35
AIDIL
Kekhilafanku mengajar aku erti kehidupan sebenar.
AKU melangkah tenang keluar dari
pintu penjara. Alhamdulllah ya Allah kerana masih ada sinar yang engkau
pancarkan untuk kehidupan aku di dunia Mu ini. Gugur jua air mataku sewaktu
melihat wajah Makcik Mazuin dan daddy
yang sedang menanti aku.
Seminggu yang lepas aku dikhabarkan oleh pegawai
penjara yang aku akan dibebaskan tanpa dibicara. Aku tak tahu ihsan dari siapa. Yang aku
pasti, dah tentu ada kena mengana dengan Nur. Kalau tidak, masakan dengan
senang-senang aku dibebaskan. Jika benar, makin bertimbunlah rasa bersalah aku
pada Nur walaupun pada hakikatnya memang ini yang aku harapkan.
Tubuh tua daddy
dan makcik Mazuin aku peluk erat hingga aku teresak-esak.
“Sudahlah tu. Mari kita balik. Semua dah selesai. Mak
nak Dil teruskan hidup macam biasa. Lupakan saja apa yang terjadi.” Ucap Makcik Mazuin lalu mengarahkan aku agar masuk dalam kereta.
Aku tersentak. Tanpa sedar aku sudah berada dalam
kereta. Jauh aku termenung. Aku
lemparkan jauh-jauh pandanganku di luar jendela. Mampukah aku lupakan semua
yang terjadi sedangkan aku sentiasa dihimpit rasa bersalah pada orang yang aku
paling sayang dan cinta.
Apa yang makcik Mazuin kata tadi langsung tiada erti
dalam fikiran dan benakku. Ketika ini fikiran ku benar-benar kosong. Wajah Nur
yang tersiksa sentiasa menghiasai ruang mataku. Wajah Zikri menahan kesakitan
juga sering bermain dalam fikiran aku. Kedua-dua wajah itu sering bersilih
ganti datang menyapa lamunanku. Aku boleh nampak wajah Nur basah dek air mata
derita. Sementara Zikri pula yang masih terlantar di atas katil hanya kaku
tanpa pedulikan sebak Nur.
“Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Kerana terlalu ikut
perasaan, gadis yang aku puja semakin menjauh. Air mata yang mahu mangalir ke
pipi cepat-cepat aku seka dengan jemariku.
“Nur! Maafkan aku..!” Bisikku perlahan.
NUR
AKU tersenyum hambar bila
berita Aidil dibebaskan. Bersungguh-sungguh Nancy ucap terima kasih pada aku
dalam talian tadi. Walaupun marahku masih bersisa, aku tetap rasa lega. Mungkin
inilah saja cara yang boleh buat aku melegakan perasaan. Selepas kehadiran
Nancy yang lalu, umi memujukku agar menerima rayuan Nancy. Walaupun berat untuk
terima, aku cuba juga terima nasihat umi. Puas aku berfikir dan akhirnya aku
akur. Namun untuk menerima semula mereka-mereka yang menjauhkan dri dari aku,
aku rasa tidak sama sekali walaupun sudah berkali-kali mereka hubungi umi untuk
berjumpa dengan aku. Sesungguhnya aku belum bersedia.
Semalam emak dan ayah datang merayu memohon maaf. Terasa berdosa sangat kerana membiarkan emak dan ayah di ruang tamu sedangkan
aku enak berbaring sambil memeluk Zikri dalam bilik. Pagi tadi pula Aidil
dengan muka tak malu datang sambil bersujud di kaki umi mohon ampun dan maaf.
Seperti biasa, umi yang kaya dengan sifat nilai-nilai murni, tanpa bersoal
jawab terus memaafkan Aidil. Aku pelik dengan sikap umi. Anak kandungnya yang
teraniaya, dia boleh hulurkan kemaafan dengan senang hati? Kenapa aku tak
dianugerahkan sifat macam tu? Aku tahu Zikri tak suka kalau aku terus
berdendam. Tambah-tambah pula dengan orang tua. Mungkin sebab itu dia mogok tak
mahu bangun pandang aku. Dan sebab itulah juga aku cuba kuatkan semangat untuk
tarik balik tuduhan ke atas Aidil. Aku harap keputusan aku tu, Zikri merasa
tenang.
“Nur nak abang cakap sendiri dengan dia. Kalau abang
nak Nur maafkan dia, abang bangun dulu! Nur tak ada hak nak maafkan dia kerana
yang menderita ialah abang sendiri. Walaupun Nur turut merasa, abang yang lebih
merasa. Jadi abang yang berhak memutuskan semua.”
Itulah kata-kataku pada Zikri selepas Aidil pulang
tadi. Tanpa bertemu dengannya aku hanya kaku dalam bilik menghadap Zikri. Aku
pandang jam di dinding. Tepat jam dua petang. Baru aku terasa lama aku berada
dalam bilik. Sejak kedatangan Aidil pagi tadi hinggalah dia pulang, aku
langsung tak keluar bilik.
Aku melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Solat zohor
harus dikerjakan segera. Sambil memegang pinggang aku melangkah perlahan. Rasa
nyilu di bahagian ari-ari dan pinggan semakin jelas terasa. Pada firasatku
mungkin kerana aku terlalu lama baring atas katil tadi.
Nyilu di bahagian bawah perut makin terasa menyengat.
Titisan cecair pekat berwarna merah pekat atas mangkuk tandas menyedarkan aku bahawa
masanya sudah sampai. Bergegas aku keluar dari ilik air. Beg tangan, beg
pakaian aku dan pakaian bayi yang sudah kusiapkan seawal seminggu lalu aku
capai. Langkahku terhenti di sisi Zikri yang masih lena. Tangannya ku capai dan
ku kucup lembut. Dahi turut ku belai manja.
“Abang doakan Nur ye. Tunggu Nur balik. Insyaallah,
kalau tak ada apa-apa masalah, esok Nur balik bawa anak abang.”
Aku tinggalkan Zikri terlantar di situ dan bergegas
mencari umi. Bila terpandangkan umi aku tersenyum lebar sambil menahan sakit.
“Nak kemana ni?” Tanya umi hairan bila melihat aku
menjijit beg pakaian yang sederhana besar.
“Cucu umi ni dah nak keluar. Dah turun tanda. Umi
tolong tengokkan Zikri ye? Nur pergi dengan Pak Mahat je.” Jawabku perlahan
seolah tiada apa yang serius berlaku. Bila melihat umi dan melopong aku rasa
macam nak tergelak.
“Ingat beranak ni benda main-main ke? Sudah! Biar umi
yang temankan Nur ke hospital.”
“Kalau umi temankan Nur, siapa nak tengokkan abang?”
“Biar Pak Mahat yang tunggu. Cepat! Terabur dalam
kereta nanti!” Sergah umi serius.
Aku mengeluh lega. Walaupun rasa kurang sedap hati
meninggalkan Zikri, demi anaknya, aku rela berpisah dengannya untuk sementara
waktu.
SETENGAH jam aku berada dalam labour room akhirnya aku selamat
lahirkan seorang bayi lelaki. Penat lelahku hilang seketika bila mendengar
tangisan suaranya. Raut wajahnya yang seiras Zikri buat aku rasa rindu pada
dia. Baru sejam aku tinggalkan dia, rindu bagai menggunung-gunung.
“Ayah tak dapat temankan kita sayang! Nanti kita minta
tolong kawan ayah.” Bisikku pada bayiku bila teringatkan yang anakku masih
belum diazankan lagi.
“Nurse!
Boleh tolong panggilkan Dokter Syamsul?” Sapaku pada seorang jururawat yang
kebetulan sudah selesai membersihkan bayiku.
“Dokter Syamsul? Dokter pedriatik tu?” Dia kembali
bersoal. Aku angguk dengan senyuman hambar.
“Puan ni isteri Dokter Zikrikan?” Aku angguk lagi
lepas nurse tadi bertanya ramah.
Diruang mataku terlintas wajah Zikri sedang lena menanti aku pulang.
“Saya nak suruh dia azankan anak saya ni.”
“Oh..! sebab tu.. Nanti ye puan. Saya panggilkan dia.”
Aku angguk lagi tanda setuju. Hampir lima minit aku
menanti akhirnya wajah Syamsul tersembul depan pintu bilikku.
“What surprise?
Saya tak tahu awak dekat sini hari ni.” Dokter Syamsul teruja menegur. Aku pula
hanya tersenyum malu.
“Saya nak mintak tolong awak azankan anak saya ni.”
Tanpa membalas katanya aku terus menyatakan hasrat sebenar aku memanggilnya.
“Wah! Satu penghargaan untuk saya ni. Saya tak pernah
azankan bayi baru lahir. Tapi kalau awak nak saya azankan jugak, awak kena
bayar la..!”
“Cakap saja berapa yang awak nak. Nanti saya masukkan
dalam akaun awak.” Jawabku perlahan sambil tersenyum sinis. Yang sebenarnya aku
malas nak melayan Syamsul berbual kerana masih rasa penat selepas meneran tadi.
Namun apakan daya, nak memerlukan jasa baiknya, aku kena layan juga. Lagipun
rakan baik Zikri ni memang tak kering gusi kalau start berbual.
“Bayarannya ialah, si comel ni kena jadi anak saya.”
Jawab Syamsul tersenyum lebar.
Hurmm..Aku dah agak. Seawal perkahwinan aku dulu pun dia ada
suarakan niatnya pada Zikri untuk jadikan anak aku sebagai anak angkatnya. Tapi
Zikri menetapkan syarat jika Syamsul mahu meneruskan niatnya itu. Syaratnya
ialah, Syamsul haruslah mencari teman hidup. Kadang-kadang aku hairan dengan
Syamsul. Umurnya yang tua dua tahun dari Zikri, masih belum ada tanda-tanda nak
berumahtangga. Bila ditanya tentang jodohnya, dia kata tak ada yang sudi datang
mahu meminangnya.
Zikri tersenyum sinis bila Syamsul kata dia nakkan perempuan seperti aku jadi suri hidupnya. Dan paling buat aku terkejut bila Zikri dengan berani menunjukkan penumbuk ke muka Syamsul bila Syamsul dengan berani mengaku yang dia sudi jadi pengganti Zikri seandainya Zikri tidak mahukan aku lagi. Berani betul Syamsul keluarkan kenyataan maut seperti itu. Apa-apa pun aku anggap itu hanya sebagai satu gurauan.
Zikri tersenyum sinis bila Syamsul kata dia nakkan perempuan seperti aku jadi suri hidupnya. Dan paling buat aku terkejut bila Zikri dengan berani menunjukkan penumbuk ke muka Syamsul bila Syamsul dengan berani mengaku yang dia sudi jadi pengganti Zikri seandainya Zikri tidak mahukan aku lagi. Berani betul Syamsul keluarkan kenyataan maut seperti itu. Apa-apa pun aku anggap itu hanya sebagai satu gurauan.
“Apa-apalah Dokter..! Saya ikut saja. Tapi kalau nanti
Zikri tanya, pandai-pandailah awak jawab.”
“Ahh..! kacang je tu. Nanti saya carilah sorang..!”
Selesai azankan anakku, Syamsul duduk di hujung katil
sebelah kiriku.
“Mesti Zikri seronok kalau tahu tentang hal ni.”
“Dia tahu. Tadi pun sebelum saya datang sini, saya dah
cakap dekat dia. Saya akan tetap tunggu
dia.”
“Beruntung Zikri dapat isteri sebaik awak.”
Aku tersenyum malu dengan pujian itu. Aku dengar dia
mengeluh panjang. Seperti mahu perkatakan sesuatu. Lama Syamsul berdiam sebelum
bersuara semula.
“Nur! Kalau saya cakap awak jangan terasa hati ye.
Tolong jangan salah tafsir dengan apa yang saya nak cakapkan nanti.”
Aku berkerut kening mendengar pembuka bicara Dokter
Syamsul. Sambil mengangguk aku menanti bicara seterusnya dari bibirnya. Sekali
lagi aku lihat Syamsul tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan.
“Saya sayangkan Zikri seperti adik beradik saya
sendiri. Bila saya kenal awak, saya anggap awak pun macam adik saya. Bila awak
dah ada baby sekarang ni, saya anggap
baby ni macam anak saya. Ditakdirkanlah
umur Zikri tak panjang, saya tak teragak-agak nak menjadi pengganti Zikri dalam
hidup awak. Saya tak memaksa. Tapi kerana rasa tanggungjawab, saya rasa saya
berhak dan saya mampu.” Ucap Dokter Syamsul serius.
Aku telan liur mendengar luahan raasa hati Dokter
Syamsul. Walaupun jantung aku rasa macam nak meletup mendengar kata-kata itu,
aku sedikit rasa sayu. Aku hilang kata-kata.
“Saya tahu memang sukar nak awak buat keputusan. Saya
tahu cinta awak pada Zikri begitu kuat. Saya juga tahu cinta dan sayang Zikri
pada awak tak mungkin hilang untuk selamanya. Tapi awak kena fikirkan juga masa
depan anak awak yang akan membesar.”
Aku mengeluh perlahan. Wajah Dokter Syamsul aku
pandang tanpa perasaan.
“Saya tahu awak ikhlas menolong saya. Saya hargai apa
yang awak angankan. Betul kata awak, susah saya nak buat keputusan sebab Zikri
masih bernafas. Dan saya yakin selama-lamanya pun saya tak boleh buat keputusan
sebab sayang dan cinta saya selama-lamanya untuk dia. Mengenai anak kami ni,
awak jangan risaulah. Selagi saya terdaya, saya akan terus membesarkan dia.
Kekuatan cinta saya pada Zikri ada pada anak kami ni. Lagipun saya tak risau
sebab papa Syamsul dia kan ada..!” Ujarku akhir kata sambil tersenyum sinis
padanya.
Dokter Syamsul tersenyum sambil mengangguk lemah. Aku
yakin dia boleh terima jawapan aku. Seketika kemudian wajah umi kelihatan ceria
di balik pintu.
“Umi, saya dah azankan anak saya ni.” Kata Dokter
Syamsul setelah menyedari kehadiran umi di situ.
“Terima kasih Syam! Beruntung Zikri ada rakan baik
macam kamu. Umi doakan selepas ni giliran kamu pulak timang anak.” Umi cuba
berseloroh sambil tersenyum ke arahku. Aku hanya angguk kepala tanda setuju.
“Insyaallah mi! Umi doa-doakanlah semoga ada yang sudi
terima saya yang terlajak ni.” Balas Dokter Syamsul sambil menjeling ke arahku.
Aku hanya tersenyum sambil geleng kepala.
“Okeyleh mi, Nur! Saya ada kerja
sikit. Nanti saya datang lagi jenguk anak saya ni. Kalau tengok dari
pemerhatian saya, anak saya ni sihat. Rasanya esok dah oleh balik. Orang tu pun
dah rindu giler kat cik abangnya.” Usik Dokter Syamsul pada aku. Aku tertunduk
malu.
“Yelah! Pergilah buat kerja kamu. Nur dengan anak kamu
ni biar umi yang jaga.”
Selepas Dokter Syamsul keluar, umi duduk sebelah aku
sambil tersenyum dan membelek-belek wajah anakku.
“Syamsul tu baik Nur. Umi kenal dia dari kecil lagi.
Masa Zikri ke UK dulu, dia bersusah payah merayu pada keluarga
dia untuk ikut Zikri sama. Tapi kerana keluarga dia susah, dia akur kerana tak
mampu. Dia belajar bersungguh-sungguh hingga tamat sekolah. Akhirnya dia
berjaya lanjutkan pelajaran ke UK bersama Zikri. Umi tak pernah risau Zikri
berkawan dengan Syamsul kerana umi tahu macam mana perangai dia.”
Aku hanya tersenyum mendengar cerita umi. Dulu Zikri
pun ada ceritakan hal yang sama menganai Syamsul.
“Umi suka kalau Nur pilih dia.”
Aku tersentak. Jantung aku berdenyut kencang. Baru aku
tahu niat sebanar umi memuji Syamsul. Dan aku sedar, umi dengar perbualan aku
dengan Dokter Syamsul tadi. Aku tunduk kepala. Tak ada apa yang harus aku katakan
kerana lidahku kelu.
“Umi tahu Nur masih sayangkan Zikri. Tapi seandainya
Zikri..”
“Umi! Abang masih bernafas, mi. Rasanya kita tak patut
bercakap hal ni. Kalau abang tahu, mesti dia kecik hati. Lagipun Nur tak pernah
fikirkan langsung hal ni.” Aku pangkah sepantas kilat kata-kata umi.
“Umi tahu. Tapi Nur kena fikirkan juga masa depan Nur
dan anak Nur ni. Umi risau Nur tak bahagia hidup sendiri.”
“Ni anak Zikri, umi.! Hanya Zikri yang berhak ke atas
Nur dan anak dia. Seandainya jodoh Nur dan abang tak panjang di dunia, Nur
yakin jodoh kami tetap ada di sana nanti. Nur tak mahu cinta Nur pada abang
berkubur selepas Nur terima cinta orang lain. Nur harap umi tak cakap lagi hal
ni. Bukan Nur benci atau tak suka pada Syamsul. Nur tahu dia baik cuma umi kena
tahu hati Nur benar-benar dah terikat dengan abang. Dan Nur harap agar Nur tak
berpaling pada yang lain.”
Aku pandang wajah sayu umi. Aku dengar dia mengeluh.
Perlahan-lahan tangannya aku sentuh dan aku belai lemut.
“Umi jangan risau ye! Menantu umi ni akan terus
berusaha untuk besarkan cucu umi ni dengan baik. Nur akan pastikan dia akan
jadi anak soleh macam abang. Nur yakin dia pun bangga sebab ada nenek yang
baik.” Air mata umi aku seka dengan telapak tanganku. Anggukan dan senyuman umi
buat aku lega dan aku tahu umi boleh terima apa yang aku katakan padanya tadi.
No comments:
Post a Comment