PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 5 Kata Hati Tak Terkata

BAB 5
AQIL MUAZ  tersenyum-senyum sambil menyemak buku kerja anak-anak muridnya. Subjek Sains kimia yang menjadi ajarannya di sekolah adalah perkara yang harus dititik beratkan. Walaupun tahu subjek itu ramai yang tidak gemar, namun dicuba juga agar ramai anak muridnya yang berjaya dalam bidang itu.
Jika dulu dia bercadang mahu melanjutkan pelajarannya hingga ke luar negara. Namun setelah menyedari tiada dana yng memperuntukkannya untuk ke sana, dia terpaksa redha. Bukan tidak ada langsung. Simpanannya jika dilihat memang mampu dia kesana. Namun bila ingat kembali kata sinis tentang status dirinya, dia terpaksa batalkan untuk menggunakan wang yang selalu abangnya kirimkan untuknya dulu dan sehingga kini walaupun sudah memiliki pendapatan sendiri, abangnya masih mengutuskan wang untuknya.

Kini hidupnya sendiri. Dia tenang walau tiada siapa di sisi. Namun dia bersyukur kerana abangnya selalu datang menemuinya di situ. Layanan yang diberikan oleh seorang abang kepada adik yang sentiasa dipinggirkan masih sama seperti pertama kali dia tahu dia ada seorang abang yang penyayang. Setiap kali dia menerima kunjungan abangnya, dia akan dilayan seperti kanan-kanak kecil yang memerlukan perhatian. Kerana sikap abangnya tulah dia begitu menyayangi abangnya sehingga pernah dia bersumpah sendiri akan berkorban apa saja demi kebahagiaan abangnya.

Dulu selepas kematian ibu dan ayah, Aqil Muaz selalu menyangka tuhan tidak pernah sayangkannya. Tapi bila dikurnakan seorang abang yang baik, dia bersyukur teramat sangat. Kini hidupnya semakin ceria bila pertama kali bersua muka dengan gadis misterinya. Walaupun masih belum tahu identiti si gadis, dia seperti yakin gadis itu bakal menjad mliknya satu hari nanti.


Namun entah kenapa sudah lima bulan lebih gadis itu tidak ditemui. Jiwanya serasa kosong. Pernah Aqil Muaz cuba mencari di kawasan yang pernah dia bertemu dengan si gadis, namun dia hampa. Akhirnya dia pasrah. Baginya , jika tertulis empunya diri miliknya, pasti tak kemana.  

No comments: