31
NUR
Orang yang selalu mengalah itu sebenarnya tidak lemah.
Namun bila dia berhenti mengalah, barulah terlihat kekuatan sebenar.
“PUAN jangan bimbang. Kami akan
teruskan siasatan. Tapi mungkin akan mengambil sedikit masa sebab saksi tak
dapat mengesan jelas.”
“CCTV dekat rumah saya tak boleh membantu ke Tuan?”
“Memang sekarang kami masih siasat melalui cctv yang
terpasang di rumah puan. Tapi sebab kelajuan yang amat ketara buat siasatan
kami sedikit rumit. Tapi puan jangan risau. Sekarang ni zaman teknologi. Tak
lama lagi mesti dapat kesan.”
Aku mengeluh lega. Masuk hari ni dah seminggu aku
berkampung di hospital Besar Ipoh. Kalau aku balik, umi ambil alih. Namun aku
tak galakkan umi kerap ke hospital kerana aku tak mahu nanti dia cepat letih. Aku tahu umi dah lama berkhidmat di
hospital dan dah tentu dia dah arif suasana di situ. Tapi kalau boleh, biarlah
dia banyak berehat di rumah.
Selepas Inspektor Kamal beredar, aku masuk semula ke
bilik Zikri. Aku bersyukur sebab Zikri dah dipindahkan ke wad biasa pagi tadi
dan tidak lagi berada dalam wad icu seperti mula-mula dulu. Jika dilihat
keadaan Zikri, dia seperti tak ada apa-apa kecederaan teruk. Hanya luka sedikit
di kepala dan tangan. Tapi kerana hentakan kepala di jalan terlalu kuat,
gegaran itu menyebabkan sistem otaknya mengalami masalah hingga menyebabkan dia
tidak sedar diri. Kadang-kadang aku risau kerana menurut Dokter Raziq badan
Zikri terlalu lemah. Degupan jantungnya pun tidak berada dalam situasi normal.
Kadang-kadang elok dan kadang-kadang lemah. Hinggakan menjadi keraguan dan
kemushkilan para-para dokter yang merawat. Namun Zikri tiada tanda-tanda
mengalami masalah jantung.
Aku boleh melihat sendiri keadaan Zikri jika jantungnya
lemah. Mesin yang terpasang di sebelah katil buat aku sentiasa gelisah tiap
kali jantung Zikri berdenyut perlahan. Tangannya akan aku genggam lembut dan
mengusapnya penuh kasih. Aku tahu Zikri gemar kalau aku manjakan dia. Sesekali
aku dapat rasa seperti Zikri membalas genggaman tanganku. Menurut Dokter Raziq,
perkara begitu biasa bagi pesakit yang koma. Dan aku juga dinasihatkan agar
terus berbual dan bercakap dengan Zikri. Ini adalah untuk menaikkan semangatnya
semula kerana pesakit masih boleh mendengar walaupun mata terpejam.
“Bangunlah bang! Abang dah tak mahu jumpa dengan Nur
ke? Abang dah tak sayang Nur ek? Abang tak mahu tengok perut Nur membesar? Rugi
tau! Hari tu abang kata nak bawak Nur pergi cek perut. Tapi last-last, abang tak temankan Nur pun.
Sedih tau! Abang tak teringin ke nak jaga Nur? Tak teringin nak jaga anak abang
ni? Kalau nakal macam abang, penatlah Nur nanti!” Aku ketawa lucu.
Sejak hari pertama aku disini hingga hari ke lima, aku
tak henti-henti menangis. Tapi sejak umi mula memberi tazkirah percuma, aku
bagai tersedar. Tak guna aku terus meratap sebak atas apa yang berlaku. Kata
umi, kalau aku menangis sampai jadi Kasim selamat atau Osman jailani sekali
pun, belum tentu Zikri nak bangun. Ada baiknya aku berdoa dan rajin bersolat
agar Allah perkenankan doa aku. Rasa malu sangat bila umi cakap macam tu.
Kadang-kadang aku pelik dengan diri aku. Kalau dulu aku boleh bertahan dengan
apa yang terjadi pada emak walaupun adakalanya aku rasa macam dah tak ada
harapan dan aku cuba cekalkan semangat selama dua puluh tujuh tahun. Tapi
sekarang aku cepat lemah sedangkan baru beberapa hari musibah melanda pada diri
Zikri.
Aku harap Zikri cepat keluar dari hospital. Tak
sanggup aku rasa lama-lama dalam wad ni. Badan aku pun dari perfume Vanilla dan
bertukar kepada bau ubat. Nasib baik aku tiada alahan semasa mengandung. Kalau
tidak, pasti aku dah termuntah monggek dalam wad ni. Tak fasal-fasal aku yang
kena tahan wad.
Aku terus berbual dan berbual sampaikan aku sendiri
dah tak tahu nak bualkan apa lagi. Kalau aku dah tak ada modal nak bersembang,
aku akan bacakan suratkhabar untuk dia. Tak pun aku bacakan buku-buku yang
pernah ditulisnya sendiri.
“Assalamualaikum..!”
Aku berpaling sambil menjawab salam. Bila lihat wajah
tampan itu, aku tersenyum nipis.
“Tak ada kerja ke?” Aku tanya sambil membetulkan
selimut Zikri.
“Ada. Sekarang time
rehat. Sengaja nak rehatkan diri dalam bilik ni.” Jawab Syamsul lalu duduk di
kerusi sebelah katil Zikri. “Macam mana hari ni?” Tanyanya lagi.
Aku mengeluh dan geleng kepala. Macam tulah hari-hari.
Tiap-tiap hari, Syamsul akan datang berbual dengan aku dan Zikri. Aku bangga
kerana Zikri ada rakan baik sebaik Syamsul.
“Kau nak tau Ki. Isteri kau sejak mengandung ni makin
hari makin cantik aku tengok. Makin seksi. Kau tak takut ke dokter-dokter handsome dok usya isteri kau? Aku dengar cerita orang atas asyik cakap fasal
Nur. Rugi kau kalau ada yang terpikat nanti. Aku pun rasa tak mahu lepas
peluang.” Kata Syamsul sambil tersenyum nakal.
Aku dah jegilkan mata sambil mengetap bibir geram
dengan kata-kata Syamsul. Aku tahu niatnya nak mengusik Zikri. Namun aku kena tahan
tawa. Takut juga kalau-kalau Zikri terasa hati. Tiba-tiba mesin denyutan
jantung Zikri naik mendadak. Aku dah kembali gelisah.
“Awak tengok, apa yang awak dah buat? Tak baik tau
usik suami saya macam tu.” Marahku pada Syamsul.
“Biarlah dia marah. Sekurang-kurangnya kita tahu apa
yang dia rasa sekarang. Manalah tahu, entah-entah dengan kemarahan dia tu, dia
akan bangkit semula. Saya tahu kelemahan dia terletak pada diri awak Nur. Dia
terlalu cintakan awak. Saya yakin dia takkan tinggalkan awak.”
“Tapi makin lama saya di sini, saya rasa macam hilang
keyakinan.” Jawabku lemah. Pandanganku tepat ke wajah Zikri yang masih terpejam
lena diulit mimpi indah.
“Come on
Nur! Jangan give up macam ni. Zikri
masih perlukan semangat awak. Kalau awak lemah, dia turut akan lemah.
Percayalah cakap saya. Tambah pulak awak sedang berbadan dua. Saya yakin dengan
hadirnya Zikri junior awak tu, dia
akan lebih bersemangat.”
“Terima kasih Syam! Bertuah Zikri ada kawan macam
awak.”
“Hah! Lagi satu saya nak pesan. Tolong jaga anak saya
tu baik-baik. Dokter Rahimah cakap, kandungan awak masih lemah. Ingat tau! Saya
nak jadi orang pertama yang memeriksa anak saya nanti. Saya tak mahu anak saya
tu ada apa-apa masalah. Jadi saya nak awak tolong jaga kesihatan awak
baik-baik. Kalau saya tahu anak saya tu tak sihat, siap awak.!” Ujar Syamsul
lagak serius sebelum keluar.
Aku tersenyum ceria. Kelakar dengan dokter padriatik
tu. Kerjanya hanya merawat kanak-kanak namun sampai sekarang tak ada cita-cita
nak ada anak sendiri.
“Abang dengar tak apa Syam cakap tadi? Abang tak
risaukan Nur? Bangunlah bang! Jaga Nur ni..! Macam mana kalau tiba-tiba Nur
teringin nak makan tom yam siam? Siapa nak bawak Nur pergi Thailand? Buatnya
pula Nur mengidam makan buah Salak Sumatera, siapa nak bawak Nur pergi Indon?
Kasihanlah pada Nur dan anak abang ni..!”
No comments:
Post a Comment