BAB
36
BERAT kakinya mahu
melangkah keluar dari kereta. Bukan kerana letih menekan gear setelah hampir
lapan tujuh jam memandu. Tetapi kerana suasana rumahnya yang kini sudah
bertukar wajah. Tiga buah khemah berbumbung putih siap terpasang. Dari dalam
kereta, dia boleh lihat di semua tingkap rumah sudah berganti langsir.
“Wah..! mak dengan ayah ni memang bersungguh-sungguh
nak sambut menantu. Rupa menantu dia orang pun aku tak tahu.” Zara berkata-kata
sendiri lalu mengeluh lemah.
Seminggu berfikir bagaimana mahu mengelak dari
menerima cadangan orang tuanya, akhirnya dia mengalah setelah buntu tak tahu
nak buat apa. Sepanjang minggu itulah juga dia menanti rayuan Aqil Muaz yang
selama ini dianggap sebagai satu gangguan. Dia nekad, jika Aqil Muaz datang
merayu, dia akan menyerah dan menerima kehadiran lelaki itu. Tak sanggup
menjadi milik orang yang dia sendiri tidak kenal. Namun bayang lelaki itu
langsung tidak kelihatan. Seperti sengaja mahu mendera perasaannya.
Masuk minggu kedua, akhirnya dia terpaksa mengalah.
Dan tanpa disuruh, dalam minggu itu jugalah dia pergi ambil kursus kawin. Sebab
lain pula ialah kerana takut dengan ugutan Puan Azizah. Macam mana kalau
benar-benar terjadi seperti yang emaknya katakan? Sudah tentu dia menyesal tak
sudah.
Zara perhatikan pula sekitar kawasan rumah. Ramai
sanak saudara serta jiran tertangga datang untuk gotong royong majlis
perkahwinannya. Majlis akad nikah bakal berlangsung pada waktu malam harinya.
Dia yang masih belum bersemangat untuk teruskan majlis itu hanya mengikut saja
apa yang disuruh oleh Puan Azizah.
“Zara tak payah nak buat apa-apa. Zara cuma perlu
bersedia je. Yang lain mak dah uruskan semua dengan ayah.” Pesan Puan Azizah
semalam ketika dia mengemas beg pakaiannya. Hm..nasib baik kursus kawin cuma
dua hari. Kalau tak dah tentu dia kelam kabut.
“Melamun apa lagi tu? Keluar cepat!” Jerkah Encik
Tahir sambil mengetuk cermin kereta.
Zara yang terkejut dengan tindakan ayahnya hanya
tersengeh malu. Cepat-cepat pintu kereta dibuka lalu menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan ayahnya.
“Pergi naik rehat. Majlis nikah lepas isyak nanti.
Sempatlah kamu siap-siap apa yang patut. Tapi sebelum tu ayah nak kamu rehat
dulu. Tak fasal-fasal nanti pengsan masa nikah.”
“Ayah jangan risaulah. Anak ayah ni kuat tau!”
“Okey!
Malam nanti ayah nak tengok kekuatan kamu. Kalau kamu pengsan, malam ni ayah
tak kasi laki kamu balik rumah dia.”
Zara menyebikkan mulutnya. Baginya ugutan seperti
itu hanya ugutan seorang ayah yang sengaja nak mengusik anak kecil yang nakal
malas belajar.
“Zara naik dululah ayah. Penatlah!” Lemah kakinya melangkah menuju ke anak tangga untuk
naik ke atas rumah. Keriuhan suara makcik-makcik yang kalut membuat kerja di
dapur seperti menggamitnya untuk melangkah ke arah situ.
“Oh..pengantin dah sampai rupanya!” Ujar satu suara.
Zara hanya tersenyum hambar.
“Bila sampai?” Tanya Puan Azizah.
“Baru kejap tadi.” Zara melembutkan suaranya.
Almaklumlah.. pengantinkan..!
“Kenapa balik lambat sangat? Risau mak!”
“Kan Zara dah cakap ada kerja sikit. Zara bukan
budak sekolah.”
“Dah kira baguslah tu. Buatnya budak ni tak balik
lagi haghu dibuatnya.” Sampuk Hajah
Esah.
Zara tersenyum hambar bila suara itu mencecah
gegendang telinganya. Malu dan rasa bersalah masih berbaki pada wanita itu.
Lantas dihulurkan salam dan tangan tua itu dicium mesra.
“Kamu pergilah rehat. Datang dekat dapur ni pun
bukan boleh buat apa. Dah ramai dekat sini.”
“Mak aji. Zara nak minta maaf fasal hari tu.”
“Dahlah..! Mak aji tak kisah pun. Mak aji faham.”
“Mak aji..! Errmm…Aqil
tahu ke fasal ni?”
“Kenapa?”
“Zara tunggu dia tiap-tiap hari sebab nak bagi tahu
hal ni. Tapi berita dia langsung Zara dah tak dengar. Dia okey ke?”
Hajah Esah tergelak melihat kegugupan Zara merisik
khabar tentang Aqil Muaz.
“Kamu ni Zara...nampak je keras tapi lembut di dalam.
Dia tahu hal ni. Mak Aji dah cakap dekat dia. Insyaallah malam nanti dia
sampai.”
Zara tercengang. Mampukah dia berasa tenang saat dia
dinikahkan dengan orang lain sedangkan selama ini orang lain yang diharapkan.
“Boleh Zara cakap dengan dia?”
“Mak Aji rasa baik tak usah. Hilang seri pengantin
nanti..”
“Tapi Zara nak minta maaf dekat dia.”
“Takada apa yang nak diingat lagi. Dia tak kisah
pun. Dia faham.”
“Mana Mak Aji tahu? Dia cakap sendiri?”
“Kalau dia masih terasa, dia takkan datang malam
ni..”
Zara mengeluh lemah selepas penjelasan Hajah Esah.
Nampak gayanya sampai sudahlah dia tidak berpeluang lagi jumpa Aqil Muaz.
“Orang mana Zah oii!” Tanya satu suara menyentak
fikiran Zara yang sedang melangkah malas naik semula ke biliknya.
“Orang jauh. Dari selatan datangnya.”
Selatan? Mak oii, jauhnya.! Eh, kejap-kejap. Selatan
tu bukan Johor ke? Tapi Johor tu belah mana? Zara cuba mengamati perbualan itu.
Selama dua minggu dia bertanya sendiri, tidak sekali pun dia cuba bertanyakan
tentng bakal suaminya pada kedua orang tuanya. Baginya tidak ada apa yang harus
dia tahu kerana segala-galanya diuruskan oleh orang tuanya.
“Kenapa jauh sangat mencari?”
“Dah itu yang datang. Terima jelah!”
“Yelah..lagipun Zara tu bukan muda lagi. Eloklah
nikah cepat.”
Zara berkerut wajah. “Bukan muda lagi katanya aku
ni? Kurang asam keping sungguh makcik Joyah ni. Nasib baik hari ni aku
pengantin..” Zara cuba mendamaikan hatinya sendiri.
“Kerja apa?”
“Pensyarah U.”
“Uihh..!
padan sangan lah tu. Sorang cikgu sorang pensyarah.”
Zara tersenyum lebar mendengar jawapan emaknya. Lega
sikit hatinya.
“Berapa umurnya?”
“Lebih kurang dia je.. Tua dua tahun kot!”
Mm..okeylah
tu. Tak muda tak tua. Tapi rupa macam mana pulak? Ada macam Remmy Ishak? Zara
terus berteka teki.
“Orang zaman sekarang bukan pandang sangat semua tu.
Umur dan rupa tak jadi ukuran. Yang penting ada kerja elok, ada duit, berilmu
dan bertanggungjawab, tu dah cukup elok dah.!”
Zara mengangguk setuju. Tapi yang duit tu dia kurang
setuju. Apa ingat aku ni mata duitan? Kalau kata sedikit harta, itu boleh
diterima.
Zara melangkah masuk kedalam biliknya. Tadi tak
sempat nak masuk sebab kaki dengan sendiri melangkah ke dapur.
Melihat suasana bilik, matanya bersinar cerah. Tak
sangka selera dan citarsa emaknya Puan Azizah sama dengannya. Tiba-tiba matanya
mula memberat. Pantang tengok katil yang sudah dihiasi cantik, akhirnya dia
tertidur nyenyak. Memandu jauh selama hampir lapan jam memang memenatkan.
Tambah pula dia keluar rumah selepas solat subuh tadi.
“QIL
tak cuba call dia ke? Mesti dia
tunggu.”
“Qil takutlah bang! Buatnya tiba-tiba datang angin
terkaman harimau dia tu, tak fasal-fasal pecah gegendang telinga Qil ni.”
Adib Mirza ketawa mengekek sambil menjeling manja
pada isterinya Madiha yang turut tidak dapat menahan diri menghamburkan tawa.
“Yang Qil takut sangat dekat Zara tu kenapa? Qilkan
lelaki.”
“Kak Diha tak kenal lagi siapa Zara tu. Dia kalau
dah marah, habis semua orang diamuknya.”
“Kalau Qil jadi suami dia, takkanlah dia nak amukkan
Qil lagi..”
“Hmm..yelah
tu.”
“Pukul berapa majlis nikahnya bang?”
“Abah kata lepas isyak. Kita pergi awal sikitlah.
Bolehlah tolong apa-apa yang patut.”
“Ha..kita suruh pakcik Tahir simpankan periuk paling
besar untuk Qil. Selagi periuk tu tak berkilat, jangan kasi dia balik.”
“Dia nak balik ke bang?” Tanya Madiha tersenyum
simpul sambil menjelig pada Aqil Muaz yang sedang menggelisah.
“Kenalah balik. Takkan nak tunggu dekat situ kot.
Tak fasal-fasal nanti Zara tukar jadi harimau..!” Sekali lagi Adib Mirza dan
Madiha ketawa terbahak-bahak.
“Abang dengan akak ni tak habis-habis nak kenakan
Qil kenapa? Qil tengah susah hati ni tau!”
“Eh! Orang tu ke yang nak kena genggam tangan abah
nanti, bang?” Tanya Madiha yamg masih dalam mood
mengusik Aqil Muaz.
“Entah! Abah kata malam nanti ada pengantin dari
Johor nak dinikahkan dengan gadis Perak. Dia kot..!” Adib Mirza semakin galak
menambah usikan.
“Malaslah layan abang dengan akak. Masuk bilik,
tidur lagi baik.”
“Practice
Qil! Takut nanti tersebut nama akak pulak.” Kalut Madiha menambah sejurus
selepas Aqil Muaz bangun mahu melangkah ke biliknya.
“Apa yang kecoh-kecoh ni bang?” Iqbal menyampuk
sambil melabuhkan punggungnya untuk melepaskan penat. Letih dirasa setelah
seharian berada di rumah Encik Tahir dan Puan Azizah kerana bergotong royong
untuk majlis akad nikah sahabat baiknya Zara.
“Orang tu dah menggelabah.”
Iqbal ketawa kecil. Barulah dia tahu kenapa wajah
sahabatnya Aqil Muaz kurang ceria. Sejak tahu berita tentang Aqil Muaz dari
Haji Derus dan Hajah Esah, dia bersusah payah mengambil cuti untuk pulang ke
kampung menemui sahabatnya itu.
“Zara dah sampai ke?”
“Hmm. Baru
kejap tadi. Saya tak jumpa dia pun. Nampak dari jauh je. Makin lawa saya tengok
dia.”
“Tu yang makan tak kenyang, tidur tak lena tu…!” Balas
Adib Mirza sambil menguatkan suaranya ke arah puintu bilik Aqil Muaz yang
terbuka luas. Sekali lagi ruang tamu bergema dengan hilai tawa mereka.
“Sudah-sudahlah tu!” Jerit Aqil Muaz dari dalam
biliknya. Makin gamatlah keadaan.
Iqbal bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik
Aqil Muaz. Melihat sahabatnya sedang terbaring sambil tangan diletakkan atas
dahi, dia tersenyum sambil menggelengkan kepala. Faham dengan sikap sahabatnya
yang tak banyak merungut dalam apa jua hal.
“Kau ni kenapa bro? Macam tak ceria je.”
Aqil Muaz bangun lalu duduk sambil bersandar di
kepala katil.
“Kau tak faham perasaan aku.”
“Ceritakan lah. Kalau aku tahu kau dengan Zara,
awal-awal lagi aku paksa kau kawin dengan dia. Dia tu dah macam adik aku.”
Aqil Muaz tersenyum hambar. Dia tahu semua cerita
itu kerana Hajah Esah ada ceritakan padanya.
“Aku takut dia marahkan aku. Kesalahan dulu pun
belum diampunkan lagi. Ni aku tambah pulak dengan buat perangai macam ni.”
“Aku tak nampak ni macam satu kesalahan melampau.
Bagi aku ni adil untuk dia, adil juga untuk kau. Pada pendapat aku, kalau kau
tak buat macam ni, dia lebih kecewa sebab penantian dia dan kau tak ada
kesudahan jalan penamat.”
“Tapi aku rasa cara aku ni seperti nak kenakan dia.”
“Hati biar jujur, ikhlas tiap kali nak buat sesuatu
perkara. Insyaallah..tuhan ada bersama orang yang berniat baik. Lagipun tujuan
kau ni pun ke jalan Allah jugakkan..”
Aqil Muaz termanggu seketika.
No comments:
Post a Comment