BAB
4
ZARA
mula buat persiapan perkahwinannya. Kain sutera pemberian Fairuz Imsyar dari UK
lima bulan yang lalu siap menjadi sepasang baju kurung moden untuk dipakai di
majlis nikah mereka nanti. Zara tidak sabar menanti hari bahagianya. Walaupun
masih ada masa lagi lima bulan sebelum majlis, dia harus menyediakan apa-apa
yang patut agar majlisnya berjalan lancar.
Hatinya riang selepas berbual panjang dengan Fairuz
Imsyar sebentar tadi. Fairuz Imsyar berjanji akan pulang seminggu awal sebelum
majlis. Mengingtkan kembali terjalinnya hubungan dengan Fairuz Imsyar, merangkap
juga renior ketika sekolah menengah, dia tersenyum sendiri.
“Minggu depan sebelum abang bertolak ke UK, abang
nak pinang Zara. Zara setuju tak?” Fairuz Imsyar menyatakan hasrat hatinya.
Risau juga kalau-kalau bunga yang dipuja dipetik orang sepanjang dia berada di
rantau orang.
“Zara tak kisah. Tapi abang dekat sana bertahun- tahun.
Zara takut mak dengan ayah tak setuju.” Bantah Zara lembut. Faham maksud Fairuz
Imsyar di saat mereka bakal berjauhan kerana dia turut rasa sama apa yang
Fairuz Imsyar rasa. Lima tahun saling mengenali, rasa bagai semalam mereka baru
berkenalan.
“Kalau macam tu, lepas kita bertunang kita terus
nikah.”
“Taknaklah! Zara dengan abang masih belajar. Kawin
memang mudah. Tapi tanggungjawabnya berat. Abang dekat sana, Zara di sini,
mampu ke kita atasi semua ni? Macam nilah! Abang suruh ibu abang datang bincang
dengan emak dan ayah Zara. Apa-apa keputusan, Zara ikut saja. Tapi untuk kawin
terus, Zara tak setuju sebab kita muda lagi. Zara takut abang tak puas
membujang.”
“Okey!
Abang terima alasan tu.” Jawab Fairuz Imsyar setelah sejenak berfikir.
Tamat majlis pertunangan, Zara teruskan harinya
belajar di UiTM manakala Fairuz Imsyar terbang jauh ke United Kingdom. Janji
Fairuz Imsyar untuk pulang selepas tamat
tempoh belajar sentiasa Zara sabarkan hati menanti.
Setiap hari mereka berbalas email. Namun masuk tahun
ke tiga email Fairuz Imsyar sudah jarang Zara terima. Alasan sibuk yang Fairuz
Imsyar berikan kadang-kadang menyensongkan fikirannya. Memandangkan dia juga
sering sibuk dengan tugasan, dia cuba memahami tugas Fairuz Imsyar sebagai
pelajar yang bakal menjadi seorang jurutera hebat.
Tiga tahun di UiTM akhirnya tempoh itu berlalu juga.
Zara berjaya tempatkan dirinya mengajar di daerah Johor. Walaupun terpaksa
berjauhan dengan keluarga, Zara cuba hidup berdikari demi mencapai cita-citanya
sebagai seorang guru.
Zara bersyukur, walaupun jauh dari keluarga,
hidupnya sedikit tenang memandangkan negeri yang bersempadan dengan negeri
Singapura itu aman tempatnya. Zara tidak merasa seperti tinggal di tempat orang
kerana area situ seperti tempat kelahirannya.
Berhadapan dengan kerenah anak-anak murid melupakan
dia sejenak pada Fairuz Imsyar hingga kadang-kadang dia sendiri lupa untuk
menitipkan sesuatu pada tunang tersayang. Namun dia cuba sedaya mungkin untuk
menghantar email agar Fairuz Imsyar tidak terasa hati.
Kini tinggal berapa hari saja lagi dia akan bergelar
isteri pada Fairuz Imsyar. Walaupun dia cuba
bertenang menanti hari bahagianya tiba, dia tetap rasa berdebar. Lapan tahun
hidup berjauhan dengan Fairuz Imsyar, dia yakin pasti malunya tak dapat
digambarkan ketika berjumpa nanti.
No comments:
Post a Comment