PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 25 Kata Hati Tak Terkata


BAB 25
 “APA nak jadi dengan Dib ni? Duduk sana termenung. Duduk sini termenung. Rimaslah mama tengok. Cuba bersosial sikit.”

Sejak beberapa minggu ini dia perasan perubahan pada diri Adib Mirza. Dia tahu sebenarnya. Tapi sengaja buat-buat tidak tahu. Sudah semestinya ada kena mengena dengan gadis yang bernama Zara. Selepas pertemuannya dengan gadis yang menjadi kegilaan Adib Mirza, dia mula terasa sedikit insaf. Mengingatkan kembali kata-kata sinis Zara, dia mula terasa sesuatu yang selama ini menjadi kebanggaannya. Ya! Dia sombong. Sombong dengan pangkat serta darjat dunia. Sedangkan dia pun datang bukan dari keluarga yang senang. Jika tidak kerana Dato Azam Muiz, sudah tentu gelaran Datin takkan pernah dirasa.

Adib Mirza masih menajamkan penglihatannya terhadap air kolam yang tenang dihadapannya. Setiap kata-kata yang terbit dari mulut Datin Basyariah, tidak langsung dihiraukan.

“Apa kata Dib keluar dengan Lia?”

“Dib tak mahu Lia. Dib nakkan Zara!” Adib Mirza mula bersuara seperti tiada perasaan.

“Apa yang Dib pandang sangat budak perempuan tu. Mama tengok tak ada yang menarik pun. Lia jauh lagi cantik kalau nak dibandingkan dengan dia.”

“Pandangan mata seseorang tak sama dengan pandangan mata orang lain, ma! Dib tak pandang lahiriah seseorang dengan mata kasar Dib. Tapi Dib menilai hati dia yang jujur. Dia bukan hipokrit.”

“Maksudnya Dib nak kata Lia tu hipokrit?”

“Terpulanglah apa yang mama nak fikirkan. Cuma Dib nak mama tahu, Dib dah tak boleh hidup kalau Zara tak jadi milik Dib.”

“Betul Dib betul-betul nakkan Zara?” Lemah Datin Basyariah bersoal. Entah kenapa hatinya juga bagai mahu mengenali gadis itu. Walaupun tidak gemar dengan profesyen yang dipilih oleh Zara, dia terpaksa terima andai itu yang menjadi pilihan anaknya.

“Dib tak pernah sangsi dengan pilihan Dib, mama. Kalau boleh, Dib nak mama pergi pinangkan dia untuk Dib sekarang juga.!”

Lama Datin Basyariah menggeleng kepala melihat perangai degil anaknya.

“Tapi Zara sendiri mengaku yang dia tak mahukan Dib. Takkan kita nak buat muka tak malu nakkan orang. Mesti dia terkejut kalau kita tiba-tiba datang.”

“Jadi apa yang perlu Dib buat mama? Puas dah Dib cuba pujuk dia. Tiap kali Dib nak cakap, cepat je dia nak melarikan diri.”

Sejak tahu Datin Basyariah dan Aliyana pergi menyerang Zara, dia melancarkan mogok bisu. Hampir seminggu barulah Datin Basyariah terpaksa akur dengan kehendaknya.

“Dia ada orang lain kot!” Datin Basyariah mula beranggapan.

“Tak mungkin! Qil cakap Zara masih sendiri.”

“Qil? Apa kena mengena budak tu dengan Zara?” Berkerut wajahnya bertanya. Hati Datin Basyariah mula tidak senang bila nama Aqil Muaz lahir dalam perbualan mereka anak beranak.

“Zara tu kawan baik dengan Qil!” Jelas Adib Mirza tenang.

“Boleh percaya ke dengan Qil tu? Entah-eantah dia pun turut ada hati dengan Zara.”

“Tak mungkinlah! Dib yakin dengan Qil, ma.. Mula-mula dulu Dib rasa macam tu jugak sebab dia orang nampak mesra. Tapi bila Qil bagitahu dia orang cuma kawan, Dib minta Qil tolong.”

“Dia tolong tak?” Tanya Datin Basyriah dengan nada kurang puas hati.

“Dah banyak kali Qil aturkan pertemuan Dib dengan Zara. Tapi satu pun Zara tak layan. Buruk sangat ke Dib ni, ma?”

“Hanya orang buta saja yang yang pandang anak teruna mama ni.”

“Apa Dib harus buat mama? Dib terlalu sukakan dia.”

Okey! Kita tunggu dan lihat sendiri. Dib tu! Tolong sabar sikit. Tak lari gunung dikejar.” Ujar Datin Basyariah sambil tersenyum nipis.

“Memanglah gunung kalau dikejar tak lari. Tapi kalau dah ada yang lebih cepat mengejar Zara, kebelakanglah Dib!”

Datin Basyariah ketawa terkekeh-kekeh mendengar bahasa kiasan anak lelakinya. Hatinya tiba-tiba terasa bahagia. Sudah lama diimpikan suasana itu. Namun dia faham dengan kerja yang sentiasa menimbuni Adib Mirza di pejabat hingga tiada masa untuk beramah mesra dengannya.


“APA semua ni Zara? Kenapa boleh jadi macam ni?” Tanya Encik Tahir  sedikit berang walaupun nadanya rendah. Tebal mukanya bila Hajah Esah datang meminta maaf dengan tujuan memutuskan pertunangan Zara dan Aqil Muaz.

Zara sudah menyangka panggilan yang diterima tiba-tiba dari kampung pasti bersoalkan tentang dirinya dan Aqil Muaz.

“Entahlah ayah. Zara pun tak tahu. Ayah tanyalah dia sendiri. Agaknya anak ayah ni kena mandi bunga belakang jamban kot, baru jodoh nak lekat.” Zara mengeluh lemah.

Hish! mengarut jelah kamu tu. Ayah macam tak percaya Qil sanggup buat macam ni pada anak ayah. Budaknya nampak baik saja.”

“Zara pun tak sangka ayah. Tapi okeylah juga dia cakap awal-awal. Kita pun tak umumkan lagi fasal majlis tukan.?”

“Itu kata kamu. Mak kamu ni dah merata ceruk dia canangkan fasal kamu dengan budak Qil tu.”

Zara mengeluh lemah. Dia tidak salahkan Puan Azizah. Sudah menjadi kebiasaan jika hidup di kampung memang begitu. Kalau emaknya tak ceritakan, dah tentu ada yang bercerita dan bertanya.

“Kalau ada yang bertanya, ayah cakap je ditunda. Sebenarnya Zara sedang cari punca kenapa Qil buat macam ni.” Bohong Zara. Niatnya hanya untuk menyedapkan hati orang tuanya sedangkan hakikat sebenar dia sudah ketahui.

“Tak payah! Dah orang tak suka tak payahlah kita nak minta simpati.”

“Yelah ayah. Tapi ayah dengan mak janganlah risau Zara dekat sini. Zara okey!”

“Dengar suara kamu tu ayah tahu kamu okey. Tapi mak kamu dekat sini yang tak okey. Macam dia pulak yang putus tunang. Termenung sana, termenung sini. Rimas pulak ayag tengok.”

Zara ketawa mengekek mendengar celoteh Encik Tahir. Rasa pelik pulak. Selama ni Encik Tahir yang beria-ria nak dia kawin cepat. Tapi bila mendengar khabar itu, ayahnya masih boleh tenang. Tidak seperti peristiwanya dengan Fairuz Imsyar dulu.

“Ayah okey ke? Ayah marah Zara?”

Hmm..ayah dah malas nak masuk campur. Kalau ayah marah pun dah tak guna. Bukan salah Zara pun. Dia orang yang mulakan.”

“Tapi masa abang Fairuz dulu, mak kata lagi sikit je kepala ayah nak tumbuh tanduk!” Zara tergelak kecil sambil menjeling kearah lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Lelaki itu turut tersenyum lucu.

“Ayah marah sangat masa tu sebab dengar kata dia mabuk. Nampak sangat dia kaki minum.”

“Tak bolehlah ayah fikir macam tu. Zara kenal abang Fairuz macam mana. Dia terperangkap.”

“Entahlah! Ayah tak tahu nk cakap apa.”

“Okeylah ayah! Zara tengah makan dengan boyfriend baru ni. Malam nanti Zara call sembang dengan mak. Ayah jangan risau ek! Cakap dekat mak, nanti Zara bawa balik menantu untuk dia.” Zara galak berseloroh lalu ketawa mengekek.

"Boyfriend baru? Siapa pula kali ni? Orang mana?" Teruja Encik Tahir bertanya. Mendengar suara anak gadisnya ketawa mengekek, hatinya jadi hairan.

"Zara dengan abang Fairuz sekarang ni.."

Encik Tahir sudah tidak senang hati mendengar apa yang baru diberitahu oleh anaknya Zara. Fairuz? Macam mana dia boleh ada dengan Zara? Bicaranya serta merta mati.

“Ayah jangan risau. Abang Fairuz datang melawat Zara je.. Tak ada niat lain pun. Dia dari Brunai. Sekarang tengah bercuti. Kebetulan dia ada urusan dekat Singapore! Jadi dia datang melawat Zara. Zarakan adik dia sekarang ni. Ayah tak marahkan?” Jelas Zara yang sudah dapat mengagak apa yang menyebabkan ayahnya tiba-tiba membisu.

“Yelah! Ayah tak marah. Ayah faham. Lagipun anak ayah dah besar panjang. Boleh beza mana baik dan buruk. Cuma satu yang ayah pesan. Pandai-pandai jaga diri. Jaga maruah diri dan keluarga. Kita bukan orang senang. Kalau orang nak kenakan kita, memang senang sangat. Ayah dah malas nak marah-marah dekat dia. Tapi kalau dah jodoh anak ayah dengan dia, apa yang ayah boleh buat. Ayah terima sajalah. Janji anak ayah bahagia.” Tenang Encik Tahir bersuara.

“Betul ayah?? Hmm..ada canlah ayah cepat dapat menantu dalam masa terdekat ni.” Zara galak mengusik. Terkekeh-kekeh dia ketawa walaupun dia sedar berat hati ayahnya untuk berkata begitu.

Tersenyum lebar Fairuz Imsyar melihat Zara ceria bercerita. Dia turut ketawa kecil melihat Zara galak mengusik Encik Tahir di talian. Berita tentang Zara putus tunang buat kali kedua telah diketahui dua hari sebelum kedatangannya ke situ. Perkhabaran yang disampaikan oleh adiknya Fida amat memeranjatkan Fairuz Imsyar. Dia tahu Zara sedang kecewa dan bersedih. Namun bila melihat keceriaan Zara dia tarik nafas lega. Walaupun dalam diam dia tahu Zara tetap terluka. Sebab itulah juga dia segera datang untuk memastikan gadis kesayangannya itu berada dalam keadaan yang baik. Selama sejam berada bersama Zara hari ini, sekali pun topik itu tidak disentuh demi menjaga hati dan air muka Zara.

“Ayah kata apa?” Tenang Fairuz Imsyar bertanya selepas Zara mematikan talian.

“Tak ada apa-apa.” Zara menjawab sambil tersenyum.

“Ye ke tak ada apa-apa?”

“Betul!” Ringkas Zara menjawab sambil menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya.

“Tempat apa yang menarik dekat sini? Abang tak ganggu Zarakan?” Fairuz Imsyar menukar tajuk perbualan. Tidak mahu Zara tertekan dan rimas dengan soalan yang sudah pasti dia tahu jawapannya.

Nope! Hari ni Zara akan bawa abang pusing-pusing keliling bandar JB. Abang jangan menyesal tau! Kalau keluar dengan Zara, abang kena tahan kaki. Penat  atau letih, tu Zara tak mahu ambil tahu. Yang penting hari ni Zara nak makan angin sakan.”

“Adoii! Kembunglah perut abang sebab kena makan angin..!” Seloroh Fairuz Imsyar smbil menepuk-nepuk perutnya.

Berdekah-dekah Zara dan Fairuz Imsyar ketawa. Namun mereka tidak sedar ada sepasang mata yang sedang hangat hati memerhatikan gelagat mereka.

No comments: