BAB
24
LANGKAH Zara terhenti bila melihat Aqil Muaz selesa duduk di
sebuah bangku batu di hujung taman rekriasi. Dari jauh diperhatikan wajah
tenang itu sabar menanti kehadirannya. Ada seribu keberangkalian di wajah itu,
namun dia sendiri kurang tahu apa sebenarnya yang sedang difikirkan oleh lelaki
itu.
Ketika mendapat panggilan dari Aqil Muaz malam
semalam, dia bagai mahu menjerit seronok. Namun seronoknya itu terhenti bila
mendengar suara serius Aqil Muaz.
“Saya nak jumpa awak petang esok. Tempat biasa.
Penting!” Serius suara Aqil Muaz kedengaran
dan kemudian talian dimatikan.
Zara tersentak. Belum sempat dia bertanya khabar,
suara lelaki itu sudah hilang dari pendengarannya. Luluh hatinya dengan
tindakan spontan Aqil Muaz.
Hari ini dengan rasa debar di dada, Zara beranikan
diri berhadapan dengan Aqil Muaz. Dia ingin mendengar sendiri dari mulut Aqil
Muaz tentang apa yang telah lelaki itu lakukan terhadap dirinya. Memandangkan
masa majlis mereka sudah kesuntukan waktu, baik diselesaikan segera agar tidak
berlaku seperti sejarahnya dengan Fairuz Imyar. Andainya kata yang tidak ingin
didengar lahir dari bibir Aqil Muaz, dia akan terima.
Salam diberi ketika kakinya mendekati tempat Aqil
Muaz sedang duduk termenung. Melihat kegugupan Aqil Muaz, Zara melarikan
pandangannya. Tidak mahu lelaki itu turut merasa kegugupannya. Hampir tiga
minggu lelaki itu hilang dari pandangan dan pedengarannya, pasti tuhan saja
yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu.
Aqil Muaz memandang tepat ke wajah Zara. Namun
cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke
arah lain. Rindu yang teramat sangat untuk menetap wajah itu lama-lama dibatalkan. Tidak mahu gadis kesayangannya terus mengharap. Kata putus harus segera disuarakan.
arah lain. Rindu yang teramat sangat untuk menetap wajah itu lama-lama dibatalkan. Tidak mahu gadis kesayangannya terus mengharap. Kata putus harus segera disuarakan.
Lama Zara menanti namun Aqil Muaz masih membisu.
Hatinya kian resah. Akhirnya dia sendiri yang mula bersuara. Kotak suaranya
dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum bersuara. Tidak mahu ada
sekat-sekat seperti cd yang calar rosak.
“Kenapa awak?” Sayu sekali suara yang dilontarkan
untuk Aqil Muaz. Lama menanti Aqil Muaz masih tetap kaku di sebelahnya sambil
menunduk lemah.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Saya ada buat salah
ke?” Kali ini Zara bertanya sambil memusingkan badannya mengadap Aqil Muaz yang
masih menunduk.
Aqil Muaz lepaskan keluhan berat mendengar soalan
Zara. Berat mulutnya mahu berterus terang. Dia yakin hati Zara pasti sukar
terima kenyataan jika dia berterus terang. Tapi mengenangkan hati Adib Mirza
yang bakal terluka, dia pasrah.
“Zara! Saya tak layak untuk awak.” Akhirnya Aqil
Muaz bersuara juga selepas beberapa detik membisu.
“Awak cakap apa ni?”
“Awak tahukan abang saya menaruh hati pada awak?”
“So?”
“Saya nak awak terima dia.”
“What?? Nonsent! Awak ingat saya ni apa? Bola
sepak? Bola ragbi..yang boleh awak sepak-sepak ikut suka hati awak?”
“Cuba dengar dulu penjelasan saya ni.”
“Okey!
Saya dengar. Saya nak dengar dari mulut awak A sampai Z. Jangan nak simpan
apa-apa dari saya. Keputusannya saya akan berikan serta merta selepas tamat
cerita. Tapi awak jangan ingat saya ni heroin
dan awak hero dalam cerita novel.
Saya bukan selemah yang awak sangka. Pengalaman dulu banyak saya belajar.”
Aqil Muaz menarik nafas dalam lalu dilepaskan kasar.
Dari keadaan duduk, kini dia sudah mula berdiri membelakangkan Zara yang setia
dan sedia menanti setiap bait yang bakal diluahkan.
“Saya dan Adib Mirza amat rapat dari kecil lagi.
Bila saya diberitahu yang abang Adib adalah abang saya, saya bersyukur sangat
walaupun ketika itu saya kurang mengerti maksud arwah ayah. Tiap kali cuti sekolah
ayah saya selalu bawa abang Adib datang rumah tinggal sekali dengan keluarga
saya. Tapi lepas ayah dengan ibu saya meninggal, saya sunyi. Saya diletakkan
di bawah jagaan peguam ayah. Seminggu kemudian, saya dibawa ke rumah Datin Basyariah
iaitu ibu kepada abang Adib merangkap isteri pertama ayah saya. Masa tu baru
saya tahu siapa Adib Mirza dan Datin Basyariah.” Aqil Muaz meraup wajahnya sebelum terus bersuara.
“Hidup saya penuh dengan rasa duka dan derita
sepanjang saya tinggal di rumah mewah tu. Namun saya bersyukur kerana abang
Adib selalu ada bersama saya tiap kali saya berduka. Dialah abang. Dialah ibu
dan ayah saya. Dia adalah segala-agalanya untuk saya. Tidur saya didodoikan.
Makan saya disuapkan. Mandi saya dijiruskan. Cuba awak bayangkan betapa
manjanya saya dengan abang Adib. Saya hamper-hampir mati kerana dipukul.
Penyelamat saya dah tentulah abang Adib. Saya tak tahu apa akan jadi pada saya
kalau abang Adib tak ada.”
Zara cuba tenang mendengar. Walaupun tidak sanggup
mendengar lagi cerita selanjutnya, dia cuba menahan sebak yang sudah mula
terasa di dada. Sebelum ini pernah juga dia mendengar cerita dari Hajah Esah
tentang Aqil Muaz, namun hanya segelintir saja. Itupun sudah cukup buat dia
rasa pilu dan simpati dengan nasib kekasihnya itu.
“Apa perasaan awak kalau orang kata emak awak tu
perempuan simpanan ayah awak? Mesti awak marahkan? Macam tulah yang saya rasa
tiap kali ibu tiri saya kata tentang ibu saya. Tapi dengan sekali ugutan
dari mulut abang Adib, ibu tiri saya mati kata-kata. Saya tak tahu kenapa ibu tiri saya takut sangat dengan abang Adib. Mungkin dia takut abang Adib
tinggalkan dia memandangkan abang Adib adalah satu-satu anak yang dia ada.” Sedetik Aqil Muaz membisu. Seketika kemudian
badannya dipusingkan lalu melangkah kearah Zara yang menanti bait seterusnya.
“Saya merayu agar awak terima abang Adib. Dia
cintakan awak. Dia sayangkan awak. Saya harap awak boleh rahsiakan hubungan
kita. Saya tak mahu lukakan hati dia.”
Zara tersenyum manis. Namun senyumannya mati lalu
menggeleng kepala. Baru dia mengerti maksud Aqil Muaz sebenarnya. ‘Kerana budi,
ku tergadai body!’ Boleh blahlah dengan ungkapan macam tu. Apa
dia ingat aku Indah Harlina kerana Terpaksa Aku Relakan? Silap oranglah!
“Hebat cerita awak ni. Sebak pulak saya rasa. Saya simpati dengan nasib awak. Cuma satu saya nak tanya wak."
Aqil Muaz memandang Zara sambil menyungkitkan keningnya tanda tanya.
"Awak sayang saya tak?"
Aqil Muaz mengangguk sekali.
"Pelikkan! Awak sayang abang awak hingga tak sanggup lukakan hati dia. Tapi hati saya awak toreh kejam walaupun awak sayang saya!”
Aqil Muaz memandang Zara sambil menyungkitkan keningnya tanda tanya.
"Awak sayang saya tak?"
Aqil Muaz mengangguk sekali.
"Pelikkan! Awak sayang abang awak hingga tak sanggup lukakan hati dia. Tapi hati saya awak toreh kejam walaupun awak sayang saya!”
Aqil Muaz tersentak. Wajah sinis Zara dipandang
tajam.
“Saya nak tanya awak. Apa perasaan awak pada saya
sebenarnya? Seawal kita kenal, bergaduh, benci membenci, adakah itu yang awak
rasa pada saya hingga sekarang?”
Aqil Muaz terdiam. Tapi seketika kemudian dia
menggeleng kepala menafikan pendapat Zara.
“Saya tak pernah bencikan awak, Zara.”
“Saya sedih dengan awak. Saya kecewa. Tapi saya tak ada
hak untuk marah awak. Tapi saya hairan. Ada rasa pelik sikit dalam cerita awak
ni. Kalau awak yang termakan budi abang awak, kenapa saya yang perlu membalas?
Kalau awak kata dia pernah berbudi pada saya sebab kejadian malam tu, mungkin
saya boleh terima. Tapi itu tak bermakna saya perlu membalas dengan hati saya.
Awak jangan risau. Saya akan balas balik apa yang dia dah beri pada saya.
Setakat sebiji tayar kereta, apalah sangat! Saya pun mampu nak bayar. Opts! Kos pemasangan tayar pun saya akan
bayar balik.” Ucap Zara panjang lebar sambil menyeka air matanya. Entah kenapa
senang saja air mata mengalir sedangkan dia tidak langsung merasa sedih tapi lebih kepada rasa geram yang menbuak-buak.
.
.
“Jangan macam ni Zara!” Ucap Aqil Muaz bila
menyedari pipi Zara sudah mula basah.
“Saya suka dengar cerita awak. Penuh dengan drama.
Namun saya minta maaf sebab saya tak boleh terima permintaan awak tu. Saya
punya perasaan dan hati. Hati saya milik saya. Saya berhak tentukan pada siapa
saya nak serahkan hati saya. Saya pernah berkongsi perasaan dengan awak. Tapi
tak bermakna awak berhak tentukan siapa patut saya pasingkan hati saya ni.”
Sekali lagi Aqil Muaz terpempan. Bibirnya digigit
menahan gelisah. Dia sedar dia sudah melakukan kesalahan pada satu-satu gadis
yang dicintai. Perlahan-lahan jemari Zara diraih mengharapkan simpati. Tergamam
seketika bila tanganya ditepis kasar oleh Zara.
“Saya rasa cukuplah sampai sini saja hubungan kita.
Saya akan cuba lupakan awak. Dan saya harap awak akan bahagia dengan abang
kesayangan awak. Satu saya nak ingatkan awak. Jangan sesekali awak merayu pada
saya lagi agar saya terima abang awak. Sekali saya cakap tak mahu, bererti
selama-lamanya saya tak sudi termasuk diri awak. Terima kasih atas
segala-galanya. Terima kasih kerana menjadi penawar pada kesakitan saya dulu
dan terima kasih juga kerana kembalikan kesakitan saya.” Ucap Zara kesal lalu
cincin di jari pemberian Hajah Esah ditanggalkan dan diletakkan atas bangku
batu sebelah Aqil Muaz.
Aqil Muaz hilang kata-kata. Pada ketika itu, tidak
guna lagi dia pertahankan dirinya kerana tahu hati Zara sudah terluka dan pasti
akan terus terluka andainya dia terus mendesak. Langkah laju Zara diperhatikan
sehingga bayang gadis itu hilang dari pandangan. Dan pada ketika itu, matanya
sudah mula terasa panas. Namun pantas diseka agar air jernih yang menakung
di kelopak matanya tidak membasahi pipinya. Hati Zara terluka, begitu juga dia
turut merasa kesakitan itu. Maafkan saya, Zara!
“AKU
gagal lagi Nuha.” Tenang Zara bersuara di hujung talian. Setitis air mata pun
tiada terbias di matanya. Sudah disimpulkan dalam hati. Tangisan tadi adalah
tangisan terakhirnya untuk insan bernama lelaki. Dia tidak mahu lagi mendera
perasaannya kerana lelaki seperti Fairuz Imsyar dan kini Aqil Muaz.
“Kau okey,
Zara?” Kalut Nuha bertanya. Risau juga kalau Zara seperti dulu. Sempat lagi dia
berbisik pada Helmi yang berada di sebelahnya sambil menutup gagang telefon
agar Zara tidak mendengar butir bicaranya.
“Aku okey!
Kau jangan risaulah.” Zara cuba meyakinkan sahabatnya. Mendengar suara Nuha
dihujung talian, dia tahu sahabatnya itu sedang dalam kerisauan.
Mendengar suara tenang Zara, Nuha keluh lega. Dia
yakin sahabatnya itu dapat terima kenyataan walaupun hati kompem sedang bersedih. Usahkan Zara sendiri, dia sebagai sahabat
pun merasa kesedihan itu. Sudah lama dia berangan melihat sahabatnya itu hidup
dalam keluarga yang bahagia.
“Kau datang sini Zara. Helmi pun tengah risaukan
kau. Datang ek!” Ujar Nuha lagi selepas mendapat balasan dari Helmi. Faham
dengan kerjaya suaminya yang kini sudah merangkap sebagai kaunselor, dia yakin
pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan pada sahabatnya itu.
“Tak apalah Nuha. Malas aku kacau korang laki bini.
Aku okey!”
“Ermm okey! Tapi apa rancangan kau lepas ni.?”
“Tak ada apa-apa rancangan terbaru pun! Macam
biasalah. Teruskan saja hari-hari aku macam biasa. Be happy go lucky!” Ujar Zara lalu ketawa kecil.
“Keluarga kau dah tahu?” Tanya Nuha lagi selepas
turut sama ketawa. Lega hatinya mendengar Zara masih boleh ketawa.
“Belum. Tapi aku yakin satu hari nanti dia orang
akan tahu juga. Tak dari mulut aku mungkin dari mulut lelaki tu. Dan mungkin
dari mulut keluarga angkat dia.”
“Kau yakin kau boleh terima?”
“InsyaAllah.! Iman aku masih kuat.” Ujar Zara lalu
ketawa besar.
“Kuatlah sangat!”
“Memang kuatlah! Mungkin pengalaman lalu mengajar
aku agar lebih kuat. Tak gunakan aku bersikap macam dulu. Buat sakit badan je.”
“Tapi kalau kau perlukan aku, anytime, everywhere and
anything, aku sentiasa ada untuk kau, Zara.”
“Terima kasih Nuha! Kaulah sahabat dunia akhirat
aku. Kalau kau tak ada dulu, aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada diri aku.”
“That
okey!
Kita kan kawan..!” Balas Nuha ceria.
Zara merenung jauh dari tepi laut Danga Bay. Selepas
meninggalkan Aqil Muaz di padang rekriasi tadi, dia tidak sedar dia memandu
hingga ke tempat itu. Bila sedar baru terasa lengoh di pinggang kerana lama
memandu. Ingin dia menjerit kuat melepaskan rasa geram, namun malu kerana waktu
itu ramai pengunjung di situ. Takut kalau ada yang beranggapan dia tidak
siuman.
Bunyi deringan telefon bimbit di saku seluar jeans
yang dipakai melemahkan segala anggota badannya. Baru nak tenangkan fikiran,
sudah ada yang mengganggu. Telefon bimbitnya diambil. Melihat nama Adib Mirza,
hatinya menjadi sakit. Sempat lagi dia menyumpah lelaki itu. Kerana lelaki itu
hidupnya kembali sendiri. Kerana lelaki itu dia dipisahkan dari Aqil Muaz.
Kerana lelaki itu bakal suaminya berubah fikiran. Dan kerana lelaki itu juga
tak semena-mena dia macam orang tak siuman memandu tanpa arah tuju. Tahu-tahu
dia sudah sampai di tepi laut yang dia sendiri tidak terfikir akan sampai.
Dengan perasaan yang membeku, diabaikan saja
panggilan itu. Malas menjawab atau mendengar suara lelaki yang tak diharapkan.
Baginya, menjawab panggilan itu bererti memberi harapan dan peluang untuk
lelaki itu merayu dan mendekatinya. Jadi, ada baiknya jika dia terus membisu.
Zara semakin rimas bila panggilan telefon bimbitnya
tidak henti-henti berbunyi. Dia yakin Adib Mirza tak akan putus asa. Masuk kali
ini sudah lima kali telefon bimbitnya menjerit minta dilayan. Dengan dengusan
kasar, dijawab juga tanpa melihat nama si pemanggil.
“Awak tak paham bahasa ke? Kalau saya kata tak mahu,
maknanya saya tak mahulah. Awak ni memang datang dari spesis tak tahu malu ek? Awak
pergilah merayu dekat orang yang nakkan awak. Saya tak ingin!” Herdik Zara
kasar.
“Zara!”
Terbeliak mata Zara mendengar suara dihujung talian.
Sambil menekup mulutnya, tangannya yang sedang memegang telefon bimbit
diketuk-ketuk kepala kerana malu yang menebal. Melihat nama si pemanggil baru
dia tahu Fairuz Imsyar berada di hujung talian.
“Abang!” Bisik Zara perlahan. Namun dapat didengar
jelas oleh Fairuz Imsyar.
“Ye, abang ni. Kenapa marah-marah ni? Zara okey?” Resah Fairuz Imsyar bertanya.
Sakit telinganya tadi mendengar herdikan Zara hingga dia terpaksa menjarakkan
sedikit telefon bimbitnya dari telinga. Mula-mula dia beranggapan salah nombor.
Bila dipastikan, dia yakin dia tidak silap. Sah Zara yang sedang menjawab
panggilannya.
“Err..Zara
okey bang. Tadi tengah feeling sebab nanti ada lakon pentas
dekat sekolah.” Gugup Zara berbohong sambil terkemik-kemik mukanya. Malu kalau
Fairuz Imsyar tahu cinta keduanya turut temui jalan kegagalan. Dan dia yakin
Fairuz Imsyar pasti tak akan lepaskan peluang meraih kembali cintanya. Walaupun
dalam hatinya nama Fairuz Imsyar tetap teguh tersemat, untuk menerima lelaki
itu mungkin tidak sama sekali.
“Ohh..abang ingat fasal apa tadi. Zara sihat?”
“Alhamdulillah!”
“Tahniah! Abang call
ibu semalam. Dia kata Zara dah bertunang. Nampaknya abang pun kena cari
pengganti jugaklah nampaknya. Mana aci Zara sorang naik pelamin. Abang pun nak
jugak!” Ceria suara Fairuz Imsyar berselang dengan tawa mengekek.
Zara tersentak mendengar gurauan Fairuz Imsyar.
Entah kenapa dia rasa kurang senang dengan gurauan seperti itu. Tiba-tiba
hatinya dilanda cemburu. Mana mungkin dibiarkan lelaki yang pernah melukakan
hatinya dilanda bahagia andainya dia masih berada dalam kedukaan. Walaupun tahu
Fairuz Imsyar tidak bersalah, dia tetap tidak boleh lupakan penderitaannya selepas
apa yang terjadi.
“Abang dekat mana ni?” Tanya Zara sayu tanpa
membalas kata gurauan Fairuz Imsyar.
“Abang dekat tempat kerja abang.” Balas Fairuz
Imsyar selepas tersentak mendengar suara sayu Zara. Rasa termalu sendiri bila
lawak yang dibuatnya tadi tidak mendapat apa-apa balasan tawa dari Zara
walaupun sedikit.
“Zara okey
ke ni? Lain macam je abang dengar suara Zara. Zara menangis ek?” Teka Fairuz
Imsyar. Tak senang hatinya mendengar suara gadis kesayangannya begitu. Bukan
dia tidak kenal siapa Zara. Bertahun dia menyemai kasih bersama Zara. Sudah
dapat meneka apa yang tersirat dan tersurat di hati kecil gadis itu.
“Zara okey
bang! Mungkin terbawak-bawak babak sedih dalam skrip Zara ni. Abang jangan
risau ek!” Sekali lagi Zara berbohong cuba menyembunyikan rasa kecewanya
terhadap Aqil Muaz.
“Abang kenal siapa Zara. Abang tahu Zara sedang
bersedih. Cuba ceritakan pada abang.”
“Takde
apa-apalah! Okeylah bang, murid-murid
Zara dah panggil tu. Sibuk dia orang nak buat latihan pementasan nanti.” Teruja
Zara memberitahu dengan cara berbohong. Tak sanggup berlama berbual dengan Fairuz
Imsyar kerana yakin pasti bekas tunangnya itu mengesyaki sesuatu.
“Okey!
Abang cuma nak bagitahu, dua minggu lagi abang nak balik. Abang cuti sebulan.
Abang cadang nak jumpa Zara dekat sana. Boleh?”
“Ermm..boleh.!
Datanglah..! Zara tunggu.” Balas Zara bersahaja. Memikirkan dia sudah kembali
solo, dia yakin tak salah jika lelaki itu ditemui asalkan dia pandai menjaga
diri dan maruah.
MENGELUH
berat Adib Mirza selepas Zara langsung tidak menjawab panggilannya. Tidak
disangka hati gadis itu keras untuk tidak menerimanya. Kadang-kadang terfikir dia
sendiri. Apakah kekurangan pada dirinya? Jika dinilai dari segi rupa, dia boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak
kerana ramai kawan-kawannya berkata begitu walaupun kadang-kadang dia
menafikan. Jika dinilai dari segi kerjaya, dia yakin dia mampu mengatasi
para-para usahawan lain. Jika dinilai dari segi umur, dia tidaklah terlalu
kertu. Harta? Lagilah dia ada segalanya dan mampu membahagiakan gadis
idamannya. Namun dia hairan, kenapa Zara langsung tidak mahu memandangnya?
Apakah Zara masih menanti si teruna yang dia maksudkan dulu? Ingin saja dia
berjumpa dengan si pencuri hati Zara dan merayu agar melepaskan Zara kepadanya.
No comments:
Post a Comment