PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 7 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 7

SUDAH dua bulan Nirmala terlantar di katil hospital. Tempoh berpantang pun sudah habis. Namun dia tetap begitu. Fazhan yang sejak dulu menjadi penanti setia, terus setia menanti. Kasihan Anis Humaira kerana sejak awal kelahiran, setitis susu dari Nirmala tak pernah menjadi santapan tekaknya. Nasib baiklah dia boleh terima susu formula.

Di rumah, hanya bibik, Dato Hamdan dan Amil Zaquan yang melayan anak kecil itu. Kehadiran Maklong Hasmah yang tiba seminggu selepas kelahiran Anis Humaira melegakan Fazhan. Sekurang-kurangnya ada yang berpengalaman menjaga bayi di rumah itu. Jika nak harapkan dia, memang tak boleh diharap. Manakan menang tangan jika kerja pejabat lagi yang perlu diuruskan. Pulang pejabat, terus ke hospital pula. Balik rumah nak melayan anak-anak pun tak ada masa. Bila sampai rumah, anak- anak semua dah tidur.

Fazhan bangga kerana memiliki Amil Zaquan. Kasih Amil Zaquan pada Anis Humaira amat terserlah sekali. Setiap hari, sebelum ke sekolah, Amil Zaquan akan menyuapkan susu ke mulut adiknya dahulu. Habis sebotol susu, barulah dia melangkah ke sekolah. Jika tidak berbuat begitu, dia pasti mogok tidak mahu ke sekolah.

“Bila mama boleh balik rumah, papa?” Tanya Amil Zaquan ketika menyuapkan susu ke mulut Anis Humaira. Matanya hanya pandang pada adiknya saja.

“Tak tahulah Mil! Dokter tak kasi mama balik lagi. Sabar ek. Bila mama dah sedar, papa bawa mama balik” Pujuk Fazhan lembut sambil membetulkan tali lehernya. Sebentar lagi, dia pun mahu ke pejabat. Kerja-kerja pejabat yang menimbun sedang menantinya. Sejak Nirmala bercuti sebulan sebelum bersalin, semua urusan pejabat dia yang lakukan semua. Nasib baik staf-stafnya memahami. Mereka berpakat menolong mana yang termampu. Kadang-kadang Dato Hamdan pun turut sama turun padang.

“Amil kasihankan adik Anis. Mesti dia rindukan mama.”

“Adik Anis kan ada abang Amil, tokwan, toklong.. Bibik pun ada.”

“Tak samalah papa..!” Balas Amil Zaquan lalu mencium pipi Anis Humaira selepas  habis sebotol susu selepas diteguk oleh Anis Humaira.

“Lekas papa! Angkatkan Adik Anis. Tepuk-tepuk belakang dia.” Arah Amil Zaquan pada Fazhan. Tersenyum Fazhan mendengar arahan Amil Zaquan.

“Pandai sungguh anak papa ni. Siapa yang ajar?”

“Siapa lagi. Mem besar dalam rumah nilah..!” Fazhan ketawa mengekek mendengar kata-kata Amil Zaquan. Fahamlah siapa ‘Mem’ yang Amil Zaquan maksudkan. Sudah tentu Maklong Hasmah. Fazhan menggeleng kepala. Jika tak kerana Maklong Hasmah, sudah pasti dia tak menang tangan melayan anak-anaknya.


TAMAT waktu kerja, seperti hari-hari biasa, Fazhan laju melangkah ke hospital pula. Dia yakin Nirmala sedang menantinya.  Setiap hari sebelum pulang ke rumah, wajah Nirmala wajib dipandang dulu. Jika tidak, hatinya tak tenang. Hampir ke pukul dua belas tengah malam barulah dia pulang ke rumah.

Sampai di hospital, Fazhan pelik apabila dari jauh dia melihat jururawat dan beberapa orang dokter sibuk keluar masuk ke dalam bilik isterinya. Dia mula terfikirkan apa yang sedang berlaku ketika itu. Hatinya jadi tak senang.

“Kenapa dengan isteri saya nurse?” Fazhan kalut bertanya.

“Sabar Encik Fazhan. Encik Fazhan tunggu di luar dulu. Nanti dokter panggil masuk.”

“Kenapa dengan isteri saya?” Fazhan sudah meninggikan suara hingga jururawat tadi terkebil-kebil terkejut.

“Puan Mala dah sedar. Tapi tadi dia meracau-racau panggil…” Tak terluah suara jururawat itu untuk berterus terang.

“Panggil siapa?”

“Dia kata dia cari suami dia, Luqman.”

Fazhan tergamam. Kakinya lemah. Tidak mampu lagi untuk berdiri di situ. Terduduk dia atas kerusi yang tersedia di sebelah pintu masuk bilik isterinya. Baginya masa yang tidak diinginkan datang juga. Hampir lima minit dia terduduk di situ, barulah namanya dipanggil oleh seorang dokter.

“Buat masa ni keadaan isteri encik dalam keadaan baik. Luka pembedahan pun dah lama sembuh. Kalau tak ada apa-apa, saya rasa esok dia dah boleh balik.” Kata Dokter Rahimah tenang.

“Cuma yang saya musykilkan ialah emosi dia. Saya harap Encik Fazhan dapat pujuk di elok-elok. Saya tak pasti penerimaan dia jika dia dapat tahu cerita sebenar. Tapi kalau tiba-tiba dia beremosi, encik panggil kami. Okey?” Terang Dokter Rahimah yang sudah tahu jalan cerita sebenar apa yang terjadi pada Nirmala lima tahun lalu.

Fazhan hanya mengangguk laju selepas mendengar penerangan Dokter Rahimah. Langkahnya diatur perlahan menuju masuk ke dalam bilik Nirmala. Ketika sampai di situ, dia lihat Nirmala hanya diam berbaring sambil matanya hanya tertumpu pada jendela kaca di sebelah kirinya. Hatinya mula berbelah bagi sama ada mahu berterus terang atau tidak.

“Assalamualaikum..” Ucap Fazhan perlahan.

“Waalaikummussalam..” Jawab Nirmala lemah lantas berpaling memandang Fazhan. Pandangannya jelas hairan.

“Mala okey?” Fazhan bertanya lembut lalu duduk di kerusi sebelah katil.

Okey! Awak ni Fazhankan?” Teka Nirmala lambat. Fazhan mula berdebar-debar. Namun dia angguk juga menjawab pertanyaan Nirmala.

“Luqman mana? Sejak saya sedar tadi, saya tak nampak dia pun. Awak tahukan mana nak cari dia?”

Fazhan kelu lidah. Jiwanya sebak. Tak tahu apa yang perlu disampaikan pada Nirmala yang sebenarnya.

“Apa kata untuk hari ni Mala rehat dulu. Esok kita sembang.” Dalih Fazhan sayu. Tak sanggup dia mahu berterus terang. Namun sampai bila dia boleh berdalih? Lambat laun Nirmala pasti akan tahu juga.

“Saya dah penat berehat. Apa kata awak panggilkan Luqman datang sini. Saya nak jumpa dia. Saya nak jumpa anak saya.”

“Kejap lagi ayah datang bawak Amil. Mala tunggu ye.” Jawab Fazhan gugup.

“Luqman?” Nirmala masih bertanyakan tentang suaminya. Fazhan sudah tiada daya mahu berdalih.

“Kita tunggu ayah sampai.”

“Awak ada sembunyikan sesuatu dari sayakan? Sejak tadi bila saya tanyakan tentang Luqman, semua macam tak mahu bercakap. Ada apa yang boleh saya tahu?”

“Bertenang Mala. Bukan abang tak mahu cakap..”

“Abang? Siapa abang?”

“Saya suami Mala sekarang.” Jawab Fazhan lambat-lambat. Melihat Nirmala ketawa mengekek, Fazhan mula tak senang hati. Dapat dirasa Nirmala tak dapat terima berita baru itu.

“Suami saya Fir Luqman. Bukan awak Encik Fazhan..!” Jelas Nirmala berserta dengan ketawa kecil.

“Fir Luqman  dah tak ada lima tahun lalu.” Ucap Fazhan lemah.

“Bohong! Saya tak percaya!” Tempik Nirmala nyaring.

“Dengar cakap abang. Abang tak tipu Mala. Cuba Mala ingat balik kemalangan Mala dengan dia dulu. Dokter sahkan Mala hilang ingatan. Sebab tu Mala tak ingat apa yang berlaku. Fir amanahkan abang untuk jaga Mala dan Amil.”

“Cukup! Saya tak mahu dengar lagi cerita mengarut awak ni. Sekarang awak pergi dari sini. Saya tak mahu tengok muka awak. Awak ingat saya tak tahu niat awak! Sekarang awak pergi.!!” Jerit Nirmala lantang menghalau Fazhan agar keluar dari biliknya. Mendengar berita itu dirasakan bagai terhunus pedang di lehernya. Mana boleh dia terima berita seperti itu. Satu-satunya lelaki yang amat dicintainya pergi meninggalkan dia tanpa berpesan apa-apa.

“Mama..!” Panggilan suara Amil Zaquan menyedarkan Nirmala. Bila terpandangkan Amil Zaquan, Nirmala jadi semakin kehairanan. Wajah kanak-kanak enam tahun itu dipandang penuh minat. Ada wajah Fir Luqman di situ.

“Mama dah sedar? Amil rindu mama.” Ucap Amil Zaquan manangis teresak-esak. Nirmala hilang kata-kata. Tanpa sedar dia membalas pelukan Amil Zaquan.

“Papa! Bila mama boleh balik?” Tanya Amil Zaquan pada Fazhan. Nimala tersentak bila Amil Zaquan memanggil Fazhan dengan gelaran papa.

“Insyaallah, esok sayang! Esok papa bawa mama balik.” Jawab Fazhan gugup.

“Mama kena balik tau! Kasihan adik Anis tak ada siapa nak tengokkan.”

“Adik Anis? Siapa Anis?” Tanya Nirmala hairan. Dato Hamdan yang berada di situ tersentak. Baru dia sedar, ingatan Nirmala sudah kembali pulih. 

“Mama ni kenapa? Anak sendiri pun dah lupa! Balik nanti kita tengok adik Anis.”

“Ni Amil Zaquan? Bin?” Tanya Nirmala perlahan sambil memegang tangan Amil Zaquan.

Haah! Amil Zaquan bin Fir Luqman” Jawab Amil Zaquan jelas.

“Nama ibu?” Tanya Nirmala lagi meminta kepastian. Hatinya sudah kembali berdebar-debar.

Ermm..Nirmala Kesuma binti  Hamdan.”

Nirmala sebak. Dia yakin dengan cerita Fazhan tadi. Dia juga yakin kanak-kanak depannya sekarang adalah anaknya dengan Fir Luqman.  Wajah tua Dato Hamdan dipandang lama. Jelas wajah tua itu semakin ketara dan dia yakin enam tahun masa sudah berlalu tanpa dia sedari. Hatinya diruntun sebak. Wajah Fir Luqman bermain di ruangan mata. Air matanya mengalir laju.

“Kenapa abang tinggalkan Mala..?” Bisik hati Nirmala sendiri. Pelukan pada Amil Zaquan semakin dieratkan.

Nirmala beristigfar panjang. Tak henti-henti dia mengucap dua kalimah syahadah mengharpkan ketenangan di waktu jiwanya dirundung duka. Apa yang pasti jiwanya memang tak boleh terima dengan berita sedih itu.

No comments: