BAB
6
“CIKGU!
Saya nerverslah..!”
“Nak nevers
kenapa? Kitakan pasukan yang paling kuat dalam daerah ni. Lagipun kita dah
berlatih bersungguh-sungguh selama tiga bulan ni. Saya yakin kita boleh
menang.” Zara cuba menaikkan semangat anak muridnya.
“Cikgu nak tahu tak. Jurulatih pasukan pihak lawan
adalah cikgu lelaki. Saya yakin pasukan mereka lebih kuat dari kita.”
“Jangan risaulah tu semua. Walaupun jurulatih mereka
cikgu lelaki, tapi yang lawan dengan kamu semua nanti, pelajar perempuan baya-baya
kamu semua saja. Nak hairankan apa? Bukannya dia tukar anak murid dia dia jadi
lelaki.!” Tempelak Zara lembut walaupun hatinya sedikit risau bila mendengar
perkabaran itu.
“Betul tu! Kamu tak perlu takut sebab dari
penglihatan saya, kita ada peluang nak menang. Kalau kamu nak tahu, pasukan
yang lawan dengan kita hari ni bukanlah pasukan yang boleh dianggap gerun.
Kerana mereka pun baru pertama kali dapat masuk akhir dalam sukan bola ni. Jadi
kamu semua tak perlu risau. Saya dah pernah tengok cara latihan mereka di
padang. Dan saya tahu kita lebih hebat dari mereka.” Cikgu Ramlah pula
mengambil alih mengembalikan semangat ahli pasukannya. Walaupun sedar kata-kata
agak keterlaluan kerana mempersendakan usaha pihak lawan, dia harap anak
didiknya kembali bersemangat walaupun dia terpaksa berbohong.
Zara yang mendengar hanya mengangguk-angguk setuju
walaupun dia sendiri tidak yakin apakah benar apa yang dikatakan oleh Cikgu
Ramlah tadi. Mendengar yang jurulatih pihak lawan adalah lelaki, dia dapat rasa
apa yang anak didiknya rasa ketika itu.
Lebih tiga bulan dia dan cikgu Ramlah bertukus lumus
menyiapkan jentera pasukan bola baling sekolah. Melihatkan kesungguhan dan
ketangkasan anak-anak didiknya, dia yakin pasukan sekolahnya akan berjaya. Sebelum
ini sekolah tempatnya mengajar merupakan juara tiga tahun berturut-turut dalam
acara sukan bola baling. Dan kini harapannya agar kejuaraan itu dapat
dikekalkan.
“SEMUA
dah sedia?” Jerit Aqil Muaz lantang pada pasukannya.
“Dah..!” Semangat anak-anak muridnya menjawab.
“Kamu ingat tau.! Saya memang harapkan kemenangan di
pihak kita. Bukan senang kita nak sampai ke tahap ni. Kalau dulu, sekolah kita
asyik dapat tempat tercorot saja. Bila dah dapat peluang macam ni, saya harap
kamu semua jangan sia-siakan.”
“Tapi pasukan yang akan berentap dengan kami nanti
adalah juara tiga tahun berturut-turut, cikgu!”
“Saya tak mahu dengar alasan macam tu. Buktikan yang
kamu semua boleh! Saya nak tengok sekolah kita pulak julang juara tahun ni.”
“Kalau kalah macam mana, cikgu?”
“Dah kalah, nak buat macam mana..! saya terima apa
saja keputusan asalkan awak semua bersungguh-sungguh bermain. Penat tau saya
tiap-tiap petang dekat padang mengajar kamu semua.” Ujar Muaz sayu mengharapkan
simpati dari anak didiknya.
“Ha..dengar tu. Kasihan cikgu kita sorang ni.
Semata-mata nak kemenangan di pihak kita, dia terpaksa korbankan masa dia untuk
kita semua. Sampaikan dia nak berdating
dengan buah hati dia pun tak ada masa.”
Muaz mencekak pinggang sambil tersenyum dan
menjeling sinis pada Cikgu Fauziah. Sedikit malu pada anak-anak didiknya
selepas mereka ketawakannya. Kalaulah mereka tahu dia masih solo, pasti lagi
gamatlah suasana.
“Jadi saya harap, semua dapatlah bermain dengan
penuh semangat. Saya janji kalau kita menang, saya akan bawa korang semua
berkelah di Tioman.” Sambung Cikgu Fauziah selaku jurulatih tetap pasukan
sekolahnya.
Aqil Muaz tersenyum-senyum melihat keriuhan
anak-anak muridnya selepas mendengar pengumuman dari Cikgu Fauziah. Walaupun
ini adalah kali pertama dia bergelar jurulatih pada pasukan bola baling
sekolah, dia dapat menyesuaikan diri dengan semua murid-murid perempuan
walaupun pada mulanya dia menolak selepas diarahkan oleh pengetua. Melihat kesungguhan
pengetua memujuknya agar dia bersetuju, akhirnya dia terpaksa akur. Memang
sebelum ini dia pernah menjadi jurulatih dalam acara sukan bola itu, tapi
sebagai jurulatih pada pasukan lelaki sahaja. Ketika itu dia mengajar di
sekolah daerah Kota Tinggi. Tapi kini dia beralih pula pada sukan bola sepak.
“Okey!
Kalau semua dah sedia, kamu semua boleh bergerak ke padang sekarang. Ikut Cikgu
Fauziah. Saya akan datang kemudian sebab nak ambil bekas air.” Ulas Aqil Muaz
lalu mengarahkan beberapa pelajar lelaki yang turut datang sebagai penyokong
agar menolongnya menyediakan air minuman untuk pasukannya.
“Cikgu nak tahu tak. Jurulatih pihak lawan, cikgunya
cun giler..!” Kata Tarmizi salah seorang penyokong yang membantunya
mengeluarkan bekas air dari bonet keretanya.
“Biarlah! Kita datang sini sebab nak bersukan, bukan
nak tengok pertandingan ratu cantik.” Balas Aqil Muaz sinis.
“Alah cikgu. Apa kata cikgu tackle cikgu cun tu. Cikgu pun hensem.
Apa salahnya..!” Tambah Hafizi selaku kapten pasukan bola baling ketegori
lelaki.
“Ish! Kamu ni. Ke situ pulak. Baru umur setahun
jagung, dah pandai mengajar saya buat kerja tak berfaedah tu. Dari kamu
berfikir macam tu, ada baiknya kamu fikirkan tentang SPM nanti.”
Tersengeh-sengeh lima orang pelajar lelaki yang
sedang membantunya selepas mendengan sindiran Aqil Muaz. Bagi Aqil Muaz,
pelajar-pelajar zaman sekarang tidak seperti zamannya dulu. Jika dulu, pelajar
yang usia begitu tidak berani nak keluarkan pendapat begitu pada mana-mana
guru. Tapi zaman sekarang, dia kadang-kadang jadi risau bila mendengar
anak-anak muridnya bercakap. Cara mereka terlalu terbuka hingga tidak ada rasa
segan silu. Tambah-tambah lagi pada dirinya yang bergelar seorang guru.
Termengah-mengah Aqil Muaz dan Hafizi memegang
tangkai bekas air yang siap dibancuh. Sementara empat pelajar lagi hanya
membawa gelas kosong serta sedikit makanan. Sambil meletakkan bekas air itu di
tepi padang, mata Aqil Muaz tak lekang memandang raut wajah seseorang yang kini
sedang berdiri jauh dari tempatnya berdiri. Sudah hampir lima bulan dia tidak
nampak bayang si gadis. Setiap hari dia berdoa agar dipertemukan semula dengan
gadis itu. Hampir semua kedai buku dalam sektar Pasir Gudang dan Johor Baharu
dia pergi. Setiap hari rabu juga dia pasti akan ke hospital pakar penawar
konon-kononya mengajak Syaril makan malam. Bukan itu saja, Bank dan pasaraya
Kip Mart Masai juga adalah tempat dia mencari mengharapkan kehadiran si gadis
di situ. Namun di kecewa kerana bayang itik
gembonya masih belum jua kelihatan.
Ketika sampai di tepi padang tadi, dia hampir-hampir
terlepas bekas air setelah melihat Zara turut berada di situ. Mula-mula dia
tidak pasti. Bila melihatkan cara Zara berjalan, dia yakin itu adalah Zara.
Namun ada sesuatu kelainan paling ketara pada gadis idamannya. Yang pasti
gelaran itik gembo untuk gadis itu tidak lagi sesuai. Ketika itu barulah dia
tahu siapa yang dimaksudkan oleh Tarmizi dan kini dia tahu siapa Zara walaupun
belum mengetahui nama Zara. Namun dia
boleh tarik nafas lega kerana soal itu dia boleh uruskan sendiri. Jika dia tak
mampu, dia tahu anak-anak muridnya ramai sudi membantu merisik tanya mengenai
Zara yang kini sedang asyik berkata sesuatu pada pasukannya.
“Kalau cikgu nak, kami boleh tolong.” Suara Hafizi
menyentak pandangan Aqil Muaz.
“Kamu ni..! Jangan merepeklah.” Pangkah Muaz lalu
mengalihkan pandangannya dari menatap terus wajah Zara. Sejak tadi dia harapkan
Zara memandangnya. Dia yakin dengan jarak sepuluh meter, pasti Zara akan jelas nampak
kelibatnya. Terfikir juga mahu pergi menegur. Tapi risau juga kalau-kalau Zara buat-buat
tak kenal. Balik dia pulak yang rasa
malu.
“Cara cikgu pandang cikgu cun tu, kami dah tahu
cikgu dah terpikat dekat cikgu tukan..?” Usik Hafizi sambil tersengeh-sengeh.
Aqil Muaz tersenyum sambil menggeleng kepala
dengan gelagat anak-anak muridnya. Tebal
dirasa mukanya bila gelagatnya mendapat perhatian dari mereka.
“Betul kamu nak tolong?” Tanya Aqil Muaz pada Hafizi
setelah yakin Zara seperti mengelak memandangnya. Tadi dia dapat menangkap
pandangan mata Zara ke arahnya, tapi cepat-cepat Zara larikan mata dari
melihatnya.
ZARA
beristigfar panjang ketika terpandangkan Aqil Muaz yang tidak jauh berdiri dari
tempatnya berdiri. Sedaya upaya dia berusaha jangan memandang wajah Aqil Muaz. Risau juga kalau-kalau lelaki itu
datang menegurnya. Sah-sah dirinya menjadi bualan dari mulut-mulut cikgu yang
lain. Zara tidak mahu dianggap kedatangannya di situ sebagai gedik mahu
menggoda lelaki kacak seperti Aqil Muaz. Bukan dia tidak tahu dengan
mulut-mulut cikgu perempuan yang lain. Kalau nak bercakap, tak fikir tempat dan
waktu. Pakai sembur saja!
“Cikgu!” Sapa perlahan seorang pelajar lelaki sambil
menghulurkan secebis kertas kecil pada Zara. Zara yang terpinga-pinga pantas
mengambil kerana takut ada yang memandang. Dalam diam Zara sembunyikan kertas
itu di dalam telapak tangannya dan mula membaca nota ringkas itu.
-kalau
awak tak balas mesej ni, saya datang dekat awak. Saya tak mahu anak murid saya
berulang alik jumpa awak. Jdi saya sertakan no. hset saya. Sms sya skrg.- Aqil
Muaz…
Zara mengetap bibir menahan geram dengan ugutan Aqil
Muaz. Ikutkan hati mahu saja diabaikan mesej yang diterima tadi. Tapi bila
mengenangkan ugutan itu bakal memalukannya, dia pasrah. Sakit hatinya tentang
kejadian lepas masih hangat dirasa walaupun sudah lima bulan berlalu.
“Kenapalah hidup aku malang tiap kali jumpa mamat katik ni?” Bisik hati Zara
sendiri. Dalam geram-geram, dititipkan juga sesuatu untuk pemuda itu agar Aqil
Muaz tidak teruskan niat untuk datang dekat dengannya.
“Awak tolong bagi ni pada cikgu awak.” Bisik Zara
lalu sorok-sorok menyerahkan kertas yang dilipat kecil pada Hafizi selepas
menitip sesuatu. Harapannya agar dengan penerangan itu, Aqil Muaz akan faham. Bukan
dia sengaja mahu menghampakan harapan Aqil Muaz, cuma dia takut dengan
pandangan mata yang kurang berpuas hati.
AQIL
MUAZ
tersenyum selepas mendapat balasan dari Zara. Tidak disangka Zara sanggup
menitipkan sesuatu untuknya. Sambil tersenyum, kertas pemberian Zara tadi
dibuka. Sesekali matanya beralih pada Zara yang turut memandang ke arahnya sambil
mengetap bibir menahan senyum.
-Sorry
ye! Sebarang sms buat masa ni tak dilayan. Sya sdg sibuk nak menang ni..! Apa2
hal nanti kita sembang. Ni no phone sya. Yang saya pinta, jangan pandang saya
macam tu lagi n jangan sesekali dtg jumpa saya dekat sini. Sya tak mahu ada
mata2 yang menilai buruk tentang saya dan awak. Harap maklum.! ZARA-
Aqil Muaz tersenyum hambar sambil melepaskan
keluhan. Namun dia boleh tarik nafas lega selepas sudah mengetahui nama Zara.
Dan yang paling buat dia berbunga-bunga bila nombor telefon bimbit Zara sudah
berada dalam simpanannya.
HAMPIR
ke pukul tujuh malam barulah Zara tiba dirumahnya selepas memastikan semua
pasukannya selamat menaiki bas sekolah untuk pulang ke rumah selepas tamat
perlawanan. Walaupun penat, usahanya berbaloi setelah diisytiharkan sebagai
juara selepas menundukkan pihak lawan dengan mata 3-2.
Permulaan permainan dia agak kecut bila pihak lawan
memulakan jaringan hingga mata ke dua. Namun berkat kesungguhan pasukannya,
akhirnya sekolahnya berjaya sebagai juara. Melihatkan riaksi kecewa di wajah Aqil
Muaz tadi, ingin saja dia ucapkan sesuatu. Tapi bila kenangkan banyak mata yang
memandang, terpaksalah dilupakan saja. Rasanya kalau ucap dalam telefon bimbit
pun apa salahnya..! Namun sehingga sekarang, dia belum mendapat balasan apa-apa
dari Aqil Muaz.
Sedang kakinya melangkah keluar dari bilik air
selepas lima belas minit bersiram, telefon bimbitnya berbunyi. Bibirnya terukir
senyuman bila nama “Ayam Katik” tertera di skrin telefon bimbitnya. Kerana
tidak sanggup menjawab panggilan itu, maka dibiarkan saja. Harapannya biarlah
sekadar bersms kerana dia masih malu-malu nak berbual walau dalam telefon.
Namun Zara akhirnya menghantar sms setelah Aqil Muaz tetap tak jemu
menghubunginya.
-Sms
je!-
Zara sabar menanti selepas menghantar smsnya pada
Muaz.
-Knpa?
X sudi dengar suara saya?-
Terangkat kening Zara membaca balasan dari Muaz
sambil tersenyum lucu.
-Bkn
mcm tu. Sya seganlah nak ckp dgn awk.-
Zara berterus terang. Tidak mahu Aqil Muaz fikir
negetif.
-xnmpk pon..!-
-still
xblh.-
-Ok.
Sya nak ucap tahniah dekat awak. Dan terima kasih atas ucapan awak tadi.-
-Mula2
sya takut jgk sbb tgk pasukan awak blh tahan kuatnya.-
-Hahaha..tengoklah
sapa jurulatihnya! xpe. tahun depan ada lagi.-
Zara tersenyum sambil menyebikkan mulutnya Perasan! Namun jarinya masih pantas menaip
utuk balasan.
-Insyaallah!-
-Sya
nak call awak skrg. Please tolong jawab. Sya x puas berbual dalam sms. Sakit
jari saya
menekan huruf.-
menekan huruf.-
Zara ketawa mengekek. Yang sebenarnya dia juga turut
rasa apa yang Muaz rasa. Lantas dia terus menanti panggilan masuk dari Aqil Muaz
tanpa memberi apa-apa jawapan atas permintaan lelaki itu tadi.
Salam dijawab selepas mendengar salam dari Aqil Muaz
di hujung talian. Zara tarik nafas dalam setelah dirasa ada debaran kencang di
jantungnya ketika mendengar suara Aqil Muaz. Disentuh wajahnya. Panas.
Ditepuk-tepuk pipinya yang dirasa sudah menjadi tebal. Tak dapat bayangkan jika
lelaki itu ada di hadapannya ketika itu. Sudah pasti tiada kata dan suara yang
keluar dari peti suaranya.
“Sebenarnya dah lama saya cari awak.”
“Kenapa?” Tanya Zara lembut. Tergamam sedetik.
“Saya nak minta maaf fasal buku tu.” Lembut suara
Aqil Muaz memberi jawapan.
“Oh..! fasal tu. Benda dah lepaskan. Tak payahlah
nak ingat-ingat balik. Buat sakit hati je.” Ujar Zara lalu ketawa kecil.
“Awak marah saya lagi?” Tanya Aqil Muaz sayu.
“Kalau ikutkan hati memang saya marah sebab awak
memalukan saya depan orang ramai. Tapi bila fikirkan balik, saya yang salah,
jadi saya redha. Buku tu memang bukan untuk saya.” Ujar Zara menjauh.
“Sebenarnya saya pun bukan nak sangat beli buku tu.
Tapi sebab niat nak mengusik awak, saya cakaplah saya nak beli.” Ujar Aqil Muaz
lalu ketawa kecil.
Besar mata Zara mendengar pengakuan Aqil Muaz. Kalau
lelaki itu berada di hadapannya, mahu saja diketuk-ketuk kepala Aqil Muaz.
“Jahatnya awak! Tak baik tau!” Ujar Zat terkejut.
Mendengar suara tawa Muaz, dia sedikit geram.
“Sebab tu saya berdoa siang malam agar dapat jumpa
lagi dengan awak.”
“Kenapa?”
“Saya nak bagi sesuatu pada awak.”
“Apa tu?”
“Adalah..! esok awak free?”
“Ermm…”
Zara serba salah mahu menjawab.
“Jangan kata awak pergi sekolah. Saya cikgu dan awak
pun cikgu. Saya tahu esok semua sekolah cuti. Tak tahulah pulak kalau sekolah
awak buka hari sabtu.” Balas Muaz sinis hingga kuat Zara ketawa.
“Esok saya ada hal sebenarnya.” Zara cuba
mencari-cari alasan yang dianggap munasabah.
“Pagi?”
“Yup!”
“Kalau macam tu petang, boleh?” Muaz semakin
berharap.
“Ermm..sebenarnya
saya segan, malu, takut, was-was nak keluar jumpa awak.” Akhirnya Zara berterus
terang hingga menerbitkan tawa lucu Muaz.
“Saya tak makan orang. Saya ni umat Muhammad paling
baik tau! Rugi kalau awak tak kenal saya.” Aqil Muaz cuba berseloroh agar Zara
tidak terus rasa janggal dengannya.
“Perasan!” Gerutu Zara lalu menyembunyikan tawanya
yang masih bersisa.
“Saya nak jumpa awak tengahari esok. Please..!”
Zara mengetap bibir sambil berfikir. Mendengar suara
rintihan dan rayuan Aqil Muaz, dia rasa serba salah. Memandangkan dia juga mahu
keluar esok, akhirnya terpaksalah diakur kehendak Aqil Muaz.
Zara termanung selepas talian ditamatkan. Dia mula
terfikir-fikir apa yang bakal terjadi esok hari. Memandangkan Aqil Muaz adalah
manusia yang pernah menjadi musuhnya, dia jadi sedikit canggung jika berhadapan
dengan Aqil Muaz nanti. Namun apakan daya, kata putus sudah diberi. Nak taknak
dia terpaksa jua turuti permintaan Aqil Muaz. Tambah lagi sekarang dia sudah
tidak terikat dengan sesiapa. Dia yakin jika keluar dengan mana-mana anak adam
pun pasti tak menjadi kesalahan asalkan dia pandai menjaga diri dan maruah.
No comments:
Post a Comment