36
AIDIL
Peluang yang datang tidak akan lagi datang jika tidak disertakan
dengan penghargaan..
BERITA tentang Nur selamat
melahirkan anak lelakinya yang disampaikan semalam oleh mertuanya, buat aku
rasa lega dan tak henti-henti ucap rasa syukur pada ilahi. Walaupun sudah
hampir habis berpantang baru berita itu aku dan keluarga ketahui, aku rasa lega
kerana pihak Nur masih menganggap aku dan keluarga adalah sebahagian dalam diri
Nur. Aku yakin Nur sedang bahagia dalam derita. Dengan keadaan Zikri yang masih
tidak sedarkan diri, pasti hidup Nur semakin rumit untuk memesarkan anaknya.
Aku tahu Nur seorang wanita yang kuat semangat. Tapi hati aku tak yakin dia
mampu membesarkan anaknya sendiri. Dengan keadaan Zikri yang masih belum tentu
jalan kehidupannya, buat aku rasa seperti mahu menjadi pendamping di sisi Nur.
Namun aku yakin, Nur takkan pandang aku walau dengan sebelah mata.
Aku bercadang mahu melawat Nur di rumahnya esok. Tapi
aku yakin Nur takkan sudi berjumpa dengan aku lagi. Puas aku cari jalan dan
cara bagaimana mahu bersemuka dengan Nur. Namun sampai sekarang otak aku masih
buntu.
“Jauh melamun! Ingat siapa?” Tegur Makcik Mazuin.
“Tak ada apa mak. Saja duduk-duduk sini ambil angin
petang.” Kata ku sembunyikan rasa apa yang aku rasa.
“Mak tengok dari tadi, Aidil macam ada masalah je.”
“Nur dah nak habis pantang. Mak tak ada cadang ke nak
pergi melawat dia.?” Aku tanya lemah. Aku perasan Makcik Mazuin sedikit
tersentak.
“Kenapa? Dil nak pergi?” Makcik Mazuin dan cuba
menyembunyikan rasa kalut di wajah.
Aku tak menjawab tapi sekadar angkat bahu tanda tidak
tahu walaupun dalam hati berkobar-kobar nak pergi.
“Dia tak mahu jumpa kita. Buat apa kita terhegeh-hegeh
nak pergi jumpa dia.” Kata Makcik Mazuin lemah.
Aku lihat ada air jernih di tubir matanya.
Aku lihat ada air jernih di tubir matanya.
“Mak marahkan Nur?” Aku tanya simpati.
“Mak tak marahkan dia sebab dia tak pernah buat salah
pada mak. Tapi mak marah pada diri mak sendiri kerana tidak pandai jaga hati
anak mak yang banyak berkorban untuk mak selama ini.”
Aku turut mengeluh kesal.
“Dil teringin nak jumpa dia. Tapi Dil tak yakin dia akan
bersetuju berdepan dengan Dil. Dil tetap rasa bersalah. Dil takut dia anggap
Dil sebagai perampas. Dil sedar diri siapa diri Dil.”
“Tak ada siapa rampas siapa. Mak mengaku mak masih
kekok tinggal dengan Nur. Mungkin sebab mak tak pernah merasa jaga dia dari
kecil. Dulu masa mak di hospital, mak selalu jumpa dengan seorang budak
perempuan. Dari kecil dia panggil mak, emak. Mak teringin nak tahu siapa budak
tu, tapi mak tak boleh nak bersuara. Seingat mak, arwah Mak Da pernah begitahu
yang budak tu anak bongsu mak. Bukan mak tak mahu percaya, tapi mak susah nak
percaya. Setahu mak, anak kecil mak ialah lelaki. Tapi kenapa tiba-tiba ada
budak perempuan.”
“Maknanya mak tak ingat siapa Nur?” Aku tanya sebab
terkejut dengan cerita makcik Mazuin. Tak sangka begitu sekali teruknya
penyakit makcik Mazuin hingga tak kenal anak sendiri. Bila lihat makcik Mazuin
geleng kepala, aku semakin tergamam.
“Mak cuba terima Nur tapi entah kenapa emak susah nak
buat macam tu. Ingatan emak banyak pada anak-anak emak yang lain. Bukan pada
budak perempuan tu. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu arwah Mak Da datang bawa
budak perempuan tu. Tapi mak tetap tak ada perasaan pada dia. Bila budak
perempuan tu dah besar, tiba-tiba dia dah tak datang jumpa mak. Namun mak tak
pernah ada hati nak tahu kemana budak tu pergi. Satu hari mak didatangi seorang
gadis. Mak tak kenal siapa dia. Tapi dia panggil mak, emak. Bila dia kenalkan
diri, baru mak tahu dia adalah budak perempuan yang selalu datang jumpa mak
ketika dulu. Dia bagitahu nama dia Nur. Mak cuba terima dia sebagai anak mak,
tapi sampai sekarang mak masih rasa kekok. Tiap kali mak cuba anggap dia
sebagai anak, mak rasa bersalah pada anak-anak mak yang lain. Sebab tu mak tak
kisah dia nak kawin dengan Zikri. Bagi mak, kalau dia kawin, pasti dia akan
berada di samping suami dia. Jadi dia tak perlu susah-susahkan diri menjaga
emak lagi. Bila satu hari emak jumpa surat daddy
dalam bilik Nur, emak sedih sangat sebab Nur rahsiakan tentang surat tu. Paling
buat mak kecewa bila tahu tentang Iman.”
“Nur rahsiakan hal tu bersebab mak!” Aku tak mahu
makcik Mazuin terus menyalahkan Nur.
“Ye mak tahu sebabnya. Dia tak mahu mak rasa tertekan.
Tambah-tambah lagi mak ada masalah darah tinggi dan lemah jantung. Dia memang
anak yang baik tapi mak masih tak boleh terima dia.”
Aku geleng kepala mendengar kata-kata Makcik Mazuin.
Kalau Nur tahu pasti bertambah luka di hati Nur. Namun apalah daya yang ada
pada aku untuk memujuk Makcik Mazuin agar terima Nur sebagai anaknya. Aku sedar
diri aku dalam keluarga ini. Namun aku harus berusaha agar kedua hati anak
beranak itu kembali terjalin semula.
“Apa kata kalau kita pergi melawat Nur esok?” Aku
suarakan cadangan pada Makcik Mazuin. Bila melihat Makcik Mazuin hanya membisu,
aku cuba beri cadangan yang lain pula.
“Kalau mak tak mahu pergi esok, kita pergi minggu
depan.” Aku buntu bila Makcik Mazuin masih seperti tadi. Paling buat aku
tergamam bila Makcik Mazuin bangun dari duduknya dan berlalu pergi dan terus
masuk ke dalam rumah.
Aku mengeluh kesal. Apa yang harus aku buat
sebenarnya? Masih adakah peluang untuk aku menebus semua dosa-dosa aku yang
telah aku lakukan? Mahukah Nur terima kembali Makcik Mazuin?
NUR
ESOK cukup empat puluh empat hari
aku berpantang. Dalam berpantang aku dijaga bak anak raja yang sedang kegeringan.
Setiap pergerakanku pasti akan ditegur dan ditanya tujuan dan sebab.
Kadang-kadang aku sedikit rimas dengan layanan umi yang terlalu risau dengan
keadaan aku yang sedang berpantang. Itu tak boleh, ini tak boleh! Macam aku ni
tak ada daya upaya untuk bergerak pulak. Kalau setakat berpantang makan aku tak
kisah sangat, tapi kalau sampai nak berjalan pun tak boleh, itu dah buat aku
tak senang. Tapi itulah umi, ibu mertuaku yang terlalu menyanyangiku seperti
anak sendiri. Sepatutnya aku bersyukur dengan layanan seperti itu. Ya..aku
bersyukur sangat-sangat kerana dianugerahkan seorang ibu yang penyayang seperti
umi. Jarang kaum hawa seperti aku mendapat peluang seperti ini. Saat-saat aku
memerlukan sokongan dari seorang ibu, umi hadir hulurkan sokongan itu tanpa
minta apa-apa balasan. Bagi aku, akulah manusia yang paling beruntung.
Menurut umi dia ingin mengadakan sedikit majlis cukur
jambul buat anak aku Zaim Zackry. Aku tak membantah. Bagi aku apa yang umi
rancangkan adalah demi untuk kebaikan anak aku juga. Jadi aku hanya mengikut.
Aku yakin Zikri pun pasti akan bersetuju walaupun dia masih dalam keadaan yang
sama seperti dulu. Namun ada sesuatu yang menyesakkan nafas aku selepas umi
menyuarakan hasratnya itu. Aku tak pasti apakah ia elok dan sesuai dengan aku.
“Umi rasa patut kalau Nur jemput keluarga Nur sekali
masa majlis nanti.”
Aku bagai hilang semangat selepas umi bersuara.
Diruang mata aku sekarang adalah wajah emak yang sedang bahagia dengan
anak-anak dan suaminya. Namun kenapa aku tak merasa gembira dengan kebahagiaan mereka.
“Merekakan orang tua Nur. Zaim nikan cucu mereka
jugak. Tak patutlah kalau kita belakangkan mereka.”
Aku tetap masih seperti tadi. Kata pujukan umi aku
dengar tak dengar.
“Umi tahu Nur masih terasa hati. Tapi Nur sebagai anak
tak patut buat emak dan ayah macam ni. Jangan terlalu ikut perasaan marah pada
orang tua. Tak bau syurga nanti.” Nasihat umi buat aku sedikit tersentak. Namun
aku buat-buat tak dengar.
“Fikirlah baik-baik Nur. Umi tak mahu Nur menyesal
kemudian hari.” Kata umi lantas terus bangun dan mahu berjalan keluar dar bilik
aku.
“Umi!” Panggilku pantas. Langkah umi terhenti terus.
Wajahku umi pandang sayu sambil angkat kening.
“Apakata kalau umi saja yang call mereka. Nur masih rasa tak sedia, mi.” Cadangku lembut.
Harap-harap umi setuju kerana aku memang tak ada hati nak ajak mereka walaupun
jauh di sudut hati aku masih harapkan belaian kasih emak. Dari awal kelahiran
anakku, bayang emak langsung aku tak nampak. Khabar tentang diri aku pun tak
pernah mereka nak ambil tahu. Hanya umi saja yang tebalkan muka memberitahu
tentang aku pada mereka. Entah-entah mereka harapkan aku mati.
“Yelah! Umi cuba. Tapi kalau mereka menolak, umi nak
Nur jangan bersedih sebab umi tak suka Nur sedih-sedih.”
Aku tersenyum nipis. Dalam hati aku berdoa agar emak
sudi datang ke majlis anakku ini. Namun seandainya mereka menolak, apakan daya
aku lagi. Aku tak ada hak memaksa mereka agar datang kerana aku sedar siapa aku
pada mereka.
No comments:
Post a Comment