PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 28 Kata Hati Tak Terkata

BAB 28
SUDAH tiga bulan khabar tentang diri Aqil Muaz tidak menjengah di telinganya. Terkadang teringin juga mahu mengetahui dari Adib Mirza. Dan sepanjang itu jugalah dia masih belum terbuka hati mahu menerima Adib Mirza menjadi sebahagian dalam dirinya. Bukan dia tidak perasan semangat dan usaha Adib Mirza. Entah kenapa dia masih mesra jika ikatannya dengan Adib Mirza berlansung sebagai kawan sahaja.

Begitu juga dengan Adib Mirza. Sepanjang keakrabannya dengan Zara, dia dapat merasa yang Zara lebih bersikap seperti kawan biasa. Namun dia tidak berputus asa. Baginya selagi hati Zara tidak terisi dengan mana-mana insan bernama lelaki, dia yakin dia ada peluang. Namun sejak-sejak akhir ini dia perasan Zara semakin murung tiap kali berdua dengannya. Dia perasan mungkin punca darinya kerana terlalu mendesak. Tapi itukan satu usaha juga..

“Awak ada masalah ke Zara?”

Err..takde! saya okey. Penat sikit. Maklumlah! Sukan sekolah dah nak mula. Sepanjang hari saya sibuk dengan aktiviti padang. Pagi dekat padang. Petang dalam kelas. Awak faham-faham jelah. Saya mengajar di sekolah menengah. Bukan sekolah rendah. Pelajar-pelajar sekolah menengah ni lasak sikit. Tak macam sekolah rendah yang sekali cakap terus ikut.”

“Kalau saya tahu awak penat, taklah saya ajak keluar malam ni.” Ujar Adib Mirza lalu ketawa kecil.

Zara tersenyum. Dalam hati sempat menyumpah. "Kalau cakap penat pun, kau nak dengar ke..?" Selama ini dia rimas dengan tingkah Adib Mirza yang suka mendesak dan memaksa. Walaupun sudah banyak kali diluahkan rasa tidak puas hatinya, Adib Mirza seakan kurang mengerti. Baginya Adib Mirza jika digandingkan dengan Aliyana, memang padan sangat.

Bercakap mengenai perempuan itu, hatinya menjadi sakit. Sejak dia mula memberi peluang pada Adib Mirza, perempuan itu sudah berani berjumpa dan menyerangnya tak kira di mana jua, termasuklah di shoping komplek dan di hadapan sekolah. Sebelum ini tidaklah ketara sangat serangannya. Namun selepas mendapat tahu hasrat Adib Mirza turut mendapat restu dari Datin Basyariah, kegilaan Aliyana semakin terserlah. Kalau ikutkan hati, mahu saja diadukan pada Adib Mirza. Namun kerana tidak mahu kecoh-kecoh, disabarkan hati. Sementara Aliyana belum buat sesuatu yang di luar dugaan, dia akan terus bersabar. Baginya, melayan perempuan tak cukup akal itu seperti melayan kanak-kanak berumur dua tahun. Ada baiknya diabaikan saja.

Zara merenung wajah Adib Mirza yang sedang rakus menjamah santapan. Nasi goreng cina bersama dengan sup daging di hadapannya hanya dipandang sepi. Dia cuba kumpul semangat untuk berterus terang tentang perasaannya. Susun atur ayat yang cuba dikarang sejak beberapa hari lalu, diharap agar Adib Mirza dapat terima.

“Awak! Ermm..saya nak cakap sikit dengan awak.”

“Tentang apa?” Serius Adib Mirza bertanya lalu mulutnya dilap dengan tisu yang tersedia di atas meja.

“Tentang saya dan awak.” Balas Zara lalu menunduk.

Adib Mirza tersenyum. Terangkat keningnya seakan mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Zara.

“Saya rasa... ada baiknya kalau kita hanya kawan biasa.”

Adib Mirza tersentak. Wajah Zara ditatap tajam. Nafas yang ditarik panjang dilepaskan berat.

“Awak tak percayakan saya?”

“Bukan macam tu..!”

“Habis tu, apa? Sebab awak masih harapkan dia.?”

“Dia tak ada kena mengena dalam hal ni. Keputusan datang dari hati saya.”

“Saya tahu awak masih tak boleh lupakan dia. Tapi apa guna awak terus mengharap kalau dia sendiri  yang tinggalkan awak.”

“Dan apa guna awak terus mengharap kalau awak sendiri tahu hati saya memang tak ada perasaan pada awak.?”

“Saya sayangkan awak Zara. Ikhlas saya cakap yang saya benar-benar sukakan awak. Bersusah payah saya yakinkan hati mama saya untuk awak. Awak tahukan macam mana mama saya? Bila dia dah mula sukakan seseorang, dia akan mengharap, sama macam saya.”

“Saya tak boleh lari dari perasaan saya yang sebenar.”

“Jadi benarlah sebab dia?”

Zara tidak menjawab. Malah hanya diam dan tertunduk memandang ke ribanya. Jemarinya dipatah-patahkan menghalau rasa sesak.

“Jelas dia tak jujur. Sanggup tinggalkan awak. Itukah lelaki yang awak harapkan.?”

“Dia jujur. Dia ikhlas sayangkan saya. Tapi dia terpaksa.”

“Senang betul awak percayakan dia. Baik! Saya akan terima apa yang awak harapkan. Tapi dengan syarat!”

Zara mengangkat kepala. Renungan tajam Adib Mirza dipandang bersahaja. Inilah sikap Adib Mirza yang dia paling tak suka. M.E.N.D.E.S.A.K!!!!

“Terus terang dengan saya, siapa dia yang sebenarnya.? Apa kaitan dia dengan saya sampai sanggup korbankan awak demi saya.”

“Tolong jangan desak saya.!” Tegas Zara bersuara walaupun perlahan. Hampir tersembur air jus strawberry yang dihirup sebentar tadi.

“Terpulang apa yang awak nak fikir. Kalau awak tak mahu berterus terang, hujung bulan ni saya akan ke rumah awak. Kita terus nikah.”

“Awak dah gila!” Suara Zara sudah mula meninggi.

“Memang saya gila. Gilakan awak yang buta pada orang yang tak sudi.”

“Sudahlah Adib. Saya tak mahu cakap lagi hal ni.”

“Siapa yang mulakan.?”

Zara semakin berang dengan desakan Adib Mirza. Ikutkan hati, mahu saja dia berlalu meninggalkan Adib Mirza di situ.

“Awak tak ada hak nak tahu siapa dia. Ini antara saya dengan dia.”

“Saya tahu kenapa awak masih sayangkan dia. Saya tahu kenapa awak masih harapkan dia. Dan saya tahu sebab dia, awak bersikap dingin dengan saya. Tapi awak sepatutnya beri peluang pada diri awak untuk kenal diri saya. Bukan senang-senang buat keputusan tanpa berbincang dengan saya. Saya janji akan bahagiakan awak.”

“Kalau awak sendiri tahu saya masih sayang dan harapkan dia, kenapa awak terus desak saya? Saya tak mahu menanggung dosa kerana ingat pada lelaki lain selepas terima awak. Tolonglah awak..!”

“Saya tak peduli. Saya nak awak berterus terang dengan saya sekarang ni.”

“Baik! Saya akan terus terang. Tapi janji dengan saya. Jangan kata apa-apa pada dia kalau awak jumpa dengan dia nanti.”

Okey! Saya janji.” Balas Adib Mirza setelah beberapa saat berfikir. Hatinya mula berdebar-debar.

“Adik awak Aqil Muaz.” Perlahan suara Zara kedengaran.

Adib Mirza tersenyum meleret. Sudah dapat diduga akhirnya nama itu akan keluar dari mulut gadis yang dipuja selama ini. Di ruangan matanya kini terbias wajah Aqil Muaz yang sedang berduka lara.

“Saya sayang dan cintakan dia. Lama saya tunggu dia. Tapi sebabkan dia lebih sayangkan awak dari saya, dia sanggup tinggalkan saya semata-mata mahu awak bahagia. Adil ke apa yang dia buat? Adil ke pada awak? Mungkin adil pada awak sebab awak banyak berjasa pada dia. Tapi tidak pada saya. Kalau dia yang termakan budi awak, kenapa saya yang perlu membalasnya.? Apa kaitan budi awak pada saya?”

Aqil..Aqil..! Kenapa buat macam ni dik..? Suara hati Adib Mirza menjerit-jerit pinta penjelasan.

Sepanjang perjalanan pulang Adib Mirza dan Zara tidak langsung berkutik suara. Masing-masing melayan khayalan sendiri. Bagi mereka tak ada apa yang harus diperkatakan lagi. Semuanya sudah selesai.

Selepas ini Zara sudah pasti akan menjalani hari-harinya seperti biasa. Tiada lagi kedengaran suara Adib Mirza dicorong telefon mengungkapkan kata-kata rindu. Tiada lagi menerima mesej bunga-bunga yang kadang-kadang menggelikan lubang telinganya. Dan yang paling melegakan sudah pasti hatinya tenang kerana selepas ini tiada lagi desakan.

Namun tidak pula pada Adib Mirza. Dalam fikirannya sekarang ialah bagaimana mahu menyambung kembali ikatan yang terputus. Ikatan antara Zara dan Aqil Muaz yang terpurtus dirasakan berpunca dari dirinya. Rasa bersalah sangat andai dia sendiri tidak dapat menyelamatkan hubungan suci itu.

“Zara! Betul awak masih cintakan adik saya?” Tanya Adib Mirza lembut sebelum Zara melangkh keluar dari keretanya. Melihat Zara hanya mengangguk sekali, Adib Mirza menarik dan lepaskan keluhan lega.

“Awak jangan risau. Saya akan kembalikan Aqil awak.”

“Jangan awak! Saya belum bersedia nak berdepan dengan dia. Saya rasa baik dibiarkan saja. Walaupun saya masih sayangkan dia, saya sebenarnya berat nak terima dia balik. Hati saya sakit. Saya kecewa dengan tindakan dia. Saya tak dapat bayangkan kalau ini yang terjadi selepas kami berkahwin. Entah-entah dia sanggup ceraikan saya semata-mata kerana awak.”

Please Zara.! Jagan sesekali cakap macam tu pada adik saya. Saya kenal adik saya macam mana. Dia buat macam tu sebab sayangkan saya macam mana saya sayangkan dia. Sepanjang hayatnya banyak dengan air mata. Saya lihat sendiri penderitaan dia selepas arwah ibu dan papa meninggal. Saya harapkan awak menjadi kunci kebahagiaan adik saya.”

Zara diam sedetik.

“Entahlah! Saya tak tahu sebenarnya. Memang saya harapkan dia, tapi hati saya memang berat nak terima apa yang dia dah buat.”

“Anggap saja kesalahan adik saya tu sebagai satu ujian untuk awak tempuh bahagia bersama dia.”

“Saya tak pasti sama ada saya boleh berfikir macam tu atau tidak. Buat masa ni, saya merayu awak jaganlah desak dia terima saya sebab saya belum bersedia. Saya mahu teruskan kehidupan saya macam biasa. Selama ni saya rimas bila ingat tentang masalah perasaan. Saya rimas dengan hati dan fikiran saya yang asyik fikirkan dia dan awak. Saya rimas dengan desakan awak. Saya rimas dengan bayangan wajah dia yang sering datang mengganggu kehidupan saya sehari-harian.”

Adib Mirza terdiam lalu mengeluh lemah.

“Baiklah. Saya ikut apa yang awak cakap. Saya bagi awak masa. Tapi tolong jangan berubah hati. Tolong teruskan harapan awak pada adik saya. Saya hanya nak awak saja yang menjadi penyeri hati adik saya. Saya tak mahu orang lain.”

“Awak terlalu baik Adib. Patutlah dia sayang sangat dekat awak.”

“Dia pun seorang adik yang baik. Sebab tu saya sayang dekat dia. Dan sebab tu saya harap dia kekal dengan awak sebab awak pun baik juga.” Ujar Adib Mirza tersenyum lebar.

“Awak tak marah sayakan?” Tanya Zara yang masih serba salah tentang keputusannya.

“Kenapa saya harus marah.? Awal-awal lagi awak dah cakapkan, yang awak tak ada perasaan pada saya. Saya yang degil!”

Zara ketawa lucu.

Okeylah! Saya masuk dulu. Hati-hati drive.”

Laju kereta yang Adib Mirza meluncur laju meninggalkan Zara yang masih berdiri di situ. Dalam hati tak henti-henti ucap kata syukur kerana Adib Mirza dapat menerima apa yang diusulkan tadi. Dia tahu Adib Mirza terluka. Namun dia tidak mahu hati lelaki itu lebih terluka jika dia menerima lelaki itu tanpa kerelaannya.

Adib Mirza tersenyum sepanjang pemanduan. Baru rasa lega selepas pertemuan dengan Zara tadi. Selama ini dia tercari-cari siapa empuya diri yang berjaya menakluk hati Zara. Tapi bila dapat tahu orang itu adalah adiknya sendiri, dia bersyukur yang teramat sangat. Sekurang-kurangnya dia yakin Zara akan bahagia dengan Aqil Muaz. Sedari kecil lagi dia sudah tahu sifat sebenar Aqil Muaz, dan kerana itu dia yakin Zara akan terjamin kehidupannya.


 “DARI pejabat tadi abang tak balik rumah mama ke?”

“Malaslah! Balik sana abang bosan. Tak ada kawan nak berbual.”

“Mamakan ada!”

Huh! Bersembang dengan mama tak habis-habis cerita fasal spa dia. Abang ni lelaki. Dah tentulah nak berbual tentang lelaki. Kalau Qil tinggal sekali dengan abang, kan best..!”

“Jauhlah bang..! Kopak duit Qil kalau hari-hari berulang dari JB ke PG. Silap-silap, gugur rambut Qil.”

Adib Mirza terkekeh ketawa sambil menggosok-gosok kepala Aqil Muaz.

Happy semacam abang hari ni?”

“Hm..abang happy sangat. Tersangat-sangat happy. Belum pernah abang rasa happy macam ni.”

“Boleh kongsi?”

Nope! Ini antara abang dengan Zara saja yang tahu.”

Aqil Muaz berubah air muka. Namun cepat-cepat dia kembali sedar.

“Wah! Dia dah terima abang ek?”

Adib Mirza menggeleng kepala sambil tersenyum. Kerisauan di wajah Aqil Muaz sudah dapat dijangka. Tak tahulah apa yang berubah di air muka adiknya itu andai dia berterus terang.

“Habis tu?”

“Habis tu, three la..”

Ish..! seriuslah..!”

“Abang seriuslah ni..”

“Serius apa macam tu..?”

Adib Mirza tersenyum lagi melihat riaksi tidak puas hati Aqil Muaz.

“Dia tolak abang.”

Sekali lagi Aqil Muaz tersentak. Perkataan “tolak” dari Adib Mirza memelikkan Aqil Muaz kerana perkataan itu tidak sesuai denga perasan yang Adib Mirza tunjukkan sekarang.

Segera dia bangun dari duduknya dan berpaling ke arah lain. Suaranya bagai tersekat mahu bersuara. Tak tahu apa sebenarnya yang harus disuarakan. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya yang hadir ketika itu. Gembira atau kecewa?

“Dah tiga bulan abang cuba. Nampaknya dia masih tak boleh lupakan orang tu…” Ujar Adib Mirza sambil tersenyum. Muncungnya tajam ke arah Aqil Muaz yang membelakangkannya. Sebaik saja Aqil Muaz berpaling padanya, cepat-cepat dibetulkan mulutnya yang sedang menghala ke arah Aqil Muaz. Senyumannya masih kekal di bibir.

“Kenapa abang tak pujuk dia? Abang dah putus asa?”

“Abang tak tahu erti putus asa setiap apa yang abang usahakan. Tapi abang  fikirkan perasaan dia dan perasaan orang yang dia harapkan. Orang tu sanggup korbankan cinta dia semata-mata mahu tengok abang bahagia dan membahagiakan Zara.”

“Ab..abang tahu siapa dia?”

Ermm..tahu kot!” Balas Adib Mirza lagi sambil tersenyum meleret. Melihat kegelabahan Aqil Muaz, dia rasa mahu tergelak besar. Namun dia tetap menahan. Tidak disangka begitu sekali rasa sayang Aqil Muaz padanya. Sedangkan dia sendiri tidak mampu melihat adiknya itu bersedih dan merana. Rasa bersalah sangat kerana jatuh hati pada hati yang sudah dimiliki. Lebih-lebih lagi hati itu milik adiknya sendiri.

Adib Mirza bangun lalu melangkah ke arah Aqil Muaz. Bahu Aqil Muaz dipeluk mesra. Aqil Muaz hanya diam kaku dengan sentuhan Adib Mirza. Dipeluk begitu, buat hatinya sedikit-sedikit kembali tenang.

“Abang tahu dia masih sayangkan Zara. Jadi abang nak undur diri. Abang nak dia yang bahagiakan Zara. Abang tahu Zara mesti suka kalau dia kembali pada Zara. Abang sedih tengok Zara asyik murung tiap kali bersama abang. Abang terlalu mendesak. Abang dah biasa dapat apa saja untuk kepuasan abang. Tapi abang tak sedar, sebabkan langkah abang yang macam tu, ada hati-hati yang sedang kecewa dan merana.”

“Tapi abangkan benar-benar cintakan dia?”

“Yupp! Memang betul abang cintakan dia. Tapi apa gunanya kalau abang saja yang menaruh harapan sedangkan dia masih harap pada yang lain.?”

Lama Aqil berdiam, barulah dia mula bersuara semula.

“Abang macam mana? Boleh terima?”

“Bunga bukan sekuntum bro! Abang tahu, satu hari nanti akan hadir seorang bidadari untuk abang. Entah-entah lebih cun dan lebih baik dari kawan Qil tu..!”

Aqil Muaz tersenyum manis. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaannya ketika itu. Namun jauh disudut hatinya dia masih ragu-ragu kerana takut abangnya berkecil hati andai abangnya tahu dia adalah orang yang dimaksudkan.

“Abang kata abang tahu siapa dia yang Zara tunggu. Boleh Qil tahu?”

“Qilkan kawan baik dia. Tanyalah sendiri!” Ujar Adib Mirza sambil tersenyum. Aqil Muaz kembali tak senang duduk.

“Qil..!Dahlah Qil! Jangan nak selindung-selindung lagi. Abang dah tahu semuanya.”

Aqil Muaz kembali tertekan. Dia gelisah. Diperah otak mencari alasan agar abangnya tidak salah sangka walaupun hakikatnya rahsianya sudah mula nak pecah terabur.

“Abang tak faham..!.”

“Apa yang abang tak faham? Cuba Qil jelaskan.” Suara Adib Mirza sudah mula naik volume dua.

“Qil memang nak dia dengan abang.”

“But why?

“Sebab Qil tahu abang sukakan dia.”

Adib Mirza menggeleng tanda hairan.

“Kenapa buat semua tu setelah Qil ikat dia?”

“Sebab Qil tak mahu dia lepas ke tangan orang lain. Qil tahu dia kecewa dengan bekas tunang dia. Jadi Qil memang rancang untuk dia dengan abang. Qil yakin abang mampu bahagiakan dia.”

“Nonsent! Setelah beri macam-macam kata harapan, sanggup pulak Qil kecewakan dia.? Apa Qil tak punya perasaan.? You love her right?”

“No! I don’t love her. But Im respect her.”

“Respect. Huh! Abang rasa Qil masih tak faham istilah respect. Buka kamus balik, cikgu! Tengok apa yang dikatakan dengan respect. Setelah apa yang Qil buat pada Zara, itu ke yang dinamakan respect?”

Aqil Muaz kelu seribu bahasa. Hampir seminit dua dia membisu. Degup jantungnya semakin tak tentu arah. Dadanya yang berombak kencang dicuba untuk bertenang.

“Qil..abang tahu Qil sayangkan dia. Bawa-bawalah bincang dengan dia elok-elok. Abang tahu hati dia terluka, kecewa, marah, sedih dengan tindakan Qil. Tak patut Qil buat macam tu dekat dia. Dia ada hati dan perasaan sama macam abang dan Qil. Cuba letakkan situasi dia pada diri Qil. Abang tahu niat Qil tu baik. Tapi abang tak sangka sampai macam tu sekali Qil bertindak semata-mata  kerana abang. Walaupun abang bangga dengan usaha Qil tu, jauh disudut hati abang, abang marah sangat dan abang tak boleh terima. Abang marah kerana adik abang asyik fikirkan kebahagiaan orang lain. Qil kena ingat. Qil juga berhak bahagia. Jiwa abang tersiksa tengok adik abang macam ni. Amanah papa abang pegang. Qil amanah papa untuk abang. Jadi abang bertanggungkawab kalau jadi apa-apa pada Qil.”

Aqil Muaz mengetap bibir menahan sebak. Kata-kata Adib Mirza benar-benar buat dia rasa bersalah. Bersalah pada abangnya sekali gus bersalah pada orang yang dia amat sayang iaitu Zara.


ZARA menangis sepanjang pemanduan. Hatinya sakit. Dirasa bagai sedang dicincang lumat dengan pedang samurai. Laju saja telapak tangannya berkerja menyeka air mata yang mengalir di pipi.  Kata-kata Aqil Muaz tadi benar-benar buat dia rasa tercabar. Tidak disangka Aqil Muaz sanggup melukakan hatinya. Selama ini dia rasa Aqil Muaz jujur dan ikhlas menyintainya. Rupa-rupanya ada muslihat hatinya ditawan.
Perbualan antara Adib Mirza dan Aqil Muaz tadi masih jelas dipendengarannya. Setiap kata-kata yang lahir dari mulut anak adam itu pasti takkan dilupakan.

Selepas Adib Mirza menghantarnya pulang tadi,  baru dia perasan telefon bimbitnya dan dompetnya tertinggal dalam kereta Adib Mirza. Kerana tidak mahu menyusahkan Adib Mirza, dia memandu ke rumah Aqil Muaz kerana menurut Adib Mirza tadi, lelaki itu akan bermalam di rumah Aqil Muaz. Dan ketika sampai di depan pintu rumah lelaki itu, jemarinya yang ingin mengetuk daun pintu terhenti bila mendengar namanya di sebut dari dalam. Dicuba mendengar setiap bait kata yang dibualkan. Dan ketika itulah, tanpa sedar air matanya meluncur laju. Kerana tidak sanggup berlama di situ, dia segera melangkah pergi membawa hatinya yang luka yang amat sangat.

“Kenapa bodoh sangat aku ni? Tak guna aku belajar pandai-pandai sampai jadi cikgu, tapi aku tetap bodoh.!” Rungut Zara sendiri setelah esakannya berhenti. Ehh..! masa belajar dulu mana ada belajar topik perasaan. Patutlah aku selalu faild subjek ni.! Hii..buat sakit kepala je.!” Ngomelnya sendiri. Diketuk-ketuk kepalanya yang sakit akibat terlalu banyak menangis. Pintu kereta yang dibuka kasar, ditutup kuat melepaskan geram setelah sampai di hadapan rumahnya.

“Opts! Sorry..sorry sayang…! Aku tak sengaja!” Bisik Zara kalut sambil menggosok-gosok pintu keretanya setelah menyedari tingkahnya sedikit kasar. Kalau keretanya boleh menjerit, pasti dia tahu apa yang bakal keluar dari mulut keretanya.

“Ni semua jantan tu punya fasal. Tak fasal-fasal pintu kereta aku sakit..kepala aku sakit!” Bentak Zara sambil membuka pintu grill rumahnya. Sebaik saja kakinya melangkah masuk, tangannya laju menghempas pula pintu grillnya. Dia tersentak.

“Tengok! Pintu rumah aku pulak jadi mangsa. Nasib baik mamat tu tak ada depan aku. Kalau tak, memang lumat aku kerjakan. Tak padan dengan pendek. Ketot.. Katik. Ada hati nak kenakan aku.” Ujar Zara sambil  masuk kedalam rumah lalu mengunci daun pintu rumahnya. Seketika kemudian dia merengus lagi. Geram kerana terlupa mahu mengunci pintu grillnya. Sekali lagi dia terpaksa membuka pintu dan mengunci pula pintu grill yang belum berkunci.

Kalut dia melangkah naik ke biliknya. Telefon rumah yang berada atas meja katil dibucu bilik dicapai lalu segera menghubungi Adib Mirza. Nasib baik nombor telefon Adib Mirza ada dicatit dalam buku panduan telefon rumahnya. Lama menanti akhirnya panggilannya berjawab.

“Kenapa Awak? Ada apa-apa yang boleh saya tolong.?” Tanya Adib Mirza selepas menjawab salam.

“Handset dengan dompet saya tertinggal dalam kereta saya. Bila awak free?”

“Bila-bila pun boleh. Bila awak nak.?”

“Kalau boleh saya nak sekarang. Tapi tak apalah. Saya tunggu esok pagi. Awak penatkan?”

“Hm..awak okey? Saya dengar suara awak lain macam je.”

“Saya okey.! Okeylah. Saya nak tidur. Bye..assalamualaikum.” Segera Zara mematikan talian. Mendengar suara Adib Mirza yang tak ubah seperti suara Aqil Muaz buat hatinya meronta-ronta untuk cepat tamatkan talian.

Selepas menamatkan talian, laju kakinya melangkah ke dapur. Blouse lengan panjang yang tersarung dilinsing hingga ke bahu. Seperti biasa habis periuk kuali disental hingga berkilat walaupun periuk kuali yang disental tidak ada kesan kotoran. Hanya itu cara untuk dia melepaskan amarahnya.

Adib Mirza tersentak selepas Zara menamatkan talian. Termanggu dia seketika sambil matanya merenung tajam kearah telefon bimbitnya yang dipegang. Dari serak suara gadis itu kedengaran seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Apakah Zara bersedih atas keputusannya sendiri? Atau ada sebab lain. Tapi bila ingat balik riaksi lega Zara selepas menghantar gadis itu pulang tadi, jelas tiada apa yang perlu dirisaukan.

No comments: