PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 17 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

17
AIDIL
Kekuranganmu menjadi aku buta. Kelebihanmu menjadi aku bahagia.. Namun sampai bila?
      
AKU terkejut jaga dari tidur ketika jam tepat ke pukul tujuh setengah malam. Bergegas aku ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Pulang dari kerja tadi, badan aku rasa penat sangat lalu aku tidur sekejap. Tak sangka lelap aku terlajak hingga ke malam. Nasib baik daddy tak perasan. Kalau tak, pasti telinga aku panas dengar daddy membebel.

Selesai solat aku mulakan kerja yang aku bawa pulang dari tempat kerja tadi. Kerja ni memang aku kena siapkan kerana aku dah janji pada Mr. Lee untuk serahkan padanya seawal pagi esok. Hari ni pelanggan dari jepun tiba di kilang tempat aku kerja untuk membincangkan material baru yang dibawa masuk. Aku perhatikan pelanggan dari jepun tu agak cerewet. Sebelum tu memang awal-awal lagi Mr. Lee sudah maklumkan tentang peel orang jepun tu.  Aku yakin kerja aku semakin berat lepas ni. Ramai yang cakap, dalam banyak-banyak pelanggan, pelanggan dari Jepun adalah yang paling cerewet.

Bercakap mengenai Jepun, aku teringat pada Nur. Nur antara orang yang aku anggap cerewet dalam kerja. Semuanya harus ikut prosedur yang ditetapkan. Mungkin dia pernah mendapat didikan dari negara matahari terbit itu. Sebab tulah dia pun dah macam orang jepun.

Selepas aku bersms dengannya tiga bulan lepas, aku dah tak berurusan dengannya lagi. Malu aku masih bersisa. Namun apa kan daya, cinta aku padanya tidak mampu aku kikis buang. Semakin hari, semakin kuat walaupun aku sedar rindu itu satu yang menyakitkan. Pernah juga aku cuba lupakan dia dan cuba berkawan dengan rakan-rakan sekerja. Namun entah kenapa hati aku belum terbuka untuk mana-mana perempuan. Aku sering mendoakan agar Nur menjadi milik aku satu hari nanti walaupun aku sedar dia dah ada Zikri.

“Tuan Aidil! Tuan besar suruh turun makan” Laung bibik dari luar pintu bilik aku.

Okey bik! Kejap lagi saya turun.” Balasku sambil meletakkan pen atas meja kerjaku. Memandangkan kerjaku semakin hamper siap, aku rasa ada baiknya aku turun makan dulu. Kalau tak, nanti daddy bising.

“Hari minggu ni ada tetamu nak datang. Daddy dah cakap pada kaklong dan kakngah suruh dia orang ada sama. Harap-harap kamu jangan ke mana-mana hari minggu ni” Pesan daddy sejurus aku duduk di hadapan daddy untuk makan malam.

“Siapa nak datang daddy? Bunyi macam penting saja. Siap nak ada kaklong dengan kakngah sekali. Saudara mara jauh ke?”

“Entah. Daddy pun tak tahu. Katanya saudara dekat. Orang tu pun cakap dalam telefon saja. Dia kata nak jumpa dengan semua ahli keluarga kita.”

“Lelaki?” Aku tanya ringkas.

“Perempuan.” Jawab daddy tanpa lihat muka aku.

“Agak-agak daddy?”

Daddy tak boleh nak teka. Tunggu dan lihat sajalah nanti.”

“Orang mana daddy?” Aku tanya lagi. Wajah daddy aku pandang sekilas.

“Perak.” Pantas daddy jawab.

Terpanggung kepala aku memandang daddy. Bila sebut nama negeri tu, aku dah mula terbayangkan Nur. Namun hati aku sedikit rasa kelainan pada raut wajah dady. Daddy seakan-akan sedang berfikir walaupun mulutnya mengunyah makanan.

Daddy sedang fikirkan sesuatu ke?”

Err! Tak ada apalah. Cuma daddy rasa yang datang nanti tentu kenalan daddy masa kerja dulu.”

Aku angguk setuju. Tapi tiba-tiba aku terfikir. Kenapa harus ada kaklong dan kakngah?

Daddy perhatikan kamu asyik moody saja. Kenapa Dil? Ada masalah ke?”

“Tak ada apalah daddy. Penat sikit. Kerja pun semakin banyak.”

“Cuba-cubalah ambil cuti, berehat.”

“Kerja macam Dil ni bukan senang nak ambil cuti. Lainlah kalau kerja dengan syarikat sendiri.”

Tulah..! daddy suruh kamu ambil alih dekat syarikat daddy, kamu tak mahu. Daddy lebih bangga kalau kamu ada syarikat sendiri. Itu lebih baik untuk diri sendiri. Belajar jadi pemimpin.”

“Dil tak suka kerja dalam pejabat. Lagipun Dil rasa Dil kena banyak pengalaman dulu. Banyak yang Dil perlu belajar sebelum jadi ketua.”

“Macam mana kamu nak kawin kalau tak ada keyakinan untuk jadi ketua.!”

Hm..daddy dah mula dah..! Macamlah aku ni dah kertu sangat.

“Siapa kata Dil nak kawin? Kerja kawin ni bukan mudah daddy.”

“Macam tak ada hati nak kawin je!” Ujar daddy sambil tersenyum sinis.

“Siapa taknak kawin, daddy? Kalau tanya orang gila pun, mesti dia orang pun nak. Tapi Dil ni ada ke yang nak?”

“Bunyi macam orang tengah kecewa saja kamu ni!”

Aku mengeluh lemah. Daddy ni macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam fikiran aku ni. Lantas  aku hanya diam.

“Orang mana? Nanti daddy pergi pinangkan” Daddy cuba serkap jarang.

“Pandai-pandailah daddy ni! Mana ada..!”

Daddy lebih dulu makan garam. Sekilas ikan di air, daddy dah tahu apa jantinanya.”

“Dia tak sukakan Dil walaupun dia tahu Dil suka dia. Lagipun dia dah ada yang lain. Bila Dil luahkan perasaan Dil, dia menolak. Dil malu sebab jatuh cinta pada kekasih orang.”

“Dah tahu orang tu ada yang lain, kenapa luahkan juga perasaan tu? Sekarang siapa yang malu? Cari saja yang lain!”

“Tapi Dil tak boleh lupakan dia!”

“Bunga bukan sekuntum Dil!”

“Dil tahu! Dil dah cuba tapi tetap tak boleh. Bila pertama kali Dil nampak dia dengan kekasihnya tu, Dil sakit sangat! Rasa macam dah tak ada peluang nak dekat dengan dia.”

“Tak elok Dil ada perasaan macam tu. Seeloknya Dil hanya berkawan saja dengan dia.”

“Dil dah cuba anggap macam kawan biasa, tapi tetap tak boleh!”

Aku pandang muka daddy serius setelah selesai makan. Air sejuk dalam gelas diteguk hingga habis.

“Susah-susah sangat teruskan saja usaha Dil tu.”

Tersentak aku dengan cadangan daddy.

“Kalau dia tetap menolak?”

“Terima dan redha. Ada banyak cara untuk kita tunjukkan yang kita sayang pada seseorang. Antaranya doa. Mendoakan orang yang kita sayang supaya hidupnya bahagia akan buat jiwa kita turut bahagia. Tapi kalau jiwa Dil tetap tak tenang dan bahagia, daddy nasihatkan Dil buat solat taubat. Itu bukan cinta tapi nafsu.”
Kata-kata daddy benar-benar buat hati aku terhiris. Betul ke apa yang daddy cakapkan tu? Aku tak pasti. Yang aku tahu aku memang inginkan Nur jadi milik aku. Biarpun siapa dia yang sebenarnya, aku tetap nakkan dia.

“Cinta Dil pada dia, ikhlas daddy!”

“Ye daddy tahu! Tapi..Dil betul-betul yakin ke dia dah ada yang punya? Entah-entah itu saudara atau abang dia.” Tiba-tiba daddy tanya aku.

“Dil yakin! Dil dah siasat latar belakang dia. Dia pun dah mengaku. Lagipun dia tak ada adik beradik. Dia anak tunggal. Apa yang Dil tahu, dia tak ada ayah. Hanya ada mak. Tu pun sakit mentel. Sekarang ni masih dirawat di hospital bahagia tanjung rambutan.”

Hairan aku bila tiba-tiba daddy ketawa kecil selepas aku bercerita mengenai Nur. Lucu sangat ke cerita aku ni?

“Dah tukar test ke anak daddy ni? Dulu bukan main lagi buat senarai calon-calon isteri. Nak yang perfek je. Ni apa kes pulak! Anak orang sakit jiwa yang Dil kejarkan! Hm..mesti orangnya begitu istimewa hingga buat anak daddy ni angau tak tentu hala.” Ujar daddy lalu meneruskan tawa.

Geram pulak aku tengok telatah daddy. Entahlah! Aku sendiri tak tahu kenapa hati aku jadi macam ni. Kalau dulu memang aku harapkan yang sempurna saja. Tapi bila dapat tahu tentang hal Nur, aku buat-buat tak kisah. Siapa pun diri Nur yang sebenarnya, aku tetap nakkan dia. Memandang wajahnya benar-benar buat hati aku berbunga-bunga. Susun atur yang keluar dari bibirnya buat aku tersenyum sendiri. Apa yang dimiliki seperti magnet untuk aku terus melekat dekat kepadanya. Namun bila mengingatkan kembali kemesraan Nur dengan Zikri, hati aku bagai disiat-siat dengan belati tajam.


HARI minggu datang jua. Rasa malas nak bangun. Lepas subuh tadi aku sambung tidur balik. Malam semalam tidur lewat sebab layan movie di you tube. Hampir jam sembilan pagi baru aku sedar. Itupun selepas dengar Kak Zana kalut memanggil turun sarapan. Ditambah pula dengan suara riuh rendah anak-anak saudara aku yang empat orang tu, lagilah buat aku susah nak panjangkan mimpi aku. Bila lihat Kak Zana sanggup naik tangga untuk mengejutkan aku, rasa bersalah pulak. Dengan keadaan dia yang membawa perut, aku cepat kasihan. Bila ditegur, katanya lambat lagi. Baru masuk lima bulan. Hm..maknanya ada lagi empat bulan untuk aku lihat anak saudara baru aku.

Sampai di ruang makan, aku lihat semua sudah selesai makan. Aku duduk termenung depan hidangan yang masih berbaki atas meja.

“Dil nak makan apa?” Tanya Kak Zana.

“Dia nak hidup, pandai-pandailah dia cari sendiri.! Dia bukan budak kecik.!”

Tiba-tiba suara Kak Ida kedengaran dari dapur. Aku buat-buat pekak. Malas nak bertekak dengan orang tak cukup tinggi tu. Ikut siapalah agaknya kak Ida tu? Kalau tengok mummy dan dady, dua-dua tinggi. Kak Ana pun tinggi. Yang sebenarnya tak lah rendah sangat Kak Ida tu, cuma dia tak seperti adik beradik yang lain. Mulut pun kalah mulut longkang besar belakang rumah dady ni. Entah-entah dia yang anak pungut! Kalau betul, akulah orang pertama yang akan menari lagu aserehe..hah..rehe..!

Takpelah kaklong. Dil nak makan, nanti Dil ambil sendiri.” Ujarku bangun lalu melangkah ke luar laman. Dah tak ada selera aku nak makan walaupun tadi aku lihat ada kuih kegemaran aku karipap pusing.

“Paksu! Tok Di kata, ada orang nak datang. Siapa paksu?” Tanya Misya.

“Entah. Paksu pun tak tahu.”

“Orang datang pinang paksu kot..!” Mengekek-ngekek mereka berempat ketawakan aku.

Hey! Misya? Kenapa cakap macm tu dengan paksu? Tak baik tau!” Aku terkejut dengar jerkahan Kak Zana pada anaknya Misya.

“Biarlah long. Dil tak kisah pun. Apa salahnya kalau ada yang betul-betul pinang Dil. Senang sikit kerja. Tak patah susah-susah mencari.”

“Buatnya yang datang tu tak memenuhi spesifikasi adik kaklong ni, macam mana? Dil nak juga? Dilkan nak yang perfek je..!”

Aku tersenyum meleret. Malu kalau Kak Zana tahu pandangan aku dah mula beralih arah sekarang ni. Semuanya kerana Nur. Menurut beberapa orang pekerja di tempat Nur berkerja, gadis itu anak orang kampung. Orang susah sebenarnya. Ada yang kata dia anak luar nikah, sebab tulah dia bersendiri. Hidup pun atas ihsan jiran yang kebetulan hidup sebatang kara.  Entahlah! Aku sendiri pun tak tahu cerita mana yang betul. Tapi aku yakin, daddy pasti tak membantah jika aku memilih Nur sebagai teman sehidup sematiku kerana syarat yang daddy inginkan ada pada diri Nur. Namun mampukah aku meraih cintanya kalau dalam hatinya sudah ada Dokter Zikri.

“Dil nak keluar sekejaplah long!”

“Nak kemana? Kejap lagi tetamu dady tu mesti tiba.”

“Alah! Dil tak jauh pun..” Ujarku lalu melangkah keluar. Yang sebenarnya aku mahu lepak dekat kedai mamak layan perut aku yang lapar ni. Bila tengok Kak Ida tadi, selera aku terbantut.


NUR
“BETUL  ke ni tempatnya? Aku rasa lain macam je!”

Nancy tanya sambil terjenguk-jenguk dari tingkap kereta. Aku pun ikut sama macam dia. Namun sesekali mata aku asyik memandang kertas kecil yang terdapat di tangan aku. Aku yakin melalui alamat yang tertera sama dengan yang terdapat di pintu masuk banglo depan rumah aku ni ialah milik ayah.

“Apa yang lainnya? Dah terang-terang ni alamatnya, betullah tu!” Balasku tegas sambil memuncungkan mulut aku pada alamat yang tertera di pintu masuk rumah.

“Macaam confident je!”

“Eh aku taulah! Lagipun aku pernah jadi orang KL kejap dulu.”

Eleh! Empat tahun dok KL, dah jadi orang KL ke?” Tempelak Nancy geram. Tersengeh-sengeh aku depan Nancy.

“Wah! Hebatlah bapak kau Nur. Rumah banglo setaraf Dato Fazilah Kamsah. Tak sangka kawan aku anak orang kaya. Silap-silap anak Dato kawan aku ni!”

“Itu dia..bukan aku! Aku anak emak aku. Dahlah! Malas aku cakap hal ni. Jom kita masuk. Lagi lama kita dalam kereta ni lagi banyak masa aku terbuang. Kalau boleh, lepas aku bagi tahu yang aku nak kawin, aku nak terus balik cepat.”

“Yelah-yelah..! Macam dah tak sabar-sabar pulak nak kawin” Ujar Nancy lalu melangkah keluar ikut aku yang dah mula membuka pintu kereta.

Aku terpaksa mengajak Nancy gara-gara kerana tidak mahu Zikri yang mengikut. Beria-ria Zikri memujuk agar aku benarkan dia ikut serta. Sebenarnya aku segan kalau Zikri ikut aku. Aku tak mahu nanti ayah kata aku ni perempuan yang tak ada rasa malu. Belum apa-apa dah berkepit ke hulu ke hilir.

“Kalau jadi apa-apa di pertengahan jalan macam mana? Kita ni bertunang pun belum lagi tau?”

“Tak ada apa-apalah..! Lagipun Nur dah biasa jalan KL tu.” Sedaya upaya aku beri alasan yang aku rasa logik.

“Abang tak kira! Abang ikut.!”

“Janganlah macam ni..! Nur janji Nur bawak kereta elok-elok. Sejam sekali Nur call abang bagitahu Nur dekat mana.”

Namun Zikri masih berdegil. Akhirnya aku mencadangkan agar Nancy mengikut aku..

“Kan lebih baik abang yang ikut. Abang boleh temankan Nur.”

“Tak manislah! Orang yang Nur nak jumpa ni, ayah Nur. Nur tak mahu dia fikir yang bukan-bukan tentang kita. Belum apa-apa dah berani kehulu-ke hilir berdua. Lagipun Nur segan kalau abang ada.”

“Yelah..abang ni buruk Sebab tu Nur segan nak tunjuk abang dekat bakal bapak mertua abang tu!”

Terkekeh-kekeh aku ketawa dengar Zikri cakap macam tu. Kuat merajuk cik abang sorang ni!

“Nur lagi takut kalau abang ikut. Takut kalau-kalau orang KL asyik pandang-pandang dekat abang. Dekat hospital pun dah cukup buat Nur tak senang hati. Tiap kali Nur pergi sana, ramai nurse-nurse yang cun-cun asyik pandang semacam dekat Nur.” Aku menjeling geram bila aku balik yang diketawakan.

“Dah pandai cemburu sekarang ni ek?”

“Bukan abang yang ajar ke?” Tersenyum-senyum Zikri sambil menjeling. Memang sejak perkenalan, Zikri lebih beremosi kerana cemburu.

Okey! Abang izinkan Nur pergi dengan Nancy. Tapi ingat! Sejam sekali mesti hantar info lokasi Nur berada. Senang abang nak pantau dari jauh.” Pesan Zikri tegas. Dah macam ketua polis Bukit Aman pulak. Siap nak pantau-pantau orang dari jauh.

Aku dah rasa nak melompat dia cakap macam tu. Apa-apalah Tuan Dokter..! janji aku tak pergi dengan dia.


PAGAR rumah tinggi aku pandang penuh teruja ketika berdiri depan pintu pagar berwarna emas itu. Loceng rumah aku tekan dua kali. Seketika kemudian pintu pagar tinggi itu terbuka sendiri. Bila Nancy mengangguk aku dan dia pun mula melangkah masuk. Sambil-sambil tu aku sempat mengutuk dan mengumpat dalam hati bila terpandangkan suasana keliling rumah ayah. ”Anak bini ditinggalkan. Dia senang lenang dekat sini!

“Jemput masuk non! Tuan dan cik-cik puan ada di dalam. Sebentar lagi Tuan turun.”

Terangkat kening aku bila pembantu rumah warga Indonesia itu bersuara. Tuan dan cik-cik Puan? Hm..tak hairanlah kalau ayah kawin sampai dua tiga selepas bini dia mati. Harta diakan banyak.! Agaknya berapa oranglah adik-adik tiri aku? Harap-harap tak ada yang macam muka aku.

Menjejakkan kaki dalam rumah ayah, buat mata aku dan Nancy bersinar. Bermacam-macam perasaan yang datang masa tu. Marah, geram, kecewa, sakit hati, cemburu, semuanya perasaan yang busuk dan jahat belaka.

Mata dan muka aku terasa panas bila dua susuk tubuh wanita muda datang ke arahku dengan senyuman yang manis. Bini baru ayah ke?  Aku tak pasti siapa mereka sebab jauh. Bila dah mendekat, aku rasa sayu dan sebak Aku cuba meneka kerana  melalui senyuman itu aku boleh nampak melalui senyuman emak.
“Jemputlah duduk. Kejap lagi dady turun.”

Ujar salah seorang yang hampir sama tinggi denganku. Manakala seorang lagi hanya tersenyum manis. Aku perasan kedua-duanya berkerut wajah sambil pandang ke arah aku. Ketika itu aku sudah sedar, mereka tu bukan bini-bini ayah tapi merekalah kakak-kakak aku, tapi aku tak pasti yang mana satu Kak Ana dan Kak Ida.

“Saya Kak Ana dan yang ni Kak Ida. Adik-adik ni siapa? Anak siapa? Dady kata ada orang nak jumpa dady sekali dengan kakak berdua. Mengenai apa ye?” Jelas suara hairan dari bibir Kak Ana.

Oh..! sekarang aku tahulah yang mana satu Kak Ana dan yang mana satu Kak Ida. Wajah mereka memang ada iras macam emak. Belum aku jawab, deheman suara garau tiba-tiba menerpa ke gegendang telingaku. Dengan debaran di dada aku kuatkan semangat untuk menoleh ke arah suara berkenaan. Entah kenapa tiada rasa untuk aku bersalam dengannya. Hanya pandangan dendam yang lahir ketika itu. Oh..inilah wajah ayah aku yang kejam tu!

“Duduklah! Jemput minum.” Pelawa ayah pada aku dan Nancy. Aku perasan pandangan ayah begitu tajam ke arahku. Namun aku cuba berlagak selamba.

“Anak-anak ni siapa? Boleh pakcik tahu?”

“Ni kawan saya Nancy. Dia hanya temankan saya datang sini. Saya yang nak jumpa dengan semua yang ada dekat sini. Nama saya An Nur. An Nur binti Abdullah Hanan.” Ulasku bersahaja. Seketika kemudian aku perasan mereka sudah mula pandang memandang antara satu sama lain.

“Sebenarnya macam ni. Sebulan lagi saya nak bertunang. Sebulan lepas tu saya nak langsungkan pernikahan pula. Jadi kedatangan saya ni nak ayah saya mewalikan perkahwinan saya nanti.” Terangku tanpa ada sekat-sekat di anak tekak. Sejak semalam dialog itu sudah aku latih di lidah agar aku tidak nampak teragak-agak dan bukan seperti orang bersalah. Sememangnya aku tak bersalah, jadi aku harus ada keyakinan. Bila aku tengok mereka seperti tak puas hati, aku keluarkan surat yang ayah serahkan pada Maksu Idah lima tahun lalu. Surat yang berlipat elok itu ayah ambil dan membukanya. Belum sempat dia baca aku dah mula bersuara semula.

“Saya minta maaf sebab tak dapat serahkan surat itu pada emak kerana faktor kesihatan emak yang tak menentu sekarang ni. Tambah pulak saya yakin emak tak boleh terima berita buruk yang ayah saya nyatakan dalam surat tu.”

Aku perasan wajah ayah yang putih bertukar jadi merah. Matanya mula berkaca. Namun aku langsung tiada apa-apa rasa simpati padanya. Surat yang berada ditangannya cepat-cepat Kak Ana ambil dan membaca bersama-sama Kak Ida.

“Ayah minta maaf! Ayah bersalah pada emak dan Nur! Demi Allah, ayah tak tahu emak Nur mengandung. Kalau ayah tahu, ayah akan cuba ikhtiarkan agar kita tak berpisah.” Ucap ayah teresak-esak.

“Apa semua ni dady? Daddy cakap daddy terpaksa bawa kami jauh dari emak sebab emak yang mintak nak berpisah. Tapi kenapa daddy cari emak lagi? Nur ni siapa daddy?” Bertubi-tubi Kak Zana menyoal. Tak boleh terima agaknya bila ayah ada anak lain selain mereka.

“Saya anak keempat selepas Abang Syariman, anak kepada Abdullah Hanan dan Marzuin. Ayah saya tinggalkan emak ketika mengandungkan saya dua minggu. Semuanya gara-gara kerana ayah nak berkahwin dengan perempuan yang dah hamil dua bulan. Dua orang kakak dan seorang abang saya dibawa pergi tanpa rasa belas kasihan pada emak. Tergamaknya seorang ayah pisahkan seorang anak yang masih menyusu dengan ibunya. Menurut maksu Idah adik kepada emak saya, abang saya mati kerana demam panas. Nak tahu kenapa dia demam panas? Sebab dia rindukan ibu dan susunya. Kejamkan ayah saya tu? Apa perasaan kak Ana dan kak Ida bila anak-anak berpisah dari kalian? Tersiksakan?”

“Ayah minta maaf! Tolong maafkan ayah. Ayah menyesal!”

Rayuan ayah aku tak endahkan. Aku terus meluahkan apa yang aku rasa selama ini agar dia tahu bertapa deritanya emak tanpa dia dan anak-anak.

“Cukup bulan, emak selamat lahirkan saya tanpa suami di sisi. Tapi selepas pantang emak mula berubah. Usia saya empat bulan, jiran jumpa saya sedang menangis lapar di sebelah emak yang dah tak sedarkan diri. Saya tak tahu apa akan jadi pada saya masa tu kalau tak ada arwah Mak Da. Sejak itu emak saya seperti orang tak siuman. Hari-hari hanya sebut nama anak-anaknya saja. Tapi bila keadaannya semakin teruk, dia terus membisu. Nama saya? Baru beberapa bulan lepas dia sebut. Hampir dua puluh lapan tahun saya tunggu dia sebut nama saya. Akhirnya saya dapat dengar juga. Sepanjang tahun itulah dia jadi penghuni tetap Hospital Bahagia. Mungkin berkat doa saya yang tak putus-putus, akhirnya emak sembuh. Alhamdulillah..saya bahagia sekarang. Tapi bila dia mula ungkit tentang anak-anaknya yang lama hilang saya serba salah. Nak taknak saya kena penuhi juga permintaan emak saya tu. Kebetulan pulak saya dah nak kawin, jadi saya perlu tebalkan muka mengadap ayah yang tak pernah tahu akan kewujudan saya di muka bumi Allah ni.”

“Kenapa daddy? Kenapa daddy sanggup buat mak macam tu? Selama ni kami berdua hanya nampak salah emak. Daddy kata emak curang sebab main kayu tiga dengan suami orang. Tapi yang sebenarnya daddy yang mata keranjang. Patutlah mammy Sofie tak henti-henti minta maaf pada Ana dan Ida  sebelum nafas akhirnya.” Kata Kak Ana kecewa sambil teresak-esak.

Aku tergamam mendengar cerita Kak Ana. Tak sangka begitu sekali sikap ayah demi menutup salah sendiri. Aku tak percaya emak berperangai begitu.

“Kan Ida dah cakap pada Kak Ana dulu budak asing tu anak luar nikah! Kak Ana yang tak mahu percaya! Bila dah jadi macam ni baru nak kecoh-kecoh. Belailah lagi anak luar nikah tu! Manjakan dia. Selama ni Ida dah tahu siapa mummy Sofie tu. Kak Ana je yang tak nak ambil tahu!” Bentak Kak Ida berang.

Aku terkejut. Siapa anak luar nikah?

“Jangan salahkan Aidil. Dia tak salah. Daddy terpaksa. Emak tak salah. Semuanya kerana sikap daddy yang mudah kasihankan orang.” Ucap ayah sebak. Sambil memandang ke arah aku dan kemudian  Kak Ana dan Kak Ida, ayah kembali tunduk ke lantai.

“Dua puluh lapan tahun lalu ayah masih berkhidmat di Perak. Ayah ada seorang kawan berbangsa cina bernama Peter Leong. Dia dah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak perempuan. Peter pernah bagitahu pada ayah dia nak kawin dengan seorang perempuan melayu GRO setelah lima bulan kenal dengan perempuan tu. Sebagai sahabat ayah hargai niatnya tu sebab dia nak masuk islam. Namun ayah agak kecewa bila ingat anak-anak dan isterinya yang memang rapat dengan keluarga kita. Satu hari Peter datang jumpa ayah. Dia minta tolong ayah jagakan mummy sofie untuknya sementara dia dalam proses penceraian dengan isterinya sekaligus proses menukarkan agama. Seminggu kemudian, ayah dapat berita yang Peter ditangkap kerana kes membunuh isteri dan dua orang anak perempuannya.” 

Ayah berhenti bercerita sambil menarik nafas panjang. Aku dan yang lain tekun mendengar walaupun aku rasa macam tak penting.

“Ayah bawa mummy Sofie berjumpa dengan Peter Leong di penjara Taiping. Di sana ayah diberitahu, Peter hanya dihukum penjara seumur hidup kerana memperingati jasanya sebagai seorang tentera yang bagus. Pada hari itu juga, ayah dapat tahu yang mummy Sofie sudah mengandung dua bulan. Mungkin sebab itu mereka nak kawin. Tapi bila dah jadi macam tu, Peter Leong minta ayah jagakan mummy Sofie hingga dia selamat lahirkan anaknya. Kerana kawan, ayah terima. Alhamdulillah emak kalian setuju menolong dan sudi terima mummy Sofie tinggal dengan kita. Tapi satu hari, ayah didatangani sekumpulan orang yang ayah tak pernah kenal. Rupa-rupanya mereka tu orang papa mummy Sofie. Masa tulah juga ayah tahu siapa sebenarnya mummy Sofie. Dia adalah anak seoarang ketua samseng di Ipoh. Bila dia tahu mummy Sofie mengandung, dia paksa ayah kawin dengan mummy Sofie walaupun mummy Sofie telah menceritakan hal sebenar.”

“Dan daddy terus setuju?” Sampuk Kak Ida tiba-tiba dengan muka mencuka. Ayah diam tak jawab. Sekadar melepaskan keluhan lemah sahaja.

“Tapi kenapa kami dipisahkan dari emak? Daddy tak patut buat macam tu kalau betul daddy nak kawin dengan mummy Sofie, seharusnya daddy tinggalkan saja kami pada emak.” Bentak Kak Ana garang. Aku setuju pendapat Kak Ana.

“Jadi berita tentang keburukan emak tu, daddy sengaja mereka ceritalah ye? Daddy kejam! Selama ni kami hidup dalam dosa kerana membenci emak kami sendiri. Semua salah daddy. Daddy racun fikiran kami agar benci pada emak. Daddy tak fikir ke dengan cara daddy tu mengheret kami ke neraka!” Bentak Kak Ida keras dan lantang. Tergamam aku mendengar hujah Kak Ida.

Daddy terpaksa kerana dipaksa! Daddy tak ada pilihan melainkan ikut saja arahan demi menyelamatkan anak-anak dan isteri daddy.

“Apa maksud daddy? Tinggalkan isteri, bawak lari anak-anak, tu ke yang dinamakan menyelamatkan anak-anak isteri daddy? Pelik! Kalau ye pun daddy nak tutup salah, biarlah logik!” Bentak Kak Ida perlahan. Walupun suaranya sudah mula menurun nada, sinisnya tetap ada.

Terkejut aku Kak Ida sanggup bercakap begitu pada seorang ayah yang mendewasakan dia.

“Kerana malu, bapa mummy Sofie memaksa daddy kawin dengan mummy Sofie. Daddy menolak tapi dia paksa. Dia ugut kalau daddy tak ikut arahan, anak-anak isteri daddy akan jadi mangsa.”

“Macam mana seorang tentera yang berpangkat, tahu undang-undang tapi kalah pada ugutan? Seorang tentera seharusnya tahu apa yang harus dibuat jika berada dalam situasi begitu.” Aku bersuara perlahan tanpa memandang muka ayah. Aku tahu dia kaget dengan soalan aku.

“Dia ketua kongsi gelap. Apa saja yang dia nak buat, dia  tak akan fikir panjang. Memang ayah boleh laporkan pada pihak berkuasa dan ayah yakin nasib akan menyebelahi ayah. Tapi sampai bila pihak berkuasa nak lindung keluarga kita? Dua puluh empat jam kita dikawal, mampukah kita hadap semua tu? Ayah tak yakin anak-anak ayah sanggup terima. Pasti merimaskan sebab tak bebas. Dan ayah juga yakin mereka takkan duduk diam walaupun undang-undang berada di pihak kita.. Bila-bila masa saja mereka akan bertindak. Sebab itu ayah tiada pilihan melainkan buat keputusan macam tu. Selepas makcik Sofie bersalin, dia suruh ayah ceraikan dia sebab tak mahu menyusahkan ayah. Dan ayah ceraikan dia kerana dia tak henti-henti memaksa. Sebenarnya ayah tak sanggup kerana kasihankan dia selepas dapat tahu dia sakit jantung. Ayah tak sampai hati.”

“Tak sampai hati atau dah mula jatuh hati?” Sinis sekali soalan Kak Ida.

“Demi Allah! Daddy tak pernah ada apa-apa perasaan pada mummy Sofie. Daddy cuma kasihankan dia saja. Sebab tu daddy jarang ada di rumah. Walaupun daddy dah kawin dengan dia secara sah, daddy tak pernah sentuh dia. Percayalah anak-anak daddy semua, kasih daddy hanya pada emak. Dan Nur..! tolong percayakan ayah.”

Rayuan ayah aku buat-buat pekak.

“Apa semua ni daddy?” Satu suara menerjah tiba-tiba dari pintu utama. Semua yang berada di situ turut berkalih pandang. Begitu juga dengan aku. Membutang mata aku memandang wajah itu.

“Aidil?” Sergahku perlahan. Namun aku yakin semua boleh dengar.

“Apa you buat di sini Aidil?” Tanya Nancy hairan. Aku pun hairan seperti Nancy. Dalam fikiran aku sekarang macam-macam yang timbul.

“This my home!”

Home?” Berkerut dahi aku memandang Aidil.

Yupp!” Balas Aidil serius sambil merenung tepat ke wajah aku. Masa tu aku baru faham sesuatu.

“Oh! Patutlah tak rasa menyesal pada kehilangan abang Iman. Rupanya dah ada pengganti.” Ujarku sinis sambul tersenyum sumbing.

“Jangan fikir yang bukan-bukan Nur! Aidil tak ada kena mengena dalam hal ni.” Sergah Kak Ana. Aku angkat kening. Wah! Sayang sungguh Kak Ana pada anak baru ayah ni!

“Tak ada kena mengena? Kaklong kata tak ada kena mengena? Aidil ni siapa long? Kaklong kata Dil adik long. Tapi hari ni Dil dengar sendiri dari mulut daddy, dia kawin dengan mummy kerana terpaksa selepas tahu mummy mengandung dua bulan. Jadi, betullah apa yang dikatakan oleh kakngah selama ni. Dil ni anak luar nikah.? Cucu kepada ketua kongsi gelap. Bapak kandung Dil seorang pembunuh. Mummy pulak seorang GRO. Patutlah selama hayat mummy, daddy jarang ada di rumah. Dan patutlah nama Dil hanya berbinkan Abdullah. Tak macam kaklong dan kakngah yang berbintikan Abdullah Hanan.”

“Saya rasa dah tak ada apa yang perlu saya tahu. Tujuan saya datang pun bukan sebab nak tengok drama ni. Jadi, saya rasa baik saya balik dulu.” Ujarku selepas dengar Aidil berhujah. Walaupun aku rasa tak sangka Aidil adalah adik tiri aku, jauh di sudut hati aku rasa kasihan kerana dia jadi mangsa. Bezanya dia jadi mangsa namun mampu hidup bahagia di samping mummynya, ayah dan dua orang kakak. Tapi aku? Aku tak ada sesiapa melainkan Mak Da. Jadi dalam hal ni aku yang sepatutnya bergelar mangsa.

“Kejap Nur! Aku nak tanya sesuatu pada ayah kau.” Kata Nancy tiba-tiba. Aku hairan. Semua yang berada di situ aku yakin sangat hairan sama macam yang aku rasa. Apahal pulak dengan Nancy ni? Wajah Nancy serius. Di matanya terhias takungan kaca yang bakal mengalir.

“Apa nama isteri kedua uncle tu?” Nancy mula bertanya pada ayah.

“Sofiea. Sofiea Kassim.” Jawab ayah teragak-agak.

“Peter Leong yang uncle maksudkan tu seorang tenterakan?” Ayah angguk sekali bila Nancy bertanya.

“Nama isteri Peter Leong tu Susan Richardkan?” Sekali lagi ayah mengangguk.

Aku bagai tergamam melihat Nancy sudah terduduk sambil menangis hiba. Ketika itu aku tersedar sesuatu.

“Awak jangan kata Peter Leong dan Susan Richard tu orang tua awak!” Tegurku pada Nancy sambil mengusap belakangnya.

“Kenyataan Nur! Kenyataan yang tak boleh nak diubah. Mereka memang orang tua aku. Maknanya Aidil adalah adik aku.” Kata Nancy teresak-esak. Aku yakin semua disitu bagai hilang kata-kata.  Dengan selamba, Nancy bangun dan terus menuju keluar tanpa pedulikan aku. Aku perhatikan riaksi wajah semua yang ada. Paling terkejut dah tentulah Aidil.

“Saya balik dulu!” Beg tangan yang aku letak atas sofa, aku capai pantas dan mula nak melangkah keluar. Namun langkahku terhenti bila namaku diseru oleh suara Kak Ana.

“Nanti dulu Nur!” Sergah Kak Ana. 

Aku menoleh pandang ke belakang.

“Kalau Nur marah daddy sekalipun, janganlah abaikan Kak Ana dan Kak Ida. Izinkan kami jumpa dengan emak.” Kata Kak Ana lemah. Melihat Kak Ida terangguk-angguk setuju, hati aku rasa sayu.

“Kedatangan Nur di sini sekadar nak bagitahu tentang Nur nak bertunang dan kawin. Tak lebih dari tu. Tapi kalau Kak Ana dan Kak Ida nak jumpa mak, nanti Nur maklumkan bila dan di mana. Memang mak ada tanyakan mengenai Kak Ana dan Kak Ida serta abang Iman. Tapi Nur takut dia terkejut kalau tahu tentang abang Iman. Jadi Nur harap kehadiran Kak Ana dan Kak Ida nanti tolong jangan sesekali buka hal arwah abang Iman. Biar ayah yang maklumkan sendiri. Nur tak yakin emak boleh terima kerana mak ada masalah jantung. Nur takut mak terkejut. Sebenarnya Nur tak pasti mak dah tahu atau belum berita abang Iman. Sejak beberapa hari lalu mak asyik cerita dia mimpikan arwah abang Iman. Naluri seorang ibu yang rindukan anaknya, kita tak boleh jangka. Ni nombor telefon Nur. Kalau Kak Ana dengan Kak Ida nak datang, bagi tahu awal-awal. Senang Nur buat persediaan. Kalau datang mengejut, nanti mak terkejut pulak.” Ujarku sambil tersenyum dan memeluk kedua-duanya dan terus melangkah keluar tanpa memandang ke arah ayah.


AIDIL
“Dil tak sangka sanggup daddy rahsiakan hal ni pada Dil. Patutlah tiap kali Dil tanya, daddy asyik mengelak. Betullah apa yang kakngah cakap tentang Dil selama ni. Dil ni orang asing, anak pungut, anak luar nikah, tak sedar diri.”

“Cukup Dil! Jangan siksa daddy degan kata-kata tu. Daddy sayangkan Dil macam daddy sayangkan anak-anak daddy yang lain. Dil, daddy yang jaga, daddy yang besarkan, Dil membesar dengan titik peluh daddy.”

“Betul ke daddy benar-benar sayangkan Dil? Atau sayang daddy tu hanya sekadar mahu menutup rasa salah dengan apa yang jadi pada anak lelaki daddy!”

“Kurang ajar! Tak sedar diri lagi? Dah orang bela sampai besar, bagi makan pakai cukup semua, kau masih nak cakap macam tu pada daddy?  Budak tak kenang diuntung!” Bentak Kak Ida kasar. Aku tersentak kerana tersedar dari bicara yang keterlaluan. Dalam hati tak henti-henti beristigfar.

“Dil minta maaf daddy. Dil terlampau ikut perasaan. Tapi kenapa daddy tak berterus terang? Kalau daddy cakap awal-awal, insyaallah Dil boleh terima.”

“Ye ke boleh terima? Entah-entah bila dah dapat tahu, habis diamuknya. Silap-silap habis orang dalam rumah ni jadi mangsa macam emak dan kakak-kakak Nancy tu.  Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi!”

Sindiran tajam Kak Ida tu benar-benar buat aku panas hati. Namun kerasa sedar diri, aku hanya mempu bersabar. Bukan aku tak biasa dengan lidah berduri tajam menikam Kak Ida tu.

“Sudah Ida! Jangan nak buat andaian sendiri. Keputusan tu daddy yang buat. Ye, betul! Daddy memang rasa bersalah pada kematian Syariman. Tapi bila Dil lahir, Dil seperti memberi seribu cahaya dalam hidup daddy. Daddy sayang Dil sama seperti daddy sayangkan Syariman. Daddy tak mampu nak ceritakan hal sebenar kerana daddy sayangkan Dil. Daddy tak mahu Dil kecewa dengan berita ni. Bagi daddy, Dil adalah anak daddy selamanya.” Ujar daddy sebak lantas bangun dari tempat duduknya dan melangkah masuk ke biliknya. Aku hanya panadang sayu pada daddy hingga hilang susuk tubuhnya dari pandangan mataku di balik pintu bilik.

Aku lepaskan keluhan berat. Wajah kasih Kak Ana aku pandang. Kak Ana hanya tersenyum nipis sambil mengangguk. Aku faham maksudnya itu lantas senyumannya aku balas dengan senyuman kelat.

“Ida balik dululah Kak Ana. Panas duduk dalam rumah ni!” Sergah Kak Ida pada Kak Ana lalu melangkah pergi mendapatkan anak-anaknya. Aku masih duduk di situ tanpa pedulikan kelibat Kak Ida yang berjalan di hadapanku. Seketika kemudian kelibat anak-anak Kak Ana  melintas di hadapanku.

“Siapa yang datang tadi mama?” Tanya Misya.

“Kawan mama! Dahlah. Pergi main di belakang. Mama nak cakap sesuatu dengan paksu.” Dalih Kak Zana.
Aku faham sangat dengan perangai Kak Zana. Tiap kali orang datang dia memang tak gemar jika anak-anaknya ada sekali. Sebab itu jika ada orang, dia mengarahkan agar anak-anaknya duduk bermain dalam bilik.

“Nanti kalau Nur telefon lagi, Kak Ana cerita dekat orang tau! Kalau Kak Ana nak pergi jumpa mak, cakap dekat orang awal-awal. Senang Ida atur cuti.” Pesan Kak Ida pada Kak Ana lantas terus melangkah pergi bersama dua orang anaknya Fira dan Fiza. Aku yang masih diam di situ hanya tunduk pandang lantai.

“Dahlah Dil! Benda dah lepas. Tak guna dipersoalkan lagi.” Suara Kak Zana kedengaran sejurus menghantar Kak Ida ke pintu.

Aku lepaskan keluhan berat ketika Kak Zana datang duduk di sebelahku. Tak mampu aku nak pandang wajahnya kerana di balik wajahnya kini terhias jelas wajah Nur. Ah! Apalah yang Kak Zana dan yang lain anggap kalau mereka tahu yang gadis Nur itulah yang aku kejar-kejarkan selama ini.

“Dil marah kaklong dan daddy ke?” Tanya kak Zana lembut sambil memeluk bahuku.

Aku geleng kepala. Aku tak marah tapi sedikit terkilan kerena mereka merahsiakan hal begini.

“Ye ke tak marah? Kaklong tengok Dil macam tak puas hati je!”

“Dil bukan tak puas hati. Dil cuma tak dapat terima kenyataan. Dil malu pada Nur. Sebab Dil dia merana. Kalau kaklong nak tahu, Nur tu kawan fakulti Dil dulu.!”

Aku cakap tegas. Membutang mata Kak Zana seusai aku cakap begitu. Bagi aku tak sepatutnya mereka rahsiakan hal ini. Tambah-tambah lagi selama ni aku hidup seperti mereka tu saudara kandung aku pulak. Kalaulah kawan-kawan aku tahu siapa aku yang sebenarnya, sah-sah aku akan diketawakan. Selama ini aku fikir aku satu-satunya anak lelaki Jeneral Abdullah Hanan. Rupa-rupanya aku ni sekadar anak luar nikah yang dibesarkan oleh Jeneral Abdullah Hanan sahaja. Malunya aku tuhan saja yang tahu.

Ketebalan muka aku bagai betingkat-tingkat bila teringatkan pandangan sinis Nur tadi. Selama ni kalau di fakulti, siapa yang tak tahu peel aku? Sebut saja nama aku, pasti ramai yang menjuehkan mulut kerana faham aku yang ego kerana kedudukan aku sebagai seorang anak orang kenamaan.

Pasti Nur anggap akulah penyebab keluarganya berpisah. Makin berganda-ganda tebal muka aku ni bila mengingatkan apa yang telah tejadi antara aku dan dia sebelum ini  Jika tidak kerana kewujudan aku pasti keluarga Jeneral Abdullah Hanan bahagia hingga kini.

“Jadi Dil dah kenal dululah Nur tu?”

“Kenal-kenal macam tu je.! Masa dekat fakulti memang Dil tak kenal dia, tapi bila dah kerja baru Dil tahu. Hari yang Dil kena pergi perak hari tu, Dil kena pergi tempat kerja dialah..! Lepas Nur bagitahu baru Dil tahu dia  sama fakulti dengan Dil. Dia tu kawan baik dengan awek Dil dulu.”

“Masa kaklong mula-mula tengok kawan Nur tadi, kaklong terfikir jugak macam pernah tengok muka dia. Rupa-rupanya kakak Dil.”

“Alah kaklong! Dahlah. Jangan cakap lagi hal tu. Buat kepala Dil makin berat bila fikir-fikir balik. Sekarang ni Dil nak kaklong terus terang. Selama ni kaklong dah tahu tentang Dil atau buat-buat tak tahu? Tolong jangan selindung-selindung lagi dari Dil. Dil dah besar. Dah boleh fikir.”

Wajah Kak Zana aku perhatikan dalam. Aku tahu dia mula rasa serba salah.

“Demi Allah kaklong tak tahu tentang diri sebenar Dil. Selama ni kaklong mengaku Dil adik kaklong sebab kaklong percaya kita satu bapak walaupun berlainan emak. Seingat kaklong Dil memang betul-betul anak daddy dan mummy sebab kaklong tak pernah nampak kelainan dalam hubungan mummy dan daddy. Bagi kaklong mereka seperti pasangan suami isteri yang lain.  Walaupun mummy tu cuma ibu tiri, kaklong dah  anggap mummy macam ibu kandung kaklong.”  

“Habis, macam mana selama ni Kakngah tahu yang Dil ni cuma orang asing dalam rumah ni?”

“Itu kaklong tak tahu. Demi Allah kaklong benar-benar tak tahu. Nanti kaklong cuba tanya pada dia. Mungkin kaklong tak pernah nak percaya cakap dia, sebab tu dia tak pernah nak cerita kot!”

Aku mengehela nafas lemah. Ada logiknya penerangan Kak Zana tadi. Selama ni pun kak Zana banyak membela aku kalau kak Ida mengeluarkan kata-kata pedih. Melalui riak air muka Kak Zana tadi, aku yakin dia tak berbohong.

Selepas Kak Zana pulang ke rumahnya, aku sambung melayan perasaan sakit hati aku dalam bilik. Makin sakit hati aku bila teringat balik apa yang Nur cakap sebelum dia balik tadi. Nur nak bertunang? Nak kawin? Kenapa cepat sangat? Apakah tiada lagi peluang untuk aku meraih cinta darinya? Aghh! Yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pulak baru nak bertunang! Ada aku kisah? Takde maknanya! Selagi aku bernyawa, bermakna tuhan masih izinkan aku berusaha. Kau tunggu sajalah Nur. Harinya akan tiba. Aku yakin kau akan sujud di kaki aku saat-saat Zikri tinggalkan kau.

No comments: