BAB
10
“AMBOI..! sejak tukar
sekolah ni, Aqil dah jarang balik. Tak rindukan Wak ke?” Wak Seman tukang kebun
arwah Dato Azam Muiz menegur selepas Aqil Muaz keluar dari pintu keretanya.
“Jauhlah Wak! Lagipun sekarang program sekolah
tiap-tiap minggu berjalan. Cuti sekolah panjang kan dah hampir. Ni pun saya
curi-curi balik. Kejap nanti saya nak balik kuartes balik.” Ujar Aqil Muaz
tersengeh-sengeh. Sambil itu matanya liar memandang persekitaran rumah orang tuanya.
Melihatkan kereta Datin Basyariah elok terpakir di garaj, dia yakin wanita itu ada di rumah.
“Aduh! Baru nak lepas rindu. Qil dah nak tinggalkan
Wak.”
“Nantilah! Kalau cuti panjang, saya balik lagi.”
“Boleh percaya ke? Bukan Wak tak kenal dengan Qil
tu.!” Ujar Wak Seman lagi. Bertahun dia berkerja dengan keluarga itu, hampir
seratus peratus perangai orang dalam rumah itu berada dalam poketnya. Paling
rapat dengannya adalah Aqil Muaz. Apa saja yang terjadi pada Aqil Muaz ketika Aqil
Muaz mula menjijakkan kaki ke dalam rumah itu, disaksikan dengan mata kepalanya
sendiri.
“Baru nampak bayang. Ingatkan bila dah berambus, dah
tak ada hati lagi nak balik rumah.” Sindiran tajam Datin Basyariah menyentak
perbualan Wak Seman dan Aqil Muaz.
“Balik sekejap je mama. Kejap nanti saya kena balik
sebab ada program dekat sekolah pagi esok.”
“Kan bagus kalau tak balik langsung! Aman sikit
orang dalam rumah ni.” Angkuh Datin Basyariah mengherdik.
Aqil Muaz hanya membatu mendengar leteran Datin
Bayariah. Baginya tak guna melawan kata walaupun hatinya terasa pedih. Kerana
leteran itulah yang membawanya keluar dari rumah. Dua puluh dua tahun lalu,
buat pertama kali kakinya menjejak di lantai rumah itu, dia sudah dapat merasa
derita bakal mengundang dalam hidupnya walaupun ketika itu dia baru berumur
tujuh tahun. Namun dia pasrah kerana tiada lagi tempat dia menumpang tempat teduh selain dari rumah mewah Datin Basyariah.
“Datin nak keluar ke?” Wak Seman pantas bertanya
setelah melihat Datin Basyariah bersiap kemas sambil menggalas beg tangan
kulitnya. Niatnya adalah untuk mengalihkan perhatian Datin Basyariah agar tidak
terus-terusan mengherdik Aqil Muaz.
“Saya nak keluar. Malam baru balik. Jaga rumah.
Pastikan tiada apa-apa yang hilang dalam rumah ni.” Kata Datin Basyariah kasar
lalu menjeling pada Aqil Muaz yang sedang selesa duduk di sebelah Wak Seman di
wakaf.
Aqil Muaz diam membatu. Dia sedar, sindiran itu
ditujukan pada dirinya. Mendengar ngauman kereta Datin Basyariah meluncur lalu,
dia tarik nafas lega.
“Sabarlah Qil! Wak tahu Qil sakit hati dan telinga
dengar datin cakap macam tu.” Pujuk Wak Seman sambil menepuk lembut bahu Aqil
Muaz.
“Tak apalah Wak. Saya faham. Dari kecil saya dah biasa
dengar ayat macam tu. Telinga dan hati saya ni pun dah macam tak ada perasaan.”
Ujar Aqil Muaz sambil tersenyum hambar lalu bangun melangkah masuk ke dalam
rumah dan terus menuju masuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik
abangnya. Dia tahu waktu pagi begini, sudah tentu abangnya berada di pejabat.
Dia sengaja pulang waktu abangnya tiada di rumah. Jika tidak, sudah tentu
abangnya akan memujuknya agar tidur semalam dua di rumah itu. Selain Wak Seman,
abangnya adalah tempat dia mengadu harap. Dia yakin, jika tanpa abangnya, sudah
tentu dia merempat entah di mana.
Aqil Muaz cepat-cepat mengemas barang-barangnya.
Sebahagian pakaiannya dimasukkan kedalam sebuah beg besar. Beberapa bulan lalu
ketika ditukarkan ke Pasir Gudang, dia tidak sempat mengangkut semua barangnya.
Hari ini kebetulan hari cuti, dia ambil kesempatan pulang sekejap. Memandangkan
esok akan diadakan hari kantin sekolah, dia harus segera pulang kerana sudah
berjanji akan bersama-sama muridnya untuk menyediakan gerai jualan petang ini.
“Macam dah tak mahu balik saja.!” Perli Wak Seman
selepas selesai memasukkan barang Aqil Muaz ke dalam kereta.
“Kuartes saya tu besar. Lagipun saya duduk sorang.
Apa salahnya kalau saya bawak barang-barang saya ke sana. Lagipun tahun depan,
rumah yang saya beli dekat kawasan sekolah tu dah nak siap. Kalau boleh, dengan
Wak sekali saya nak angkut.” Balas Muaz cuba berseloroh.
“Aduh! Dasyat giler! Tapi kalau Qil nak Wak kerja
dengan Qil, Wak pun mahu.” Ujar Wak Seman tersengeh-sengeh.
“Insyaallah Wak! Tapi saya takut nanti mama kata apa
pulak.”
“Biarlah dia nak kata apa. Dah lama wak kerja dekat
sini. Sesekali teringin juga nak ‘mem’
muda.”
Muaz tersenyum-senyum dengan sindiran gurau Wak
Seman. Faham dengan maksud tersirat Wak Seman.
“Nantilah Wak! Kalau ada jodoh, tak kemana.”
“Insyaallah ada..!”
Aqil Muaz kembali naik ke bilik. Pintu bilik
abangnya dibuka lalu perlahan-lahan melangkah masuk. Melihat tempat peraduan
abangnya, dia tersenyum sendiri. Di situlah tempat dia selalu tidur selepas
kena marah atau kena pukul dengan Datin Basyariah. Di situlah juga abangnya
memujuknya sambil menepuk-nepuk badannya agar bertahan dan bersabar dengan
sikap Datin Basyariah.
Dua puluh dua tahun lalu, selepas arwah ibunya Puan
Sofea Lee dan Dato Azam Muiz meninggal dunia, dia dibawa ke rumah besar itu
oleh seorang peguam. Ketika itu barulah dia tahu siapa Datin Basyariah. Dan
ketika itu barulah Datin Basyariah tahu selama ini suaminya Dato Azam Muiz ada
isteri dan anak lain. Kerana rasa marah, Aqil Muaz adalah tempat dia melepaskan
geram. Kerana amanah yang ditetapkan oleh Dato Azam Muiz jugalah yang memaksa
Datin Basyariah agar terus terima Aqil Muaz untuk tinggal di situ.
Sepanjang dia tinggal di situ, hanya tuhan saja yang
tahu bertapa sengsara dan deritanya dia. Layanan yang diterima tidaklah sehebat
layanan pada abangnya. Namun dia bersyukur kerana abangnya amat menyayanginya.
Selepas tamat belajar Aqil Muaz melanjutkan
pelajarannya ke Maktab perguruan Tanjung Malim Perak. Sejak itu barulah dia
merasa tenang kerana tidak lagi mendengar sindiran dan herdikan Datin
Basyariah. Tiap kali pulang bercuti, dia habiskan cutinya di rumah keluarga
angkatnya. Namun selepas tamat belajar dia terpaksa pulang ke Johor semula
kerana mendapat peluang mengajar di negeri kelahirannya. Kerana inginkan
pengalaman mengajar, dia terpaksa akur walaupun dia terpaksa tinggal semula dengan Datin
Basyariah. Dia bersyukur keranan tinggal di rumah besar itu untuk sementara.
Sepanjang dia berada di rumah Datin Basyariah,
telinganya kembali bernanah kerana setiap hari mendengar herdik, caci maki dari
perempuan itu. Paling dia tidak boleh terima setelah Datin Basyariah
memperlekehkan kerjayanya sebagai seorang guru sekolah. Jika dulu memang dia
berminat untuk berniaga dan kalau boleh mahu berkerja dengan abangnya. Tetapi
selepas Datin Basyariah mengharamkan dia terbabit sama dalam urusan syarikat,
sejak itu dia cuba jauhkan diri dari abangnya walaupun abangnya sering kali
memujuk agar berkerja dengannya.
“Biar abang pujuk mama.”
“Tak payahlah abang! Qil tak mahu abang bergaduh
dengan mama. Cukuplah mama membenci Qil sorang. Jangan abang pun terbabit
sama.”
“Tapi, Qil pun berhak dapat apa yang sepatutnya
menjadi hak Qil.”
“Qil tak mahu, abang. Qil dapat berlindung dari
panas dan hujan, makan, minum, pakaian dan dapat sekolah, itu dah cukup buat
Qil. Untuk masa depan Qil, biarlah Qil yang tentukan.”
Sejak itu abangnya tidak lagi mendesak. Namun setiap
bulan abangnya akan pastikan segala perbelanjaannya sentiasa mencukupi. Aqil
Muaz tahu semua duit yang masuk dalam akaunnya adalah dari abangnya walaupun
abangnya tak pernah memberitahu. Pernah juga terfikir mahu menyerahkan semua
wang itu. Namun kerana menjaga hati dan perasaan abangnya, dia terpaksa terima
walaupun sesen pun dari wang itu tidak pernah digunakan.
Empat tahun mengajar di Kota Tinggi, dia tidak
pernah pulang ke rumah besar milik Datin Basyariah. Hanya abangnya saja yang
selalu datang ke rumah melawatnya. Dan selepas empat tahun dia dtukarkan ke daerah
Pasir Gudang. Syukur sangat kerana kuaters guru masih ada yang kosong dan terus
saja dia menjadi penghuni di situ walaupun abangnya kurang bersetuju.
“Cari rumah lainlah Qil! Abang tengok kuaters ni tak
sesuai dengan Qil. Teruk sangat keadaannya. Abang carikan ek.!”
“Qil tak kisahlah bang! Asal ada tempat berlindung
panas dan hujan, itu dah cukup buat Qil.” Aqil Muaz tahu pandangan abangnya
tentang persekitaran rumah yang didiami itu agak daif kerana bangunan itu sudah
bertahun terbina. Baginya itu lebih selesa dari tinggal di rumah Datin
Basyariah.
Lama termenung di birai katil milik abangnya, Aqil
Muaz melangkah keluar. Perjalanannya harus diteruskan kerana petang nanti dia
sibuk dengan aktivti menyiapkan gerai jualannya untuk “Hari Kantin” yang
diadakan esok pagi.
“Wak! Pokok kedondong dengan mempelam telur dekat
belakang tu, ada buah tak?”
“Banyak! jambu batu dengan jambu air pun ada. Qil
nak?”
Aqil Muaz tersenyum lebar sambil mengangguk. Tak
perlulah dia keluarkan banyak modal untuk jualannya esok. Tambah pula dia tidak
ada masa untuk mencari buah-buahan itu. Dia yakin kalau dia ambil habis
buah-buahan itu, pasti Datin Basyariah tidak perasan kerana ibu tirinya itu
tidak gemarkan buah-buahan begitu.
No comments:
Post a Comment