PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 21 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

21
NUR
Tak terucap dengan kata-kata..bahagia datang jua..
KERIUHAN di meja makan benar-benar buat aku nak menitiskan air mata. Tak sangka aku dapat merasai suasana seperti ini. Dulu aku hanya mampu berangan. Tapi tak sangka kini dah jadi keyataan. Rasa seperti mimpi dalam mimpi pulak.

Selepas Zikri pulang ke hospital tadi, Kak Ana terus hubungi ayah. Apa yang dilaporkan aku sendiri tak tahu. Dari jauh aku lihat serius saja sepanjang perbualan. Tamat perbualan Kak Ana bagitahu, ayah mungkin akan tiba selepas maghrib bersama Aidil. Tak dapat aku bayangkan situasi itu nanti.

Aku berdebar-debar menanti tetamu yang diundang emak. Bayang kereta Zikri juga aku belum nampak. Aku harapkan Zikri ada bersama ketika itu. Saat-saat macam tu, aku yakin macam-macam perkara yang tak diingini boleh berlaku.

Aku tersenyum lebar bila suara Zikri kedengaran. Tak sedar pun bila masa dia datang. Bunyi enjin keretanya pun aku tak dengar.

“Kenapa lambat?” Aku tergur dengan nada tak puas hati.

“Kenapa? Rindu? Kan baru tadi jumpa!” Ujar Zikri sambil terenyum nakal. Aku menjeling geram namun bibir aku tetap tersenyum.

“Nur risau sebenarnya!”

“Abangkan ada sekarang ni! Kenapa nak risau lagi?”

“Entahlah! Mm..dahlah. Jom makan!” Aku cuba alihkan perhatian aku agar tidak terus berfikir tentang sesuatu yang bakal terjadi nanti.

“Nur masak apa?”

“Hari ni Nur tak masak tapi emak dengan maksu yang masak. Speacial untuk seisi keluarga. Yang paling istimewa ialah masak lemak pucuk paku dengan ikan masin kedere goreng. Kegemaran abang kari daging  dengan sayur kailan ikan masin pun ada mak masak.” Ujarku ceria.

“Abang tak kisahlah. Kalau Nur jamu dengan telur goreng dan kicap pun abang makan.”

“Amboi! Senang sungguh bela abang.”

“Tulah! Untung tau kalau Nur pilih abang.”

“Ceh, perasan!”

“Pak Uda! Kenyang ke tengok Mak Uda senyum? Dari tengok Mak Uda senyum, baik duduk dekat sebelah Misya ni. Kita makan sama-sama. Perut pun kenyang!”

“Amboi mulut, tak ada insuran langsung! Jangan cakap macam tu Misya. Malu Pak Uda nanti.” Sergah Kak Ana pada anaknya..

“Tak apalah kak Ana. Saya tak kisah pun. Lagipun dah biasa. Saya ada sorang anak saudara macam ni. Tapi lelaki. Mulut dia nauzubillah! Tahan jelah telinga kalau dengar dia bercakap.”

Encem tak anak audara Pak Uda tu?”

“Kenapa? Atin nak kenalan ke?” Tanya Zikri sambil menyambut pinggan nasi yang aku hulurkan. Sempat lagi Zikri senyum tanda terima pada aku. Aku yang sedang asyik memerhatikan Zikri ramah melayan anak-anak saudara aku bercakap, hanya tersenyum lucu.

“Taklah! Tadi Pak Uda kata mulut dia sama macam Misya. Apa kata kalau kita kawinkan aja dia dengan Misya? Mulut dia orangkan sama-sama laser.”

“Amboi! Cakap kat orang tak serupa bikin. Mulut kamu tu tak laser?” Tempalak Kak Ida geram pada anaknya Fatin.

“Atin cuma bagi pendapat ibu..!”
“Tak payah! Pendapat kamu tu tak boleh pakai.!”

“Macam mulut kamu Ida. Tak ada beza pun!” Sampuk emak. Fatin ketawa mengekek kerana emak seakan membelanya.

“Betul mak! Aidil kat rumah tu asyik jadi mangsa laser dia aje. Macam-macam Ida kata. Anak pungut lah, anak luar nikahlah, orang asinglah, makhluk asing terkutuklah!”

Aku ketap bibir dengar cerita Kak Ana. Aku tak pasti apakah mak tahu siapa Aidil yang Kak Ana sebutkan tadi. 

“Astagfirullahalazim..Ida! Kenapa cakap macam tu. Tak baik!” Sampuk emak lemah sambil menggeleng.

“Tapi memang betulkan?” Kak Ida masih bersikap selamba.

“Dia pun tak minta dilahirkan begitu. Kenapa nak hukum dia?”

“Sombong sangat! Berlagak! Padahal dia tu cuma menumpang aje. Tak sedar diri!” Kak Ida kata perlahan namun tegas dalam susun ayat yang diucapkannya.

“Anak luar nikah tu apa makngah?” Tanya Misya pada Kak Ida. Belum sempat Kak Ida nak jawab, mak dah mula menyampuk.

“Dah-dah! Makan cepat. Tak baik cerita hal buruk orang depan rezeki. Nur! Cedukkan lauk ke pinggan Zikri. Makan macam tak berlauk je!” Ujar emak sambil memandang ke arahku dan Zikri. Agaknya emak kurang selesa dengan tajuk perbualan  yang baru saja keluar dari mulut Kak Ana dan Kak Ida. Tambah-tambah lagi bila Zikri ada di situ. 


HAMPIR jam sembilan malam barulah kereta Aidil tiba di depan pagar rumah aku. Aku bagai tak percaya lihat emak siap tunggu depan pintu menanti kehadiran ayah. Bila kelibat ayah tiba di muka pintu pagar, emak tersenyum dan melangkah penuh yakin menyambut ayah. Tangan emak hulurkan dan aku sebak bila tubuh emak sudah berada dalam pelukan ayah. Aku tak mampu meliihat dari jarak dekat. Dari jauh aku pandang, walaupun dengan pipi yang basah, hati aku gembira dan bahagia.

“Lagi sekali abang tengok Nur macam ni, abang tarik Nur bawak balik rumah abang!”

Aku menjeling geram. Saat-saat macam ni dia masih boleh buat lawak bodoh.

“Ni anak orang tau! Bukan anak kucing yang boleh abang tarik ikut suka hati abang. Tak nampak tu? Mak dengan ayah Nur ada kat depan. Kalau berani, buatlah!” Tempelak aku pada Zikri yang tersenyum-senyum.

“Jangan cabar abang!”

Aku ketawa mengekek.

“Jom! Kenalkan abang pada bakal mertua abang.”

Aku tersenyum dan mengangguk laju. Langkah ku atur bersama Zikri menuju ke arah ayah yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah.

“Maafkan Nur ayah! Nur berdosa dengan ayah.”

“Tak Nur! Ayah yang salah sebenarnya. Ayah abaikan tanggungjawab ayah. Ayah bodoh, lemah, tak kuat!”

Aku terharu. Kata-kata yang ayah ucapkan itu adalah kata-kata yang pernah aku ucapkan pada nya dulu. Perlahan-lahan aku benamkan wajah aku ke dada sasa ayah sambil teresak-esak.

“Dah-dah! Bakal pengantin mana boleh nangis-nangi macam ni. Nanti hilang seri!” Usik ayah sambil mencuit hidung aku. Aku tersenyum malu sambil memandang pada Zikri yang sedang menghulurkan tangan pada ayah.

“Saya Zikri!”

“Oh..!jadi inilah bakal menantu ayah.”

“Dokter Zikri bang! Dia yang merawat Syuin.” Sampuk emak lembut. Terangkat kening ayah dengar penjelasan emak.

“Pandai Nur cari. Pikat mak mertua dulu baru pikat anak. Bagus-bagus! Senanglah ayah nanti kalau ayah sakit. Ada orang tolong rawatkan.”

“Kalau abang nak Zikri yang rawat abang kena sakit macam Syuinlah!”

“Sakit macam mana?”

“Meroyan!”

“Bertahun abang meroyan dengan Syuin. Hari ni baru sembuh. Tak apalah Zikri. Tak payah rawat ayah. Ubat ayah dah ada depan mata.” Balas ayah ambil merenung dalam wajah emak. Emak tersenyum malu. Aku turut rasa bahagia.

“Tok Di dengan nenek senyum macam pengantin barulah!” Laung Misya sambil cuba mengambil gambar dengan Tablet Androidnya. Aku lihat emak tersenyum lebar. Aku rasa bahagia sangat ketika itu. Harap-harap biarlah berkekalan.


AIDIL
HATI aku mengaku yang aku sedang cemburu. Cemburu sebab apa? Banyak sebabnya. Petama, sudah tentu pada gadis idaman aku yang sedang mesra dengan bakal suaminya. Kan bagus kalau aku yang berada di tempat Zikri. Aku dapat rasa Nur bahagia disamping Zikri. Tapi hati aku..?

Sebab kedua.. Layanan daddy pada isteri dan anak-anaknya. Kalau dulu akulah yang paling bongsu dalam kalangan anak-anak daddy. Tapi kini semua dah terbalik. Aku tua tiga bulan dari Nur. Bermakna dia yang paling bongsu dan pasti perhatian daddy beralih lebih pada dia.

Sakit hati aku bila mendapat jelingan tajam dari Kak Ida. Jelas diwajahnya yang aku memang tak diperlukan di sini. Dan sebab itulah aku ambil keputusan untuk berada di luar rumah sahaja.

“Kenapa tak masuk?” Tanya dari satu suara yang lembut dari belakang. Aku berpaling pantas.

“Tak apalah makcik! Saya nak ambil angin sekejap.”

“Mari masuk. Mak dah siapkan makan malam untuk Dil. Tadi daddy ada bagitahu yang Dil belum sentuh sebiji nasi pun. Masuk makan ye? Temankan daddy. Kesian daddy makan sorang-sorang.”

Aku dah rasa nak menyanyi sambil menari macam Madhuri Dixit dalam filem Di to Pagal Hey. Tak sangka kehadiran aku di sini, Allah  anugerahkan aku seorang ibu yang penyayang. Gelaran emak yang keluar dari mulut makcik Mazuin tadi benar-benar buat aku hiba.

“Tak apalah..! Saya dekat sini saja.” Aku masih malu-malu.

“Janganlah macam ni. Penat mak masak. Dil tak sudi rasa masakan mak ke?” Ujar makcik Mazuin sambil mengusap bahu aku. Aku makin rasa sayu. Akhirnya aku mengalah sambil tersenyum. Dengan rasa malu-malu aku paksa bangun dari kerusi batu dan melangkah masuk bersama makcik Mazuin.

“Awak tidur sini malam ni?” Tiba-tiba suara Nur menerpa ke gegendang telingaku.

“Tidur sinilah! Lagipun esokkan cuti.” Belum sempat aku jawab. Makcik Mazuin sudah seperti menawarkan sesuatu yang aku harapkan. Memang aku nak bermalam di situ. Bolehlah aku dapat lihat Nur dengan dekat.

“Dia tu mana-mana pun boleh hidup mak, Nur..!” Suara sinis tajam berbisa dari Kak Ida buat aku hilang senyum.

“Ida!!” Tegur mak lembut walaupun kedengaran tegas. Aku rasa nak senyum lebar bila ada yang membela aku. Wajah Kak Ida aku pandang sekilas. Bila dia lemparkan jelingan tajam, aku menunduk kembali.

“Nanti saya kemaskan bilik untuk awak. Awak pergilah makan dulu. Nanti saya tunjukkan bilik awak dekat atas.”

“Bilik bawah pun saya tak kisah.” Sekali sekala bertandang rumah orang, kenalah pandai merendah diri.

“Bilik bawah saya kasi pada Kak Ana. Kesian dia nak kena naik turun tangga.”

Okey..!” Jawabku faham dengan keadaan Kak Ana yang semakin sarat.

“Zikri nak kopi?” Suara Makcik Mazuin jelas kedengaran bertanya pada Zikri. Aku pandang sekilas wajah Zikri.

“Zikri tak ambil kopi waktu malam, mak.” Pantas Nur tolong jawab. Aku pulak yang berbulu telinga dengar Nur tolong jawabkan untuk Zikri. Cemburu sebab hal lelaki itu difahami oleh wanita yang aku suka.

“Nanti saya susah nak tidur! Lagipun saya dah nak balik ni.” Sambung Zikri sambil tersenyum.

“Alah..! awal lagilah Pak Uda.”

“Mana ada awal. Tengok, jam dah dekat sebelas  malam. Esok Pak Uda nak kerja.” Jawab Nur.

“Insyaallah! Esok Pak Uda datang lagi. Kalau lewat-lewat Pak Uda takut nak balik. Misya, Fatin. Fira dan Marsya nak hantar Pak Uda?” Ujar Zikri sambil melirik mata memandang Nur. Hati aku membengkak.

“Esokkan cuti!” Pantas jawapan dari Marsya.

“Pak Uda dokter, bukan cikgu! Nanti pesakit-pesakit Pak Uda rindu dekat pak uda.” Kak Zana menambah.

“Kalau macam tu Fatin nak demamlah esok.” Ujar Fatin tiba-tiba dengan suara yang lemah tak bermaya. Sambil-sambil tu sempat lagi merebahkan badannya atas sofa.

“Marsya selsema dengan batuk.” Sambung Marsya sambil menenyeh-nenyeh hidung yang konon-kononnya sedang mengalami masalah selsema sambil buat-buat batuk. Aku dengan yang ada tak tahan dengan telatah Marsya akhirnya hanya tersenyum walaupun bibir aku dah lapan puluh peratus nak ketawa kuat-kuat..

“Pak Uda bukan dokter yang rawat sakit macam tu. Pak Uda hanya rawat orang yang sakit perasaan.” Balas Kak Ida.

“Sakit perasaan tu macam mana Ibu?” Tanya Fira.

“Sakit perasaan tu macam..orang tu tak boleh kawal perasaan. Kadang-kadang dia marah dan menangis tanpa sebab. Kadang-kadang tengah bersedih dia boleh  ketawa tiba-tiba.”

“Oh..macam orang jatuh cintalah ek?” Misya menyampuk.

“Maknanya Mak Uda dan Pak Uda tengah sakit jiwalah sekarang ni ek?” Sekali lagi ruang tamu gamat dengan suara ketawa. Aku pulak dah rasa macam nak blah cepat je dari situ.

“Dah-dah! Kalau layan budak-budak ni sampai esok Zikri tak balik. Kalau Zikri balik nanti sampaikan salam pada Dokter Aziyan ye?”

“Insyaallah mak!” Jawab Zikri sambil tersenyum. Sakit telinga aku dengar Zikri memanggil makcik Mazuin emak. Belum apa-apa, dah beremak-emak pulak. Tak malu betul!

“Esok Pak Uda datang lagi tau!” Fira merengek manja.

“Paksukan ada sini. Nanti sembang-sembang dengan paksu pulak.” Aku tersentak dengan cadangan Makcik Mazuin. Tak sangka gelaran paksu masih terlekat untuk aku.

“Dengan paksu selalu dah..!” Fira jawab sambil hentakkan punggungnya atas sofa sebelah Nur. Namun makcik Mazuin tidak pedulikan kerenah Fira yang sudah muncung sedepa.

“Jomlah Dil. Temankan daddy makan. Lepas ni rehat.” Ujar makcik Mazuin lalu menarik tangan aku mengikutnya. Aku melangkah ikut Makcik Mazuin hingga ke dapur. Tersenyum aku melihat daddy sedang berselera menjamu selera. Ketika aku menanti Makcik Mazuin sendukkan nasi ke pinggan aku rasa sedikit panas melihat Nur mesra melayan Zikri melangkah ke pintu untuk pulang. Dalam hati aku memang berharap dia pergi cepat. Aku rimas dia lama-lama dalam rumah ni.

“Jangan pandang lama-lama Dil. Tak elok!” Tegur daddy selamba. Aku tunduk pandang pinggan nasi yang sudah berada di depan mata.

“Bunga bukan sekuntum Dil! Nanti emak cari yang lain.”

Aku ketap bibir dengar Makcik Mazuin cakap macam tu. Ketara sangat ke sikap aku hingga Makcik Mazuin pun boleh perasan perasaan aku pada Nur? Ke..daddy dah ceritakan pada makcik Mazuin?

“Jangan malu-malu Dil! Emak tak ada anak lelaki. Anggap saja mak macam mak kandung Dil”

“Abang mintak maaf. Abang pentingkan diri sendiri.”

“Dahlah bang! Syuin redha jika dah tertulis macam ni nasib Syuin. Nanti abang tolong tunjukkan mana kuburnya.”

Aku sebak lihat pipi makcik Mazuin basah. Namun sempat diseka. Aku dapat lihat betapa kecewanya Makcik Syuin tentang kematian anak lelakinya. Aku semakin rasa bersalah. Kalau tak kerana kehadiran aku, pasti nasib Makcik Mazuin tak jadi begini.


NUR
“TAK APA ke maksu?” Aku tanya dengan nada kurang puas hati sambil membontoti maksu yang sedang melangkah ke arah biliknya. Sambil-sambil tu mata ku kerling ke arah ruang dapur melihat ayah, emak dan Aidil sedang ramah berbual di meja makan sambil menjamu selera.

“Kenapa tak boleh pulak? Bukan berdosa pun! Lagipun ayah tak pernah lafas cerai pada emak Nur tu.” Kata maksu sambil melabuhkan punggungnya atas katil.

“Memanglah tak berdosa. Tapi Nur rasa peliklah! Risau Nur!”

“Jangan risaulah! Takkan mengandungnya mak Nur tu..!”

Ish! Maksu ni.. kesitu pulak. Bukan itu yang Nur fikirkan. Nur cuma pelik, kenapa senang-senang mak terima ayah setelah apa yang ayah dah buat pada emak dulu. Mak tu macam tak ada perasaan.”

“Nur! Sepatutnya Nur rasa bersyukur emak Nur boleh berfikir waras. Kenapa? Nur nak tengok mak Nur mengamuk-ngamuk sambut ayah tadi? Macam tu? Sifat tu sifat syaitan, Nur. Tak baik!  Sepatutnya Nur rasa seronok tengok mak ceria macam tu. Ada baiknya Nur masuk bilik, ambil wuduk dan solat. Minta ampun dan berdoa agar mak Nur tu sentiasa bahagia macam tu hingga akhir hayat dia. Bukan ke Nur memang nak tengok mak macam tu dari dulu?”

Aku terdiam sambil mengeluh berat. Ada benarnya apa yang Maksu Idah cakapkan tu. Mungkin aku yang terlalu bersikap curiga.

Keluar dari pintu bilik maksu aku lihat Aidil sedang melangkah ke arah aku sambil tersenyum nipis. Hm..hensem  jugak mamat ni.!

“Ye Encik Aidil..! Awak dah nak tidur ke?” Aku cuba beramah mesra. Aku tak mahu tunjuk sangat rasa dingin aku tentang apa yang terjadi dulu ketika di TKK.

“Boleh tunjukkan bilik saya.”

“Oh..okey! Jom saya tunjukkan.” Ujarku ringkas lalu sama-sama melangkah dengannya naik tangga menuju ke bilik.

“Saya minta maaf sebab hanya ini saja yang mampu saya sediakan untuk awak. Sorry sebab bilik ni tak ada aircond. Cuma ada kipas siling saja.” Aku cuba berbaik-baik dengan Aidil. Memandangkan dia kini adalah saudara aku, aku kenalah berlembut.

“Its okey! Saya tak kisah.”

Mm..kalau macam tu saya turun dulu.”

“Nur! Emm..sebenarnya saya nak minta maaf kat awak.”

“Kenapa?”

“Banyak sebab. Pertama ialah kerana orang tua saya. Keluarga awak pecah belah, mak awak sakit, awak diabaikan. Paling memilukan bila awak kehilangan satu-satunya abang awak.”

Syyhh! Saya harap awak boleh rahsiakan hal ni dari pengetahuan emak saya. Saya tak mahu dia tahu hal ni. Saya takut dia tertekan.” Aku berbisik.

“Macam mana nak rahsiakan kalau hal ni dia dah tahu.”

“Awak yang bagi tahu dia?” Aku teruja bertanya setelah terkejut dengan jawapan Aidil. Namun Aidil hanya geleng kepala. Aku hairan.

“Saya dengar sendiri emak awak cakap dengan daddy masa makan tadi.”

Aku mengeluh lemah. Tak sangka emak sudah tahu hal ini. Namun aku pelik.

“Lagi satu. Saya harap awak maafkan saya tentang dulu tu.”

“Kan saya dah maafkan awak.” Aku jawab juga walaupun aku dah mula tak senang hati. Pesanan Zikri sebelum balik tadi suruh aku berhati-hati masih terdengar-dengar di telinga aku. Dalam hati aku nak tergelak melihat Zikri cemburu dengan kehadiran Aidil.

“Terima kasih Nur! Tapi saya nak awak tahu, apa yang saya ucapkan pada awak dulu adalah lahir dari hati ikhlas saya. Saya benar-benar cintakan awak.”

“Dahlah Aidil. Awak penat tu. Sekarang awak rehat.” Ujarku lalu melangkah keluar. Malas aku melayan sikap Aidil tu.”

“Nur!”
Langkah aku terhenti lagi bila nama aku dipanggil semula. Aku mengeluh dalam hati.

“Nancy apa khabar?”

Aku tersenyum dengar soalan tu.

“Baik! Awak nak jumpa dia?”

Aku senyum lagi bila Aidil angguk laju.

“Saya harap awak sabar sikit masa lagi. Saya yakin satu hari nanti dia pasti nak jumpa dengan adik dia. Dia pun dah puas sendiri selama ni.”

“Awak tolong saya ek?”

Jatuh kesian aku bila Aidil buat muka macam tu. Dalam diam aku angguk setuju sebelum aku terus melangkah keluar.

No comments: