PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 21 December 2014

BAB 10 TERTULIS KAU MILIKKU

10
  HARI berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan apatah lagi, dah tentu bergerak sama. Cuma tahun saja yang agak lambat nak bergerak. Berat sangat kot..! Akhirnya SPM berlalu pergi. Huda bersyukur kerana saat-saat yang mendebarkan akhirnya dapat diatasi dengan baik. Ucapan syukur tak lekang di bibir sewaktu melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Huda yakin kejayaan pasti dalam genggamannya.

    Huda mula merangka apa yang harus dilakukan sepanjang cuti panjang. Tidak berminat menjadi penanti setia hingga keluar keputusan, lantas dicuba mencari pekerjaan demi memenuhi masa terluang.

“Huda nak kerja apa..?” Tanya Puan Rohayu selepas Huda menyuarakan hasratnya. Puan Rohayu sedikit terkejut kerana selama ini anak tirinya itu tidak pernah melakukan apa-apa kerja di luar selain kerja di rumah. Risau juga kalau-kalau semangat anak gadisnya itu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’

“Huda nak kerja dekat kedai buku kat depan tu saja..! Tak jauh pun..! Jalan kaki pun tak sampai sepuluh minit. Huda tengok ada iklan nak guna pembantu, sementara je mi..! Bolehlah mi..!” Rayu Huda manja.

     Puan Rohayu serba salah sambil tersenyum nipis. Dengan hanya mengangguk kepala tanda setuju sudah cukup buat Huda melompat riang. Dicium wajah ibu tirinya hingga Puan Rohayu menjerit minta dilepaskan. Puan Rohayu mengeluh lega. Sangkanya tadi anak gadisnya itu mahu berkerja di kedai runcit atau pasaraya, tapi bila mendengar pilihan Huda tu, hatinya sedikit lapang. Puan Rohayu yakin kerja di kedai buku tidaklah seteruk mana. Paling teruk pun mungkin kena mengangkat buku-buku yang tebal-tebal. Dia juga yakin yang suaminya juga akan bersetuju. Tambah pula tahu sangat sifat anak tirinya yang gemarkan buku.


      SUDAH seminggu Huda berkerja di kedai buku milik Madam Vanny. Huda merasa jiwanya memang serasi berkerja di situ. Memandangkan dia berkerja untuk sementara sahaja, akan digunakan masa yang ada sebaik yang mungkin. Apabila memandang rak-rak buku yang terdapat dalam kedai itu, hatinya berbunga. Huda sudah berangan-angan memiliki kedai seperti itu,walaupun di rumahnya terdapat perpustakaan mini yang dibuat khas untuk seisi keluarga namun Huda masih belum berpuas hati. Huda ingin menambahkan lagi koleksi buku-buku dalam perpustakaan rumahnya.

     Huda senang berkerja di situ. Walaupun gaji tak banyak mana, Huda tetap berbesar hati dapat membaca di situ jika ada kelapangan. Gaji tidak dipandang sangat, apa yang membanggakannya ialah ilmu dan pengalaman. Setiap pagi Huda hanya perlu datang awal untuk mengemas dan membersihkan kedai. Seorang lagi pekerja yang sudah lama berkerja di situ ialah Bent. Bent adalah seorang gadis tomboy berusia 22 tahun. Walaupun selalu datang lewat, dia seorang yang rajin. Sudah banyak kali Madam Vanny menegur namun dia buat tak endah saja. Madam Vanny selaku tuan punya kedai sudah tak berdaya mahu menegur. Lagi ditegur lagi lemaklah perangainya.

“Buat habis air liur dengan sakit tekak saja..!” Rungut Madam Vanny tiap kali Bent buat perangai datang lewat.

    Namun semenjak kedatangan Huda menjadi warga kerja di kedai itu, sikap Bent sedikit berubah. Sikap ambil lewanya yang selama ini suka datang kerja lewat nampak ada perubahan. Dia akan sampai dahulu sebelum Huda sampai. Huda juga perasan, Bent suka merenungnya jika tidak ada kerja yang hendak dilakukan. Huda mula rasa kurang selesa, tapi Huda cuba berlagak seperti biasa.

     Huda tahu serba sedikit tentang tomboy. Banyak buku, majalah serta surat khabar yang memaparkan tentang budaya tak sihat itu. Huda akui, bukan semua yang bersifat begitu tidak bagus, ada sesetengah daripada mereka memang sejak azali berkelakuan begitu. Ada juga yang mahu berubah jadi begitu kerana mahu mengelak daripada perkara-perkara buruk seperti kes rogol dan ragut. Yang buruknya, sesetengah mereka disebabkan oleh ikutan kawan dan pegaruh buruk dari luar. Huda  beristigfar agar perkara buruk seperti itu dijauhkan dari hidupnya.

“Huda, awak nak makan..?  Boleh saya belikan untuk awak.” Tanya Bent sambil menawarkan pertolongan.

“Mm..tak payahlah..terima kasih.! Biasanya pukul 12 saya balik rumah makan kat rumah, umi saya dah siap masak. Lagipun rumah saya bukan jauh, taman dekat depan tu aje..!” Kata Huda lembut sambil tersenyum. 

Bent kelihatan sedikit kecewa bila tawarannya ditolak, lalu dia mula melangkah keluar.

     Huda mula mengemaskan meja kerjanya setelah jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengahari. Perutnya sudah mula berdondang sayang. Setelah mendapat pelepasan keluar dari Puan Vanny, Huda keluar dengan senang hati. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Matanya membuntang. Melihatkan nama pemilik pemanggil di skrin telefon bimbitnya, Huda menguntum senyuman manis. Sudah lama tidak didengar berita dari si pemanggil itu. Perjanjian yang dikenakan sendiri oleh Huda dituruti dengan rasa terpaksa dan tanpa rela, namun Si dia redha andai itu yang Huda inginkan. Huda melangkah keluar kedai sambil menjawab panggilan. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. tanpa disedari, kelakuannya itu menjadi perhatian seseorang dari jauh.

     Avanza silver yang tersadai di bahu jalan depan rumahnya jelas kelihatan apabila Huda sudah ke laluan masuk jalan  rumahnya. Sambil tersenyum Huda berhentikan enjin skuternya bila sudah sampai di perkarangan rumahnya lalu terus masuk ke dalam rumah tanpa menoleh kiri dan kanan.

“Abang Faridz mana mi..? Kereta dia ada kat luar, tuan nya pulak tak nampak..!” Tanya Huda sambil menuangkan segelas air kosong ke dalam gelas lalu diteguk sehingga habis. Peluh di dahi digilap dengan lengan bajunya. Wajahnya yang merah kerana kepanasan ditekap-tekap dengan tapak tangannya yang basah dek air sejuk selepas mencuci tangan di sink.

“Ada kat depan tu.. tak nampak..?” Tanya Puan Rohayu hairan. 

Huda menggeleng laju.

“Masuk tadi mesti tak bagi salam..!” Bentak Puan Rohayu perlahan.

 Huda tersenyum malu.

 “Cuba bagi salam, mesti tahu kat mana abang Faridz.!” Kata Puan Rohayu sambil mencedukkan nasi ke dalam mangkuk kaca.  Dia sedar semenjak selesai majlis tahlil yang berlangsung di rumah anak arwah abangnya, hubungan Faridz dan anak tirinya dingin. Walaupun Huda tidak berkata apa-apa, dia dapat rasakan dan  tahu apa yang terjadi antara mereka berdua.

    Huda bergerak ke tengah ruang tamu lalu menjerit kuat sambil memberi salam. Puan Rohayu hanya melihat telatah Huda dengan gelengan kepala dan senyuman nipis dari dapur. Laungan menjawab salam dari luar membuatkan Huda sudah tersenyum lebar. Cepat saja kakinya melangkah keluar apabila mendengar suara itu datang dari luar. Faridz yang sedang selesa di atas buaian besi di luar rumah tersenyum memandang Huda berlari anak ke arahnya.

 “Abang sengajakan nak kenakan Hudakan..? Dah nampak Huda tadi kenapa tak panggil..!” Sergah Huda sambil melabuhkan duduknya di sebelah Faridz yang asyik merenungnya. Huda membalas tenungan itu sambil tersenyum. Diakui, rindu pada wajah itu sudah mula terasa sekian lama. Melihatkan renungan Faridz sudah melebihi had, segera Huda mengibaskan tangannya ke wajah Faridz.

“Nak tengok lama sikit pun tak boleh.! abang rindu sangat, ni pun dah lewat 2 minggu. Ikutkan hati hari last SPM hari tu abang dah datang tau..!” Bentak Faridz sambil menjeling manja.

“Dah-dah..! jangan nak merepek pulak tengah hari rembang ni..! jom masuk makan, umi dah panggil tu..” Lalu, Huda dengan muka tak malu, menarik lengan Faridz yang berkemeja lengan panjang agar mengikutnya masuk. Faridz tergamam melihat kelakuan Huda. Langkahnya terhenti sambil melihat tangan Huda memaut erat lengannya. Huda tersentak apabila menyedari ketelanjurannya lalu segera melepaskan pautan di lengan sasa Faridz.

Optss..! sorry.. tak sengaja. tindakan refleks..! lagipun berlapik.. tak apa kan..!” Ujar Huda sambil mengetap bibir menahan malu. Faridz ketawa besar mendengar alasan Huda.

“Tindakan refleks tu cuba yang lain pulak..! terpeluk ke.. tercium ke.. baru berbaloi..!” Usik Faridz bersahaja. Teringat dulu Huda ada memberi alasan begitu bila belakangnya ditampar kuat ketika menonton maharaja lawak.

     Huda tersenyum malu lantas berlari anak segera masuk ke dalam rumah tanpa pedulikan Faridz di belakangnya.

“Mana abang Faridz..?” Tanya Puan Rohayu apabila melihat hanya Huda berada di meja makan. Huda tersentak. Baru disedari yang Faridz tidak mengikutnya masuk sama.

“Ya Allah..! Huda ingat dia ikut belakang Huda tadi..” Bentak Huda sambil mengetap gigi menahan geram lalu melangkah laju keluar semula mendapatkan Faridz semula. ‘Bertuah punya pakwe..perut aku dah lapar  ni..’ Rungut Huda dalam hati bila memandang Faridz masih berada di buaian seperti tahu dirinya pasti dijemput semula oleh Huda. Huda berdiri di hadapan Faridz sambil mencekak pinggang.

“Jomlah masuk makan..!” Ajak Huda lembut.

     Faridz hanya diam. Senyum di bibir nampak sedikit keruh tanpa memandang lagi wajah Huda di hadapannya. Buaian besi yang menjadi tempatnya duduk diayun perlahan walaupun kakinya masih jijak ke tanah. Huda mula rasa bersalah lalu melabohkan punggungnya di sebelah Faridz, agak rapat, namun tidak pulak Huda cuba menginjak sedikit kedudukannya seperti dulu. Niatnya hanya ingin tahu apa yang bersarang dalam kotak fikiran Faridz tika itu.

“Abang ada masalah ke..? Boleh Huda tahu. Mana tahu Huda boleh tolong..!” Tanya Huda sayu.

     Faridz menggeleng lemah sambil menundukkan kepala memandang kakinya yang masih tersarung kasut kerja berwarna hitam.
“Abang rindu sangat kat Huda..! Huda tak rindukan abang ke..?” Tanya Faridz sayu tanpa memandang wajah Huda di sebelahnya.

     Huda menunduk malu. Diam tanpa suara. Huda tahu dan faham perasaan Faridz terhadapnya. Huda turut merasa. Selepas majlis di rumah Faridz beberapa bulan lalu, tiada berita yang didengar tentang lelaki itu. Bukankah itu yang yang diinginkan agar Faridz tidak mengganggunya belajar.? Kini masa yang disyaratkan sudah berakhir. Perasaannya rindu dan sayangnya pada lelaki itu tak boleh dilindung lagi.

“Tipulah kalau Huda kata Huda tak rasa macam yang abang rasa..” Balas Huda perlahan. Terasa panas kulit mukanya bila cakap macam tu. Kulit muka pun dah tukar kaler pink tompok-tompok.

     Faridz tersentak lalu tersenyum. “Habis, kenapa tak cakap..?” Tanya Faridz sambil membongkokkan badannya lalu memandang  wajah Huda yang sedang menunduk malu.

“Takkan Huda nak cakap kot..!Huda ni perempuan..”

     Faridz ketawa bila melihat Huda sudah memuncungkan mulut sambil menjeling tajam ke arahnya. Faridz mengeluh lega. Walaupun gadis pujaannya tidak menyatakan dengan kata-kata sebenar, itu sudah cukup membahagiakannya.

     Ketawa Faridz terhenti apabila mendengar bunyi enjin kereta milik Encik Marzuki mendekati ruang perkarangan rumah. Huda dan Faridz berpandangan lalu sama-sama melangkah mendapatkan Encik Marzuki yang baru pulang untuk makan tengahari.


PUKUL 5.45 abang datang jemput, tunggu tau..!” Ujar Faridz ketika menghantar Huda di hadapan kedai buku Madam Vanny.

Okey.. Huda tunggu! Jangan lambat pulak..! Kalau abang lambat, Huda balik jalan kaki.”  Balas Huda setelah turun dari kereta Faridz sambil ketawa. Hatinya berbunga ketika melambaikan tangan kepada Faridz yang sudah mula menggerakkan keretanya ke tempat kerja semula. Semasa makan tengahari tadi, dengan berani Faridz dengan berani meminta izin kepada Encik Marzuki untuk menghantarnya pulang ke tempat kerja. Walaupun Huda berkeras menolak Faridz tetap dengan keputusannya. Lebih mengejutkan apabila Encik Marzuki memberi kebenaran.

     Langkah Huda menuju ke mejanya terhenti apabila terpandangkan wajah Bent agak kelat sambil merenungnya. Huda rasa kurang selesa.  ‘Apa hal pulak dengan budak separuh tak siap ni.’ Gumam Huda dalam hatinya sendiri sambil terus menghayunkan langkahnya menuju ke meja kerjanya.

“Siapa tadi tu..?” Tanya Bent tiba-tiba. Wajah Huda dipandang tepat.

“Kenapa nak tahu..?” Tanya Huda kembali sambil tersenyum. Pandangan Bent dibalas sekali imbas dan kembali menatap buku kerjanya yang baru dibuka dan mula menulis sesuatu.

      Jawapan Huda menimbulkan rasa tak puas hati Bent lantas dia terus melangkah menuju ke mejanya semula meneruskan kerjanya.

     Huda merasa pelik dengan tingkah laku Bent. Niatnya tadi mahu melebarkan bualan. Hatinya berbunga riang bila topik Faridz menjadi perbincangan. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi. Bent berlalu begitu sahaja tanpa menoleh kepadanya lagi.

“Huda.. masuk sekejap..!” Panggil Madam Vanny sambil menjengukkan kepalanya keluar pintu bilik pejabatnya yang berada 2 meter dari meja Huda. Huda mengangguk laju lalu mula melangkah ke arah pejabat Madam Vanny.

     Masuk saja ke dalam bilik itu Madam Vanny mengarahkan agar pintu biliknya dikunci. Huda pelik namun akur dengan arahan ketuanya. Wajah Madam Vanny yang manis agak serius.

“Begini Huda. Sebenarnya saya serba salah mahu cakap,tapi saya kena cakap juga ini hal..” Ujar Madam Vanny teragak-agak.

     Huda semakin pelik mendengar suara Madam Vanny yang sengaja diperlahankan agar tiada yang mendengar kecuali mereka berdua.

“Saya tak faham Madam.. hal apa..?” Tanya Huda setelah melihat wajah Madam Vanny seperti takut-takut sambil sesekali matanya kearah pintu.

“Begini. Saya tak suka awak berbual mesra dengan itu budak..” Kata Madam Vanny sambil menundingkan jari ke arah pintu. Huda faham siapa yang dimaksudkan lalu mengangguk.

“Tapi kenapa Madam?”

“Itu budak banyak problem. Saya banyak kasihan itu budak, sebelum jadi apa -apa pada awak,baik awak hati-hati."

“Kasihan? Masalah? Saya tak faham. Cuba Madam bagitahu saya terus terang. Apa masalah yang sebenarnya.? Siapa Bent tu yang sebenarnya.?” Tanya Huda semakin pelik.

“Itu budak awak tahukan half boy half girl. Sebelum awak datang sudah ramai yang datang kerja di sini, tapi sekejap saja. Cukup sebulan berhenti. Semua yang datang baya-baya awak. Mereka semua tak tahan kerja dengan itu orang. Banyak teruk..!”

“Kenapa dengan dia Madam..?” Huda semakin berminat nak tahu. Memang selalu dia ingin berbual dengan Bent sambil-sambil bertanyakan tentang latar belakang Bent. Tapi, bila mengenangkan mood Bent ada pasang surut, Huda terpaksa abaikan saja keinginannya.

“Susah saya mahu cakap.  Sebab tu masa mula-mula awak datang dulu saya tolak. Tapi bila awak kata sekejap saja, saya terpaksa terima sebab saya memang perlukan pekerja memandangkan sekolah mahu buka bulan depan jadi kerja di sini memang sibuk.”

     Huda teringat peristiwa di mana  pemohonannya hampir-hampir ditolak kerana dia perempuan. Namun setelah bermacam-macam alasan yang diberi, Madam Vanny terpaksa terima.

 “Apa masalahnya dengan saya Madam..?” Tanya Huda berbisik.

 “Macam ni. Itu budak saya rasa banyak dendam dengan sama perempuan, sebab tu dia tukar jadi lelaki. Saya kenal dengan dia punya family. Dia punya bapak ada syer dalam ini kedai, sebab tu saya tak boleh pecat itu budak. Lagi pun saya kasihan sama dia. Lagipun masa keluarga saya susah, keluarga dia banyak tolong. Dia punya bapak orang kaya, pangkat Dato, tapi tak pernah pedulikan dia..”

“Dendam macam mana Madam..?”

“Dia punya mak main kayu tiga dengan suami orang, kakak dia pulak cuba rampas dia punya boyfriend, sekarang dia jadi pendendam la.!”

“Apa kena mengena dengan saya pulak Madam..?”

“Sebab awak cantik..! Dia punya kakak dan mak model. Banyak cantik..! Sekarang dia tengok awak pun cantik, tak mustahil kalau dia akan buat benda yang sama pada awak. Dia ada motif kalau tiba-tiba mahu baik dengan orang. Motifnya hanya satu, menghapuskan kecantikan kerana baginya sebab kecantikanlah dia jadi macam tu.” Bisik Madam Vanny tegas.

“Apa jadi dengan mak dan kakak dia Madam..?”

“Dia punya mak sudah jadi arwah sebab muka disimbah asid. Sebab kecederaannya kritikal, emaknya mati. Kakaknya pulak sekarang dekat Tanjung Rambutan sebab tak dapat terima kenyataan selepas mukanya dikelar teruk. Bila dah cacat boyfriend pun lari. Last-last dia jadi gila. Awak nak tahu siapa yang buat semua tu..?”

    Huda hanya mengangkat bahu sambil mencebik dengan soalan Madam Vanny.

“Itu orang la..! Lepas kena tangkap dia duduk pusat pemulihan akhlak  selama lima tahun. Ingat selepas keluar dia boleh jadi baik, tapi tak sangka dia jadi macam tu pulak..” Bentak Madam Vanny perlahan.

      Huda melopong mendengar cerita Madam Vanny sambil menggosok-gosok lengannya yang tiba-tiba terasa seram.

“Nasib baik saya tak cantik. Kalau tak, tentu saya jadi macam mak dan kakak dia.." Ujar Madam Vanny lantas tersengeh malu.

 “Sebelum awak keluar saya nak nasihatkan awak sikit, tolong hati-hati bila bercakap dengan dia. Jangan terlalu sombong dan jangan terlalu baik dengan dia. Buat biasa-biasa saja. Terus terang saya cakap, awak memang cantik. Tadi saya nampak awak punya boyfriend hantar awak datang, banyak hensome o..!  Jaga baik-baik. Tadi saya tengok itu orang sudah pandang semacam dekat awak punya pakwe..” Pesan Madam Vanny.

     Huda tersenyum malu lantas mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat tentang dirinya. Baru dia teringat tentang Bent yang tiba-tiba bertanyakan tentang Faridz. Dalam rasa debaran di dada, Huda merasakan Bent mempunyai masalah dan harus dibantu.

     Huda melangkah lemah menuju ke arah Bent yang sedang sibuk merekod judul-judul buku yang baru sampai pagi tadi. Semua buku baru harus direkodkan terlebih dahulu sebelum dijual. Dan sudah tentu kerja-kerja itu dibawah tanggungjawab Bent sendiri. Huda memberanikan diri melangkah mendekati meja Bent yang agak tersorok dari tempatnya yang terletak di depan pintu kedai. Niatnya hanya sekadar untuk membantu memandangkan tiada kerja yang harus dilakukan waktu itu.

“Banyak lagi ke..? nak saya tolong..?” Tanya Huda apabila sampai di tepi meja Bent. Namun Bent hanya menggeleng  dan kepalanya langsung tidak diangkat memandang Huda . Tangannya masih lincah menulis.

“Cantik tulisan Bent..!” Puji Huda sambil matanya terancap di buku tebal yang sedang ditulis oleh Bent. Huda cuba mengajak Bent berbual. Apabila melihat senyuman manis Bent kepadanya, Huda dapat rasakan peluang untuk membantu adalah cerah. Sambil berdiri di sebelah Bent, Huda cuba membaca ayat-ayat quran dan yang ringkas lalu ditiupkan ke arah kepala Bent perlahan. Perlahan-lahan Huda melakukan sehingga ada tindakbalas terhadap diri Bent. Tiba-tiba Bent mengeluh sambil menarik nafas panjang. Tengkuknya diurut-urut serasa kurang selesa.

“Awak penat ek..? Biar saya tolong..” Ujar Huda sambil tersenyum

“Awak tak ada kerja ke..?” Tanya Bent sambil merenung Huda dengan tajam. Melihatkan riaksi Huda hanya menyebik mulut sambil menggeleng kepala, tahulah dia Huda memang tengah free. Dicapai sebuah lagi buku tebal lalu disuakan kepada Huda. “Awak ambil ni dan rekodkan yang dalam kotak putih tu..” Ujar Bent sambil memuncungkan mulutnya ke arah sebuah kotak berwarna putih di tepi mejanya.

     Arahan yang diberi oleh Bent tadi  Huda sambut dengan senang hati. Walaupun Huda merasa sedikit cemas bila mengenangkan apa yang disampaikan oleh Madam Vanny tadi, Huda cuba berbual-bual agar boleh bebaik sekaligus rancangan untuk membantu Bent akan terlaksana. Huda tersenyum riang bila Bent sudah mula menunjukkan rasa selesa dengannya. Sekali sekala akan kedengaran mereka bergelak ketawa bila ada cerita yang mencuit hati mereka. Tetapi wajah Bent sedikit kelat bila persoalan tentang keluarga nya dikemukakan oleh Huda.
     

JAM sudah menunjukkan ke pukul 5 petang. Huda melangkah laju ke arah bilik kosong yang berada di sebelah bilik Madam Vanny untuk bersolat. Sampai sahaja ke dalam bilik itu, Huda dapati Bent sedang berbaring sambil tangannya diletakkan di atas kepala. Bent segera bangun apabila menyedari ada orang masuk ke dalam bilik itu, namun Huda hanya berlagak biasa.

    “Saya nak solat, boleh awak tunggu di luar sekejap. Manalah tahu kalau-kalau ada pelanggan..!”  Kata Huda sambil menyarungkan kain telekung ditubuhnya. 

Tanpa berkata apa-apa, Bent melangkah keluar meninggalkan Huda bersendirian di situ. Seusai solat, sempat Huda panjangkan doanya agar Bent berubah dan berharap agar rancangannya untuk membantu Bent akan berjaya. Huda dapat rasakan seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Bent kerana sering kali terlihat Bent seperti bercakap sorang-sorang.

     Huda mula mengemaskan mejanya setelah masa kerja hampir tamat. Air mineral yang masih bersisa dalam botol kecil di atas mejanya diteguk hingga habis. Cuaca panas yang melanda memaksanya untuk membawa air setiap hari, kalau tidak sudah tentu dia kehabisan tenaga untuk melakukan kerja.

     Huda melangkah keluar setelah jam menunjukkan ke pukul 5.50 petang. Namun bayang kereta Faridz masih belum kelihatan. Huda melepaskan keluhan sambil duduk di kerusi yang memang diletakkan di luar pintu kedai. Matanya tak lepas dari memandang ke arah jalan di mana kereta Faridz akan muncul.

   “Orang yang di tunggu tak sampai lagi..?” Tanya Bent sambil menyarungkan jaket kulit coklat ke tubuhnya.

   “Belum..! kata 5.45, ni dah dekat enam petang, tak sampai lagi.” Rungut Huda sambil matanya berpaling ke arah jam tangan yang dipakai.

   “Pakwe awak tu orang mana..?”

   “Tu abang sepupu saya lah..! saya mana ada pakwe.!” Nafi Huda sambil tersenyum. Risau juga kalau mengaku, nanti tak jadi pulak..! buat malu je.

   “Boleh percaya ke..?” Tanya Bent was-was.

   “Terpulang..! Kenapa.? Nak berkenalan ke dengan abang saya tu..? Saya boleh kenalkan.!” Balas Huda sambil tersenyum. Di sudut hatinya timbul rasa cuak kalau-kalau tawaran yang dianggap sebagai gurauan dipandang serius olen Bent.

   “Gigit jari awak nanti..!” Jawab Bent sedikit angkuh.

     Huda hanya ketawa kecil, jantungnya berdebar-debar.

   “Awak jangan risaulah..! lelaki tak sesuai dengan jiwa aku.!” Jawab Bent bersahaja. 

Huda membuntangkan matanya lalu segera dia beristigfar dalam hati. Jiwanya yang sedang kacau dengan perbualan Bent tadi kembali reda bila melihat kereta milk Faridz tiba betul-betul dihadapannya. Huda malu-malu lalu memberikan senyuman kepada Faridz yang sedang keluar membukakan pintu kereta untuk Huda masuk.

     Bent masih kaku di atas motor kawasakinya sambil memandang tepat ke arah dua manusia yang berada dalam kereta di hadapannya.  ‘Kau ingat aku bodoh..! tak tau beza pakwe dengan abang!’ Bentak hati Bent dengan keras.

      Tiba-tiba Bent berhenti berkhayal. Dia teringat tentang perbualan mesranya dengan Huda semasa Huda menolongnya membuat kerja. Bent merasa sedikit pelik dengan dirinya, kebiasaannya dia akan rasa sedikit dingin bila berbual dengan perempuan. Tapi kali ini berlainan pula rasanya. Jiwanya cukup tenang bila berbual dengan Huda. Tak disangka dia boleh bergelak ketawa dengan gadis itu.

  
KENAPA abang lambat..? Kalau Huda datang dengan skuter,dah sampai rumah sekarang ni tau..!” Bentak Huda perlahan.

“Jalan jammed tadi sayang oii..! dah memang time orang balik kerja mestilah jammed..” Faridz beralasan.

“Ye ke..? Entah-entah hantar awek dulu, baru datang ambil Huda.!” Ujar Huda pura-pura merajuk.

“Kalau ye, kenapa..? Tak boleh.? Cemburu ke.?” Tanya Faridz sambil tersenyum manis.

“Tak hairan.!” Jawab Huda sinis.

     Faridz mengeluh lemah. Wajahnya sedikit mencerut. Niatnya untuk menduga Huda langsung tak Huda hiraukan. Dia balik yang terkena.

“Ye lah..! siapalah abang nikan..? tak ada rupa.. miskin pulak.. anak yatim piatu pulak tu.. siapalah nak pandang..!” Ujar Faridz cuba menjauh minta simpati.

Alo-lo-loh..! merajuk lah pulak..! minta pujuklah tu..!” Sindir Huda sambil tersenyum lebar.

“Mestilah.! sekarang pujuk abang cepat, kalau tak abang tak nak hantar Huda balik.!” Ugut Faridz tersenyum simpul.

“Taknak hantar sudah..! Huda tak hairan..!” Kata Huda angkuh lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mendail seseorang.

“Nak telefon siapa pulak tu..?” Tanya Faridz hairan.

Boyfriend nombor satu. Nombor dua tak mahu hantar,suruh nombor satu lah pulak..!” Jawab Huda sambil dibuat-buat sedang mendail.

     Membuntang mata Faridz lalu merampas telefon bimbit ditangan Huda. Huda tersentak lalu ketawa besar melihat wajah Faridz yang sedang mencuka.

 “Janganlah macam ni.. abang gurau je..!” Rayu Faridz lalu memandang ke skrin telefon bimbit Huda. Matanya membulat bila melihat perkataan ABAH tersiar di skrin.

 “O.. nak kenakan abang ye.. Sampainya hati.!” Ujar Faridz lalu menggerakkan keretanya. “Sorry la..abang lambat sikit, memang tadi abang  keluar awal, tak sangka pulak hari ni jammed teruk. Esok abang datang awal sikit ye..?” Ujar Faridz memujuk.

 “Eh,tak payahlah bang..! Esok Huda balik sendiri. Tak manislah kalau hari-hari jumpa, nanti abah tak kasi jumpa terus baru padan muka..!” Huda cuba beralasan. Yang sebenarnya Huda kurang selesa dengan pandangan Bent ketika Faridz datang menjemputnya tadi.

“Okey..! alasan tu abang boleh terima.. Tapi malam ni boleh tak abang call..?”

“Buat apa..?” Tanya Huda buat-buat tak tahu. Yang sebenarnya, dia juga mengharapkan panggilan dari lelaki itu.

“Saja..! nak bersembang. Takkan tak boleh kot..! Jangan nak bagi alasan study ye..! Alasan tu dah tak boleh pakai selagi result tak keluar..”

     Huda tersenyum sambil melopongkan mata dan mulutnya, Tak disangka Faridz pandai membaca fikirannya. Niatnya nak beralasan terbantut terus.

Okey. Sekejap saja tau..! pukul 10 Huda dah nak tidur.” Kata Huda sambil membuka tali pinggang keledarnya ketika Faridz menghentikan keretanya dihadapan rumah Huda. Huda melangkah keluar lalu berdiri di hadapan pintu pagar sambil melambaikan tangan ke arah Faridz yang sudah mula menggerakkan keretanya.

“Pukul 9 nanti abang call..!” Jerit Faridz ditingkap keretanya sambil tersenyum lalu melancarkan perjalanan pulang.

      Huda melangkah lemah menuju ke dalam rumah. Baru kini terasa penat, nasib baik dia bersolat di tempat kerja tadi, kalau tak, tentu terpaksa bersolat dalam keadaan yang malas.


  SELESAI solat maghrib Huda mencapai  3 botol air mineral yang diletak di atas meja kecil sebelum bersolat maghrib tadi. Sambil mengadap kiblat, Huda mengemaskan duduk silanya lalu meletakkan botol -botol air yang sudah dibuka penutupnya di hadapannya. Kitab Yassin yang berada di tangan dibuka dan mula membaca dengan tertib dan teratur. Turut juga disertakan dengan ayat-ayat ringkas yang biasa digunakan untuk bacaan dalam solat dan sebelum tidur untuk mengelak diri dari sebarang gangguan lalu ditiup perlahan ke arah botol-botol air dihadapanya.. Huda pernah belajar dengan seorang ustaz di sekolahnya. Menurut gurunya itu, jin dan syaitan  sentiasa ada untuk menyesatkan anak adam di muka bumi ini, jadi hanya dengan ayat-ayat al-quran saja yang boleh kita gunakan sebagai pendinding. Bukan niatnya untuk menunjuk pandai, tapi sekadar berikhtiar agar usahanya untuk memulihkan rakan sesama islamnya dapat menjalani kehidupan seperti manusia lain.

    Huda menarik nafas lega sejurus selepas dapat merebahkan diri diatas katil empuknya. Badannya yang terasa letih dipaksa agar bersabar sedikit masa lagi memandangkan Faridz sudah berjanji untuk hubunginya malam itu. Telefon bimbitnya dipandang lama, masih tiada lampu yang menyala tanda tiada sebarang panggilan atau sms untuknya tika itu. Jam di skrin telefon bimbitnya sudah menunjukkan ke angka 9.20 malam. Huda mengeluh lemah. Badannya dibaringkan sementara menanti panggilan masuk, akhirnya dia terlelap.

     Huda tersedar ketika jam menunjukkan ke pukul 1.30 pagi. Hajat yang terasa tadi harus disegerakan dahulu lalu Huda melangkah malas menuju ke bilik air. Selepas menggosok gigi Huda melangkah keluar menuju ke katil untuk menyambung peraduannya yang terganggu tadi. Teringat akan dia tentang panggilan yang Faridz janjikan, lalu apabila memandang ke skrin telefon bimbitnya, mata Huda membutang luas.

“Masyaallah..!” Bisik Huda sendiri apabila sebanyak 50 miss call dan satu sms tertera di layar telefon bimbitnya. Sudah dapat diagak siapa yang punya gerangan gila mendail nombornya sebanyak itu. Segera Huda mengalih skrinnya ke bahagian sms lalu membaca dengan tersenyum simpul.

-Rasa nk tercabut jari kanda  mendail no dinda. Tidakkah dinda rsa kasihan pd kanda.? Apa salah kanda hgga dinda berlaku sedemikian rupa.?
Malam menjelma pungguk nak berteman,
Ingin berteman si cantik rambulan,
Rindu hamba menanti tuan,
Call la.. hapuskan penantian..!

     Mengekek Huda ketawa sambil melabuhkan punggungnya atas katil. Dicuba untuk menghubungi Faridz semula tapi,bila mengenangkan hari sudah jauh malam lalu Huda hanya sekadar membalas sms.

     -Maafkan dinda wahai kanda. Dinda terlelap tdk sedar diri lepas solat isyak tadi. Lama dinda menanti panggilan kanda. Janji jam 9 tp 9.20 langsung tiada khabar gembira. Akhirnya dinda memutuskan untuk beradu seketika. Bila sedar jam dh pukul 1.30 pg. Untuk hubungi kanda rasanya kurang manis. Jadi dinda hantar sms sajalah ye..!
     Bulan merajuk pungguk tak tiba,
     Bulan fikir baik beradu saja.
     Tuan rindu menanti hamba,
     Ingat tuan saja yang pandai merindu..?
     Rindu hamba bagaimana pula.?!!!!
     Grrrrr!!! Good night..mata dh x blh nk bekeja mlm2 ni..

     Apabila pasti mesejnya selamat sampai, Huda merebahkan tubuhnya semula sambil tersenyum kerana mengingatkan kembali sms dari Faridz. Kartun betullah..!


     FARIDZ termenung dalam biliknya yang ditemani cahaya malap lampu tidurnya. TV yang terpasang sejak tadi hanya dipandang sepi. Entah apa cerita yang tersiar, dia sendiri tidak pasti kerana fikirannya melayang jauh memikirkan kekasih hati yang belum pasti. Telefon bimbitnya yang berkelip tiba-tiba hanya dipandang sahaja. Malas mahu melayan sebarang panggilan atau sms kerana yakin itu sudah pasti dari syarikat telekomunikasi yang menghantar report tentang panggilan dan sms yang telah dihantar kepada Huda tadi.

     Matanya sudah mula mahu terlelap, dicapai telefon bimbitnya untuk setkan jam untuk bangun esok pagi. Matanya berkedip-kedip seperti tidak percaya kerana menerima sms dari insan yang ditunggu sejak tadi lagi. Senyumannya semakin galak sambil membaca. Dia yakin dia tidak bertepuk sebelah tangan meskipun Huda masih belum mengakui secara terang. Faham benar akan sifat gadis yang dipujanya itu, pemalu yang amat-amat sangat. Tapi bila tindakan refleksnya datang,malu entah ke mana..! Faridz tersenyum memikirkan sifat Huda yang sudah mula sebati dengannya. Sambil duduk dan menyandarkan badannya di kepala katil, Faridz mula menaip membalas sms Huda tadi.

     -Maafkan kanda wahai dinda ku sayang. Niat di hati nk call awal. Tak sangka kanda yang terlelap dulu. Sedar-sedar dah jam 9.45 mlm. Ingatkan dinda belum beradu, sbb dinda kata nk mimpikan kanda pukul 10.
     Kasihan bulan sabarkan hati..
     Pungguk kata tuggu kejap lagi..
     Maafkan kanda buat dinda menanti..
     Kanda janji x buat lagi..
     Tidurlah sayang, tidurlah permaisuri..
     Temui kanda dalam mimpi…

     SEPERTI hari-hari biasa, Huda sudah terpacak depan kedai buku Madam Vanny seawal jam 8.30 pagi. Bent turut berada di situ ketika pintu kedai itu di buka. Sudah menjadi kewajipannya untuk membersihkan kedai itu sebelum memulakan kerja. Jadi setiap meraka telah diberi kunci pintu kedai agar mudah bagi mereka untuk membereskan kerja sebelum ketua mereka sampai.

“Awal awak hari ni..? mimpi apa semalm..?” Tanya Huda sambil tersenyum, niatnya hanya untuk bergurau.

“Biasa aje..! saya mimpi awak bagi saya minum air zam-zam.. Bangun pagi mata saya rasa segar sangat..!” Balas Bent tersengeh-sengeh.

     Huda membalas dengan senyuman sinis. Walaupun hatinya sedikit tersentak dengan kata-kata Bent dicuba menyembunyikan rasa gugupnya.

     Hari itu pelanggan memang ramai. Almaklumlah, cuti sekolah bakal berakhir. Jadi sudah tentu ramai yang sudah mula membeli buku dan alat -alat kelengkapan sekolah untuk sesi baru akan datang. Tidak kurang pula yang mahu membuat beberapa salinan mykad dan surat beranak. Tak menang tangan Huda dan Bent melayan pelanggan yang bermacam-macam kerenah. Hingga jam 12 tengah hari pelanggan masih tetap ada di kedai. Huda segera menghubungi uminya memberitahu bahawa dia tudak pulang makan tengahari.

“Awak nak makan apa? saya belikan ye.?” Tanya Bent yang sedang berdiri dihadapan meja Huda.

“Kalau awak tak kisah, tolong belikan roti gardenier perasa jagung satu. Air tak payah sebab saya bawak air dari rumah...”

“Cukup ke? awak tak mahu makan nasi? Lambat lagi nak balik ni.. nanti awak lapar..!”

Mm..kalau macam tu awak beli roti jagung dua. Saya tak mahu makan nasi.”

Okey..awak tunggu ye..!” Ujar Bent sambil tersenyum riang kerana kali ini Huda tidak menolak pelawaannya.

     Senyuman Huda juga melebar. Rancangan untuk memberi air yang ditiupkan dengan surah yassin dan ayat kursi serta beberapa ayat-ayat lain  kepada Bent,pasti akan berjalan lancar. Cuaca panas yang melanda sekarang juga faktor di mana Huda yakin,Bent akan menerima pemberiannya itu.

     Sebungkus nasi, sekotak air tebu dan dua bungkus roti jagung siap dibeli lalu dilungguk diatas mejanya yang sudah dikemaskan tadi.

“Marilah kita makan. Kejap lagi kalau ada pelanggan susah kita nak rehat pulak.!” Sapa Bent kepada Huda yang sedang menyusun buku-buku yang baru sampai.

 Huda mengangguk laju lalu menyandarkan penyapu di balik almari sebelah mejanya dan melangkah menghampiri meja Bent.

“Awak makan nasi lauk apa ni? nampak sedap!”  Tegur Huda sambil menjengukkan kepala ke dalam belkas polistrin yang berwarna putih itu.

“Ikan pari masak asam pedas je..! kalau awak nak rasa, ambillah. Saya makan tak banyak..” Ujar Bent ikhlas.

“Tak nak lah.. saya makan roti je..! tengah cuaca panas macam ni saya tak mahu makan pedas-pedas, nanti badan saya cepat tak sihat.”  Balas Huda lantas plastik roti jagung dibuka lalu dimakan perlahan. Melihat Bent  menjamah nasi dengan laju, Huda tersengeh menahan ketawanya terburai.

“Awak ni gelojohlah..! cuba makan pelan-pelan, Umi saya kata makan macam ni makan dengan syaitan..!” Tegur Huda lembut sambil tersenyum sinis.

     Bent tersentak lalu menghentikan kelakunya tadi dan mula menjamah dengan teratur. Huda perasan wajah Bent merona merah bila ditegur begitu. Air tebu dihirup hingga habis, Bent mengeluh lemah bila tersa lidahnya yang pedas masih bersisa.

“Awak tunggu tau, Saya nak beli air, tak cukup pulak..! pedas betul asam pedas makcik ni, rasa macam dah berasap telinga saya. Makcik ni nak bagi makan ke nak bunuh orang,?”  Ujar Bent sambil bengun dan mahu melangkah pergi.

    Huda ketawa geli hati dan kemudian dia tersentak. Tiba-tiba teringat akan dia tentang air yang dibawa. Cepat-cepat Huda menyampuk. “Eh.. tak payah lah, saya ada bawak air lebih, nanti saya ambilkan..” Kata Huda sambil tersenyum riang lalu melangkah ke mejanya. Bent mengeluh lega lalu .duduk semula menanti air dari Huda.

“Nah..! Baca bismillah dulu.” Kata Huda cuba berseloroh.

     Bent menyambut tanpa mengucapkan terima kasih tetapi sunyuman terukir dibibirnya, Huda tidak peduli tentang itu. Apa yang penting niat nya terlaksana.

“Air apa ni.? Sedaplah.!” Tanya Bent setelah habis air dalam botol itu diteguk.

“Air kosong pun sedap ke.? Katun betullah awak ni.!” Balas Huda sinis.

Mm..mungkin sebab saya jarang minum air kosong kot.!" Jawab Bent sambil tersengeh malu.

“Awak tahu tak, banyak kebaikan kalau selalu amalkan air kosong ni. Dari awak minum air yang manis-manis baik awak minum air kosong. Minum air manis bukan boleh hilangkan haus. Menambahkan penyakit adalah.!” Bebel Huda.

“Yelah doctor..! Saya ikut nasihat doctor tu..!” Balas Bent lemah.

     Huda hanya menggeleng mendengar jawapan Bent. Dalam pada itu hatinya berlagu riang bila melihat botol tadi sudah kosong tanda isi botol itu sudah selamat berada dalam perut Bent. Tak sabar rasanya menanti hari esok pula. Nampaknya dalam dua tiga hari ini , Huda tidak bercadang untuk balik makan tengahari. Harapan agar uminya memahami.

No comments: