PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 27 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

27
NUR
Ini bahagia yang aku nanti. Doaku tiada yang lain selain kekal dengannya..

DISEBABKAN sampai rumah pukul dua belas tengahari, aku hanya beli nasi dan lauk di kedai saja untuk makan tengahari aku dengan Zikri. Nasib baik Zikri jenis yang tak kisah. Apa saja yang di hidang, dia bedal habis. Dengan nasi putih, dua ketul ayam goreng, sayur campur dan ulam serta sambal belacan, inilah juadah pertama yang aku hidangkan untuk suami aku selepas sehari bergelar pasangan suami isteri.

Selesai bersihkan diri dan solat zohor, aku dan Zikri berehat-rehat di ruang tamu. Aku seronok dengan suasana begini. Zikri tak jemu-jemu manjakan aku. Rasa macam tak mahu masa begitu terlepas begitu saja. Dalam hati aku ucap terima kasih pada maksu kerana memberi peluang begini pada aku. Pada emak jugak.. Hilang seketika kekecewaan aku pada emak. Dalam hati aku cuba pujuk hati aku agar terima semuanya dengan senang hati.

“Kalau Nur tahu kawin dengan abang seuatu yang membahagiakan, awal-awal lagi Nur ajak abang kawin.”

“Tulah! Jual mahal sangat.” Jawab Zikri angkuh. Aku ketawa lucu.

“Kenapa abang ni baik sangat dekat Nur?”

“Sebab Nur pun baik pada abang. Rugi abang tau, kalau abang lepaskan Nur pada orang lain.”
Aku tersenyum malu.

“Abang teringin nak bawak Nur pusing-puing bandar dengan motosikal abang. Nur nak tak?” Kata Zikri tiba-tiba.

Aku tersentak. Dalam diam aku berfikir. Masih rasa was-was untuk terima cadangan Zikri.

“Nur masih ingatkan dia?” Tanya Zikri.

Aku dah agak, Zikri pasti akan anggap macam tu.

“Abang jangan salah faham. Nur memang tak ada apa-apa perasaan pada dia. Sekadar kawan baik saja. Kalau abang masih fikir macam tu, Nur minta maaf. Yang sebenarnya Nur takut.” Jelasku terang agar Zikri tidak terus salah faham.

“Abang tahu Nur jujur dengan abang. Lagipun tak berbaloi abang nak cemburu pada orang yang dah tak ada. Okey, macam ni. Abang bawak slow.” Ujar Zikri lembut. Aku pandang wajahnya sambil berfikir mencari kejujuran.

Okey! Nur ikut abang. Tapi dengan satu syarat.”

“Apa?”

“Biar Nur yang tunggang motosikal tu!” Ulasku tersenyum simpul. Tiba-tiba rasa teringin. Melihat Zikri melopong, aku ketawa mengekek.

“Boleh ke?” Tanya Zikri hairan.

“Kenapa tak boleh pulak? Bolehlah!”

Zikri masih was-was walaupun aku dah bersungguh-sungguh.

Okey..! Abang izinkan.” Akhirnya Zikri terpaksa mengalah.

“Tapi kalau abang tipu Nur, abang kena denda.” Ujarku tegas.

“Oh..dah pandai denda-denda sekarang ni! Apa dendanya? Cepat cakap!” Gesa Zikri  tersenyum simpul sambil merapatkan pelukan.

“Adalah..!” Ujarku sambil terenyum penuh tersirat. Yang sebenarnya tak ada apa-apa denda pun. Sekadar mahu dia beringat saja.


PETANG esok aku dan Zikri bertolak ke rumah umi. Tak sabar-sabar nak jumpa umi. Bersama umi memberi aku seribu ketenangan. Kata-kata yang keluar dari mulutnya seperti penawar kepada sakit rindu aku pada emak dan maksu. Kelembutan yang ditonjolkan benar-benar buat aku menghargainya. Patutlah Zikri pun macam tu. Sentiasa bersikap tenang dan bercakap lembut dalam apa juga bentuk keadaan. 

Kadang-kadang aku sendiri rasa segan dengan sikap terburu-buru dan angin kuch-kuch aku ni. Rasanya aku patut belajar dari dia agar lebih bersikap tenang. Beruntung sungguh aku dapat dia. Walaupun dia tak sekacak Aron Aziz dia tetap kacak pada pandangan mata aku. Walaupun dia tak setaf Fahrin Ahmad, dialah lelaki yang mampu mengangkat aku kalau aku tak mampu nak bangun. Kadang-kadang aku takut jika bahagia aku ni bersifat sementara. Rasanya aku tak mampu sendiri jika aku kehilangan dia. Keperihatinannya terhadap aku benar-benar buat aku lupa pada masalah yang melanda.

“Abang cadang nak pasang cctv dekat rumah Nur ni.” Kata Zikri ketika aku dan dia sedang sama-sama membersihkan kereta di laman.

“Tak payahlah bang! Kita pun bukan selalu ada dekat rumah.”

“Sebab jarang ada di rumahlah kita kena pasang benda tu sayang oii!!” Balas Zikri sambil mencuit hidung aku.

  “Ala..! sebelum ni okey je..”

“Sebelum ni okey sebab Nur selamat. Abang pun tak risau. Tapi sekarang abang rasa Nur tak selamat dan abang dah mula rasa risau. Kalau perlu abang nak upah seorang jaga untuk menjaga rumah ni. Kalau kita keluar kerja, atau kemana-mana, kita tak perlu risau.”

Aku tersentak. Takkanlah sampai nak upah jaga.

“Membazirlah bang!”

“Untuk isteri abang, tak ada istilah membazir. Nur kena faham sekarang. Nur adalah segala-galanya dalam hidup abang. Kalau jadi apa-apa pada abang, abang tak kisah. Tapi kalau sesuatu jadi pada Nur, abang tak boleh maafkan diri abang.”

Aku tersentak. Tidakkah dia tahu, aku akan merana kalau dia tak ada?

“Kalau dah terjadi kita tak boleh nak elak bang!”

“Sebab tu kita kena selalu beringat dan berjaga-jaga. Tambah pulak lepas ni kita kena selalu berulang alik ke rumah Nur dan abang. Abang tak senang kalau tinggalkan umi sorang-sorang dekat rumah.”

Aku tersenyum dengar dia cakap macam tu. Akhirnya aku terpaksa mengalah. Memang aku pun rasa tak selamat. Aku takut tiba-tiba Aidil muncul depan pintu pagar rumah aku. Hati aku kuat berkata orang gila tu tak akan mengalah. Orang tak betul tu kalau nak buat sesuatu, bukan nak fikir baik buruk. Siang malam aku berdoa agar dijauhkan dari bencana dan musibah. Tambah-tambah lagi yang melibatkan perasaan. Silap-silap haribulan aku boleh berjangkit sama penyakit gilanya. Nasib baik aku kawin dengan dokter pakar sakit jiwa.

“Abang nak Nur pindah ke rumah abang ke?” Aku tanya lambat-lambat. Sebenarnya aku tak kisah kalau Zikri nak aku pindah terus ke rumah dia.

“Kalau boleh, itu yang abang harapkan. Tapi sayang jugak kalau rumah Nur ni ditinggalkan macam tu saja. Nak sewa rasa sayang pulak sebab barang-barang Nur banyak dalam ni. Dapat pada penyewa yang okey, tak apalah. Kena dapat yang jenis ambil lewa, menangis Nur nanti.”

Aku ketawa mengekek dengar pendapat Zikri.

“Maksukan ada. Kan maksu kata nak tinggal sini.”

“Tapi kalau Nur tinggal di rumah abang, maksu mesti tak mahu tinggal orang-sorang dekat rumah Nur ni.”

Aku termenung sendiri. Ada benarnya apa yang Zikri cakapkan. Rasa kasihan pulak kalau tinggal maksu sorang-sorang dekat rumah aku.

“Habis, Nur nak buat apa? Nak tinggal dengan maksu, kasihankan pulak pada umi. Nak tinggal dengan umi, maksu pulak kena tinggal.”

“Apa yang susahnya..! Kita duduk dua-dua rumah.” Ujar Zikri sambil ketawa.

“Penatlah kalau macam tu!”

“Tak ada apa yang penat pun. Seminggu kita duduk rumah abang. Seminggu lepas tu kita balik rumah Nur pulak.”

“Sampai bila?”

“Sampai bila-bila!”

“Ish! Abang ni bercakap macam main-main je!”

Sekali lagi Zikri ketawa.

“Nur! Abang tak main-mainlah. Sementara mereka ada, kita patut berusaha untuk bersama- sama mereka. Abang tahu Nur sayang sangat pada maksu. Sebab tu abang tak kisah kalau Nur  nak tinggal dengan maksu. Abang bangga sebab walaupun Nur nak tinggal dengan maksu, Nur masih fikirkan umi abang.”

“Nur sayang dua-dua. Kalau ada mak, lagi best!”

“Abang tahu. Sebab tu abang bagi cadangan macam tadi tu. Bunyi mungkin macam pelik sikit, tapi tak rugikan kalau kita teruskan. Fasal mak tu Nur tak payahlah nak risaukan lagi. Sekarang kita berdoa saja agar mak terus bahagia dengan kehidupan baru dia. Jangan serabutkan fikiran memikirkan benda yang menyesakkan fikiran kita. Ada baiknya kita berusaha untuk terus bahagiakan keluarga kita.”

Aku angguk lemah. Memang benar kata Zikri. Emak dah selesa sekarang dengan ayah. Tak patutlah aku tunjukkan rasa tak puas hati macam yang aku rasa sekarang. Aku tahu Zikri turut rasa apa yang aku rasa, cuma dia pandai sembunyikan rasa.

Dalam pada tu aku risau jugak kalau maksu rasa tak senang. Maksu aku tu lain sikit. Dia lebih mementingkan perasaan orang lain dari diri sendiri. Silap-silap haribulan dia ambil keputusan nak balik kampung. Hm..nampaknya aku kena bincang dengan maksu sebelum dia buat keputusan sendiri.


“MASYAALLAH..! bertuah sungguh anak! Kenapa balik tak cakap awal-awal?” Bebel umi ketika kami memberi salam dari luar. Kunci pagar rumah yang sedia ada pada Zikri menyenangkan kami masuk.

“Saja nak buat surprise” Balas Zikri sambil tersenyum pada umi. Aku ketawa kecil.

“Nur rindu umi!” Ucapku sambil mencium kedua pipinya.

“Ala-la..! kesianya anak umi. Umi pun rindukan Nur. Ha..apa kata malam ni..!” Belum sempat umi habis usulkan cadangan, Zikri sudah menyampuk.

“Woo woo woo..! Tak boleh-tak boleh!” Kata Zikri sambil menggeleng-geleng kepala.
 
“Apa yang tak boleh?” Tanya umi hairan. Wajah aku dipandang pelik. Aku hanya angkat bahu tanda tidak tahu.

“Umi nak tambah cucu ke tak nak?” Zikri tanya serius.

“Mestilah umi nak!” Jawab umi bersemangat. Aku dah tersenyum sambil geleng kepala. Dalam fikiran, aku dah dapat menangkap maksud Zikri.

“Jadi jangan cuba-cuba nak kipnep isteri saya. Kalau tak, sekarang juga saya bawak balik isteri saya balik rumah sana.” Jawab Zikri.

“Ala..semalam je.!” Rengek umi manja.

“Sayang! Jom balik.” Pantas Zikri menarik tangan aku agar mengikut dia.

Aku dah terkejut dengan telatah Zikri. Dia nampak bersungguh-sungguh. Rasa kasihan tengok umi yang terpinga-pinga.

“Yelah-yelah! Umi tak kacau. Kedekut!” Rungut umi sambil menjeling.

Mengekek-ngekek aku ketawa melihat telatah anak beranak tu.

Malam itu usai makan malam aku dan Zikri keluar bersiar-siar. Inilah kali pertama aku dan Zikri keluar malam selepas aku dan dia bergelar suami isteri. Puas juga Zikri memujuk umi agar benarkan dia membawa aku pusing-pusing dengan motosikal kuasa tingginya tu. Tak henti–henti umi membebel. Bila aku mula memujuk umi, akhirnya umi terpaksa mengalah.

“Abang tak sangka Nur pandai bawa moto besar macam ni.”

“Yang lagi besar dari ni pun Nur pernah bawak. Masa dengan mendiang Tanaka dulu, dia banyak ceritakan tentang motosikal kuasa besar ni. Bengkel dia pun banyak  koleksi motosikal macam abang punya ni. Dia yang ajar Nur.”

“Nur tak takut?”

“Mula tu takut jugak. Tapi bila dah lama-lama, rasa seronok pulak.”

“Bahaya tau!”

“Nur tahu bahaya. Sebab tu Nur nak abang tinggalkan minat abang ni. Nur tak mahu kehilangan abang macam mana Nur kehilangan Tanaka. Dia satu-satunya sahabat lelaki yang Nur kenal.”

“Sayang sungguh Nur pada dia!”

“Tapi tak sama macam sayang Nur pada abang.”

“Kalau perkara sama jadi dekat abang?”

Aku tersentak. Mulutnya aku tekupkan dengan telapak tangan ku. Laju kepala aku geleng.

“Nur tak suka abang cakap macam ni.”

Zikri ketawa kecil.

“Abang cakap kalau!”

“Dulu Tanaka pun pernah cakap macam tu. Tapi dia pergi jugak.”

“Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan tuhan. Kita tak boleh elak kalau dah nak jadi.”

“Nur tahu semua tu. Tapi kalau boleh, janganlah dengan cara tu. Tak boleh nak bayangkan. Ngeri sangat!”

Sekali lagi Zikri ketawa.

“Oh..kalau dengan cara lain, Nur boleh terimalah ek?”

“Ish abang ni! Dengan apa cara pun Nur tak boleh terima!” Tegasku.

“Tak baik menolak takdir.”

“Jadi abang terima dengan senang hatilah kalau jadi pada Nur?”

Please Nur! Jangan cakap macam ni lagi. Abang merayu. Jangan ulang lagi ayat tu.”

Aku tersenyum sinis. Hmm..kena dekat orang pandai bagi nasihat. Kena dekat dia tahu pulak nak mengelak! Dalam hati aku rasa macam nak gelak kuat-kuat. Namun jujur aku cakap yang sememangnya aku tak sanggup kehilangan dia.

No comments: