PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 16 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 16

“IBU..! Balik sekolah nanti, kita pergi hospital tengok adik Anis ye?” Pinta Amil Zaquan ketika bersarapan.

Okey! Tapi lepas tu Amil kena ikut ibu pergi pejabat ibu.”

“Alah..boringlah pergi pejabat ibu. Bukan ada apa pun!”

“Pejabat ibu ada playground. Mil boleh main dekat sana kalau Mil boring.”

Playground? Ayah tak tahu pulak syarikat kita ada taman kanak-kanak.”

“Syarikat Mala dengan abang Luqman, ayah. Bukan syarikat ayah.” Jawab Nirmala angkuh tanpa memandang wajah Dato Hamdan. Bihun goreng disuap tanpa rasa bersalah.

Memang playground ada disediakan dalam bangunan syarikat Fir Luqman. Semua itu adalah idea dari Fir Luqman sendiri. Tujuannya ialah bagi kesenangan pada pekerja-pekerjanya yang mempunyai anak kecil. Pengasuh juga disediakan di situ.

“Apa maksud Mala?” Tanya Dato Hamdan terkejut.

“Menantu kesayangan ayah tu tak cerita dekat ayah ke? Sekarang Mala dah letak jawatan dalam syarikat ayah tu. Memang dari dulu lagi, Mala memang tak berminat kerja dekat tempat ayah tu. Mala nak teruskan usaha abang Luqman hingga Amil mampu menjadi pemilik sebenar dalam syarikat tu.”

Dato Hamdan semakin terkejut. Mahu saja dikerjakan anaknya itu. Namun dia terpaksa mengawal perasaannya bila Maklong Hasmah sudah menjegilkan mata sebesar yang boleh.

“Kata tak minat. Rasanya bidang syarikat arwah laki kamu tu sama saja dengan syarikat ayah.”

“Memang tak minat pun..! Tapi sebab amanah abang Luqman untuk Amil, takkan Mala nak diam pulak. Lagipun dalam wasiat abang Luqman ada bagitahu, semua hartanya jatuh pada Amil Zaquan. Sementara menunggu sehingga Amil genap dua puluh satu tahun, Mala sendiri yang akan jaga semua harta abang Luqman.”

Tersenyum-senyum dan terangguk-angguk Maklong Hasmah mendengar penjelasan Nirmala. Hatinya lega mendengar berita itu. Sekurang-kurangnya hidup anak cucunya terjamin andai satu hari nanti sejarah Nirmala dihalau dari rumah berulang kembali. Tapi dia yakin sejarah lalu pasti takkan berulang lagi kerana sekarang Nirmala dan Amil Zaquan sudah menjadi milik Khir Fazhan pilihan Dato Hamdan sendiri.

“Syarikat ayah macam mana?” Tanya Dato Hamdan gelisah. Risau jika syarikatnya musnah andai tiada yang berpengalaman mengusahakan apa yang diusahakan selama ini.

“Menantu kesayangan ayahkan ada. Suruh je dia handle. Takkan tak boleh kot..? Selama ni pun bukan dia yang buat semua?”

“Kasihan Fazhan! Semua kerja dia nak buat. Teruklah macam ni. Anis lagi dia nak jaga.” Rungut Dato Hamdan sayu mengharapkan Nirmala berubah hati.

“Susah-susah sangat, ayah sajalah yang buat. Ayahkan pengarah yang hebat!” Sindiran Nirmala buat Maklong Hasmah hampir-hampir menyemburkan bihun goreng dari mulutnya. Bila melihat wajah tua ayahnya semakin jelas hambar, timbul rasa simpati pula.

“Suruh saja dia cari pekerja baru. Fasal Anis, Mala pun boleh jaga. Itukan anak Mala! Tahulah macam mana Mala nak agih masa antara kerja dengan hal keluarga.” Ujar Nirmala lalu bangun untuk ke pejabat.

Dato Hamdan yang terpinga-pinga dengan jawapan Nirmala hanya terus berdiam.

Elok saja mahu melangkah dari ruang makan, kelibat Fazhan kelihatan masuk ke dalam rumah. Melihat wajah yang kusut itu, buat dia rasa geli untuk pandang lama-lama. Bukan dia tak kasihan pada lelaki itu, tapi entah kenapa dia sukar nak terima. Nirmala tahu dia berdosa jika berterusan melayan Fazhan begitu, namun kerana hatinya yang sakit, dia terpaksa walau bukan dalam rela.

“Sarapan dulu An.” Tegur Maklong Hasmah lembut.

“Tak sempat dah maklong. Saya nak ke pejabat ni.”

“Cutilah hari ni An. Ayah bagi An cuti hari ni dengan esok. Kamu rehat saja hari ni. Dari muka kamu tu ayah tahu kamu tak tidur semalaman. Tentu kamu penat.”

Nirmala menyebikkan mulutnya mendengar arahan yang lembut dari ayahnya pada Fazhan. ”Sayang sangatlah menantu dia tu..!” Kata hati Nirmala sendiri.

“Terima kasih ayah. Tapi tak bolehlah cuti sampai dua hari. Kelam kabut nanti saya balik bekerja. Ermm..kalau macam tu saya masuk lewat jelah. Tengahari nanti nak ke hospital pulak. Sebelum balik tadi, dokter cakap panas badan Anis dah kembali normal. Pembedahan pun tak perlu. Tapi dia asyik merengek la pulak. Sedih pulak nak tinggalkan dia tadi.”

Nirmala memasang telinga mendengar cerita Fazhan mengenai Anis Humaira.

“Malam nanti biar saya yang tunggu pulak. Awak temankan Amil dekat rumah.” Tiba-tiba Nirmala menyampuk tanpa memandang wajah Fazhan.

Fazhan tersentak. Bibirnya senyum dalam diam.

“Tak apa ke?” Tanya Fazhan perlahan minta kepastian.

“Why not. That my son!”

Okey. Tapi kalau Mala penat, call abang. Nanti abang ganti jaga pulak.”

Nirmala terus berlalu meninggalkan Fazhan di situ. Malas dia mahu memanjangkan perbualan. Takut lelaki itu terperasan pulak. 

Dari dalam kereta dia melihat Amil Zaquan bersalaman sambil mencium tangan Fazhan sebelum masuk ke dalam keretanya. Hatinya tersentuh. Terfikir olehnya, haruskah dia berbuat perkara sama seperti itu. Jika dulu hanya tangan Fir Luqman tempat dia melepaskan ciuman dan kucupan. Kini dia tiada mampu berbuat itu lagi. Tambah-tambah lagi di tangan orang yang amat dibenci walaupun orang itu sudah bergelar suami kepadanya.

“Hati-hati sayang!” Jerit Fazhan ketika Nirmala mula gerakkan keretanya.

Okey..!” Jerit Amil Zaquan sambil membuat flying kiss pada Fazhan. Sempat Nirmala menjeling pantas pada Fazhan. Bila melihat Fazhan tersenyum sambil membuat isyarat itu padanya, dia beri jelingan tajam. Mengeliat-ngeliat badannya tanda geli pada aksi sepontan Fazhan tadi. Kalau dia mampu mencabut stereng kereta yang dipegang, mahu saja dilempar besi tu di muka Fazhan.


KHIR FAZHAN melangkah laju naik ke biliknya. Dia mahu bersihkan badannya yang dirasa melekit sejak semalam. Dia juga mahu melelapkan sekejap matanya yang semakin memberat sebelum ke pejabat. Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia berjaga semalaman. Paling lewat tidur pun jam dua pagi. Tapi semalam memang sejarah yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Masuk saja ke dalam bilik, terus dicapai tuala yang tersidai di ampaian sebelah bilik air. Kemeja dan slack yang berada di tubuhnya ditanggalkan segera lalu dilemparkan atas katil sambil melangkah ke dalam bilik air. Sedetik kemudian dia keluar semula. Sekeliling biliknya diperhatikan penuh minat. Dirasakan seperti ada sesuatu yang pelik dalam bilik itu. Tiba-tiba baru dia teringat. Semalam dia tinggalkan keadaan bilik yang seperti tongkang pecah kerana bergegas mahu ke hospital. Katil yang tak berkemas selepas Amil Zaquan membayangkan katilnya adalah trampoline. Baju dan seluar kerja semalam dibiarkan saja atas katil kerana tak sempat bawa turun untuk dicuci. Sejadah yang digunakan selepas solat asar semalam pun tidak digantung semula di ampaian. Dia juga masih ingat, seluar dan baju Amil Zaquan juga ditinggalkan saja atas katilnya. Tertanya-tanya dia sendiri. Siapa yang meringankan tulang membuat kerja-kerja itu semua. Sedangkan sebelum ini dia sudah melarang sesiapa pun tidak dibenarkan masuk kedalam biliknya kecuali Nirmala. Tapi itu sebelum Nirmala sedar. Kini dia yakin Nirmala takkan sudi lagi masuk ke bilik itu walaupun pada asalnya bilik ini adalah milik Nirmala.

Selesai membersihkan diri, Fazhan mula mencari baju yang ingin dipakai sebelum tidur. Sekali lagi matanya terancap pada sepasang sut kemeja dan slack serta tali leher yang siap diseterika. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Kombinasi warna kemeja, slack dan tali leher itu pernah menjadi pilihan Nirmala ketika dia kalut memilih baju kerja untuk ke pejabat. Kini tahulah siapa empunya kerja yang menguruskan biliknya tadi.

“Kalau abang nak cari baju kerja, cari yang sesuai dengan tali leher. Tak bolehlah tangkap muat je! Abang kerja di pejabat, bukan operator kilang elektronik. Operator kilang elektronik pun sekarang ni Mala tengok bergaya sakan mengalahkan cikgu.”

“Abang tak pandailah. Selama ni pun abang ikut sedap pakai je. Tak pernah fikir pun soal tu.”

Takpe. Sekarang abang dah ada Mala. Biar Mala yang sediakan semua untuk abang. Abang ikut saja.”

“Boleh percaya ke ni?”

“Eh! Tengok oranglah..”

Mengekek-ngekek Nirmala ketawa bila Fazhan menarik lembut telinganya. Gelaknya semakin galak bila Fazhan memeluk pinggangnya.

Fazhan tersenyum sendiri bila ingat kembali saat-saat itu. Jika boleh diundur masa itu, mahu saja dikekalkan agar tidak menginjak walau sesaat pun.


JEFRI  tiba di hadapan bilik pejabat Nirmala jam sembilan pagi. Perjalanan yang panjang sejak semalam diredah juga demi untuk bertemu dengan Nirmala. Isyarat suruh diam diarahkan pada Susan agar tidak memberitahu kedatangannya pada Nirmala. Dia mahu beri kejutan kerana semalam dia sudah menerima kejutan dari Nirmala. Mesej yang diterima dari Fazhan benar-benar buat dia hampir-hampir pitam.
Tombol pintu dibuka perlahan. Terjenguk kepalanya memandang sekeliling bilik. Di meja, bayang Nirmala tidak kelihatan. Terus dia melangkah masuk. Tiba-tiba dia terpandangkan susuk tubuh seorang sedang berdiri mengadap cermin tingkap sambil memandang jauh. Dari penampilan sederhana si dia, Jefri yakin itulah insan yang ingin dipandang dan jumpa. Langkahnya terhenti bila terdengar esakan halus Nirmala.

“Kenapa harus dikenang benda yang lepas, dik..?”

Sepantas kilat Nirmala memusingkan badannya. Bila melihat Jefri sudah berada di hadapannya, tanpa rasa malu, diterpa tubuh kurus itu lalu dipeluk erat. Hilang sudah rasa malunya kerana hanya pada lelaki itu tempat dia mengadu dan berharap.

Jefri membalas pelukan Nirmala. Ditepuk-tepuk lembut belakang Nirmala walaupun terasa janggal. Seumur hidupnya belum pernah lagi gadis itu dipeluk begitu. Kalau sekadar bersalam itu sudah biasa, tapi berlapik. Tapi bila memikirkan keadaan Nirmala yang sedang bersedih, dia cuba menahan. Apabila dirasakan esakan Nirmala sedikit reda, dilepaskan pelukan dan dibawa Nirmala duduk di sofa.

“Malam nanti kompem Fir Luqman datang dalam mimpi abang.”

“Kenapa pulak? Dalam mimpi Mala pun dia tak pernah datang lagi.” Balas Nirmala hairan sambil tersedu-sedu.

“Dia nak tumbuk abang sebab berani peluk kekasih hati dia.”

Nirmala tersenyum hambar mendengar gurauan Jefri. Dalam diam dia turut rasa malu bila keterlaluan bersikap begitu. Tapi apakan daya, rindunya pada Jefri hanya tuhan saja yang tahu.

“Adik abang sihat?”

Soalan Jefri dibalas dengan anggukan laju sambil tersenyum. Tak berkelip matanya memandang wajah Jefri.

“Abang sihat?” Nirmala pula bersoal.

“Sihat walafiat. Kenapa menangis?”

Nirmala tidak segera beri jawapan. Lantas dia terus menunduk pandang permaidani putih di kakinya. Jiwanya sebak kembali. Matanya kembali berkaca. Sekali matanya berkedip, maka gugurlah titisan jernih dari matanya.

“Pandang abang. Kenapa menangis?” Tanya Jefri lagi sambil menyentuh dagu Nirmala agar memandangnya. Pipi basah Nirmala diseka lembut dengan jemarinya.

“Mala rindukan abang Luqman. Mala sedih sebab dia tinggalkan Mala. Mala marah bila dapat tahu siapa suami Mala sekarang. Mala marah pada abang Luqman sebab tak bawa Mala sekali. Marah pada ayah, pada dia.”

“Abang?” Jefri bertanya dengan senyuman.

“Abang pun Mala marah! Abang biarkan Mala sendiri. Kenapa abang tak halang Mala? Abang kata abang sayang Mala. Penipu!” Bentak Nirmala lalu tubuh kurus Jefri ditolak kuat hingga terdorong badan Jefri ke balakang.

Jefri hanya tersenyum melihat wajah Nirmala yang sedang meluahkan rasa tidak puas hatinya. Baginya biarlah begitu. Jika dengan memukul atau menumbuknya boleh meredakan perasaan Nirmala, dibunuh pun dia sanggup.

“Mala tak kuat nak tempuh semua ni. Hal yang dulu tak selesai lagi. Semalam Mala dapat berita Anis sakit pula.”

“Abang dah tahu fasal Anis. Semalam Fazhan ada hantar mesej pada abang.”

Nirmala terdiam seketika bila Jefri menyebut nama lelaki itu. Rupa-rupanya Fazhan dan Jefri masih berhubung seperti dulu.

“Apa Mala nak buat sekarang ni, bang?”

“Buat macam biasa jelah. Terima dia seadanya. Dia bukan Fazhan yang Mala kenal dulu. Kalau Mala cuba kenal dia, Mala akan tahu cinta dan kasih dia adalah melebihi cinta Fir Luqman. Seumur hidup abang belum pernah lagi lihat cinta lelaki setia macam dia.”

“Tapi Mala masih sayangkan abang Luqman. Kisah-kisah kami dulu masih segar dalam ingatan Mala. Macam mana Mala nak terima Fazhan kalau kenangan dengan abang Luqman masih tersimpan dalam fikiran Mala? Bukan sedikit bang! Semuanya masih Mala ingat. Dalam kepala ni. Dalam hati ni. Seluruh nyawa Mala ni hanya ada abang Luqman.” Bentak Nirmala sebak. Air matanya sejak tadi memang susah nak dihentikan lagi walaupun jemarinya sudah basah dek air jernih itu.

“Kenapa perlu beratkan fikiran Mala dengan benda yang dah lepas? Sekarang Mala ada kehidupan baru. Tumpukan saja pada kisah sekarang. Kisah yang lalu tu lupakan saja.”

“Senang abang cakap. Tak kena pada batang hidung abang, bolehlah abang cakap macam tu. Mala yang rasa bang! Mala tahu!”

“Ya. Abang tahu. Memang hal ni abang tak pernah merasa dan abang memang tak mahu rasa. Abang faham apa yang mala rasa. Abang faham sakit kecewa bila ditinggalkan. Tapi Mala kena faham, sekarang ni mala ada tanggungjawab yang lebih besar untuk Mala tumpukan dan uruskan. Ingat Mala..Anis tu tanggungjawab Mala. Masalah Mala sekarang ialah Anis.”

“Pengganggu tu pun masalah Mala!”

“Dia bukan pengganggu. Dia suami Mala sekarang. Bagi abang dia penyelamat Mala. Dia pun tak menyangka benda ni nak jadi. Sudah tertulis Fir pergi dengan cara macam tu. Kita tak boleh nak elak.”

“Penyelamat apa kalau dari dulu hidup tak habis-habis mengganggu hidup orang! Abang pun sama dengan dia. Kalau niat abang ni balik semata-mata nak bela lelaki tu, baik tak payah balik!” Herdik Nirmala lantang. Tubuhnya dipusingkan dari mengadap Jefri.

Jefri sedikit terkejut dengan suara Nirmala yang meninggi. Sepanjang perkenalannya dengan Nirmala, adik angkatnya itu tak pernah bersikap begitu.

“Abang dah tak kenal adik abang yang dulu. Kalau mak tengok anak dia perangai macam ni, mesti dia sedih. Mala tak sayang mak? Dia sukakan Mala sebab Mala ni seorang yang sopan, lemah lembut, berbudi bahasa, dengar kata orang tua. Kalau dia tahu Mala dah sihat, mesti dia buat kenduri doa selamat. Tapi kalau dia tengok perangai Mala macam ni, mesti dia kecewa.”

Nirmala terdiam. Tebal rasa kulit muka bila mendengar Jefri cakap begitu. ‘Teruk sangatkah perangai aku ni?’ Bisik hatinya sendiri.

“Arwah Fir amanahkan abang dengan Fazhan jaga Mala.”

“Tapi kenapa dia? Kenapa bukan abang yang pikul tanggungjawab ni? Lagipun abang Luqman suruh jaga saja, bukan ambil jadi bini!”

Jefri tersentak. Jika seawalnya dia tahu harapan Nirmala begitu, takkan dilepaskan peluang itu.

“Abang tak yakin Mala akan terima abang sebagai pengganti Fir lepas tengok sikap Mala macam ni. Abang sedih. Kalau abang bagitahu Mala yang abang cintakan Mala, abang yakin Mala takkan percaya. Samalah macam situasi Fazhan ni. Mala akan kata abang penipu, pendusta, pembohong dan macam-macam lagilah.”
Nirmala terdiam. Kata-kata Jefri ada benarnya juga. Mampukah dia menerima Jefri sebagai pengganti arwah suaminya sedangkan selama ini dia sudah menganggap Jefri sebagai abang kandungnya sahaja.

Lengan Jefri diraih lalu dipeluk erat. Kepalanya dilentukkan atas bahu Jefri. Air mata kembali berjurai. Jefri hanya diam membiarkan Nirmala begitu.

“Abang jangan tinggalkan Mala tau! Sekarang Mala hanya ada abang dan maklong saja yang nak dengar masalah Mala.”

“Kenapa tak cuba luahkan pada suami Mala. Abang yakin dia boleh jadi pendengar setia. Buat permulaan jangan anggap dia sebagai suami tapi cuba berkawan dengan dia. Abang yakin lama kelamaan Mala boleh terima dia.”

“Taknak! Mala taknak kawan dengan dia. Kawan lelaki Mala hanya abang saja yang Mala nak sekarang ni.”

“Tak kasihankan abang ke? Abang takut lebam mata abang kena tumbuk dengan suami Mala nanti.” Seloroh Jefri lalu ketawa mengekek. Cubitan di lengan lebih buat Jefri ketawa terbahak-bahak.

“Terima dia ek!” Rayu Jefri sambil merenung ke dalam mata Nirmala yang mula kering. Walaupun Nirmala persembahkan senyuman di bibir, jelas hambar dan kelat. Jefri mengeluh dalam diam. Tak tahu bagaimana lagi mahu memujuk. Namun akan diusahakan hingga Nirmala benar-benar menerima Fazhan sebagai seorang suami. Kisah sebenar siapa Fir Luqman dan Khir Fazhan masih tersemat dalam hati. Andai satu hari nanti Nirmala masih bersikap begitu, akan dijadikan sebab itu sebagai alasan untuk Nirmala menerima Fazhan.

“Bila nak jumpa mak dengan abah?”

“Kalau boleh hari ni Mala nak balik kampong. Tapi Mala nak jaga Anis hari ni. Dah janji dengan ‘dia’ pun..! Semalam dia yang jaga. Takkan hari ni pun nak suruh dia jaga. Kasihan pulak dekat dia.” Jelas Nirmala sayu.

“Wah..! ada perkembangan yang baik tu. Bagus bagus bagus..!”

Berkerut wajah Nirmala tidak faham maksud kata-kata Jefri.

“Mula-mula kasihan. Lepas tu sayang..! kan bagus macam tu.”

Sekali lagi Jefri ketawa mengekek bila pinggangnya pula menjadi mangsa ketilan Nirmala.

“Kalau Anis dah sihat sikit, nanti kita balik kampung. Lagipun abang tengah sibuk sekarang ni. Mak teringin sangat jumpa Amil. Sekarang ni asyik cakap nak jumpa Anis pulak. Mula-mula mak jumpa Fazhan masa Fazhan datang ambil pucuk gelugur untuk Mala, mak kata Fazhan macam Fir. Padan dengan Mala.”
Nirmala tersentak. Dia cuba ingat apa yang Jefri ceritakan. Namun satu pun tak terlintas dalam fikiran. Cerita Fazhan ambilkan pucuk gelugur untuk dia lagilah dia susah nak percaya.


FAZHAN tersenyum hambar sambil berlalu meninggalkan perkarangan bangunan tempat syarikat Nirmala. Walaupun matanya sakit melihat adengan isterinya di sisi Jefri tadi, dia cuba faham situasi itu. Dia yakin dengan Jefri. Dia pasti Jefri pasti akan menolongnya. Buktinya jelas bila dia mendengar sendiri Jefri memujuk Nirmala agar menerima dirinya.

Mula-mula dapat mesej dari Jefri tadi dia agak berat untuk datang ke pejabat itu memandangkan matanya masih mengantuk. Namun dipaksa jua kakinya bergerak. Jefri meminta izin padanya untuk berjumpa dengan Nirmala. Dan dengan senang hati diizinkan Jefri berbuat begitu. Dia tahu tujuan sebenar Jefri. Sebab itulah dia relakan walaupun hatinya sedikit was-was.

Pertama kali membaca diari Jefri, hatinya bagai dicuit ingin tahu siapa gadis idaman sahabatnya itu. Kebiasaannya Jefri hanya gunakan nama Kesuma dalam diarinya. Bila dapat tahu Kesuma adalah Nirmala, dia terus mengaku pada Jefri yang dia ada simpan perasaan pada Nirmala walaupun tahu ketika itu Nirmala dan Fir Luqman adalah sepasang kekasih. Kadang-kadang dia fikir sikapnya terlalu keterlaluan dan tamak. Mungkin inilah balasan tuhan padanya kerana bersikap buruk begitu.

Bunyi isyarat mesej tiba-tiba kedengaran. Nama Jefri jelas kelihatan lalu dibuka.

-1/2 jm lg aku sampai d pjbt kau. Tggu aku.-

Fazhan tersenyum nipis. Dia yakin pasti Jefri mahu sampaikan apa yang dibincangkan dengan Nirmala tadi. Walaupun sudah tahu, dia mahu mendengar keputusan dan pandangan dari mulut Jefri sendiri. Mesej Jefri segera dibalas.

-aku xde d pjbt. Aku cti ari ni. Dtg rumah la..-
-ok-

Lima belas minit menanti, akhirnya bayang kereta Jefri tiba depan rumahnya.

“Apa kes ni bro! aku tengok kau dah macam hilang bini pulak.” Seloroh Jefri sejurus selepas keluar dari keretanya. Melihat keadaan Fazhan yang tak terurus, dia hampir menghamburkan tawa besar.

“Sikit hari lagi, memang menjadi betullah apa yang kau cakap tu.!” Balas Fazhan geram dengan kata gurauan Jefri. Sudah maklum dengan masalahnya, Jefri masih boleh bergurau.

Rilaxlah bro..! Aku tahu kau ada dekat sana tadi. Takkan dengan aku pun kau nak syak wasangka. Dia tu aku dah anggap macam adik aku.” Balas Jefri tersengeh-sengeh.

Fazhan sedikit terkejut. Tidak disangka Jefri tahu akan kedatangannya. Kalaulah Jefri tahu dia sudah mengetahui perasaan sebenar Jefri pada Nirmala, pasti Jefri marah kerana membaca diarinya. Dan sudah tentu Jefri tidak berkata begitu.

“Dia tahu ke?”

“Entah! Tak tahu kot.”

Mm..mungkinlah. Kalau dia tahu awal-awal lagu dia dah panggil security guard.”

Terkekeh-kekeh Jefri ketawakan Fazhan.

“Keras betul hati dia. Tapi aku akan cuba pujuk dia lagi. Tadi pun aku tengok dia dah sejuk sikit.”

“Dengan kau sejuklah..! Dengan aku macam lava gunung berapi  nak meletup. Panas memanjang. Nak tengok muka aku pun dia tak ada selera.”

Berdekah-dekah Jefri ketawa melihat wajah cemerut Fazhan.

“Aku nak minta izin kau ni.” Tiba-tiba Jefri bersuara selepas meredakan tawanya. Melihat Fazhan mengangkat kening pinta penjelasan, dia tersenyum sebelum terus bersuara.

“Macam ni. Kalau Anis dah sihat sikit, aku nak bawak Mala dengan anak-anak kau balik kampung aku. Mak aku dah rindu sangat dekat dia orang. Boleh tak?”

Fazhan terdiam smbil berfikir. Andai dibantah, pasti Nirmala membentak. Dalam taknak terpaksa izinkan juga demi isteri tercinta.

Okey..! tapi jangan lama-lama tau. Aku tak boleh berenggang lama dengan anak-anak aku.” Balas Fazhan bersahaja cuba menyembunyikan perasaan sebenar. Dalam hati hanya tuhan saja yang tahu betapa bergolaknya perasaan mendengar cadangan sahabatnya tadi.

“Dengan anak-anak atau dengan ibu si anak?” Usik Jefri lalu ketawa mengekek bila melihat wajah sayu Fazhan. Dia tahu Fazhan berat membenarkan permintaannya itu.

“Kau ni..! Dayus aku kalau biarkan isteri aku berkepit dngan lelaki lain. Aku tahu niat kau baik, tapi aku tak mahu orang kata aku di belakang!”

Ye..! aku faham tu. Macam ni. Apa kata kau join aku sekali. Aku rasa kalau ada aku, mesti Mala tak kisah walaupun dia rasa sedikit tak selesa. Lagipun masa nilah kau nak tunjuk perangai kau yang baik tu depan dia. Nanti aku minta mak aku tolong sikit bagi nasihat kat dia.” Jefri cuba meredakan perasaan sahabatnya. Simpati dirasa pada Fazhan yang seperti orang kehilangan isteri.

Fazhan tersenyum sambil mengetap bibir mendengar cadangan dan rancangan Jefri. Seperti ada sesuatu yang indah dibayangkan di ruangan matanya.

“Soal Mala tu, kau jangan risau. Tahulah apa aku nak buat.” Sambung Jefri lagi penuh yakin. Dalam hati sudah nekad semampu yang ada untuk menolong merapatkan kembali hubungan Fazhan dan Nirmala.

No comments: