PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 21 December 2014

BAB 20 TERTULIS KAU MILIKKU

20
     HUDA  membelek-belek penampilannya di hadapan cermin. Baju kain sutera yang dihadiahkan oleh Nur dulu elok di badannya.

“Sudah-sudahlah tu..! Retak nanti cermin tu..!” Sergah Rina sambil memerhatikan gerak -geri Huda yang masih berdiri di hadapan cermin. Huda menjeling manja sambil memuncungkan mulutnya. “Dah cantik dah tu.! Apa yang tak puas hati lagi..?” Sambung Rina lagi.

     Huda mengeluh lemah. Mungkin rasa berdebar yang membuatkan rasa kurang puas hati tentang penampilannya. Tambahan pula bila mengingatkan tentang apa yang Faridz katakan semalam mengenai ingin temukan dia dengan seseorang. Adakah orang itu..

     Panggilan dari Faridz tadi membuatkan Huda semakin berdebar. Dijengukkan kepala melihat arah luar. Bila kereta Faridz jelas kelihatan, barulah dia melangkah turun. Langkahnya di atur perlahan. Dari jauh senyuman Faridz sudah terlakar membuatkan rasa gugupnya semakin menjadi-jadi. Pintu kereta dibuka lalu menutup kembali apabila Huda sudah selesa dibangku bahagian penumpang hadapan.

“Kita nak kemana..?”

“Abang nak bawak Huda jumpa dengan keluarga angkat abang. Mama dengan papa teringin sangat nak tengok menantu dia orang. Tapi sebelum tu abang nak Huda jangan berfikir negetif. Bukan niat abang nak menguris hati Huda, cuma abang rasa abang patut lakukan memandangkan mereka ni lah yang akan sarungkan cincin ke jari manis Huda nanti.” Terang Faridz dalam nada tenang setelah melihat perubahan pada wajah Huda. Huda tersentak setelah mendengar penerangan Faridz.

“Kenapa abang tak bincang dulu dengan Huda.? Huda malulah..! Lagipun Huda tak habis belajar lagi. Kenapa tiba-tiba kata nak sarung cincin pulak.!” Rungut Huda perlahan sambil matanya memandang jejarinya di atas riba. Mendengarkan suara tawa Faridz jelas dipendengarannya, Huda pelik.

“Bila pulak abang kata nak hantar cincin.? Abang kata nanti, bukan sekarang.!” Ujar Faridz terus ketawa. Huda melepas keluhan lega sambil tersenyum malu.

     Rasa debar kian terasa bilamana kereta Faridz berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk banglo mewah milik Dato Basri. Huda cuba berlagak tenang. Dalam hatinya tak henti-henti berzikir mencari sedikit ketenangan.

“Dalam rumah tu nanti, kalau Huda nampak dengan perempuan muda dalam lingkungan 20an, Huda cuba buat tak tahu saja, jangan dilayan.” Pesan Faridz lalu keluar dari kereta lalu diikuti oleh Huda. Huda mengangguk laju tanda sudah maklum siapa yang dimaksudkan dengan Faridz tadi.

“Kenapa..?” Tanya Huda buat-buat tak faham.

“Sebab orang tu tak betul.!” Huda melopongkan mulutnya sambil menjungkitkan keningnya.

“Huda janganlah takut. Huda duduk aje dekat-dekat dengan abang, takkan jadi apa-apalah.!” Pujuk Faridz apabila melihat wajah Huda sedikit kelat.

     Huda dan Faridz beriringan bersama melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik Dato Basri. Melihat wajah tenang seorang wanita dalam lingkungan 50an sedang berdiri depan pintu menyambut mereka,  Huda sedikit lega. Dalam Hatinya sudah dapat mengagak siapakah manusia yang berdiri di hadapannya. Dengan baju kebaya  pendek kain sutera jelas menunjukkan orang itu berstatus tinggi dalam rumah itu.

“Dah sampai rupanya anak teruna mama ni!” Tegur Datin Normy sambil tersenyum mesra. “Amboi Riz..! dah lama tak datang jenguk mama. Papa kata dah banyak kali Riz turun sini, kenapa tak datang jumpa mama.? Dah tak sayang mama lagi ke.?” Sergah Datin Normy sayu.

     Huda tersentak mendengar bebelan Datin Normy. Dia tahu kenapa Faridz bertindak begitu, sudah tentulah kerana ingin menjaga hatinya. Tiba-tiba rasa bersalah menghantui dirinya. Kasihan melihat Datin Normy yang sering merindukan anaknya.

“Tak sempatlah mama.! habis kerja terus balik. Kerja di sana pun tak habis-habis lagi. Nanti bos besar bising pulak. Tambah pulak Syarikat Riz pun tengah sibuk sekarang ni. Nak tunggu Fini uruskan, lambat lagi.!” ucap Faridz perlahan sambil matanya melilau memandang sekeliling rumah, takut-takut kalau Dato Basri mendengar rungukannya.

    Datin Normy yang sedang ketawa kecil dengan gurauan anak angkatnya terpaku sejenak. Wajah Huda direnung tepat sambil mengerutkan wajahnya.

“Ni mesti Farathul Huda.?” Teka Datin Normy. Huda mengangguk perlahan sambil tersenyum manis. Datin Normy masih asyik merenung wajah di hadapannya itu. Seperti pernah dilihat wajah itu, dicuba-cuba mengingati namun fikirannya buntu.

“Amboi..! cantiknya..! Pandai Riz pilih. Papa ada cerita hari tu fasal hal ni dekat mama, papa kata cantik sangat. Bila tengok betul-betul macam ni, mama sendiri tak tahu nak kata apa, memang cantik pun..! sebab tulah mama minta Riz bawa Huda datang sini. Dah lama mama tunggu, akhirnya dapat jugak mama tengok bakal suri Riz.”

     Datin Normy ramah berbual. Huda senang dengan sikap mesra yang wanita itu tunjukkan. Hmm..betullah kata Fini. Keluarga angkat dia memang baik. Rasa berdebar sudah hilang dari jiwanya. Seketika kemudian terdengar deheman dari arah belakang. Faridz dan Huda segera bangun memberi hormat. Sambil menyalami Dato Basri, Faridz memperkenalkan Huda pada bapa angkatnya. Huda tersenyum namun sedikit pelik melihat wajah Dato Basri sedikit mengerut bila menatap wajahnya seperti riaksi yang diberikan oleh Datin Normy tadi.

“Dah lama sampai.?” Tanya Dato Basri sambil melabuhkan punggungnya di sisi Datin Normy.

“Baru lagi pa.!” Jawab Faridz lalu sama-sama duduk di sisi Huda.

“O.. inilah orangnya yang berjaya mencuri hati anak papa ni.!” Seloroh Dato Basri. Faridz tersenyum malu sambil menjeling ke arah Huda di sebelahnya sambil menganggukkan kepala. Dato Basri dan Datin Normy mula berbual mesra. Macam-macam yang ditanya mengenai pengajian Huda. Begitu juga dengan Huda yang pandai melayan kerenah keluarga itu. Apa yang ditanya dijawab dengan jujur dan lemah lembut. Sesekali meledak tawa bila ada topik yang lucu timbul.

“Ayah Huda masih ada..?” Tanya Dato Basri bersahaja tiba-tiba ingin mengetahui latar belakang keluarga Huda.

“Ada. Sekarang mengajar dekat UiTM sebagai penyarah. Dulu abah belajar dan kemudian mengajar dekat UKM, lepas tu dia mintak tukar di kampung kelahirannya. Sekarang abah dah jadi prof. dekat situ. Sesekali dia akan dijemput di mana-mana institusi pengajian untuk seminar pelajar-pelajar.

“Abah Huda nama apa..? Sebab mama dangan papa pun belajar dekat sana dulu. Manalah tahu, entah-entah kenal.” Sampuk Datin Normy lembut.

“Marzuki Hamdan bin Mustaffa. Last di UKM tahun 85.”

     Dato Basri dan Datin Normy berpandangan. Agak lama mereka berpandangan sebelum mereka bersuara. Huda serba salah.

“Maknanya Huda ni anak Profesor Dato Marzuki Hamdan? Anak Azimah?” Teka Datin Normy teruja. Huda tidak menjawab tapi hanya sekadar mengangguk lemah.

“Ya Allah bang.! anak Juki dengan Jimah bang..!” Luah Datin Normy sayu sambil merenung wajah suaminya. Dato Marzuki cuba menenangkan keadaan Datin Normy yang seperti cacing kepanasan.

“Betul Huda ni anak Marzuki dengan Azimah.?” Tekan Dato Basri.

      Huda semakin pelik dan Huda mengangguk lagi. Terfikir-fikir akan dia apa kaitan Dato Basri dan isterinya dengan kedua orang tuanya. 

“Nama abah Marzuki Hamdan bin Mustaffa dan ibu nama Syariffah Nur Azimah binti Syed Basha Khir.” Ujar Huda tenang.

“Masyaallah..! Tuhan memang nak temukan kita dengan Juki dan Jimah rupanya. Dah lama mama dan papa cari dia orang. Pernah sekali papa dengar tentang perlantikannya jadi prof, lepas tu terus senyap. Sebenarnya banyak yang nak kami sampaikan pada mereka berdua.”

“Tapi ibu dah tak ada.! dah hampir enam belas  tahun ibu pergi sebab barah pangkal rahim.” Terang Huda sayu. Melihatkan Datin Normy mengalirkan air mata, Huda jadi serba salah.

“Arwah ibu Huda dengan mama bukan orang lain, kami sepupu. Datuk Huda dengan ayah mama dua beradik. Kami belajar sama-sama dekat sini. Lepas arwah Jimah kawin dengan Juki, langsung tak dengar lagi berita dia orang. Sebenarnya perkahwinan mereka tak direstui keluarga. Arwah Paklong iaitu datuk Huda sebenarnya nak jodohkan arwah dengan abang sulung mama. Mama panggil abang Udin je dekat abang mama tu..! Masa tu abang mama tu sedang belajar di beijing. Muka arwah pun dia tak pernah tengok. Tapi dia ikut saja apa kata arwah atuk Huda tu. Walaupun begitu, arwah  ibu Huda tetap berkeras memilih abah Huda. Abang Udin frust dan malu lalu kawin dengan kenalannya di Beijing. Lepas arwah ibu dan abah Huda kawin, mereka di halau. Paklong terus tak mengaku arwah ibu Huda sebagai anak. Tapi Huda janganlah risau, sebab sebelum datuk Huda meninggal, dia teringin nak jumpa arwah dan telah ampunkan semua dosa-dosa arwah ibu Huda itu.  Arwah ibu Huda tu baik orangnya. Cantik pulak tu, sebijik macam Huda. Patutlah masa mula-mula tengok Huda tadi, mama rasa macam kenal.”

“Abah pernah juga cerita tentang zaman muda dia dengan arwah ibu. Tapi abah tak pernah cerita tentang keluarga dia dan keluarga ibu. Abah pun ada cakap yang muka Huda seiras dengan arwah ibu.”

“Masa belajar dulu ramai yang tergila-gilakan dia. Salah seorang daripadanya, ini dia..” Ujar Datin Normy sambil mengajukan jari telunjuknya kepada Dato Basri. Dato Basri tersenyum malu. Huda dan Faridz turut ketawa melihat telatah Dato Basri yang tersipu-sipu malu.

“Tapi saya tetap pilih awakkan.?” Balas Dato Basri sambil menjeling manja kepada isterinya.

“Dah tak ada yang nakkan awak, saya terimalah. Kesian dekat awak dah macam ayam berak kapur lepas Jimah kawin dengan Juki. Huda nak tahu, papa ni sanggup bertumbuk dengan abah Huda semata-mata nak tunjuk kuat pada arwah ibu Huda tu.! Nasib baik tak patah rahang tu kena bantai dengan abah Huda. Dia lupa abah Huda tu pengerusi dalam persatuan tekuando dan sukan hoki.” Usik Datin Normy pada suaminya lagi.

     Tersengeh-sengeh Huda selepas Datin Normy bercerita. Baru kini dia tahu abahnya ada memiliki seni mempertahankan diri dan paling mengejutkan abahnya juga minat dalam sukan yang diminatinya.

“Dahlah ma..! kesian papa tu.” Sampuk Faridz apabila melihat wajah Dato Basri sudah merona merah menahan malu.

“Kenapa arwah atuk tak boleh terima abah Huda? Dah banyak kali Huda tanya pada abah sejarah keluarga dia dengan keluarga arwah ibu, tapi dia macam mengelak. Satu hari lepas Huda tanya Huda nampak dia menangis, lepas tu Huda tak mahu tau lagi fasal keluarga abah dengan keluarga ibu.”  Huda tiba-tiba bersuara balik kepada topik asal perbualan.

“Sebenarnya abah Huda tu anak yatim piatu. Sebatang kara. Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Datuk Huda beranggapan abah Huda tu anak yang tak ada mak bapak, sebab tulah dia menentang keras. Tapi, takdir tuhan siapa yang menduga, jodoh dia tetap dengan ibu Huda.” Ulas Datin Normy sayu sambil mengalihkan pandangannya pada suaminya. Dato Basri mengangguk setuju.

“Betul ke abah Huda tu anak yang tak ada bapak.?” Huda Tanya lagi. Inilah masa dia dapat tahu tentang salasilah keluarganya. Jika nak harap dari mulut orang tuanya, sampai mati dia tak tahu apa-apa.

“Ish.! Mengarut semua tu! Kalau tak ada bapak, macam mana dia boleh berbinkan Mustaffa? Lainlah ceritanya kalau binkan Abdullah. Huda jangan fikir yang bukan-bukan.!” Bentak Datin Normy lembut.

 “Apa yang mama tahu, abah Huda jadi penghuni rumah anak yatim selepas kedua orang tuanya meninggal dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pergi kekursus haji. Sebabkan abah tiada saudara mara yang menuntut, jadi dia ditempatkan di situ hingga umur lapan belas tahun. Selepas lulus periksa SPM, abah Huda memohon masuk ke UKM dan di situlah dia kenal dengan arwah ibu Huda.” Cerita Datin Normy lagi.

“Sekarang abah Huda macam mana.? Masih solo lagi ke.?” Tanya Dato Basri.

“Disebabkan anak-anak, lepas dua tahun arwah ibu pergi, abah terpaksa cari seorang menggantikan tempat ibu. Alhamdulillah, umi baik sangat. Rasa macam ibu kandung pulak.” Ujar Huda.

“Dan kalau mama dengan papa nak tahu, ibu tiri Huda tu sebenarnya adik arwah papa Riz. Lepas beberapa bulan Fini balik sana baru Riz dapat cari adik arwah papa Riz tu.” Terang Faridz penuh semangat. Melopong mata dan mulut kedua-dua suami isteri itu, seperti tidak percaya dengan apa yang mereka dengar sebentar tadi.

“Masyaallah.. Betul ke Riz..! Kecik betul dunia nikan bang..? Saya tak sangka Tuhan sengaja nak kita bertemu dengan cara macam ni. Saya bersyukur sangat, walaupun tak dapat bertemu dengan Jimah, dapat bertemu dengan Juki dan anak-anaknya pun dah memadai. Lepas ni kalau kita ke perak, bolehlah kita jenguk Juki ye bang..!” Datin Normy terus meluahkan rasa kesyukurannya.

“Kita bawak cincin sekali untuk anak bujang kita ni.!” Tambah Dato Basri pula. Huda dan Faridz tersentak.

“Janganlah mama, papa..! sabar-sabarlah dulu. Huda kata dia nak habis belajar dulu..” Ujar Faridz.

“Abah mesti tak setuju. Dia nak anak-anaknya habis belajar, capai cita-cita, baru fikirkan rumah tangga. Lagipun abang Faridz pun dah janji dengan abah.” Terang Huda sambil merayu lembut.

“Tak berubah-ubah Juki tukan bang..! dari dulu dia memang titik beratkan soal pelajaran. Dulu pun dia sanggup tunggu Jimah habis belajar baru dia fikirkan fasal kawin. Katanya kalau selagi Jimah tak habis belajar, dia takkan kawin dengan Jimah. Jimah pun satu, sanggup tukar jurusan semata-mata nak dekat dengan Juki. Cita-cita nak jadi doktor, last-last jadi pensyarah.” Huda tersenyum bangga mendengar cerita Datin Normy dan Dato Basri.  Dari awal lagi Huda yakin cinta abahnya pada arwah ibunya masih utuh hingga kini.


     PERBUALAN berlanjutan sehingga ke meja makan. Datin Normy tak lekang bercerita itu dan ini. Huda bersetuju dengan apa yang telah diceritakan oleh Affini dulu. Keluarga ini memang baik budi pekertinya. Perbualan antara Faridz dan Dato Basri tidak langsung dihiraukan, sudah maklum apa yang dua lelaki itu bualkan. Kerja, office, tapak projek, tender..bla-bla-bla...! itu sajalah yang mereka bincangkan. Perbualan mereka terganggu seketika oleh susuk tubuh seksi yang tiba-tiba muncul di situ. Huda cuba memaniskan muka, namun hanya seketika kerana melihatkan wajah keruh Faridz, Huda sudah dapat mengagak siapakah gadis yang tiba di situ.

“Hey you, bila sampai.? Tak bagi tau I pun.! You datang ni sebab rindukan I ke? Tulah..hari tu jumpa dekat office, You jual mahal” Tegur Lisa sambil tangannya nakal merangkul bahu Faridz. Faridz hanya membisu terus menepis tangan lembut itu dari terus mengusap bahunya. Dalam hatinya sudah dapat rasa apa yang Huda fikirkan sekarang. Pada mulanya dulu, ingin diceritakan pada Huda tentang kejadian itu. Tapi bila dirasa perkara itu tidak penting, maka didiamkan saja.

    Huda tersentak. Panas juga hati Huda bila Faridz diperlakukan begitu. Paling panas bila mendengar kata-kata jelik Lisa tadi. Sebelum ni Faridz tidak pernah cerita tentang pertemuannya dengan Lisa. Tak nampak ke aku di sebelah Faridz ni.! Takpe Huda, sabar..! Sabar tukan separuh dari iman. Jadi, kenalah kuatkan sikit iman tu.. ceria-ceriakan wajah..!

“Lisa.! Cuba elok-elok sikit perangai tu, kita ada tetamu ni..!” Sergah Datin Normy sambil merenung tajam ke wajah anak kesayangannya itu. Lisa  berpura-pura sedang mencari seseorang di situ.

Opts..! sorry.. tak perasan.!” Lisa beralasan ala-ala manja sambil menutup mulutnya tergamam apabila matanya sudah terancap pada wajah Huda yang sedang selesa di sebelah Faridz.

“Siapa yang you bawak ni.? Taknak kenalkan dekat I ke..?” Tanya Lisa dalam gaya menggoda. Namun Faridz hanya membisu sambil meneruskan suapannya.

“Ini Farathul Huda anak saudara mama, sekarang dia belajar dekat UKM sini.”Jelas Datin Normy lembut sebelum mengalihkan pandangan pada Huda. “Huda, ni Kak Lisa anak mama yang bongsu.” Ujar Datin Normy lembut. Huda hanya menganggukkan kepalanya dan cuba mewujudkan senyuman ikhlas tanda perkenalan. Memandangkan tangannya penuh dengan nasi, jadi sukar baginya untuk menghulurkan salam. Lisa membalas dengan senyuman nipis tetapi jelas hambar.

“Dia juga bakal penyeri hidup I tak lama lagi.” Sampuk Faridz sambil mencapai gelas yang berisi air sirap bandung lalu meneguknya sehingga habis tanpa memandang Lisa walau sekelip mata. 

Wajah Lisa yang kurang ceria tadi menjadi kelat serta merta sambil merenung dan menjeling tajam ke arah Huda. Huda berdebar-debar lalu menunduk lemah. Lisa semakin panas bila Huda tersenyum-senyum pada Faridz selepas pemuda itu membisikkan sesuatu ke telinga Huda. Lisa pantas mengatur langkah menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.

“Huda, janganlah ambil hati dengan Kak Lisa tu.! Dia memang macam tu. Sebenarnya Kak Lisa tu baik hati. Entah kenapa kadang-kadang angin dia datang tak menentu.” Kata Datin Normy sayu.

“Huda dah tahu mama.!” Ucap Faridz tiba-tiba. Datin Normy tersentak lalu memandang wajah tenang Huda. Huda hanya mengangguk lemah.

“Mama terkilan sebab Faridz tak jadi dengan Lisa. Tapi, apa nak buat, bukan salah Riz. Dia yang cari punca semua ni.” Balas Datin Normy lagi menyalahkan anaknya sendiri.

     Huda tersenyum sahaja mendengar luahan rasa hati dari mulut wanita itu. Walaupun sudah maklum akan hal yang satu tu, Huda tetap tekun mendengar. Manalah tahu kalau-kalau ada cerita yang tercicir yang belum diketahuinya.

“Allah tu maha kaya mama.! Riz tetap akan jadi menantu mama dengan papa satu hari nanti.” Sampuk Faridz sambil menjeling manja ke arah Huda disebelahnya. Datin Normy dan Dato Basri tersenyum lega. Fahamlah mereka yang Faridz benar-benar rasa bahagia dengan kehidupannya sekarang.


     LISA menghempaskan tubuhnya di atas katil empuknya. Hatinya cukup sakit melihat kemesraan bekas tunangnya dan saudara baru yang dikenalkan oleh mamanya tadi. Nafasnya turun naik menahan geram di hati. Alat kawalan penghawa dingin dicapai lalu menaikkan suhu, namun suhunya biliknya yang sudah sejuk belum mamapu menyejukkan hatinya yang sedang panas. Lisa merengus kasar.

Arghh..! Aku akan pastikan yang Faridz akan terus jadi milik aku.!” Bentak Lisa sambil menumbuk kuat bantal yang berada di sisinya. Lisa akui dulu memang salahnya kerana mengambil jalan pintas untuk memutuskan hubungannya dengan Faridz. Semuanya kerana gara-gara pujukan dan rayuan Jimmy. Kerana kekacakan dan perwatakan Jimmy, hatinya terus berubah, sedangkan cintanya pada Faridz sudah lama terjalin. Jimmy dikenali semasa majlis ulang tahun rakan sosialnya di sebuah kelab malam. Jimmy difahamkan adalah seorang anak kepada usahawan India yang menjalankan perniagaan textile dan menetap di malaysia untuk beberapa tahun. Wajah Jimmy yang persis seorang aktor bollywood memudarkan rasa kasih pada kekasihnya yang sudah bertahun dikenali. Disaat-saat menghampiri hari bahagianya bersama Faridz, Jimmy merayu agar Lisa mengikutnya bercuti ke Paris. Tanpa berfikir panjang, Lisa terus mengikut Jimmy. Namun hingga kini hubungan mereka tiada penghujungnya. Walaupun begitu, mereka masih berhubung. Lisa sendiri tidak tahu mengapa dia cepat kalah dengan pujuk rayu Jimmy walaupun sudah tahu yang Jimmy hanya seperti ingin mempermainkannya.

     Lisa bangun lalu berdiri di hadapan cermin besar yang menampakkan seluruh tubuh dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Wajahnya dibelek dan kemudian pandangannya beralih arah pada tubuhnya yang seksi sambil meliuk lentok ke kiri dan kekanan. Lisa berasa bangga walaupun sudah berumur dua puluh lima enam, badannya masih seperti anak dara tujuh belas tahun walaupun diakui dirinya bukan dara lagi. Tubuh munggilnya sudah banyak kali dijamah oleh Jimmy. Dengan sekali pujuk saja, Lisa sudah cair dan terus berada dalam rangkulan sasa Jimmy. Lisa cuba membandingkan dirinya dengan Huda yang bertudung.
“Ah.! Gadis kolot.! Aku lebih cantik. Agaknya dari ceruk manalah Riz kutip pun tak tahu.!” Bentak Lisa sambil membelek-belekkan wajahnya di cermin. “Kalau setakat gadis kampung macam tu, senang sangat untuk aku dapatkan kembali hak aku. Kau tunggulah nanti..!” Kata Lisa sendiri dengan nada geram dan dendam.


     SELESAI solat zuhur, Huda dan Faridz keluar dari banglo mewah Dato Basri dan Datin Normy. Bertalu-talu wajah Huda dicium oleh Datin Normy ketika Huda dan Faridz mahu melangkah keluar. Yang sebenarnya, Datin Normy terlalu rindukan sepupunya iaitu arwah Azimah. 

“Huda jangan ceritakan tentang pertemuan ni pada abah ye.! Nanti mama dengan papa datang sendiri buat kejutan pada dia.!” Pesan Datin Normy lalu melepaskan rangkulannya dari tubuh Huda.

“Baiklah. Mama jangan risau, Huda rahsiakan dulu, kalau mama dan papa nak datang bagitahulah.” Pesan Huda pula.

     Sepanjang perjalanan, Huda hanya membisu. Dalam fikirannya macam-macam persoalan yang timbul.

“Huda nak cakap apa-apa ke dekat abang.?” Tiba-tiba Faridz bersuara. Huda tersentak lalu memalingkan wajahnya sekali imbas ke arah Faridz dan kemudian mengalihkan kembali pandangannya ke hadapan semula. Dari tadi Faridz perasan Huda seperti mahu memperkatakan sesuatu.

“Entahlah. Huda tak tahu nak cakap. Macam mimpi pulak.!” Ujar Huda sambil mengeluh lemah.

“Apa yang mimpinya.?” Tanya Faridz lembut. Dalam hati dia mengeluh lega kerana bukan tentang apa yang Lisa cakapkan tadi yang berada dalam fikiran Huda.

“Yelah..! Tak sangka keluarga angkat abang tu saudara rapat Huda belah ibu. Selama ni Huda sering tertanya-tanya siapa di balik abah dan ibu. Bila ingat balik sejarah keluarga abah dengan ibu Huda sedih. Tak sangka hidup mereka rumit sepanjang bersama. Patutlah abah tak mahu bercerita tentang salasilah keluarganya. Rupa-rupanya dia sebatang kara. Ditambah pulak dengan layanan dingin dan cemuhan keluarga ibu, sudah pasti menambahkan lagi rasa berat untuk dia ceritakan semuanya.” Ulas Huda sayu.

“Allah tu maha mengetahui. Dia yang menetapkan semua. Kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai apa yang dikurniakan. Setiap kejadian dan musibah yang diturunkan pada kita dah tentu ada hikmahnya.” Balas Faridz.

“Kalau Huda tak ikut abang datang sini, dah tentu Huda tak dapat kenal dengan ibu saudara Huda tu.”

“Yang sebenarnya, kalau Huda tak kena fitnah dah tentu abang tak datang jumpa Huda kat sini. Dan sudah pasti abang takkan bawa Huda datang ke rumah keluarga angkat abang ni. Sebab tu kita kena belajar, setiap perkara yang kita terima baik atau buruk akan disertakan dengan hikmah yang kita sendiri belum tahu. Contohnya macam fitnah yang melanda diri Huda. Allah dah berikan hikmah yang Huda sendiri tak jangka, betul tak.? Jadi kita kena selalu bersyukur dengan setiap pemberiannya.” Hujah Faridz yang panjang berjela membuatkan Huda kagum mendengar dan mengangguk setuju.

“Ye..betul tu ustaz Faridz! saya setuju.” Seloroh Huda sambil tersenyum mengusik. Faridz tersenyum malu bila diusik begitu.

“Nakal dia ye.! Mm.. abang ingat Huda nak cakap fasal..”  Faridz serba salah sambil mengetap bibir.

“Lisa.?” Pantas Huda menjawab sambil tersenyum. Faridz cuba berlagak tenang sambil menarik nafas lalu melepaskan perlahan-lahan sambil mengangguk.

“Huda rasa tak ada apa yang Huda nak cakap fasal dia. Rasanya tak perlu kot..! Mm..cuma satu je Huda nak tahu.”

     Faridz sudah mula berdebar-debar menati ayat Huda yang tergantung.

“Abang ada rahsiakan apa-apa ke dari Huda ke? Selama ni Huda jujur dengan abang. Walaupun kita jauh, Huda tak pernah sembunyikan apa jua yang Huda buat.” Bila melihat Faridz tarik nafas dalam, Huda tahu Faridz dalam serba salah. Bukan niatnya untuk menguji atau menduga, cuma dia mahu Faridz berterus terang. Jika difikirkan balik, Huda rasa dia lebih tidak jujur kerana menyimpan perasaan pada Iskandar.

“Abang minta maaf sebab rahsiakan hal tu. Mula-mula memang abang nak bagi tahu. Tapi bila abang fikir, benda tu tak penting, jadi abang diamkan saja. Hari tu kebetulan abang jumpa dia dekat office abang. Mendidih jugak darah abang masa tu.  Maafkan abang ye..! Abang janji lepas ni kalau ada apa-apa, abang akan terus bagitahu pada Huda.” Huda tersenyum melihat Faridz gugup.

“Yelah..! Satu lagi, Huda tak suka cara dia pegang abang tadi. Abang dah biasa ke berkeadaan macam tu dulu.? Dari apa yang Huda perasan, abang macam dah biasa..je.!” Ulas Huda teragak-agak.

“Huda tak percayakan abang ye.?” Tanya Faridz tersenyum-senyum kerana dari nada suara Huda tadi dia tahu Huda cemburu.

“Bukan tak percaya, cuma dari cara dia peluk abang tadi, macam dah biasa je.” Huda bersuara sinis.

“Memang dia dah biasa macam tu, dengan orang lain pun dia macam tu. Janganlah fikirkan yang negetif pula tentang abang. Untuk pengetahuan Huda, abang ni masih teruna tau.!” Balas Faridz tanpa segan silu. Rasanya dia perlu jernihkan suasana bila melihat air muka Huda sudah berubah keruh.

“O..jadi abang dah biasalah kalau pegang-pegang macam tadi tu?” Huda cuba menduga.

“Demi Allah abang pernah sentuh dia tapi setakat sentuh tangan je.! tak lebih dari tu. Walaupun abang pernah tinggal sekali dengan dia, abang masih menjaga tatsusila abang sebagai orang luar. Abang ni cuma anak angkat. Takkanlah abang nak buat benda tak elok tu dalam rumah orang. Lagipun abang balik rumah ni masa cuti semester je.. sebab abang banyak masa di fakulti..Jadi abang jarang jumpa dia. Berhubung pun dalam telefon je..!”

“Kalau jarang jumpa macam mana ada perasaan nak bertunang.?”

“Sebab masa tu abang betul-betul sayangkan dia. Macam abang sayang kan Huda sekarang.” Ujar Faridz sambil menjeling manja. Dalam hati dia bersorak riang bila jelas diwajah Huda riaksi cemburu.

“Habis belajar, abang kerja dengan papa. Tapi abang tak duduk rumah papa. Abang menyewa dengan kawan-kawan dekat apartment abang sekarang. Satu hari dia datang apartment abang dan ajak bertunang. Abang tak kisah sebenarnya sebab abang betul-betul sayang kan dia. Kebetulan pulak mama dan papa restu. Sebulan bertunang macam-macam cerita yang abang dengar dari mulut kawan-kawan abang tentang perangai buruk Lisa. Tapi abang masih cuba pekakkan telinga sebab abang tak pernah nampak perkara buruk dia. Sehinggalah tiba hari pernikahan, saat-saat tangan abang berada dalam genggaman kadi, mama bagi tahu Lisa hilang dalam bilik. Cuba Huda bayangkan keadaan abang waktu tu. Abang malu pada semua. Malu pada Fini sebab selama ni dia banyak menentang hubungan abang dengan Lisa.”

     Huda tersenyum hambar sambil menggeleng kepala mendengar luahan Faridz.

“Dahlah abang. Huda tak mahu dengar dah cerita sedih-sedih macam ni. Nanti Huda nangis, abang jugak yang susah nak pujuk..!”Mengekek-ngekek Faridz ketawa melihat telatah Huda.

     Sepanjang hari itu Huda dan Faridz kaya dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Hati mereka berlagu riang bila mata bertentangan. Masakan tidak bila masing-masing memendam rindu terlalu lama. Bila dapat bersua, hanya isyarat mata sudah cukup membuat masing- masing mengerti.

“Bila abang nak bailk.?” Tanya Huda.

“Esok. Kenapa.? Macam dah tak sabar-sabar nak halau abang . Mesti ada apa-apa ni..!” Usik Faridz sambil tersenyum.

“Ishh..! abang ni..tak ada apa-apalah..saja tanya.”

“Sebelum abang balik esok abang datang jumpa Huda. Bolehkan.?” Faridz seperti merayu.

     “Kenapa..?” Tanya Huda sambil memusingkan badannya lalu bersandar selesa di dinding pintu kereta. Wajah Faridz yang tenang ditatap lama.

“Nak buat bekal. Sehari tak tengok Huda, nanti abang demam..” Balas Faridz sambil menjeling Huda di sebelahnya. Faridz perasan Huda sengaja menyandarkan badan di dinding kereta supaya mudah menatap wajahnya. Hatinya berlagu riang.

“Boleh demam ke kalau tak tengok..?”

“Mestilah..!”

“Kalau macam tu Huda nak tengok abang jugaklah..! Takdelah Huda kena demam nanti.!” Ujar Huda sambil merenung wajah Faridz yang sedang tersenyum malu sambil memandu.

  ‘Mentang-mentanglah aku tengah memandu.. bolehlah renung macam ni. Nanti dia!’ Gumam Faridz dalam hati sambil tersenyum-senyum. Dengan pantas Faridz menghentikan pemanduannya dipinggir jalan. Huda terkejut dengan tindakan Faridz lalu membetulkan kedudukannya mengadap semula ke hadapan.

“Kenapa tak renung abang macam tadi.? Abang dah rasa abanglah orang yang paling hendsome dalam dunia ni bila direnung oleh seorang bidadari.” Kata Faridz sambil memusingkan badannya mengadap Huda yang sudah menunduk menahan malu. “Kalau Huda dapat renung mata abang sepuluh saat, abang akan bagi hadiah.”  Sambung Faridz lagi.

“Hadiah apa.?” Tanya Huda sambil memalingkan wajahnya ke arah Faridz, namun hanya seketika dan kemudian dia menunduk malu.

“Adalah..!” Jawab Faridz lalu tersenyum mengusik.

     Huda mula berfikir-fikir lalu dengan perlahan, badannya dipusingkan mengadap Faridz yang sedang merenungnya. Wajahnya yang menunduk dipanggung  lalu membalas renungan tajam di hadapannya itu.

     ‘1-2-3-4-5-6-7-8-9-10..’ Faridz membuat kiraan dalam hati. “Hmm.! ada kemajuan, melebihi sasaran.!” Ucap Faridz setelah kiraan dalam hatinya lebih dari yang ditetapkan. Huda tersentak lalu cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

“Mana hadiahnya.?”  Pinta Huda sambil menadah tangan kanannya. Telapak tangan Huda disambut lalu digenggam erat. Huda tersentak sambil ingin menarik kembali tangannya, rasa kekok dengan keadaan begitu, namun pegangan Faridz semakin erat.

“Pejam mata dulu, kalau tak, abang takkan lepaskan tangan Huda..”  Huda mengerutkan wajahnya sambil mengetap bibir menahan geram dengan syarat Faridz itu. Nak tak nak, terpaksalah Huda akur. Matanya ditutup dengan tapak tangan kirinya sambil menanti hadiah yang dijanjikan. Faridz tersenyum melihat Huda tersipu-sipu malu. Dikeluarkan sesuatu dari dalam poket kemejanya lalu disarungkan kejari manis Huda.

“Dah. Boleh buka sekarang.!” Ucap Faridz selepas selesai tugasnya. Tangan Huda dilepaskan perlahan-lahan. Cincin yang bertahtakan sebentuk batu kecil berwarna putih indah tersarung di jari ditatap lama. Huda hilang kata-kata. Tidak tahu apa yang harus diucapkan. Hatinya terharu.

“Abang tak pernah beli apa-apa untuk Huda sebelum ni. Sudilah kiranya Huda terima hadiah dari abang yang tak seberapa ni. Cincin ni tanda cinta abang pada Huda. Kalau Huda tak sudi, Huda boleh buangkan saja atau bagi saja pada sesiapa yang Huda nak. Tapi jangan pulangkan pada abang. Abang tahu Huda tak suka barang kemas, tapi abang rayu kali ni, tolong pakai untuk abang.” Ulas Faridz sayu.

“Huda sudi bang, Huda sudi! Sebenarnya menerima abang terlebih awal bukanlah sesuatu yang yang berada dalam fikiran Huda. Tapi kerana kesungguhan abang, Huda terpaksa korbankan sikit prinsip Huda tu. Jadi, Huda harap abang hargai apa yang Huda dah korbankan ni. Jangan kecewakan Huda. Ingat bang, andai hati Huda terluka, tiada lagi peluang kedua. Harap abang ingat syarat yang Huda dah kenakan sejak dulu lagi.”

     Faridz mengangguk laju mendengar penerangan Huda.

“Abang akan pastikan Huda takkan terluka. Andai terjadi abang akan pastikan abang dihukum berat.!” Seloroh Faridz. “Huda suka.?” Tanya Faridz bila Huda diam membisu.

“Suka. Suka sangat.!  Mana abang tahu saiz jari Huda.?” Ujar Huda malu-malu.

“Abang agak-agak je..! abang pernah tengok cincin Fini dekat atas meje solek dia, abang rasa jari dia lebih kurang dengan Huda.” Terang Faridz.

     Sepanjang perjalanan pulang, mata Huda hanya tetap di jari manisnya sambil mengusap lembut cincin dijarinya. Senyuman terukir di bibir Faridz yang perasan dengan sikap Huda turut terhibur sambil melebarkan senyuman kerana yakin Huda benar-benar ikhlas menerimanya. Risau juga Faridz tadi kalau-kalau Huda tidak dapat menerima alasannya mengenai Lisa.


    LISA keluar dari biliknya selepas yakin dua tetamu yang datang tadi sudah beredar pergi. Segera Lisa mendapatkan kedua orang tuanya yang sedang leka berbual di ruang tamu. Lisa sedikit terkilan kerana kehadirannya di situ langsung tidak dipedulikan, lebih menyakitkan lagi bila topik perbualan berkisahkan mengenai Huda dan Faridz. Kata pujian yang melangit tentang keelokan dan keperibadian Huda makin menyakitkan hatinya.

“Mama ni, kalau dengan anak orang, bukan main lagi. Tapi kalau dengan anak sendiri, tak pernah pulak nak puji-puji macam tu.!” Bentak Lisa lalu menghempaskan punggungnya di atas sofa di sisi Datin Normy. Dato Basri dan Datin Normy tersentak lalu berpandangan kecewa sambil mengeluh sayu.

“Kami memuji pada yang layak dipuji. Bukan saja-saja nak puji. Kalau kamu pun macam si Huda tu,dah tentu kami akan puji macam tu.! ” Sergah Dato Basri. Sakit hatinya mendengar dindiran tajam dari anaknya tadi. Dia sendiri tidak tahu kenapa berbeza sekali sikap tingkahlaku anaknya itu jika dibandingkan dengan anak-anak yang lain. Cara didikan rasanya sama saja.

“Dah tak ada orang lain ke yang nak dipuji.? Entah budak kampung manalah yang Riz usung kesitu kemari, tak ada kelas langsung..!” Bentak Lisa lagi sambil memasamkan muka selepas mendengar ulasan Dato Basri tadi. Dijeling tajam ke arah kedua orang tuanya yang sedang memandang sinis padanya. 

Datin Normy menggeleng lemah, malas melayan kerenah anak bongsunya yang sedang dilanda amarah. Walaupun sedar perbuatan anaknya itu melampau.. sengaja Datin Normy mengambil langkah berdiam diri kerana jika dilayan, Lisa akan tetap dengan perangainya walaupun sejuta nasihat dilemparkan.

“Kamu tak kenal siapa keluarganya, Lisa. So, jangan nak menyombong diri. Kalau kamu tahu siapa dia yang sebenarnya, baru kamu tahu siapa budak kampung yang kamu katakan tadi. Kampung-kampung pun, dia ada matlamat hidup untuk berjaya, bercita-cita tinggi untuk teruskan kehidupan agar tidak bergantung hidup pada orang tua walaupun tahu orang tuanya mampu berikan apa saja pada dia. Orang tuanya berpangkat dan berilmu dan tak bangga diri macam kamu. Kamu, ada.? Umur dah meningkat tapi masih berfikiran macam budak-budak tak cukup akal. Sepatutnya kamu sekarang dah bergelar ibu, tak pun sekurang-kurangnya dah berkerjaya. Cubalah berperangai seperti orang dah matang. Sampai bilalah nak terus bergantung hidup pada kami. Nasib baiklah kamu tak jadi kawin dengan Riz tu, kalau tak, macam manalah kehidupan perkahwinan kamu.”

      Panjang lebar bebelan Dato Basri pada anak perenpuannya yang seorang itu. Dalam hatinya berharap agar anaknya itu akan berubah, tak banyak sikit pun jadilah. Dengan keadaannya yang semakin dimamah usia, dia teringin melihat kehidupan anak bongsunya seperti anak-anak orang lain.

“Satu mama nak pesan, tolong jangan ganggu hidup Riz lagi. Sekarang Riz sudah bahagia dengan kehidupannya yang baru. Cukuplah sekali kamu kecewakan dia. Malu kami pada dia pun masih terasa lagi tau.!” Sampuk Datin Normy tiba-tiba. Amarannya itu bertujuan agar Lisa tahu Faridz sekarang bukanlah Faridz yang dikenali bertahun yang lalu. Jiwanya cukup terseksa melihat penderitaan yang ditanggung oleh anak angkatnya. Rasa bersalah masih bersarang, namun bila melihat keadaan Faridz tadi, sedikit- sedikit perasaan rasa bersalah mula beredar pergi.

     Lisa tersentak lalu berdiri tegak memeluk tubuh memandang tepat ke arah kedua orang tuanya. “Lisa tak peduli.! Riz milik Lisa.! Lisa masih sayangkan dia. Lisa akan cuba dapatkan Riz semua, tak kira dengan apa cara sekali pun.!” Bentak Lisa sambil menjeling tajam. Tangannya dikilas sambil memeluk tubuh tanda protes. Di ruangan matanya hanya terbayang wajah Faridz. Hatinya sakit bila wajah Huda terlayar di fikiran.

 “Kamu jangan jadi gila Lisa.! Buat sesuatu tanpa berfikir panjang. Papa risau cara kamu ni memakan diri kamu balik. Cukup-cukuplah tu, jangan kamu porak perandakan pulak hidup mereka. Mereka tak salah. Sepatutnya dari dulu lagi kamu cuba perbaiki diri kamu supaya Riz tak terlepas ke tangan orang lain. Sekarang kamu rasakan sendiri apa yang Riz rasa dulu. Jika nak dibandingkan penderitaan kamu sekarang, Faridz lebih derita. Kalau papa berada di tempat Faridz, mati hidup semula pun tak mungkin papa terima kamu. Kamu dah mencemarkan maruah hidup dia..!” Tempik Dato Basri pula. Harapannya agar Lisa dapat berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu perkara. Mereka mengeluh lemah dan hanya menggeleng kepala melihat Lisa laju melangkah keluar. Kedengaran deruman kereta Lisa dari luar membuatkan  hati tuanya merasa hiba. Datin Normy yang berada di sebelahnya hanya mampu mengusap lembut belakang suaminya agar suaminya itu cuba bersabar. Risau kalau-kalau penyakit lemah jantung suaminya itu muncul kembali. Hatinya turut terasa dengan sikap Lisa.

     Kereta sport merah milik Lisa berhenti di kawasan parkir apartment Jimmy. Dari luar Lisa sudah dapat mengagak bahawa tuan punya apartment ada di dalam  kerana kereta Gen-2 milik Jimmy ada di kawasan parkir.Tanpa memberi apa-apa isyarat tentang kedatangannya, Lisa melangkah laju naik ke apartment mewah Jimmy . Dengan kunci pendua yang pernah diserahkan oleh Jimmy kepadanya, memudahkan dia masuk lalu menghenyakkan punggungnya di sebelah Jimmy yang sedang menonton sambil berbaring di sofa panjang di ruang tamu. Kedatangan Lisa sikit pun tidak buat Jimmy rasa terkejut kerana sudah biasa dengan Lisa yang sering keluar masuk ke dalam rumahnya itu. Lisa sedikit terasa kerana Jimmy langsung tidak mengendahkannya. Jimmy tersenyum sinis melihat tingkahlaku Lisa yang sedang mencuka. Segera dia bangun lalu mendapatkan Lisa lalu tubuh munggil itu dirangkul erat. Jimmy tersenyum bila Lisa hanya menjeling lalu menolak perlahan tubuh sasa Jimmy.

“Kenapa ni..? I tengok you mencuka saja, apa halnya ni..?” Tanya Jimmy lalu dipeluk kembali tubuh itu. Kali ini tidak pula ditolak Lisa malah dibiarkan saja tubuhnya dibelai dan dimanja Jimmy. Lisa tenang dalam pelukan Jimmy. Sambil menggelengkan kepala, Lisa membalas pelukan Jimmy. Lisa belum bersedia untuk menceritakan masalahnya. Baginya Jimmy hanya tempat dia melepaskan kebosanan dan kesunyian. Yang sebenarnya hatinya masih mengharapkan Faridz akan kembali semula padanya. Tapi bila melihatkan adengan sepasang kekasih di rumahnya tadi, dia sudah dapat mengagak yang Faridz sudah pasti takkan kembali ke pangkuannya lagi. Hatinya semakin sakit bila kedua orang tuanya asyik memuji gadis kesayangan bekas tunangnya. Tiba-tiba timbul idea jahat dalam kepala otaknya untuk memisahkan pasangan yang sedang bahagia itu. Puas difikir-fikir apakah jalan yang harus dilakukan. Hampir lima belas minit berfikir ketika berada dalam rangkulan tubuh Jimmy, akhirnya Lisa tersenyum bila idea jahatnya datang dalam fikiran. Lisa tersenyum sendiri. Wajah Jimmy yang sedang menonton dikerling sinis. Tiada siapa yang tahu apa yang tersirat dalam fikirannya  walaupun Jimmy yang sememangnya dekat dengannya.

     ‘Sabar Lisa.. Masanya belum tiba, biarkan mereka bahagia dulu.. Selepas ini pasti bahagia milik kau.’  Lisa berkata sendiri untuk memujuk hatinya. Yakin sungguh bahawa rancangan jahatnya akan berjaya.

No comments: