BAB
3
“TERIMA
kasihlah Zara, sebab sudi temankan aku.”
“Ah! No
hallah..! Lagipun aku free malam ni.
Kerja sekolah pun tak banyak. Pagi esok aku boleh buat. Sesekali dapat keluar
malam, rasa seronok pulak.”
“Sepatutnya aku pergi dengan Helmi. Tapi kau pulak
yang kena buat.”
“Nak buat macam mana! Laki kau ada hal. Lagipun
kursus tu penting juga.”
“Entahlah! Kadang-kadang aku rasa menyesal pula
kawin.”
“Ada pulak cakap macam tu!” Tempelak Zara hairan
dengan rungutan Nuha. Baginya tak sepatutnya Nuha berkata begitu memandangkan
sahabatnya itu berkahwin dengan orang yang tersayang. Bukannya kena kawin
paksa.
“Yelah! Dah kawin kena mengandung pulak. Dah
mengandung kena pergi check perut
pulak. Paling aku tak sangka badan aku yang kering melidi ni, ada pulak kencing
manis. Aku rasa laporan dokter tu macam tak betul je! Ada laki macam tak ada
laki. Geram aku tau!”
Zara ketawa kecil. Pelik dengan sikap sahabatnya
yang angin tak tentu fasal. Jika sebelum-sebelum ini, Nuha jarang nak
marah-marah. Mungkin kerana perubahan hormon. Kasihan juga dia lihat Nuha.
Dalam bulan ni saja, sahabatnya itu sudah dua kali berulng alik ke hospital
untuk pemeriksaan kesihatan. Nasib baiklah hospital dekat dengan kawasan rumah.
Kalau tidak, terpaksalah ke JB.
“Janganlah emo
sangat. Tak elok untuk kesihatan menantu aku dalam perut kau tu. Kau jangan
risau. Start malam ni aku sentiasa
ada untuk kau kalau kau ada masalah. Cakap saja bila-bila kau nak perlukan
khidmat aku untuk temankan kau ke hospital. Aku janji aku akan sentiasa ada
dengan kau.”
Nuha tersenyum manis mendengar cadangan Zara. Selama
ni pun hanya pada Zara tempat dia mengadu. Mendengar perkataan menantu, lagilah
buat Nuha tersenyum lebar. Kalau berbesan dengan Zara memang dia nak sangat.
Kerana keperibadian Zaralah dia percayakan sahabatnya itu seratus peratus.
Zara dan Nuha setia menanti giliran. Memandangkan
hospital yang dipilih berstatus pakar, mereka tidak perlu risau kerana
persekitaran memang selesa. Hinggalah giliran mereka dipanggil oleh Dokter
Tokha, barulah Nuha kelihatan sedikit lega.
Hampir sejam berada di situ, akhirnya urusan mereka
selesai. Nampaknya dua minggu lagi Zara kena temankan lagi Nuha ke situ. Bagi
Zara dia sentiasa sedia untuk Nuha. Faham dengan kerja Helmi yang baru dilantik
sebagai guru kaunselor, pasti lelaki yang bakal bergelar bapa itu terpaksa
menghadiri beberapa kursus sampingan. Zara yakin Helmi pasti tak kisah jika dia
sentiasa dengan Nuha. Tambah lagi sebelum ini pun Helmi banyak minta pandangan
dari Zara mengenai Nuha.
“Kau hantar aku terus baliklah Zara. Aku
mengantuklah!”
“Taknak makan dulu?”
“Taknaklah! Lagipun sebelum datang tadi aku dah
masak.”
“Mm..Okey
Bosss!” Akur Zara pantas tanpa sebarang lagi soalan.
Ketika Zara baru hendak bukakan pintu cermin dari
dalam untuk keluar dari lobi hospital, matanya terpaku pada susuk tubuh Aqil
Muaz yang sedang beriringan untuk masuk bersama seorang pemuda yang beruniform
hospital. Kerana terlalu memandang, dia tidak sedar Aqil Muaz sudah berada di
hadapannya mahu masuk ke lobi hospital. Zara kaku berdiri sambil mahu menarik
pemegang pintu. Namun pergerakannya kaku.
“Sampai bila awak nak pegang pintu cermin ni. Orang
lain pun nak masuk keluar juga.” Usik Aqil Muaz sinis sambil tersenyum. Dari
jauh tadi dia hairan kenapa Zara ada di situ. Menurut sahabatnya Syaril,
kebiasaannya perempuan yang datang setiap malam rabu ke hospital itu bertujuan
untuk pemeriksaan kehamilan. Sedikit kecewa Aqil Muaz rasa jika Zara sudah
berkahwin.
“Cepatlah Zara! Yang kau tercegat saja ni, kenapa?”
Tanya Nuha hairan. Tadi hampir-hampir dia terjatuh ke belakang kerana brek mengejut Zara.
“Eh, sory-sorry!”
Ujar Zara lalu cepat-cepat melangkah keluar untuk beri laluan pada Aqil Muaz
dan Syaril masuk.
“Lain kali kalau nak jadi jaga, kenalah mohon dulu.”
Usik Aqil Muaz sinis.
“Suka hati sayalah nak jadi jaga ke, jadi tukang
cuci ke. Awak peduli apa?”
“Jaga kalau cantik macam ni, hari-hari saya nak
sakit. Boleh datang hospital selalu. Kompem
sakit cepat hilang.” Aqil Muaz tersenyum mengejek. Suka hatinya melihat wajah
berang Zara.
“Ayam katik gatal!” Gerutu Zara geram.
Mengekek-ngekek Syaril ketawa melihat Aqil Muaz
tergamam. Namun seketika kemudian Aqil Muaz turut tersenyum malu. Sudah lama
gelaran itu tidak kedengaran selepas tamat belajar.
“Mana dia tau nickname
kau ni?” Tanya Syaril hairan. Melihat Aqil Muaz hanya angkat bahu, dia geleng
kepala.
“Kalau siapa tengok awak pun orang akan panggil
macam tu.!” Tempelak Zara sambil menjeling geram.
“Dahlah Zara! Jom balik. Aku dah penat ni.” Nuha
berbisik di sisi Zara.
Baru saja Zara dan Nuha mahu melangkah pergi,
telinganya dapat menangkap suara sumbang sedang menyanyi lagu itik gembo-gembo
yang pernah dipopularkan oleh kumpulan A TO Z satu masa ketika dulu. Pantas dia
memalingkan tubuhnya memandang tepat kearah Aqil Muaz dan Syaril. Semasa di
UiTM dulu, dia sering dipanggil begitu oleh beberapa pelajar lelaki yang suka
mengusiknya. Namun dia buat-buat tak endah. Namun bila Aqil Muaz memanggilnya
begitu, dia menjadi berang.
“Ayam katik kalau kawin dengan itik gembo, apa jadi
ek? Rasa-rasanya sesuai tak?” Suara Aqil Muaz galak bertanya pada Syaril sambil
sesekali matanya memandang Zara.
“Sesuai sangat..! Bila digabungkan jadi Mr. and Ms. Yam
Tik Tik Embo” Balas Syaril sambil membuat gaya seekor itik sedang mengepak.
Terkekeh-kekeh Aqil Muaz ketawa. Nuha yang berada di situ terpaksa menahan
senyum melihat gelagat Syaril. Risau juga kalau tawanya tersembur, sah dia
terpaksa mencari jalan bagaimana mahu memujuk Zara.
“Kau tahu bahasa itik?” Tanya Aqil Muaz pada
Syaril lagi.
“Tak tahu..!”
“Aku tahu!”
“Macam mana ek?”
“Kuek tik..kuek embo! Kuek tik..kuek embo!” Aqil
Muaz berlagu seperti orang menjual kuih sambil
berjalan-jalan dan mengepakkan kedua tangannya.
Merah muka Zara menahan marah. Sebelum ini bukan dia
tidak pernah diusik begitu, lebih teruk dari ini pun pernah. Tetapi kali ini dia susah nak terima gurauan
dari Aqil Muaz. Tarikan tangan Nuha agar menyuruhnya beredar, terpaksa diakur.
Jika lagi lama dia berada di situ, pasti marahnya akan menjadi-jadi.
“Kasihan aku tengok minah tu. Teruk kau kerjakan sampai
merah muka dia. Siapa tu?” Tanya Syaril sambil matanya tak lepas melihat Zara
dan Nuha bredar dari situ.
“Entah! Aku pun tak kenal.” Jawab Aqil Mua
bersahaja.
“Kau kata tak kenal??? Yang kau berani usik dia
kenapa?” Tercengang Syaril mendengar jawapan Aqil Muaz. Tak disangka begitu
sekali sikap Aqil Muaz. Jika sebelum ini, Aqil Muaz yang dia kenal seorang yang
pemalu dan pendiam. Kalau bercakap pun bila perlu saja.
“Sebelum ni aku pernah jumpa dia. Sombong sangat!
Selepas ni kalau aku jumpa dia lagi, aku nak usik dia cukup-cukup sampai dia
jadi milik aku.”
“Dah terpikat ke bro?” Tanya Syaril hairan. Kalau
sebelum ini, Aqil Muaz yang dia kenal bukan jenis yang mudah terpikat pada
mana-mana perempuan walaupun masa persekolahan dulu, dia menjadi ramai pujaan
pada pelajar perempuan. Namun dia tahu sejarah sahabatnya itu pernah ada
seseorang yang bertahta di hati. Tapi apakan daya, tak ada jodoh kerana
perempuan yang berjaya menawan hati Aqil Muaz curang. Dan akhirnya Muaz sendiri
hingga kini.
“Memang! Kenapa? Tak boleh?”
“Usaha tangga kejayaan bro.! Dah dapat cakap kat
aku. Aku nak bagi pingat.” Ujar Syaril sambil tersenyum nakal. Seketika
kemudian senyuman nakalnya hilang. “Tapi lepas aku tengok cara kau tackle dia tadi, aku tak yakin dia akan
jadi kau punya.”
“Tunggu dan lihat. Aku nak dia jadi suri hidup aku.
Aku pasti!”
“Kalau dia tu isteri orang?”
Aqil Muaz baru tersedar. Mengingatkan kembali apa
yang Syaril katakan tadi tentang klinik ibu mengandung yang berjadual setiap
malam rabu, dia mengeluh lemah.
“Aku redha!” Bisik Aqil Muaz lemah.
“DIA lelaki yang kita jumpa dulu tukan?” Nuha
memecah kesunyian setelah Zara diam sejak tadi. Faham sangat peel kawannya jika
sedang marah. Kalau silap soalan, dia balik yang kena.
“Sakit hati aku dengan bedol katik tu. Dia ingat dia sempurna sangat ke? Pendek, ketot, katik!”
bentak Zara geram tanpa menjawab soalan Nuha.
Nuha terkekeh-kekeh ketawa melihat Zara membebel.
“Tapi aku tengok dia taklah katik sangat. Memang dia
rendah. Tapi aku tengok dia tinggi juga dari kita.”
“Agh.!
Katik tetap katik.!” Zara masih dengan pendiriannya.
“Makin encem
katik kau tu aku tengok tadi.”
Zara tersentak dengan pujian Nuha. Sepantas kilat
wajah Nuha dipandang tepat
“Aku cakap pada Helmi!” Bentak Zara semakin geram
bila Nuha memuji Aqil Muaz.
Makin galak Nuha ketawa. Melihat Zara dan Aqil Muaz
tadi, dia rasa ada keserasian pada wajah mereka. Padan sangat. Namun dia
berpendapat Aqil Muaz seorang yang tenang. Melihatkan senyuman Aqil Muaz
selepas Zara memanggil Katik, dia
seakan tidak percaya Aqil Muaz tidak menunjukkan rasa marah.
No comments:
Post a Comment