BAB
29
“LUKISAN ni
nak letak dekat mana?” Lembut suara Zara Madiha bertanya pada Razif setiausaha Adib
Mirza. Lukisan yang ditempah oleh Adib Mirza melalui pembantunya, selamat siap
dua hari lepas. Kerana ingin memohon maaf kerana lewat dari seperti yang
dijadualkan, dia selaku pelukis yang bertanggungjawab, dengan senang hati
menghantar sendiri ke pejabat Adib Mirza.
“Awak letak saja atas meja saya ni. Nanti saya
sampaikan pada bos saya. Dia tengah meeting
dengan kline sekarang ni.”
“Sebenarnya saya nak minta maaf sebab lewat siapkan
potret ni seperti yang dijadualkan. Jadi saya rasa baik saya jumpa sendiri
dengan bos awak.”
“Ermm..kalau
macam tu, awak tunggu sini. Biar saya tanya dia dulu.”
Madiha tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala.
Tindakannya itu dianggap wajar demi reputasi galerinya yang baru beroperasi
lima bulan yang lalu.
“Cik! Bos saya kata dia sibuk sekarang ni. Saya dah
cakap fasal niat baik awak tu. Awak jangan risau. Dia tak kisah pun fasal tu.”
Madiha tersenyum lalu melepaskan keluhan lega.
Sebelum berlalu pergi, pen dan kertas yang berada atas meja Razif dicapai lalu
mencoretkan sesuatu. Diserahkan semula kertas itu ketangan Razif.
“Tolong serahkan pad abos awak.”
“Tolong serahkan pad abos awak.”
“Baik Cik..”
“Zara Madiha. Just
call me Madiha.” Balas Madiha berserta dengan senyuman manis sebelum
berlalu.
Termanggu seketika Razif selepas Madiha pergi.
Walaupun kelibat gadis itu sudah hilang dari pandangan matanya, dia masih
merenung ke arah pintu lif yang tertutup.
“Awak ni kenapa Razif? Berkali-kali saya panggil.
Awak tak dengar ke?”
“Eh bos..! Sorry
bos, saya tak perasan.” Kalut kelibut Razif setelah disergah. Teraba-raba
tangannya mencari sesuatu.
“Awak cari apa tu?”
“Pen. Mana pegi agaknya pen saya ni?” Kata Razif
sambil mengomel sendiri.
“Tak payah awk nak berlakon depan saya. Yang dekat
tangan awak tu apa? Kayu?”
“Ngeee..!” Razif malu sambil tersengeh menayangkan
giginya yang tersusun rapi.
“Awak pandang apa dekat pintu lift tu tadi, sampai
tak sedar saya panggil awak?”
“Bidadari bos! Dia datang tadi.”
“Bidadari mana pulak ni.? Dahlah! Malas saya layan
awak. Tolong cari fail berkenaan dengan projek dekat Tanjung Malim.” Gesa Adib
Mirza sebelum berlalu.
“Baik bos..! Eh, kejap-kejap bos. Ni ada something dari seseorang.”
“Apa ni? Siapa yang bagi?” Tanya Adib Mirza sambil
menyambut huluran Razif.
“Bidadari yang kasi dekat bos.”
“Tak habis-habis dengan bidadari.!” Rungut Adib
Mirza lalu lipatan kertas tadi dibuka dan dibaca. Tersenyum seketika selepas
selesai membaca nota ringkas itu.
“Bidadari tu tulis apa bos?” Tiba-tiba suara Razif
kedengaran bertanya.
“Sibuklah awak ni!” Ujar Adib Mirza lantas berlalu mahu
masuk ke biliknya sambil mengepit potret yang siap dibungkus kemas.
“Bos! Kalau bos tak sudi, past dekat saya je..!” Laung Razif tersengeh-sengeh malu.
Adib Mirza hanya tersenyum sambil geleng kepala.
Jika dilayan perangai setiausahanya itu, sampai bila-bila kerja tak siap.
Tuan..
Saya minta maaf kalau kehadiran nota ni mengganggu kerja Tuan. Sebenarnya saya
nak minta maaf sebab lewat siapkan potret tuan ni seperti yang dijadualkan.
Saya tak kisah kalau bayaran yang tuan buat bukan seperti yang dijanjikan.
Maksud saya kalau tuan nak bayar separuh harga pun saya tak kisah. Tuan berhak
letakkan harga jika Tuan rasa kerja saya tidak memuaskan hati Tuan. Sekian
terima kasih.. Saya yang masih baru belajar…Zara Madiha.
“Zara Madiha..?” Ingatannya terimbas pada seseorang. Namun cepat-cepat ditepis pergi. Baginya yang lepas biarlah berlalu pergi. "Hurmm..sedap juga nama dia. Siapa dia ni?" Bisik Adib Mirza sendiri.
Gelaran bidadari yang diberikan oleh setiusahanya
tadi buat dia terus memikirkan bagaimana agaknya rupa sebenar gadis yang
bernama Zara Madiha. Dia yakin pandangan seorang lelaki seperti Razif pasti sama
dengan pandangannya. Tiba-tiba wajah manis sekali lagi Zara terhias di ruangan mata.
“Adakah dia semanis Zara?” Tanya Adib Mirza sendiri.
Sudah tiga bulan berita gadis itu tidak diketahui. Kali terakhir berjumpa ialah
semasa telefon bimbit gadis itu dikembalikan. Itupun tanpa apa-apa bicara. Selepas
menyerahkan telefon bimbit itu, Zara terus pergi meninggalkannya tanpa sebarang
pesan.
Begitu juga dengan Aqil Muaz. Selepas pertemuan di
rumah Aqil Muaz, dia masih berhubung dengan adiknya, namun bila masuk
minggu ke dua, khabar adiknya itu langsung tidak diketahui. Adiknya itu seakan
sengaja melarikan diri darinya. Tiap kali dia menyuarakan hasrat mahu ke rumah Aqil Muaz, adiknya itu sering memberi pelbagai alasan seolah-olah mengelak kehadirannya. Dan kerana sikap adiknya itu, dia menjeruk
rasa. Rajuknya biarlah dia sendiri yang merawat.
Walaupun rindu pada kedua-dua insan itu, dicuba pujuk
hati rajuknya. Bukan dia tidak tahu perangai Aqil Muaz. Adiknya itu harus
diberi masa untuk betulkan keadaan. Jadi dia tidak mahu terus mendesak seperti
yang pernah dilakukan sebelum ini. Pengalaman lalu mengajarnya agar lebih
berhati-hati.
“Zif! Macam mana saya boleh dapatkan nombor telefon
Galeri Persona?” Tanya Adib Mirza sambil matanya terancap pada potret keluarga yang
dipegang. Wajah tenang arwah papanya Dato Azam Muiz dipandang sambil tersenyum.
Rasa bahagia sangat kerana dirinya dipeluk oleh Dato Azam Muiz. Makin lebar
senyumannya bila melihat senyuman ibu tirinya Puan Sofea Lee yang mesra di sisi
Dato Azam Muiz sambil memeluk Aqil Muaz.
“Nanti saya hantar dekat bos.” Balas Razif sebelum
menutup mesin intercomenya.
Adib Mirza tersenyum lagi. Potret keluarga yang
ditempah khas itu bertujuan untuk dihadiahkan pada Aqil Muaz sempena hari lahir
adiknya yang bakal menjelma bulan hadapan. Dia yakin Aqil Muaz pasti teruja
terima hadiahnya. Niatnya yang sebenar ialah mahu menceriakan kembali
hubungannya dengan Aqil Muaz.
Ketukan pintu pejabatnya menyentak lamunan Adib
Mirza. Tersipu-sipu senyuman Razif sambil mengibas-ngibas kad nama Galeri
Persona. Sudah dapat diagak apa yang berada dalam fikiran setiausahanya itu.
“Bos dah terpikat ek?”
“Ada-ada jelah awak ni. Saya cuma nak bincang fasal harga
potret ni.”
“Bukan ke harga potret tu dah dibayar?”
“Separuh je! Cik ni tadi cakap saya boleh turunkan
harga kalau saya tak puas hati dengan kerja tangan dia. Jadi saya rasa saya
patut buat macam tu bila ada sesuatu yang saya rasa tak puas hati dengan potret
ni.”
“Apa yang tak okeynya
bos? Saya tengok okey je.” Ulas Razif
sambil membelek potret di hadapannya.
Adib Mirza cuba tenang dengan komen Razif. Malu
kalau setiausahanya tahu apa yang tersirat dalam fikirannya. Dicuba-cuba
mencari alasan munasabah.
“Adik saya ni nampak matang sangat. Tu yang saya tak
puas hati.”
“Ye ke? Bukan ke bos yang mintak macam tu.?”
“Memanglah saya mintak macam tu. Tapi taklah
sematang dari saya. Adik saya muda lima tahun dari saya, tau!”
“Tapi adik bos tetap nampak hensem. Kalau saya ni perempuan, dah lama saya mengorat adik bos
ni.”
“Ada hati awak nak jadi adik ipar saya? Dari jadi
adik ipar saya, baik jadi isteri saya.” Adib Mirza cuba berseloroh.
“Huh! Tak
ingin saya. Bos tu muka tak ada seri langsung. Serius memanjang. Saya rasa
sebab tu bos tak berteman sampai sekarang.”
Adib mirza galak ketawa mendengar penjelasan Razif.
Walaupun sedikit terasa, dia cuba berfikiran positif. Selama ni pun dia anggap
pekerja-pekerjanya seperti rakan baik. Tak ada istilah pekerja harus tunduk
pada majikan. Namun dia harus berhati-hati. Takut juga kalau anak buahnya
berani pijak kepala.
“Saya bersikap tenang. Saya tak mahu bebankan
fikiran kamu semua dengan masalah saya.”
Razif tersenyum sinis. Hal itu memang diakui.
“Bos tak mahu try
ke Cik Madiha tu?”
“His, awak ni..!” Adib Mirza cuba sembunyikan
perasaan sebenar. Kalau setiausahnya tahu apa yang bergolak dalam hatinya,
pasti dia terpaksa tebalkan muka.
“Saya cadangkan saja. Melalui amatan saya, bos sesuai
dengan dia. Dia taklah gedik macam Cik Aliyana tu. Cik Madiha tu orangnya cantik,
lemah lembut, ayu je rupa dia bertudung labuh.”
“Tudung labuh?” Adib Mirza mengangkat kening. Dalam
fikirannya Madiha dari golongan yang waraq orangnya.
“Hmm..macam ustazah pilihan. Lembut je orangnya.”
Balas Razif cuba meyakinkan Adib Mirza.
Selepas Razif keluar dari biliknya, Adib mirza masih
memikirkan tindakannya yang seterusnya. Apakah dia harus menghubungi Madiha?
Hatinya bagai terpanggil-panggil mahu mengenali gadis itu. Namun apa alasan
yang harus diberikan? Jika dilihat potret dihadapannya, rasanya tak ada apa
yang harus dipertikaikan. Semuanya dia rasa puas hati. Alasan yang diberi pada
Razif tadi adalah semata-mata mahu menyembunyikan apa yang tersirat sahaja.
“Ini Galeri Pesonakan? Boleh saya bercakap dengan
Cik Madiha?” Tanya Adib Mirza selepas memberi salam.
“Madiha bercakap. Encik siapa dan dari mana?” Lembut
Madiha bertanya. Berkelip-kelip matanya cuba mengecam suara dihujung talian.
“Saya Adib Mirza dari Syarikat AM Jaya. Cik yang
hantar potret dekat pejabat saya tadikan?”
Madiha terkejut. Hampir-hampir terlepas telefon
bimbitnya mendengar nama syarikat besar itu. Dimatanya kini terbayang-bayang
wajah Adib Mirza yang serius serta berjanggut putih seperti yang terdapat dalam
gambar yang diterima sebulan lalu.
“Oh, tuan. Maaf, saya tak tahu. Ada apa-apa yang
tuan tak puas hati ke fasal potret tu?”
Tiba-tiba dia mendapat akal. Sememangnya ada sedikit
kesilapan di situ. Janggut Dato Azam Muiz sepatutnya putih, tetapi dalam potret
tu janggut Dato Azam Muiz sudah menjadi hitam.
“Saya cuma nak komen fasal jang...” Belum sempat
dihabiskan ayatnya, Madiha sudah menyampuk.
“Fasal janggut tuan tu ke? Biar saya jelaskan dekat
sini. Sebenarnya saya memang nak ikut seratus peratus dari gambar asal. Tapi
bila saya lihat gambar isteri tuan nampak muda, saya rasa harus mudakan sedikit
rupa tuan tu. Lagipun anak-anak tuan nampak masih muda. Cuma anak sulung tuan
tu saja yang nampak sedikit serius. Dah macam nak jadi singa jadian pulak saya
tengok. Dekat anak sulung tuan tu pun saya ubah sikit jadi biar nampak muda sikit.
Tuan tak kisahkan?” Ulas Madiha sambil tergelak kecil. Bila lawaknya tak
menjadi, cepat-cepat tawanya dimatikan.
Adib Mirza tercengang mendengar penjelasan Madiha
yang terus terusan tanpa memberi dia peluang untuk bersuara. Baru dia sedar,
rupanya Madiha menganggapnya adalah orang tua yang terdapat dalam potret itu sedangkan
wajah tua itu adalah milik papanya Dato Azam Muiz. Paling dia tak sangka
gelaran melampau yang dikeluarkan oleh Maduha tadi benar-benar menguji tahap
kesabarannya.
“Tapi kalau tuan tak puas hati jugak, saya boleh
betulkan balik potret tu. Atau saya buat yang lain.” Madiha cuba beri cadangan
bernas.
“Err..sempat
ke? Saya nak potret ni dalam minggu ni juga. Saya nak hadiahkan pada seseorang.
Sebulan saya beri tempoh pun awak tak dapat siapkan, macam mana pulak dua tiga
hari?” Usik Adib Mirza sambil tersenyum. Dapat dirasa kegugupan gadis itu
dihujung talian. Terdetik di hati mahu terus mengusik hati si gadis. Dari suara
yang didengar, jelas gadis itu seorang yang lemah lembut berhati tegas.
“Oh..macam tu. Kalau macam tu, biar saya datang
ambil semula potret tu. Saya akan cuba betulkan apa yang tak kena dekat situ.”
Madiha cuba sabarkan hati dengan kerenah pelanggannya. Salahnya juga kerana
tidak berbincang dulu sebelum membuat keputusan.
“Saya nak awak datang sekarang.”
“Baik tuan. Saya datang sekarang. Lima belas minit
lagi saya sampai.”
Madiha merengus perlahan sambil lepaskan nafas
geram. Diruangan matanya terbayang wajah tua bengis Adib Miza. Tak dapat
bayangkan apa yang akan dikatakan pada lelaki tua itu bila berdepan nanti.
Berdesup langkahnya melangkah keluar dari galeri.
“Kong! Aku keluar kejap.”
“Kemana?” Jerit Kong selaku pembntunya di galeri.
Terhenti seketika kerjanya kerana melihat Madiha keluar kelam kabut.
“Jumpa Bapak Singa jadian!” Balas Madiha geram lalu
terus melangkah pergi.
Sepuluh minit memandu, akhirnya dia sampai di hadapan bangunan Syarikat AM Jaya. Sebelum melangkah sempat dia berdoa agar segala urusannya dipermudahkan.
Sepuluh minit memandu, akhirnya dia sampai di hadapan bangunan Syarikat AM Jaya. Sebelum melangkah sempat dia berdoa agar segala urusannya dipermudahkan.
“Eh, Cik Madiha. Ada apa-apa yang boleh saya bantu.”
Tanya Razif. Terkejut seketika kerana manusia yang dianggap bidadari kini
muncul kembali.
“Saya ada janji temu dengan bos awak. Boleh saya
jumpa dia?”
“Sekejap ek!” Balas Razif sambil tersenyum penuh
makna. Sambil menanti jawapan dari Adib Mirza, sempat dia merenung weajah
bersih gadis yang berdiri dihadapannya.
“Awak boleh masuk sekarang. Bos saya sedang tunggu
awak.”
“Terima kasih..!” Ucap Madiha lembut lalu melangkah
masuk ke dalam pejabat Adib Mirza.
“Opts!”
Terlucut ucapan spontan itu dari mulutnya bila melihat seorang jejaka tampan
sedang berdiri di hadapan meja besar sejurus selepas kakinya melangkah nasuk ke
dalam pejabat yang mewah itu. Bibirnya ditutup dengan telapak tangannya bila
berhadapan dengan Adip Mirza yang tinggi lampai.
“Jemput duduk Cik Madiha. Awak nak minum apa-apa?”
Serius Adib Mirza memulakan perbualan.
“Takpe!
Saya tak haus. Ermm..” Madiha mahu
segera ke tujuan asal kedatangannya.
“Saya Adib Mirza. Pengarah syarikat ni. Yang
berjanggut tu arwah papa saya. Perempuan muda tu arwah ibu tiri saya dan yang
comel tu adik saya manakala yang macam singa jadian tu adalah saya.” Jelas Adib
Mirza sambil menunjukkan kearah potret yang disandarkan di tepi dinding sebelah
meja kerjanya. Tubuhnya dipeluk erat. Wajahnya yang serius menikam semula ke
wajah gelisah Madiha. Ada rasa lucu di situ.
Terkemik-kemik wajah Madiha mendengar penjelasan
Adib Mirza. Bibirnya digigit kuat. Merah padam mukanya dengan sindiran Adib
Mirza. Wajahnya ditundukkan kerana tidak berani memandang wajah serius Adib
Mirza.
“Sekarang saya nak tahu, apa yang awak akan lakukan
pada potret keluarga saya ni?” Tanya Adib Mirza sambil matanya tajam kearah
potret. Dia tahu Madiha sudah termalu dengan sindirannya. Dan di berharap agar
gadis itu terus bersedia dengan sindirannya yang seterusnya.
“Ermm..
macam ni Encik Adib. Encik Adib cakap saja apa yang Encik Adib nak saya buat.
Saya akan usahakan. Dan saya tak akan kenakan bayaran sesen pun!”
Adib Mirza tersenyum dalam diam melihat kegelisahan
Madiha. Dalam diam juga hatinya sudah mula terpikat.
“Lama saya tengok potret keluarga saya ni. Tiba-tiba
saya rasa tak payahlah nak ubah-ubah. Saya puas hati. Lagipun muka singa jadian saya
tu dah tak ada dalam potret ni. Tapi sebab lewat, awak saya kenakan denda.”
Madiha tercengang. Sebelum ini sebarang kesilapan
belum pernah dia dikenakan denda. Kalau setakat pelanggan tidak mahu jelaskan
bayaran, memang ada. Dan dia terima.
“Tolong temankan saya keluar makan tengahari.”
Madiha semakin tercengang. Hukuman apakah ini?
Melihat wajah serius Adib Mirza, akhirnya dia mengangguk setuju. Dari kena
bayar balik harga potret itu, dia sanggup kalau pelanggan tidak mahu mambayar
langsung padanya. Tapi tindakan Adib Mirza ini dirasa tidaklah seberat mana
dari dia kena bayar balik dengan harga yang berlipat-lipat ganda. Takut
sebenarnya kalau Adib Mirza menyuruh dia membayar balik harga potret itu,
sedangkan separuh harga yang telah dibayar telah digunakan untuk membeli alatan
lukisannya.
“Makan tengahari sajakan..?” Madiha beranikan diri
bertanya.
“Yupp!
Ke..awak ada cadangan lain selepas kita makan?” Adib Mirza kembali bertanya.
Terukir senyuman nipis di bibirnya.
“Err..tak! Saya cuma nak tahu je” Jawab Madiha
gugup.
“Okey!
Lets go. Saya dah lapar ni.” Ujar Adib Mirza lalu bangun
sambil menanggalkan kodnya dan kemudian disangkutkan balik kerusinya.
Madiha yang masih terkejut pantas bangun dari duduknya
dan mula melangkah mengikut Adib Mirza dari belakang.
“Zif! Saya keluar makan kejap. Saya tak mahu
diganggu. Mungkin petang baru saya masuk balik. Sebarang temujanji petang ni
awak tunda ke tarikh lain.” Kata Adib Mirza perlahan sejurus selepas meja
setiausahanya didekati.
“Burung dah kena jerat ke bos?” Bisik Razif sambil
matanya memandang ke arah Madiha yang sedang berjalan ke arah mereka.
“Ish awak ni..! tak habis-habis nak kenakan saya.
Dahlah, saya gerak dulu. Ingat apa yang saya pesan.” Pesan Adib Mirza sambil
berlalu pergi.
“Pesan yang mana bos? Yang nasi minyak tu ke? Jangan
lupa hantar kad sekali. Saya nak jadi orang first.”
Jerit Razif lalu ketawa mengekek.
Merah muka Adib Mirza bila setiausahanya mengusiknya
begitu.
“Setiausaha Encik Adib tu kenapa?” Tanya Madiha
hairan. Dari pandangan matanya tadi, Razif
seakan sedang sembunyikan sesuatu.
Adib Mirza tersenyum malu selepas ditanya Madiha.
Wajah lembut itu dipandang sekilas.
“Dia pesan nasi minyak.”
“Baik betul Encik Adib ni. Setahu saya bos yang
selalu pesan makan dekat setiausaha. Tapi sekarang terbalik pulak.”
“Bukan semua bos macam tu. Saya utamakan pekerja
saya. Kalau tak, macam mana saya nak kekalkan kemajuan syarikat saya. Tak ada
dia orang tu, tak adalah saya dan syarikat saya.” Jawab Adib Mirza serius.
Madiha tersenyum nipis mendengar pendapat Adib Miza.
Melalui nada suara lelaki itu, Madiha dapat rasa Adib Mirza ikhlas dengan
tugasnya sebagai seorang ketua. Tiba-tiba dia rasa senang berkawan dengan Adib
Mirza.
Bagi Adib Mirza gadis di sisinya sekarang benar-benar
buat dia rasa selesa. Ada perbezaan antara Madiha dan Zara. Namun kedua-dua
gadis yang telah berjaya mencuri hatinya itu memiliki raut wajah yang sudah
tentu menjadi idaman lelaki sepertinya. Ya! Dua-dua cantik. Hingga dia sendiri
tidak tahu menilai mana satu yang lebuih cantik. Namun dia harus terima bila
Zara sudah tentu bukan miliknya. Jadi sekarang dia harus berusaha agar Madiha
juga tidak ambil keputusan seperti Zara.
Terdetik juga di benak mahu bertanya perihal Madiha.
Namun dirasa masih awal. Jadi dia tidak perlu terburu-buru kerana masih banyak
masa. Lainlah kalau Madiha sudah ada yang punya. Tapi sedari awal tadi dia
perasan Madiha tidak membantah atau menolak ajakannya untuk makan tengahari.
Dan kerana itu dia yakin gadis dihadapannya itu masih sendiri. Jadi, kerana
sebab itu dia harus pandai menyusun strategi fizikal dan minda dan akan terima
andainya Madiha bukan tercipta untuk dirinya.
No comments:
Post a Comment