BAB
20
“PAPA!
Uncle Jef cakap, ibu dah fall in love dekat uncle Jef.”
Tersedak-sedak Jefri mendengar aduan Amil Zaquan pada
Fazhan. Melihat Fazhan yang sedang melopong, buat dia semakin gelabah. Nirmala
pula hanya tersenyum-senyum menahan ketawa. Mak Biah dan Pak Jamil turut
terhenti suapan kerana tajam memerhatikan telatah anak sulung mereka. Dapat
Jefri rasakan, pasti telinganya berasap dengan leteran Mak Biah andai tidak
segera dibetulkan keadaan.
“Fall
in love dekat siapa?” Kalut bertanya Fazhan pada Amil Zaquan.
Berkerut-kerut mukanya.
“Dekat Uncle Jef.”
Jawab Amil Zaquan bersahaja tanpa rasa bersalah.
“Ye?” Tanya Fazhan sambil sesekali menjeling pada Nirmala
yang sedang tersenyum lucu. Wajah Jefri turut dikerling sekilas.
“Mana ada bro..! aku gurau je tadi dengan dia. Tak sangka
dia percaya. Dah dia tanya ibu dia fall
in love dengan siapa, aku pun jawab jelah fall in love dekat aku..! Saja je aku nak nyakat dia.”
“Yang sebenarnya fall
in love dekat siapa?” Fazhan bertanya sambil merenung wajah Jefri bersilang
ganti dengan wajah Nirmala tanpa pedulikan pandangan Mak Biah dan Pak Jamil.
Risau juga kalau-kalau apa yang disampaikan oleh anaknya tadi benar belaka.
Biasanya kanak-kanak macam Amil Zaquan tak pandai berbohong.
“Manalah aku tahu. Kau tanya sendirilah dekat wife kau.”
“Betul papa! Mil dengar ibu berbual dengan Uncle Jef dalam kereta tadi. Uncle Jef pun dah mengaku. Mil tak mahu
bapak tiri ramai-ramai. Papa sorang pun dah cukup.” Ulas Amil Zaquan serius.
Terkekeh-kekeh Jefri dan sekelian yang ada menghamburkan ketawa.
“Teruklah aku macam ni..!” Rungut Jefri lemah.
“Awak percayalah cakap anak awak tu. Layan..!” Ujar Nirmala
sambil tersenyum malu.
“Mala panggil suami dengan panggilan awak saja? Pelik
sangatlah mak dengar. Tak romantik langsung! Mak yang dah tua ni pun panggil
abah dengan panggilan abang. Sekarang ni trend
orang panggil sayang, B, Hani..papa..mama. Mala panggillah macam tu. Barulah
sedap telinga nak dengar. Mak ni nasib baik dah tua. Kalau boleh mak nak
panggil abah kamu ni B. Manja je bunyinya.!” Mak Biah mula membuka tajuk lain
sebagai bualan.
Tersedak Pak Jamil mendengar omelan isterinya. Nasib baik
tak sedang minum. Kalau tidak dah tentu hari ni semua orang menjamu selera
sambil bersiram.
Mengekek-ngekek semua yang ada ketawa terbahak-bahak. Fazhan
hanya tersenyum hambar. Tajuk tadi belum selesai lagi, kini datang pula tajuk
baru. Dalam diam dia masih tak puas hati dengan jawapan Jefri dan Nirmala tadi.
Walaupun tajuk baru agak menarik, tajuk lama harus diketahui juga. Dia
bercadang mahu bertanya sendiri dengan Nirmala jika ada kelapangan.
Nirmala berkerut wajah mendengar omelan Mak Biah. Wajah
Fazhan tidak sekali dipandang kerana ketebalan kulit mukanya sudah
berganda-ganda. Merah pipinya bila Amil Zaquan dan Jefri ketawa mengekek.
“Dulu ibu panggil papa, abang atau papa. Papa panggil ibu,
Mala atau mama. Kadang-kadang sayang. Amil pun panggil ibu, mama. Tapi lepas
ibu dapat adik Anis, semua sudah tukar. Dari abang dah jadi awak. Dari mama dah jadi ibu. Pening kepala Amil! Sepatutnya kalau
ada papa mesti ada mama. Kalau ada ibu mesti ada ayah.” Adu Amil Zaquan lalu
menggeleng kepala. Terkekeh-kekeh Pak Jamil dan Jefri ketawa melihat telatah
Amil Zaquan. Fazhan hanya diam membisu. Wajah Nirmala yang menunduk dipandang
lama.
“Panggilan ibu tu memang ibu dah guna sejak Amil dalam perut ibu lagi. Ibu
pun tak tahu siapa yang pandai-pandai tukar jadi mama. Tapi kalau Mil nak
panggil mama pun ibu tak kisah.” Jawab Nirmala sayu sambil menunduk. Dia
sedikit terasa dengan bebelan Amil Zaquan sedangkan sudah diterang kepada
anaknya mengapa dia menggelarkan dirinya ibu. Namun dia harus faham. Anaknya
masih kecil dan harus ada penerangan lengkap untuk buat anaknya itu faham
hakikat sebenar.
Fazhan terhenti suapan mendengar jawapan Nirmala. Wajah
Nirmala dipandang lama. Dia tahu dulu panggilan ibu memang digunakan semasa ada
arwah Fir Luqman.
“Kalau Mil nak panggil papa ayah pun, papa tak kisah.
Maksudnya sama je..!”
“Tak payahlah awak. Biarlah dia nk panggil apa pun. Jangan
paksa dia.” Sayu suara Nirmala kedengaran.
“Hmm..pening..pening!” Ucap Amil Zaquan sambil menggeleng.
“Tengok! Anak pun pelik dengan panggilan macam tu. Cuba ubah
panggilan tu. Barulah orang nampak macam suami isteri.” Bebel Mak Biah lagi.
Nirmala masih membisu. Tak tahu apa yang hendak dijawab
balas kata-kata emak angkatnya itu.
“Saya tak kisah, mak. Dia nak panggil nama pun saya tak
kisah. Jangan panggil hoi, sudah..!”
Balas Fazhan ramah.
“Mana boleh macam tu. Panggilan manja dalam hubungan suami
isteri tu penting untuk eratkan lagi hubungan. Kalau panggil nama atau saya
awak, tu bukan suami isteri. Tapi dah macam kawan-kawan saja.” Mak Biah masih
mempertahankan pendiriannya.
“Nantilah, Mala fikirkan nak panggil apa.” Jawab Nirmala
sambil menguis-nguis nasi di pinggannya.
“Nak fikir apanya? Sekarang tak boleh panggil?”
“Yelah..! Mak nak Mala panggil apa dekat suami Mala? B? Taknaklah Mala. B tu banyak maksud.”
“Panggil abang pun dah cukup..!”
Nirmala tersentak dalam diam mendengar jawapan Mak Biah. Baginya panggilan seperti itu seharusnya datang dari hati yang ikhlas. Dan yang pasti, hatinya hanya ikhlas untuk Fir Luqman sahaja. Dalam diam Nirmala mengeluh. Malas dah nak cakap hal yang satu tu. Buat dia tak tertelan nasi di pinggan.
“B tu apa ibu?”
Soalan tiba-tiba dari Amil Zaquan.
“B tu singkatan
pada perkataan hubby. Uncle Jef pun lepas kawin nak suruh
isteri uncle Jef panggil macam tulah.
Betul mak cakap. Manja je bunyinya.” Sampuk Jefri lalu tersengeh-sengeh.
“Oh..! Mil ingatkan B
tu Bucuk atau Baby. Mil tengok cerita Hantu Bonceng awek dia panggil dia Bucuk. Yang pakwe dia pulak panggil awek
dia Baby. Hm..Mil pun rasa elok jugak
ibu panggil papa macam tu. ” Jelas Amil Zaquan.
Tergaru-garu kepala Nirmala dan Fazhan mendengar komen Amil
Zaquan. Inilah padahnya jika ada anak yang pandai bercakap.
“Mana boleh macam tu. Kita orang islam, bukan orang barat.
Kalau Tok Abi dengar ibu panggil macam tu dekat papa, mesti dia membebel. Amil
bukan tak kenal dengan Tok abi tu. Kuat membebel macam Mil jugak.” Balas Fazhan
lembut.
Nirmala tersenyum dalam diam mendengar kata-kata Fazhan. Dia
sendiri pun tak sanggup nak panggil macam tu. Bunyi macam gedik sangat.
NIRMALA
sibuk mengemas di dapur bersama Mak Biah sementara yang lain sudah siap sedia
selesakan perut selepas kekenyangan. Kesempatan itu digunakan oleh Mak Biah
untuk memberi ceramah free agar
Nirmala tidak jauh dari landasan sebenar sebagai seorang isteri. Selepas
mendengar cerita dari Jefri petang tadi, dia nekad mahu membantu Fazhan agar
keluarga anak angkatnya itu diberkati Allah selalu.
“Malam ni bagi mak tidur dengan Anis ek? Teringin mak nak
jaga cucu tengah malam. Bangun malam buat susu, tukar lampin, tepuk dia tidur,
dodoikan dia. Boleh ek? Lagipun Anis bukan menyusu badan.” Suara Mak Biah
kedengaran lembut memujuk.
Hampir-hampir terlepas pinggan dari tangan Nirmala. Nasib
baik sempat disambut. Nirmala kelu lidah mahu menjawab permintaan Mak Biah.
Hendak ditolak, takut berkecil hati. Tapi kalau diterima, dah tentu malam ni
dia tidur tak lena. Walaupun dia sudah mula mahu menerima Fazhan sebagai
suaminya yang sebenar, hatinya masih malu-malu.
“Mak tahu Mala susah hati sebab kena tidur sebilik dengan
Fazhan. Mala ada masalah dengan dia ke?” Tanya Mak Biah pura-pura tak tahu.
Mengucap panjang dia tadi selepas Jefri beritahu yang selama ini Nirmala dan
Fazhan tidur berasingan bilik. Paling buat dia terkejut bila diberitahu mereka
kadang-kadang berasingan rumah.
Nirmala masih membisu. Pinggan mangkuk yang siap dibasuh
ditiarapkan atas rak pinggan dengan hati-hati.
“Tak baik buat macam tu pada suami. Mak tahu Mala masih
susah nak terima dia. Tapi Mala kena ingat, sekarang dia suami Mala. Tak salah
kalau Mala masih ingat Luqman. Mak tahu Fazhan pun redha kalau ingatan Mala
masih pada Luqman. Tapi sekarang Fazhan adalah suami Mala. Berdosa kalau Mala
belakangkan dia.”
Berkelip-kelip mata Nirmala menahan air mata bertakung dari
tubir matanya. Nafasnya ditarik dalam agar sebak di jiwa segera pergi. Dia
sudah nekad tak akan menangis lagi walaupun sebak kadang-kadang masih terasa.
“Mak janganlah risau. Mala akan terima dia. Tapi malam ni
Mala betul-betul belum bersedia nak sekatil dengan dia. Mak suruhlah dia tidur dalam bilik lain.
Bilik lainkan banyak lagi yang kosong.”
“Ish! Mana boleh mak buat macam tu. Mala kan isteri dia.”
“Tu Mala tahu..! tapi Mala takutlah mak..!” Rengek Nirmala
gelisah.
“Nak takut apanya? Bukan laki Mala tu telan orang. Kalau dia usik pun, tak luak..!” Ulas Mak
Biah lalu ketawa nakal.
“Mak ni..mulalah tu!” Gumam Nirmala sambil menjeling geram.
“Alah..! usik sikit dah nak merajuk. Nanti mak suruh dia
pujuk ek!” Usik Mak Biah lagi. Lega hatinya bila Nirmala sudah mahu menerima
Fazhan. Petang tadi puas difikir-fikir bersama Pak Jamil bagaimana cara mahu
selesaikan masalah itu. Mula-mula selepas Jefri bercerita, dia seperti tak
percaya. Tapi selepas melihat sendiri layanan hambar Nirmala pada Fazhan ketika
makan malam tadi, dia rasa dia perlu lakukan sesuatu.
Mak Biah dan Nirmala melangkah ke ruang tamu mahu
bersama-sama Pak Jamil yang sedang rajin
melayan mulut Amil Zaquan berbual. Anis Humaira pula sudah enak dibuai mimpi
dalam buaian yang dibuat oleh Mak Biah tadi. Namun wajah Fazhan dan Jefri tiada
di situ. Dia yakin tentu mereka berdua sedang berbual sambil menghalau nyamuk.
“Ibu! Malam ni Amil nak tidur dengan opah dengan tokwan.
Tokwan kata dia boleh tepukkan Amil sambil cerita perang.”
Nirmala mengeluh lemah. Nampaknya malam ni dia kena rela.
“Yelah! Tapi jangan susahkan tokwan dengan opah tau!”
“Beres..!” Jawab
Amil Zaquan lalu membuat isyarat ‘five’
dengan Pak Jamil.
Nirmala melangkah masuk ke dalam bilik untuk siapkan tempat
tidur selepas setengah jam menonton. Tidur di rumah keluarga angkatnya ini
perkara wajib yang perlu dibuat ialah memasang kelambu. Jika tidak, tentu
nyamuk bermaharaja lela.
Sedang asyik membetulan kelambu yang siap dipasang, Nirmala
terdengar derapan tapak kaki dekat menghampirinya. Sambil menoleh, wajah Fazhan
dipandang dengan resah.
“Err..kalau awak dah mengantuk, awak tidurlah dulu. Saya nak berbual dengan mak
dulu.” Nirmala cuba beralasan.
“Mak dengan abah dah masuk tidur. Amil dah tak sabar nak
dengar cerita perang abah. Tinggal jefri saja dekat luar tengah menonton.”
“Oh! Ye ke? Saya ingat nak..”
“Mala! Abang tahu Mala nak mengelak diri dari abang. Abang
tahu Mala susah nak terima abang. Abang terima segala keputusan Mala. Malam ni
kalau Mala tak mahu tidur dengan abang, abang tak kisah. Abang boleh tidur
dekat bawah.”
Nirmala tersentak. Tak sangka Fazhan dapat mengagak apa yang
ada dalam fikirannya. Rasa bersalah pula. Jika dibiarkan Fazhan tidur tanpa
kelabu, dah pasti badan Fazhan teruk dikerjakan nyamuk.
“Awak cakap apa ni?” Tanya Nirmala hairan. Memang pada
mulanya dia berniat mahu mengelakkan diri dari lelaki itu. Namun selepas
mendengar bebelan Mak Biah, dia sudah nekad akan sekatil dengan Fazhan malam
ni, tapi dia bercadang mahu masuk tidur sejurus selepas Fazhan sudah enak lena.
Untuk menunaikan tanggungjawab melayan batin suami, dia rasa masih belum
bersedia.
“Abang terima kalau Mala masih ingat pada Fir. Abang faham.”
Sayu kedengaran dari mulut Fazhan.
“Fir Luqman adalah sejarah saya. Walaupun saya masih ingat
pada dia, tak bererti saya menolak awak.” Kata Nirmala pantas. Langkahnya
diatur menuju ke arah Fazhan yang berdiri kaku di birai katil. Tangan Fazhan
disentuh lalu digenggam erat dan perlahan-lahan dikucup lembut.
Fazhan tegamam dengan tindakan Nirmala.
“Saya minta maaf kerana membelakangkan awak. Saya tahu saya
isteri yang tak sempurna. Saya tak tahu sama ada peluang masih ada atau tidak
untuk saya terus bergelar isteri pada awak. Tapi untuk melayan batin awak, saya
belum bersedia.“
Usai saja berkata, Nirmala sudah berada dalam pelukan
Fazhan. Menitis air mata Fazhan sambil berucap kata syukur yang tak terhingga.
Baginya itu sudah cukup buat dia bahagia. Sememangnya inilah hari yang
dinanti-nantikan.
Malam itu buat pertama kali mereka berbual sambil berbaring.
Bagaikan pasangan kekasih yang baru melangsungkan perkahwinan, mereka asyik
berbual mengenal hati masing-masing hingga tidak sedar jam sudah menginjak ke
jam dua pagi.
“Mala ngantuklah bang! Tidurlah. Esok kita sembang lagi ek?”
Kata Nirmala manja sambil menarik tangan Fazhan agar eratkan pelukan di
pinggangnya.
“Tidurlah. Abang tepukkan Mala.” Bisik Fazhan. Nirmala
ketawa kecil.
“Apalah abang ni. Ingat Mala ni macam anak abang ke? Nak
bertepuk- tepuk bagai.” Bentak Nirmala perlahan. Matanya sudah dipejamkan
kerana tak mampu lagi nak buka.
“Abang ingat dia ikut perangai Mala.” Fazhan ketawa mengekek
bila membayangkan Amil Zaquan yang asyik minta ditepuk tiap kali mahu tidur.
“Taklah! Dia jadi macam tu sebab arwah ayah dia yang ajar.”
“Oh..ye ke?” Fazhan sedikit tersentak bila Nirmala menyentuh
soal Fir Luqman. Harapannya agar Nirmala dapat terima kenyataan.
“Masa mula-mula kawin dulu, Mala pun dia tepukkan sambil
nyanyi lagu ‘Tidurlah Wahai Permaisuri’ sampai Mala naik rimas. Bila Mala
tegur, dia terus tak buat. Ingatkan dah berhentilah tabiat tu. Rupanya masih
sama lepas lahirkan Amil. Sejak tu kalau nak tidurkan Amil, kena tepuk dulu
baru dia boleh tidur.” Cerita Nirmala sambil tersenyum. Masih kuat kenangan itu
yang semestinya sukar untuk dibuang. Rasa seperti baru semalam perkara itu
terjadi.
“Kalau tak suka tepuk, Mala suka yang macam mana nak bagi
tidur Mala lena.”
“Senang je..! jangan ganggu Mala tidur.”
“Kalau ganggu jugak?”
“Mala tidur tempat lain.”
“Janganlah..!” Rayu Fazhan sambil mengeratkan pelukan
dipnggang Nirmala.
“Ermm..kalau tak mahu Mala keluar dari kelambu ni, baik
jangan ganggu Mala tidur.”
“Okey-okey..!
abang tak ganggu. Tidurlah!” Bisik Fazhan sambil merenung wajah Nirmala yang
sedang memejamkan mata dalam pelukannya. Tak jemu matanya memandang wajah itu.
Dalam hati tak lekang ucap rasa syukur pada ilahi kerana masih berpeluang hidup
bahagia bersama insan kesayangannya.
No comments:
Post a Comment