PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 5 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 5
BERGEGAS Fazhan ke hospital setelah mendapat panggilan dari Dato Hamdan tentang keadaan Nirmala yang tiba-tiba jatuh ketika keluar dari dapur. Mulutnya tak henti-henti berzikir agar mendapat ketenangan selepas mendengar berita itu. Tak dapat dibayangkan keadaan Nirmala yang sudah sarat. Jika dihitung, isterinya bakal melahirkan anak pertama mereka pada dua minggu lagi. Tapi bila Dato Hamdan beritahu yang Nirmala mengalami pendarahan yang teruk, dia yakin bila-bila masa sahaja isterinya akan bersalin dan mungkin akan dipaksa bersalin.

Sampai di hospital wajah Dato Hamdan dan Amil Zaquan yang dicari dulu. Fazhan menjadi cemas apabila melihat Amil Zaquan menangis di pangkuan Dato Hamdan. Tubuh Amil Zaquan dipeluk dan dibelai manja memujuk.

“Amil mintak maaf, papa. Amil yang salah. Amil tak jaga mama dengan baik.” Kata Amil Zaquan teresak-esak.

“Amil tak salah, sayang! Amil anak yang baik. Selama ni kan Amil yang jaga mama.” Pujuk Fazhan sayu. Fazhan cuba bertenang selepas duduk di sebelah Dato Hamdan.

“Dokter kata apa, ayah?” Tanya Fazhan perlahan. Mendengar keluhan lemah Dato Hamdan, hatinya semakin tak tenteram.

“Tak tahulah An. Dari tadi sampai sekarang, siapa pun tak keluar dari bilik kecemasan tu.” Ujar Dato Hamdan kecewa.

Fazhan mula berdiri dan berjalan mundar mandir di hadapan pintu bilik kecemasan. Berkali-kali wajahnya diramas kasar menghalau kegusaran yang bersarang dalam jiwa. Jiwanya kacau sekali. Dalam fikiran bermacam-macam yang difikirkan seandainya berlaku perkara buruk pada Nirmala.

Teringat pesanan isterinya ketika melangkah keluar mahu pergi kerja pagi tadi. Kata-kata itu masih melekat dalam ingatan dan tangkai hatinya. Baginya kata-kata itu bagai satu pesanan yang menyesakkan jiwa. Patutlah hatinya tak senang sepanjang berada di pejabat tadi..

“Abang ingat tau! Apa-apa yang jadi lepas ni dalam kehidupan seharian kita, Mala nak abang terima dengan hati terbuka. Mala tahu abang sayangkan Mala, dan begitu juga Mala sayang sangat dekat abang. Tapi seandainya terjadi sesuatu yang kita tak mahu jadi, Mala nak abang redha. Dan Mala nak abang janji abang terus setia pada Mala. Abang tahukan bagaimana perasaan Mala pada abang sejak dulu? Susah payah Mala nak pikat abang. Dan akhirnya Mala dapat juga memiliki abang. Mala tak kisah kalau abang ada yang lain. Tapi Mala nak abang tahu, dalam hati Mala hanya ada abang sahaja.”

Hey! Kenapa tiba-tiba cakap macam ni? Siapa yang Mala maksudkan orang lain tu? Abang tak pernah ada orang lain selain Mala tau! Dari mana belajar suka bercakap yang bukan-bukan ni?” Fazhan bertanya pantas setelah melihat mata Nirmala sudah mula berkaca-kaca. Kalaulah Nirmala tahu yang dia sudah lama gila bayang pada Nirmala, pasti Nirmala tak percaya. Tambah-tambah lagi sebelum mereka ambil keputusan untuk mendirikan mahligai bersama, Fazhan tidak pernah ungkapkan kata-kata sayang dan cinta pada Nirmala.

“Yang Mala maksudkan ialah perkara-perkara yang bakal terjadi selepas ni. Kita tak tahukan, apa akan terjadi di masa-masa akan datang! Sebab tu Mala nak yakinkan pada abang yang Mala benar-benar sayangkan abang. Mala tahu dulu abang bosan sepanjang berkawan dengan Mala. Mala banyak memaksa abang terima Mala walaupun hati abang kata tak mahu. Tapi bila pertama kali abang cakap ‘I love You’ pada Mala masa dekat Langkawi dulu, Mala rasa macam dunia ni Mala yang punya. Sekarang Mala nak tahu, adakah ucapan yang abang ungkapkan tu benar-benar ikhlas untuk Mala?” Nirmala inginkan kepastian. Sebelum mereka berkahwin, hanya dia saja yang terhegeh-hegeh pada Fazhan sedangkan Fazhan tak pernah tunjuk nakkan dia.

Fazhan bagai tersedar selepas mendengar hujah Nirmala yang panjang lebar. Baginya kata-kata yang keluar dari bibir isterinya itu bagai belati yang menghiris hati. Tak disangka selama ini Nirmala menganggapnya begitu sedangkan selama tujuh tahun dia mengenali Nirmala, hanya wajah itu yang sering menjadi peneman di kala hatinya luka. Terfikir juga olehnya yang semua itu salahnya juga kerana tidak terang-terang menunjuk yang dia benar-benar sayang dan cintakan Nirmala. Tapi apa boleh buat, rasa bersalah pada Fir Luqman masih berbaki dalam hati walaupun kini Nirmala memang sah-sah miliknya.

Pipi Nirmala yang basah diseka lembut. Dahi Nirmala yang sejuk dikucup berkali-kali. Nafas ditarik dan dilepaskan lembut sebelum membalas kata-kata isterinya tadi. Hatinya tersentuh melihat air mata Nirmala berjurai. Faham dengan sikap Nirmala yang sentiasa happy. Bila melihat air mata yang mengalir dia turut tersentuh.

“Mala dengar sini. Abang nak Mala ingat kata-kata abang ni hingga akhir hayat Mala.” Lantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari saku seluar dan mula menghidupkan video kamera. Telefon bimbit itu dihalakan di hadapan Nirmala.

Nirmala tersenyum faham dengan maksud Fazhan. Teringat dulu, Fazhan pernah buat macam tu sebelum mereka berkahwin.

“Ditakdirkan satu hari nanti abang pergi dulu, abang redha andai tertulis Mala ada yang lain. Abang restu apa saja yang menjadi pilihan Mala. Tapi seandainya Mala yang pergi dulu, percayalah yang abang akan terus setia pada Mala. Abang nak Mala tunggu abang di sana. Sebabnya cuma satu. Abang terlalu sayang dan cintakan Mala dari hati abang dan sepenuh jiwa raga abang. Bukan sengaja abang bersikap acuh tak acuh pada Mala selama ini. Abang ada sebab kenapa abang bersikap macam tu. Tak perlulah Mala tahu kerana hal tu dah jadi sejarah. Tak perlulah kita nak ungkit kembali. Yang perlu Mala tahu ialah, abang benar-benar sayangkan Mala. I Love You so so so much.! Abang tahu hati Mala kecewa dengan layanan abang. Kalau boleh Mala nak dengar ungkapan tu setiap hari, setiap masa dan ketika. Percayalah yang abang memang nak ucapkan kata-kata tu setiap hari pada Mala tapi abang rasa abang tak layak untuk Mala. Buat pertama kali Mala nyatakan hasrat untuk jadi girlfriend abang, abang rasa macam nak pitam. Tak sangka selama ni apa yang abang idamkan menjadi milik abang akhirnya.”

Hati Nirmala berbunga-bunga. Senyuman lebar yang terukir di bibirnya jelas menunjukkan yang dia rasa bahagia.

“Betul abang cintakan Mala?” Tanya Mala tanpa memandang pada skrin telefon bimbit yang masih terpasang.

“Demi Allah! Kalau Mala tak percaya, Mala tanyalah pada ayah. Ayah pun tahu.”

“Hah? Betul ke ni? Ayah tak pernah cakap pun! Tapi kenapa abang tak pernah cakap yang abang cintakan Mala?” Teruja Nirmala ingin tahu.

“Sebab abang rasa abang tak layak. Abang tak setanding dengan Mala. Tambah-tambah lagi beberapa tahun dulu, hati Mala bukan pada abang. Mala tengok abang pun macam tak sudi nak pandang. Macamlah abang ni buruk sangat.” Cerita Fazhan menjauh.

Nirmala berkerut wajah  sambil tersenyum pelik. Sedar akan dia yang hilang ingatan, dan kerana itu juga terdetik ingin tahu siapa yang Fazhan maksudkan.

“Hati Mala pada orang lain? Tapi pada siapa sebenarnya?”

Soalan Nirmala buat Fazhan tersentak. Baru tersedar kata-katanya sudah terlebih. Namun apakan daya. Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata terima sajalah..! akhirnya Fazhan nekad mahu berterus terang.

“Betul Mala nak tahu?”

Yupp!”

“Abang janji akan ceritakan semuanya malam nanti andai Mala janji sesuatu dengan abang.”

Okey! Mala janji.” Ujar Nirmala selepas beberapa saat berfikir.

“Ditakdirkan selepas ni ingatan Mala pulih, apakah Mala akan beralih arah dari abang?”

Nirmala tersentak.Wajah Fazhan dipandang tepat. Dalam hati tak tahu apa jawapan yang perlu diberi kerana dia benar-benar tak tahu.

“Mala tak tahu. Tapi Mala akan cuba menerima abang sebab abangkan suami Mala.” Jawapan Nirmala buat Fazhan tersenyum walaupun hatinya masih was-was.

Okey.! Abang terima. Tapi sebelum tu, abang nak Mala tahu, setiap perkara yang akan abang ceritakan pada Mala nanti tujuan abang hanya satu. Untuk memiliki Mala. Sebab abang benar-benar sayang dan cintakan Mala sepenuh hati abang.”

Nirmala tersenyum nipis sambil menatap wajah suaminya. Dalam hati dia sudah berbunga-bunga kerana selama ni dia tak bertepuk sebelah tangan.

Lamunan Fazhan berakhir apabila terdengar bunyi pintu bilik kecemasan dibuika. Melihatkan wajah seorang pemuda berpakaian putih sambil menutup muka, Fazhan pantas mendapatkannya.

“Macam mana isteri saya, dokter?” Kalut Fazhan bertanya.

“Dia masih belum sedar. Tapi keadaan dia terkawal. Buat masa ni badan dia masih lemah kerana kehilangan banyak darah.”

“Anak saya macam mana?”

“Oh terlupa saya nak bagitahu. Tahniah! Anak perempuan encik pun sihat. Sekejap lagi encik bolehlah qamatkan dia.”

Dato Hamdan mengerut dada bila mendengar berita gembira itu. Dulu dia pernah rasa gembira seperti itu namun hanya sekejap saja. Seminggu selepas isterinya melahirkan Nirmala, isterinya dijemput ilahi kerana darah tinggi dan sakit jantung.  Dia redha. Kini baginya tiada yang mengembirakan selain kesejahteraan anak cucunya. Tubuh Amil Zaquan yang berada dalam pangkuannya dipeluk erat sambil ucapkan syukur pada ilahi.

“Boleh saya melawat dia?” Pantas Fazhan meminta izin.

Err..sebenarnya ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan encik. Boleh ke bilik saya sebentar?”

Hati Fazhan sudah mula kembali tak senang. Apalah yang ingin dibincangkan oleh dokter muda itu? Apakah ada masalah lain yang terjadi pada isterinya? Dan apakah..? Macam-macam yang terbit keluar dari fikirannya.

“Macam ni. Sebenarnya semasa isteri encik tiba tadi, dia memang dah tak sedar. Jadi kami terpaksa buat pembedahan segera bagi mengeluarkan anak encik sebab dia alami pendarahan yang teruk. Pihak kami tak tahu sampai bila dia akan berkeadaan begitu sebab melalui pemerhatian kami, dia tak ada tanda-tanda nak sedar buat masa ni.”

“Maksud dokter dia koma?” Fazhan mengeluh lemah bila dokter muda itu mengangguk sekali.

“Sampai bila dokter?”

“Saya tak pasti encik. Tapi encik jangan risau sebab kami sentiasa akan memantau keadaan dia. Lagi pula dia sihat sekarang ni.”

Selesai berbincang dalam bilik dokter, Fazhan melangkah lemah menuju kearah Dato Hamdan dan Amil Zaquan. Dengan rasa sebak, diceritakan pada Dato Hamdan. Tubuh tua itu dipeluk erat kerana tidak dapat menahan sebak.


FAZHAN termenung panjang sambil mengelus rambut Amil Zaquan yang sedang enak lena diatas pangkuannya. Khayalannya panjang entah kemana. Yang pasti dalam fikirannya hanya Nirmala. Melihat Amil Zaquan, hatinya pilu. Sejak pulang petang tadi, dia tak jemu-jemu memujuk Amil Zaquan yang asyik merengek inginkan mamanya. Selesai membersihkan badan Amil Zaquan segera dia menidurkan anak kecil itu setelah beralah dengan kehendak Amil Zaquan yang tidak mahu menjamah apa-apa makanan walaupun segelas susu.

Masih terngiang-ngiang di telinga apa yang Nirmala pinta pagi tadi. Di pejabat tadi Fazhan sebenarnya tak senang hati menanti malam. Janjinya pada Nirmala untuk menceritakan hal sebenar siapa dalam hati Nirmala sebelum dia, buat dia tak duduk diam. Bermacam-macam cara yang difikirkan untuk mulakan bicara dengan Nirmala nanti. Namun, setelah jadi begini, dia sedikit kesal kerana tidak dapat berterus terang.

Pergerakan Amil Zaquan buat Fazhan terhenti lamunan. Cepat-cepat ditepuk perlahan Amil Zaquan agar meneruskan mimpi. Sebentar lagi dia mahu ke hospital semula menemani Nirmala. Dia berharap agar menjadi orang pertama yang dipandang oleh isterinya bila isterinya sedar.

Lima minit bersiap akhirnya Fazhan keluar dari biliknya untuk ke hospital. Turut dibawa beberapa helai pakaian Nirmala dan kelengkapan anaknya.

“Bik tolong temankan Amil dalam bilik dia. Saya nak ke hospital.”

“Baik tuan.! Tuan mahu makan?”

“Tak payahlah. Saya tak ada selera.”

“Makanlah sikit An. Nanti kamu yang jatuh sakit, siapa nak jaga isteri dan anak kamu nanti?” Tanya Dato Hamdan sambil berjalan mendekati Fazhan yang berdiri di tepi pintu dapur.

“Tak apalah ayah. Nanti kalau An lapar An makan. Ayah janganlah risau.” Balas Fazhan lembut pada bapa mertuanya.

“Ayah tahu apa yang kamu fikirkan sekarang. Ayah turut rasa berdosa.” Keluh Dato Bakhtiar kesal. Baginya jika tidak dihalang niat anaknya dulu, pasti perkara itu tak menjadi. Dia yakin anaknya pasti tak akan memaafkan dia jika perkara sebenar diketahui.

“Janganlah ayah cakap macam tu. Ayah tak salah. An yang cuai. Kalau tak sebab An, hidup Mala takkan jadi macam ni.” Ujar Fazhan lemah.

“Ayah tak dapat bayangkan apa akan berlaku lepas ni. Bagaimana hidup kamu berdua? Bagaimana dengan cucu-cucu ayah? Apa ayah nak jawab pada Mala?”

“Ayah! Mala isteri An. An tahu apa yang terbaik untuk kami anak beranak. Ayah jangan risau okey! Semuanya akan baik-baik saja.”

“Macam mana ayah tak risau, An? Kamu suami pada Mala yang baru. Bukan pada Mala yang kamu gilakan tujuh tahun lalu. Ayah yakin dia pasti terkejut bila dapat tahu kamu tu suami dia sedangkan sebelum ni..”

“Ayah! An terima dia setelah dia terdahulu terima An. An tak pernah memaksa dia terima An selepas kemalangan tu. An mengaku yang sekarang ni pun  An susah hati macam ayah. Tapi dia tetap isteri An. Memang jika difikirkan balik tak patut An ambil kesempatan atas apa yang jadi pada dia. Cuma satu ayah kena faham, hidup An dengan Mala bermula selepas bermulanya kisah Mala yang baru. Tujuh tahun dulu pun An tak pernah paksa dia terima An sebab An tahu dia milik orang lain walaupun An ada berusaha untuk dapatkan dia. An yakin jika sudah tertulis dia milik An, tuhan pasti akan menyebelahi An.”

“Entahlah An! Ayah tak boleh nak berfikir sekarang ni. Kamu buatlah apa yang patut. Apa-apa pun keputusan kamu, ayah hanya mampu menyokong dari belakang.” Kata Dato Bakhtiar.
Fazhan mengangguk lemah. Langkahnya diusun semula melangkah keluar. Harapannya agar sampai cepat di hospital untuk melihat keadaan isterinya yang sekarang kembali tidak sedar seperti selepas kemalangan dulu. Bagaimana perasaannya dulu selepas Nirmala kemalangan, begitulah juga dengan perasaannnya sekarang. Fazhan sentiasa berdebar-debar setiap kali telefon bimbitnya berbunyi. Risau kalau-kalau pihak hospital yang menelefonnya.

Enam tahun lalu dia merasa debaran itu ketika di tahan selepas ada hamba Allah yang melaporkan kejadian itu. Walaupun merasa lega selepas diikat jamin oleh Dato Hamdan, debaran itu tetap dirasa selagi Nirmala tidak sedar. Setelah mendapat berita tentang Nirmala hilang ingatan, dia tertduduk lemah. Tak tahu apa yang harus dilakukan selepas itu. Makin bertimba-tiba rasa bersalah.

No comments: