PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 3 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 3
SUDAH banyak kali dia berulang ke bilik air. Kadang-kadang dia rasa macam nak tidur terus dalam bilik air itu kerana dah malas berulang alik. Situasi itu terjadi dari pejabatnya lagi. Akhirnya dengan rasa terpaksa dia kerja setengah hari sahaja kerana tiba-tiba rasa tak sedap badan. Nirmala sendiri tak tahu apa yang dia makan sehingga rasa asyik nak muntah. Yang peliknya tak ada apa pun yang keluar dari mulutnya selain liur. Pujukan suaminya untuk membawa ke klinik tidak dihiraukan. Ketika itu tiada apa yang dia inginkan selain dari tidur.

Akhirnya dengan rasa terpaksa, Fazhan hanya menurut perintah membawa Nirmala pulang ke rumah. Sampai di rumah dia semakin resah kerana Nirmala tak henti-henti keluar masuk bilik air. Ingin disuarakan lagi pendapat untuk membawa isterinya ke klinik, namun dia risau jika Nirmala tidak selesa jika dipaksa.

“Kalau Mala nak apa-apa, cakap dekat abang.” Kata Fazhan ketika meletakkan duduknya di sisi Nirmala. Kaki Mala diurut lembut.

“Mala nak tidur, bang. Tapi tak boleh sebab perut rasa tak selesa.” Rengek Nirmala manja. Sesekali dia mengesat matanya yang sudah berair. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia rasa sakit begitu. Jika sakit kerana kemalangan empat tahun lalu dia sendiri tak tahu sebab dia memang tak ingat.

“Tulah..! abang ajak pergi klinik, Mala tak mahu. Sekarang siapa yang susah?” Tempelak Fazhan lembut. Dia cuba menggosok-gosok perlahan perut Nirmala. Kasih benar Fazhan melihat keadaan isterinya. Kalau boleh, ingin dia menukar tempat dengan isterinya itu.

“Mala teringin makan pucuk asam gelugurlah bang!” Tiba-tiba Nirmala bersuara sambil menikmati urutan lembut dari tangan suaminya. Matanya terpejam namun mulut saja bergerak. Entah kenapa dia teringin makan pucuk kayu itu. Dalam firasatnya, dia pernah merasa makan daun itu walaupun dia sendiri tak pasti bila dan bagaimana rasa daun itu.

“Hah! Mana abang nak cari?” Tercengang Fazhan dengan permintaan pelik isterinya. Terhenti seketika urutan. Dalam kota besar macam Kuala Lumpur ni, mana dia nak cari benda alah tu? Di pasar pun memang tak ada orang jual pucuk kayu tu. Lainlah kalau tinggal di kampung.

“Abang carilah kat mana-mana..!” Rayu Nirmala manja.

“Yelah..tapi dekat mana? Lagipun abang bukan pernah tengok pucuk daun tu macam mana.. Makan lagilah tak pernah..!” Bentak Fazhan lembut.

“Abang cubalah google. Tengok rupa daun tu. Nanti senanglah nak cari. Tak pun abang cubalah tanya budak-budak dekat pejabat tu. Manalah tahu ada sorang dua yang tahu dekat mana nak cari.” Cadang Nirmala yang masih mata terpejam.

Fazhan termenung sendiri sambil mengeluh panjang. Pelik sangat dia rasa dengan perangai isterinya. Jika sebelum ni tak ada apa-apa yang pelik pun! Terlintas juga di fikiran mengenai orang baru. Tapi bila memikirkan tentang keadaan isterinya yang tak menentu, dia cuba diamkan dulu. Takut perasaan isterinya jadi tak menentu jika dia segera suarakan. Dalam hati dia berharap agar apa yang diangankan menjadi kenyataan.

“Kenapa dengan mama, papa?” Suara Amil kedengaran dari arah pintu masuk kerana baru pulang dari mengaji quran di rumah jiran sebelah rumah. Melihat keadaan mamanya yang terbaring lesu, Amil Zaquan jadi kalut nak tahu.

“Mama sakit perut. Muntah-muntah.” Fazhan jawab perlahan sambil tersenyum hambar melihat Amil Zaquan. Wajah Amil yang resah menjelaskan bahawa anak kecil itu sedang dalam kebimbangan.

“Mama makan apa jadi macam ni? Ada cirit-cirit tak? Keracunan kot..!” Amil Zaquan semakin kalut bertanya sehingga Fazhan dan Nirmala hampir-hampir menghamburkan tawa. Lucu dengan kepetahan anak mereka walaupun umurnya baru menjangkau enam tahun.

“Mama okey sayang! Mama pun tak tahu kenapa. Tapi mama tak cirit.” Jawab Nirmala lembut. Melihat wajah kecil itu di depan mata, bagai penawar pada sakitnya. Mendengar suara Amil Zaquan buat sakitnya rasa berkurangan. Segera Nirmala bangun dan duduk sebelah Amil Zaquan.

“Kenapa papa tak bawa mama pergi klinik? Kalau dibiar-biar nanti lagi teruk.” Bebel Amil Zaquan pada Fazhan.

Tersenyum-senyum Fazhan mendengar.

“Bukan papa tak mahu bawak, mama yang tak mahu pergi.” Pantas Nirmala menjawab bagi pihak suaminya.

“Kenapa mama tak mahu pergi?”

“Bukan teruk pun. Sikit saja ni..! Mama okey..” Nirmala masih berdegil.

“Macam ni pun okey juga ke?” Pantas Amil Zaquan bertanya. Ada nada berang di situ hingga menerbitkan rasa lucu pada Fazhan dan Nirmala.

“Amil marah mama ek?” Nirmala bertanya sayu sambil buat muka. Dia tahu Amil Zaquan cukup tak suka melihatnya bersedih.

“Amil bukan marah, tapi menegur. Kalau mama sakit, siapa yang susah? Amil dengan papa jugakkan? Papa nak pergi kerja, Amil nak pergi sekolah, tokwan dah tua, mana larat dah jaga mama.! Kalau ada toklong, tak apalah jugak..!” Bebel Amil Zaquan panjang lebar.

Fazhan dan Nirmala tersenyum-senyum melihat telatah dan mendengar bebelan Amil Zaquan. Bagi mereka, biarlah Amil begitu. Memang jika orang lain lihat, pasti orang beranggapan Amil seorang kanak-kanak yang tidak pandai hormat orang tua. Namun pendapat mereka berbeza. Bagi mereka, sikap anak mereka itu amat berguna untuk masa depan. Jelas sekali sikap Amil itu seperti orang dewasa yang bertanggungjawab. Dan mereka yakin, Amil mampu menjadi seorang abang yang baik pada adik-adiknya nanti.

“Tapi nada Amil tu macam marah saja. Sedih mama tau..! Nak merajuk seminggu lah!” Ujar Nirmala buat-buat merajuk.

“Hish..! mama ni.. Amil cakap sikit dah nak tersentap. Okeylah..Mil tak marah. Mil minta maaf okey..! Tapi mama kena janji yang mama kena pergi klinik jugak sekarang.” Tegas suara Amil Zaquan kedengaran. Fazhan dan Nirmala akhirnya terpaksa akur.


ALHAMDULILLAH..! Banyak betul ucapan itu yang keluar dari mulut Fazhan selepas keluar dari bilik dokter tadi. Semasa dalam bilik Dokter Rahim tadi pun, ucapan itu sudah diucapkan berkali-kali dalam hati. Melihat senyuman lebar dibibir Nirmala meyakinkan dia bahawa isterinya itu sedang bahagia.

Begitu juga dengan Nirmala ketika melangkah keluar dari bilik Dokter Rahim. Suaranya bagai tak terkeluar ketika mendengar keputusan yang mengatakan dia hamil dua minggu. Memang dia mengharapkan kehadiran cahaya mata pertamanya dengan Fazhan. Cuma dia tak menyangka akan terima berita gembira itu begitu cepat sedangkan tak sampai setahun usia perkahwinan mereka. Apa-apa pun dia terima dengan senang hati kerana dia yakin dengan hadirnya cahaya mata pertamanya ini, hidupnya lebih bermakna disamping Fazhan dan Amil Zaquan.

“Abang rasa Amil happy tak dengar berita ni?”

“Of coz la..! Lagipun dia pernah cakap dekat abang yang dia nak adik perempuan.”

“Abang tak kisah ke kalau baby ni perempuan?” Tanya Nirmala pelik.Tak sangka Amil dan Fazhan pernah berbual mengenai hal ini.

“Abang tak kisah. Janji anak kita sihat tubuh badan, cerdik dan insyaallah kita sama-sama didik anak-anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Abang tahu tanggungjawab kita semakin berat. Sebab tu abang nak kita sama-sama bimbing mereka kearah kebaikan bersama.”

Nirmala tersenyum lebar mendengar luahan rasa hati suaminya. Dalam hati sempat dia berucap syukur kerana diberi suami yang penyayang dan memahami seperti Fazhan. Tak sia-sia usahanya memikat Fazhan dahulu. Sehingga tiba depan pintu rumah pun Nirmala masih tersenyum lebar. Bahagia sungguh dia rasa dengan berita itu.

Baginya kini hanya suami tempat dia bergantung. Kata-kata keramat yang diucapkan oleh Fazhan buat pertama kali  ketika mereka berbulan madu di Pulau Langkawi masih terlekat di ingatan. Jika sebelum ini mahupun musim percintaan mereka, Fazhan tidak pernah sekali pun ucapkan kata-kata seperti itu walaupun memang pada hakikatnya dia mengharapkan kata-kata itu lahir dari mulut lelaki idamannya itu. Kalau boleh ingin diulang saat-saat itu buat kali kedua.

“Abang pun happy juga. Tapi taklah sampai nak kekalkan senyuman tu dua puluh empat jam..!”

Sindiran Fazhan buat Nirmala termalu sendiri. Dia sendiri tidak tahu bagaimana nak kembalikan mulutnya ke keadaan asal. Yang dia tahu sekarang ini adalah senyum. Kalau boleh nak senyum lebar-lebar hingga sampai telinga.

“Jahat abang tau! Saja nak ketawakan Mala. Mala taulah senyum Mala ni buruk.” Bentak Mala sambil buat muka. Namun hanya beberapa saat saja kerana bibirnya sudah melakarkan senyuman kembali.

“Siapa kata Mala senyum buruk? Kalau Mala nak tahu, senyuman Mala tu buat abang bagai nak luruh jantung bila pertama kali abang jumpa Mala. Cuma Mala saja yang tak sedar. Sejak pertama kali abang terpandangkan Mala, abang nekad untuk memilik Mala. Tapi apa boleh buat senyuman Mala tu untuk orang lain. Abang redha..!”

“Ye? Mm..abang tak cakap, manalah Mala nak tahu. Lain kali terus terang. Barulah Mala tahu. Apa lagi yang Mala tak tahu tentang Mala? Cuba abang cakap. Hah! Lagi satu. Tadi abang kata senyuman Mala untuk orang lain? Orang lain tu siapa?” Tanya Nirmala hairan. Jika diingat kembali, kekasihnya hanya Fazhan seorang. Apakah sebelum ini dia ada seseoarang yang lebih penting? Dia keliru. Namun tiada satu pun yang terlintas difikiran. Sedar dengan masalah hilang ingatannya enam tahun lalu buat Nirmala sering berusaha mengingat kembali. Namun dia pasrah andai sudah tertulis nasibnya begitu. Tambahan lagi dia sedang bahagia bersama suami dan anaknya.

Pertanyaan Nirmala buat Fazhan tersentak. Dia hilang kata-kata. Jantungnya mula berdenyut kencang. Dalam hati berharap agar dia tidak terlepas cakap.

Err..maksud abang Mala tu milik keluarga Mala. Masa tu abang tak ada keberanian lagi nak memikat Mala. Yelah..! abang nikan hanya pekerja bawahan. Mana layak berganding dengan anak bos!” Kata Fazhan menjauh. Dalam hati dia lega kerana dapat mencipta alasan yang dirasa sangat bernas ketika itu.

Alah..sedih pulak dengar abang cakap macam tu. Mm..kalau harap abang memang kita tak sampai macam ni. Nasib baik Mala yang mulakan dulu. Kalau tak, sampai sekarang kita tak kawin-kawin.” Tempelak Nirmala sambil menjeling manja.

 Jika diingat-ingat kembali sejarah perkenalan mereka, dia tersenyum sendiri. Nirmala bagai perigi mencari timba. Tanpa rasa malu dia yang dulu meluahkan perasaannya pada Fazhan sedangkan sehingga hari pernikahan mereka, Fazhan tidak ucapkan langsung kata cinta padanya. Kadang-kadang dia rasa hairan dengan Fazhan sepanjang perjalanan hubungan kasih mereka terjalin. Jika dilihat dari tingkahlaku, Fazhan benar-benar sayangkannya tapi Fazhan tak pernah menyatakan secara lisan. Empat tahun Nirmala menanti, akhirnya bila saat-saat mereka berbulan madu, semuanya terjawab bila Fazhan berani mengungkap kata-kata keramat itu.

“Abang malulah..! Lagipun siapalah abang ni pada Mala. Hanya kaum yang mampu memandang dari jauh saja.” Sekali lagi Fazhan menjauh mengharapkan pujukkan dari Nirmala. Jika dulu dia tak mampu nak bersuara apatahlagi memandang wajah gadis idamannya itu. Namun bila Nirmala datang sendiri dan mengharapkan kasih darinya, dia memaksa dirinya terima walaupun sebelum itu sudah banyak kali dia menepis kehadiran Nirmala.

“Sekarang malu lagi ke?” Tanya Nirmala sambil merenung tepat ke mata Fazhan hingga Fazhan cepat-cepat melarikan pandangannya. Nirmala ketawa kecil melihat telatah Fazhan.

Fazhan tarik nafas lemah lalu lepaskan perlahan-lahan. Dalam hati berharap agar isterinya tidak syak kegugupannya. Yang sebenarnya ialah dia rasa serba salah tiap kali bertentang mata dengan Nirmala. Masih terbayang-bayang sejarah  lalu.

“Dah lebih enam bulan kita kawin. Anak abang pun dan dua minggu dalam perut Mala ni. Takkan malu lagi kot..?” Tanya Mala lagi setelah soalan usiknya tadi tidak dijawab.

“Abang bukan malu. Abang sebenarnya tak tahan dengan panahan mata Mala tu. Terasa sampai dalam hati.” Fazhan mula mencipta alasan. Bila melihat Nirmala tersenyum malu, hatinya rasa lega. Jauh disudut hatinya, dia ikhlas berkata begitu kerana sejak awal lagi dia memang terpikat pada Nirmala kerana gadis itu memilik mata yang cantik. Sekali imbas renungan matanya seperti gadis kacukan cina dan india walaupun yang sebenarnya isterinya itu memang jati anak melayu.. Namun kerana sejarah lalu kadang-kadang dia rasa tak kuat berhadapan dengan isterinya itu.

“Macam mana? Apa kata dokter?” Suara Dato Hamdan kedengaran dari belakang sambil berpimpin jalan perlahan bersama Amil Zaquan. Sejak kesihatannya terjejas beberapa tahun lalu, Dato Hamdan ambil keputusan untuk bersara. Segala urusan syarikat diserahkan seratus peratus pada Nirmala. Kadang-kadang terfikir rasa hairan pada satu-satu anak perempuannya. Sebelum kemalangan, anak perempuannya itu sudah menyatakan niat hati tak akan berkerja di syarikatnya kerana tidak berminat dalam pembangunan walaupun dia ada kelulusan dalam bidang itu. Namun selepas kemalangan, Nirmala sendiri yang menawarkan khidmatnya untuk membantu dalam urusan syarikat. Baginya mungkin ada hikmah sebalik kejadian. Dan hikmahnya sudah tentulah perubahan pada diri anaknya yang kini sudah mengambil alih tempatnya di syarikat seperti yang diharapkan dulu.

“Masalah besar ayah!” Jawab Fazhan serius. Tiba-tiba terlintas nak mengusik bapa mertuanya yang banyak berjasa padanya.

Tercengang Dato Hamdan mendengar jawapan Fazhan. Langkahnya yang lambat dicepatkan menuju ke arah Nirmala dan Fazhan. Kekalutan juga dapat dilihat pada raut wajah Amil Zaquan.

“Sakit apa? Cuba terangkan pada ayah. Nanti kita usaha sama-sama cari dokter terbaik.” Balas Dato Hamdan lalu duduk berdepan dengan Nirmala. Sayang sungguh pada satu-satu anak perempuannya. Hatinya rasa sayu bila terpandangkan wajah anaknya itu. Kenangan pada arwah isterinya segera kembali tiap kali wajah resah dan sayu anaknya berada depan mata. Wajah Nirmala yang seiras dengan isterinya, menyebabkan Dato Hamdan tak bisa mencari pengganti.

“Penyakit ni tak payah dokter ayah. Saya pun boleh ubatkan..” Balas Fazhan ceria. Dato Hamdan sudah mula tak senang duduk.

“Abang ni..! tak baik usik ayah macam tu. Buatnya ayah terkejut, macam mana? Susahkan. Silap-silap abang boleh di hukum kerana jadi penyebab pada seorang warga emas masuk hospital sebab terkejut.” Bisik Nirmala lucu.

“Sakit apa sebenarnya ni? Macam tak sakit saja! Sakit  betul-betul ke sakit main-main?” Suara tak puas hati Dato Hamdan buat Nirmala dan Fazhan tersengeh bagai kerang busuk.

“Sakit buatan orang, ayah.. Baru dua minggu.” Jawab Fazhan ceria.

Dato Hamdan sudah melopong mata dan mulut.

“Alhamdulillah..! seronok ayah dengar. Makin bertambahlah cucu-cucu ayah.” Kata Dato Hamdan ceria. Di ruang matanya sudah membayangkan keriuhan suara anak-anak kecil dalam rumah besarnya itu.

“Amil suka tak kalau dapat adik?” Tanya Dato Hamdan pada Amil Zaquan. Kepala Amil Zaquan diusap lembut.

“Suka! Mil nak adik perempuan.” Balas Amil Zaquan suka. Tercengang Nirmala melihat keriangan terpancar di wajah Amil Zaquan. Dalam hati dia bersyukur kerana Amil Zaquan dapat menerima berita itu dengan senang hati. Mula-mula dia risau juga kalau-kalau Amil Zaquan tak dapat terima. Almaklumlah..selama ini Amil Zaquan yang paling manja dalam rumah ini.

“Ha..kalau macam tu, mulai sekarang Amil dah tak boleh merengek-rengek macam dulu lagi. Sekarang Mil dah nak jadi abang. Kalau nak jadi abang, Mil kena jadi seorang lelaki yang kuat, pandai, dan bertanggungjawab. Tambah-tambah lagi kalau dapat adik perempuan. Tanggungjawab berat!” Pesan Dato Hamdan lembut pada Amil Zaquan. Tersenyum-senyum Nirmala dan Fazhan melihat kesungguhan Amil mendengar nasihat Dato Hamdan sambil terangguk-angguk. Mereka yakin Amil Zaquan mampu menjadi seperti apa yang Dato Hamdan harapkan.

“Lambat lagi ke adik nak keluar, papa?” Tanya Amil Zaquan pada Fazhan.

“Lambat lagi. Kena tunggu sembilan bulan lagi.”

“Tak boleh ke suruh dia keluar awal sikit? Mil dah tak sabar nak tengok adik. Mesti cantik macam mama.” Kata-kata Amil Zaquan buat semua yang berada di situ ketawa berdekah-dekah.

“Kalau dia keluar awal, nanti dia tak sihat. Selagi tak cukup masa, dia tak boleh keluar lagi. Jadi Mil kenalah selalu berdoa semoga adik dalam perut mama ni sihat. Doa seorang anak yang soleh, mudah tuhan nak terima.” Pesan Fazhan lembut. Terangguk-angguk Amil Zaquan mendenga setiap baik kata yang keluar dari mulut bapa tirinya.

“Kalau adik lelaki macam mana?” Tanya Nirmala lembut.

“Mil tak kisah kalau dapat adik lelaki. Tapi kalau boleh, biarlah perempuan. Kasihan mama tak ada geng. Lagipun jaga adik lelaki susah sikit sebab mesti susah nak dengar cakap Mil. Jadi kena tunggu Mil besar sikit baru Mil boleh jaga adik lelaki.”

Terangkat kening Fazhan dan Nirmala mendengar pendapat Amil Zaquan. Tak mereka sangka, Amil Zaquan matang berfikir walaupun umurnya  baru nak masuk enam tahun.

Dato Hamdan tersenyum senang melihat dan mendengar tutur kata yang menantunya ucap pada satunya cucu lelaki yang dia ada. Walaupun masih rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi, hatinya yakin bahawa keputusan yang dia buat selama ini adalah benar.

No comments: