20
AIDIL
Siapa sangka siapa menduga..
“KAKLONG dengan kakngah tak datang ke
daddy? Selalunya pantang cuti, riuh
rumah ni dengar suara anak-anak dara dia orang.”
“Entahlah Dil. Dia orang pun tak cerita apa-apa pada daddy planing
dia orang hujung minggu ni. Selalu tu mesti ada saja yang nak diceritakan pada daddy. Tapi hari ni senyap saja. Agaknya
ada planning dengan suami dia orang
kot..! Dil tak kemana-mana ke?”
“Tak kot! Takde
mood nak keluar. Ada kawan-kawan
semua dah kawin. Dah tentu dia orang nak berkepit dengan anak-anak bini dia
orang.”
“Hah! Apa kata Dil cari sorang buat isteri sebagai
teman. Tak adalah hidup Dil asyik bosan je!”
“Siapalah yang nakkan Dil ni daddy? Kalau ada yang tahu sejarah asal-usul Dil, dah tentu dia
orang lari dulu tinggakkan Dil.”
“Jangan terlalu merendah diri Dil! Apa-apa pun Dil
tetap anak daddy. Dil satu-satunya
anak lelaki daddy.”
“Layak lagikah Dil ni bergelar anak daddy? Setelah apa yang bapa kandung Dil
buat pada daddy. Dil malu nak mengaku
sebagai anak daddy.”
“Dalam hal ni Dil tak salah. Mulai hari ni daddy tak mahu dengar lagi Dil cakap
macam ni. Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Satu saja yang Dil kena
ingat. Dil adalah anak daddy. Dan daddy adalah satu-satunya bapa Dil..
Janji dengan daddy yang Dil takkan sebut lagi hal ni. Benda dah lepas. Dah jadi
sejarah pun! Mummy pun dah lama
pergi. Tak tenang dia nanti kalau kita asyik sebut-sebut nama dia. Ada baiknya
kalau kita sedekahkan pada dia ayat suci.” Daddy
terus melangkah tanpa pedulikan aku.
“Daddy!” Aku
panggil lembut. Daddy berpaling
pandang aku. “Betul ke daddy
tak pernah ada perasaan sayang pada mummy?”
Aku tanya lambat-lambat. Bila daddy
hanya membisu aku angguk sambil tersenyum.
“Tak apa! Dil faham.”
“Maafkan daddy.
Bukan daddy tak cuba, tapi tetap tak
boleh. Perkahwinan kami atas sebab keterpaksaan.”
“Dil minta maaf atas apa yang orang tua Dil buat pada daddy sekeluarga. Sebabkan mereka, daddy menderita. Dil janji akan satukan
semula daddy dengan keluarga daddy.”
“Terima kasih Dil! Daddy
hargai usaha Dil tu. Tapi daddy tak
yakin Nur akan terima daddy semula.”
“Kita cuba, daddy!”
Aku cuba yakinkn daddy.
Selepas daddy
berlalu aku cuba hubungi Kak Zana tapi dia kata dia dengan kak Ida di luar
kawasan KL. Aku rasa pelik. Selama ni mereka tidak pernah bersama kalau keluar.
Biasanya kalau nak lihat mereka bersama jika berada di rumah daddy sahaja. Semenjak mereka
berumahtangga, pertemuan mereka sedikit terbatas kerana mempunyai kerjaya yang
berbeza. Kak Zana hanya sibuk di pejabat pada waktu kerja. Manakala Kak Ida
berkerja sebagai pramugari MAS. Sekejap-sekejap terbang. Dulu kalau kak Ida
keluarkan kata-kata kesat, aku selalu meyumpah dalam hati agar dia mati jatuh
kapal terbang. Tapi selepas insiden MH 370, aku rasa sedikit kesal atas apa
yang aku ucapkan. Tak patut aku keluarkan sumpahan macam tu. Buatnya jadi
betul-betul mesti aku menyesal seumur hidup. Tambah-tambah lagi bila dah tahu
identiti aku yang sebenar sekarang ni, lagilah buat aku rasa menyesal.
-Dil nk satukan dady dengan makcik Mazuin. Apa
pendapat kaklong?-
Mesej yang aku taip, aku hantar segera pada kak Zana.
Lama menanti akhirnya kak Zana jawab selepas lima belas minit menanti.
-Kaklong dengan kak Ida ada di perak sekarang ni. Kami
on d way ke rumah Nur. Smlam Nur call bagitahu, mak nak jumpa kita orang. Thank
Dil. Kaklong hargai usaha baik Dil tu. Tunggu kaklong balik. Nanti kita
bincang.-
Aku tersenyum bangga baca mesej Kak Zana. Harap-harap
usaha untuk satukan keluarga daddy
berjalan lancar. Dan dengan cara ini, aku harap Nur tidak pandang serong pada
aku lagi.
NUR
“KAK ANA dekat mana sekarang?”
Tanyaku sebaik mendengar suara Kak Ana.
“Baru masuk simpang jalan Lapangan Terbang Sultan
Azlan.”
“Oh..tak jauh dah tu. Kak Ana terus saja sampai nampak
papan tanda nama taman yang Nur kasi pada Kak Ana tu. Nur tunggu depan rumah.”
“Okey!
Rasanya tak jadi masalah jalan rumah Nur ni.”
“Apa-apa hal nanti call
balik.”
“Okey!"
Berdebar-debar aku menanti kehadiran Kak Zana dan Kak
Ida. Tak tahu bagaimana penerimaan emak. Berita ni aku belum bagitahu lagi pada
emak. Zikri melarang aku berterus terang. Menurut Zikri dia mahu melihat
bagaimana ketajaman ingatan emak terhadap kehadiran anak-anaknya nanti.
“Abang rasa-rasa mak okey tak nanti?”
“Insyaallah..! Janganlah fikir yang bukan-bukan.
Lagipun kan mak sendiri yang cakap dia nak jumpa dengan anak-anak dia.”
“Nur takut emak tanyakan tentang abang Iman.”
“Abang tak fikir macam tu. Bukan ke mak kata nanti dia
yang pergi jumpa dengan abang Iman sendiri?”
Aku tersentak. Dalam ayat yang emak pernah ucapkan
dulu. Apa maksud mak mahu pergi jumpa abang Iman sendiri? Apakah emak…? Aghh! Aku tak boleh fikir macam tu. Aku
yakin emak masih kuat dan semakin hari emak semakin sihat.
Kehadiran kereta Naza hitam di hadapan rumahku
menyentakkan aku dari lamunan. Tersenyum lebar aku memandang mereka-mereka yang
keluar dari perut kereta. Sambil bersalam dan berpeluk, pipi aku mereka cium
bertalu-talu. Rasa seperti dah rapat sangat. Namun aku bahagia. Baru kini aku
tahu betapa nikmatnya ada adik beradik. Tambah pula aku ni yang bongsu, rasa
disayangi sangat-sangat.
Aku perhatikan satu persatu wajah anak-anak saudara
ku. Rupa mereka tak ubah seperti Kak Ana dan Kak Ida. Selepas bersalam dan
kenalkan diri, masing-masing dengan wajah selamba terus masuk ke perkarangan
rumah menuju ke taman di mana terdapat kolam ikan. Riuh suara mereka berbual.
Apa yang dibualkan aku sendiri tak tahu. Macam penting sangat perbincangan
mereka tu. Agaknya macam tulah agaknya aku masa kecil-kecil dengan
kakak-kakakku. Bila Zikri menarik sedikit lengan bajuku, baru aku tersedar.
“Ni Nur kenalkan dokter yang merawat emak selama ni.
Dokter Zikri!” Aku mula perkenalkan Zikri pada kakak-kakakku. Tersenyum aku
melihat Zikri tersenyum simpul.
“Oh..! Nilah bakal bakal adik ipar kita orang. Mm..hendsome! Padan dengan Nur. Pandai Nur
cari.” Usik Kak Ida terseyum-senyum.
“Macam hero hindustan!” Tambah Kak Ana pula.
Membutang mata dan mulut aku dengar komen merapu Kak
Ana. Ye ke? Aku perhatikan betul-betul wajah Zikri. Dekat mana hindustannya pun
aku tak tahu. Zikri pula sudah mula gelisah bila aku tak berkelip pandang dia.
Aku geleng kepala. Sah! Kornea atau retina mata Kak Ana ada masalah.
“Takkan nak berborak dekat luar saja kot! Meh masuk.
Panas dekat luar tu!” Laung maksu Idah dari pintu utama sambil
tersenyum-senyum.
“Maksu?” Bisik Kak Ana perlahan. Namun boleh didengari
oleh semua yang berda di situ. Aku perhatikan Kak Ana meluru dapatkan tubuh tua
maksu. Dalam esak tangis tubuh kak Ana sudah berada dalam pelukan maksu. Dalam
hati aku bersyukur panjang pada yang esa.
“Ana rindu maksu!”
“Ahamdulillah! Anak maksu masih kenal dengan maksu.
Ini Idakan?” Tanya maksu pada Kak Ida. Kak Ida mengangguk malu dan terus sama
berada dalam pelukan maksu. Aku faham kenapa Kak Ida malu-malu. Ketika
berpisah, dia masih kecil. Kalau tak salah aku, kak Ida masih berumur tiga
tahun. Tak mustahil kalau sekarang dia tidak mengenali maksu Idah.
“Mak mana maksu?” Tanya Kak Ana tidak sabar.
“Masuklah dulu. Panggil anak-anak kamu masuk. Riuh
betul suara anak-anak kamu. Teringat maksu masa kamu berdua kecik-kecik dulu.”
Sejurus semua masuk kedalam rumah, aku dan Zikri serta
maksu mula berbual. Sempat Zikri terangkan tentang kesihatan emak sekarang. Aku
boleh nampak Kak Ana dan Kak Ida sebak dengar cerita Zikri dan aku. Setelah
setengah jam berbual aku melangkah masuk ke dalam bilik emak.
“Mak! Jom kita duduk di luar.”
“Yelah! Mak pun dah bosan lama-lama asyik tidur. Siapa
dekat luar. Riuh sungguh! Suara anak siapa?” Tanya emak hairan. Aku tersenyum.
“Kalau mak nak tahu, jom ikut Nur. Nanti mak tengok
sendiri.” Ujar ku sambil pimpin tangan emak menuju ke pintu bilik.
Sampai di hadapan ruang tamu, langkah emak terhenti
bila melihat tetamu depan mata. Emak mengetap bibir. Seketika kemudian dia
tersenyum dalam sebak.
“Anak-anak mak! Ya Allah! Anak-anak aku!” Laung emak
lalu langkah diayun laju kearah Kak Ana dan Kak Ida. Belum sempat emak sampai
ke arah mereka, Kak Ana dan kak Ida sudah sampai ke pangkuan emak. Mata aku
sudah tidak boleh ditahan lagi menyaksikan tiga jiwa bersatu kembali. Dalam
senyuman, pipi aku basah. Maksu juga sama seperti aku. Aku tak mahu pandang
Zikri. Aku yakin mesti dia buat isyarat agar aku jangan menangis.
“Misya, Marsya, Fatin, Fira! Mari jumpa nenek.” Laung
Kak Ida setelah esakannya berkurangan. Aku tersenyum-senyum melihat
keempat-empat mereka patuh pada arahan Kak Ida. Melihat Fatin buat aku senang.
Wajahnya memang tak ubah seperti aku ketika berumur lapan tahun.
“Betul ke ni nenek Misya mama?” Tanya Misya selepas
bersalam dengan emak.
“Betul sayang! Ni emak mama. Mak kandung mama. Yang
sorang lagi tu adik nenek. Kena panggil dia Nek Su.” Terang Kak Ana sambil memeluk
bahu emak. Tersenyum-senyum maksu selepas Kak Ana kenalkan pada budak-budak
berempat tu.
“Emak ibu juga!” Sampuk Kak Ida ceria.
“Mm..patutlah muka sama!” Balas Fira yang berumur
tujuh tahun.
“Aunty tu
siapa pulak?” Tanya Fatin sambil menujukkan ke arahku yang sedang berdiri
sebelah Zikri. Aku tersenyum. Memang dari tadi aku tak kenalkan diri aku pada
mereka. Aku harapkan biarlah mama-mama mereka yang kenalkan sendiri.
“Yang tu adik kandung ibu yang bongsu. Korang berempat
kena panggil dia maksu Nur. Yang dekat sebelah maksu Nur tu, korang kena
panggil paksu Zikri.” Balas Kak Ida bersungguh-sungguh. Aku pandang Zikri yang
dah tersenyum malu.
“Mm..kalau yang ni kena panggil paksu, yang dekat
rumah Tok Di tu, nak panggil apa pulak? Itukan adik mama jugak!”
Aku yakin semua yang berada di situ tersentak dengan
pertanyaan Marsya. Sudah tentu Aidil yang Marsya maksudkan.
“Macam ni! Jangan panggil maksu atau Paksu. Panggil Mak Uda dan Pak Uda.” Aku cuba buat cadangan mudah.
“Betul tu! Yang dekat sini panggil pak uda dan mak
uda. Yang dekat rumah sana tu panggil paksu.” Balas emak tiba-tiba. Aku gigit
bibir sedikit. Apakah emak faham apa yang dimaksudkan oleh Marsya tadi? Atau
pun mak buat-buat faham?
“Mama, kalau nenek ni emak kandung mama, maksudnya
nenek ni isteri Tok Di ye?” Sekali lagi Kak Zana hilang kata-kata selepas
disoal Misya. Bukan saja Kak Ana. Semua turut tergamam. Inilah padahnya kalau
ada anak yang pandai berkata-kata.
“Tok Di tu siapa?” Tiba-tiba emak bertanya pada Misya.
Aku baru faham. Mungkin tadi emak fikirkan paksu yang dimaksudkan oleh Marsya
tadi ialah adik ipar Kak Ana.
“Tok Di tu daddy
mama.” Jawab Marsya pula. Jantungku bagai nak meletup lihat emak sudah berubah
wajah.
“Siapa nama Tok Di?” Emak masih mahu berbual-bual
dengan cucu-cucunya.
“Eh! Dah-dah. Jangan ganggu nenek. Pergi main sana!”
Tempelak Kak Ida tiba-tiba.
“Siapa Misya? Tok Di tu siapa namanya?” Emak masih
berdegil sambil memegang tangan Misya. Aku dah tak senang hati.
“Abdullah Hanan!” Jawab Misya. Emak tersenyum lebar.
“Tok Di sihat?” Emak tanya lagi. Terangkat kening aku
pandang Zikri.
“Sihat! Tok Di kuat. Tok Di ada pistol. Ada senapang
besar. Misya tengok Tok dalam gambar pegang parang panjang!” Bersungguh-sungguh
Misya bercerita.
“Bukan parang panjang, pedang!” Bisik Kak Ana
perlahan.
“Ha..pedang!” Jawab Misya.
Tiba-tiba emak bangun lalu beredar ke bilik. Aku
pandang Zikri. Bila Zikri beri isyarat supaya aku bertenang, aku akur walaupun
dalam hati tuhan saja yang tahu bagaimana aku rasa ketika itu. Tak sampai
seminit, emak datang kembali bersama sekeping gambar di tangan.
“Ini ke Tok Di?” Tanya emak sambil hulurkan gambar itu
kepada Misya.
“Ha..! Betullah. Nilah Tok Di.” Jawab Misya.
“Tapi ni masa Tok Di muda. Ha! Baru Fatin teringat.
Dalam bilik Tok Di ada satu album lama. Dalam tu ada banyak gambar Tok Di
dengan Mak Uda Nur. Dalam bilik rahsia Tok Di pun ada gambar Mak Uda Nur.
Besar..!” Bersemangat sekali Fatin bercerita.
Aku tersentak. Bila masa aku bergambar dengan ayah?
“Tu bukan Mak Uda Nur. Tu nenek masa muda.” Terang Kak
Ida sambil ketawa kecil. Fahamlah aku sekarang. Aku terharu. Dalam diam aku
mula rasa kagum terhadap ayah. Betullah kata ayah tempoh hari. Cintanya pada
emak tak pernah berubah.
“Kenapa tak ajak Tok Di datang sekali?” Emak masih
mahu berbual tentang suaminya. Aku dah mula rasa tak senang hati.
“Tok Di sibuk jaga Bubu, Mirang, Bobot, Gunner. Tu tak
campur lagi dengan anak-anak Kak Nab dan Cik Lat.” Jelas Fatin ramah.
“Siapa mereka tu?”
Mengekak-ngekek Kak Ana dan Kak Ida dengan soalan aku.
“Binatang peliharaan daddy. Nanti kalau pergi sana, tengoklah sendiri daddy habiskan masa dia dengan
binatang-binatang tu. Kadang-kadang kami ni datang dia tak endahkan!” Cerita
Kak Ana teruja.
“Tak berubah-ubah!” Bisik emak perlahan sambil
tersenyum.
“Lain kali kalau datang sini ajaklah Tok Di sekali.”
Kata emak pada cucu-cucnya.
“Emak ni sejak tadi asyik bersembang dengan cucu-cucu
emak saja. Kami ni mak tak layan pun!” Bentak kak Ida manja.
“Budak-budak ni tak pandai berbohong!” Jawab emak
lemah. Aku gigit bibir. Emak seakan dapat membaca apa yang berada dalam fikiran
anak-anaknya.
“Berapa hari dekat sini?”
“Tiga hari mak. Budak-budak pun hari ni ambil cuti
kecemasan. Emak betul-betul nak jumpa daddy
ke?” Tanya Kak Ida.
“Dah lama mak nak jumpa dia. Mak tahu kenapa dia
pergi. Mak tahu siapa dia yang sebenarnya. Mak memang harap dia balik jumpa
mak. Kalau dia tak nak balik, sekurang-kurangnya, pulangkan semula anak-anak
mak.”
“Dia terpaksa mak!”
“Ye mak tahu dia terpaksa. Sebab tu mak harap dia
balik. Tapi sampai sekarang dia tak balik. Mak kecewa.”
“Daddy cuba
cari mak, tapi tak jumpa!” Ulas Kak Ida. Emak mengeluh berat.
“Bawa dia datang sini. Mak nak jumpa dia. Ada sesuatu
yang mak nak tahu dari dia.” Terang emak lemah. Aku hampir terduduk dengar
pengakuan emak.
“SAYA cadangkan Kak Ana call ayah sekarang. Kalau boleh suruh
ayah datang hari ni jugak.” Terang Zikri selepas emak beredar ke dapur bersama
maksu. Nak masak istimewa katanya untuk anak-anaknya yang baru datang.
“Abang cakap apa ni?” Sergah ku perlahan. Kak Ana dan
kak Ida pula seakan pelik dengan aku yang seakan kurang bersetuju dengan
cadangan Zikri.
“Nur! Nur sendiri tahukan, mak tu berharap sangat.” Lembut
Zikri memujukku.
“Ye! Nur tahu. Tapi takkan sampai nak terus suruh ayah
datang hari ni kot! Nur tengok mak tu okey
saja. Ceria je muka mak hari ni lepas kak Ana dan kak Ida datang.”
“Sebab tengah okeylah
abang buat keputusan macam tu. Takkan nak tunggui mak tak okey baru nak suruh ayah datang?”
Aku hilang kata-kata. Akhirnya aku terpaksa akur dengan
arahan Zikri. Walaupun berat aku terpaksa rela. Aku sedar, aku dah mula boleh
terima ayah, namun aku takut kalau-kalau benda buruk berlaku pada emak andai
emak sudah bersemuka dengan ayah nanti.
“Kalau dah itu kata Zikri, kami ikut saja. Lagi cepat
lagi baik. Lagipun Nur, emak dan maksu akan bertolak dua minggu lagikan?”
Aku angguk kepala. Dua minggu lagi aku, emak dan maksu
akan bertolak ke mekkah untuk menunaikan umrah. Mak dan maksu pun dah macam tak
sabar-sabar nak pergi. Aku harapkan di sana nanti emak dan maksu berasa lebih
tenang.
AIDIL
TALIAN aku matikan segera.
Bergegas aku berlari turun ke arah pintu dapur. Bila melihat daddy sedang sibuk melayan Bubu dan
Mirang, aku tersenyum lebar.
“Kenapa Dil? Termengah-mengah lari macam kena kejar
dengan hantu saja.”
“Dil rasa berita yang Dil nak bagitahu daddy ni lebih buat daddy temengah-mengeh
nanti.” Ucapku tersekat-sekat.
“Amboi! Lain macam je bunyi kamu bercakap. Apa dia?
Cakap pada daddy!”
“Kalau Dil nak bawak daddy jumpa dengan Makcik Mazuin hari ni, daddy percaya tak?”
“Jangan nak berguraulah Dil..!”
“Dil tak bergurau. Sekarang daddy masuk bilik daddy,
kemas baju untuk tiga hari. Kejap lagi kita bertolak. Makcik Mazuin dah tak
sabar tunggu daddy.”
“Betul ke Dil? Jangan nak buat rancangan wakenebeb
dengan daddy!”
“Dil cakap betul! Sekarang Kak Ana dan kak Ida ada
dekat rumah Nur. Makcik Mazuin cakap sendiri dekat dia orang, dia nak jumpa daddy
segera.”
“Subhanallah..Alhamdulillah..!” Bisik daddy lalu meraup wajahnya tanda
kesyukuran.
Sebenarnya aku yang lebih ceria. Dapatlah aku berjumpa
dan menatap wajah Nur. Walaupun aku tahu, dia bakal jadi milik Zikri, jauh di
sudut hati aku, kasih aku pada Nur tetap ada.
“Dil tak main-mainkan?” Daddy masih seperti sukar percaya.
“Lagi sekali daddy
tanya, Dil malas nak pergi!” Aku cuba berseloroh.
“Okey-okey!” Balas daddy sambil bangun dan berjalan laju menuju ke biliknya. Tersenyum
lebar aku lihat telatah daddy. Dah
lama tak tengok wajah ceria daddy
seperti ini. Selama ni jarang daddy
begitu.
“Bik! Tolong tengokkan anak-anak dady ni ek! Dalam tiga hari ni kami ke perak.” Laungku pada bibik berkenaan dengan binatang-binatang peliharaan daddy.
“Baik tuan Muda!” Jawab pembantu rumah warga Indonesia
itu. Aku terus melangkah naik ke bilik aku yang berada di tingkat atas.
Barang-barang aku pun perlu dikemaskan juga.
No comments:
Post a Comment