PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 32 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

32
AIDIL
SUDAH hampir sepuluh hari Zikri terlantar di hospital. Hari ni hari ahad. Aku rasa hari yang sesuai aku melawat dia. Baru hari ni juga aku ada kekuatan untuk mengadap mereka. Kalau sebelum-sebelum ni aku cuba berlagak biasa. Sebenarnya aku rasa bersalah dan menyesal dengan apa yang aku dah buat. Kadang-kadang aku takut. Aku takut kalau-kalau polis datang cari aku. Tapi bila dah masuk sepuluh hari masih tiada apa-apa berita, aku yakin polis sukar nak mengesan. Bila aku lihat Zikri keluar rumah malam tu dalam suasana yang sunyi, aku yakin tiada siapa yang kelihatan ketika itu.

Sampai depan pintu bilik dimana Zikri ditempatkan, sempat aku intai sedikit suasana dalam bilik itu. Panasnya mata aku bila lihat Nur sedang berbaring sama atas katil sebelah Zikri ambil tangan kirinya begitu erat memeluk pinggang Zikri. Sementara tangan kanan dijadikan sebagai tongkat kepalanya. Berbunganya hati aku kalau aku yang dipeluk begitu.

Aku ketuk pintu dua kali. Namun Nur seperti tidak dengar. Hish! Sedap sangat ke peluk suami awak tu? Badan suami awak tu tak adalah menarik sangat pun! Lainlah kalau macam aku ni. Kalau buat bantal peluk, kompem tak ingin nak berengang.

Aku kuatkan ketukan. Kali ini aku lihat Nur seakan tersentak lalu cepat-cepat turun dari katil. Aku perasan dia terkejut tengok aku yang sudah berada depan pintu bilik.

“Masuklah Aidil!” Laung Nur yang sedang berdiri sebelah katil Zikri. Aku dengan senyuman lebar dan penuh yakin melangkah laju ke arahnya.

“Awak sihat?” Aku mulakan perbualan.

“Awak datang ni nak melawat saya atau suami saya? Sepatutnya awak tanya tentang suami saya dulu. Ini dah terbalik pulak. Saya yang awak tanya!” Nur tanya ambil tersenyum sinis.

Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Malunya aku rasa bila dengar ayat Nur tu. Nampak sangat aku datang hanya kerana Nur. Bukan kerana Zikri.

“Macam mana dengan suami awak?” Aku tanya malu-malu.

“Macam nilah! Tapi alhamdulillah, luka dia dah semakin sembuh. Harap-harap dia cepat sedar.” Ucap Nur sayu.

Aku hanya mendengar setiap bait kata Nur tanpa apa-apa rasa simpati. Sakit mata makin terasa bila melihat Nur begitu asyik membelai jemari Zikri. Kerana tak mahu melihat adegan romantik tu, aku tajamkan penglihatan aku ke wajah Nur walaupun Nur macam tak sudi pandang aku.

“Thank Dil! Sebab sudi datang.” Kata Nur perlahan lalu melepaskan genggaman di jari Zikri dan mengajak aku beredar ke sofa. Aku akur kerana sememangnya aku memang nak duduk dekat dengan dia. Aku nak renung wajahnya puas-puas sebab aku dah tak tahan menahan rindu wajah ayunya tu.

No hal lah. Saya cadang nak datang awal-awal lagi, tapi awak faham-faham sajalah kerja saya. Lagipun kita bukan orang lain. Hah! Lupa saya nak bagitahu, emak dan dady kirim salam. Mak nak datang tapi tak ada siapa nak jaga kaklong. Lagipun kaklong kena operate masa bersalin hari tu.” Aku terangkan pada Nur sambil duduk di sofa berhadapan dengannya. Aku hairan melihat Nur seakan seperti tiada apa-apa rasa bila nama emak aku usulkan. Kalau dulu aku lihat dia begitu ceria bercerita mengenai Makcik Mazuin. Aku tak pasti apa yang dia fikirkan. Dia hanya mengangguk dengan muka selamba.

“Kaklong dapat anak kembar.” Aku mahu panjangkan perbualan. Namun Nur seakan kurang berminat nak tahu tentang semua tu. Dia hanya tersenyum nipis dan mengangguk.

“Awak tak sihat ke Nur? Saya lihat muka awak pucat sangat. Awak tak kerja?”

“Saya sihat. Kalau tak sihat, kena buat sihat juga. Kalau tak, siapa nak jaga suami saya ni. Saya tak mahu susahkan umi. Hal Zikri adalah tanggungjawab saya, jadi biar saya yang uruskan.” Kata Nur perlahan.

 “Berat tanggungjawab awak ni Nur. Awakkan berkerja.”

Aku cuba tunjukkan rasa simpati dan perikemanusiaan aku pada Nur. Harap-harap kata-kata aku ni buat dia hargai aku. Sememangnya aku harapkan dia cair setiap ayat yang aku tuturkan.
Hampir setengah jam aku berbual dengan Nur, tiba-tiba bunyi alarm telefon bimbit Nur berbunyi.

“Maaf ye Aidil. Dah sampai masa saya lapkan badan Zikri. Kalau awak tak keberatan, boleh awak tunggu di luar sekejap. Tak pun awak pergi makan dulu ke..!”

“Yelah! Saya faham. Saya pun dah lama dekat sini. Tapi sementara saya ada ni, kalau awak perlukan apa-apa, saya sudi membantu.”

Thank. Rasanya tak ada apa yang saya nak minta dari awak. Awak tak perlu risau sebab saya dekat sini ada umi dan adik-adik ipar saya yang memahami. Apa yang saya nak minta dari awak, tolong doakan agar Zikri saya kembali pada saya semula. Itu sudah cukup buat saya sebelum anak kami lahir nanti.”

Aku tergamam. Nur mengandung? Patutlah wajahnya pucat tapi tetap cantik seperti dulu. Malah kecantikannya semakin terserlah.

“Nur! Sebelum saya keluar saya nak bagitahu pada awak. Kalau awak perlukan apa-apa, saya sentiasa ada untuk awak. Janganlah awak segan-segan dengan saya. Saya juga sudi jadi pengganti kalau berlaku apa-apa pada..”

“Cukup Encik Aidil!”

Aku tersentak dengan tempikan Nur.

“Awak tak ada hak nak tentukan hidup mati seseorang. Dia suami saya. Saya sendiri pun belum tahu ajal dia bila tiba. Jadi jangan nak memandai-mandai buat keputusan hidup orang!”

“Saya cuma bagi cadangan. Kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. Jadi saya sanggup menanggung beban untuk awak dan anak awak nanti. Tambahan pulak awak sedang mengandung sekarang ni. Tak salahkan kalau saya ambil berat tentang diri awak?”

Please Encik Aidil. Saya tak mahu lagi dengar kata-kata rayuan macam tu lagi. Suami saya masih bernyawa dan masih bernafas dengan baik. Walaupun dia macam tu tapi dia boleh dengar apa yang kita bualkan sekarang. Sebelum jadi apa-apa pada suami saya, ada baiknya awak pergi dari sini.”

Agh! Ada aku kisah apa nak jadi pada suami dia? Kalau suami dia terus padam, aku lagi suka.  Senang ikit kerja aku.

“Saya akan pergi dari sini. Tapi satu saja yang awak perlu tahu. Saya masih menanti awak, Nur. Sebelum saya pergi, saya nak awak timbangkan semula cadangan saya tadi. Saya mampu jaga awak dan anak awak nanti.”

Pang!! Aku rasa macam ada benda berdengung dalam telinga aku. Pipi aku terasa panas pijar berselang seli dengan rasa pedih. Bertingkat-tingkat aku rasa kulit muka aku sekarang.  Aku tak sangka Nur sanggup bertindak begitu.

“Encik Aidil Ariff bin Abdullah! Dengar sini baik-baik. Mati hidup semula pun aku takkan terima kau. Jangan nak tunjuk muka datang sini nak buat baik. Aku tahu apa yang kau rancangkan selama ni. Aku ada bukti dan saksi. Aku kenal kereta kau. Sebelum polis datang dan sementara aku masih berperikemanusiaan, baik kau pergi dari sini dan jangan cuba-cuba lagi tunjukkan muka tak malu kau tu. Kalau pihak polis dapat kesan kau, aku tak mampu lagi nak tolong. Sebelum tu aku nak kau tahu, aku buat semua ni sebab emak. Aku tak mahu emak terkejut dengan berita ni. Cukuplah dia menderita kerana kehilangan abang Iman. Jangan pula lepas ni dia menderita kerana kehilangan kau. Kau patut bersyukur sebab aku tak gelarkan apa yang sepatutnya menjadi gelaran kau. Aku tahu, aku tak ada hak nak menghukum kau.”

Panas telinga aku mendengar bebelan Nur. Tak sangka minah ni kuat membebel. Dalam takut-takut aku cuba sembunyikan rasa gentar aku.

“Tak payah awak nak takutkan saya, Nur!”

“Apa untung yang saya dapat kalau saya buat macam tu?”

“Apa bukti awak menuduh saya?” Aku yakin Nur sengaja nak takut-takutkan aku.

“Sebelum rumah aku dipasang cctv, Zikri ada suarakan kebimbangan dia tentang gangguan orang tak siuman yang bakal aku terima tak lama lagi. Yang sebenarnya orang gila tu memang dah lama mengganggu hidup aku. Tak cukup dengan cctv, dia upah jaga kawal rumah tu. Jadi tak mustahil kalau aku ada  saksi dan bukti.”

Jantung aku berdegup kencang. Rumah dia ada jaga dan cctv? Mutahil! Sebab masa aku pergi hari tu, aku tak nampak pun jaga yang mengawal rumah tu. Kenapalah aku tak perasan semua tu? Lidahku kelu tak tahu nak kata apa. Lantas aku terus ayun kaki aku melangkah keluar dari bilik itu.


NUR

“MAAFKAN Nur bang! Nur terpaksa demi emak. Nur tak sanggup lagi lihat emak menderita.” Bisik aku di telinga Zikri. Pertama kali aku lihat ulang tayang cctv dekat rumah, aku dah dapat tahu siapa yang tak berhati perut sanggup buat pada suami aku. Namun kerana emak, aku terpaksa butakan mata. Bukan hati tak geram dan marah. Bukan juga kerana tak ada hati nak bela apa yang jadi pada Zikri. Cuma aku tak terdaya nak melawan. Jadi aku serahkan seratus-peratus pada pihak berkuasa. Andainya pihak berkuasa berjaya mengesan, aku tak mampu nak buat apa-apa. Selama ni pun semua soalan yang pihak polis tanya aku jawab tak tahu. Itu lebih mudah jika aku jawab tahu. Dan mulai saat itu, apa yang bersangkut paut dengan Aidil, emak, ayah dan adik beradik aku nekad tak mahu ambil tahu lagi. Jiwa aku sudah cukup sempurna dengan kasih Zikri, umi dan adik-adik ipar aku. Tak lama lagi hidup aku lebih menceriakan dengan kehadiran Zikri junior.

No comments: