PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 19 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

19
AIDIL
Hati terluka hanya Dia yang tahu. Mampukah hati yang luka dirawat sembuh?Dia bahagia aku kecewa.

MERAH mata ku kerana menangis semalaman. Dah macam orang perempuan putus cinta pulak. Rasa terluka sangat. Tak aku sangka orang yang aku sayang dan cinta selama ini adalah saudara tiri aku sendiri. Paling buat aku tak percaya ialah, daddy tak pernah cintakan mummy. Patutlah daddy tak pernah ada keinginan untuk mencari pengganti mummy. Rupa- rupanya hati daddy masih pada isteri pertamanya Makcik Mazuin.

Aku malu. Malu pada orang ramai. Yang paling utama dah tentulah pada Nur. Selama ni aku terlalu bangga dengan status aku. Rupanya sejarah hidup aku lebih teruk dari yang aku jangkakan. Aku anak luar nikah. Ayah aku pembunuh. Mummy pulak seorang GRO dan juga merupakan perempuan simpanan pada seorang lelaki yang sudah ada keluarga. Datuk aku pulak merupakan ketua kongsi gelap. Sakitnya hati aku tuhan saja yang tahu. Ya Allah! Kenapa ujian ini yang kau limpahkan pada aku? Apa salah aku? Mungkin inilah balasan tuhan pada aku yang sering berlagak sombong dan suka memperkecilkan orang lain.

Jika difikirkan soal kecewa, aku rasa Nur lebih kecewa. Tak semua mampu memghadapi situasi seperti yang dia alami. Dia perempuan. Namun dia mampu meredah semua. Aku lelaki. Kenapa aku tak boleh kuat seperti dia? Sepatutnya aku bersyukur dipertemukan dengan insan mulia seperti daddy.

Telefon bimbit kucapai. Nombor Nur aku cari. Ingin sekali aku memujuknya. Aku tahu tentu dia sedang berduka lara. Tapi, mahukah dia terima panggilan aku? Siapa aku pada dia? Hanya sekadar saudara tiri saja. Aku malu pada diri sendiri. Bagaimana harus aku berhadapan dengan dia sedangkan penderitaan dia berpunca dari orang tua aku sendiri.

“Boleh daddy masuk?” Suara daddy kedengaran dari muka pintu bilikku. Tanpa jawapan, daddy terus melangkah dan duduk sebelah aku atas katil. Bahu aku dipeluk lembut. Niat di hati mahu menepis. Namun tiba-tiba rasa sedar diri. Tak sepatutnya aku berperangai begitu kerana selama ini, tangan itulah yang mendewasakan aku dengan sepenuh kasih sayang.

Daddy minta maaf kerana rahsiakan hal ni. Daddy terpaksa.”

“Keterpaksaan daddy tu mengecewakan banyak hati!”

Daddy tak ada pilihan!”

Aku hela nafas lemah.

“Nur gadis yang Dil suka selama ni, daddy!” Aku perasan daddy seperti terkejut.

“Kalau diikutkan Dil boleh kawin dengan dia. Tapi bila dah jadi macam ni, Dil rasa dah tak ada peluang.”

“Carilah yang lain. Dia pun dah nak kawin. Tak baik menjatuhkan masjid orang. Jangan ikutkan perasaan. Daddy yakin ada seseorang yang dah diciptakan untuk Dil.”

“Siapa yang nakkan Dil ni daddy? Bapa Dil seorang pembunuh. Mummy GRO, perempuan simpanan. Datuk Dil pulak ketua kongsi gelap! Dil malu dengan diri Dil sendiri. Kalau bagi hantaran lima ratus ribu pun, belum tentu ada perempuan nakkan Dil. Cuba daddy bagi tahu apa yang perlu Dil buat agar rasa malu ni hilang lenyap terus dari hidup Dil ni.”

“Itu namanya kamu menolak takdir. Takdir itu telah ditentukan oleh Dia. Tak baik kita mempertikaikan takdir yang telah ditetapkan dalam diri kita. Daddy juga terasa kecewa. Tapi daddy tak mampu nak melawan takdir. Daddy merana. Daddy tinggalkan isteri daddy  yang sedang mengandungkan anak bongsu daddy. Satu-satunya anak lelaki daddy mati. Paling buat daddy rasa bersalah bila dapat tahu isteri daddy sakit mentel selepas daddy tinggalkan dia. Sedangkan daddy bahagia dan senang lenang di sini. Anak, daddy abaikan tanpa kasih sayang yang sepatutnya menjadi milik dia.”

“Apa yang Dil harus buat sekarang, daddy? Dil malu dengan Nur!” Pilu hatiku bertanya pada daddy.

“Jika dah tertulis begini, kita terima dan redha saja. Berdoa agar semua akan berjalan baik seperti sedia kala."


NUR
“NUR okey tak ni?”

Aku toleh  belakang bila dengar suara maksu mendekati aku. Masa tu baru aku sedar, aku dah banyak buang masa di halam rumah.

“Mak mana Maksu?”

“Dah tidur. Nur ni kenapa? Maksu tengok sejak balik tadi, asyik melamun saja. Ada masalah ke dengan ayah Nur dekat sana?”

“Entahlah maksu. Susah Nur nak cerita. Bila ingat apa yang ayah ceritakan tadi, Nur rasa kasihan pada dia.  Tapi bila ingat penderitaan emak, hati Nur cepat berubah. Hati Nur sakit. Paling buat Nur tak sangka anak tiri ayah tu pernah belajar sama dengan Nur dulu. Dan dia juga pernah datang ke tempat kerja Nur atas urusan kerja. Dan yang paling buat Nur geram, dia berani luahkan perasaan dia pada Nur walaupun tahu Nur dah ada Zikri.”

Aku diam sambil mencuka bila maksu Idah ketawa.

“Biasalah tu kalau orang lawa. Dah tentu ramai yang terpikat. Tapi, maksu nak tanya Nur fasal ayah. Dia macam mana? Sihat? Nur ada jumpa dengan kakak-kakak Nur?”

“Sihat maksu. Semua sihat. Tapi ada sesuatu yang mungkin buat maksu terkejut kalau Nur cerita.”

“Apa Nur?”

Tertoleh-toleh aku ke belakang takut-takut kalau emak mendengar perbualan aku dengan maksu. Bila aku yakin tiada kelibat emak di situ, aku mula bercerita tentang apa yang terjadi di rumah ayah tadi. Seperti yang aku jangka, bulat mata dan mulut maksu bila aku ceritakan tentang Nancy.

“Macam mana dengan Nancy? Dia boleh terima?” Bisik Maksu Idah.

“Alhamdulillah maksu. Kawan Nur tu kuat. Dia siap bagitahu nak teruskan niat papa dia yang nak masuk islam.”

“Alhamdulillah..! Habis, Nur macam mana?”

“Entahlah maksu! Nur cadang nak tangguhkan dulu tarikh pertunangan Nur dengan Zikri. Nur rasa Nur tak kuat lagi untuk berhadapan dengan mereka lagi. Nur takut emak tak boleh terima apa yang jadi pada abang Iman.”

“Nurkan tahu keadaan emak sekarang. Tak patutlah Nur nak tundakan rancangan Nur tu. Kesian Zikri. Lagipun mak Nur memang harap sangat Nur kawin cepat. Maksu tak percaya Zikri boleh terima cadangan mengarut Nur ni.” Tempelak maksu perlahan. Aku lepaskan keluhan berat.

Hampir jam sebelas malam aku di luar, baru aku masuk rumah. Badan aku rasa letih kerana siang tadi memandu lama. Namun mata ku sukar nak lelap. Niat di hati nak hubungi Zikri. Mesti Zikri tunggu aku call sebab tadi aku dah janji nak call bila dah sampai. Tapi bila aku ingat balik rancangan merapu aku tadi, aku rasa bersalah. Aku yakin Zikri takkan terima, tapi aku kena cuba berbincang dengan dia juga. Kerana tak mahu dengar dia membebel, aku utuskan sms saja padanya. Harap-harap dia dah tidur dan sudah pasti balasan sms aku akan dihantar esok.

-Nur minta maaf sbb x call abg. Mmg cdg nk call td tp ralit melayan emak dan mksu. Oklah! Nur dh penat. Nk tidur. Esok Nur cuti lagi. Klu abg free, dtg umah esok. Ada sesuatu yg Nur nk bincangkan.-

Tak sampai seminit telefon bimbitku berbunyi. Alahai..sms Zikri masuk pulak.  Ingat tadi dia dah tidur.. Ni mesti kena bersoal panjang.

  -Ada yg x kna ke dgn ayh? Ke.. ayh x mahu dtg?-

Aduh! Aku nak balas apa ni ek? 

-xlah! Hal lain.-

-Bunyi mcm penting je-

-mmg penting pun. Tp skrg Nur nk tdo. Esok kita ckp-

-abg call-

-jgnlah..! esok kte bincng.-

-abg x blh tdo klu Nur masih mengelak-

-please..!!!!!-

-please jgn mendera abg! Abg dh x sng ati skrg ni.-

-ok..!

Tak sampai beberapa saat pun telefon bimbit aku berbunyi tanda panggilan masuk. Aku tersenyum hambar. Tak sempat nak reka ayat bagi hati dia sejuk.

“Kenapa ni..! Cuba terus terang dengan abang.”

“Kalau Nur cakap, abang jangan marah Nur ye!”

“Kenapa abang nak marah pulak?”

Lembut suara Zikri di hujung talian. Serba salah aku dibuatnya. Tapi aku kena cakap jugak. Kalau tidak sampai esok Zikri terus mendesak.

“Janji dulu abang tak marah.”

Okey..! abang janji.” Balas Zikri setelah lima saat berdiam.

“Sebenarnya..Nur nak tangguhkan rancangan kita tu.” Aku cakap lambat-lambat sebab takut dia terkejut.

“But why..???”

Sakit telinga aku dengar suara Zikri sedikit menjerit. Seawalnya aku dah agak.

“Abang ni..! tadi janji tak marah.!” Rungutku sayu.

“Mana ada abang marah, abang terkejut je..!” Balas Zikri berselang dengan ketawa kecil.

“Sebab tu Nur nak bincang dengan abang esok. Cakap dalam telefon tak puas kalau tak tengok muka abang.” Aku harap ayat aku tu boleh meredakan hati Zikri.

Okey. Tapi kenapa nak tangguh? Abang ada buat salah ke?”

“Bukan sebab abang..!”

“Habis tu?”

“Sebenarnya lepas Nur jumpa dengan ayah tadi, Nur rasa Nur tak kuat nak mengadap ayah lagi. Hati Nur sakit kalau ingat apa yang jadi pada emak. Kalau abang nak tahu Aidil tu adalah anak tiri ayah. Nur tak sangka semua ni. Paling tak sangka dia adik sebapa dengan Nancy.”

“Apa semua ni? Abang peninglah. Apa kena mengena semua tu dengan rancangan kita. Cuba Nur cerita satu persatu. Kalau sebab tu Nur nak minta tangguh, abang rasa alasan tu tak munasabah langsung.”

“Susahlah cakap dalam phone. Esok sajalah kita bincang.” Aku bedesit sekali.

Ok! Esok abang emergency leave. Pukul sepuluh abang datang. Kita bincang hingga selesai. Jangan pening-peningkan kepala.” Kedengaran deruan nafas Zikri dihujung talian. Aku tahu dia dah tak sedap hati.

Thank abang!”

“Jangan cakap fasal tangguh lagi okey. Rasa macam nak luruh jantung abang tadi.”

Aku ketawa lucu.

“Nur baru rancang je..!”

“Tak boleh! Abang tak akan terima dan abang takkan setuju. Fullstop! Sekarang Nur tidur.”

“Mm..good night!”

“Mimpikan abang!”

Aku ketawa kecil lalu matikan talian. Sambil mengeluh aku perhatikan telefon bimbit di tangan aku. Wajah aku, emak dan maksu ketika berkelah di Pulau Pangkor sedang menghiasi skrin aku perhati lama. Cukup tiga puluh saat, gambar tadi hilang. Aku mnegeluh lagi. Bagaimana agaknya kalau aku kehilangan emak untuk selama-lamanya? Aku tak sanggup! Sejujurnya aku rasa aku bakal jadi penghuni di hospital bahagia. Rasanya Zikri pun tak mampu nak sembuhkan aku.


SEPULUH minit sebelum pukul sepuluh pagi, kereta Zikri berhenti depan rumah. Tersenyum-senyum maksu Idah menyambut kedatangan Zikri. Aku yang berada di ruang tamu hanya tersenyum melihat kehadiran dia. Walaupun Zikri kerap datang ke rumah, aku tahu dia masih malu-malu dengan maksu kerana maksu selalu menyakatnya.

“Amboi! Berseri-seri maksu tengok Zikri hari ni. Ada apa-apa ke?”

Takde apa-apa maksu. Biasa-biasa je..! Mak mana maksu?”

“Baru masuk tidur. Dia tak tahu menantu kesayangan dia nak datang ni. Kalau dia tahu mesti dia tunggu.”

Tersengeh-sengeh Zikri pada aku yang sedang melangkah malas ke arahnya.

“Tak apalah maksu. Saya datang nak jumpa Nur saja.”

“Baru sehari tak jumpa, takkan dah rindu kot..? Susah-susah sangat, tak payah tunang-tunanglah. Terus nikah.!”

Makin lebar sengeh Zikri bila maksu terus mengusiknya.

“Saya je yang terhegeh-hegeh nakkan dia.” Ujar Zikri sambil menjeling pada aku.

“Dia pun terhegeh-hegeh jugak dekat kamu, tapi takkan nak tunjuk kot..! jatuhlah saham!” Usik maksu lalu terkekeh-kekeh ketawakan aku.

“Maksu..!” Ucapku sambil menjeling geram. Sengaja maksu aku ni nak mengusik. Biasanya hanya Zikri yang diusik. Hari ni habis dengan aku pun kena  sama.

“Tak apalah! Maksu masuk dulu. Nak tengok mak korang kejap. Bincang elok-elok. Terus terang maksu cakap, yang maksu memang tak setuju rancangan Nur tu. Nur! Air maksu dah siapkan atas meja. Nanti hidangkan untuk Zikri. ” Kata maksu lalu bangun dari duduknya. Zikri dan aku hanya mengangguk dan tersenyum sambil matanya meleret padang pada aku.

Okey! Sekarang kita mula berbincang. Abang nak Nur cerita dari awal sampai akhir apa yang jadi dekat rumah ayah semalam. Kalau abang rasa logik, abang akan pertimbangkan rancangan Nur tu walaupun abang rasa abang susah nak terima.” Kata Zikri setelah aku selesa di depannya.

Aku tarik nafas dalam sebelum aku mula bersuara. Aku tak mahu ada satu pun yang tertinggal. Semuanya masih terleket padat dalam memori aku sejak semalam. Aku harapkan Zikri dapat terima kerana aku benar-benar susah nak mengadap ayah lagi walaupun aku tahu, satu hari aku kena mengadap juga ayah aku tu.
Bukan aku tak nak lari dari kenyataan. Cuma aku minta diberi sedikit masa lagi untuk kuatkan semangat demi menghadapi masalah begini.

“Sampai bila abang nak tunggu?” Tanya Zikri serius sejurus selepas aku habis bercerita. Aku diam sambil sesekali menunduk ke bawah. Wajah aku dipandang tajam. Hati aku pulak yang rasa bagai nak meletup dengan renungannya tu. Ada sedikit rasa takut dengan renungan tu.

“Boleh tak abang jangan pandang Nur macam tu. Nur takut tau! Dah macam nak telan je rupanya.” Rungutku perlahan. Zikri menahan tawa. Aku jeling geram.

Okey! Abang minta maaf. Sekarang abang nak tahu, sampai bila Nur nak tangguhkan rancangan kita ni.? Sebulan? Dua bulan? Setahun? Atau lebih dari tu?”

“Nur tak tahu..”

“Tak tahu..! Kalau abang bagi tempoh dua tahun macam mana?”

Terangkat kepala aku dengar cadangan Zikri. Wajah tenangnya aku pandang sekilas sebelum menunduk kembali. Ada sedikit pelik dalam nadanya tu. Ayat nyata atau sindiran? Aku angkat bahu.

“Kalau lepas dua tahun, Nur masih belum lagi kuat untuk hadapinya. Nur nak minta tangguh lagi? Dan begitulah seterusnya yang jadi dalam hubungan kita sampai Nur betul-betul dah bersedia. Emm..rasa-rasa Nur, masa Nur dah bersedia tu berapalah umur kita ek?”

Sekali lagi aku tersentak. Aku dah mula sedar, itu menyindir namanya. Aku mula buat kira-kira. Sekarang aku dah nak masuk dua puluh lapan tahun. Kalau tangguh lagi dua tahun aku dah masuk tiga puluh. Zikri nak ke dekat aku lagi yang dah bergelar andartu?

“Nur takut sebenarnya! Nur takut mak tak boleh terima.”

“Nur tahu tak, Nur ni nak mengelak dari selesaikan masalah. Selagi kita macam ni, sampai bila-bila masalah ni tak selesai. Jangan sampai mak tutup mata kempunan tak dapat jumpa anak-anak dan suaminya, sudah! Abang takut, masa tu baru Nur rasa nyesal tak sudah.”

“Abang yakin?”

“Belum cuba mana kita nak tahu! Kita cuba dulu. Lagipun kesihatan mak sekarang ni terkawal. Lagipun Nur sendiri tahu mak jadi macam tu sebab rindukan anak-anak dan suaminya. Mungkin kita rasa ayah kejam sebab tinggalkan emak sendiri tanpa pedulikan perasaan mak. Sedangkan Nur pun tahu ayah pergi kerana terpaksa. Emak pun tahu tentang perempuan tu. Abang tak rasa mak tak boleh terima. Abang yakin inilah saat yang mak nantikan sejak dulu. Lagipun mak memang harap kita kawin cepat.”

“Yelah! Nur tak yakin sebenarnya..”

“Apa yang tak yakin? Tak yakin tentang mak atau abang?” Tanya Zikri serius. Aku berdesit geram.

“Tak yakin fasal mak lah..!” Aku jawab sambil menjeling. Zikri tersenyum malu.

“Kita cuba dulu okey!” Ujar Zikri lembut. Aku angguk sekali.

“Bila Zikri sampai?” Suara emak tiba di pintu utama sambil tersenyum. Aku dan Zikri hanya menyambut mak dengan senyuman nipis.

“Dah setengah jam. Mak dah bangun?” Tanya Zikri sopan.

“Dah lama mak bangun. Bersembang kejap dengan maksu. Dia kata Zikri datang.”

Aku hanya memandang emak dan Zikri bertegur sapa.  Melihat emak, hati aku terhiris mengenangkan apa yang jadi pada emak selama ini. Tapi bila mengingatkan apa yang Zikri cakap tadi, aku rasa aku perlu ubah pandangan aku demi kebahagiaan emak sekali gus hati Zikri yang aku cinta. Tambahan pula umi Zikri tak henti-henti bertanyakan tentang aku dan anaknya. Buat aku semakin serba salah.

“Zikri jangan kecewakan anak mak ni ye? Mak tak mahu dia derita macam mak. Mak beruntung ada anak sebaik Nur. Dan mak harap sangat Zikri bahagiakan dia. Sekarang ni harapan mak hanya pada Nur. Mak tahu, mak dah tak ada harapan nak jumpa lagi dengan anak-anak emak yang lain. Sebab tu mak harap, Zikri jangan kecewakan dia. Kalau boleh, mak nak tengok anak mak ni bahagia dengan kehidupan barunya di samping suami dan anak-anaknya.”

Aku sebak sambil merangkul lengan emak. Pandanganku lemparkan ke kaki aku yang sibuk menguis-nguis batu putih yang menghiasi laman rumah aku Sesekali aku pandang wajah emak. Aku nampak emak tenang berbicara begitu. Bibirnya terhias dengan senyuman. Namun begitu riak wajahnya jelas benar-benar berharap Zikri dapat bahagiakan aku.

“Mak janganlah risau. Saya akan jaga Nur macam saya jaga hati saya.” Ujar Zikri lemah. Aku masih menunduk. Tak sanggup tengok muka dia.

“Mak teringin jumpa Ana dan Ida. Nur boleh cari kakak-kakak Nur tu?”

Ternganga aku dengar permintaan emak. Wajah Zikri aku pandang sekilas. Zikri turut tergamam. Seketika kemudian Zikri mengangguk kepala.

“Selain Kak Ida dan Kak Ana, ada siapa-siapa lagi yang mak nak jumpa?” Aku tanya sambil merenung wajah tanang emak.

“Mak rindukan Iman. Tapi biarlah dulu Iman tu. Nanti-nantilah mak pergi jumpa dia. Dia pun tak sabar-sabar jumpa mak.” Balas emak bersahaja. Aku telan air liur tengok emak bangun dan berlalu masuk kedalam rumah.

“Abang tengok sendiri. Tentang ayah mak tak sebut langsung. Abang yakin ke mak boleh terima kehadiran ayah?”

“Abang rasa baik kita temukan emak dengan kakak-kakak Nur dulu. Tentang ayah, kita fikirkan kemudian. Mana tahu, mungkin kehadiran anak-anaknya tu boleh meredakan keadaan.”

Aku teranguk-angguk dengan pandangan Zikri. Mata aku yang dah sedikit berair dipandang sambil geleng kepala.

“Janganlah macam ni! Abang susah hati kalau Nur macam ni. Kalau Nur jatuh sakit, macam mana?”

“Alah! Kalau sakit apa susah? Apa guna berboyriendkan dokter, kalau kekasih sendiri tak boleh nak ubatkan?” Jawabku sambil mengesat mataku yang mula berlinangan.

Zikri ketawa kecil.

“Kalau abang yang rawat Nur, senang je..! Bawak jumpa tok kadi, gerenti sihat!”

“Tak ada cara lain?”

Zikri geleng kepala sambil tersenyum nakal.

Okey! Nur ikut apa yang kita rancangkan sebelum ni. Tapi kalau emak alami perubahan lepas ni, abang kena ikut cadangan Nur!”

Zikri diam. Seketika kemudian dia akhirnya mengangguk lemah. Aku tahu dia sukar nak terima. 

No comments: