah..”

Tersenyum-senyum Dato Hamdan melihat Nirmala yang kreatif mengukir nama di kulit pokok itu. Memang sedari awal lagi, dia tahu Nirmala memang berbakat dalam lukisan dan ukiran.

“Maknanya, apa tu? Boleh Mala jelaskan? Berbelit-belit ayah dengar Mala cakap. Pening sekajap ayah rasa nak fikirkan maksudnya.” Pinta Dato Hamdan cuba berseloroh. Yang sebenarnya bukan dia tak faham Cuma sengaja buat-buat tak faham. Mendengar anaknya bercakap buat hatinya terbuai-buai. Lucu sangat!

“Maknanya..Mala yang kecil ni mempunyai hati yang besar dan kuat dari hati ayah dan emak,  sebab boleh selitkan hati ayah dan emak yang besar tu.” Mengekek-ngekek Nirmala ketawakan ayahnya selepas mengenakan ayahnya yang seperti serius mahu tahu jawapan dari mulutnya.

“Ye ke? Macam tu pulak!”

“Mala tahu ayah rindukan arwah emak. Mala tak kisah kalau ayah nak cari pengganti emak. Mala faham. Tapi kalau boleh, ayah carilah yang benar-benar sayangkan ayah dan boleh terima Mala.” Ucap Nirmala sayu.

Dato Hamdan tersenyum sendiri bila mengingatkan kembali detik-detik itu. Masih terbau haruman rambut Nirmala ketika mencium ubun kepala Nirmala ketika itu. Anak kecilnya itu memang petah bercakap walaupun baru bermur lapan tahun.

Kini masa itu pasti tak akan kembali lagi. Jiwanya sebak. Mengalir juga air matanya yang ditahan sejak tadi. Wajah sedih arwah isterinya terbias di mata. Dato Hamdan yakin, arwah isterinya pasti kecewa kerana dia tak pandai melayan anak. Janjinya pada isterinya dulu untuk terus membahgiakan anak mereka telah diingkari.

“Ingat bang! Anak kita cuma sorang ni saja. Jangan sesekali abang kecewakan dia. Didiklah dia sepenuh kasih abang. Curahkan dia dengan pegangan agama yang kuat. Idah yakin, hanya dengan agama yang lengkap di dada saja boleh menjamin kebahagiaan abang dan anak kita.”

Dato Hamdan mengeluh sambil menyeka air matanya yang mengalir. Jika dingat kembali, rasanya sudah cukup didikan agama yang diberi pada anaknya selama ini.  Tapi bila melihat cara Nirmala bercakap tadi, dia yakin dia sudah gagal.

“Abang minta maaf. Abang berdosa. Abang tak pandai didik anak kita. Abang dah kecewakan dia. Abang dah kecewakan Idah.” Bisik Dato Hamdan sendiri.

Memang dia rasa bersalah atas apa yang berlaku pada anak menantunya. Banyak kesalahan yang dia lakukan hingga yang menderita adalah anaknya sendiri. Rasa bersalah apabila menghalang hubungan cinta Nirmala dan Fir Luqman. Rasa bersalah kerana menghalau anak dan menantunya keluar pada malam hari pernikahan mereka. Rasa bersalah kerana cuba merancang untuk memisahkan mereka. Dan yang paling dia kesalkan ialah cuba menjatuhkan menantunya sendiri hanya kerana gagal dapatkan tender yang bernilai ratusan juta ringgit. Bila mendapat tahu apa yang berlaku pada Fir Luqman, boleh pula dia menarik nafas lega. Layakkah dia menjadi seorang ayah yang berjaya?

Pada pendapatnya, Nirmala akan bahagia selepas dikahwinkan dengan Fazhan. Tapi setelah apa yang terjadi tadi, dia yakin hidup Nirmala akan lebih teruk.

Dato Hamdan sekali lagi menyeka air matanya. Pada ketika itu tiada lain yang diharapkan melainkan kepulangan anaknya. Walaupun tahu di mana letaknya rumah Fir Luqman, hatinya tetap tidak selesa selepas Nirmala melangkah keluar tadi. Risau kalau-kalau Nirmala tidak kuat berada dalam rumah itu.

Dulu selepas beberapa hari Nirmala dan Fir Luqman keluar dari rumahnya, dia cuba mengintip anaknya dari jauh. Walaupun hati tengah marah, dia bersyukur kerana Fir Luqman menyediakan tempat tinggal yang selesa pada anak perempuanya. Namun segala-galanya bermula selepas dia gagal mendapatkan beberapa projek. Bila diselidik, rupanya selama ini Fir Luqman yang menjadi saingan utamanya. Paling buat dia tercabar selepas dia gagal mendapat tender di Kuantan. Dia begitu berharap agar tender itu lepas ke tangannya. Tapi tak disangka Fir Luqman lebih hebat darinya. Dan sejak itulah dendamnya semakin menggunung-gunung pada Fir Luqman. Walaupun begitu dia tidak pernah merancang agar menantunya mendapat musibah begitu. Sebenarnya dia pernah merancang mahu mengenakan Fir Luqman dengan dadah setelah mendapat tahu syarikat Fir Luqman banyak mendapat tender. Tapi rancangannya tak berjaya kerana berjaya dikesan oleh beberapa pekerja Fir Luqman. Nasib baiklah Fir Luqman tidak membawa kes itu ke muka pengadilan. Kalau tidak semakin malulah dia pada Nirmala.


NIRMALA kuatkan semangat melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sejak dari rumah Dato Hamdan tadi, dia nekad mahu pulang ke rumahnya. Walaupun hati masih tidak kuat, dia cuba juga setelah rindunya pada Fir Luqman tak dapat dibendung lagi.

“Puan Mala! Masyaallah..! kami ingatkan siapa tadi. Masuk! masuk!” Sergah satu suara dari dalam pintu pagar.

Nirmala mengeluh lega. Sejak sampai tadi, dia begitu teruja melihat persekitaran rumahnya terjaga elok. Rupanya Pak Mihat dan isterinya yang bersusah payah menjaga rumahnya selama ini.

“Puan Mala dah sihat?” Tanya Mak Tun isteri kepada Pak Mihat.

“Sihat Mak Tun.”

“Amil macam mana? Sejak Kak Hasmah bawa dia pulang ke rumah ayah puan, kami tak ada peluang lagi nak menjaga dia. Rindu sangat!” Sayu kedengaran suara Mak Tun.

Nirmala faham apa yang dirasakan oleh pasangan suami isteri itu. Jika dulu, pada Mak Tunlah tempat dia mengharap kasih selepas mengambil sepasang suami isteri itu berkerja di rumahnya. Kata arwah Fir Luqman dulu, mereka pernah menjadi sukarelawan di rumah anak yatim di mana tempat Fir Luqman tinggal dahulu. Selepas dua hari melahirkan Amil Zaquan, Fir Luqman mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah dari warga Indonesia.

“Dia sihat Mak Tun. Nantilah! Bila-bila nanti Mala datang bawak dia sekali. Mala datang ni nak tengok rumah abang Luqman ni. Tak sangka Mak Tun dan Pak Mihat masih sudi jadi penghuni rumah ni. Sekurang-kurangnya abang Luqman tak sunyi.”

“Dua bulan sekali Pak Mihat buat majlis tahlil dalam rumah ni untuk  Luqman. Mak Tun minta maaf sebab tak pernah jemput Puan Mala sebab ayah Puan Mala pernah pesan agar jangan ungkit sejarah dulu pada Puan Mala.”

“Tak apalah Mak Tun. Mala faham. Terima kasih sebab adakan majlis untuk abang Luqman. Mala bercadang malam ni Mala nak tidur sini. Boleh tak Mak Tun?”

“Apa Puan Mala cakap ni? Nikan rumah puan Mala jugak. Kami yang sepatutnya minta izin tinggal dalam rumah ni. Dulu ada si Susi, Mak Tun adalah kawan nak berbual hal perempuan. Tapi lepas dia balik Negara dia, Mak Tun sunyi tak ada kawan. Hari ni Mak Tun bersyukur sebab puan dah balik. Senang hati Mak Tun.” Ujar Mak Tun merendah diri.

Nirmala tersenyum lega. Dengan langkah peelahan, Nirmala mula begerak hingga ke atas di mana bilik tidurnya bersama Fir Luqman.

Terbuka saja pintu bilik, Nirmala sudah tidak dapat menahan sebak. Terduduk dia bila menatap gambar perkahwinannya dengan Fir Luqman. Pada mulanya hanya sebak di dada. Tiba-tiba mata dan wajahnya menjadi panas. Dengan sekelip mata, Nirmala meraung sekuat hati memanggil nama suaminya.

“Kenapa abang tinggalkan Mala..? Apa salah Mala? Abang janji akan setia pada Mala. Baliklah bang..! Mala rindukan abang. Mala nakkan abang..!” Raung Nirmala kuat hingga suaranya kedengaran hingga ke bawah rumah.

Bergegas Mak Tun dan Pak Mihat ke dalam biliknya.

“Sabar Puan.! Bawa mengucap. Kuatkan semangat. Tak baik puan macam ni. Tak tenang Luqman dekat sana. Mak Tun faham perasaan puan. Tapi puan tak boleh berterusan macam ni!” Pujuk Mak Tun lantas memeluk erat tubuh kecil Nirmala. Dia juga turut sebak melihat keadaan majikannya.

“Saya tak kuat Mak Tun. Apa saya nak buat tanpa abang Luqman? Kenapa dia tak bawa saya sekali.? Saya buntu. Saya tak tahu nak teruskan kehidupan saya lepas ni. Apa yang harus saya buat, Mak Tun?”

“Doakan dia. Hanya cara tu saja puan dapat berhubung dengan dia. Dia tahu puan sayang dan cintakan dia tapi dia akan sedih kalau lihat puan terusan macam ni.” Ujar Mak Tun sambil memeluk dan memujuk Nirmala.

“Saya dah cuba, Mak Tun. Dari semalam saya cuba kuatkan semangat, tapi tetap tak boleh. Dalam fikiran saya sekarang ni cuma nak mati saja agar saya boleh berjumpa dengan abang Luqman.”

“Astagfirullahalazim Puan..! Tak baik fikir macam tu. Kita orang islam, ada pegangan!”

“Saya dah jadi milik orang lain. Tak mungkin saya akan jadi milik abang Luqman lagi.”

“Kan itu sudah menjadi ketentuan Allah. Puan kena terima. Lagipun puan kena fikirkan juga tentang Amil. Dia masih kecil. Dia perlukan seorang bapa. Puan tak sayang Amil?”

Nirmala bagai baru tersedar bila nama anaknya disebut oleh pembantu rumahnya itu. Bergegas dia bangun lalu melangkah kearah meja kerja Fir Luqman. Laci sebelah kiri dibuka. Nirmala kembali sebak. Masih ada tersimpan sampul surat dimana Fir Luqman yang menaruhnya di situ pada malam terakhir mereka bersama. Sampul surat itu dipegang dan di kucup lama. Dalam hatinya mengharapkan bau aroma badan Fir Luqman di situ. Namun dia hampa kerana yakin sudah lima tahun masa berlalu, mustahil aroma itu masih berkesan.
Nirmala bergerak pula pada almari pakaian Fir Luqman. Sekali lagi dia terduduk lemah menahan sebak. Kain pelikat dan baju teluk belanga yang selalu dipakai oleh Fir Luqman dicium berkali-kali. Kali ini dia tersenyum bila mendapati bau badan Fir Luqman masih ada di situ.

“Kain tu Mak Tun guna untuk Amil dulu. Sehari selepas kejadian, dia asyik menangis. Bila bagi kain tu dia terus diam. Tapi lepas Kak Hasmah bawak dia pulang ke rumah ayah puan, kain tu ditinggalkan saja di situ. Mak Tun tak berani nak basuh sebab takut bila-bila Kak Hasmah datang nak ambil kain tu.”

“Terima kasih Mak Tun! Mak Tun pergilah turun dulu. Jangan risaukan saya. Saya okey.” Ucap Nirmala sebak. Kain pelikat milik Fir Luqman dicium lama.

“Baiklah. Kalau puan nak apa-apa, jerit saja. Nanti Mak Tun datang.”

Nirmala hanya mengangguk lalu bangun dan kembali duduk di meja soleknya. Minyak wangi kegemaran Fir Luqman dibuka lalu disembur ke cermin. Apabila bau yang semerbak itu berkeliaran dalam bilik, Nirmala tersenyum sendiri. Dapat dirasakan kehadiran Fir Luqman dalam bilik itu.

“Mala rindukan abang! Abang tak rindu Mala?” Tanya Nirmala sebak sambil menyeka air matanya. Matanya dipejamkan beberapa saat. Dicuba membayangkan jika Fir Luqman berada di situ.
Nirmala melangkah semula ke meja tulis Fir Luqman. Kertas-kertas kerja yang susun kemas ditarik dan dibaca. Nirmala baru teringatkan syarikat milik Fir Luqman yang sudah lama terbiar. Komputer riba Fir Luqman dibuka. Tersenyum lebar bibirnya dalam sebak bila melihat wajahnya sedang tersenyum malu ketika dikucup oleh Fir Luqman. Nirmala tahu, itu adalah gambar di mana selepas mereka dinikahkan.
Semua perkara-perkara yang berada dalam folder yang bernama FirMan adalah berkisahkan tentang syarikat. Nirmala masih ingat, Fir Luqman pernah beritahunya pada malam kejadian tentang syarikat yang kini diletakkan atas nama Nirmala sebagai pengarah dan Amil Zaquan sebagai waris tunggal.
Nama seseorang dicari. Apabila jumpa Nirmala segera menghubungi. Lega rasanya bila panggilan berjawab.

“Saya nak cakap dengan peguam  Ahmad Danial yang dilantik oleh arwah suami saya Fir Luqman.”

“Ye saya bercakap. Puan ni Puan Nirmala ke?”

“Ye saya. Saya nak tahu tentang perkembangan syarikat sekarang. Masih beroperasi atau sudah berhenti.”

“Untuk pengetahuan Puan, syarikat suami puan masih beroperasi seperti biasa. Kalau puan nak tahu lebih lanjut, puan boleh tanya sendiri dengan Encik Jefri Abdullah. Dia merupakan penasihat dalam syarikat suami puan ni.”

Sekali lagi Nirmala mengeluh lega. Bila nama Jefri disebut, Nirmala sudah membayangkan wajah abang angkatnya itu. Serta merta juga wajah-wajah keluarga angkatnya terhias di mata.

Tamat perbualan dengan peguam Ahmad Danial, Nirmala mula menghubungi Jefri. Sedikit kesal kerana Jefri berada di Sudan atas urusan kerja.

Nirmala tarik nafas lega. Hatinya sudah boleh mahu menerima suasana bilik itu. Melihat arah bilik air, dia tersenyum. Laluan itulah yang sering digunakan untuk berlari apabila dikejar oleh Fir Luqman. Dipandang pula arah balkoni. Sekali lagi Nirmala tersenyum bila ingat disitulah setiap malam akan dihabiskan masa berbual sambil pinggangnya dipeluk oleh Fir Luqman sebelum tidur.

“Mampukah Mala lupakan abang? Mala tak yakin Mala boleh buat macam tu. Tapi Mala tak sangka setakat itu saja sayang abang pada Mala. Sampai hati abang tinggalkan Mala. Apakah abang memang berniat nak tinggalkan Mala?” Bisik hati Nirmala sendiri sambil menyapu pipinya yang basah.

 Minggu depan dia bercadang mahu melawat syarikat yang sudah lima tahun tak dikunjung pandang. Nirmala yakin dia boleh uruskan syarikat itu walaupun adakalanya dia rasa bosan. Dulu pun dia selalu menolong Fir Luqman di syarikat jika ada masa lapang. Dan kini dia yakin boleh handle sendiri. Tambah-tambah lagi bila tahu Jefri adalah penasihatnya.

Apa yang difikirkan sekarang adalah pesanan Fir Luqman dulu. Harapan Fir Luqman untuk melihat Amil Zaquan mengambil alih syarikat akan diusahakan hingga cita-cita suaminya tercapai.

“Abang jangan risau. Mala akan didik anak kita sampai cita-cita abang tercapai.” Bisik Nirmala sendiri lalu nafas berat dilepaskan perlahan-lahan. Sudah ditanam azam dalam hati agar impianya akan jadi kenyataan. Harapannya kini hanya pada Amil Zaquan sahaja.


FAZHAN mengeluh panjang. Sejak Nirmala keluar dai rumah pagi tadi, hatinya jadi tak senang. Ingin saja dia ke rumah Nirmala untuk membawa isterinya pulang. Soalan yang sering ditanya Amil Zaquan tentang ibunya, sudah muak dia mahu menjawab. Namun kerana kasih pada kanak-kanak itu, disabarkan hati.

Tadi selepas mendapat khabar dari Maklong Hasmah yang Nirmala tidak pulang kerana bermalam di sana, dia semakin tertekan. Tertanya-tanya dia sendiri, apakah Nirmala tidak mahu pulang terus ke rumah Dato Hamdan? Andainya itu yang berlaku, dia sendiri yang akan pergi memujuk agar isterinya pulang demi anak-anak.

No comments: