23
Mengapa bukan aku..???
MAJLIS malam tahlil untuk arwah
abang Iman berjalan lancar. Tamat saja tahlil, keluarga Zikri memulakan bicara.
Aku yang berada di sebelah daddy dan
abang-abang ipar aku cuba berlagak tenang. Aku lihat wajah daddy ceria berbalas suara dengan pihak Zikri. Memang daddy sentiasa tenang jika berada dalam
situasi begitu. Tambahan pula daddy
dah ada pengalaman menerima pinangan dari pihak abang Amer dan abang Syah dulu.
Agaknya masa meminang untuk aku esok, baru dia nampak tak tenang kot.
Dari tempat aku bersila, aku perhatikan wajah tenang
Dokter Zikri sedang asyik mendengar perbincangan dari wakil keluarganya dan daddy. Sesekali aku lihat dia
terangguk-angguk bila ditanya. Dalam pada itu juga, sempat aku memuji
penampilannya malam ni. Baju melayu berwarna ungu muda menampakkan dia lebih
macho. Kepalanya yang bersongkok hitam menambahkan kesegakan wajahnya yang tampan.. Kalau
sebelum ni aku hanya melihat penampilannya dengan kemeja dan slack sahaja. Tapi kalau nak
dibandingkan dengan susuk tubuh badan, aku rasa aku lebih macho. Almaklumlah
akukan selalu ke gym. Dah tentulah
aku memiliki susuk tubuh badan seperti Fahri Ahmad atau Aron Aziz. Bukan
seperti Zikri yang seperti orang tak cukup vitamin.
Hampir setengah jam berbincang, akhirnya selesai juga.
Waktu itulah juga aku nampak kelibat Nur datang dan duduk di sebelah emak dan
maksu Idah. Cantik! Memang cantik Nur malam ni. Dia tak perlu bermake-up tebal kerana kecantikannya
memang yang asli terserlah. Semakin terserlah bila senyuman tak lekang dari
bibirnya. Hati aku makin cemburu bila perasan malam ni mereka sedondon. Tubuh
Nur nampak lebih lansing dan tinggai dengan baju kebaya labuh berserta
selendang panjang yang menutupi seluruh kepalanya. Terfikir-fikir aku dalam
hati. Bagaimanalah agaknya wajah Nur jika tanpa tudung di kepala. Sepanjang aku
dalam rumahnya ni, aku tak pernah lihat Nur buka tudung depan aku.
Bersaksikan ahli keluarga dan tetamu yang hadir, malam
itu, jari manis Nur selamat disarungkan cincin batu merah oleh umi Zikri. Manis
sungguh senyuman Nur bila pipi lembutnya dicium oleh umi Zikri. Makin lebar
senyumannya bila Makcik Mazuin dan Maksu ambil alih dan kemudian Kak Ana dan Kak
Ida. Dada aku sebak. Mata aku panas. Aku sedaya upaya menahan.
NUR
“SEMUA dah selamat. Lepas ni kita
kena sibuk-sibukkan diri untuk majlis nikah dan sanding pulak.” Kata Kak Ana
ceria sambil memeluk bahu emak. Aku tersenyum malu.
“Kak Ana larat lagi ke? Nur tengok Kak Ana dah penat
sangat malam ni. Ni baru majlis tunang. Kalau majlis kawin macam manlah agaknya
Kak Ana nanti. Silap-silap terberanak Kak Ana nanti.”
“Lagi bagus! Majlis ulang tahun kawin Nur nanti,
bolehlah sambut sekali dengan befday
anak Kak Ana. Safe budget!” Ujar Kak
Ana sambil ketawa besar bersama emak. Bertuah punya kakak!
“Oh..ambil kesempatan” gerutuku geram.
“Yelah! Mak setuju dengan Nur. Mak pun risau tengok
perut Ana ni. Macam dah nak meletup sangat.”
“Lambat lagilah mak. Baru lima bulan. Sebenarnya Ana
tak mahu kecoh-kecoh hal ni.” Bisik Kak Ana sambil mata melilau memerhati
keliling. Aku dan emak nampak pelik.
“Kenapa?” Tanya emak berbisik tidak sabar.
“Baby boy. Ada dua dalam ni.” Bisik
Kak Ana. Aku dan emak dah melopong mata dan mulut. Aku rasa macam nak menjerit
dan melompat.
“Jangan bising-bising! Ana dan abang Amer memang
sengaja nak rahsiakan hal ni. Lagipun Ana nak buat surprise untuk Aidil. Dia teringin sangat anak saudara lelaki.
Kesian dia mak, Nur.”
Aku tersentak bila Kak Ana sebut nama Aidil. Bila aku
ingat renungan mata Aidil pada aku dan Zikri masa bergambar tadi, degup jantung
aku bagai rasa nak meletup. Aku yakin Zikri turut perasan, tapi dia nampak
tenang saja.
“Mak tahu dia segan dengan mak. Sebab tu mak nak dia
anggap mak macam mak kandung dia. Mak tahu dia rasa terasing dekat ini. Nanti
Nur tolong pujuk dia ek?”
Aku berkerut dahi. Kenapa aku pulak?”
“Pujuk? Kenapa mak?” Tanya Kak Ana hairan. Aku dah
rasa tak senang hati.
“Boleh ye Nur?” Emak masih mengharapkan aku. Nak
taknak aku angguk juga.
“Tapi Nur tak tahu nak kata apa.”
“Nasihatkan dia. Beri kata-kata semangat yang boleh
menaikkan semangat dia. Itu tak bererti beri dia harapan. Cukup sekadar
menyedarkan dia. Dia patut sedar, Nur bukan untuk dia.”
“Jadi betullah dia ada hati dekat Nur? Patutlah sejak
tadi asyik monyok je! Sakit mata tengok drama cinta “Nur Kasih Zikri” rupanya.”
Seloroh Kak Ana. Cepat-cepat aku mengetil lengan Kak Ana geram.
DULANG yang berisi sepinggan nasi
dan beberapa jenis lauk aku tatang cermat sambil melangkah naik menuju ke bilik
Aidil. Sampai depan pintu bilik, aku ketuk perlahan. Bila tiada balasan atau
sahutan, aku pulas tombol pinti. Dari muka pintu aku lihat Aidil sedang berdiri
di jendela.
“Mak kata awak tak makan tadi. Jadi saya bawakkan
makanan untuk awak. Nanti awak makan ye?” Aku cakap sambil berjalan menuju ke
meja kecil tepi katil. Dulang yang berisi nsi dan lauk aku letak perlahan. Namun
Aidil masih bisu tanpa balasan.
“Awak ada apa-apa yang nak cakap dekat saya ke? Awak
ada masalah?” Aku tanya lagi. Aidil masih berdiam kaku sambil matanya tepat
pandang ke luar jendela.
“Awak marah saya ke?” Aku tak jemu bertanya walaupun
dalam hati dah mula rasa rimas.
“Saya tak layak untuk marah awak. Tapi awak dah
kecewakan saya.” Kata-kata Aidil buat aku tersentak. Oh..fasal tu..! Aku tak
tahu nak balas apa.
“Awak tahukan perasaan saya pada awak?” Aidil bersuara
tanpa pandang aku.
“Dan kenapa awak tak mahu faham perasaan saya pulak. Boleh
tak awak terima kenyataan?”
“Tak boleh!”
“Terpulang!”
“Hina sangat ke saya ni?”
“Saya tak kata awak hina dan saya tak pernah menghina
awak. Tapi saya nak awak terima kenyataan yang saya hanya mampu pilih seorang
dalam hidup saya. Dan saya sudah nekad untuk terima Zikri. Zikri insan pertama
yang saya jumpa dulu.”
“Maknanya, kalau awak jumpa saya dulu, awak akan pilih
saya.”
Aku mengeluh kasar. Malas betul melayan orang yang
syok sendiri ni!
“Boleh awak bagi saya sebab kenapa saya perlu pilih
awak sedangkan awak sendiri tahu yang saya tak ada perasaan langsung pada
awak.”
“Sebab saya benar-benar sukakan awak. Saya cintakan
awak. Saya tak faham kenapa awak susah nak terima saya. Sebab tingkahlaku saya
ke? Saya akan cuba berubah. Saya cuma nakkan awak Nur! Saya akan tunggu awak
sampai bila-bila.”
“Sudahlah Aidil! Saya rimaslah cakap hal ni. Baru
beberapa jam saya jadi tunangan Zikri, sekarang awak dah bebankan fikiran saya
dengan masalah mengarut awak ni. Awak ni saya tengok dah macam tak ada pegangan
agama. Saya tunang orang. Awak cari saja orang lain. Saya yakin satu hari nanti
hati awak pasti akan terbuka untuk seseorang.”
Aku terus melangkah ke pintu untuk keluar. Namun
langkah aku terhenti bila teringatkan peanan emak.
“Semua orang risaukan awak. Saya pun risaukan awak.
Mak lagilah susah hati tengok awak macam ni. Saya merayu pada awak, tolong
jangan bagi tekanan pada emak saya. Mak saya baru nak sembuh. Saya tak mahu mak
lebih tertekan dengan sikap kebudak-budakan awak ni. Dia sayangkan awak. Dia
dah anggap awak macam anaknya sendiri. Saya berterima kasih pada awak sebab
kehadiran awak boleh menggantikan tempat abang Iman saya yang dah pergi. Saya
risau, kalau awak berterusan macam ni, penyakitnya akan berulang kembali. Cuba
awak fikir baik-baik. Tak ada penyudahnya kalau awak terus berperangai macam
ni. Awak ingat dengan cara awak ni, saya akan pilih awak.? Minta maaf Aidil.
Saya tak boleh.! Cinta saya selama-lamanya untuk Zikri. Cubalah jadi dewasa.
Berfikiran positif. Fikir sama perasaan orang yang ambil berat tentang awak.
Jangan pentingkan diri sendiri.”
Aku mengluh berat bila lihat Aidil langsung tiada
apa-apa riaksi. Tubuhnya masih kaku di jendela. Aku dah malas lama-lama dalam
bilik ni. Lantas dulang yang aku bawa tadi aku angkat semula dan bawa keluar
dari bilik. Lantak dialah! Rasa lapar, turun cari makan sendiri dekat dapur.
Apa dia ingat dia anak raja! Aku yang tuan rumah pulak terpaksa jadi dayang
hantar makanan dekat dia. Boleh jalan lah..!.
“Macam mana Nur?” Tanya mak sejurus selepas aku
letakkan dulang nasi tadi atas meja seramik di dapur. Aku mengeluh lemah.
“Harap umur saja tua. Tapi perangai macam
budak-budak!” Aku balas geram.
“Tak baik Nur cakap macam tu. Kasihan dia! Dia malu
dengan perasaan dia sendiri.” Kata emak lembut. Aku lepaskan keluhan lemah.
“Malu apanya mak? Kalau malu dia takkan luahkan
perasan dia setelah tahu yang Nur dah jadi ttunang orang..!”
“Nur bergaduh dengan dia ke tadi?” Tanya emak
terkejut. Aku geleng kepala.
“Dahlah mak! Nur malas nak cakap hal dia lagi. Bukan
penting pun! Nur dah penat. Nak tidur. Esok Nur kerja jam enam pagi. Emak
pergilah berehat. Nur tengok mak sejak tadi asyik dekat dapur je. Jangan buat
kerja berat-berat sangat. Nanti mak sakit, Nur tak senang hati.” Bentakku
perlahan. Emak hanya tersenyum dan mengangguk. Jesteru itu aku terus melangkah
naik masuk ke bilik aku. Mata aku semakin berat. Ada baiknya aku terus tidur.
Sebab esok aku nak kerja.
AIDIL
AKU seka air mata aku yang nak
jatuh. Malu aku kalau Nur tahu aku menangis. Tadi aku tak mampu nak balas
kata-katanya. Aku takut dia perasan aku sebak. Jatuhlah saham aku sebagai
lelaki chinesmalay terhebat di
pasaran. Jadi baik aku pandang terus keluar tingkap.
Boleh tahan lidah minah tu. Kata aku kaw-kaw pulak tu.
Sakit telinga aku. Namun sedikit-sedikit kata-kata Nur tadi berkesan dalam hati
aku. Betul ke semua tengah risaukan aku? Mak sayang aku? Mm..memang nampak
sangat mak sayangkan aku lebih dari anak-anak kandung dia. Mungkin sebab abang
Iman kot.
Entah kali berapa aku mengeluh, aku sendiri tak tahu.
Kasihan mak! Dahlah baru nak sembuh. Aku buat perangai pulak! Patutkah aku
terus bersikap macam ni semata-mata kerana cinta tak berbalas. Rasa berdosa
buat mak macam ni.
Aku paksa kaki aku melangkah keluar dari bilik. Rasa
sesak pulak duduk lama dalam bilik. Sampai di ruang tamu aku lihat Kak Zana dan
Kak Ida asyik menonton di ruang tamu bersama suami meraka. Aku mengeluh lagi.
Dah pukul dua belas malam, namun mereka masih belum tidur. Aku ayunkan kaki ke
dapur. Sampai di dapur aku lihat emak sedang termenung. Makin bertimba-timba
rasa bersalah aku.
“Mak tak tidur lagi?”
“Aidil kenapa tak tidur?” Balik aku yang dia tanya.
“Lapar!”
Emak dah tersenyum mengejek. Aku tahu salah aku yang
jual mahal tadi.
“Mak gelakkan Dil ye?”
Emak ketawa semakin jelas kedengaran.
“Dil minta maaf sebab buat mak susah hati. Dil terlalu
ikut perasaan. Dil bukan sempurna. Sebab tulah, Dil nakkan Nur. Nur baik, sopan
santun, lemah lembut. Dil perlukan gadis macam tu untuk melengkapkan hidup Dil.”
“Dahlah! Mak tak marah Aidil. Aidil tak salah. Nanti
mak cari sama macam Nur untuk Dil. Nak?” Pujuk emak lalu bangun untuk siapkan
makanan aku. Aku tersenyum malu. Ada ke insan yang sama macam Nur? Jauh di
sudut hati aku masih harapkan Nur.
Aku begitu asyik perhatikan emak menyediakan makanan
untuk aku. Sedar-sedar, semua dah ada depan mata.
“Tak seronoklah mak, makan sorang-sorang!” Aku cuba
bermanja dengan emak.
“Mak dah makan tadi. Mm..apa kata kalau mak suapkan
Aidil?”
Aku kelu lidah tak tahu nak balas apa. Dalam tak sedar
aku angguk lemah. Malam tu buat pertama kalinya aku makan disuapkan oleh
seorang wanita yang baru aku kenali. Dalam malu-malu hilang terus rasa malu.
Habis sepinggan nasi aku makan dari uapan tangan
Makcik Mazuin. Rasanya kalau dia suap nasi tanpa lauk pun aku telan habis
sampai jilat pinggan. Rasa sayu sangat. Tapi bila Makcik Mazuin sibuk menyakat,
aku lupa semuanya. Aku nekad untuk hargai pemberian ilahi ini. Aku cadang mahu
meminta izin dari Nur untuk membenarkan Makcik Mazuin tinggal di rumah daddy. Ini bermakna aku kena berubah agar
Nur percayakan aku. Aku yakin Nur pasti berat hati nak izinkan emaknya tinggal
dengan aku. Tambah-tambah lagi dia pun baru sangat dapat merasa hidup dan
tinggal dengan emaknya. Agak kejam kalau aku berkeras. Tapi kalau Makcik Mazuin
tak membantah, aku yakin Nur tak boleh buat apa.
No comments:
Post a Comment