PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 25 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 25
NIRMALA termenung depan jendela pejabatnya. Dari atas dia memandang ke bawah. Terasa sayup hingga kadang-kadang dia terasa gayat untuk memandang lama ke bawah. Bila melihat  bertapa kerdilnya manusia dan kenderaan yang lalu lalang di bawah, hatinya terasa sayu. Terasa begitu kerdil dirinya pada si pencipta.

Nirmala mengeluh panjang. Yang sebanarnya dia sendiri tak tahu apa yang difikirkan ketika itu. Jiwanya kacau semenjak mendengar suara manja di hujung talian ketika menghubungi Fazhan kelmarin. Bertambah kacau bila janji Fazhan untuk makan malam bersama keluarga semalam  dipandang sepi oleh suaminya. Hampir ke sepuluh malam, barulah bayang Fazhan kelihatan. Itupun tanpa sebarang kata maaf. Bila ditanya, Fazhan kata dah makan dengan kawan. Diruangan matanya Fazhan sedang makan dengan si pemilik suara tempoh hari.

“Mala dah salah langkah ke bang?” Bisik Nirmala lemah sambil mengalirkan air mata. Ketika itu hanya Fir Luqman yang diharapkan berada di hadapannya memberi kata-kata semangat. Sudah lama bayang itu hilang dari pandangannya semenjak dia menerima Fazhan sebagai suaminya yang sebenar.

“Kan bagus kalau abang ada. Mesti hidup Mala tak sesukar ni. Abang tak kasihankan Mala? Datanglah ambil Mala. Mala dah tak sanggup hidup macam ni.” Bisik Nirmala sendiri.

Langkahnya diatur ke meja kerjanya. Laci kecil sebelah kanan dibuka perlahan. Bila terpandangkan bingkai kecil itu, dia tersenyum hambar. Sudah lama tidak dipandang wajah itu. Entah kenapa hatinya tiba-tiba merindu pada arwah Fir Luqman.

Lama gambar itu dipandang hingga mesin intercomenya berbunyi menandakan setiausahanya sedang dalam talian.

“Puan Mala! Ada orang nak jumpa.”

“Siapa?”

“Katanya Cik Syarifah Zarina Syed Zain. Puan nak terima dia masuk ke?”

Nirmala berkerut wajah mendengar balasan Susan. Pada pandangannya mungkin ada yang mahu berurusan kerja dengannya. Peluang memang tak dilepaskan.

Okey! Lagipun saya tak sibuk sekarang ni.” Ujar Nirmala lantas gambar Fir Luqman segera disimpan semula ke tempat asalnya. Wajahnya yang sembab dek air mata dikemaskan semula. Tudung labuh yang menghiasi wajah dan tubuhnya dibetulkan agar lebih berkeyakinan.

“Assalamualaikum!” Salam Nirmala beri apabila tetamu yang baru masuk hanya melangkah tanpa rasa bersalah. Tapi bila salamnya tak berjawab, Nirmala sudah tak sedap hati.

“Ye Cik Syarifah. Ada apa-apa yang boleh saya tolong.?”

“Panggil saja saya Syarine. Sebenarnya kedatangan saya ni bukan berkaitan dengan kerja. Tapi sedikit peribadi.”

Terangkat kening Nirmala selepas mendengar jawapan gadis cantik di hadapannya.

“Maksud Cik Syarine?”

“Khir Fazhan.”

Nirmala sudah mengetap bibir. Sudah dapat diagak apa sebenarnya tujuan Syarine datang mencarinya. Nirmala juga dapat mengesan suara manja dalam telefon tempoh hari adalah milik Syarine.

Okey! Apa yang Cik Syarine nak saya buat dengan dia. Terus terang saja. Kalau saya mampu tolong, saya akan tolong.” Nirmala cuba kumpulkan semangatnya.

“Saya nak awak tinggalkan dia.”

Nirmala tersentak seketika.

Okey!” Pantas jawab Nirmala tanpa bertanyakan sebab pada Syarine. Dia sudah pasti perkara begini pasti akan berlaku selepas mendengar suara manja Syarine dalam talian kelmarin.Untuk tidak memberatkan bebanan dan fikiran, dia rela undur diri dari bercakaran demi meraih kasih seorang lelaki yang dirasa kini hatinya bukan lagi bertempat di hati Fazhan.

Okey je? Awak tak mahu tanya sebab ?” Syarine bertanya hairan.

“Tak perlu kot!”

“Tak perlu kot? Pelik betul dengan awak ni.”

“Saya tak mahu beratkan kepala saya dengan masalah macam ni. Cukuplah dengan masalah yang saya tanggung sekarang. Janganlah awak nak kusutkan lagi keadaan saya. Kalau awak nak ambil suami saya, ambillah! Saya tak kisah. Tapi satu saja yang awak kena ingat. Pastikan dia benar-benar jatuh cinta pada awak sebelum awak jadi miliknya. Saya kenal suami saya. Dia takkan senang-senang jatuh hati pada mana-mana perempuan selagi saya tetap di hatinya. Tapi saya yakin hatinya sudah ada pada awak. Kalau tidak, masakan dia boleh melayan awak sejak kelmarin."

Syarine tesenyum kelat mendengar jawapan Nirmala. Mulanya dia mahu sakitkan hati Nirmala. Tak sangka dia balik yang terkena. Jadi dia perlu menukar plan.

“Percaya betul awak dekat dia ek! Tapi ada sesuatu yang awak perlu tahu sebelum awak terus percayakan dia.”

Nirmala tepat memandang ke mata Syarine.

“Saya yakin, tentu arwah Fir Luqman pun tak sabar-sabar nak awak tahu cerita sebenar dibalik kejadian yang menimpa korang beberapa tahun lalu.”

Nirmala tersentak bila nama arwah suaminya menjadi sebutan Syarine. Setahunya Fir Luqman tidak pernah mengenali Syarine.

“Apa maksud awak?”

“Awak tahu macam mana Fir Luqman mati?”

Nirmala menahan sabar.

“Semuanya sebab Khir Fazhan. Dia yang menyebabkan suami awak mati. Dia juga yang menyebabkan awak hilang ingatan selama bertahun-tahun. Dia juga yang menyebabkan hidup saya tak bererti lagi. Awak tengok parut dekat muka saya ni. Ini semua angkara Khir Fazhan.” Lantas Syarine terus menceritakan apa sebenarnya yang berlaku malam itu sekali gus turut menceritakan rancangannya denga Fazhan untuk memisahkan Nirmala dan Fir Luqman.

Nirmala terduduk lemah mendengar cerita Syarine. Tidak disangka Khir Fazhan menyembunyikan rahsia itu darinya.  Paling buat dia terkejut bila Fazhan merancang mahu menjatuhkan rumahtangganya demi untuk mendapatkan dirinya. Dan yang paling memilukan, ayahnya Dato Hamdan sudi menjamin Fazhan di penjara ketika ada saksi yang sudi mendakwa Fazhan kerana menjadi penyebab kemalangan.

Air mata yang ditahan, akhirnya gugur jua.

“Terima kasih Syarine. Terima kasih kerana membuka mata dan hati saya. Selama ni saya sangkakan dia adalah orang yang benar-benar sayangkan saya. Tapi saya tak sangaka, begini jadinya.”

“Sebenarnya saya datang ni sebab nak minta maaf atas apa yang jadi. Dalam hal ni, saya turut bersalah. Kalau tidak saya yang mengajak Fazhan minum, dah tentu kereta yang dipandu tak berlanggar dengan kereta suami awak. Saya menyesal. Sebenarnya antara saya dengan Fazhan hanya sekadar sepupu rapat sejak kecil. Tak ada apa-apa yang istimewa pun.”

“Apa tujuan awak sebenarnya datang sini?”

“Dah lama saya simpan rahsia ni. Makin lama saya simpan, makin jiwa saya tak senang. Sebab tu saya beranikan diri datang jumpa awak. Lagi pun malam ni saya dah nak berangkat balik. Serba salah saya kalau tak berterus terang dengan awak. Saya harap awak boleh rahsiakan pertemuan ini dari Fazhan.”

“Terima kasih Syarine. Saya rasa saya tahu apa yang perlu saya buat lepas ni. Awak jangan risau. Dia takkan tahu hal ni.”

Sebelum Syarine malangkah keluar dari pejabat Nirmala, sempat dipeluk tubuh kecil Nirmala dan hadiahkan ciuman di pipi Nirmala.

“Bila saya tengok awak, baru saya tahu kenapa Fazhan gilakan awak. Awak memang cantik. Patutlah dia gila sangat dekat awak.” Ujar Syarine lalu berlalu meninggalkan Nirmala yang masih kaku di situ. Hatinya puas dapat meluahkan segalanya. Walaupun melihat Nirmala mengalirkan air mata membuat hatinya diruntun simpati, dia barharap agar Nirmala cekal menerima apa jua musibah selepas ini.  Kini jiwanya tenang selepas dapat tunaikan apa yang diidamkan selama ini. Dia yakin selepas ini hidup Fazhan akan lebih tersiksa.

Nirmala senyum kelat mendengar kata-kata pujian Syarine. Baginya kata-kata itu tidak penting lagi andainya dia jadi milik pada suami yang berniat jahat.

Foto  Fir Luqman yang disimpan tadi dikeluarkan semula selepas Syarine hilang dari pandangannya.

“Abang tipu Mala. Abang kata dia baik. Abang kata dia mampu jadi pemimpin Mala. Tapi abang tengok sekarang, apa yang dah jadi.” Nirmala berbicara sendiri sambil menatap gambar Fir Luqman.

“Puan Mala! Ada bunga untuk puan.”

Nirmala bergegas keluar dari pejabatnya lalu melangkah ke arah meja Susan. Seorang pengantar bunga sedang berdiri di situ sambil memeluk sejambak bunga rose merah menanti kehadirannya.

“Siapa yang kasi?” Pantas Nirmala bertanya walaupun dalam hati sudah dapat mengagak siapa empunya diri yang rajin menghantarnya bunga sebanyak itu.

“Puan ni buat-buat tanya pulak. Dekat kad tu ada nama. Baca sajalah..!” Seloroh Susan sambil tersenyum sinis.

-Abang minta maaf fasal semalam. Terus terang, abang memang lupa. Untuk menggantikan waktu yang terlepas tu, abang nak ajak Mala makan malam dengan abang malam nanti. – Abang..

Nirmala hanya pantang kad di tangannya tanpa perasaan.

“Tolong kembalikan pada dia balik.” Kata Nirmala pada si pengantar bunga.

“Hah? Kalau dia tanya, saya nak kata apa?”

Susan yang berada di situ turut tersentak. Sudah terbayang-bayang sekuntum bunga rose merah itu bakal menjadi miliknya. Biasanya jika Nirmala menerima bunga dari Fazhan, Nirmala akan berikan pada stafnya sorang satu. Tapi bila melihatkan keadaan Nirmala yang seperti baru menangis, dia mula syak sesuatu selepas kemunculan seorang gadis seksi sebentar tadi.

“Awak tak perlu kata apa-apa. Lepas hantar awak blah jelah..!” Susan tolong menjawab bagi pihak Nirmala setelah dia dapati Nirmala tiada jawapan pada soalan si pengantar bunga tadi.

“Puan okey?” Susan bertanya selepas si pengantar bunga tadi berlalu pergi.

“Saya okey. Opts! Lepas ni kalau ada sesiapa datang nak jumpa saya, cakap saya tak ada. Termasuk suami saya.”

Susan diam seribu bahasa. Sudah dapat diagak pasti angin bosnya itu jadi tak betul gara-gara kerana perempuan tadi. Simpati sangat pada Nirmala. Kerana tidak mahu membebankan ketuanya dengan pelbagai soalan, didiamkan saja. Namun dia berharap, andainya Nirmala memerlukan teman untuk berbicara, dia sudi menjadi pendengar setia. Sayang sungguh pada ketuanya itu. Jika tidak kerana Nirmala dan Fir Luqman, sudah pasti hidupnya merempat selepas kehilangan kedua orang tua.


FAZHAN buntu selepas menerima pulangan semula jambak bunga yang diberikan pada Nirmala. Sudah berpuluh panggilan yang dia buat. Sudah beratus ayat diutuskan mesej. Namun tiada satu pun dia mendapat balas. Akhirnya Fazhan melangkah laju mahu ke pejabat Nirmala.

“Puan kata dia tak mahu jumpa sesiapa hari ni termasuk Encik Fazhan.”

“Tapi kenapa? Sayakan suami dia!”

“Tu saya tahu. Tapi ini arahan Puan Mala. Saya tak berani nak membantah.”

“Tolonglah bagi saya jumpa dengan dia. Sekejap pun jadilah.!”

“Maaflah Encik Fazhan. Saya hanya menurut perintah.”

Fazhan mengeluh lemah sambil geleng kepala. Takkanlah sebab tak balik makan malam Nirmala boleh bertindak begitu. Dia dapat rasa ada sesuatu yang lebih dasyat sedang berlaku pada isterinya. Akhirnya dengan jiwa yang resah, dipaksa juga kakinya melangkah meninggalkan perkarangan pejabat Nirmala.

“Encik Fazhan!” Laung Susan setelah serba salah melihat langkah lemah Fazhan berlalu dari situ.
Fazhan berpaling dan wajah Susan dipandang sayu. Diayunkan semula langkahnya menuju ke meja Susan.

“Sebenarnya saya serba salah nak cakap. Saya sayang majikan saya tu. Sebab tu saya tak sanggup lagi tengok dia menangis. Kalau boleh saya nak dia bahagia saja. Tapi bila tengok dia asyik murung, hati saya tak senang.”

“Apa maksud awak?”

“Saya tak tahu apa masalah yang menimpa dia. Dan saya tak mau ambil tahu. Tambah-tambah lagi masalah rumahtangga dia. Tapi sejak pagi tadi dia asyik termenung. Bila tanya dia kata dia okey. Tapi masa dia keluar untuk jumpa dengan pengantar bunga tadi, saya perasan dia baru lepas menangis. Saya dapat rasa ada kaitan dengan kehadiran seorang perempuan cantik yang datang jumpa dengan Puan Mala tadi.”

“Perempuan cantik? Siapa?” Berkerut wajah Fazhan bertanya.

Ermm..saya tak ingat nama dia. Panjang sangat!”

Fazhan cuba berfikir. Wajah peliknya jelas kelihatan.

“Encik Fazhan curang belakang Puan Mala ke?” Susan memberanikan diri bertanya. Bukan niat untuk busybody tapi untuk menyedarkan suami majikannya.

“Tak pernah terlintas pun saya nak buat macam tu dekat bos awak tu. Saya sayangkan dia.”

“Tapi kenapa Puan Mala tiba-tiba jadi macam tu.?”

Fazhan hanya geleng kepala.

“Awak ingat macam mana rupa perempuan tu.?” Tiba-tiba Fazhan menyoal setiausaha Nirmala.

“Orangnya tinggi. Rambut hitam panjang paras dada. Kulit putih kemerahan. Kalau tak salah saya, dia ada parut sikit tepi kening belah kanan kot!"

Fazhan mengetap bibir. Di ruangan matanya kini hanya wajah Syarine yang terbias. Sakit hatinya kerana mempercayai sepupunya itu. Namun apa motif yang menyebabkan sepupunya itu bertindak begitu. Fazhan yakin Nirmala sudah tahu perkara sebenar. Lantas telefon bimbit diseluk laju dari poket seluarnya lalu membuat panggilan pada seseorang.

“Apa kau buat pada isteri aku?” Tempik Fazhan sambil berjalan menuju ke tempat pakir kereta setelah panggilan yang dibuat tadi berbalas. Yang pastinya panggilan itu dibalas oleh Syarine sepupunya.

“Aku buat apa?” Syarine kembali menyoal.

“Kau jangan nak buat-buat tak tahu. Aku tahu kau datang jumpa Mala tadikan?” Herdik Fazhan berang.

“Jangan nak menuduh boleh tak? Apa bukti aku datang jumpa dia? Dia ngadu dekat kau ke?” Syarine masih boleh buat-buat suara selamba.

“Kau ingat dalam pejabat ni, cuma Mala sorang saja ke yang ada? Perempuan bodoh! Nahas kau kalau jadi apa-apa pada Mala. Aku takkan lepaskan kau perempuan sial!” Berang Fazhan lalu talian diputuskan. Sakit hatinya mendengar Syarine bercakap tadi. Jika perempuan itu ada di hadapannya, mahu saja di cekik-cekik agar hatinya puas.



SYARINE tersenyum sinis. Dia pasti setiausaha Nirmala yang merepot hal itu pada Fazhan. Makin lama senyumannya melebar dan akhirnya terhambur tawa yang kuat. Hatinya puas dan lega kerana dendamnya terbalas. Dengan senyuman yang masih bersisa, Syarine melangkah sambil mengheret bagasinya untuk menuju ke KLIA. Penerbangannya yang dijadualkan malam nanti telah ditukar ke waktu petang. Baginya biarlah masalah yang dicetuskan olehnya diselesaikan sendiri oleh Fazhan. Seandainya Fazhan berjaya memujuk hati Nirmala kembali, dia ucap tahniah dan berharap agar mereka bahagia. Tapi seandainya Fazhan tidak berjaya, dia ingin terus Fazhan teruskan usaha memujuk. Untuk dia membantu, memang tidak  kerana dia memang mahu melihat Fazhan menderita seperti apa yang dia rasa. Walaupun rasa marah pada sepupunya tetap hangat terasa, jauh di sudut hatinya masih tersimpan rasa hormat dan perikemanusiaan. Baginya selepas ini biarlah masa yang menentukan segalanya.

No comments: