15
NUR
Keranamu akan aku korbankan apa saja..walaupun darahku
terpaksa aku gadaikan..
HUJUNG minggu selepas balik dari
hospital, aku terus bertolak ke kampung. Tak dapat aku bayangkan betapa
gembiranya aku bila Zikri membenarkan aku membawa pulang emak ke rumah. Masih
terbayang-bayang situasi emak ketika aku memberitahu kisah sebenar mengenai Mak
Da. Alhamdulillah emak dapat terima. Namun satu yang menjadi hati aku terkilan,
emak tak kenal aku. Bila ditanya dia cuma kenal Ana, Ida dan Iman sahaja.
Panjang lebar aku ceritakan tentang kewujudan aku sebagai anak emak, namun emak
seperti keliru. Bila Zikri arahkan aku berhenti bercerita, aku terpaksa akur
kerana tidak mahu emak rasa tertekan. Aku cuba pujuk hati aku agar terima
kerana aku faham keadaan emak yang baru nak pulih. Tapi dalam rasa terkilan, aku bersyukur sebab emak tetap mengaku dirinya “emak” tiap kali berbual dengan aku.
“Nur bukan sengaja nak rahsiakan berita ni dari mak.
Nur sendiri pun tak dapat jumpa Mak Da. Bila Nur balik baru Nur tahu tentang
Mak Da.”
“Tak apalah! Mak faham. Patutlah dah lama mak tak
nampak Mak Da.” Ujar emak perlahan sambil mengusap tanganku. “Nur ada jumpa ayah? Mak teringin nak jumpa anak mak
Ana, Ida dan Iman. Macam manalah agaknya mereka sekarang? Mesti dah besar.”
Aku tersenyum hambar. Emak asyik sebut nama
anak-anaknya yang lain saja. Aku ni macam tak wujud pulak.
Hampir dua jam perjalanan akhirnya aku sampai
dikampung yang aku tinggal sekian lama. Nasib baik masih ingat jalan balik. Sebelum
bertolak tadi, macam-macam kata nasihat yang Zikri pesan pada aku setelah aku
tegas menolak agar dia tidak turut serta. Aku segan sebenarnya. Zikri tak
pernah merasa suasana kampung. Aku takut dia tak dapat biasakan diri.
Maklumlah, kampung aku tu bukan macam bandar.
Sampai depan rumah lama emak, aku duduk termenung atas
tangga. Daif sangat dah pondok emak ni. Aku bercadang, kalau aku ada masa dan
peluang, aku mahu membaiki semula rumah lama emak ni. Aku yakin emak sayang
sangat rumah ini. Banyak kenangan yang disimpan termasuklah kenangan suka dan
duka.
“Anak ni cari siapa?” Tanya satu suara dari
belakangku. Aku tersentak dari khayalan lantas menoleh ke belakang. Tanganku
hulurkan untuk bersalam. Aku senang selepas dia perkenalkan diri sebagai Makcik
Biah.
“Saya Nur datang dari Ipoh. Datang sini nak cari mak
saudara saya. Mm..makcik kenal Mazidah Mustafa? Dulu dia tinggal sini dengan
kakaknya Mazuin. Lepas kawin dia ikut suaminya pindah. Saya tak ingat dekat
mana rumah dia sebab masa tu saya kecil lagi.”
“Mazidah Mustafa? Mazuin? Mustafa?”
Aku menanti
penuh sabar sambil melihat Makcik Biah depan aku tu terkumit-kumit cuba ingat
sesuatu.
“Masyaallah! Makcik baru teringat. Idah anak Tapa kot?
Tapi kakaknya Shuin dah lama pindah. Makcik pun tak tahu kemana dia pergi.
Selepas keluar masuk hospital, dia terus tak balik-balik. Khabar tentang
anak-anaknya pun makcik tak tahu. Tapi kalau Idah tu, makcik kenallah. Rumah
dia pun tak jauh dari sini. Kasihan Idah tu. Sejak suaminya meninggal, dia
hidup sendiri. Ada anak tapi tak ambil tahu. Ada jugaklah yang sibuk bertanya
nak ajak kawin, tapi dia tak layan. Nak setia pada suami katanya. Sekarang hidup
sendiri sebatang kara. Rumah dia tak jauh pun dari sini. Jomlah makcik tunjuk
kalau anak nak pergi..!”
Aku asyik mendengar cerita Makcik Biah. Tak sangka
Maksu Idah hidup sendiri. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku balik ambil dia
tinggal dengan aku.
Sampai di depan laman rumah aku teruja melihat suasana
rumah Maksu Mazidah. Tenang dan mendamaikan. Kiranya keadaan rumah maksu Idah
masih elok jika nak dibandingkan dengan rumah emak.
“Idah! Oh Idah! Ni ada orang cari kamu.” Jerit Makcik
Biah dari bawah. Bila kedengaran derapan kaki melangkah dari atas rumah, Makcik
Biah senyum pada aku. “Dia ada tu..!” Katanya sambil angguk kepala.
“Makcik balik dululah ye.!” Ucap Makcik Biah.
“Makcik nak saya hantarkan ke? Saya ni dah menyusahkan
makcik pulak.”
“Eh! Tak payahlah. Makcik memang nak lalu jalan ni
tadi.” Kata Makcik Biah lagi sambil hulurkan tangan untuk bersalam. “Eh! Apa
pulak ni nak?” Terkejut makcik Biah ketika aku meletakkan dua keping not lima
puluh ke dalam tangannya.
“Ikhlas dari saya. Kalau tak jumpa makcik tadi, saya
tak tahu dekat mana rumah maksu saya ni.” Aku paksa juga dia ambil walaupun aku
tahu dia masih teragak-agak.
“Mm..yelah! Makcik balik dulu.” Aku angguk lega bila
dia cakap macam tu.
Bila aku menoleh kebelakang, aku nampak seseorang
sedang berdiri sambil tersenyum Sah! Dia memang maksu Idah. Memang muka dia
seiras dengan emak.
“Maksu Idahkan?” Aku mula bertanya. Namun Maksu Idah
masih seperti bingung. Aku tersenyum malu.
“Kamu ni siapa?”
“Maksu tak kenal saya?”
Lama diperhatikan wajah aku sampai tak berkelip.
Tiba-tiba dia tersenyum.
“Kamu anak Syuin kan?” Maksu Idah mula meneka. Aku
tersenyum dan mengangguk laju. Laju aku dapatkan dia dan memeluknya erat. Aku
bersyukur sangat. Sebak maksu Idah sudah tak tertahan lagi. Setiap ruang
wajahku menjadi tempat kucupan maksu Idah. Aku biarkan saja. Memang sejak kecil
aku manja dengannya.
“Tapi boleh Maksu tanya, kamu ni siapa? Ana ke Ida ke
Nur?”
“Saya Nur!”
“Nur yang Kak Uda jaga tu ke?”
Aku angguk lagi.
“Ya Allah..! Dah besar kamu. Terakhir maksu tengok
kamu masa kamu umur dua belas tahun. Lepas tu Kak Uda dah tak bawa kamu balik.
Mak kamu macam mana? Dah sihat?” Tanya Maksu Idah lalu mengajak aku masuk ke
dalam rumah.
Malam itu buat pertama kalinya selepas lama aku
tinggalkan kampung, aku bermalam di rumah maksu. Tak henti-henti aku berbual
dengan Maksu Idah. Macam-macam cerita yang aku dengar termasuklah kisah ayah.
Malam itu juga aku suarakan niat sebenar aku balik ke sini. Namun maksu Idah
bagai kurang senang dengan cadangan aku tu.
“Nur sorang saja dekat rumah tu. Hanya pada maksu Nur
harap boleh temankan emak. Nanti taklah emak sunyi sangat!”
Maksu Idah mengeluh berat. Aku seperti dapat rasa apa
yang difikirkan.
“Maksu janganlah salah faham pulak. Sebenarnya
kedatangan Nur kesini ialah untuk bertanyakan tentang Kak Ana, Kak Ida dan
abang Iman. Baru beberapa bulan lepas mak dah mula nampak sihat. Kelmarin dia
tanyakan tentang anak-anaknya. Nur dah janji nak cari mereka sehingga jumpa.
Dalam fikiran Nur masa tu hanya nampak maksu saja yang boleh tolong. Bila
sampai sini, baru Nur tahu kehidupan maksu begini. Kebetulan Nur tengok maksu
hidup sendiri, tak salahkan kalau Nur ambil alih menjaga maksu pulak. Selama ni
Nur ingat maksu dengan anak-anak dan suami maksu. Tak sangka maksu sendiri
rupanya.”
“Maksu tak mahu menyusahkan hidup kamu Nur! Cukuplah
kamu hidup tersiksa selama ni.”
“Janganlah maksu cakap macam tu. Sekarang ni Nur
benar-benar harapkan bantuan maksu.” Aku terus merayu agar maksu Idah setuju.
Aku dah tak nampak orang lain selain dia.
“Baiklah. Maksu ikut Nur balik. Tapi sesekali maksu
nak balik juga jenguk rumah arwah paksu kamu ni” Akhirnya maksu Idah mengalah
setelah aku berjaya buat muka sedih. Aku dah senyum bagai tak cukup inci mulut.
Erat tubuh tua maksu aku peluk. Tak henti-henti aku ucap syukur.
“NUR dah kawin belum?” Maksu
bertanya sambil mengemas beg pakaiannya. Aku bercadang mahu bertolak selepas zohor
nanti dengan maksu.
“Belum maksu! Nur takut sebenarnya nak kawin. Nur
takut nasib Nur macam emak. Dendam Nur pun masih ada walaupun dulu Nur pernah
bersumpah takkan maafkan ayah selagi emak tak sembuh. Bila emak dah sembuh, Nur
masih belum boleh terima apa yang ayah dah buat.”
“Jangan fikir macam tu Nur! Tak baik. Berdosa. Itu
antara ayah dan emak. Nur sebagai anak tak patut rasa dendam. Nur tak ada hak
untuk menghukum. Mungkin sekarang dia dah terima atas apa yang dia dah lakukan
dulu.”
“Hati Nur sakit tiap kali tengok keadaan emak. Cuba
maksu bayangkan keadaan Nur masa emak terlantar tak sedar diri. Kakak-kakak dan
abang Nur dia bawa pergi tanpa rasa kasihan pada emak dan tanpa tahu akan
kewujudan Nur.”
“Maksu faham apa yang Nur rasa. Tapi Nur kena tahu,
nanti Nur kena guna dia juga. Sebenarnya, ada sesuatu yang maksu nak bagi tahu
pada Nur.”
Aku lihat maksu Idah bangun menuju ke bilik dan
seketika kemudian dia keluar semula sambil membawa sepucuk surat. Surat itu
diserahkan pada aku. Teragak-agak aku mahu mengambil tapi aku sambut juga
huluran maksu Idah.
“Lima tahun lalu ayah Nur ada datang sini cari emak
Nur. Maksu dah ceritakan tentang Nur pada dia. Dia menyesal sangat sebab
terpaksa tinggalkan emak Nur dulu. Sebelum dia balik, dia ada serahkan surat ni
agar serahkan pada emak Nur. Dia pun ada pesan, kalau Nur perlukan apa-apa
datanglah jumpa dia.”
“Kenapa baru sekarang dia nak cari kami? Kenapa tak
dari dulu? Bila dah jadi macam ni, baru nak tunjuk diri! Ayah apa macam tu?
Semata-mata kerana nak jaga kehidupan orang lain, sanggup tinggalkan anak
isteri.!”
“Isteri dia dah meninggal Nur!”
Huh! Ada aku kisah? Dalam hati
hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya aku dengan berita itu. Kalau
boleh habis kaki tangan aku nak tepuk. Lebih afdhal kalau aku buat kenduri
kesyukuran tujuh hari tujuh malam.
“Itulah padahnya kalau merampas hak orang!” Rungutku
perlahan. Maksu Idah hanya menggeleng kepala tanda menyesali sikapku.
“Lagi satu maksu nak cakap. Tapi maksu harap, Nur
boleh rahsiakan hal ni dari emak Nur. Dengan keadaan dia macam tu, maksu takut
dia tak boleh terima berita ni.”
“Apa dia maksu?” Aku dah mula cuak. Wajah serius
bertukar keruh mendung itu aku pandang tepat.
“Abang Iman, Nur! Satu-satunya anak lelaki emak dan
ayah Nur, juga satu-satunya abang Nur.” Maksu Idah tarik nafas dalam sebelum
teruskan kata-kata.
“Abang Iman dah tak ada.” Lemah maksu Idah bersuara.
Gugur juga air mata yang aku tahan sejak tadi. Lemah
aku rasa segala sendi. Nasib baik aku duduk Kalau tak tentu aku jatuh.
“Menurut ayah Nur, tiga hari selepas abang iman dibawa
kesana, dia demam panas. Mungkin rindukan emak sebab ketika itu dia masih
menyusu badan. Dua hari ditahan di hospital, tapi abang Iman lemah. Akhirnya
dia pergi juga.”
“Ya Allah! Ayah kejam! Kejam!” Bentakku perlahan tapi
jelas tegas sambil menumbuk-numbuk lantai rumah. Semakin membuak-buak dendam
aku pada ayah. Bagaimana harus aku rahsiakan hal ini dari emak. Macam manapun
aku harus rahsiakan memandangkan emak baru sembuh. Aku tak mahu emak terbeban dengan
berita buruk macam ni.
Surat yang Maksu Mazidah beri tadi, pantas aku buka.
Aku harus pastikan tiada berita mengenai abang Iman dalam surat itu. Namun aku
kecewa. Ayah sudah meyatakan hal itu didalam surat ini. Ini bermakna surat ini
tidak boleh diketahui oleh emak. Biarlah aku dikatakan tidak amanah. Untuk
melukakan hati emak, tidak sama sekali. Aku sanggup menaggung dosa asalkan hati
emak terbela. Cukuplah sekali hatinya terluka, retak berderai. Aku dah tak
sanggup melihat penderitaan itu lagi.
“Nur harap maksu tak ceritakan tentang surat ni pada
emak. Nur tahu surat ni penting untuk ayah dan emak. Tapi Nur tak sanggup lihat
emak menderita lagi. Biarlah ayah datang sendiri dan ceritakan sendiri tentang
abang iman.”
“Yelah! Maksu faham. Cuma satu saja maksu harapkan
dari Nur. Maafkanlah ayah Nur tu. Dia dah tua. Dia pun tak mahu benda ni jadi
dalam keluarga dia. Mungkin ada sebab kenapa dia bertindak macam tu. Mungkin
sebab kita tak berada di tempat dia, sebab tu kita hanya boleh cakap yang
bukan-bukan.”
“Kenapa? Maksu tahu sesuatu ke?”
“Maksu tak berani nak cerita lebih-lebih. Takut nanti
jadi cerita tak betul pulak. Ada baiknya Nur jumpa dengan ayah dan tanya
sendiri. Mungkin dari mulut dia, hati Nur boleh tenang. Tak baik Nur! Berdendam
dengan orang tua sendiri. Nur untung sebab masih ada emak dan ayah walaupun
ayah tak ada di sisi Nur. Bagaimana kalau nasib Nur macam maksu? Sejak kecil
maksu tak ada sesiapa selain mak Nur. Mak Nur tulah ayah dan ibu maksu. Bila
dia kawin dengan ayah Nur, mereka sama-sama jaga maksu dengan baik. Ayah Nur tu
baik. Anggap maksu macam adik kandungnya sendiri.”
Lidah aku kelu. Tak tahu nak jawab apa lepas dengar
cerita hidup maksu. Yang pasti dendam aku semakin menggunung-gunung.
AKU tiba di rumah ketika azan asar berkumandang.
Syukur sangat kerana tak ada apa yang berlaku sepanjang perjalanan. Maksu Idah
pun aku lihat selesa di sebelah aku.
“Berehatlah dulu maksu. Biar Nur keluarkan
barang-barang maksu.” Aku tersenyum melihat maksu bagai terpegun ketika
melangkah masuk ke dalam rumahku.
“Besar rumah Nur! Nur duduk sorang saja ke.?”
“Haah maksu! Mula-mula dulu sewa. Sebulan lepas tu
tuan rumah nak jual. Nur pulak malas nak pindah randah. Jadi Nur belilah. Nasib
baik ada kawan yang kerja bank dan
peguam. Dia orang yang tolong. Kalau tak, payahlah Nur! Tapi lepas ni mak pun
duduk sini, jadi lepas ni Nur dah tak sunyi lagi.”
“Kawinlah Nur! Umur Nur pun bukan muda lagi.”
“Mm..sebenarnya Nur pun ada cadang macam tu. Takutlah
kalau-kalau kawin lambat. Nanti susah dapat anak pulak.”
“Hai! Bunyi macam dah ada calon je!”
Aku tersenyum malu. Di ruang mata aku sekarang wajah
Zikri sedang tersenyum memandang aku.
“Mm..maksu nak bilik atas ke bawah? Dekat atas ada
tiga bilik, dekat bawah ni pun ada tiga. Maksu pilih saja bilik mana yang maksu
nak.” Segera aku menukar tajuk perbualan. Berbual mengenai hal perkahwinan buat
aku rindu pada Zikri. Sejak sampai ke kampung semalam, aku langsung tak hubungi
Zikri. Pasti berasap telinga aku dengar dia membebel. Nak buat macam mana. Line di kampung payah sikit nak dapat.
Kena keluar bandar baru boleh buat panggilan.
“Bilik bawahlah. Kalau boleh dekat dengan bilik air.
Senang maksu nak buang air atau ambil wuduk. Lagipun kalau bilik atas, maksu
tak larat naik turun tangga.”
Ha..aku dah agak. Tak mustahil juga kalau emak pun
berfikiran sama macam maksu. Jadi aku kena siapkan bilik emak dan maksu sebelah
menyebelah.
“Bilik air dalam bilik pun ada. Tak payah maksu keluar
bilik kalau nak ke bilik air.” Terangku pada maksu. Lebar senyuman maksu dengar
aku cakap begitu.
“Bila Nur nak bawak emak Nur balik sini. Tak sabar
maksu nak jumpa dia.”
“Sabarlah maksu! Esok kita pergi melawat emak. Malam
ni Nur nak bawak maksu keluar shoping.
Nur nak maksu masakkan sesuatu untuk emak.” Aku melangkah ke bilik sambil
menjinjit beg pakaian maksu selepas maksu hanya mengangguk setuju dengan
cadangan aku tadi.
JAM lapan malam aku memandu ke
bandar. Aku perasan maksu seakan risau-risau mengikut aku. Mungkin maksu tak
biasa dengan suasana keliling yang menyesakkan. Nasib baik bukan di jepun.
Kalau aku bawak maksu jalan-jalan ke negara matahari terbit tu, pasti maksu
menangis ajak aku balik. Negara yang dua puluh empat jam sibuk itu, pasti buat
maksu sesak dada.
Hampir ke jam sepuluh malam, barulah segala urusan
membeli selesai. Maksu tak henti-henti merungut kerana aku sibuk pilihkan dia
pakaian baru. Aku tahu dia segan dengan aku. Tapi aku buat-buat tak tahu.
Kasihan maksu. Ada anak tapi langsung tak pedulikan dia. Sebagai orang yang
paling rapat, aku rasa aku wajib membantu. Tambah-tambah lagi lepas ni
khidmatnya amat-amat aku perlukan.
“Amboi! Berjalan sampai tak tengok orang!”
Tertoleh aku ke belakang bila terdengar suara yang tak
asing lagi di telinga aku. Aku tersenyum malu. Rasa teruja bertemu dia di situ.
“Abang? Buat apa kat sini?”
“Takde buat apa-apa. Saja jalan-jalan.” Ujar Zikri
tersenyum-senyum.
“Oh..! jalan-jalan..! ingatkan dating tadi” Aku sengaja buat nada sindiran.
“Haah!
Tengah datinglah ni.. Tiba-tiba
nampak awek cun. Tu yang datang nak mengorat.” Balasnya dengan ketawa nakal.
Hampeh betul. Aku balik yang kena.
“Amalkan selalu ek!” Makin galak Zikri ketawakan aku.
Perasan kot aku cemburu.
“Abang temankan Syamsul beli barang pejabat sikit.”
Ujarnya sambil menunjukkan ke arah seseorang yang sedang beratur membuat
bayaran. Aku tersenyum sinis sambil menjeling.
“Tak mahu kenalkan ke?” Tanya Zikri sambil memandang
ke arah maksu Idah.
“Eh! Lupa pulak Nur. Ni maksu Idah. Adik k yang Nur
ceritakan tu. Maksu dah setuju tinggal dengan Nur.” Zikri seakan terkejut
dengan cerita aku.
“Iye? Wah! Ni dah bagus. Taklah Nur sunyi lagi.
Hmm..nampaknya orang tu lupakan abang la..sebab dah ada kawan baru..”
Mengekek-ngekek aku ketawa. Kemudian aku kenalkan Zikri pada maksu pula.
“Ini dokter Zikri, maksu.! Kawan Nur. Dia yang merawat
emak selama ni.”
“Oh..kawan! maksu ingatkan boipren tadi.” Membutang mata aku dengar usikan maksu.
“Kawan merangkap boyfriend
dan merangkap bakal menantu maksu.” Balas Zikri tanpa rasa malu. Masa tu aku
rasa macam nak lari dari situ.
“Abang!” Bisik ku geram sambil mengetap gigi. Malu aku
bila maksu dah tersenyum-senyum.
“Oh..! inilah bakal menantu maksu. Handsome. Pandai Nur cari.”
“Okeylah
bang! Nur nak balik dah ni. Kesian maksu dah penat.” Cepat-cepat aku mengelak.
Kalau lagi lama di situ, lagi panas dan teballah muka aku.
“Okey! Abang
pun dah nak balik. Syamsul pun dah selesai tu. Drive elok-elok!”
“Okey!”
“Sampai rumah nanti abang call.” Bisik Zikri sambil dekatkan kepalanya di telinga aku.
“Tak payahlah. Nur penat. Nak tidur awal.”
“Sekejap je!” Zikri seperti merayu.
“Eh, tak payahlah! Esok Nur ke hospital. Kita jumpa
dekat sana ek?” Pujukku dengan lembut.
“Janji?
“Ye..! Nur janji. Maksu dah tak sabar jumpa dengan
mak.”
“Ok. Bye! Love you!” Bisik Zikri perlahan. Aku
terenyum lucu lihat telatah Zikri yang malu-malu Hm..Tau pulak malu dekat
maksu!
“MAKSU masak apa ni? Sedapnya bau!
Dari bilik Nur dah bau semerbak.” Tegurku pada maksu yang sedang sibuk di
dapur. Periuk kukus yang berasap atas dapur aku jenguk pandang. Dari luar
tudung periuk kaca aku boleh nampak sejenis kuih yang berwarna hijau. Aku yakin
maksu mula memasak selepas subuh tadi. Mungkin kerana perasaannya yang tak
sabar-sabar berjumpa dengan emak. Lagipun semalam dia ada usulkan untuk memasak
makanan kegemaran emak. Aku tak membantah. Aku yakin, mungkin dengan masakan
maksu, emak mudah mengingati adiknya yang dah lama terpisah.
“Kek kukus sarawak. Mak Nur suka makan kek ni. Dulu
maksu dengan mak Nur memang suka buat kek. Macam-macam jenis kek yang kami cuba
buat. Pantang jumpa resepi terbaru, mesti nak cuba buat.” Teruja maksu Idah
bercerita sampai tersenyum-senyum. Pastinya kenangan itu merupakan kenangan
yang paling indah kerana terlalu lama sejarah itu namun masih tersimpul kemas
dalam ingatannya.
“Banyaknya maksu! Boleh ke mak habiskan nanti?”
“Memang sengaja maksu buat banyak. Bolehlah bagi pada
menantu maksu nanti. Kalau dia tak makan manis, kita sedekah saja pada misi-misi dekat situ.”
Aku tersenyum sinis dengar ulasan maksu. Pasti Zikri
suka walaupun dia bukan penggemar makanan manis.
“Nur dengan dokter Zikri tu betul-betul atau cuma
kawan saja?”
Aku dah mula berdebar bila maksu bertanyakan tentang
aku dan Zikri.
“Maksu tengok Zikri tu macam mana? Padan tak dengan
Nur?”
“Memang padan sangat. Maksu suka kalau Nur betul-betul
dengan dia.”
“Sebenarnya kami ada bincang hal ni, tapi Nur nak mak
sembuh dulu. Nur takut kalau Nur dah kawin, Nur tak ada masa untuk melayan mak
dan suami. Tambah pulak Nur sibuk kerja. Kalau dah ada anak nanti lagilah Nur
tak ada masa.”
“Itu bukan alasan untuk bahagia Nur. Kasihan Zikri. Masa
orang nak nilah kita kena gunakan kesempatan sebaiknya. Kalau dah tua nanti,
siapa pun tak ingin. Ingat Nur! Nur tu perempuan. Masuk umur tiga puluh dah
dianggap andartu. Kalau lelaki, umur lima puluh pun masih ada orang nak.”
“Yelah maksu! Nanti Nur bincang dengan Zikri. Dia pun
asyik cakap hal ni sampai Nur rasa rimas.!” Aku mengalah. Kata-kata maksu Idah
tu buat aku tiba-tiba rasa takut.
“Baguslah kalau macam tu. Maksu pun nak tengok Nur
bahagia.”
ZIKRI menanti aku di pintu masuk
pejabatnya dengan senyuman lebar. Naik malu aku bila dia tersengeh-sengeh depan
maksu. Dah macam kerang busuk aku tengok. Macamlah setahun tak jumpa. Bila
teringat apa yang aku dan maksu bincangkan di rumah tadi, lagilah aku malu.
Rasa nak meletup dada aku bila terpandang muka dia.
“Maksu sihat?” Tanya Zikri sambil bersalam dengan
maksu.
“Alhamdulillah! Bilik mak Nur dekat mana?”
Aku tersenyum-senyum lihat maksu tak sabar jumpa
dengan emak. Zikri turut ketawa kecil.
“Jom saya tunjukkan. Sekarang dia dekat taman.
Bersenam agaknya.”
Aku dan maksu Idah berpimpin tangan mengikut Zikri
dari belakang. Aku dapat rasa kesejukan tangan maksu. Mungkin perasaan maksu
berdebar-debar sekarang. Maklumlah, lama dia tak jumpa satu-satunya kakak yang
dia ada.
Aku hanya mampu pandang dari jauh gelagat emak dan
maksu bila berjumpa. Gugur juga air mata aku bila melihat mereka berpelukan
dalam tangisan. Dalam hati tak henti-henti aku ucapkan syukur. Saat-saat maksu
menyuapkan kek ke mulut emak, aku tersenyum dalam esakan.
“Berapa kali abang dah cakap..abang tak suka lihat Nur
macam ni. Sepatutnya Nur senyum dan ketawa.” Tiba-tiba Zikri bersuara sambil
duduk sebelah aku. Dihulurkan kain sapu tangan pada aku. Dengan terpaksa aku
ambil dan mengesat pipi aku yang basah.
“Kalau tak suka tengok, janganlah tengok!” Aku cakap
sambil tersenyum. Mengekek-ngekek Zikri ketawakan aku.
“Kenapa tak temankan mak dan maksu?”
“Biarlah maksu dan emak lepaskan rindu dulu.”
“Agaknya macam manalah keadaan emak kalau jumpa dengan
anak-anaknya yang lain?”
“Tak tahulah bang. Nur harapkan tak ada apa-apa yang
buruk berlaku.”
“Apa maksud Nur?”
Aku lepaskan nafas yang menyesakkan. Perlahan-lahan
aku ceritakan segalanya pada Zikri tentang apa yang dah maksu Idah ceritakan
pada aku di kampung tempoh hari. Aku perasan Zikri mengeluh lemah bila aku
habis bercerita. Agaknya dia sendiri buntu.
“Nur takut bang!” Ucapku lagi. Air mata aku kembali
gugur.
“Jangan fikir yang bukan-bukan! Abang yakin emak kuat
dan mampu terima semua ini.” Aku angguk sekali. Harapan aku pun sama seperti
yang Zikri cakapkan tadi.
Hampir sejam aku biarkan emak dan maksu melepaskan
rindu. Bila aku nampak mak dan maksu bangun, aku segera bangun mendapatkan
mereka.
“Zikri mana?” Maksu mula bertanya sambil memimpin
tangan emak.
“Dia ada kerja sikit. Dalam bilik dia kot. Kita ke
bilik emak ek?” Ujar ku lalu sama-sama memimpin tangan emak. Bila tengok emak
senyum, senang hati aku. Rasa macam nak bawak emak balik hari ni juga. Tadi
Zikri kata kalau emak setuju ikut, aku boleh bawa emak balik. Tapi kalau emak
enggan, aku kena beri dia masa. Jadi aku kena pandai memujuk. Almaklumlah! Mak
dah lama di sini. Agak sukar bagi emak untuk tinggalkan tempat yang sudah
menjadi rumahnya dua puluh tujuh tahun yang lalu.
“Mak..! Mm..Zikri kata mak boleh balik hari ni. Mak
nak balik tak?” Aku tanya lambat-lambat agar mak tak terkejut.
“Nur nak bawa mak balik mana? Kan di sini rumah mak?”
“Balik rumah Nur. Boleh ye mak?”
“Bolehlah kak. Kesian Idah tengok Nur duduk
sorang-sorang dalam rumah tu. Rumah dia besar. Bahaya tinggal sorang-sorang.
Buatnya ada orang datang merompak, percuma saja perompak tu dapat anak dara
kita ni.”
Nak tergelak aku dengar maksu memujuk emak. Aku hargai
apa yang maksu buat. Mungkin dengan cara itu emak akan berlembut.
“Tak menyusahkan Nur ke?” Tiba-tiba emak tanya. Aku
tersenyum lebar. Macam ada peluang!
“Tak mak! Memang Nur nak ambil mak tinggal dengan Nur
dari dulu lagi. Tapi Zikri tak izinkan. Lagipun tak ada orang nak tengokkan
mak kalau Nur keluar kerja. Sekarang dah
ada maksu. Nur pun tak risau kalau tinggalkan mak di rumah. Bolehlah mak dengan
maksu cuba buat kek terbaru.”
Bila aku tengok emak dan maksu tersenyum-senyum, aku
tahu emak setuju.
“Rasa sayang pulak nak tinggalkan tempat ni.” Ujar
emak perlahan.
“Nanti kalau ada masa, kita datang melawat kawan-kawan
mak dekat sini. Okey?” Aku cuba
memujuk emak. Takut juga kalau-kalau dia berubah hati. Bila emak mengangguk
sambil tersenyum, aku tarik nafas lega, lantas aku segera ke bilik Zikri untuk
maklumkan hal itu.
Kepulangan emak ditangisi ramai dokter dan staf nurse. Pelbagai pesanan yang mereka
utuskan pada aku dan maksu. Terharu betul aku dengan layanan mereka. Kata
mereka emak mudah dijaga dan tak banyak kerenak. Yang menjadi masalah ialah
emak tak bercakap. Tapi dua bulan lepas, emak dah mula bercakap. Syukur
sangat-sangat. Aku harap dengan kehadiran emak dan maksu sebagai penghuni baru
dalam rumah aku tu, akan menyemarakkan lagi bahagia dalam hidup aku.
No comments:
Post a Comment