BAB 27
“HAPPY
bro? Good news?”
Tanya Aqil Muaz selepas menerima kunjungan
Adib Mirza sebentar tadi. Dari keluar kereta sampai masuk dalam rumahnya,
dilihat Adib Mirza tak lekang senyuman di bibir. Dalam hati berdebar-debar
seakan dapat merasa sesuatu.
“Masih samar-samar. Tapi itu dah cukup buat abang
lega.”
“Maksud abang?”
“Dia beri abang peluang untuk memikat dia. Tapi.. dia
masih sayangkan tunang dia. Abang tak sangka selama ni dia dah bertunang untuk
kali ke dua.”
Aqil Muaz sudah mula tak senang duduk. Wajahnya
dilarikan dari pandangan Adib Mirza. Takut kalau abangnya mengesyaki sesuatu.
Segera dia bangun lalu melangkah ke meja makan lalu kopi yang tersedia atas
meja, dituang untuk abangnya.
“Ye??” Aqil Muaz gugup pura-pura bertanya dengan
nada terkejut. “Dia ada cakap siapa tunangnya tu?”
Adib Mirza bangun dari pembaringan. Tubuh Aqil Muaz
yang membelakanginya dipandang lama.
“Tak. Dia tak cakap pun. Tapi yang abang hairan tu,
kenapa tunang dia nak abang gantikan tempat dia.? Pelik betul budak tu!
Pengecut! Kalau dah taknak cakaplah terus terang dekat keluarga Zara. Ni pakai
lari macam tu je. Kasihan keluarga dia. Harap sangat anak dia orang kawin
cepat.”
Aqil Muaz tarik nafas dalam lalu perlahan-lahan
dilepaskan. Sesak nafasnya bila Adib Mirza berkata begitu.
“Adalah sebabnya tu..!” Ujar Aqil Muaz bersahaja
sambil berpaling dan melangkah mendekati Adib Mirza. Kopi yang berada
ditangannya segera dihulurkan pada Adib Mirza yang tak lepas sejak tadi
merenungnya.
“Yelah..! tapi apa sebabnya?” Adib Mirza berjeda
bertanya selepas menghirup kopi yang panas suam ditangannya.
“Tak apalah bang! Tak payah nak serabutkan fikiran
mencari jawapan. Peluang dah ada. Rebut selagi boleh. Yang penting usaha abang
tu. Pastikan berjaya.”
“Insyaallah..!” Jawab Adib Mirza perlahan.
“Nampaknya lepas ni abang kena usaha lebih sikit.
Zara tu lain sikit orangnya. Sekali terluka, susah nak terima balik.”
“Ye ke? Tapi dia masih harapkan bekas tunang dia.?”
Aqil Muaz tersentak
“Yang mana?” Tanya Aqil Muaz resah. Teringat dia
pernah melihat Zara bersama seorang lelaki di Kebayan Sungai Buloh. Mesra sangat.
Bengkak hatinya melihat kemesraan mereka berdua.
“Yang nombor dua la..! Yang nombor satu dia kata
anggap macam abang dia je..!”
Aqil Muaz terangguk-angguk mengerti. Jauh di sudut
hatinya, dia tersenyum lebar selebarnya.
“Abang dah tahu dia masih harapkan tunang dia, abang
nak teruskan jugak ke niat abang tu?” Tanya Aqil Muaz.
“Mestilah! Tapi abang akan terima kalau dia tak
boleh terima abang.”
“Abang jangan risaulah. Zara tu nampak je macam tu.
Tapi sebenarnya hati dia baik. Kalau abang jujur dengan dia, insyaallah tuhan
akan tolong abang mendapatkan dia.”
“Abang pun harap-harap macam tu. Tapi..abang nak
tanya Qil satu soalan.”
Aqil mula menyembunyikan rasa gelisahnya. Takut
kalau-kalau Adib Mirza mengesyaki sesuatu tentang dirinya dan Zara. Tepat matanya
menikam mata Adib Mirza menanti soalan yang bakal keluar dari mulut nipis itu.
“Masa Qil dengan Zara tu, Qil tak pernah rasa
apa-apa ke dekat dia?”
“Nak rasa apa bang..! Siapalah Qil ni nak dipandang?
Dia cantik, Qil ni hodoh. Lainlah abang! Banyak peminat. Tak mustahil kalau dah
lama-lama nanti Zara akan jatuh hati
pada abang.”
“Tapi abang tengok Qil dengan dia mesra sangat.
Padan!”
“Ish! Abang ni..! kesitu pulak. Qil dengan dia cuma
kawan sajalah. Tak lebih dari tu. Kenapa abang tak tanya Zara sendiri, apa
perasaan dia pada Qil?”
“Abang dah tanya..”
Aqil Muaz tersentak. Wajah Adib Mirza tak ingin
dipandang. Takut kalau abangnya menyedari kegelisahannya.
“Dia kata…” Adib Mirza menggantungkan ayatnya sambil
menjeling sinis kearah Aqil Muaz yang sedang menajamkan pandangan ke arah LCD
dihadapannya. Setelah Aqil Muaz masih tiada riaksi, dia meneruskan
kata-katanya.
“Dia kata dia suka Qil. Qil kawan yang memahami. Qil
adalah kawan lelakinya selepas Iqbal dan Fairuz Imsyar. Dia kata masa kecil,
dekat kampung dia rapat dengan Iqbal. Sebab tu dia kasar sikit. Sebab suka
kawan dengan budak lelaki.” Adib Mirza ketawa kecil. Terbayang-bayang wajah
Zara ketika bercerita zaman kanak-kanaknya. Gadis itu memang nakal. Tak
hairanlah kalau zaman gadis dia masih begitu.
“Dah masuk sekolah menengah, dia mula rapat dengan
Fairuz Imsyar. Mereka bertunang tapi sampai sekerat jalan saja.”
Aqil Muaz lepaskan keluhan berat. Baru kini dia tahu
nama bekas tunangan Zara.
“Tapi dia tak mahu beritahu abang siapa nama bekas
tunang dia yang nombor dua tu. Puas abang pujuk. Qil tahu?”
Aqil Muaz angkat bahu sambil menyebikkan mulutnya.
“Sepanjang Qil dengan dia, takkan Qil tak tahu dia
dah bertunang?”
Sekali lagi Aqil Muaz kelu lidah.
“Abang bukannya apa. Abang cuma nak jumpa dan kenal-kenal
dengan dia. Abang nak tahu kenapa dia dengan senang hati beri abang peluang
untuk dekati Zara. Abang nak ucap terima kasih pada dia. Kadang-kadang abang
rasa dia ada muslihat. Mungkin dia nak kenakan abang.”
Aqil Muaz tersentak dengan andaian Adib Mirza.
“Tak baik abang cakap macam tu. Entah-entah dia
memang ikhlas dekat abang. Hati manusia ni kadang-kadang susah kita nak ramal
dan jangka. Qil rasa tak payahlah abang nak pening-peningkan kepala fikir benda
ni semua. Abang tumpukan saja perhatian abang pada cita-cita dan impian abang
tu.”
Adib Mirza memandang Aqil Muaz dengan ekor matanya.
Nada suara Aqil Muaz memahamkan dia bahawa adiknya itu sedang sembunyikan
sesuatu. Kegugupan Aqil Muaz bersuara juga jelas membuktikan adiknya itu sedang
berperang dengan perasaan. Adakah Aqil Muaz orangnya? Selepas selesai
berbincang dengan Zara dua hari lepas, soalan itu yang sering bermain dalam
fikirannya. Perbualan Zara dengan Puan Azizah masih jelas dipendengaran
telinganya. Walaupun Zara dan Puan Azizah tidak menyebut nama itu secara
terang, dia bagai mendapat jawapan sebenar.
“Kalau dah tak suka, kenapa bagi peluang? Kasihan
dia.!” Suara Puan Azizah kedengaran di balik pintu belakang. Adib Mirza yang
sedang berjalan mahu ke dapur, terhenti langkahnya bila suara Zara bersambut.
“Zara tak paksa dia, mak. Dia yang minta macam tu.
Zara serba salah sebenarnya. Tapi bila tengok dia bersungguh-sungguh, tak
salahkan kalau bagi dia peluang?”
“Mak takut dia kecewa kalau usahanya tak berjaya.”
“Terpulang pada dia macam mana nak dapatkan Zara.
Zara dah terus terang dekat dia yang Zara masih tak boleh lupakan..”
“Shh..!
dengar dekat dia nanti, kecik hati dia.” Suara Puan Azizah sedikit perlahan.
“Dia tahu mak. Zara dah cakap. Tapi Zara tak cakap
pun siapa yang Zara tunggu.”
“Hmm..! Zara
tak ada minat langsung ke dekat dia? Mak berkenan! Ayah pun cakap dia padan
dengan Zara.” Ulas Puan Azizah selepas mengeluh lemah. Hairan dengan sikap anak
gadisnya yang masih mengharap pada yang tak sudi.
Zara ketawa kecil. Adib Mirza yang curi mendengar
perbualan itu juga tersenyum lebar mendengar pujian Puan Azizah walaupun
hatinya sedikit kecewa dengan kata-kata Zara tadi.
“Mak ni..kesitu pulak.! Bukan Zara tak berkenan.
Tapi Zara lebih suka kalau kawan biasa saja dengan dia. Zara sedar diri, mak.
Kita orang kampung. Dia orang bandar. Kita biasa hidup susah, tapi dia mana
pernah susah. Rumah kita ni suku je dari rumah dia. Dia anak orang berpangkat.
Kita ni siapa?”
“Mak faham tu. Tapi bukan ke yang sebelum ni pun
asal dari situ jugak?”
“Dia lain mak. Walaupun dia anak orang berada, tapi
dia dah biasa susah. Mm..Antara dia
dengan Adib tu, mana lagi mak berkenan?”
Puan Azizah ketawa mengekek melihat Zara
tersipu-sipu malu bertanya. “Masing-masing ada keistimewaan. Dua-dua mak suka.
Bila mak pandang Adib, mak boleh nampak bayang dia ada pada Adib. Adik
beradikkan..?”
Zara tersenyum dalam diam.
Adib Mirza berkerut wajah mencari siapa empunya diri
yang dimaksudkan oleh Puan Azizah dan Zara. Perkataan 'adik beradik' yang
diucapkan oleh Puan Azizah tadi menyentak tangkai hatinya. Dalam fikirannya
tiada lain selain Aqil Muaz. Namun dia pelik, andainya benar Aqil Muaz
orangnya, kenapa adiknya harus merahsiakan hubungan dengan Zara? Selama inipun
adiknya itu tidak pernah merahsiakan apa-apa darinya. Begitu juga dengan
dirinya. Lantas dalam fikirannya sekarang ialah mahu mencari jawapan sebenar.
Dia yakin Aqil Muaz tahu sesuatu berkaitan dengan hal itu.
“AUNTY! Dah berapa hari
Dib tak balik. Dia pergi mana sebenarnya ni?”
“Dia kata ada urusan dekat Perak. Fasal projek
terbaru dia tulah..! Janjinya semalam dia balik. Tapi hairan jugak, sampai
sekarang tak nampak bayang. Mungkin dia pergi ke rumah adik kesayangan dia tu
kot..”
“Siapa? Anak perempuan cina mualaf tu?”
“Siapa lagi.. Budak tulah....?”
“Huh!
Macam dah tak ada orang lain nak buat kawan!” Bentak Aliyana jelek.
“Aunty dah
malas nak ambil tahu fasal budak tu. Buat sakit hati je.”
“Apalah yang buat Adib sayang sangat dekat budak
tu?” Tanya Aliyana hairan. Melalui cerita Datin Basyariah, dia yakin Aqil Muaz
bukan lelaki yang boleh dianggap istimewa. Pernah sekali dia melihat Aqil Muaz.
Wajah berkulit kuning langsat yang seakan-akan anak cina itu bukanlah lelaki
kategori kacak. Jauh sangat bezanya dengan Adib Mirza yang kacak, tinggi, segak
dan memenuhi citarasa wanita masa kini.
“Tak tahulah Lia. Aunty pun tak tahu kenapa dia sayang sangat dekat budak tu. Aunty sendiri tak boleh terima dia bila
ingat balik apa yang mak dia buat pada aunty.”
Aliyana hanya angkat bahu sambil menyebikkan mulut
bila mendengar keluhan Datin Basyariah. Baginya tiada apa yang boleh dia buat
untuk kembalikan kebahagiaan Datin Basyariah. Misinya kini adalah untuk terus
meraih cinta Adib Mirza yang kini dirasa semakin menjauh darinya.
Bukan dia tidak tahu, selama ini pun Adib Mirza
bukan selalu melayannya. Hanya dia saja yang selalu terhegeh-hegehkan lelaki itu.
Namun baginya itu semua tak penting. Apa yang penting sekarang ialah, Adib
Mirza yang kaya raya itu harus jatuh ke tangannya. Dan kerana itu dia harus
bersabar dan selalu bersama-sama dengan Datin basyariah walaupun kadang-kadang
dia sudah mula berasa bosan dengan orang tua seperti Datin Bayariah. Dia yakin
Datin Basyariah pasti akan membantunya mendapatkan Adib Mirza.
“Aunty..!
macam mana rancangan kita tu?”
“Rancangan apa?”
“Alah..! aunty
ni, buat-buat lupa pulak. Kan aunty
cakap dulu nak satukan Lia dengan Adib. Aunty
dah lupa?”
“Oh..fasal tu. Aunty
tak lupalah sayang. Aunty ingat. Lia
janganlah risau. Adib mesti dengar cakap aunty
punya..!” Pujuk Datin Basyariah sambil tersenyum lucu melihat telatah Aliyana.
Walaupun dia mahu anak lelakinya bersatu dengan Aliyana, jauh disudut hati dia
tidak kisah andai Adib Mirza memilih Zara sebagai pasangan hidup. Dia sedar,
gadis itu adalah punca dia mula berubah. Dan dia yakin Zara mampu membahagiakan
Adib Mirza.
“Tapi Adib tu
macam tak suka je dekat Lia.”
“Lia! Aunty
sebenarnya memang nak Lia jadi menantu aunty.
Aunty sayang Lia. Tapi kalau Adib
tetap berdegil, apa yang aunty boleh
buat?”
“Alah..aunty
ugutlah apa-apa dekat dia. Tarik balik apa yang ada dekat dia sekarang. Apa-apa
sajalah!” Aliyana mula mengajar Datin Basyariah.
Datin Basyariah tersenyum sambil geleng kepala.
“Aunty tak
ada hak, Lia. Semua apa yang ada pada Adib sekarang, ialah milik Adib. Aunty cuma
ada rumah ni saja.” Balas Datin Basyariah sayu. Sakit hatinya masih terasa di
saat peguam membacakan wasiat dari arwah suaminya Dato Azam Muiz. Keseluruhan
harta yang ditinggalkan menjadi milik Adib Mirza dan Aqil Muaz. Yang tinggal
kepadanya hanyalah sebuah banglo yang kini didiaminya bersama Adib Mirza. Namun
dia boleh tarik nafas lega bila syarikat yang besar itu jatuh ke tangan Adib
Mirza walaupun Aqil Muaz ada hak untuk berada di dalam syarikat itu. Mengikut
perkiraan, Aqil Muaz mempunyai saham bernilai empat puluh peratus sementara Adib Mirza lima puluh lima
peratus sementara dia cuma ada lima pertus saja.
Bersinar mata Aliyana mendengar cerita Datin Basyariah.
Dalam fikirannya sudah mula membayangkan semua harta Adib Mirza bakal menjadi
miliknya jua.
“Lia tak sabar nak jadi sebahagian dari keluarga aunty. Lia nak jaga aunty. Kita boleh selalu bersama. Taklah aunty boring sangat. Lia
boleh tolong aunty dekat spa aunty.” Bodek Aliyana manja.
Tersenyum simpul Datin Basyariah mendengar cadangan
dan rancangan Aliyana. Sejak Aliyana diperkenalkan oleh Datin Atiqah ibu kepada
Aliyana, dia sudah mula merancang mahu gandingkan dengan anaknya Adib Mirza.
Walaupun dia tahu Aliyana seorang gadis yang sedikit lincah, dia tahu gadis itu
bukanlah jenis gadis yang liar seperti kebanyakan gadis sekarang yang suka
hidup berpeleseran.
No comments:
Post a Comment