PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 18 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 18

SEMUA mengurut dada lega bila mendapat berita dari dokter yang mengesahkan Anis Humaira selamat dari penyakitnya. Menurut laporan Anis Humaira hanya mengalami demam panas yang berpunca dari susu yang diminum. Mungkin susu itu tidak sesuai maka dia dijangkiti kuman yang agak bahaya hingga menyebabkan demam panas. 

Sudah lima hari Anis Humaira dibawa pulang ke rumah. Dan selama itulah Nirmala belum berpeluang lagi pulang ke rumahnya. Selepas pulang dari pejabat, dia terus pulang ke rumah Dato Hamdan. Walaupun jaraknya tidaklah begitu jauh, Nirmala masih rasa tidak selesa jika Anis Humaira ditinggalkan. Namun ada sesuatu yang lebih buat dia paling tak selesa.

“Saya syorkan agar anak puan diberi susu badan buat permulaan. Dia masih dua bulan dan memang sepatutnya susu badan yang puan perlu beri seawal dulu. Saya faham situasi puan waktu tu. Tapi kalau boleh lepas ni berilah dia susu ibu. Susu ibu ni kaya dengan protin. Kandungannya juga mengandungi sejenis protin yang membolehkan penyakit susah nak hidap anak kecil. Saya dapat laporan bahawa anak puan sebelum ni pernah ditahan akibat jaundis. Kalau puan nak tahu penyakit ni memang bahaya pada bayi yang baru lahir. Bila tahap mereka dah semakin teruk, kuman boleh merebak hingga ke hati dan menyebabkan kanser. Cara yang paling berkesan untuk mengelak ialah dengan susu ibu. Seperti kes anak puan ni, saya yakin dia kena jaundis sebab badannya sudah mula kekuningan sejak dimasukkan ke hospital ni. Mula-mula tu saya syak kanser hati. Tapi alhamdulillah hati dia sihat dan sekarang dia dah beransur baik. Tapi kalau puan tak mampu nak beri susu ibu, saya sarankan agar puan berjumpa pakar kesihatan kanak-kanak untuk tahu susu apa yang sesuai untuk anak puan.”

Terkedu Nirmala selepas dokter mengesyorkan agar Anis Humaira diberi susu badan untuk sementara waktu. Itu adalah cara yang terbaik untuk menghalang agar virus itu kembali lagi. Tambahan lagi, Anis Humaira baru berusia dua bulan lebih dan memang layak jika diberi susu badan.

Nirmala mula rasa bersalah. Jika dengan Amil Zaquan dulu memang diberi susu badan selama dua bulan. Tetapi selepas itu tidak lagi kerana susunya kurang. Jadi terpaksalah diberi susu formula. Tapi dengan Anis Humaira ini di rasa janggal untuk beri susu dari badannya. Mungkin dia mengenal Anis Humaira agak lewat. Terfikir bagaimana mahu menghasilkan susu badan setelah dua bulan berpantang yang sebelum ini tidak pernah difikir mahu memberi susu badan pada anaknya itu.

“Mala nak buat macam mana ni maklong?” Tanya Nirmala selepas keluar dari bilik dokter.

“Kenapa pulak?”

“Mala bukan ada susu nak bagi pada Anis. Kalau ada pun tak banyak. Kasihan dia nanti. Mesti tak kenyang.”

“Cubalah dulu. Biasanya memang mula-mula tak ada. Tapi kalau dah lama dia hisap, nanti ada lah tu..!”

“Mala memang tak banyak susu. Masa dengan Amil dulu pun memang macam ni.”

“Anak pertama dengan anak kedua bukan sama.”

Nirmala tak tahu kata apa lagi pada Maklong Hasmah. Akhirnya hari itu juga dia cuba bertanya pada pakar. Harap-harap biarlah ada jawapan positif yang boleh digunakan demi anaknya. Dan dari perjumpaan itu, Anis Humaira telah disarankan sejenis susu yang dikatakan amat baik untuk bayi yang ada masalah usus.
Namun selepas beberapa  hari pulang dari hospital, Nirmala kembali seperti orang susah hati. Fazhan yang masih was-was dengan layanan isterinya, cuba bertanya dan mendekati isterinya itu.

“Kenapa ni?” Tanya Fazhan lembut lalu duduk mengadap Nirmala.

Nirmala hanya berdiam sambil mencuka. Wajah Fazhan langsung tidak dipandang. Yang sebenarnya bukan tak mahu pandang tapi malu.

“Abang tahu Mala susah hati fasal Anis.”

“Dah tahu kenapa tanya?” Jawab Nirmala dengan soalan geram.

Fazhan hanya tersenyum hambar. Kadang-kadang dia tak faham dengan sikap sebenar Nirmala. Angin isterinya itu ada pasang surutnya. Bila tiba masa baik, dia barcakap lembut walaupun tanpa senyuman. Tapi jika angin tak betulnya itu yang datang, Fazhan akan segera jauhkan diri dari isterinya. Sakit telinga menusuk hingga ke hati, jantung, limpa, paru-paru. Pendek kata semua yang ada dalam badannya turut terasa sakit.

“Kalau Mala tak mahu kasi susu Mala, kita cuba cara lain.” Pujuk Fazhan setelah sedar Nirmala agak tidak selesa dengan hal itu.

“Nantilah saya fikirkan.” Jawab Nirmala perlahan tanpa melihat wajah Fazhan. Matanya hanya memandang ke arah aquarium yang mengandungi beberapa ekor ikan sedang riang berenang. Ketika itu hanya itu saja tempat yang dia mampu pandang. Nak menoleh ke arah Fazhan, dia rasa tak mampu lagi..

Fazhan angkat kening tanda hairan. Mengapa harus berfikir dulu? Kan bagus jika terus buat keputusan dari terus berfikir panjang.

“Abang tahu Mala susah hati fasal Anis. Tapi janganlah sampai fikiran Mala terganggu. Dokter pun cakap Anis boleh minum susu formula tapi yang bersesuaian sahaja. Lagi pun abang tengok Anis minum susu yang dokter bagi tu, okey je! Tapi kalau Mala masih nak peningkan kepala fasal ni, abang rasa baik tak payah. Abang tak suka tengok Mala macam ni. Lagipun abang tengok Anis dah sihat sekarang ni.”

Nirmala merengus kasar. Dia cuba beranikan diri merenung Fazhan dengan pandangan geram..

“Awak cakap senanglah! Bukan perut awak! Kalau jadi apa-apa lagi pada Anis lepas ni, macam mana? Awak nak tanggung?” Tanya Nirmala berang dengan pendapat Fazhan.

“Itukan anak abang. Dia sakit, tentulah abang tanggung.”

“Dia yang rasa sakit, awak rasa apa yang dia rasa ke?” Tanya Nirmala geram. Sambil memeluk tubuh, Fazhan diberikan jelingan tajam.

Fazhan terdiam tidak tahu apa yang perlu dijawab. Memanglah dia tidak merasa apa yang anaknya rasa, tapi dia faham penderitaan anaknya dan dia turut rasa menderita. Dua hari Anis Humaira berada di hospital, dia melihat sendiri bagaimana anak kecil tu menangis dan merengek bila suhu badannya naik mendadak dengan tiba-tiba.

“Sekarangkan banyak ubat dan vitamin yang dijual untuk ibu-ibu yang ada masalah macam ni. Apa kata Mala cuba kalau Mala memang nekad nak bagi susu Mala pada Anis. Mala pilih saja. Jamu pun banyak jual sekarang ni dekat farmasi. Abang tak kisah. Janji anak isteri abang sihat.” Ujar Fazhan serius.

“Saya tak percayalah semua tu.! Benda-benda macam tu sekarang banyak gunakan dadah. Buatnya lepas makan, saya yang sakit teruk. Silap-silap saya kojol terus. Awak sukalah kan..? Senanglah awak cari yang lain.” Tempelak Nirmala geram sambil menjeling.

Fazhan menggigit bibir bawahnya menahan senyum. Hampir-hampir dia lepaskan tawa besar bila mendengar kata-kata dari mulut Nirmala. Dia sendiri tidak pasti kenapa Nirmala menganggapnya begitu. Adakah kerana Nirmala tidak mahu kehilangannya ataupun Nirmala hanya cakap begitu kerana rasa marah dengan cadangannya. Jika sebab Nirmala takut kehilangannya, dia rasa dialah manusia paling bahagia di alam semesta ini. Tak dapat nak bayangkan jika itu benar-benar terjadi.

“Siapalah yang nakkan abang ni? Muka pun buruk. Harta pun tak ada. Duduk pun menumpang rumah pak mertua. Nak beli rumah sendiri, tak mampulah pulak. Kerja pun jadi kuli je. Lainlah Mala. Cantik. Ada rumah sendiri, harta banyak, kerja pun dekat syarikat sendiri. Mesti ramai yang berebut-rebut kalau abang dah tak ada nanti. Siapa yang taknak..janda kaya!” Fazhan cuba berseloroh sambil merendah diri.
Nirmala menahan senyum mendengar luahan rasa sayu hati Fazhan. Lucu dia rasa melihat Fazhan begitu. Walaupun dia masih berwajah serius, di dalam hati hanya tuhan saja yang tahu bahawa dia dia tak boleh tahan melihat Fazhan merendah diri. Nirmala mengaku apa yang Fazhan katakan tadi. Cuma yang terakhir saja yang sukar nak dia mengaku.

“Awak rela ke kalau ada yang nakkan saya?”

“Mati hidup semula pun abang takkan rela.! Kalau Mala nak cari jugak pengganti abang, Mala kena suruh dia jumpa dulu dengan abang.”

“Nak buat apa jumpa awak?”

“Kenalah interview dulu.”

“Merepek!” Ujar Nirmala geram lalu bangun mahu melangkah meninggalkan Fazhan di situ. Dirasa lagi lama dia di situ, lagi lamalah dia rasa jantungnya bagai nak tersembul keluar. Sambil bangun, sempat lagi dia angkat pasu bunga sebesar tapak tangan lalu diacahkan mahu membaling kepada Fazhan.

Terkekeh-kekeh Fazhan ketawa melihat riaksi wajah isterinya tadi. Dari pandangan matanya, dia perasan Nirmala sudah mula nak senyum walaupun terpaksa ditahan. Fazhan yakin sinar bahagia masih ada untuknya.

“Apa yang lucu sangat tu, An? Ayah dengar bukan main lagi kamu ketawa.” Sergah Dato Hamdan yang tiba-tiba muncul di situ.

Terhenti terus gelak tawa Fazhan sebentar tadi. Melihat wajah kehairanan Dato Hamdan, buat Fazhan termalu sendiri.

“Tak ada apa-apa ayah. Saja An usik Mala tadi. Marah sungguh dia. Nasib baik tak tak dibalingnya pasu bunga ke muka. Kalau tak, dah tentu lebam dahi  ni. Garang sungguh anak ayah tu.”

Dato Hamdan ketawa kecil mendengar aduan Fazhan. Hairan juga dengan sikap anaknya itu. Jika dulu, anaknya kaya dengan budi bahasa dan tinggi adab sopan bila bercakap dengan sesiapa saja. Tambah-tambah lagi jika orang itu lebih tua darinya. Tapi sejak anaknya ambil keputusan untuk bersama Fir Luqman, sikapnya Nirmala banyak berubah. Bukan dia mahu menyalahkan arwah Fir Luqman sebagai penyebab Nirmala berubah. Cuma kadang-kadang apa yang difikirkan memang ada benarnya juga. Tapi dia sedar punca sebenarnya, jika dia mengikut kehendak anaknya dulu, pasti Nirmala tidak berubah begitu. Jadi dalam hal ini, Dato Hamdan banyak menyalahkan dirinya sendiri.

“Ayah tengok sehari dua ni dia dah nak bercakap dengan kamu. Baguslah macam tu. Walaupun masih ada nada-nada sinisnya tu, ayah harap kamu boleh bertahan.”

“Insyaallah..! An pun harap-harap macam tu. An tak kisah sangat kalau dia masih berdendam dengan An, tapi yang An harapkan ialah dia dapat terima anak An. Macam mana An boleh terima anak Fir, macam tulah An harap dia terima anak An. Itupun dah cukup buat An bahagia.”

Dato Hamdan mengangguk faham apa yang Fazhan sampaikan. Agak terharu mendengar luahan dan harapan menantunya.

“Mala bukan yang seperti An sangkakan. Dia tak macam tu dulu. Dia jadi macam tu sebab kekejaman ayah. Dulu dia periang dalam diam. Orangnya lembut budi bahasa. Bersopan santun. Bila ayah tengok dia, ayah teringat kelembutan arwah isteri ayah. Sikit pun tak berubah. Ayah harap An dapat bahagiakan dia lepas ni.”

“Ayah jangan risaukan hal tu. An pasti akan berusaha agar dia dan anak-anak kami hidup bahagia. Walaupun An ni tak berkemampuan macam arwah Fir, An akan pastikan Mala dan anak-anak selesa di bawah jagaan An. Yang penting sekarang, ayah jaga kesihatan ayah. Takkan ayah nak tengok dua orang cucu saja kot..! Untung-untung kalau ada rezeki bolehlah An tambahkan cucu ayah.” Bisik Fazhan cuba berseloroh sambil mendekatkan dirinya ke sisi Dato Hamdan.  Takut kalau-kalau Nirmala mendengar perbualan itu. Dari diacah-acah nak baling pasu bunga, terus dibaling periuk tembaga atas kepala. Baru padan muka..

Bergema ruang tamu bila kedua-dua anak adam itu meledakkan tawa. Nirmala dan maklong Hasmah yang ketika itu sedang menyiapkan hidangan petang  di dapur turut terjenguk-jenguk memandang keluar. Apa yang lucu sangat pun mereka tidak tahu. Tapi melalui deraian tawa itu, sah cerita lucu yang mereka bualkan. Teringin juga Nirmala nak ambil tahu. Tapi bila kenangkan usikan Fazhan tadi, dia bantutkan keinginan.
“Jadi ke kamu nak ikut Jefri balik kampung?” Bisik Dato Hamdan.

“Jadi ayah. Tapi ayah jangan kecoh-kecoh pulak. Mala tak tahu lagi. Kalau dia tahu, habislah peluang An nak ikut. Ayah bukan tak tahu angin anak ayah tu. Kejap okey, kejap KO. An yang teruk nanti!”
Dato Hamdan tersengeh-sengeh dengar bisikan Fazhan. Masakan dia akan berbuat begitu. Bila Fazhan memberitahu yang dia mahu sertai Nirmala ke kampong Jefri, dialah yang menyokong seratus peratus. Yang sebenarnya dia risaukan Jefri akan mengambil peluang ketika bersama Nirmala. Dia tahu Nirmala rapat dengan keluarga Jefri. Tapi satu hal yang dia risaukan ialah perasaan Jefri pada anaknya.

Dulu pertama kali Nirmala mengajak Jefri datang ke rumah untuk perkenalkan Jefri sebagai abang angkat, dia sudah mula bimbang bila Jefri mengaku bahawa dia sukakan Nirmala. Ketika itu bukan dia tidak percayakan Jefri, tapi kerana Jefri berasal dari kampong yang dia sendiri tidak tahu di mana. Hatinya semakin tak senang bila Nirmala asyik menghabiskan masa cuti semesternya di kampung pemuda itu.

“Berapa hari?”

“Belum pasti lagi ayah. Tengok mood mem besar. Kalau dia nak duduk lama, An ikut je. Tapi An minta maaf sebab terpaksa tinggalkan office. Tapi ayah jangan risau, An akan pastikan semuanya dalam keadaan terkawal.” Yakini Fazhan pada mertuanya.

Hujung minggu nanti adalah hari di mana Jefri akan membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung keluarga angkat Nirmala. Walaupun dia akan turut serta, berita itu tidak lagi diberitahu pada Nirmala. Walaupun Nirmala sudah ada tanda-tanda mahu berlembut hati, jauh di sudut hatinya masih risau. Fazhan takut Nirmala tidak selesa dengan kehadirannya di kampung itu nanti meskipun Jefri memberi jaminan. Kerana itu jugalah dalam minggu ini sebelum bercuti, dia akan pastikan kerja-kerjanya siap seperti yang dirancang.


“TAK MANIS kalau tak ajak dia. Dah jatuh dosa kalau Mala pergi dengan laki-laki lain. Diakan suami Mala. Keluar rumah tanpa izin suami, dosa hukumnya!” Nasihat Maklong Hasmah lembut pada Nirmala selepas Nirmala memberitahu rancangannya hujung minggu nanti.

“Mala bukan pergi berdua, maklong. Mala bawa anak-anak Mala sekali. Lagipun bukan Mala pergi senyap-senyap. Maklong pun tahukan?”

“Tu Maklong tahu. Tapi tetap tak elok.” Maklong Hasmah tetap dengan pendiriannya.

“Takkanlah Mala nak ajak dia. Mala tak selesalah Maklong..! Lagipun dia bukan biasa dengan suasana kampung.” Nirmala cuba mencari alasan.

“Maklong tak suruh Mala ajak dia. Tapi Maklong nak Mala minta izin dari dia. Dia suami Mala sekarang. Kalau Mala cakap elok-elok dengan dia, mesti dia izinkan. Tapi kalau Mala pergi tanpa beritahu dia, mesti dia marah dan terasa hati sebab Mala membelakangkan dia. Ingat Mala! Syurga Mala sekarang ada pada dia. Bukan pada ayah, bukan pada maklong dan juga bukan lagi pada Fir Luqman.”

Nirmala tersentak bila mendengar nama itu. Semenjak Anis Humaira sakit hinggalah keluar hospital, ingatannya pada Fir Luqman sedikit dapat dikurangkan. Cuma kadang-kadang akan terimbas kembali bila dia bersendirian di dalam pejabat Fir Luqman. Dia tahu dia berdosa andai hati dan fikirannnya masih kuat mengingati  lelaki lain sedangkan dia sudah ada suami. Namun dia rasa bersyukur kerana hatinya sekarang sudah mula terbuka sedikit menerima lelaki yang bernama Khir Fazhan. Walaupun masih was-was, dia akan cuba menerima dan berharap agar dapat melupakan Fir Luqman untuk selama-lamanya.

“Maklong minta maaf sebab sebut nama tu. Maklong tak ada niat apa-apa pun. Maklong cuma nak Mala sedar siapa yang paling layak Mala hormat sekarang.” Ujar Maklong Hasmah selepas menyedari kesilapannya berkata-kata. Niatnya tiada yang lain melainkan mahu melihat anak saudaranya itu bahagia.

“Tak apalah maklong. Mala faham apa yang maklong maksudkan tu. Mala tahu Mala dah jatuh dosa andai terus ingat pada abang Luqman sedangkan suami Mala sekarang adalah orang lain.” Ulas Nirmala sayu. Sebak di dada usaha di tahan. Kalau boleh dia tak mahu menangis lagi. Dia tahu, jika dia terus menangis, Fir Luqman pasti tak tenang. Daripada menangis, ada baiknya dia sedekahkan al fatihah pada arwah suaminya itu.

“Mala dah boleh terima Fazhan?”

Soalan Maklong Hasmah buat Nirmala berfikir sejenak.

“Entahlah Maklong. Susah Mala nak cakap. Kalau Mala kata boleh, nampak macam tak boleh. Tapi kalau kata tak boleh, macam mana anak-anak Mala? Dia orang pun perlukan papa dia orang.”

“Mala masih marahkan dia?”

“Tu lagi satu soalan Mala tak tahu nak jawab. Kalau Mala kata marah, dia dah sah jadi suami Mala dan tak sepatutnya Mala marah dia. Tapi kalau Mala kata tak marah, itu hipokrit namanya.”

 “Apa yang Mala fikirkan sekarang untuk bagi Mala rasa tenang?”

“Bila sedar dari koma, Mala dapat berita tentang abang Luqman. Mala tak boleh terima berita tu. Bila dapat tahu tentang Fazhan, Mala bercadang nak berpisah saja dengan dia. Mala nak jadi milik kekal abang Luqman hingga sana nanti. Sampailah bila dapat tahu tentang kehadiran Anis, Mala masih rasa nak berpisah dengan dia. Mala tak boleh terima Anis tu anak Mala dengan dia sebab Mala masih cintakan abang Luqman. Tapi..masa Mala jaga Anis dekat hospital hari tu, Mala dapat tahu satu rahsia tentang Mala dan Fazhan. Dan dari situ, Mala rasa tak patutlah kalau Mala berpisah dengan dia. Tak salahkan kalau beri dia peluang?”

“Alhamdulillah..! itulah yang maklong nak dengar sangat-sangat. Tapi..rahsia apa yang Mala maksudkan tu? Boleh maklong tahu?” Serius maklong Hasmah nak ambil tahu.

Nirmala mengetap bibir menahan senyuman di bibir yang jelas mahu terukir. Sesekali dikilas memandang Maklong Hasmah dengan pandangan nakal. Mengingat kembali saat-saat dia menyelongkar segala bahan dalam telefon bimbit Fazhan, buat dia mahu termalu sendiri..

“Ha..! ni mesti ada apa-apa ni! Cakap cepat sebelum maklong tanya sendiri pada Fazhan.” Ugut maklong Hasmah sambil menjeling sinis. Jauh di sudut hati, dia berasa gembira dengan cerita terbaru anak saudaranya.
“Janganlah maklong..! Dia tak tahu pun hal ni.” Rungut Nirmala gelisah. Kalau Fazhan tahu hal itu, pasti dia sendiri yang termalu nanti.

“Nampak macam orang tu fall in love lah..!” Usik Maklong Hasmah lalu membawa dulang yang berisi cucur cempedak ke ruang meja makan sementara Nirmala mengikutnya dari belakang dengan membawa sedulang air milo yang siap dibancuh.

“Siapa yang fall in love?” Tanya Fazhan tiba-tiba. Wajah Nirmala dan Maklong Hasmah dipandang bersilih ganti.

Hampir-hampir terlepas dulang di tangan Nirmala selepas mendengar soalan dari mulut Fazhan yang ketika itu sedang mahu duduk untuk menjamu selera. Cepat-cepat Nirmala meletakkan dulang air tadi. Dadanya mula berombak kencang bila sedar renungan tajam Fazhan menikam matanya.

“Tak ada siapa! Maklong maksudkan Ciko. Maklong nampak tadi dia dah menggatal pada kucing jiran sebelah.” Cepat-cepat Maklong Hasmah menjawab. Dia sendiri tidak sedar, bila Fazhan dan Dato Hamdan datang ke situ. Bila dia terlepas bercakap, terpaksalah dia mencari alasan logic. Nasib baiklah binatang kesayangan Amil Zaquan kebetulan lalu di situ. Bolehlah dijadikan alasan.

“Kecil sangat si Ciko tu. Kalau tak salah, dia baru umur enam bulan. Takkan dah menggatal kot. Long ni kalau nak jadi penyiasat pun biarlah ada bukti yang kukuh. Ni pakai hentam saja. Dibuatnya kucing orang sebelah bunting tiba-tiba, Ciko kita pulak yang disalahkan. Tak patutlah macam tu..!”

“Heh! Aku tahulah. Macamlah aku tak pernah jaga kucing!”

“Memang long tak pernah jaga kucing pun! Long tak ingat dulu, habis semua kucing saya mati sebab long pukul dengan penyapu. Lepas sekor-sekor jadi mangsa long.”

“Itu sebab kucing kamu tu jahat. Berak kencing merata-rata. Nasib baik tuan kucing tak macam tu. Kalau tuan pun perangai macam kucing, aku ketuk-ketuk tuan kucing tu jadi pendek kemetot.”
Berdekak-dekah Dato Hamdan ketawa mendengar bebelan maklong Hasmah. Bila ingat kembali sejarah kanak-kanak dahulu, memang boleh buat sendiri tersenyum.

Tak kurang juga pada Fazhan dan Nirmala yang mula tadi hanya menjadi penonton dan pendengar setia. Sesekali mereka berpandangan hingga Nirmala tertunduk malu. Maklong Hasmah dan Dato Hamdan perasan situasi anak menantu mereka. Dalam hati berkali-kali ucap rasa syukur.


NIRMALA menadah tangan berdoa sebelum mengetuk pintu bilik Fazhan. Selepas solat isyak tadi dia nekad mahu meminta izin pada Fazhan untuk mengikut Jefri balik kampong. Kata-kata nasihat dari maklong Hasmah tadi dirasa perlu diikut. Bila teringatkan dosa dan hukuman isteri derhaka, hatinya menjadi seram.
“Boleh saya masuk?” Laung Nirmala dari luar. Lama menanti namun suara Fazhan masih belum kedengaran. Pintu bilik dibuka perlahan dan menjengukkan kepala.

“Awak..!” panggil Nirmala lagi. Namun suara dan bayang Fazhan belum kelihatan. Yang kedengaran hanyalah suara bacaan alquran dari laptop yang terpasang. Keadaan bilik diperhatikan lama. Bersih dan kemas. Hatinya tenang dalam bilik itu. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana tiada kenangannya bersama Fir Luqman di situ.

Selepas ingatannya pulih dia ada masuk ke dalam bilik itu untuk kali kedua kerana mahu mengambil pakaiannya lamanya yang ditinggalkan selepas berkahwin dengan Fir Luqman. Bila melihat bilik itu seperti baru dilanda puting beliung, dia dengan ringan tulang sudi mengemas. Sempat juga terlintas diikiran mahu menyediakan pakaian kerja lelaki itu setelah melihat pakaian Fazhan tidak bergosok. Tambah pula dia yakin Fazhan mesti tak sempat nak buat itu seua selepas pulang dari hospital.

Nirmala melangkah perlahan menuju kearah laptop atas katil. Teruja dia memandang wajahnya yang sedang tersenyum lebar menghiasi destop di dalam pelukan Fazhan.

“Mala buat apa dekat sini?” Tanya Fazhan hairan. Rambutnya yang basah dilap laju dengan tuala kecil. 

Semasa keluar dari bilik air tadi lama diperhatikan gelagat Nirmala masuk ke biliknya. Bila laungan Nirmala berhenti, dia hanya berdiri depan pintu bilik air.

Mala terkejut dan hampir-hampir menjerit terkejut. Melihat Fazhan hanya bertuala, lagilah buat dia mahu lari saja dari bilik itu.

Err..ss..saya nak..saya nak..err…saya nak ikut awak!

“Hah! Nak ikut abang pergi mana?” Terkejut Fazhan bertanya.

“Eh, bukan! bukan ikut awak. Ss..saya nak ikut abang.” Nirmala semakin gelisah sambil menjawab.

“Ikut abang??” Fazhan semakin pelik. Jari telunjuk diarahkan ke dadanya.

“Eh! Bukan..! Macam ni.” Nirmala tarik nafas dalam sebelum terus suarakan permintaanya. “Saya nak minta izin dekat awak ikut abang Jefri balik kampung esok.” Nirmala mengeluh lega selepas dapat meluahkan apa yang perlu disampaikan.

“Bila? Esok?” Berkerut muka Fazhan pura-pura tidak tahu. Timbul dalam hati mahu mengusik.

“Minggu depankan cuti sekolah mula. Saya dah janji pada abang Jefri nak ikut dia balik. Bolehkan? Awak tak kisahkan?” Ulas Nirmala lembut. Harap-harap Fazhan izinkannya pergi. Sebab itu dia harus lembut sikit bila bercakap. Kalau cakap kasar nanti peluang melepas.

“Siapa kata abang tak kisah?” Bentak Fazhan sambil seriuskan mukanya.

Nirmala sudah mula tak senang hati melihat riak wajah Fazhan.

“Suka hati awaklah! Awak bagi atau tak, saya tetap nak pergi jugak.” Ulas Nirmala lalu mahu melangkah keluar dari bilik. Sakit hatinya bila Fazhan jawab begitu. Lain yang diharapkan, lain pula jadi.

Langkahnya terhenti bila tangannya sempat ditarik oleh Fazhan. Tergamam seketika bila dia sudah selamat dalam pelukan Fazhan. Bila tersedar, cepat-cepat Nirmala cuba menolak dada Fazhan yang rapat ke dadanya. Namun dia gagal kerana pelukan Fazhan semakin kukuh. Dengan keadaan Fazhan yang hanya bertuala, Nirmala semakin tidak selesa berada dalam pelukan sasa itu.

“Ini bilik Mala. Bila-bila masa pun Mala boleh masuk. Mala layak buat apa saja termasuk nak selongkar barang abang. Diri abang ni pun milik Mala. Mala layak tegur abang kalau abang buat salah. Tapi Mala tak boleh buat abang macam tunggul dalam rumah ni. Mala kena ingat, Mala isteri abang. Tapi tak bermakna abang berkuasa buat apa saja pada Mala.” Ucap Fazhan lembut.

Bulat mata Nirmala membalas renungan tajam Fazhan. Bagai ada magnet di situ untuk dia terus memandang.

“Abang tahu Mala rindukan keluarga angkat Mala. Pergilah! Abang izinkan. Satu saja abang nak ingatkan. Jangan lupakan abang. Seminit Mala hilang dari pandangan abang, seribu tahun abang rasa kehilangan.” Ucap Fazhan lalu perlahan-lahan mendekatkan bibirnya di dahi Nirmala. Pelukan dilepaskan sambil matanya tak lepas memandang ke wajah bersih isterinya.

Nirmala sebak tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Mendengar ucapan itu buat hatinya tersentuh. Bunyinya ikhlas sekali. Akhirnya berderai juga air matanya.

“Saya minta maaf!” Kata Nirmala lalu pantas berlari keluar dari bilik itu.

Fazhan mengetap bibir. Dia sendiri tidak pasti dari mana datangnya kekuatan untuk dia buat semua itu pada isterinya yang degil itu. Sambil bercekak pinggang, Fazhan lepaskan keluhan berat walaupun hatinya lega selepas berbuat begitu.

No comments: