PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 9 Kata Hati Tak Terkata

BAB 9
 “CUTI panjang nanti, saya nak balik kampung. Awak nak ikut?” Tanya Aqil Muaz pada Zara ketika mereka sedang makan di Komplek Pusat Bandar. Dari jauh tadi dia melihat Zara sedang membelek-belek majalah wanita di sebuah gerai surat khabar. Kerana tidak tahan menanggung rindu, dua rakannya ditinggalkan lalu mendapatkan Zara dan mengajak Zara makan bersamanya. Tersenyum lebar bibirnya kerana Zara dengan senang hati setuju dengan pelawaannya.

“Saya pun nak balik kampung. Sorry ek! Lain kali.” Seloroh Zara sambil meneruskan suapan. Bihun sup yang menjadi pilihannya tengahari itu benar-benar membuka seleranya.

Semenjak pertemuan mereka yang lalu, mereka semakin akrab. Walaupun semakin hari hubungan mereka semakin intim, namun masing-masing tidak pernah ungkapkan rasa sayang dan cinta. Bagi Zara ucapan cinta itu haruslah dimulakan dari pihak lelaki. Dia tidak mahu jadi perigi cari timba walaupun di zaman serba moden ini, ungkapan itu tidak dipandang lagi. Namun hatinya kadang-kadang berlagu riang bila Aqil Muaz sering menyatakan rindu.

Manakala bagi Muaz pula, tak salah jika perempuan yang memulakan dulu. Teringin juga dia rasa seperti yang Rasulullah rasa selepas Siti Khatijah melamar Rasulullah. Selain dari itu dia yakin Zara pasti sukar terima cintanya setelah mengalami pengalaman pahit yang lalu. Selepas mendengar cerita Zara, dia yakin Zara masih fobia untuk menerima cinta dari lelaki. Dan kerana sebab itu jugalah, Aqil Muaz ambil kepurtusan untuk terus bersabar sebelum berterus terang. Dia mahu Zara ambil masa pulihkan perasaan selepas dikecewakan.

“Lain kali? Lain kali tu bila.?” Serius Muaz bertanya.

Ermm..bila-bilalah..!” Jawab Zara lalu tersenyum nakal.

“Yelah! Bila-bila tu bila? Saya nak tahu juga. Senang nak buat persiapan.”

Zara tersenyum sambil menggigit sedikit bibirnya. Mendengar kata akhir Aqil Muaz, dia sendiri yang rasa malu-malu.

“Persiapan apa ek?”

“Apa-apalah! Kampung saya tu rumah papan. Nak juga saya siapkan bilik yang elok. Bantal, tilam, kelambu. Kampung saya banyak nyamuk tau! Tambah lagi kalau dia jumpa mangsa macam awak ni. Mesti dia senyum lebar sebab dapat rasa darah muda macam awak. Kompem dia panggil tenteranya serbu rumah saya.” Balas Muaz tersengeh-sengeh.

“Bunyi macam tak kasi ikut je.! Tadi dia yang beria-ria ajak.” Balas Zara lalu menjeling geram. Mula-mula tadi dia beranggapan persiapan yang dimaksudkan oleh Aqil Muaz tadi adalah persiapan untuk temukannya dengan orang tua Aqil Muaz. Tapi selepas Aqil Muaz cakap begitu, dia sedikit kecewa.

“Bukan tak kasi ikut. Saya saja nak jelaskan keadaan kampung saya pada awak sebelum saya bawak awak balik kampung saya. Awakkan dah biasa duduk bandar.!”

Zara mengekek-ngekek ketawa. Kalaulah Aqil Muaz tahu yang kampungnya juga banyak nyamuk, pasti Aqil Muaz tidak percaya. Selama ni Aqil Muaz menyifatkan Zara adalah anak orang kaya yang berasal dari bandar.
“Siapa kata saya biasa duduk bandar? Saya orang kampunglah! Mak dan ayah saya cuma kerja menorah. Kalau tiba musim buah, dusunlah tempat kerja mak ayah saya.”

Makin galak Zara ketawa melihat Aqil Muaz melopong.

“Rumah yang awak tinggal sekarang dekat sini, rumah siapa?”

“Itu rumah saya. Saya beli setahun selepas saya mengajar dekat sini. Mula-mula dulu rasa tak seronok tinggal sini sebab jauh dari kampung. Bila dah lama-lama baru rasa seronok. Jadi saya nekad nak terus jadi orang sini. Sebab tu saya beli rumah dekat sini.”

“Jadi awak berangan nak kawin dengan orang sini.? Macam tu?” Tanya Aqil Muaz tersenyum-senyum.

“Insyaallah..! Kalau ada jodoh dengan orang sini, saya tak boleh mengelak.”

“Keluarga awak?”

“Dia orang tak kisah. Saya ni anak tunggal. Saya bercadang nak ajak mak dan ayah tinggal di sini. Tapi awak faham-faham sajalah dengan sikap orang tua ni. Kalau boleh mereka nak mati di rumah mereka sendiri. Saya serba salah pula kalau terus mendesak.”

Aqil Muaz tersenyum hambar mendengar kisah Zara. Dalam fikirannya, Zara adalah seorang anak yang baik. Tak rugi kalau dia memilih Zara sebagai teman hidup sematinya. Namun jauh di sudut hatinya, dia berasa sedikit cemburu pada Zara kerana gadis itu masih memiliki kedua orang tua yang menyayanginya. Jika nak dibandingkan dengan dirinya yang serba kekurangan, Zara paling bertuah.

“Awak orang sinikan?” Zara bertanya dengan senyuman terukir di bibir.

Yup! Kenapa? Awak nak kawin dengan saya.?” Aqil Muaz serius bertanya sambil menatap wajah Zara yang melopong. Setelah melihat kekalutan di wajah Zara, Aqil Muaz menghamburkan tawanya.

Zara tersenyum dalam hati. Degup jantungnya semakin kencang. Seandainya benar terjadi seperti yang Aqil Muaz katakan tadi, dialah manusia paling bahagia. Namun sampai sekarang Aqil Muaz seperti bermain teka-teki dengannya. Kata-kata yang terdapat dalam buku rahsia cinta yang dibaca, memang ada jawapannya. Namun dia tidak berani mahu jelaskan pada Aqil Muaz. Sebenarnya dia takut tersalah tafsir apa yang terdapat dalam buku itu.

“Awak sudi tak kalau saya ajak awak kawin?” Aqil Muaz kembali bertanya setelah tawanya sedikit reda. Niatnya yang sebenar ialah benar-benar mahu tahu jawapan Zara. Andainya Zara bersetuju, sekarang juga dia akan luahkan perasaannya yang sebenar.

Zara semakin kelu seribu bahasa. Wajah Aqil Muaz dipandang mencari keikhlasan dan kejujuran. Bila melihat Aqil Muaz masih dengan sisa tawanya, Zara sedikit kecewa bila Aqil Muaz tidak serius. Jika diikutkan hati, mahu saja dia terus bersetuju kerana sememangnya hatinya sudah terpaut sayang pada si teruna di depannya.

“Jangan main-mainlah..! Soal kawin tak boleh dipandang mudah. Perlu ada perancangan rapi. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Sakitnya sampai sekarang masih saya rasa.” Sayu suara Zara meluahkan.

“Kenapa tak cuba beri peluang pada yang lain.?” Aqil Muaz serius.

“Saya cuba tapi hati saya masih ingatkan dia walaupun dalam diam saya dah mula sukakan seseorang.” Jelas Zara sambil menunduk malu.

Aqil Muaz tersentak. Melihat wajah bersahaja Zara, dia yakin Zara masih ingat pada bekas tunangnya walaupun sudah bertemu dengan seseorang. Walaupun sedikit kecewa , dia cuba berfikiran positif.

“Wah! Perkembangan baik tu. Boleh saya tahu siapa?” Tanya Aqil Muaz sambil tersengeh. Cuba menutup rasa cemburu.

Zara serius memandang raut wajah bersih Aqil Muaz. Hatinya kecewa bila ditanya begitu. Tertanya-tanya dia di dalam hati, apakah Aqil Muaz tidak merasa getaran yang dia rasa setiap kali mereka bersama?

“Tak payahlah tahu! Tak penting pun pada awak.” Ujar Zara geram lalu bangun segera mahu beredar dari situ. Apa yang dia mahu ketika itu adalah riaksi cemburu Aqil Muaz. Tapi bila melihat wajah Aqil Muaz seperti tiada perasaan, hatinya menjadi sakit. Walaupun dalam diam dia dapat merasa ada rasa cinta lelaki itu  untuk dirinya, jauh di sudut hatinya masih rasa tidak yakin.

Aqil Muaz tergamam melihat Zara meninggalkannya. Entah kenapa dia tak ada daya mahu menghalang Zara pergi. Baginya untuk meluahkan ungkapan cinta pada gadis idamannya harus punya keberanian dan keyakinan. Bila memikirkan kedua-duanya tiada dalam diri, dia semakin takut kehilangan Zaranya.

“Sudah terlambatkah aku untuk dirinya? Siapa seseorang yang dimaksudkan tadi?” Bisik Aqil Muaz sendiri. Hatinya sakit bila ingat kembali apa yang Zara katakan sebentar tadi. Pernah juga dinekadkan dalam hati untuk berterus terang, namun dia masih takut-takut.

Begitu juga dengan Zara. Sakitnya hati tuhan saja yang tahu. Pelbagai hint telah diberi pada lelaki itu, namun Aqil Muaz langsung tidak mahu cuba faham. Diikutkan hati, mahu saja dia berterus terang. Namun takut kalau dia bertepuk sebelah tangan. Takut juga kalau Aqil Muaz hanya menganggapnya tak lebih sekadar seorang kawan. Namun bila ingat kembali perbualannya dengan sepupunya Fauziah, hatinya sedikit lega bila Fauziah memberitahu yang Aqil Muaz masih belum berpunya.

Terfikir juga mahu turut serta bercuti di kampong Aqil Muaz. Namun sifat malu lebih menguasai. Disabarkan hati untuk terus bersetuju kerana masih ada banyak masa untuk dia menyelami hati lelaki itu.

No comments: