PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 31 Kata Hati Tak Terkata

BAB 31
 “AUNTY dah janji dulu nak kawinkan Lia dengan Adib. Sekarang apa cerita pulak? Sampai hati aunty buat Lia macam ni. Aunty sengaja nak malukan Liakan?” Sakit hatinya bila mendapat tahu dari mulut Adib Mirza sendiri yang lelaki itu sudah ada calon hidup sendiri.

“Lia! Memang aunty janji dengan Lia. Tapi tu masa Adib tak ada kawan dengan sesiapa. Tapi sekarang Adib dah ada seseorang. Aunty tak boleh buat apa-apa.”

“Masa Adib dengan cikgu tu pun aunty ada bagi tahu yang aunty akan pastikan Adib jadi milik Lia. Aunty bantah jugak hubungan dia orang. Tapi kenapa sekarang ni aunty tak buat apa-apa? Entah-entah aunty dah terpikat dekat budak pelukis tu?”

Datin Basyariah serba salah. Langkah Aliyana keluar dari rumahnya hanya dipandang sepi. Tak guna dia menghalang gadis itu pergi kerana hati gadis itu sedang kecewa. Dia yakin dan berdoa Aliyana pasti akan ketemu dengan pasangan hidup satu hari nanti.

Mengingatkan kembali pertemuan pertama kali dngan Madiha, hatinya bagai tercuit rasa kasih. Mungkin kerana wajah bersih Madiha, jiwanya cepat terusik. Tambah lagi memang sejak dulu lagi dia teringinkan anak perempuan yang lemah lembut seperti Madiha.

Pertemuan yang tak sengaja itu benar-benar menginsafkan dirinya yang selama ini bersikap sambil lewa dalam soal keselamatan. Kerana terlalu taksub menayang barang perhiasan diri, dia nyaris-nyaris disamun. Walaupun berlaku sedikit perebutan di situ, kehadiran Madiha menyelamatkan dia dari cedera parah.
Dengan jeritan kuat Madiha, serta merta peragut yang sedang berhempas pulas mahu menarik beg tangan dan barang kemasnya lari lintang pukang. Walaupun rantainya yang labuh sempat si peragut bawa lari, dia bersyukur kerana nyawanya masih panjang.

Aunty tak apa-apa ke?” Tanya Madiha lembut sambil memapah Datin Basyariah agar segera ke bahu jalan. Risau dia dengan keadaan lemah Datin Basyariah selepas berhempas pulas menyelamatkan hartanya.

Aunty okey. Tapi tangan aunty ni sakit.”

“Kalau macam tu saya bawak aunty pergi hospital. Lagipun leher aunty ni luka dalam.”

“Yelah! Aunty pun rasa macam nak pitam dah ni.”

Lantas dipaksa juga Datin Basyariah agar terus berjalan dengannya hingga ke tapak pakir yang tidak jauh dari tempat kejadian. Pada mulanya dia mahu menyuruh agar Datin Basyariah tunggu di situ saja, tapi bila mengenangkan keadan Datin Basyariah seakan lemah, digagahkan juga memapah wanita itu ke tempat keretanya dipakir.

Auty tahan sikit ek. Kejap lagi kita sampai. Tak jauh pun hospital tu dari sini.” Pujuk Madiha lembut.

Aunty nak saya hubungi sesiapa ke? Anak atau suami aunty ke..?” Jelas wajah gelisah Madiha bertanya.

Aunty cuma ada sorang anak laki-laki. Ni kad namanya. Nanti anak tolong hubungi dia ye?”

Mm..yelah!” Jawab Zara lalu mencapai kad nama tersebut lalu terus memasukkan ke dalam beg tangannya tanpa melihat dulu tulisan di kad tersebut. Kereta segera digerakkan kerana keadaan Datin Basyariah amat membimbangkannya.

Sejak pertemuan itulah kasihnya pada gadis bernama Madiha terjalin. Paling tidak sangka Madiha adalah kenalan Adib Mirza. Makinlah buat hatinya kembang setaman. Dan kerana keakraban itu juga, ibu kepada Aliyana semakin menjauhkan diri. Datin Basyariah tahu dia bersalah kerana selama ini dia yang meletakkan keyakinan untuk satukan Adib Mirza dan Aliyana. Tapi selepas pertemuan dengan Madiha, dia jadi lupa. Dan kesan dari itu, Aliyana merajuk lalu membawa diri ke Australia. Walaupun berkali-kali kemaafan dipinta pada Aliyana, gadis itu tetap membisu.


MADIHA menghela nafas panjang selepas hasil kerjanya siap setelah dua minggu berhempas pulas untuk menyiapkan lukisan potret seorang pelanggannya. Sambil tersenyum lebar, potret itu diamati lama. Jelas terpancar kepuasan pada wajahnya.

“Tak puas hati lagi ke Cik Madiha oiii..? Tanya Kong selaku pembantu merangkap rakan kongsinya.

“Aku rasa inilah hasil kerja aku yang paling buat aku puas hati.” Ujar Madiha berserta dengan senyuman lega.

Kong berjalan pantas mendekati rakan yang dikenali semasa di London dulu. Sejak tadi dia perhatikan gelagat Madiha yang tersenyum-senyum sendiri selepas menyiapkan potret seorang ibu yang sedang menyusukan seorang bayi. Dalam hati sempat memuji hasil kerja tangan Madiha. Gadis itu terlalu lurus namun bijak mengatur hidup. Paling dia suka tentang Madiha adalah gadis itu tidak cepat mengalah. Kerana sebab itulah juga, dia bersetuju bila Madiha mengajaknya menjadi rakan kongsi sebelum membuka galeri yang menjadi idaman Madiha sejak dari zaman universiti lagi.

“Ye ke? Bukan selama ni hasil kerja kau memang yang terbaik?” Tanya Kong sambil memuji hasil kerja Madiha.

Madiha tersenyum malu.

“Tapi aku rasa yang ni paling terbaik.”

“Eh.! Kau tak teringin ke lukis gambar cik abang kau  tu?”

Soalan Kong buat Madiha tersenyum malu. Sudah mula terbias wajah Adib Mirza di tubir matanya. Walaupun Adib Mirza belum menyatakan apa-apa perasaan padanya, hatinya sudah cukup berbunga bila Datin Basyariah sendiri memberi harapan agar dia kekal dengan Adib Mirza. Semakin bahagia bila umi dan abinya turut merestui dia berkawan dengan Adib Mirza.

Permulaan pertemuan dengan Datin Basyariah, dia sendiri tidak menyangka wanita bergaya itu adalah ibu kepada Adib Mirza.

“Awak ada kenal dengan waris pesakit?” Tanya jururawat selepas Datin Basyariah dimasukkan ke bilik kecemasan.

“Tak kenal. Saya tolong je.! Opts, baru saya teringat. Aunty tu ada serahkan nombor telefon anak dia tadi. Ni kadnya. Saya tak boleh nak call sebab handset saya tertinggal dalam kereta.”

Okey! Takpe. Biar saya yang hubungi dia. Cik boleh tunggu dulu sementara dokter merawat pesakit.”

Lama menati Madiha terlena di kerusi. Matanya perlahan-lahan terbuka selepas sedar bahunya ditepuk lembut.

“Eh! Awak? Buat apa dekat sini?”

“Hospital call saya tadi dekat pejabat, kata mama saya kemalangan.”

“La..aunty tadi tu mama awak ke?” Terkejut Madiha bertanya.

“Awak yang selamatkan mama saya?” Adib Mirza bagai tidak percaya.

Akhirnya masing-masing ketawa lucu. Paling melegakan bila dapat berita dari jururawat yang bertugas, keadaan Datin basyariah tidak membahayakan, dan boleh segera pulang hari itu juga.

“Kalau tak ada Madiha tadi, apalah yang jadi pada mama.”

“Itulah mama! Dib dah cakap banyak kali. Jangan pakai barang kemas banyak sangat. Dah macam pengantin filem tamil pulak Dib tengok mama ni.”

Ish, awak ni! Kenapa cakap macam tu? Tak eloklah. Inikan mama awak.”

“Tak apalah Madiha. Mulut anak aunty ni memang macam ni. Lagipun memang betul apa yang dia cakapkan. Selama ni aunty degil, sombong sebab tak mahu dengar pendapat anak aunty sendiri. Padahnya, lihatlah sendiri. Dah kena macam ni baru menyesal tak sudah.”

“Nasib baik penyangak tu cuma rentap rantai mama. Kalau dia rentap nyawa mama sekali, macam mana? Mama tak sayang Dib ke?”

“Dahlah awak! Janganlah bebel macam tu dekat mama awak. Saya tak sukalah awak perangai macam ni.!” Rayu Madiha kurang senang dengan sikap Adib Mirza.

Adib Mirza terdiam setelah melihat wajah air muka Madiha sudah berubah. Malu pula bila ditegur begitu depan mamanya.

Okeylah Madiha. Senang-senng datang rumah ye? Aunty sunyi dekat rumah tu sorang-sorang. Adib ni asyik sibuk memanjang.” Sapa Datin Basyariah setelah sedar air muka Madiha sedikit berubah.

“Insyaallah aunty! Bila-bila nanti saya datang melawat aunty.”

Sejak kejadian itu, Datin Bayariah sering menghubunginya. Paling dia tidak sangka, wanita itu turut merajinkan diri datang melawatnya di galeri. Teruja Madiha selepas Datin Basyariah turut menempah potret darinya. Lukisan yang baru disiapkan itu adalah wajah Datin Basyariah semasa muda selepas melahirkan Adib Mirza. Madiha tersenyum lagi.

No comments: