PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 15 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 15

“PAPA ! ibu Amil balik tak hari ni?” Tanya Amil Zaquan sejurus selepas melihat Fazhan keluar dari keretanya. Sejak tadi dia asyik terjenguk-jenguk keluar menanti kepulangan Nirmala yang sudah dua hari tidak pulang.

“Balik. Ibu kata kejap lagi dia sampai. Ibu sibuk dekat office. Hari nikan ibu startwork.” Balas Fazhan lembut memujuk. Melihat anak itu buat Fazhan rasa simpati. Sudah pasti Amil Zaquan rindukan ibunya sepertimana dia turut rindukan kehadiran wanita itu.

“Boleh papa tolong call ibu Amil? Amil nak cakap dengan ibu.”

“Amil nak cakap apa?”

“Amil nak bagitahu pada ibu yang adik Anis demam.”

Fazhan tersentak. Melilau matanya mencari sesuatu.

“Toklong dengan tokwan mana?”

“Pergi klinik bawak adik Anis.”

“Kenapa tak call papa?” Kalut Fazhan menyoal. Hatinya sudah mula tak senang.

“Tokwan kata adik Anis baru nak demam. Tokwan tak mahu ganggu papa buat work. Sebab tu tokwan tak call papa.”

Fazhan mengeluh berat. Terbayang-bayang wajah anak perempuannya yang baru berusia dua bulan itu. Wajah yang mirip dengan wajah Nirmala buat dia tenang bila memandang.

“Dah lama tokwan dengan toklong pergi?”

“Pukul empat tadi.”

Segera Fazhan menoleh ke arah jam dinding yang tergantung. Sudah pukul enam petang. Fazhan sudah mula bimbang. Tak mungkin rawatan demam biasa memakan masa yang panjang. Fazhan segera menghubungi telefon bimbit Dato Hamdan.

“Ayah dekat hospital ni.” Jawab Dato Hamdan selepas menjawab salam dari Fazhan.

“Hospital? Amil kata klinik saja.”  Tanya Fazhan hairan.

“Memang tadi pergi klinik tapi dokter dekat klinik tu suruh refer ke hospital.”

Serius ke ayah?”

“Ayah tak pasti. Cuma dokter dekat klinik tadi kata kemungkinan masalah usus.”

“Masyaallah! Ayah tunggu situ. An datang!”

“Tak payahlah. An tunggu saja Amil. An penatkan? Lagipun Mala ada dekat sini. Dia kata dia akan jaga Anis.”

Sekali lagi Fazhan tergamam. Dia sendiri tidak sedar bibirnya sudah terukir senyuman manis. Lega hatinya bila dapat tahu Nirmala sudi menjaga Anis Humaira. Pada ketika itu, dia yakin perhatian dari seorang ibu untuk anak kecil yang sedang sakit amat diperlukan. Tambah-tambah lagi, Anis Humaira masih bayi.

“Macam mana papa? Adik Anis macam mana?”

“Adik Anis dekat hospital sekarang ni. Amil nak ikut papa ke hospital?” Fazhan nekad mahu teruskan rancangannya untuk ke hospital. Tambah-tambah lagi ada Nirmala di situ. Hatinya bagai dicuit-cuit agar segera ke sana.

“Amil nak ikut. Tapi Amil nak tunggu ibu balik. Nanti kita pergi dengan ibu sekalilah.”

“Ibu dekat hospital sedang jaga adik Anis. Kita ke sana jumpa ibu ye?”

Wajah melopong Amil Zaquan buat Fazhan tersenyum. Dia sendiri pasti Amil Zaquan pasti akan terpegun mendengar berita ini. Lantas disuruh Amil Zaquan segera membersihkan diri dan mula bersiap untuk ke hospital. Melompat Amil Zaquan kesukaan. Fazhan hanya mampu tersenyum melihat keriangan anak tirinya walaupun hatinya sedikit risau dengan keadaan Anis Humaira.


LAMA lagi ke ayah, maklong? Dah lama sangat ni. Risau pulak Mala.!” Tanya Nirmala pada orang tuanya. Ketika mahu keluar dari pejabatnya tadi, dia mendapat panggilan dari Maklong Hasmah tentang keadaan Anis Humaira. Pada mulanya dia hanya menolak permintaan Maklong Hasmah untuk menemani Anis Humaira di hospital dan mengarahkan agar menghubungi Fazhan. Namun setelah dipujuk, akhinya Nirmala terpaksa mengalah

Pada mulanya dia tidak merasa apa-apa ketika mendapat berita itu. Namun ketika sampai dia dapati keadaan Anis Humaira amat lemah sekali. Lantas tubuh Anis Humaira diraih perlahan tanpa pedulikan renungan Maklong Hasmah dan Dato Hamdan. Tubuh Anis Humaira yang panas dipeluk lama. Namun anak kecil itu langsung tidak memberi apa-apa ransangan. Terjerit-jerit dia memanggil dokter dalam wad kecemasan agar member rawatan segera.

“Sabarlah! Sekejap lagi dokter keluarlah tu..” Pujuk Dato Hamdan lembut yang sememangnya turut rasa apa yang Nirmala rasakan.

“Cuba bawa duduk, Mala. Rimas maklong tengok kamu kehulu-ke hilir macam ni. Dah macam kucing hilang anak.”

“Anis tu anak kucing ke maklong?” Tanya Nirmala seakan berang. Wajahnya jelas mencuka.

“Maklong tak maksudkan macam tu. Maklong kata kamu tu yang macam ibu kucing.”

“Yang kat dalam tu anak Mala, maklong!”

“Ye..maklong tahu..! Mala saja yang buat-buat tak tahu.” Jawab Mklong Hasmah tanpa pedulikan Nirmala.
Nirmala tersentak. Agak sinis sindiran itu hingga buat dia terdiam. Dia mengaku yang dia tidak hiraukan Anis Humaira kerana Fazhan. Tapi bila melihat kelemahan Anis Humaira sewaktu dipangku bayi itu, hatinya melonjak-lonjak mahu berdampinginya. Mungkin kerana Anis Humaira dilahirkan dari kandungannya. Naluri seorang ibu yang menyayangi anaknya, sebab itulah rasa dendamnya pada Fazhan sedikit dilupakan.

“Kalau Mala rasa tak selesa dekat sini, Mala baliklah dulu. Mesti Amil tengah tunggu Mala. Sejak balik sekolah tadi asyik tanya mana ibu dia.”

“Tak apalah ayah. Mala nak tunggu Anis dulu. Lagipun bibik dengan papa diakan ada dekat rumah tu. Nanti bila dah dapat keputusan, Mala balik sekejap tengok dia.”

“An dah balik dari office ke, Dan?”

Tersentak Nirmala mendengar soalan Maklong Hasmah pada Dato Hamdan. Bila mendengar nama itu, teringat akan dia peristiwa di pejabatnya tadi.

“Dah! Baru saja sampai. Dia call tanya fasal anak dia masa saya ke toilet tadi.” Jawab Dato Hamdan sayu sambil memandang sekilas ke wajah Nirmala.

Cepat-cepat Nirmala melarikan pandangannya agar tidak dipandang lama oleh Dato Hamdan. Dia tak mahu ayahnya beranggapan bahawa dia mahu ambil tahu tentang Fazhan yang sesungguhnya dia tidak mahu ambil tahu langsung hal lelaki itu.

“Dia datang sini tak?”

“Saya cakap tak payah sebab saya bagitahu Mala ada dekat sini.” Jawab Dato Hamdan lagi.

Sekali lagi Nirmala melarikan pandangannya dari Maklong Hasmah pula. Cepat-cepat matanya terarah pada papan kenyataan dan pura-pura membaca berita-berita kesihatan.

“Mala nak ke toilet sekejap.” Kata Mala lalu bangun meninggalkan orang tuanya di situ. Sebenarnya dia tidak selesa di situ. Jelingan sinis ayahnya dan Maklong benar-benar buat dia tak senang duduk. Dia tahu jelingan itu mempunyai makna tersirat yang dia sendiri boleh faham.

“Cuba long nasihat sikit dekat anak long tu. Suruh dia jangan keras hati sangat. Sampai bila dia nak buat perangai macam tu?”

“Kamu cakap senanglah! Dia tu anak kamu. Kamulah yang cakap. Kenapa aku pulak?” Bentak Maklong Hasmah pada Dato Hamdan.

“Diakan rapat dengan long.” Dato Hamdan lemah bersuara.

“Tulah kamu! Anak sorang pun payah nak jaga. Aku yang ada anak OKU pun tak susah macam kamu. Cuba kalau kamu tak degil dulu, mesti dia tak jadi macam tu.” Tempelak Maklong Hasmah geram.

“Yelah-yelah..saya yang salah. long yang betul!”

“Mengaku pun! Aku dah cakap dulu sebelum setuju dia kawin dengan Fazhan. Fikir dulu..fikir dulu..! Tapi kamu degil. Cakap orang tak mahu dengar. Cakap kamu saja yang betul. Nilah jadinya!”

“Benda dah lepas long.!”

“Dah lepaslah sebab kamu yang puncanya. Kalau tak, dah tentu dia bahagia dengan Luqman dulu. Entah-entah dah lima orang cucu aku.”

“Cucu saya jugak.”

“Ada hati nak mengaku cucu.!” Tempelak Maklong Hasmah lagi.

“Dahlah Long! Saya risaukan Anis ni. Mulut long tu sejak dalam kereta tadi asyik pok pek pok pek, bingit telinga saya ni. Kalau lama-lama boleh jadi pekak saya nanti.”

“Biarlah pekak. Ada aku kisah.?” Jawab Maklong Hasmah geram. Sakit hatinya hingga kini masih berkesan. Jika dulu sikap Nirmala yang mendengar kata buat hatinya senang. Tapi kini tidak lagi. Dari anak yang mendengar kata sudah bertukar kepada kedegilan berganda. Apalah salahnya jika adiknya ikut sekali kata Nirmala jika selama ini dia tidak pernah engkar atas apa permintaan ayahnya.

Tergaru-garu kepala Dato Hamdan bila bertekak dengan kakaknya. Sejak dulu hinggalah sekarang, kakaknya itu tak habis-habis menyalahkan dirinya. Kini Nirmala turut menyalahkan dia. Dia sendiri kadang-kadang tumpul otak memiikirkan cara mengatasi masalah itu. Adakalanya dia memohon pada Allah agar segera menarik nyawanya kerana tidak sanggup lagi hidup dalam serba salah.

Lima minit menanti masih tiada apa-apa berita dari dokter tentang keadaan Anis Humaira. Hinggalah Fazhan dan Amil tiba, berita tentang Anis Humaira masih dalam rahsia.

“Mana ibu?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Amil Zaquan selepas bayang Dato Hamdan kelihatan depan matanya.

“Ibu pergi toilet sekejap.”

‘Adik Anis?”

“Masih ada di dalam.”

“Kenapa lama sangat?” Fazhan pula ambil alih bertanya. Jelas di wajahnya tidak puas hati dengan layanan pihak hospital.

“Ayah pun tak tahulah An. Risau dah ayah ni. Dah dekat sejam dalam tu. Apa yang dikelebekkan anak kamu tu, ayah pun tak tahu.”

“Ibu..!” Laungan Amil Zaquan buat semua yang berada di situ turut memandang pada Nirmala yang sedang melangkah ke arah mereka.

Amil Zaquan dipeluk manja. Kepala Amil Zaquan dicium berkali-kali. Haruman syampo strawberry yang melekat di kepala Amil Zauan benar-benar memberi ketenangan pada Nirmala.

“Ibu balik rumah kita tak malam ni.?” Soalan pertama Amil Zaquan untuk Nirmala.

“Tak kot! Kalau adik kena tahan wad, Ibu nak kena jaga Anis malam ni dekat sini.”

“Alah..! lecehlah macam ni. Tiap-tiap malam kena tidur sorang. Tak best la..! Siapa nak tepukkan Amil?”
Nirmala sudah mula tersenyum mendengar rungukan Amil Zaquan. Melihat muncung yang terukir di mulut Amil Zaquan buat hatinya terhibur.

“Toklongkan ada. Ha..! tokwan pun boleh tepukkan. Kalau Mil taknak jugak, bibik dekat rumah tu ada dua orang. Pilih je nak yang mana.”

“Mil nak ibu..!” Rengek Amil Zaquan lalu memuncungkan mulutnya.

“Papakan ada.” Bisik Nirmala perlahan di telinga Amil Zaquan setelah tiada siapa lagi yang harus disebut dalam rumah itu. Sempat dijeling sekilas pada Fazhan.

Fazhan senyum dalam hati mendengar bisikan Nirmala. Dia tahu Nirmala malu dengannya. Sambil mengetap bibir menahan senyum, Fazhan menunduk ke lantai.

“Alah..!”

“Janganlah macam ni. Amil budak baikkan? Budak baik tak boleh perangai macam ni. Kalau ibu balik siapa nak jaga adik Anis? Kasihan adik Anis tak sihat. Amil sayang adik Anis tak?”

“Sayang!”

“Ha..kalau sayang biar ibu jaga adik Anis dekat sini. Malam ni Amil tidur dengan papa ye?”

Okey! Tapi ibu cakap sendirilah dekat papa. Papa tu bukan nak tidur dalam bilik Mil.”

Nirmala hilang kata. Namun dipaksa juga mengangguk tanda setuju.

“Lagi satu.  Ibu janji balik rumah tau!”

“Ye. Ibu janji.”

Kehadiran Dokter di situ menghentikan perbualan Nirmala dan Amil Zaquan.

“Anak Encik terpaksa kami tahan untuk sehari dua  ni. Kami belum tahu lagi punca dia demam. Tapi dari pemerhatian kami, kemungkinan anak encik mengalami masalah usus. Tapi itu hanya keputusan mata kasar kami sahaja. Sebab tu kami terpaksa tahan sebab ada beberapa ujian kena buat untuk pastikan kesahihannya.”

Tersentak semua yang ada di situ.

“Macam mana keadaan dia sekarang? Sekarang apa yang perlu kami buat.?” Kalut Fazhan bertanya.

“Dia okey! Cuma adakalanya suhu badannya akan naik mendadak. Sebab itu kami mahu pantau dia untuk sehari dua ni. Harap tuan puan tak kisah kalau dia dibawah jagaan kami.”

Terangguk-angguk Fazhan dan yang ada mendengar penjelasan Dokter itu. Hampir lima belas minit mendengar penerangan dokter muda itu, akhirnya semua pakat melepaskan keluhan berat.

“Apalah yang cucu aku rasa sekarang dalam tu. Dia kecil sangat. Kenapa dia yang kena? Kenapa bukan aku? Apa salah budak tu?” Bertubi-tubi soalan sebak keluar dari mulut Maklong Hasmah.

Nirmala mengetap bibir menahan sebak sambil memeluk erat tubuh tua itu. Tiada kata yang lahir dari mulut Mala. Hanya air mata yang mengalir tanda kesedihan dan kebimbangannya.

“Mala pergilah balik temankan Amil. Tentu Mala dah penat. Anis, biar abang yang jaga.” Kata Fazhan lembut. Selepas penerangan dengan dokter tadi, dirasa tiada apa yang boleh dibuat jika menunggu lama di situ. Melihat Amil Zaquan sudah mula menguap keletihan, diarahkan agar semuanya balik.

“Awaklah yang balik. Biar saya saja yang tunggu. Lagipun saya tak penat pun.” Balas Nirmala perlahan tanpa memandang Fazhan. Itulah kali pertama dia bercakap elok dengan Fazhan selepas sedar dari ingatannya. Jika sebelum ini Fazhan asyik menjadi mangsa herdikannya.

“Janganlah macam ni. Abang takut Mala pulak yang sakit nanti.”

Nirmala sudah mula rimas mendengar suara memujuk Fazhan.

“Saya okey!” Balas  Nirmala acuh tak acuh.

“Kasihan Amil. Dari semalam dia tunggu Mala balik. Mala balik ek!”

“Awak ni kenapa? Kalau saya kata saya okey, maknanya saya okey la! Tak payah nak tunjuk baik la!” Tempik Nirmala berang. Fazhan tergamam. Nasib baik tiada orang awam di situ.

“Kenapa ni Mala? Janganlah dekat sini pun nak bertekak.! Cuba bawa bertenang. Tak malu ke? Ingat sama anak kamu dekat dalam tu.”

Kembang kempis dada Nirmala menahan marah. Wajah Fazhan dipandang tajam. Kata-kata Maklong Hasmah buat dia tersedar.

“Kalau awak nak jaga sangat anak awak, awak jagalah sendiri.!” Tempelak Nirmala lantas menarik tangan Amil Zaquan tanpa memperdulikan kata-kata Maklong Hasmah tadi.

Fazhan hanya menggeleng kepala melihat Nirmala pergi. Sangkanya tadi Nirmala boleh terima dirinya selepas apa yang jadi. Namun sangkaannya meleset. Nirmala masih seperti singa kelaparan setiap kali bercakap dengannya. Diakui salahnya juga kerana terlalu mendesak.

“Sabarlah An. Angin dia tak betul lagi tu.” Pujuk Dato Hamdan yang turut kecewa dengan sikap Nirmala.

“Saya faham. Ayah dengan maklong baliklah. Dah lewat ni. Nanti ayah dengan maklong penat pulak.” Balas Fazhan lemah. Niatnya mahu menceritakan tentang apa yang berlaku di pejabat Fir Luqman pagi tadi pada Dato Hamdan. Tapi bila mengenangkan bapa mertuanya itu ada masalah darah tinggi, maka dipendamkan saja. Tak dapat dibayangkan apa anggapan Dato Hamdan jika tahu Nirmala mahu berkerja di syarikat Fir Luqman. Dia tahu syarikat itu sudah diubah kepada nama Nirmala dan Amil Zaquan.  Semuanya sudah diceritakan oleh Jefri. Dan tak salah jika Nirmala ambil keputusan mahu berkerja di situ. Tapi bagaimana dengan syarikat Dato Hamdan? Bukan dia tidak boleh handle syarikat itu, masalahnya kerjanya sebagai finance di situ lebih memerlukannya. Untuk mencari tenaga kerja yang berpengalaman dalam bidang itu memang boleh tapi payah sedikit. Almaklumlah kerja yang melibatkan duit memang memerlukan pekerja yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab.

No comments: