PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 26 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

26
AIDIL
PANTAS aku melangkah menuruni setiap anak tangga. Sampai di anak tangga terakhir, aku perhatikan keliling rumah. Masih sunyi sepi. Majlis persandingan Nur semalam mungkin buat semua penghuni rumah ni masih diulit mimpi. Memang memenatkan. Aku yang terpaksa sibukkan diri pun rasa penat setelah bermacam-macam kerja aku kena buat termasuklah melayan tetamu. Almaklumlah. Siapa tak kenal dengan daddy dekat sini. Bukan saja tetamu di sini malah rakan seperjuangannya dulu yang dari luar negara pun turut hadir. Daddy turut ambil kesempatan memperkenalkan Makcik Mazuin sebagai isterinya yang dah lama terpisah.

Aku berpaling pandang pada arah pintu bilik pengantin. Aku yakin mereka masih belum bangun. Semalaman aku tak boleh tidur memikirkan kehangatan asmara Nur dan Zikri. Bodoh betul bila aku fikir-fikir balik. Tak ada masalah, cari masalah. Kerana asyik memikir, kepala aku sakit kerana tak cukup tidur. Kata-kata Razif sebelum bertolak meninggalkan majlis semalam buat aku fikir, ada benar apa yang Razif katakan pada aku.

“Sebelum aku balik, aku nak nasihatkan kau sikit.”

“Apa dia?”

“Aku tahu apa yang kau rasa setelah tahu kebenaran. Lepas kau cerita hal kau semalam, aku dapat rasa kau masih tertekan dengan status kau sekarang. Namun aku harap kau terus tabah hadapi semua ni. Harapan aku, janganlah kau teruskan mengharap pada yang tak mungkin jadi milik kau. Aku tahu kau sungguh-sungguh nakkan Nur. Aku kenal kau bukan sekejap. Kau bukan lelaki mata keranjang. Setia kau pada perempuan yang kau suka memang aku respek habis. Kau bersungguh-sungguh dalam hubungan. Tapi kali ni aku mintak kau berhenti mengharap dan beralih arahlah pada yang lain. Aku tahu kau boleh kawin dengan Nur sebab dia cuma saudara tiri, tapi sekarang dia dah jadi hak mutlak orang lain. Dah jatuh dosa kalau kau terus mengharap dan ada usaha untuk dapatkan dia.”

Pleaselah Zif! Aku tahu semua tu. Namun apa daya yang aku ada kalau semua tu aku tak mampu nak buat. Aku terlalu sukakan dia. Sehingga kini aku masih tak boleh berhenti fikirkan dia.”

“Sekali lagi aku nasihatkan supaya kau lupakan dia. Aku takut kerana perasaan melampau kau ni, akan memudaratkan akal dan kesihatan kau.”

Aku termanggu lalu mengeluh melihat Razif seakan mengharap.

“Aku tak fikir Azie tahu semua ni. Aku yakin Nur takkan cerita hal ni pada bini aku. Kau jangan risau. Selagi Azie tak buka cerita ni, kiranya rahsia kau masih selamat dalam simpanan aku.”

Aku tersenyum kelat. Memang semalam aku harapkan Razif simpan rahsia aku. Aku masih belum kuat untuk umumkan siapa aku yang sebenarnya dalam keluarga Tan Sri Jeneral Abdullah Hanan.

Jam berdetik ke pukul lapan pagi buat aku tersedar dari lamunan. Aku segera beredar ke dapur. Aku yakin bibik sedang sibuk sediakan sarapan pagi. Dalam aku tengah berserabut ni, perut aku cepat lapar. Namun bila aku sampai di ruang dapur, aku lihat Nur sibuk melayan Zikri makan. Wah! Aku rasa aku yang paling awal. Rupa-rupanya ada yang lebih awal dari aku.

“Awal pengantin bangun?” Tegurku pada Zikri dan Nur. Cadang-cadangnya nak mengusik perli pasangan pengantin tu.

“Pukul lapan awal lagi ke?” Jawapan Zikri buat aku termalu sendiri. Cadang nak malukan mereka, balik aku yang terkena. Ambik kau Aidil! Tulah kalau ada niat tak baik..!

Aku cuba berbual beramah mesra. Sebelum ni aku tak pernah berbual dengan Zikri. Bukan dia yang tak mahu berbual dengan aku yang peramah ni, cuma aku yang berlagak sombong. Yang sebenarnya kejadian di TKK dan kes fb yang lalu masih terlekat kemas alam ingatan aku. Malu wei!! Kalau orang lain aku yakin takkan mampu nak hadapi semua tu. Silap-silap tak mahu bersua muka lagi. Tapi aku paksa juga tebalkan kulit muka demi Nur.

“Berapa hari cuti?” Aku tanya.

“Tiga hari je.” Jawab Zikri selepas menghirup milo panas.

“Kenapa sekejap sangat? Korang tak pergi haneymoon ke?”

“Lepas ni sibuk majlis dekat rumah aku pulak. Kalau awal-awal ambik cuti panjang, nanti tak cukup pulak untuk majlis dekat sana nanti.”

“Maknanya korang tak haneymoonlah ek?” Soalan aku tu aku sedar Nur dah mula tak senang duduk.

“Awak nak air apa Aidil? Kopi or milo?” Tanya Nur tanpa memandang muka aku. Benci sangat kot.

Errmm..nescafe!” Aku jawab angkuh. Aku harap Nur angkat muka pandang aku. Namun aku kecewa kerana Nur langsung tak terkejut dengan jawapan aku. Balik aku yang tekejut dengan jawapan dia.

“Sini cuma ada kopi and milo. Kalau nak yang lain, bancuh sendiri.!”

Aku ketap bibir dengar jawapan Nur. Walaupun pertuturannya lembut, aku tetap rasa sinisnya. Pandangan pelik dari Zikri buat aku semakin menebal. Akhirnya aku tuang sendiri kopi ke dalam cawan yang berada di depan aku. Sekeping roti aku ambil dan mula menyapu mentega kacang dan mula makan. Sesekali aku kerling pandang wajah Nur. Berseri-seri sungguh Nur pagi ni. Agaknya dah dapat ubat penyedap dari suami tercinta kot! Hm..aku juga yang tersentap.

“Abang habiskan sarapan dulu ye? Nur ke depan laman. Nanti, kalau abang dah selesai, abang bagitahu Nur. Nanti Nur kemaskan.”

“Tak apa. Nanti abang kemaskan. Kalau Nur penat, Nur pergi rehat dulu.”

Perggh! Ayat jiwang tu..! Aku yang dengar pun rasa berbulu lubang telinga sampai lubang pusat. Zikri memang bermanis mulut. Patutlah Nur terpikat. Muka saja nampak macho tapi suara, aku yang dengar pun bagai nak jatuh terduduk. Kalau aku perempuan, sah-sah aku jatuh cinta.

Langkah Nur aku perhatikan dengan ekor mata aku. Aku tahu Zikri sedang perhatikan aku. Sebab tulah aku tak berani nak pandang lebih-lebih. Seketika kemudian, kedengaran suara emak, maksu dan daddy sedang menuju ke meja makan untuk sarapan. Sebentar lagi pasti makin gamat dengan kehadiran keluarga Kak Ana dan Kak Ida.

“Selamat pagi ayah, mak, maksu! Sarapan sama!” Tegur Zikri sambil tersenyum.

“Sarapan berdua je! Mana Nur?” Tanya maksu Idah sambil tercari-cari di sekitar dapur.
Aku tak tahu soalan tu untuk siapa kerana di situ hanya aku dan Zikri saja. Tapi aku rasa ada baiknya aku berdiam kerana Zikri lebih layak menjawab.

“Ada di depan. Saya pun dah habis sarapan. Saya nak ke depan tengok dia.”

“Yelah! Pergilah.” Jawab daddy sambil tersenyum.

Aku hanya perhatikan Zikri melangkah keluar dari ruang meja makan. Tak boleh berenggang langsung! Sempat aku merungut dalam hati. Bila aku menoleh, aku lihat semua sedang memandang aku. Aku jadi tak keruan kerana semua seakan tahu apa yang sedang bergelodak dalam dada aku sekarang. Melihat daddy menggelang kepala dan menjeling geram lagilah buat aku jadi tak tentu arah. Lalu cepat-cepat aku habiskan sarapan.


NUR
Aku bahagia namun hati gundah gulana..

TERMENUNG panjang aku sambil menjirus pokok bunga di laman rumah. Kata-kata sinis dan pandangan melampau Aidil tadi benar-benar buat aku tak senang hati. Risau betul kalau Zikri mula mensyaki sesuatu. Kalau ada Nas@Nancy, bolehlah aku luahkan semua apa yang aku rasa pagi ni. Tapi Nas dah balik lepas majlis bersanding semalam. Jadi aku tak ada teman untuk luahkan rasa ketidak puasan hati aku. Nak mengadu pada Zikri aku takut lain pulak yang jadi. Tapi aku cepat lemah kalau Zikri dah mula memaksa dan merayu.

Pelukan Zikri dari belakang menyentakkan lamunanku. Tersenyum lebar aku lihat dia sedang berdiri di belakang aku. Bestnya rasa bila dahi aku dikucup lembut.

“Jauhnya melamun. Abang datang pun tak sedar. Ingat siapa?” Ujar Zikri sambil merenggangkan pelukannya dan berjalan lambat menuju ke arah wakaf di sebelah kolam ikan. Aku turut mengikutnya dari belakang setelah paip air aku tutup rapat. Aku tersenyum malu. Melayan perasaan memang mengkhayalkan.

“Abang! Kalau kita balik hari ni, abang setuju tak?” Pertanyaanku buat Zikri berkerut kening. Aku tahu mesti dia pelik. Mesti dia akan tanya lebih-lebih. Apa alasan yang aku nak bagi?

“Kita balik rumah Nur. Kalau abang tak nak, kita balik rumah umi. Nur rindu umi.” Aku jawab tanpa pandang muka dia. Aku takut hilang keyakinan kalau jawab sambil pandang wajah hairan dia tu.

“Sayang ni kenapa? Ada masalah ke? Cuba terus terang dengan abang. Abang tahu Nur ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan abang.” Pujuk Zikri sambil menarik aku rapat ke dadanya hingga aku dan dia sama-sama terbaring atas wakaf itu. Aku biarkan saja perlakunya kerana aku senang begitu. Berada dalam pelukan Zikri buat aku tenang.

“Nur tak selesa duduk sini.” Aku jawab sambil jariku bermain-main di leher baju yang Zikri pakai.

“Tak selesa atau tak suka?” Zikri tanya lagi sambil merenung ke mata aku.

“Dua-dua.” Aku jawab terus.

“Kenapa? Nur cuba bagi alasan yang logik. Kalau abang rasa logik, abang akan ikut.”

Aku mengeluh berat. Tak tahu apa yang aku nak cakap untuk yakinkan dia. Lantas aku renggangkan tubuh aku dari dia dan bangun lalu duduk di sebelahnya. Zikri semakin hairan dengan tingkahlaku aku. Akhirnya dia turut bangun dari pembaringan lalu duduk sebelah aku.

“Abang bukannya apa. Abang kasihankan mak, ayah dan maksu. Nanti apa kata dia orang kalau tiba-tiba kita buat keputusan macam ni. Mesti dia orang hairan. Sedangkan masa kita ada lagi dua hari dekat sini. Entah bila pulak kita nak datang sini lagi. Nur tak rasa sayang tinggalkan mak dekat sini? Nur nak tahu, mak nak duduk sini terus dengan ayah. Ayah pulak dah cari dokter lain untuk emak teruskan rawatan dekat sini.  Abang yakin lepas ni lagi susah kita nak jumpa mak.” Ulas Zikri sayu.

Aku tersentak. Macam mana Zikri boleh dapat berita ni sedangkan aku sendiri tak tahu apa-apa. Mungkin ayah ada bincangkan hal ini dengan dia. Aku pandang wajah Zikri. Jelas dia turut terasa dengan apa yang ayah dan emak putuskan. Selama ni dia yang banyak bersuah payah untuk pulihkan emak. Namun apa yang aku boleh buat kalau emak dan buat keputusan macam tu. Aku yakin, seribu kali aku merayu pun mak pasti dengan keputusannya. Aku tahu apa yang emak rasa kerana aku sendiri pun tak mampu nak berpisah dengan suami aku. Tapi bagaimana dengan maksu. Aku yakin sangat, maksu pasti tak selesa tinggal di sini. Awal-awal lagi maksu dah berpesan pada aku untuk ikut aku balik kalau aku balik.

“Nur tak selesa!” Aku dah rasa nak menangis. Melihat wajah sayu Zikri lagilah buat aku tak senang.

Hey! Kenapa ni? Ada siapa-siapa yang sakitkan hati Nur?” Tanya Zikri sambil menarik aku semula mendekatinya setelah sedar aku dah mula sebak. Mata aku ditatap tajam penuh kehairanan.

“Kita bincang dalam bilik. Nur tak selesalah cakap dekat luar ni.” Aku perasan seperti ada yang sedang memerhatikan aku dengan Zikri di situ. Zikri mengangguk lantas menarik aku lembut agar mengikutnya. Ketika sedang memasuki pintu, aku dan Zikri terserempak dengan Aidil yang sedang berdiri di situ. Hm..patutlah aku rasa macam ada orang sedang mengintip aku. Jembalang tanah ni rupanya!

Okey! Sekarang cuma kita berdua dalam bilik ni. Apa yang Nur nak cakap, Nur boleh cakap sekarang.” Ujar Zikri yang duduk mengadap aku atas katil selepas menguncikan pintu bilik. Aku tersenyum lihat telatah Zikri yang beriaksi serius.

“Kenapa senyum?” Tanya Zikri hairan.

“Abang tu! Janganlah tengok Nur macam tu. Macam nak telan orang je!” Ulasku manja. Berdekah-dekah Zikri ketawakan aku.

“Okey-okey! Abang tak tengok Nur.” Jawab Zikri lantas berbaring sebelah aku yang sedang duduk bersila atas katil.

“Kalau Nur cakap abang janji jangan marah tau!” Aku rasa aku patut ceritakan apa yang terjadi. Aku tak mahu rahsia yang aku simpan ni akan diketahui oleh Zikri oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab walaupun aku tahu rahsia ni hanya aku, Nas dan Aidil saja yang tahu.

“Selama ni abang pernah marah Nur ke?” Tanya Zikri sayu. Aku tersenyum malu.

“Sebelum tu Nur minta maaf sebab rahsiakan hal ni dari abang. Benda ni jadi sehari sebelum kita nikah. Terjadi dalam bilik ni.”

Zikri terus bangun dari pembaringannya lalu menarik aku supaya bertentang mata dengannya. Perlahan-lahan aku pandang wajah seriusnya.

“Sebenarnya Nur bukan tak suka tinggal di sini tapi Nur tak selesa lama-lama dalam rumah ni. Nur takut!”

“Nur takutkan apa?” Tanya Zikri tegas.

“Aidil!” Aku jawab perlahan.

“Dia buat apa dekat Nur dalam bilik ni.?” Tanya Zikri tegas.

Dalam rasa berat aku ceritakan semua termasuklah ugutan Aidil pada aku. Harap-harap Zikri boleh terima. Dan aku yakin Zikri bukanlah manusia yang cepat panas baran. Jadi aku yakin dia takkan bertindak melulu. Namun hatinya siapa yang tahu. Aku isterinya pun sukar nak ramal.

“Kalau abang tak percaya, abang boleh tanya Nas. Dia ada masa tu dalam bilik air.” Aku cuba yakinkan Zikri setelah lihat Zikri terdiam sambil mengetap bibir.

“Abang dah agak. Dari pandangan dia abang boleh rasa ada sesuatu yang tak kena.”

“Kita balik ye bang?” Rayuku pada Zikri. Aku lihat Zikri seperti sedang berfikir sambil menggaru-garu janggut sejemputnya.

“Kita nak cakap apa dekat mak? Kesian maksu!” Ujar Zikri lemah sambil berdesit perlahan.

Honeymoon!” Aku terus jawab sambil tersenyum-senyum. Sedetik kemudian, Zikri turut tersenyum lebar.

“Bergeliga rupanya isteri abang ni!”

“Baru tahu?”

“Tapi kita nak pergi mana?”
“Genting Highland. Situkan sejuk. Mesti best! Tapi kalau abang tak mahu, Nur tak kisah. Kalau ajak balik rumah umi, Nur lagi suka.”

Agh! Rumah umi tak boleh! Tak ada privasi!”

Aku berkerut kening hairan dengan rengusan Zikri yang tiba-tiba.

“Kalau balik rumah umi, sah-sah Nur tak layan abang. Silap-silap malam ni abang tidur sorang.” Bentak Zikri geram. Aku melopong. Akhirnya aku ketawa besar. Cemburukan umi rupanya!

“Apalah abang ni! Dengan umi pun nak cemburu ke?”

“Bukan sekali Nur buat abang macam tu. Dah banyak kali. Bila Nur datang rumah, abang ni macam orang asing je.”

Sekali lagi aku ketawa.

Okey! Nur janji, lepas ni Nur layan abang saja. Dulu kita tak terikat lagi. Sebab tu tak boleh layan lebih-lebih. Tapi sekarang Nur dah sah abang punya. Apa jua permintaan abang, Nur akan tunaikan. Hingga akhir hayat Nur! Nur sayang sangat dekat abang tau!”

“Betul?” Zikri tanya aku angguk.

“Andainya abang jatuh sakit tak boleh bergerak, atau cacat, Nur akan terus setia pada abang?”

“Hingga akhir hayat Nur akan setia. Hati abang milik Nur. Hati Nur milik abang. Naluri hati abang sejak kecil dan naluri hati seorang ibu macam umi untuk jadikan Nur sebahagian dalam hidup abang, meyakinkan Nur untuk terima abang seadanya. Nur adalah hamba Allah yang paling beruntung kerana memiliki hati abang dan ibu macam umi..”

“Terima kasih sayang kerana terima abang.”

“Kasihmu ku terima seikhlas hati. Nur pun nak berterima kasih pada abang  kerana terima Nur dalam hidup abang. Kalau difikir-fikir Nur tak layak untuk abang. Namun kuasa Allah, siapalah kita nak menghalangnya.”
Aku rebahkan tubuh aku dalam pelukan Zikri. Kucupan lembut ke dahiku benar-benar buat aku tenang. Sesungguhnya aku amat mencintai suami aku, Ya Allah!


NASIB baiklah pakaian aku tak banyak. Yang sebenarnya memang banyak aku bawa sini. Tapi sebahagian pakaian aku sudah aku suruh Nas bawak balik. Jadi hari ni kalau aku keluar dengan sebuah saja beg pun pasti keluarga aku tak hairan.

Siap berkemas, aku dan Zikri berjalan keluar mendapatkan emak dan ayah di ruang tamu. Bila keluar, aku lihat semua ada di situ termasuklah Aidil. Aku selesakan duduk aku sebelah emak.

“Mak, ayah! Mmm..kami cadang nak keluar hari ni.” Zikri memulakan perbualan.

“Nak kemana?” Pantas ayah bertanya sambil berselang-selang tengok aku dan Zikri.

Haneymoon ek?” Sampuk Abang Amer tersengeh-sengeh. Aku tersenyum pandang pada Zikri.

“Bagus jugak tu! Tapi nak kemana? Fasal perbelanjaan, Nur dengan Zikri jangan risau. Ayah sponsor. Anggap saja sebagai hadiah perkahwinan dari ayah dan mak.”

Aku dan Zikri sudah mula berpandangan dan tersenyum-senyum.

“Terima kasih sebab hadiah tu. Rasanya tak payah kot. Lagi pun dah banyak ayah buat untuk majlis Nur ni. Rasa tak terbalas pulak. Sebenarnya kami nak pergi dekat-dekat sini je ayah! Cadangnya nak pergi Genting saja.” Tambahku cuba meyakinkan semua. Melihat ayah hanya tersenyum sambil mengangguk, aku lega.

“Wah! Best tu. Romantiknya! Bila agaknya kita boleh pergikan B?” Tanya Kak Ana pada suaminya Abang Amer.

“Dah macam tu pun ada hati nak ke Genting? Bawak-bawaklah mengucap! Berapa hari je lagi nak meletup.” Usik Abang Amer buat semua ketawakan Kak Ana yang muncung panjang.

“Zikri! Ingat tau. Nanti bila Nur dah memboyot macam Kak Ana ni jangan sesekali cakap macam abang Amer tadi. Tak membina semangat langsung!”

Tersengeh-sengeh Zikri memandang aku bila Kak Ana bagi nasihat macam tu. Aku pandang ke arah lain kerana tak tahan denga renungannya tu.

“Pergilah jauh sikit!” Tiba-tiba abang Syah bagi cadangan.

Haah Nur! Langkawi ke..Tioman ke. Sekarang ni MAS ada sediakan pakej untuk berbulan madu. Kalau Nur nak, Kak Ida boleh tolong aturkan.” Kak Ida sibuk buat cadangan.

“Nak jauh pergi jepun lah. Lagi best! Lagi sejuk.” Sampuk Aidil tiba-tiba. Aku tersentak sambil pandang Zikri.

“Sibuk bagi cadangan dekat orang. Macamlah awak tu dah sampai Jepun!” Tempelak Kak Ida geram pada Aidil. Kasihan pulak aku tengok Aidil yang terus saja menunduk selepas mendapat sindiran dari Kak Ida.

“Saya pun tak pernah sampai lagi negara matahari terbit tu. Kalau London atau UK, saya dah biasa. Tapi Nur dah jemu dekat Jepun. Lagipun kami tak banyak masa nak haneymoon jauh-jauh. Lepas ni sibuk nak siapkan majlis dekat rumah saya pulak.” Jawab Zikri sambil tersenyum. Aku lega dengan jawapan Zikri.

“Tak kisahlah pergi mana. Janji honeymoon. Ayah tak sabar nak dapat cucu lelaki pulak. Harap-harap dalam perut Ana ni lelaki. Dan cucu-cucu seterusnya lepas ni biarlah lelaki pulak.”

“Mak tak kisahkan tinggal dekat sini?” Tanya Zikri.

Takpe! Mak tak kisah. Lagipun ayah dah aturkan temujanji dengan dokter baru dekat sini. Zikri tak kisahkan?”

Zikri hanya tersenyum hambar ambil mengangguk lemah.

“Mak dah tak mahu tinggal dengan Nur ke?” Aku tanya sambil merenung muka emak.

“Nur! Rumah ayahkan dekat sini. Mak kenalah ada dekat ayah.”

“Tapi dulu mak janji nak tinggal dengan Nur. Apa kata ayah pun tinggal dengan Nur. Sunyilah rumah Nur tu bukan ada siapa. Maksu mesti boring tak ada kawan.”

“Nur kan dah ada Zikri. Maksu boleh tinggal sini dengan mak.” Pujuk ayah lembut.

“Mak duduk mana-mana pun sama je. Tapi sekarang mak kenalah ada dekat ayah.”

“Tak bestlah macam tu. Mak tinggal dengan Nur tak sampai setahun pun. Dah lama Nur tunggu nak terus dekat dan jaga  mak.” Aku dah mula nak menangis.

“Kalau bila-bila senang, mak pergilah rumah Nur!” Pujuk emak lagi.

Seawalnya aku memang bercadang mahu ayah, emak dan maksu tinggal di rumah aku. Aku tak mahu emak jadi hamba abdi dalam rumah ni bertuankan anak orang asing tu. Biarlah mamat tu hidup bersendiri pula. Selama ni dia dah puas hidup bahagia dengan ayah aku. Apa salah aku kalau aku ambil balik hak aku? Dia siapa?

Mungkin inilah yang dirasa oleh Kak Ida. Aku sedar, tak sepatutnya aku berfikiran begini. Dan aku sedar, ini semua adalah hasutan syaitan yang sedang berbisik di telinga aku. Namun sebagai persediaan awal, aku kena berjaga-jaga. Bila ingat balik ugutan mamat tu tempoh hari, aku jadi seram.

Aku hilang kata-kata lepas emak tetap dengan pendiriannya. Nak taknak aku kena mengalah walaupun hati aku tak rela.

 “Balik dari genting kami terus balik Ipoh. Kita jumpa dekat sana lah hujung mingu ni!” Pesan ku pada semua yang ada di situ. Habis saja ayat aku tu, aku terus melangkah masuk dalam bilik semula tanpa berpaling lagi. Panggilan emak pun aku tak pedulikan lagi. Aku benar-benar terasa dengan sikap emak.

Masuk bilik aku terus masuk bilik air untuk cuci muka. Keluar dari bilik air aku terus bersiap untuk keluar seperti yang aku rancangkan engan Zikri tadi.

“Tak nak tunggu lepas makan tengahari?” Tanya Zikri lembut.

“Tak payahlah bang. Lambat bertolak, lambat pulak sampai nanti.” Ujarku sambil memperkemaskan pakaian yang terlekat di badan aku. Blouse biru muda berserta seluar jeans biru menjadi pilihan aku ketika itu.

“Sayang! Tengok abang. Kita nak pergi honeymoon tau! Bukan nak ziarah orang mati. Abang tak sukalah kalau muka Nur cemerut macam ni. Nak pergi honeymoon kenalah happy-happy!” Pujuk Zikri sambil memegang tangan aku.

Aku seka air mata aku yang dah nak jatuh dari kelopak mata aku. Aku tahan sebak. Kerana tak tahan dengan renungan Zikri, aku sembamkan muka aku di dadanya. Di dadanya aku teresak halus.

 “Abang tahu apa yang Nur pendamkan sekarang ni. Kita sebagai anak tak ada hak nak menghalang kalau itu dah menjadi keputusan mak. Abang tahu Nur kecewa. Sebaiknya kita doakan saja agar mak bahagia dekat sini sebagaimana mak doakan kebahagiaan kita.”

Aku tak menjawab. Hanya sekadar mendengar kata-kata Zikri. Saat-saat macam tu tak guna aku menjawab kerana aku yakin aku akan kalah. Tambah-tambah lagi kata pujuk dari mulut Zikri memang mendamaikan hati aku yang sedang kecewa.

Aku dan Zikri keluar dari bilik sejurus selepas kami sudah siap sedia untuk berangkat. Beg roda yang terisi pakaian aku dan Zikri, aku tarik hingga ke depan pintu.

“Nak bertolak sekarang ke? Maksu ingat korang nak tunggu lepas makan tengahari.”

“Tak apalah maksu. Kami makan dekat luar saja nanti.” Balas Zikri lembut lalu keluar memasukkan beg besar tadi ke dalam keretanya.

Selepas aku bersalam dengan semua aku terus keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. Masa bersalam dengan emak tadi, aku tak kata apa-apa sekadar salam dan cium di kedua belah pipinya saja. Aku tahu mak seakan perasan dengan perubahan wajah aku, namun mak juga seperti aku. Tak kata apa-apa.

“Nur!” Panggil maksu sambil tersenyum. Aku toleh pandang wajah maksu.

“Kalau boleh, maksu tak mahu tinggal di sini. Maksu nak tinggal dengan Nur. Tapi maksu rasa tak seronok pulak sebab mak tak ada. Jadi maksu nak balik kampung.”

“Maksu pun dah macam mak jugak. Dah tak sayang Nur. Tak apalah maksu. Nur faham. Tak apalah. Kalau maksu nak balik kampung, maksu baliklah. Nur tak ada hak nak halang.”

“Jangan cakap macam tu Nur! Maksu sayang Nur. Maksu minta maaf sebab kecewakan Nur. Tapi Nur kena faham, Nur dah ada suami. Tempat Nur sekarang ialah dekat dengan suami. Baru-baru kawin ni Nur kena faham kehendak suami. Takkan selama-lamanya nak berkepit dengan maksu. Dia pun mesti nak layanan dari Nur saja tanpa gangguan. Maksu janji kalau Nur dah berbadan dua nanti, maksu balik jaga Nur. Boleh?”

Aku dah boleh tersenyum bila maksu cakap macam tu.

“Janji?”

“Ye. Maksu janji!” Ujar maksu lantas memeluk aku erat. Aku senyum senang.

Lima belas minit atas jalan, aku rasa lain. Jalan yang dilalui oleh Zikri bukan menghala ke tempat yang dirancang. Aku pandang Zikri. Dia tersenyum seolah tahu apa yang bermain dalam fikiran aku.

“Kita honeymoon dekat rumahlah! Abang tak selesalah tidur hotel. Abang teringin dah lama nak duduk berdua-duaan dalam rumah dengan Nur. Teringin menonton sama-sama. Masak sama-sama. Mengemas rumah sama-sama. Dalam kata lain, semua abang nak buat sama-sama dengan Nur. Boleh?”

Aku tersenyum malu. Baru aku sedar. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh maksu tadi.

“Boleh bang. Boleh sangat-sangat.! Lusa kita balik rumah umi ye bang! Rindulah dekat umi.”

Okey! Tapi janji dengan abang jangan lupakan abang bila jumpa umi nanti.”

“Tak boleh janjilah bang!”

“Tak boleh jadi ni! Sampai rumah umi nanti kena warning umi awal-awal. Kalau tak selamba je dia tarik Nur masuk bilik dia.”

Berdekah-dekah aku ketawakan Zikri. Kartun betul suami aku ni. Dengan umi sendiri pun nak jeles. Aduhai..layan..!


AIDIL
Jiwa kacau..dek kerana dia.
JIWA aku betul-betul kacau lepas lihat Nur keluar dari rumah ni tadi. Aku jadi gelisah. Seluruh pergerakanku jadi tak kena. Tiga hari Nur berada dalam rumah ni, aku rasa macam ada rama-rama terbang dalam dada aku. Seronok sangat sebab dapat tatap wajah dia. Nur memang cantik. Masa majlis akad nikah hari tu, dia lagi nampak cantik. Aku bagai terpukau dengan kejelitaannya. Sempat juga aku berangan dahi Nur aku yang kucup dan tangan aku yang dia sentuh dan kucup.

Aku rasa aku semakin parah. Aku tahu mencintai isteri orang satu dosa. Tapi apakan daya perasaan ni aku tak dapat nak elak buang. Semakin aku cuba buang, semakin kuat dan semakin rapat perasaan itu datang bertamu. Dan sebab itulah juga aku berada di puncak genting sekarang ni. Aku mahu terus perhatikannya walaupun dari jauh. Namun hingga sekarang bayang mereka aku tak nampak. Puas aku bertanya di semua kaunter pertanyaan hotel, masing-masing bagitahu yang sebarang rekod pelanggan tidak boleh diberitahu umum.

Aku panas walaupun berada di puncak. Akhirnya aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah,. Aku perlu bersabar. Tinggal berapa hari saja lagi majlis di rumah Zikri. Di situ nanti, bolehlah aku lepaskan rinduaku pada dia. 

No comments: